Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Bincangkan bagaimana ketidakadilan sosial dan ekonomi telah menjadi pencetus kepada peristiwa 13 Mei 1969.

Fatihatunsolehah bt Salleh Mohd Arshad b Mohamed Aslam Noratiqah bt Rasidi

Peristiwa 13 Mei
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut.

Amalan diskriminasi oleh Inggeris telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.

Masalah Ekonomi
Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.

Masalah sosial
1) Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

2) Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris - Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka - Kesannya, interaksi antara kaum terbatas. Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum dan tercetusnya peristiwa 13 Mei.

3) Latar belakang pendidikan yang berbeza - sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. - Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. - Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud.

4) Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu. - menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. - Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan

You might also like