Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KERTAS CADANGAN
KAJIAN TINDAKAN
2009

TAJUK

MENINGKATKAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI


PEMBELAJARAN SAINS DALAM TOPIK ”INTERDEPENDENCE
AMONG LIVING ORGANISMS AND THE ENVIRONMENT” DENGAN
MENGGUNAKAN DAM ULAR SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR

OLEH:
NURUL HUDA BT. MAHMUD TARIDI ( P48645 )
UMMI SALMAH BT. ADNAN ( P48606)
SAMINI BIANUS ( P48690)
NURULHUDA BT. MOHD REJAB ( P48657 )
NOR SYARIAH BT. SIRUN ( P48694 )

SEKOLAH :

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko ,


Jalan 5 ,Seksyen 5 ,Bandar Baru Bangi,
43000,Kajang ,Selangor.

PENSYARAH
HAJAH HALIMAH BTE HARUN
1. Tajuk

Meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran Sains dalam


topik “Interdependence Among Living Organism And The Environment
“dengan menggunakan dam ular sebagai alat bantu mengajar.

2. Nama Penyelidik

Nurul Huda Bt. Mahmud Taridi (P48645)


Ummi Salmah Bt. Adnan (P48606)
Samini Bianus (P48690)
Nurul Huda Bt. Mohd Rejab (P48657)
Nor Syariah Bt. Sirun (P48694)

3. Alamat Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko ,Jalan 5 ,Seksyen 5 ,Bandar
Baru Bangi,43000,Kajang ,Selangor.

4. Latar Belakang Kajian

Penggunaan kaedah biasa dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu kaedah


syarahan didapati tidak dapat menarik perhatian pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi topik “Interdependence Among Living
Organism And The Environment “.Pelajar didapati kurang berminat untuk
membaca dan sukar untuk memahami subjek Sains dalam Bahasa Inggeris .
Oleh itu,satu kaedah yang dapat menarik pehatian pelajar untuk bergiat aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik ini perlu
dilaksanakan.

5. Masalah / Fokus Kajian


i. Pelajar sukar untuk memahami silibus yang diajar dalam Bahasa Inggeris.
ii.Pelajar yang berada di tingkatan 2 masih kurang mahir untuk menguasai
pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris.
6. Rasional Kajian
Rasional kajian ini dijalankan kerana pelajar tingkatan 2 sering mendapat
markah rendah dalam latihan Sains yang diberikan oleh guru di dalam kelas.

7. Objektif Kajian
Untuk menarik perhatian pelajar untuk melibatkan diri dalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kefahaman pelajar bagi
topik “Interdependence Among Living Organism And The Environment “.

8. Kumpulan Sasaran
20 orang murid tingkatan 2 SMK Jalan Reko,Bandar Baru Bangi,Kajang.

9. Perlaksanaan Kajian
9.1 Pemerhatian
Daripada pemerhatian didapati pelajar kurang berminat untuk
mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan kaedah syarahan/kuliah.
9.2 Tindakbalas Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Pelajar kurang memberi tumpuan ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Mereka sering mengantuk dan membuat
kerja sendiri.
9.3 Perancangan
Bagi mengatasi masalah ini satu perancangan khusus telah dibuat
dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat menarik
perhatian pelajar iaitu dam ular dalam topik “Interdependence Among
Living Organism And The Environment “.
9.4 Tindakan
Guru membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan dan setiap
kumpulan diberikan dam ular.Setiap ahli kumpulan melantik seorang
ketua bagi setiap kumpulan. Ketua berperanan untuk memantau
permainan dalam kumpulan dan membacakan soalan apabila sampai
giliran ahli untuk menjawab. Ahli yang dapat menjawab soalan boleh
meneruskan permainan ke peringkat yang seterusnya manakala ahli
yang tidak dapat menjawab soalan dengan betul perlu menunggu
giliran yang seterusnya. Guru berperanan sebagai pemantau
keseluruhan dalam permainan ini dan di akhir pembelajaran guru akan
menerangkan nilai murni di sebalik permainan ini.
9.5 Pemerhatian
Daripada pemerhatian, pelajar tingkatan 2 lebih berminat belajar
melalui kaedah permainan dam ular berbanding dengan pembelajaran
secara syarahan/kuliah.
9.6 Refleksi
Kaedah ini boleh meningkatkan kefahaman dan penglibatan pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik
“Interdependence Among Living Organism And The Environment “.

10. Kesimpulan
Melalui kajian ini diharapkan akan dapat membantu meningkatkan
kefahaman pelajar dalam topik “Interdependence Among Living Organism
And The Environment “.

You might also like