Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Kemahiran mencari maklumat

Mengenali masalah maklumat Menyatakan keperluan maklumat Mengenalpasti sumber maklumat Mencapai dan memahami maklumat Menyaring dan menilai maklumat

SITUASI Seekor Gajah terjumpa poster di tengah hutan berkenaan Kejohanan Bola Sepak Serimba. Gajah itu sememangnya teringin bermain bola tatapi dia terlalu besar. Bolehkah gajah itu bermain di padang? Jawapannya Boleh, dengan menubuhkan kumpulan bolasepak GajahGajah Rimba.

SITUASI Suatu hari Raja Rimba memanggil semua haiwan-haiwannya. Kemudian Raja Rimba mengarahkan Sang Kuda Belang mengambil kehadiran. Didapati seekor sahaja yang tidak hadir. Haiwan apakah yang tidak hadir?

Jawapan Sang Gajah kerana bermain bola sepak

Mengapa perlunya maklumat tersebut kepada diri kita?

Menyelesaikan masalah Menambahkan ilmu pengetahuan

Mendapatkan gambaran yang jelas berkenaan maklumat yang ingin dicari

Sumber yang direkodkan terdapat dalam perlbagai format, seperti: Teks dalam bentuk cetakan buku Majalah Manuskrip Terdapat juga maklumat yang direkodkan dalam bentuk elektronik dan dipakejkan menggunakan teknologi CD-ROM ataupun internet. Perlu diingat, kesahihan dan kualiti maklumat perlu diambil kira dalam menentukan sama ada maklumat itu boleh dipercayai ataupun tidak.

Pelbagai faktor dapat menjejaskan kebolehan seseorang mencapai dan memahami bahan maklumat, iaitu: Penyediaan format fizikal bahan maklumat Kesesuaian perkakasankomputer Kecekapan tertentu bagi mencari maklumat Ciri-ciri tersendiri bahan maklumat Gaya penulisan

Pencari maklumat perlu memilih sumber maklumat yang bersesuaian dengan kehendak dan ciri-ciri maklumat tersebut. Selalunya kita perlu menyaring maklumat akibat terlalu banyak sumber maklumat yang boleh digunakan. Faktor masa selalunya memaksa pencari maklumat membuat pilihan berapa banyak maklumat yang perlu diambil dan digunakan bagi menghadapi sesuatu masalah. Kualiti maklumat perlu diberi perhatian dalam memilih maklumat

Mengemukakan hipotesis
Jenis data yang dipungut Menyediakan borang kaji selidik Menyusun dan mempersembahkan data

Seorang penyelidik sains kemasyarakatan dan kemanusiaan akan menyedari tentang kemungkinan wujudnya perkaitan antara sesuatu objek atau fenomena dengan yang lain. Dalam penyelidikan yang saintifik, kemungkinan-kemungkinan dan idea-idea perlulah dipersembahkan secara formal dalam bentuk hipotesis.

Semakin meningkat ketinggian bumi dari paras laut, semakin berkurangan suhu

Data sekunder Maklumat dalam bentuk angka yang telah siap dikumpul dan dibukukan. Kebiasaannya digunakan bertujuan menyediakan ringkasan maklumat dalam bentuk angka untuk kegunaan ahli dan orang ramai oleh badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhanpertubuhan berdaftar. Data primer Maklumat tentang sesuatu subjek atau fenomena yang dikumpul terus di lapangan melalui temubual, pemerhatian atau catatan

Borang ini disediakan bertujuan mendapatkan maklumat dengan cara menyelidik responden. Istilah kaji selidik memberi gambaran yang lebih baik dan mesra kerana bertujuan mendapatkan maklumat orang ramai secara sukarela. Dalam keadaan ini, banyak maklumat yang boleh diperolehi, termasuk maklumat-maklumat umum yang tiada di dalam borang soal selidik tetapi berguna dan berkaitan dengan subjek yang dikaji. Borang soal selidik mempunyai dua bahagian utama, iaitu: Bahagian pertama Mengandungi soalan-soalan tentang latarbelakang responden Bahagian kedua Mengandungi perkara-perkara yang sentiasa perlu difikirkan oleh penyelidik

Walaupun banyak data yang diperolehi dan disimpan, tidak semua data berguna. Terdapat penyelidik-penyelidik yang mengkaji tentang masalah sosioekonomi masyarakat yang memungut data dan memasukkan ke dalam komputer, tetapi apabila hendak menganalisisnya, didapati kebanyakan data tidak relevan dengan isu yang dikaji.
Maka terjadilah GIGO, iaitu, Garbage In Garbage Out. Maknanya banyak data yang masuk dan banyak jugalah data yang tidak berguna keluar.

Beberapa persoalan perlu dipertimbangkan untuk menguji sama ada set data itu berguna atau sebaliknya, seperti: Dari mana Sumber maklumat tersebut? Adakah sumber maklumat tersebut pincang? Adakah data yang dikumpul selaras atau bertentangan dengan bukti-bukti lain daripada set-set data yang lain yang ada dalam simpanan penyelidik?

Perlu dipastikan keselamatan maklumat supaya tidak hilang


Berapa banyak cerapan yang telah diperhatikan? Adakah cerapan-cerapan ini mewakili semua kumpulankumpulan subjek yang ingin dikaji? Apakah kesimpulan yang dibuat oleh penyelidik itu logik? Adakah kesimpulannya disokong oleh data yang dipungutnya?

Abd. Rahim md. Nor (1999), Menganalisis Data berkomputer, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti

Abdullah Mohd Zain & Md. Jan Nordin (2000), Perkongsian Maklumat, Selangor: Prentice Hall
Irma Indayu Omar & Yushiana Mansor (2005), Panduan Mencari Maklumat, Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang, Literatur Dan Kaedah Penyelidikan (2008), Perak: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mokhtar Ahmad, Pengenalan Teknologi Maklumat (1999), Kuala Lumpur: Thinkers World Sdn Bhd

Syed Ismail bin Syed Mustapha & Ahmad Subki bin Miskon (2010), Kemahiran belajar (1st Ed.), Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia
www.scribd.com/doc/18048738/Apa-Itu-Literasi-Maklumat

You might also like