Kerja Kursus Sejarah PMR 2009

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

Bangunan
Bersejarah Di
Negara Kita
Bangunan Sultan Abdul Samad

Wan Muhammad Farhan Bin W Mohd


Fauzi
3 Cemerlang
Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

2
Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

Senarai Kandungan
Bangunan
KANDUNGAN MUKA SURAT
Senarai Kandungnan 3

Bersejarah Di
Penghargaan

Objektif Kajian
4

Negara Kita
Kaedah Kajian

Hasil Kajian
6

7 - 10

Rumusan 11

Lampiran 12 - 17

Rujukan 18

3
Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

Penghargaan
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua

pihak yang telah memberikan sumbangan dan usaha untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Penghargaan dan ucapan terima kasih khusus saya tujukan kepada guru subjek Sejarah,

Puan Hidayati yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menyiapkan

tugasan yang diberikan ini.

Tidak dilupakan juga kepada kedua-dua ibu bapa saya, W Mohd Fauzi bin W Mahmood

dan Wan Fauziah binti Wan Hashim kerana telah banyak memberikan sokongan dan dorongan

sepanjang tugasan ini dijalankan.

Akhir sekali, penghargaan dan ucapan terima kasih ini ditujukan kepada rakan-rakan

saya, Muhammad Syahmi, Muhammad Asyraf, Ahmad Faheem dan Adip Sabir atas sumbangan

mereka untuk memberikan idea dan pendapat dalam menyiapkan tugasan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan sekali lagi kepada

individu-individu yang telah membantu dalam pelaksanaan kerja kursus samaada yang secara

langsung dan tidak langsung.

4
Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bukannya bertujuan untuk berseronok, tetapi ada tujaunnya yang

tersendiri. Kaijian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam

tentang bangunan-bangunan bersejarah di negara Malaysia.

5
Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

Kaedah Kajian
Dalam pelaksanaan kerja kursus ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk

menyiapkan kerja kursus ini.

Antara kaedah yang telah saya gunakan ialah penyelidikan perpustakaan. Saya telah

mencari seberapa banyak maklumat yang dapat saya peroleh daripada perpustakaan. Saya telah

membaca banyak buku tentang sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad.

Saya juga telah melawat Bangunan Sultan Abdul Samad dan membuat pemerhatian.

Daripada kaedah ini, saya berjaya mendapatkan sedikit sebanyak maklumat dengan hasil lawatan

dan pemerhatian saya.

Akhir sekali, saya telah membuat rujukan daripada internet. Daripada internetlah saya

mendapat maklumat yang lebih terperinci tentang sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad.

6
Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

Hasil Kajian
Nama Bangunan:

• Nama lain

Nama Bangunan Sultan Abdul Samad diambil sempena nama Sultan

Negeri Selangor pada masa itu. Bangunan Sultan Abdul Samad terletak

di lokasi strategik bandaraya Kuala Lumpur iaitu berhadapan dengan

Padang Kelab Selangor dan persimpangan jalan-jalan penting seperti

Jalan Tun Perak, Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Latar Belakang:

• Asal-usul

Bangunan ini pernah menempatkan beberapa buah Kementerian dan

Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor.

Seterusnya, bangunan ini telah menempatkan Mahkamah Persekutuan

Malaysia dan sebahagian daripadanya menempatkan Mahkamah

Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

• Pengasas

Antara pegawai-pegawai yang bertanggungjawab terdiri dari Arthur

Charles Alfred Norman selaku Akitek Kerajaan, Charles Edwin Spooner

selaku Jurutera Negeri dan Pengarah PWD, R.A.J. Bidwell dan A.B.

Hubback yang menyediakan pelan, dan lukisan, sehingga

7
Bangunan Bersejarah Di Negara Kita
membolehkan Bangunan ini di rasmikan oleh Sir Frank Swettenham

K.C.M.G. (Residen Jeneral) pada 4hb. April 1897.

• Tarikh pembinaan

Kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini telah bermula seawal tahun

1889, setelah W. E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen

British di Selangor.

• Lokasi

Kedudukan lokasinya yang terletak pada satu tapak diantara

pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak begitu terkenal kerana

merupakan satu tapak yang strategic, iaitu ditengah-tengah pusat

bandar Kuala Lumpur. Kawasan tersebut meliputi keluasan 10,200

meter persegi dan dibahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda

yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Bangunan

Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan strategik kerana terletak

berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan

Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak.

• Tujuan penubuhan bangunan

Tujuan pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan

semua Jabatan pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) di bawah satu

Bangunan pentadbiran berpusat: menempatkan Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik

mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan

(Sanitary Board); Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner); Public Works

Department (PWD); Audit dan Perbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian dan

Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office).


8
Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

• Kos pembinaan

Kos pembinaannya sebanyak RM 152,000 dan merupakan bangunan

yang termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan.

• Perasmian

Bangunan ini siap pada tahun 1897 dan dirasmikan dengan acara

gilang-gemilang dengan ucapan Spooner yang menarik mengenai

sejarah pembinaan bangunan tersebut. Teks lengkap ucapan beliau

dalam Bahasa Inggeris boleh didapati dalam JMBRAS VOL. 65, tulisan

The Bangunan Sultan Abdul Samad by J.M. Gillick.

Keistimewaan Bangunan:

• Reka bentuk pelan

Rekabentuk pelan bangunan ini dibuat oleh arkitek dari British

bernama A.C. Norman (yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala

Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera juga berasal dari British,

iaitu C.E. Spooner. Senibina Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat

unik dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu.

Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki berbentuk ladam di mana di

tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang

dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Bangunan ini juga

mempunyai tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia

juga terdapat satu serambi besar tertutup yang merupakan suatu

elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini.

9
Bangunan Bersejarah Di Negara Kita
• Bahan binaan

Kerja membangunkan bangunan ini telah menggunakan 4 juta buta-

bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 paun tembaga, 50

tan besi, keluli dan 30,000 kaki padu kayu.

• Pengubahsuaian

Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam

tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada waktu itu kerajaan

Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi

ketiga-tiga kubah pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada bahagian

dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan

tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi

dirasmikan pada tahun 1984.

• Hiasan dalaman

Senibinanya yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina

Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. Ini terbukti melalui

terdapatnya 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini.

Kegunaan dahulu dan sekarang

Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah

Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen-

General dan Pejabat Besar Pos. Selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan

sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat

Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan ini juga

menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada

10
Bangunan Bersejarah Di Negara Kita
Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala

Lumpur pada tahun 1978.

Rumusan
Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan antara bangunan

lama yang terdapat di bandaraya Kuala Lumpur yang merupakan bangunan

warisan dan masih dilindungi keaslian rekabentuknya.

Bangunan Sultan Abdul Samad juga adalah merupakan mercu tanda

yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia.

Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan

tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk

Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon

kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan

Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan

promosi pelancongan negara.

Sebagai Bangunan yang menjadi ‘pemula’ dalam waktu pembinaanya

1894-1897, hasil senibinanya pula lengkap dengan cirri-ciri keistimewaan

dari aspek komposisi karektor seperti: stail, ragam hias dan pemilihan

unsure-unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong (arch),

kubah potong bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yang

kebiasaannya terdapat pada senibina Masjid. Kesemua elemen-elemen

tersebut menambah nilai estetika yang hebat dan kemudian menjadi contoh

11
Bangunan Bersejarah Di Negara Kita
ikutan dan penentu aliran kecenderungan dalam pembinaan bangunan

awam (civic building).

12
Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

Lampiran
Peta lokasi:

Gambar 1 : Pelan Lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad

13
Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

Bahan multimedia:

• Imej Bangunan Sultan Abdul Samad

Sumber : Jabatan Warisan Negara

14
Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

Elemen seni bina:

• Pelan

Pelan Tingkat Bawah Pelan Tingkat 1

Pelan Tingkat 2 Pelan Tingkat Mezanin

15
Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

• Tampak

Tampak Hadapan Tampak Belakang

Tampak Kiri Tampak Kanan

16
Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

17
Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

Rujukan
Internet:

• Sistem Daftar Warisan

http://daftarwarisan.gov.my/index.php?page=warisan_keb_home&subpage=show_detail

&category=2&id=8

• Sejarah Malaysia

http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm05&spesifik_id=41&ttl_i

d=15

• Warisan Budaya Malaysia

http://malaysiana.pnm.my/senibina/Seni%20Bina%20Web%20v2/b_bersejarah/bsultanab

dsamad/intro.html

• Wikipedia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad

18

You might also like