Assignment Pengurusan T.laku

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 41

1.0 Pengenalan 2.

0 Pemerhatian Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu mengenal pasti masalah tingkah laku yang hendak diubah atau ditingkatkan. Oleh itu guru perlu membuat pemerhatian dan merekodkan pemerhatiannya secara sistematik. Pendekatan pengurusan tingkah laku dibuat berdasarkan pemerhatian langsung(direct observation) terhadap perlakuan kanak-kanak yang berkenaan. Melalui pemerhatian langsung ini guru akan dapat menentukan jenis perlakuan yang perlu diperbaiki, diubah atau dipupuk kepada diri kanak-kanak berkenaan, bila tingkah laku itu terjadi, tempat tingkah laku itu dibuat, dan kekerapan tingkah laku itu diulangi. 2.1 Jenis-jenis pemerhatian Terdapat jenis-jenis pemerhatian yang boleh dikategorikan

mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai atau diperhati. Pertama ialah memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran(interpretation) dan tanggapan(judgement). Pemerhatian ini bertujuan untuk melapor apa yang dilihat sahaja. Pemerhatian ini menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapi untuk membuat hipotesis yang diperolehi selepas menemubual individu yang berkenaan. Kedua ialah memerhati apa yang telah dirancang dan secara open ended. Pemerhatian ini bertujuan untuk menilai atau memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan, perlakuan, atau sikap yang telah dikenal pasti. Selain itu pemerhatian ini berrtujuan menilai sesuatu yang wujud tanpa dijangka atau di luar perancangan penilai atau pemerhati tetapi relevan dengan objektif penilaian tersebut. Ketiga ialah memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang. Pemerhatian ini perlu dilaksanakan mengikut urutan dalam jangka masa yang berperingkat dan boleh memberi dapatan yang berkesan dan bermakna tentang perkembangan proses atau peristiwa atau

pendekatan terhadap sesuatu tugasan dan masalah atau sesuatu kesukaran. Pelaksanaan pemerhatian boleh dilakukan mengikut pelbagai strategi dan cara serta kriteria tertentu, antaranya ialah pelaksanaan secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenal pasti atau dirancang. Selain itu, pelaksanaan pemerhatian ini boleh digunakan dengan menggunakan senarai semak atau alat lain seperti rekod anekdot. Pemerhatian juga boleh dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif atau tujuan pemerhatian. Jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan. Maklum balas dapat diperoleh melalui pemerhatian guru dan atau tindak balas murid. 2.2 Fungsi pemerhatian Penilaian melalui pemerhatian digunakan oleh guru untuk

mengikuti perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran yang dibuat oleh murid untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran. Selain itu, penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru

merancang tindakan susulan yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti menjalankan aktiviti pemulihan dan pengukuhan. Pemerhatian ini juga mampu meningkatkan motivasi pelajar serta membantu guru mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan keupayaan serta prestasi pelajar. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat,

pemudahcara, pendidik dan mentor. Pemerhatian yang terancang membantu guru mengetahui sejauh mana minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang mendorong dan menolak minat tersebut. Selain itu, pemerhatian secara terancang dapat membantu guru mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif atau tidak. Seterusnya, pemerhatian dapat mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar, tahap

penguasaan bahasa pelajar, menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan serta mendapat petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran , rakan sebaya dan terhadap diri sendiri 3.0 Pengumpulan data Tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid perlu ditangani segera oleh guru. Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan oleh guru seperti mengumpul dan merekod data berkaitan tingkah laku murid. Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru seharusnya

mengumpul maklumat tentang tingkah laku yang hendak di ubah. Maklumat atau data yang terkumpul dikenali sebagai baseline data. Mengumpul data bertujuan untuk mengetahui jumlah tingkah laku murid dalam sehari. waktu tingkah laku

Pengumpulan data juga bertujuan untuk mengetahui

paling banyak berlaku. Selain itu, data juga membolehkan guru mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai corak atau pola tertentu. Seterusnya, data juga bertujuan untuk mengetahui sebab-sebab berlaku sesuatu keadaan tersebut. Maklumat mengenai tingkah laku boleh diperolehi melalui pemerhatian dan maklumat direkod melalui teknik-teknik seperti Rekod Naratif, Rekod Anekdot, Rekod Naratif berterusan, Rekod Kejadian(Event Recording), Rekod Kekerapan, Rekod jangka masa(Duration), Rekod had masa(Interval) dan Rekod Sampel Masa. Contoh instrumen yang boleh digunakan untuk merekod maklumat pentaksiran adalah seperti senarai semak, rekod anekdot, rekod

berterusan(Running Record) dan sebagainya. Senarai Semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai.

Senarai item menentukan sesuatu tingkah laku yang dapat diperhatikan, kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku dan sesuatu tingkah laku yang dikehendaki telah berlaku. Senarai semak boleh dibina dalam bentuk dinyatakan apabila sesuatu tingkahlaku telah berlaku atau tidak, iaitu dengan

skor ya atau tidak. Senarai Semak juga boleh dilengkapkan dengan skala kadar. Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian dalam penguasaan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai murid. Penilaian terhadap hasil kerja atau evidens direkod berdasarkan skala. Skala penskoran dibina bagi pentaksiran setiap konstruk dalam setiap tunjang. Guru perlu menentukan perkara-perkara berikut dalam merancang senarai semak seperti konstruk yang hendak dinilai, standard prestasi dan kriteria ditulis dengan jelas, instrumen dan aktiviti yang digunakan serta skor yang digunakan seperti angka atau symbol. Rekod Anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau negatif untuk direkod. Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak dirancang, tetapi secara kebetulan tingkahlaku tersebut berlaku. Pemerhatian ini dilakukan terhadap murid secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan. Tiada had masa ditentukan untuk pemerhatian tingkah laku ini. Catatan hendaklah ditulis secara objektif apa sebenarnya yang berlaku. Contoh maklumat yang boleh direkod adalah peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah. Panduan menulis rekod ialah dengan membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku. Selain itu,

pemerhati perlu membuat catatan dalam buku nota sebaik sahaja selepas peristiwa berlaku bagi memastikan peristiwa yang akan direkodkan tidak tercicir. Pemerhati juga perlu menulis apa yang dilihat secara objektif, dan mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek

perkembangan murid. Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan. Seterusnya pemerhati perlu merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai

pemerhatian dibuat. Mencatat tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh murid dan masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid yang diperhatikan. Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita narrative yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini

biasanya dijalankan dalam tempoh 5 hingga 10 minit. Berbeza dengan Rekod Anekdot, pemerhatian ini dirancang oleh guru. Panduan menulis rekod ini adalah dengan fokus kepada murid yang ingin diperhatikan. Rekod hendaklah tepat dan padat. Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan. Rekodkan perkara-perkara yang sebenarnya berlaku. Gunakan bahasa yang boleh difahami. Pemerhati boleh gunakan singkatan semasa mencatat untuk memudahkan pemerhati.Tulis secara terperinci tentang apa dilakukan murid semasa peristiwa berlaku dan tingkah laku yang ingin diperhatikan. Rekod ini perlu ditulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan judgment. Pemerhati perlu pastikan buku nota atau kertas catatan tidak didedahkan dan diletak di tempat yang selamat. Selain itu, cara pengumpulan data juga boleh dibuat dalam bentuk catatan lapangan(Field Notes). Catatan lapangan merupakan cara pemerhati merekodkan pemerhatian tentang apa yang dilihat dalam kelas. Dengan perkataan lain, pemerhati mencatatkan apa yang diperhatikan secara langsung seperti pernyataan verbatim iaitu penyataan yang dibuat oleh murid seperti soalan yang ditanya, jawapan yang diberi, arahan yang diberi dan sebagainya. Selain itu, pemerhati juga perlu melihat fenomena yang berlaku seperti gerak-geri murid, murid yang kerap bercakap, murid yang enggan bercampur gaul, murid yang menunjukkan minat, murid yang tidak minat dan sebagainya. Catatan Jurnal(Journal Notes) juga boleh digunakan untuk merekod data. Catatan Jurnal berlainan daripada catatan lapangan kerana ia merupakan rekod tentang idea atau pemikiran, pendapat, pengalaman, dilema, perancangan, masalah dan keraguan yang timbul berkaitan dengan pemerhatian kelas. Catatan jurnal adalah seperti menulis sebuah diari dimana pemerhati berpeluang meluahkan perasaan, memikirkan semula tentang apa yang telah berlaku dan membuat komentari secara peribadi terhadap data yang didapati. Apabila pemerhati teringat atau terfikir sesuatu yang terlintas semasa menjalankan kajian, anda dikehendaki mencatatnya dalam jurnal.

4.0 Teknik menangani masalah tingkah laku Terdapat tiga strategi dalam menangani masalah tingkah laku. Antaranya ialah strategi meningkatkan tingkah laku, mengurangkan tingkah laku dan juga dengan menggunakan model pengurusan tingkah laku. Tingkah laku yang baik atau yang diingini yang di tunjukkan oleh murid hendaklah di tingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Antara teknik yang boleh digunakan oleh guru adalah peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif ialah iaitu pemberian peneguhan atau ganjaran selepas sesuatu tingkah laku yang diingini ditunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau tingkah laku yang boleh ditingkatkan lagi. Peneguhan negatif pula merupakan penarikan rangsangan negatif (aversive stimulus) setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut. Selain itu, pembentukan(shaping) ialah pemberian pengukuhan kepada pelakuan-pelakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki. Kontrak merupakan persetujuan di antara dua pihak atau lebih(guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid di pertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak di ubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku. Ekonomi Token pula ialah peneguhan yang diberi dalam bentuk token seperti syiling(coin) atau sticker, dan sebagainya apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Token ini boleh ditukarkan dengan pengukuh atau benda lain yang disediakan oleh guru. Modeling ialah menggunakan watak-watak(murid dan guru) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid. Disamping itu,

rantaian(chaining) merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk rantaian atau berurutan. Pembentukan rantaian tingkah laku atau rantaian kemahiran lain, dikenali juga sebagai analisis tugasan dan yang terakhir ialah pengaburan atau pelunturan(fading) iaitu mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima secara perlahan-lahan. Teknik untuk mengurangkan tingkah laku murid pula ialah dengan cara penghapusan(extinction) iaitu memberhentikan atau menyekat murid-murid

daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif. Cara time-out pula ialah dengan menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan. Kejemuan(satiation) pula membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukanya dan behenti sendiri. Hukuman atau dendaan dengan contoh tahanan kelas(lambat balik), dendaan fizikal, ambil balik token/hak. Selain itu, disensitisasi ialah tindakan-tindakan secara beransuransur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan(takut bercakap di depan kelas, fobia). Overcorrection pula merupakan prosedur yang memerlukan pelajar membaiki keadaan atau kesalahan yang dilakukan melebihi keadaan sebelumya contohnya membuat pembetulan kesalahan tulisan berulang kali atau bukan hanya mengelap bahagian lantai yang ditumpahi makanan tetapi diminta mengelap keseluruhan lantai bilik itu dan yang terakhir ialah response cost iaitu suatu bentuk penarikan peneguhan/ganjaran secara sistematik terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai. Bagi strategi pengurusan tingkah laku mengikut model pula, para

pengkaji tiga teori utama iaitu model psikodinamik, model biofizikal dan model persekitaran. Bagi model psikodinamik, terdapat teori yang menyatakan bahawa punca tingkah laku manusia adalah dari faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan secara dinamik melalui pendekatan intrapsychic. Berdasarkan perspektif psikodinamik, perkembangan personaliti kanak-kanak berlaku semasa mereka membesar melalui siri tingkat psikoseksual. Dalam model ini, strategi pengurusan adalah melibatkan teknik kaunseling seperti temu bual dan terapi realiti. Seterusnya adalah teknik media ekspresif yang melibatkan lakonan bebas, permainan boneka, main peranan dan aktiviti fizikal. Selain itu, teknik pengaruh tingkah laku juga boleh diaplikasikan seperti tidak mengendahkan suatu tingkah laku yang dibuat secara terancang atau mengurangkan ketegangan melalui gurauan dan perbualan bersahaja.

Model seterusnya adalah model biofizikal yang menegaskan bahawa punca tingkah laku berlaku secara organik. Model ini mengaitkan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan dan masalah penyakit dengan tingkah laku individu. Strategi yang digunakan dalam model ini adalah penjagaan sebelum serta selepas kelahiran, penjagaan pemakanan,

perubatan dan nutrisi. Peranan guru amat diperlukan dalam intervensi ini. Seterusnya adalah model persekitaran yang menyatakan bahawa pengaruh persekitaran tehadap tingkah laku manusia pada masa kini sangat ketara. Ahli dalam teori ini mnyatakan bahawa pengasingan kanak-kanak dari suatu persekitaran bermasalah boleh mengelakkan mereka dari tingkah laku yang tidak diingini tersebut. Intervensi tingkah laku menurut model ini adalah berpusatkan murid atau berpusatkan persekitaran atau berpusatkan murid dan persekitaran. Justeru, kanak-kanak diberi peluang menentukan kaedah pembelajaran mereka tetapi berpandukan guru.

5.0 Kajian kes 5.1 Biodata murid Nama Tarikh lahir Tempat lahir Bangsa Agama Masalah Nama bapa Nama ibu Alamat : Wan Mohammad Akram : 08 Ogos 2005 : Pusat Rawatan Islam Ar Ridzuan Ipoh : Melayu : Islam : Autisme : Wan Kamarulzaman Bin Wan Kamaruddin : Ariffah Binti Kamaruddin : No 81 Hala Kelebang Restu 3 Medan Kelebang Restu 31200 Chemor Perak

5.2 Senarai semak Borang senarai semak Tandakan (/) pada ruang yang berkenaan. Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Tingkah laku Suka bertanya Malu/sensitif Sukar mengawal diri Takut Cemburu Suka menyendiri Bimbang Tidak mahu bercakap Petah bercakap Berkongsi barang Cepat belajar Kuat ketawa Nakal Hiperaktif Bising Agresif Merayau-rayau Obes Suka ganggu orang lain Suka mendengar lagu / / / / / / / / / / / / / / / / / / / Ya Tidak /

Tandatangan penilai: --------------------------------(Siti Nordiana binti Raduan)

5.3 Masalah tingkah laku dikenalpasti 5.3.1 Masalah komunikasi dan interaksi sosial. Akram berumur 7 tahun. Akram dikenalpasti mempunyai masalah kurang bergaul dengan kanak-kanak lain dan tidak

mahu bercakap dan berkomunikasi dengan orang yang baru dikenalinya. Melalui maklumat daripada gurunya di sekolah, Akram dilahirkan dalam keadaan baik dan perkembangan dari peringkat bayi sehingga sekarang adalah seperti kanak-kanak biasa yang lain. Tetapi, menjelang usianya 6 tahun, dia didapati suka

bersendirian dan tidak mahu melihat ke arah orang lain semasa bercakap. Dia berkelakuan seolah-olah seperti kanak-kanak pekak, tidak menghiraukan atau seolah-olah tidak mendengar percakapan orang lain. Apabila di rumah, hampir setiap waktu dia bersendirian sambil bermain-main dengan benda-benda seperti tali dan barang permainan. Menurut ibunya, dia akan leka dengan permainannya sehingga berjam-jam lamanya. Menurut ibu Akram, sejak kecil lagi Akram tidak suka dipegang atau disentuh terutama dengan orang yang baru dikenalinya. Dia tidak seperti kanak-kanak lain yang mudah

mesra dan bergelak ketawa dengan ibu bapa dan orang disekelilingnya. Ibu Akram menceritakan kepada guru bahawa dia berasa hairan mengapa anaknya yang mampu menunjukkan kebolehan seperti menyusun puzzles dan mereka bentuk dengan menggunakan alat permainan lego tidak mampu menggunakan bahasa seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya. Semasa berada di dalam kelas. Akram suka bersendirian, tidak boleh berinteraksi dengan kanak-kanak lain, asyik bermain seorang diri, tidak bercakap dan tidak menerima atau

menumpukan perhatian pada arahan guru-guru atau orang lain. Akram akan mendengar arahan guru apabila tindakan tegas

digunakan oleh guru semasa mengajar. Dia akan merayau-rayau di dalam kelas pada bila-bila masa sahaja yang disukainya. Kes ini menunjukkan bahawa Akram adalah seorang kanak kanak yang menunjukkan ciri -ciri austisma. Masalah komunikasi. Dia tidak menunjukkan perkembangan bahasa seperti kanak kanak lain. Tahap kefahaman bahasanya rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut. Bahasanya agak ganjil dan sukar difahami. Umpamanya , jika seseorang bertanya " sudah makan ? " , dia menjawab " sudah makan ". Jika ditanya " sudah minum ? " , dia jawab " sudah minum ". Dalam istilah Inggeris , ini dinamakan echolalia. Dia tidak pandai menggunakan bahasa dengan kreatif seperti " sudah kenyang " , " tak dahaga " , "tak mahu minum "dan sebagainya.

2.

Suka bersendirian. Kanak -kanak autisma tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi secara spontan dengan orang lain. Dia seolah -olah hidup dalam dunianya sendiri. Ibunya mendapati sukar untuk menjalin kemesraan dengannya kerana dia tidak suka dibelai , dicium atau dipeluk. Kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh ibunya tidak mendapat gerakbalas. Dia

berkelakuan seperti kanak -kanak pekak , buta dan bisu.

3.

Tingkah laku yang aneh dan berlainan daripada kanak -kanak biasa. Kanak -kanak autisma biasanya akan leka bermain sehingga berjam -jam lamanya dengan sesuatu barang yang diminatinya dan akan menjadi baran jika barang itu diambil , dialihkan atau hilang.

4. Mempamerkan tingkah laku yang pelik. Kebanyakkan kanak -kanak autistik akan menunjukkan tingkah laku yang bermacam -macam

ragam dan pelik seperti menepuk -nepuk tangan , menjegkit jengkitkan kakinya apabila berjalan , memutar -mutar benda seperti tudung botol dan alat -alat permainan seperti mangkuk mangkuk plastik serta mengumpul batu -batu , bermain suis lampu dan sebagainya .

Kebanyakan

kanak

-kanak

autistik

menunjukkan

ciri

-ciri

perkembangan bahasa dan sosial yang terbantut sebelum menjangkau usia tiga tahun. Dalam satu kajian , didapati hampir 30 peratus kanak -kanak autistik mempunyai tahap intelek yang normal. Ibu bapa kanak -kanak yang terlibat sering mengadu bahawa sejak peringkat bayi lagi , anak mereka tidak suka didukung atau dibelai dan gemar dibiarkan bersendirian. Bayi yang berusia tiga bulan biasanya sudah mula mesra dengan ibunya tetapi ini jarang -jarang dirasai atau dinikmati oleh ibu -ibu yang mempunyai anak -anak autistik. Bayi -bayi dari usia sembilan bulan keatas sudah gemar mengikut -ikut perkataan yang dilafazkan oleh ibu mereka tetapi kanak -kanak autistik jarang berbuat demikian. Ada sekumpulan kanak -kanak autistik yang didapati normal perkembangan mereka tetapi mula menunjukkan ciri -ciri autistik menjelang usia tiga tahun. Mereka dikatakan sudah boleh bercakapseperti kanak -kanak lain tetapi kebolehan ini kemudian hilang sama sekali. 5.4 Teknik yang bersesuaian untuk mengatasi masalah tingkah laku murid

Tingkahlaku adalah lakuan, aktiviti, tindak balas dan reaksi seseorang individu. Menurut istilah saintifik, tingkahlaku sesuatu organisma boleh diperhatikan dan diukur. Manakala menurut istilah pendidikan pula dikenali sebagai tindak balas secara terang-terangan. Sesetengah tingkahlaku akan dijadikan sasaran untuk diubah. Ia

menjadi matlamat dan objektif utama dalam program pendidikan dan direka sebagai tingkahlaku sasaran.

Teori tingkahlaku mengandaikan bahawa tingkahlaku adalah ciriciri asas pada organisma yang hidup. Prosedur-prosedur tingkahlaku analitik menegaskan bahawa spesifikasi tepat dan pengukuran terhadap tingkahlaku pemerhatian sebagai panduan asas. Andaian seterusnya adalah tingkahlaku boleh diubahsuai melalui

pembelajaran dan perubahan tingkahlaku tersebut adalah fungsi kepada perubahan dalam persekitaran.

Menurut Stone (2007), kalau tingkahlaku boleh dipelajari maka sudah tentu ia boleh diubah atau diubahsuai. Kebanyakan

tingkahlaku berbentuk operan dan bukannya responden . Oleh itu tingkahlaku berubah apabila persekitaran berubah dan menyediakan konsekuens yang berbeza. Menurut beliau lagi, operan adalah tingkahlaku disengajakan (voluntary) termasuk kebanyakan perkara yang kita lakukan atau ucapkan setiap hari. Responden pula merupakan reflexus atau respon automatik terhadap rangsangan sebelum itu.

2.0

Teori-teori berkaitan tingkah laku

Terdapat beberapa teoritikal yang membincangkan tingkah laku. Teori saintifik mengutamakan ramalan, serta penerangan bagi sesuatu perkara yang dijadikan asas bagi sesuatu amalan. Tingkah laku boleh dipelajari dan sangat berkait rapat dengan teori-teori tingkah laku. Di antara teori-teori tersebut ialah:

2.1

Teori Kognitif

Teori kognitif adalah pendekatan yang memberi perhatian khusus berkaitan proses-proses pemikiran manusia seperti persepsi dan penanggapan, kognisi, metakognisi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran belajar, motivasi dan lain-lainnya. Selain itu, ahliahli psikologi kognitif juga cuba memahami apakah proses-proses yang terlibat dan bagaimanakah mereka beroperasi. Ahli psikologi kognitif percaya, bahawa peristiwa-peristiwa dalaman yang berlaku pada seseorang mesti dikaji sekiranya keseluruhan tingkah laku ingin difahami. Pendekatan kognitif ini dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti ahli-ahli psikologi gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel.

2.1.1

Teori Kognitif Jean Piaget

Banyak kajian yang telah dijalankan oleh Piaget tentang bagaimana individu memproses maklumat dan mengemukakan pendapat tentang perkembangan kognitif manusia dan bentuk tahap demi tahap. Oleh itu teori perkembangan Piaget juga dikenali sebagai teori tahap. Jean Piaget menggunakan metodologi kajian klinikal dalam mengkaji proses kognitif anak-anak iaitu melibatkan pemerhatian intensif pada mereka pada tiap-tiap hari semenjak lahir hingga remaja dalam persekitaran semulajadi. Pada pendapat Piaget kanak-kanak lahir dengan tingkah laku refleks (menangis, menghisap dan menggapai), berkembang kepada tingkah laku bermatlamat, kemudian berkembang kepada tingkah laku menyelesai masalah.

Menurut Piaget, kanak-kanak bina struktur kognitif dalam usahanya memahami persekitaran atau pengalaman. Oleh itu struktur kognitif kanak-kanak bertambah hari demi hari melalui data yang ditafsir dan disimpan oleh kanak-kanak tersebut. Struktur kognitif terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku, simbolik dan operasi. Tingkah laku (behavioral) ialah pola aksi atau turutan tingkah laku yang digunakan oleh kanak-kanak untuk meneroka dan bergerak balas terhadap objek yang ada di persekitarannya. Simbolik pula diperolehi kanak-kanak semenjak berumur 2 tahun atau sejak boleh bercakap, kanak-kanak boleh berfikir tentang objek, pengalaman dan peristiwa. Simbolik membolehkan kanak-kanak menyatakan

objek/peristiwa tanpa perlu kepada aksi atau menggunakan bahasa isyarat. Operasi (operational) diperoleh apabila kanak-kanak berusia 6 atau 7 tahun iaitu apabila mereka boleh melakukan operasi logik atau aktiviti mental yang berkaitan dengan objek atau peristiwa. Juga dikenali sebagai menghasilkan pemikiran yang logik.

Struktur kognitif berubah melalui proses organisasi dan adaptasi. Organisasi bermaksud individu mencantun struktur kognitif sedia ada untuk membentuk struktur kognitif baru yang kompleks. Adaptasi pula mengubah struktur kognitif semasa menemui objek, maklumat atau pengalaman baru melalui asimilasi dan akomodasi.Asimilasi

bermaksud menambah maklumat baru atau perkaya struktur kognitif sedia ada. Misalnya: Fatin nampak kucing dan diberitahu itulah kucing. Bila Fatin nampak arnab, Fatin sebut kucing. Inilah asimilasi iaitu maklumat diserap tanpa dibuat ubahsuai.

Akomodasi bererti mengubahsuai struktur kognitif sedia ada untuk memahami maklumat baru. Dalam contoh di atas, bapa Fatin terdengar Fatin menyebut kucing apabila melihat arnab, bapanya

menegur dengan memberitahu itu adalah arnab sebab dia melompat, tidak mengiau dan makan ikan.

Contoh tahap pengekalan pula ialah: Pengekalan bermaksud memahami bahawa perubahan objek atau susunan tidak mengubah cirinya atau sifatnya. Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiti cecair,berat bahan pepejal seperti plastersin dan nombor. Seperti dalam rajah di bawah, sekiranya ditanya soalan kepada kanak-kanak berusia 7 tahun, bekas A atau B' yang banyak air, dia tentu menjawab B' kerana dia telah memperoleh konsep pengekalan isipadu air. Dia juga telah menguasai konsep tidak memusat(decenter) i aitu boleh melihat kaitan tinggi dan lebar bekas air. Dia juga secara mental melakukan proses pembalikan iaitu menuang semula ke dalam bekas A. A dan B adalah gelas yang sama besar diisi kandungan air. Air dalam bekas B dituang dengan air yang sama banyak kepada bekas tinggi iaitu bekas B.

2.2

Teori Humanistik

Teori ini berpandangan bahawa manusia adalah individu yang bebas dan baik dengan potensi untuk berkembang dan mempunyai matlamat untuk dicapai. Pendekatan humanistik ini menyatakan bahawa manusia terdorong untuk bertindak melakukan sesuatu kerana mempunyai sesuatu kemahuan serta keperluan.

Mengikut teori ini manusia sentiasa aktif dan bukan menunggu untuk dirancang oleh orang lain. Ahli-ahli psikologi dalam teori ini adalah seperti Abraham Maslow, Carls Rogers dan Gordon Allport. Abraham Maslow (1970) telah mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow. Andaian dalam teori ini adalah berasaskan bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang telah dicapai Mengikut Maslow, kehendak-kehendak manusia terbahagi

kepada lima peringkat yang disusun mengikut hirarki. Iaitu dari keperluan peringkat rendah ( asas) hinggalah kepada keperluan ke peringkat tinggi (keperluan bersifat psikologi).

Contohnya; Individu yang telah memperolehi keperluan asas seperti makan dan minum, akan pula mencari keperluan ke peringkat yang seterusnya seperti keselamatan. Kesimpulannya , teori ini lebih memfokus kepada kemahuan seseorang dan menekankan tentang keunikan manusia serta kebebasan mereka untuk memilih matlamat hidup.

2.3

Teori Behaviorisme

Teori behaviorisme mengatakan bahawa ahli psikologi tidak perlu memberi perhatian kepada peristiwa yang berlaku dalam mental ( sedar dan tidak sedar), sebaliknya memberi tumpuan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan secara nyata atau tidak nyata. Watson, seorang ahli behaviorisme mengatakan bahawa aspek yang berkaitan tingkah laku seseorang dipengaruhi persekitaran dan bukannya dari unsure-unsur dalaman. Idea Watson ini mengembangkan lagi teori ini yang menekankan idea bahawa tingkah laku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran.

Ahli-ahli psikologi behaviorisme yang laian ialah Ivan Pavlov, B.F Skinner dan E.L Thorndike. Pavlov (1849 1936 ) mengaitkan konsep pelaziman klasik yang membuat eksperimen ke atas seekor anjing bagi menunjukkan perkaitan antara rangsangan (makanan) dengan gerak balas (air liur). Rangsangan ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat rangsangan.

Sebagai contohnya, kebanyakan guru apabila mendengar bunyi loceng, perkara pertama yang akan dilakukan adalah keluar dari bilik guru atau kelas untuk mengawasi pelajar. Tingkah laku ini terbawabawa hingga ke rumah guru berkenaan. Apabila beliau mendengar bunyi loceng di rumah, beliau akan keluar dari bilik dan memerhatikan ahli keluarganya. Dari pada contoh ini, bunyi loceng tersebut adalah rangsangan, manakala tindakan guru keluar dari bilik adalah tindak balas.

3.0

Ulasan Artikel.

Dua artikel mengenai pengubahsuaian tingkah laku ialah Evaluating the social behavior of preschool of children with autism in an inclusive playground setting dan The effects of a token economy system to improve social and academic behavior with a rural primary aged child with disabilities.

3.1

Ulasan artikel Evaluating the social behavior of preschool of

children with autism in an inclusive playground setting

Kebiasaannya pelajar autisme dimasukkan ke sekolah biasa adalah untuk mewujudkan peluang dalam membina hubungan sosial dan pengalaman. Namun terdapat hanya sedikit sahaja kajian yang menerangkan tentang interaksi semulajadi yang berlaku di antara pelajar autisme dan pelajar biasa apabila diletakkan dalam situasi yang sedemikian.

Menurut penulis artikel ini, kajian dijalankan ke atas tiga orang pelajar autisme yang diletakkan bersama pelajar biasa. Hasil

keputusan didapati bahawa pelajar autisme kurang serta jarang bergaul ( bersosial) semasa inclusive experinces tersebut dijalankan. Begitu juga dengan kakitangan tempat tersebut kurang membantu interaksi antara pelajar autisme dan pelajar biasa. Kajian ini juga membuktikan bahawa pendedahan pelajar autisme kepada pelajar normal tidak memberi makna terhadap pengalaman sosial mereka.

Artikel ini juga menyatakan tujuan kajian adalah untuk mengkaji interaksi yang berlaku secara normal dan semulajadi antara pelajar autisme dan juga pelajar normal. Manakala method adalah terdiri daripada 3 orang peserta . Iaitu 3 orang pelajar autisme yang layak untuk menyertai kajian yang dijalankan. Dua orang pelajar autisme ini mempunyai ciri-ciri sikap dan echolalia yang sama. Sebutan atau perkataan yang diucapkan adalah perkataan tunggal semasa berkomunikasi. Sementara seorang pelajar lagi menyebut 3

perkataan secara sepontan walaupun pelajar ini jarang-jarang bercakap.

Kajian menilai tingkahlaku pelajar autisme ini dijalankan di taman permainan sekolah. Waktu kajian dijalankan ialah waktu bermain yang telah disusun dalam jadual waktu sekolah. Peralatan yang digunakan ialah papan gelungsur, jongkang-jongkit, baldi , pasir dan

sebagainya yang terdapat di taman permainan. Masa pemerhatian yang diambil ialah selama 10 minit. Alatan lain ialah jam tangan, data atau borang pemerhatian.

Prosedur yang dijalankan ialah meletakkan 10 15 orang pelajar normal supaya berada di taman permainan tersebut bersama-sama pelajar autisme yang telah dipilih..

Keputusan yang dijalankan dari kajian ini

adalah interaksi antara

kedua-dua pihak adalah minima. Boleh dikatakan pelajar autisme tidak pernah berinteraksi menggunakan suara dan bahasa badan (gesture). Amat sedikit sekali interaksi yang berlaku secara fizikal. Interaksi dari pelajar biasa terhadap pelajar autisme juga rendah dan bergantung kepada jenis sikap atau perbuatan. Interaksi yang dibantu oleh staff dewasa juga di tahap yang rendah. Menariknya , 80% 96% masa yang diberi adalah digunakan untuk bermain dengan peralatan dan permainan di taman permainan tersebut.

Artikel ini juga menjelaskan beberapa faktor yang menyumbang kepada keterbatasan interaksi ini. Antaranya ialah keadaan

persekitaran yang mungkin tidak sama dengan persekitaran yang biasa dialami untuk pembelajaran, keadaan ini memberi kesan yang lebih kepada pelajar yang mengalami autisme di tahap yang lebih tinggi lagi.

Selain itu, keadaan semula jadi persekitaran sebagai alat bantuan komunikasi juga tidak membantu kepada perkembangan interaksi yang diharapkan. Masa bermain memberi kebebasan pelajar autisme untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain untuk bermain dan keadaan ini juga menyebabkan penurunan interaksi.

3.2

Ulasan artikel The effects of a token economy system to

improve social and academic behavior with a rural primary aged child with disabilities.

Artikel hasil tulisan Anna Klimas dan T.F McLaughlin ini mengupas tentang sistem ekonomi token dari segi peningkatan sosial dan akademik murid sekolah pedalaman yang kurang upaya. Ia bertujuan untuk menilai kesan ekonomi kurang upaya. token individu dengan kanak-kanak

Terdapat tiga perlakuan dicatatkan iaitu masa untuk menyelesaikan dan melengkapkannya, jumlah kerja yang berjaya diselesaikan dan kekerapan perbuatan atau perlakuan yang kurang sesuai. Masa pelaksanaan yang diambil ialah 30 minit setiap pagi. Kesimpulan hasilan kajian menunjukkan terdapat dua sistem token yang berbeza berkesan meningkatkan akademik dan sosial peserta. Jumlah hasil kerja yang dapat dilakukan juga meningkat tanpa penyusutan akademik yang besar ataupun peningkatan dalam perlakuan yang tidak sesuai.

Method kajian yang dijalankan ialah peserta dan tempat yang dirancangkan (setting). Peserta terdiri daripada murid yang berumur 6 tahun yang telah diuji mempunyai masalah pembelajaran oleh panel psikologi sekolah. Iaitu murid yang gagal bercakap semasa ujian. Manakala setting pula ialah sebuah kelas pendidikan khas sekolah rendah di pedalaman. Mempunyai 9 orang pelajar, seorang guru pendidikan khas yang ditauliahkan, seorang guru dari pelajar senior dan tiga orang guru pembantu. Masa yang dicatatkan ialah dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Tugasan dan arahan diberikan dengan jelas supaya murid dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna. Prosedur pengukuran yang dijalankan ialah dengan menjalankan penilaian ke atas masa tugasan dilengkapkan, jumlah tugasan dilengkapkan dalam masa 30 minit dan tingkahlaku yang kurang sesuai dalam tempoh masa per 30 minit seperti menjerit, tidak mahu melakukan kerja dan sebagainya. Jenis perlakuan yang tidak sesuai inappropriate behavior tidak dicatatkan untuk meminimumkan gangguan semasa program dilaksanakan.

Pengumpulan data dan persetujuan penilai dari segi perekodan program adalah menggunakan sistem 3 token iaitu rekod tempoh masa murid menyiapkan tugasan dibahagi 3 untuk mendapatkan purata tempoh masa satu tugasan sehari. Begitu juga sistem 5 token menggunakan proses yang sama. Merekodkan tempoh masa murid menyiapkan 5 tugasan dan memerhati berapa banyakkah aktiviti atau tugasan yang dapat disiapkan dalam 30 minit yang ditetapkan. Peserta diberi tugasan harian dan peratusan kerja yang betul direkodkan dalam borang data. Lima minit token boarddiberikan untuk rehat setiap beberapa tugasan disiapkan.

Persetujuan antara pemerhati iaitu 33 50% dari sesi-sesi yang dijalankan adalah diterima. Persetujuan diterima sekiranya skor sikap yang dikehendaki dari peserta adalah sama dan selaras. Sekiranya terdapat sisihan, perkiraan tidak akan diterima. Persetujuan untuk ke dua-dua akademik dan sosial adalah berjumlah 100%.

Data asas Baseline diambil semasa tugasan dilakukan . Teguran atau pertanyaan dilakukan untuk memastikan peserta melengkapkan

kerja. Sekiranya terdapat tingkahlaku yang tidak dikehendaki akan menyebabkan peserta mengambil satu tiket . Sekiranya 3 tiket diambil dalam sehari akan menyebabkan kehilangan keistimewaan di hujung minggu.

Keputusan yang diperolehi secara keseluruhannya menunjukkan penurunan jumlah masa yang diambil untuk menyelesaikan satu tugasan. Sebaliknya berlaku peningkatan jumlah tugasan yang berjaya diselesaikan. Oleh itu wujud penyusutan dalam tingkahlaku yang tidak diingini.

4.

Teknik pengubahsuaian tingkah laku yang digunakan.

Teknik pengubahsuaian tingkah laku yang digunakan ialah dengan menggunakan sistem token dan memanipulasi peristiwa dalam persekitaran bagi melihat bagaimana tingkah laku berubah.

4.1 token.

Teknik pengubahsuaian tingkah laku menggunakan sistem

Teknik pengubahsuaian tingkah laku menggunakan sistem token iaitu merupakan satu modifikasi tingkahlaku yang dirancang untuk meningkatkan tingkahlaku yang diinginkan serta mengurangkan tingkahlaku yang tidak diinginkan dengan menggunakan token. Individu diberi token setelah menunjukkan tingkahlaku yang

diinginkan dan mengumpul token tersebut serta menukarkannya dengan sesuatu objek atau penghargaan. Sistem ekonomi token ini merupakan sistem reinforcement untuk tingkahlaku yang dirancang.

Individu tersebut mesti diberi ganjaran untuk meningkatkan perilaku yang dikehendaki.

Individu akan terangsang serta bermotivasi untuk melakukan perubahan tingkahlaku untuk mendapatkan token yang mempunyai nilai. Suatu token ekonomi yang dirancang dengan baik akan menghasilkan perubahan tingkahlaku yang dikehendaki terutamanya jika individu itu memilih motif motivasinya sendiri.

Semua perkara (tingkahlaku ) yang dapat dihitung dan nampak dapat digunakan sebagai token. Sekiranya individu menunjukan pengubahsuaian tingkahlaku yang dikehendaki, dia dengan segera diberi token kerana perubahan tingkahlakunya. Token diutamakan yang disukai, menarik, mudah untuk dibawa atau diberikan serta tidak mudah untuk diselewengkan. Biasanya token menggunakan material seperti chip poker, stiker-stiker, jumlah objek atau wang permainan. Token tidak memiliki harga. Namun token yang telah di kumpul kemudiannya ditukar dengan sesuatu yang bernilai, penghargaan atau aktiviti yang disukai. Individu yang menunjukkan tingkahlaku yang tidak dikehendaki akan juga kehilangan token.

Sasaran tingkahlaku mesti jelas dan nyata. Individu yang mengambil bahagian dalam program token ini perlu mengetahui apa yang mereka harus lakukan supaya mendapat token. Tingkahlaku yang tidak diinginkan dan yang diinginkan dijelaskan sebelum waktu yang ditetapkan di dalam termonologi yang sederhana dan spesifik. Banyaknya token diberikan atau yang diambil untuk masing-masing perilaku juga ditetapkan dan dijelaskan sebelumnya.

4.2

Teknik pengubahsuaian tingkah laku secara memanipulasi

peristiwa dalam persekitaran.

Teknik pengubahsuaian tingkahlaku secara memanipulasi peristiwa dalam persekitaran pula ialah menempatkan individu sasaran dalam sesuatu tempat bersama-sama dengan individu lain (yang bukan

sasaran) untuk mewujudkan suatu perubahan tingkahlaku yang dikehendaki. Ia bermaksud persekitaran yang semulajadi diharapkan dapat membantu individu yang disasarkan agar bertingkahlaku seperti yang diharapkan.

Sebagai contohnya, kanak-kanak autisme yang enggan untuk berinteraksi dengan orang lain ditempatkan di suatu persekitaran yang semulajadi seperti taman permainan untuk menggalakkan kanak-kanak tersebut berinteraksi secara tidak langsung. Tingkahlaku kanak-kanak ini dibuat pemerhatian sistematik serta direkodkan berdasarkan tingkahlaku sasaran pada borang data perekodan kekerapan / peristiwa ( frequency/event recording). Ia bermaksud jumlah sesuatu tingkahlaku diperhatikan dalam tempoh masa yang telah diberikan direkod.

Taman permainan dipilih sebagai tempat yang digemari oleh kebanyakan kanak-kanak dengan tabiat semulajadinya gemar

bermain. Di taman permainan tersebut individu yang disasarkan akan bersama dengan individu lain menggunakan peralatan permainan seperti buaian, papan jongkang-jongkit, permainan pasir binaan dan papan gelongsor bersama individu yang lain dalam persekitaran yang merangsang interaksi. Keadaan ini secara tidak langsung akan membantu kepada perubahan tingkahlaku yang diinginkan iaitu berinteraksi dengan persekitaran serta menghilangkan tingkahlaku yang tidak diinginkan.

5.

Pelaksanaan teknik pengubahsuaian tingkahlaku yang

digunakan kepada murid pendidikan khas.

5.1

Pelaksanaan teknik menggunakan sistem token.

Pelaksanaan teknik menggunakan sistem token ini ialah dengan merekodkan tiga perlakuan individu yang disasarkan. Iaitu masa untuk menyelesaikan dan melengkapkannya, jumlah kerja yang berjaya diselesaikan dan kekerapan perbuatan atau perlakuan yang kurang sesuai. Masa pelaksanaan yang diambil ialah 30 minit pada setiap pagi. Masa yang dicatatkan ialah dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Kaedah kajian yang dijalankan ialah peserta dan tempat yang dirancangkan (setting). Peserta terdiri daripada murid yang berumur 6 tahun yang telah diuji mempunyai masalah pembelajaran oleh panel psikologi sekolah. Iaitu murid bermasalah pembelajaran yang gagal bercakap semasa ujian. Manakala setting pula ialah sebuah kelas pendidikan khas sekolah rendah di pedalaman.

Penilai hendaklah menyatakan tugasan dan arahan dengan jelas supaya murid menyiapkan tugasan dengan sempurna. Prosedur pengukuran yang digunakan pula ialah menjalankan penilaian ke atas masa tugasan yang dilengkapkan . Jumlah tugasan dilengkapkan

dalam masa 30 minit dan tingkahlaku yang kurang sesuai dalam tempoh masa per 30 minit yang berikut seperti menjerit, tidak mahu melakukan kerja dan sebagainya. Jenis perlakuan yang tidak sesuai

inappropriate behavior tidak dicatatkan untuk meminimumkan gangguan semasa program dilaksanakan.

Sistem 3 token iaitu menyiapkan tiga tugasan setelah menerima arahan yang dijalankan di dalam kelas. Apabila kerja berjaya dilengkapkan dan diperiksa, peserta boleh meletakkan 1 velcro chip di atas sebuah velcro board. Sekiranya peserta berjaya

mengumpulkan 3 chip, dia boleh memilih aktiviti yang digemari untuk dilakukan pada 5 minit rehat. Perkara yang sama diulang sehingga peserta berjaya mendapatkan 5 minit rehat lagi sehingga tamat 30 minit masa tugasan.

Sistem 5 token iaitu menyiapkan lima tugasan setelah menerima arahan yang dijalankan di dalam kelas. Apabila kerja berjaya dilengkapkan dan diperiksa, peserta boleh meletakkan 1 velcro chip di atas sebuah velcro board. Sekiranya peserta berjaya

mengumpulkan 5 chip, dia boleh memilih aktiviti yang digemari untuk dilakukan pada 5 minit rehat. Perkara yang sama diulang sehingga peserta berjaya mendapatkan 5 minit rehat lagi sehingga tamat 30 minit masa tugasan.

Pengumpulan data dan persetujuan penilai dari segi perekodan program adalah menggunakan sistem 3 token iaitu rekod tempoh masa murid menyiapkan tugasan dibahagi 3 untuk mendapatkan purata tempoh masa satu tugasan sehari. Begitu juga sistem 5 token menggunakan proses yang sama. Merekodkan tempoh masa murid menyiapkan 5 tugasan dan memerhati berapa banyakkah aktiviti atau tugasan yang dapat disiapkan dalam 30 minit yang ditetapkan. Peserta diberi tugasan harian dan peratusan kerja yang betul direkodkan dalam borang data. Lima minit token board diberikan untuk rehat setiap beberapa tugasan disiapkan.

Persetujuan antara pemerhati iaitu 33 50% dari sesi-sesi yang dijalankan adalah diterima. Persetujuan diterima sekiranya skor sikap yang dikehendaki dari peserta adalah sama dan selaras. Sekiranya terdapat sisihan, perkiraan tidak akan diterima. Persetujuan untuk ke dua-dua akademik dan sosial adalah berjumlah 100%.

Data asas Baseline diambil semasa tugasan dilakukan . Teguran atau pertanyaan dilakukan untuk memastikan peserta melengkapkan kerja. Sekiranya terdapat tingkahlaku yang tidak dikehendaki akan menyebabkan peserta mengambil satu tiket . Sekiranya 3 tiket diambil dalam sehari akan menyebabkan kehilangan keistimewaan di hujung minggu.

Guru hendaklah menjaga moralitasi dan minat murid sasaran serta menyesuaikan dengan ganjaran yang akan ditukar dengan token. Juga menyesuaikan dengan tahap keupayaan serta tingkahlaku murid khas tersebut. murid Perkara tersebut ini adalah bertujuan untuk

menggalakkan

berminat

untuk

meneruskan

penglibatan dalam sistem ekonomi token ini. Sekiranya tugasan terlalu mudah atau berat maka murid khas tidak termotivasi untuk terlibat aktif dalam program ekonomi token. Guru harus membuat keseimbangan di dalam program ekonomi token sesuai dengan kemampuan, minat dan motivasi kanak-kanak khas yang terlibat.

5.2

Pelaksanaan teknik secara memanipulasi peristiwa dalam

persekitaran.

Pelaksanaan

teknik

secara

memanipulasi

peristiwa

dalam

persekitaran ialah menempatkan tiga orang pelajar autisme yang bersama pelajar biasa. Pelajar autisme ini hanya bercakap satu

perkataan untuk berkomunikasi. Tiga orang pelajar autisme ini dipilih dan layak untuk menyertai kajian yang dijalankan. Dua orang pelajar autisme ini mempunyai ciri-ciri sikap dan echolalia yang sama. Sebutan atau perkataan yang diucapkan adalah perkataan tunggal semasa berkomunikasi. Sementara seorang pelajar lagi menyebut 3 perkataan secara sepontan walaupun pelajar ini jarang-jarang bercakap.

Pemerhatian dijalankan dengan merekod

tingkahlaku pelajar

autisme ini berinteraksi dengan murid normal, murid normal berinteraksi dengan murid autisme dan interaksi guru ataupun staff yang berlaku di taman permainan sekolah. Waktu kajian dijalankan ialah waktu bermain yang telah disusun dalam jadual waktu sekolah. Peralatan yang digunakan ialah papan gelungsur, jongkang-jongkit, baldi , pasir dan sebagainya yang terdapat di taman permainan. Masa pemerhatian yang diambil ialah selama 10 minit. Alatan lain ialah jam tangan, data atau borang pemerhatian.

Prosedur yang dijalankan ialah meletakkan 10 15 orang pelajar normal supaya berada di taman permainan tersebut bersama-sama pelajar autisme yang telah dipilih. Bentuk vokal yang diperhatikan seperti mengucapkan hello, hai atau bertanyakan khabar.

Sementara bentuk gaya bahasa badan seperti mengangguk, menunjuk , mimik muka dan sebagainya. Sentuhan fizikal pula seperti memegang tangan, menolak, menyentuh dan sebagainya.

6.

Kekuatan dan kelemahan teknik pengubahsuaian tingkahlaku

yang digunakan.

Beberapa kekuatan dan kelemahan telah dikenal pasti semasa menggunakan teknik pengubahsuaian tingkahlaku menggunakan sistem token dan memanipulasi peristiwa dalam persekitaran.

6.1

Kekuatan teknik pengubahsuaian tingkahlaku menggunakan

sistem token dan memanipulasi peristiwa dalam persekitaran.

Kekuatan teknik pengubahsuaian tingkahlaku menggunakan sistem token adalah dapat meningkatkan lagi modifikasi tingkahlaku murid kepada tingkahlaku yang diingini kerana ia menawarkan ganjaran yang dapat menarik minat murid untuk mendapatkannya. Tingkahlaku murid dapat dibentuk dengan membantu mereka membezakan nilai yang baik dan buruk. Tingkahlaku yang baik akan diberi mata ganjaran dan tingkahlaku yang tidak dikehendaki akan kehilangan mata ganjaran . Oleh itu teknik ini memainkan peranan yang penting dalam pengubahsuaian tingkahlaku yang dikehendaki.

Teknik ini juga memerlukan ketekunan dan kesabaran serta menggunakan ruang waktu yang lama untuk mendapatkan pulangan yang diinginkan. Program ini juga merapatkan lagi hubungan guru dan murid serta ibu bapa dari segi komunikasi dan interaksi . Situasi ini mengalakkan lagi perubahan tingkahlaku seperti yang diharapkan.

Kekuatan teknik memanipulasi peristiwa dalam persekitaran adalah suatu modifikasi tingkah laku secara semula jadi yang senang dan mudah dilaksanakan secara natural. Keadaan semula jadi

persekitaran sebagai alat bantuan komunikasi dapat membantu kepada perkembangan interaksi yang diharapkan. Sebagai contoh masa bermain memberi kebebasan kepada pelajar untuk bermain dan keadaan ini secara tidak langsung akan membuka peluang pengubahsuaian tingkah laku yang diharapkan.

6.2

Kelemahan teknik pengubahsuaian tingkahlaku menggunakan

sistem token dan memanipulasi peristiwa dalam persekitaran.

Kelemahan teknik sistem ekonomi token ini di antaranya ialah kos perbelanjaan. Oleh kerana sistem ekonomi token memberikan mata ganjaran, maka ia mungkin memerlukan kos dari segi kewangan. Ganjaran yang diberikan boleh berbentuk material untuk menarik minat murid. Contohnya hadiah , aktiviti kegemaran , wang saku dan sebagainya. Semakin tinggi nilai ganjaran token, maka semakin tinggi dan berat tugasan yang dilaksanakan. Keadaan ini akan menimbulkan rasa ragu-ragu kepada peserta dan mungkin juga peserta merasakan bahawa tugasan yang diberikan adalah diluar batas kemampuannya.

Sistem ekonomi token ini memerlukan jangka masa yang lama. Berkemungkinan pelaksaannya mengambil masa yang lama. Tempoh masa yang terlalu lama akan menimbulkan pelbagai masalah seperti kebosanan, hilang minat dan pelaksanaan sambil lewa.

Risiko di dalam token ekonomi adalah sama juga dengan modifikasi perilaku yang lain. Staff yang mengelolakan pelaksanaan token ekonomi ini boleh dengan sengaja atau tidak sengaja menjadikan unsur paksaan kepada individu yang terlibat. Individu itu sebenarnya tidak rela untuk mengikuti dan menerima program yang dilaksanakan. Berkemungkinan semasa pelaksanaan token ekonomi ini juga staff mungkin ada menggunakan unsur ugutan seperti ugutan untuk merampas keperluan-keperluan asas seperti makan, rehat dan keperluan lain. Iaitu sekiranya peserta melakukan tingkahlaku yang tidak diingini.

Pemberian ganjaran token juga mungkin tidak setelus yang sebenarnya. Berkemungkinan staff yang menguruskan ekonomi token ini tidak terlatih dan faham prosedur yang dijalankan. Akibatnya ganjaran diberikan kepada peserta yang tidak sepatutnya menerima ganjaran tersebut.Faktor-faktor ketidak telusan , unsur paksaan dan ugutan akan menghasilkan tingkahlaku yang negetif dan tidak diingini.

Manakala

memanipulasi

dalam

persekitaran

ialah

keadaan

persekitaran yang mungkin tidak sama dengan persekitaran yang biasa dialami untuk pembelajaran, keadaan yang berbeza dan asing akan memberi kesan yang lebih kepada pelajar pendidikan khas yang memang sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Keadaan

semula

jadi

persekitaran

sebagai

alat

bantuan

komunikasi juga mungkin akan membataskan hasilan dapatan . Menjadi tabii murid menggunakan masa bermainnya untuk bebas bergerak dari satu tempat ke satu tempat sehingga menyukarkan pemerhatian dan akan menurunkan interaksi. Murid ini akan menumpukan sepenuh masanya untuk bermain memperdulikan orang lain. serta tidak lagi

7.

Pelaksanaan teknik yang boleh dilaksanakan pada kanak-kanak token dan

pendidikan khas di Malaysia melalui sistem ekonomi memanipulasi peristiwa dengan persekitaran.

Teknik dijalankan

memanipulasi menerusi

peristiwa

dengan dan

persekitaran program

dapat

program

inklusif

integrasi.

Kebanyakan teknik pengajaran pendidikan khas adalah berasaskan kepada teori behavioris atau tingkahlaku. Pendokong teori ini

berpegang kepada konsep bahawa teori pembelajaran adalah berdasarkan kepada kajian tentang tingkahlaku yang diperhatikan. Bagi mereka teori pembelajaran bukan didasarkan kepada konstrukkonstruk hipotetikal yang dirumuskan daripada tingkahlaku.

Tingkahlaku dikatakan dikawal oleh peristiwa-peristiwa antiseden dan konsekuens. Oleh itu tingkahlaku yang diperhatikan boleh diubah dengan memanipulasikan anteseden dan konsekuens berkaitan tingkahlaku berkenaan. Teknik adaptasi dengan persekitaran untuk pengubahsuaian tingkah laku boleh dijalankan menerusi program inklusif dan integrasi.

a.

Program inklusif

Program inklusif ialah amalan mengintegrasi pelajar berkeperluan khas dalam kelas yang sama dengan pelajar biasa atau normal. Pelajar khas di tahap kurang upaya yang sederhana di tempatkan dengan pelajar normal untuk merangsang pengubahsuaian tingkah laku pelajar khas dan berfaedah untuk semua pelajar. Dalam kelas

yang sama, guru pendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa bagi menghasilkan pendidikan yang lebih baik untuk semua pelajar. Menempatkan pelajar khas dan pelajar biasa akan membina interaksi dan hubungan sosial ke arah pengubahsuaian tingkahlaku yang diharapkan. Pelajar pendidikan khas menunjukkan kekurangan kemahiran sosial. Pelajar yang mempunyai kekurangan sosial yang lemah didapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan masalah tingkah laku sosial yang mereka hadapi. Oleh itu program inklusif ini akan dapat membantu pengubahsuaian tingkah laku yang diharapkan.

b.

Program integrasi

Program integrasi bermaksud mendidik kanak-kanak berkeperluan khas bersama-sama dengan kanak-kanak biasa. Ini berdasarkan prinsip bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu berkongsi peluang-peluang pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak yang lain. Menurut Jenkinson (1987) pula, integrasi ialah

menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa.

Oleh itu teknik adaptasi dengan persekitaran ini boleh dilaksanakan kepada kanak-kanak berkeperluan khas untuk membantu

pengubahsuaian tingkahlaku . Kanak-kanak berkeperluan khas diberi pendidikan di sekolah-sekolah di dalam kawasan yang sama dengan sekolah-sekolah biasa. Kanak-kanak berkeperluan khas boleh membina hubungan sosial dengan kanak-kanak biasa seperti berkongsi menggunakan padang permainan.

Selain

dari

berkongsi

lokasi,

penempatan

kanak-kanak

berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal dapat mewujudkan hubungan sosial yang biasa berlaku. Misalnya sewaktu bermain atau mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sekolah seperti sukan, hari kebudayaan, dan sebagainya walaupun pendidikan formal berlaku di tempat-tempat yang berasingan.

Program integrasi ini sedikit sebanyak akan dapat meningkatkan kefungsian kanak-kanak berkeperluan khas seperti menghadiri kelaskelas biasa dan mengambil bahagian bersama-sama pelajar-pelajar normal. Mereka dapat berkongsi kemudahan yang disediakan dan tidak dipisahkan daripada sebarang aktiviti sekolah.

c.

Strategi pengajaran dan pembelajaran

Pelaksanaan sistem ekonomi token dapat dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dan terancang dengan

mengaplikasikan konsep peneguhan. Peneguhan adalah objek, stimuli atau tingkah laku yang digunakan kepada tingkah laku khusus atau penarikan untuk meningkatkan kekuatan atau frekuensi dari tingkah laku tersebut. Peneguhan dapat memberikan maklumat ataupun fungsi maklum balas. Ia akan memberikan data mengenai individu tentang tingkah laku yang dilakukan dalam konteks yang khusus.

8.

Pelaksanaan secara praktikal teknik pengubahsuaian kepada

murid pendidikan khas.

Teknik pengubahsuaian tingkahlaku secara ekonomi token telah dijalankan ke atas tiga orang murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran Sekolah Kebangsaan Bandaran no 3 , Sibu . Murid yang terlibat ialah adik Dayang Intan Baiduri ( sindrom down ) , adik Nurul Khalifah ( Kerencatan mental) dan adik Mirza bin Mohd Pawi (kerencatan mental). Guru yang mengurus dan menilai ialah Puan Paon bt Narawi, guru kelas 2 Mutiara. Puan Paon melaksanakan

sistem ekonomi token ini selama 3 hari, iaitu bermula 17 hb November 2008, 20 dan 21 November 2008. Beliau membina satu set peraturan, iaitu menyatakan tingkahlaku yang akan diberi ganjaran token. Sekiranya tugasan yang diberikan dapat disiapkan dengan betul dan cepat, maka murid tersebut akan diberi satu stiker berbentuk bintang yang dilekatkan di carta oleh murid tersebut dalam tempoh masa yang diberikan.

Kumpulan murid berkenaan dijelaskan bentuk tingkah laku yang diberikan token dan dalam keadaan apa token tersebut diberikan. Token tersebut kemudiannya ditukarkan kepada barang permainan beraneka bentuk yang menarik pada akhir program. Tugasan yang diberikan ialah menyiapkan lembaran kerja matematik dari nombor 1 hingga nombor 10. Prosedur ini mengukur tingkahlaku yang ditunjukan dalam tempoh masa interval yang ditetapkan. Iaitu murid dapat melakukan tugasan dalam waktu yang ditetapkan dengan peningkatan tugasan diselesaikan. Data didapati dari jadual

kekerapan dan diplot dalam graf garisan yang mudah. Pemberian token boleh membentuk tingkah laku yang diingini. Tingkah laku pelajar boleh diketahui melalui bilangan token yang diperolehi.

Teknik memanipulasi peristiwa dengan

persekitaran telah

dijalankan secara praktikal kepada seorang kanak-kanak autisme dari Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Bandaran no 3, Jalan Bandung , Sibu Sarawak. Adik Ahmad Zaki yang mengalami

autisme telah ditempatkan bersama kanak-kanak prasekolah pada waktu rehat di taman permainan prasekolah. Pemerhatian telah dijalankan ke atas adik Adik Ahmad Zaki selama 2 hari untuk melihat interaksi sosialnya dengan persekitaran. Puan Paon bt Narawi dan Pn Arzibah menjalankan pemerhatian dan merekod data dalam lembaran data interval selama 30 minit . Prosedur ini mengukur tingkahlaku yang ditunjukkan dalam tempoh masa interval yang ditetapkan. Data didapati dari jadual kekerapan dan diplot dalam graf garisan yang mudah. Tingkah laku yang diperhati dan direkodkan iaitu interaksi murid autisme kepada murid normal dan interaksi murid normal kepada murid autisme. Tingkah laku yang direkodkan ialah dari aspek vokal, gaya bahasa badan dan sentuhan fizikal. Aspek vokal seperti mengucapkan hai, apa khabar, dan sebagainya. Manakala aspek gaya bahasa badan seperti mengangguk, menunjuk, menolak dan seumpamanya.

10.

Data asas ( baseline ) dan graf pemerhatian serta rumusan

keberkesanan teknik yang digunakan.

Teknik pengubahsuaian tingkah laku menggunakan sistem ekonomi token iaitu prosedur mengukur tingkahlaku yang ditunjukan dalam tempoh masa interval yang ditetapkan 30 minit . Data didapati dari jadual kekerapan tingkah laku yang diperhati dan direkodkan serta diplot dalam graf garisan yang mudah.

Rajah 2: Peningkatan tingkah laku menerusi sistem ekonomi token

Data asas yang diambil ialah murid pendidikan khas yang dipilih menyiapkan satu tugasan/ menyelesaikan lembaran kerja matematik

selama 60 minit. Bagaimanapun pada hari ketiga sistem ekonomi token dilaksanakan, adik Dyg Intan Baiduri (sindrom down) dapat menyiapkan satu lembaran kerja pada 8.25 pagi selama 25 minit. Dayang diberi 1 stiker lalu melekatkannya di papan carta.

Dayang Intan Baiduri kemudiannya menyelesaikan tugasan ke dua selama 15 minit dan diberi satu stiker. Walaupun kerjanya betul tetapi agak kurang kemas. Akhirnya Dayang Intan menyelesaikan

tugasannya yang ke 3 selama 10 minit. Hasil kerjanya tidak sempurna dan kurang kemas tetapi masih boleh diterima.

Manakala Nurul Khalifah (kerencatan mental tahap sederhana) menyiapkan tugasan dari jam 8.00 pagi hingga 8.35 pagi dengan betul. Kemudian dia menyiapkan lembaran kerjanya yang kedua pada jam 8.35 hingga 9.00 pagi. Tugasan yang ke 3 tidak dapat diselesaikan. Adik Mirza pula dapat menyiapkan ketiga-tiga lembaran kerja dari jam 8.00 hingga 9.00 pagi tetapi hasilan kerja yang kurang kemas . Sistem ekonomi token yang dilaksanakan kepada ketiga-tiga murid khas ini menunjukkan kesan yang amat baik. Murid khas yang terdiri dari kategori kerencatan mental tahap sederhana dan sindrom down ini bersungguh-sungguh menyelesaikan kerja yang diberi biarpun hasil kerja agak kurang kemas tetapi masih boleh diterima. Sistem ekonomi token ini amat baik digunakan dalam meningkatkan pengubahsuaian tingkah laku dan menurunkan tingkah laku yang tidak diingini.

Rajah 1 : graf tingkah laku murid autisme (garisan biru) dan murid normal

( garisan merah jambu) dalam interaksi manipulasi peristiwa dalam persekitaran.

Pemerhatian dilakukan untuk melihat keberkesanan pengubahsuaian tingkah laku murid autisme berinteraksi dengan murid normal melalui manipulasi peristiwa dalam persekitaran. Adik Ahmad Zaki (autisme tahap sederhana) ditempatkan bersama-sama kanak-kanak

prasekolah seramai 20 orang di taman permainan prasekolah pada waktu rehat bermula jam 9.00 pagi hingga 9.30 pagi selama 30 minit. Interaksi tingkah laku yang direkodkan adalah murid autisme melakukan interaksi vokal 11.1 % , interaksi bahasa badan 33.3 % dan interaksi fizikal 55.5 %. Sementara pemerhatian tingkahlaku murid normal (kanak-kanak prasekolah) kepada murid autisme ialah interaksi vocal 38%, interaksi bahasa badan 66.6% dan sentuhan fizikal 44.4 %. Secara keseluruhannya teknik memanipulasi peristiwa dalam

persekitaran ada menunjukkan sedikit pengubahsuaian tingkah laku kepada murid autisme. Data asas Ahmad Zaki sebelum pemerhatian adalah pada tahap 2% (menurut gurunya Puan Paon Narawi). Sungguhpun murid autisme hidup dalam dunianya sendiri dan tidak menghiraukan orang lain tetapi teknik manipulasi peristiwa dalam persekitaran sedikit sebanyak membantu kepada peningkatan

pengubahsuaian tingkah laku kanak-kanak khas dari segi interaksi dan hubungan sosial dengan persekitaran.

11.

Penutup

Sejarah perkembangan analisis dan pengurusan tingkahlaku telah berlaku sejak dulu lagi. Pelbagai teori berkaitan tingkahlaku wujud dan kemudiannya menjadi asas kepada bidang analisis dan

pengurusan tingkahlaku. Walaupun pelbagai program dilaksanakan untuk pengubahsuaian tingkahlaku tetapi pengaruh persekitaran dan ibu bapa turut memainkan peranan penting terhadap tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas. Ibu bapa berperanan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk kanak-kanak berkembang seperti kasih-sayang, keselamatan, keperluan hidup yang cukup, pendidikan dan sebagainya. Guru juga berperanan utama bagi membantu perkembangan tingkah laku kanak-kanak. Guru perlu mengambil pendekatan yang

menyeluruh dan bersepadu dalam menangani tingkahlaku kanakkanak berkeperluan khas. Selain mengamalkan strategi pengajaran dan pembelajaran positif serta proaktif, guru juga harus menyediakan struktur pembelajaran yang kondusif dan mudah dijangka oleh kanakkanak. Ganjaran juga perlu selalu diberikan untuk tingkah laku yang betul. Guru juga perlu sentiasa memberi inspirasi dan motivasi kepada kanak-kanak disamping memberi contoh teladan yang baik untuk membantu meningkatkan kemahiran tingkah laku positif.

You might also like