Kesan Jerebu Terhadap Ekosistem

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Pencemaran Udara

Konsep Pencemaran Udara Pencemaran udara merujuk kepada kehadiran satu atau lebih bahan pencemar seperti gas-gas, habuk, bahan berbau, zarah,

debu dan sebagainya di dalam ruang atmosfera yang mana ia


boleh mengubah kuantiti, kualiti dan sifat atmosfera tersebut dan akhirnya memberi kesan negatif samada kepada manusia,

tumbuhan, binatang serta persekitaran fizikal sesuatu.

Bagaimana berlakunya Pencemaran Udara ? Kesan daripada aktiviti-aktiviti perkilangan, telah

menggalakkan pembebasan bahan-bahan seperti karbon


monoksida, karbon dioksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan lain-lain.

Ini telah menyebabkan komposisi ruang udara di persekitaran


tercemar dan teroksida. Pembebasan habuk terampai telah menyebabkan fenomena jerebu terutama ketika udara kering (dry air). Ini telah meningkatkan nilai IPU (Indeks Pencemar Udara).

Kesan Pencemaran Udara terhadap Ekosistem Tumbuhan

Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan


nekrosis (keguguran daun klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut. Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi

yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain itu,


kesan ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem.

Haiwan Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini disebabkan oleh udara yang memasuki

paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada sumber


tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara.

Hujan Asid
Konsep Hujan Asid

Hujan asid ialah air hujan yang mengandungi tahap keasidan


yang tinggi (pH kurang daripada 5) seperti air hujan yang mengandungi asid sulfurik dan asid nitrit. Pembentukkannya berkait rapat dengan proses kondensasi yang dijalankan oleh bahan-bahan pencemar di udara seperti sulfur dioksida, nitrus

dioksida, karbon monoksida dan lain-lain lagi.

Kesan hujan asid terhadap haiwan, tumbuhan dan habitat Sulfur dioksida dan nitrogen dioksida menyebabkan hujan asid yang melarut resap nutrien. Hal ini menyebabkan tanah menjadi tidak subur.

Hujan asid menyebabkan tanah berasid, memusnahkan daun


lalu menyebabkan tumbuhan mati. Hujan asid merendahkan pH air, lalu menyebabkan organisma

akuatik mati
Asap, jelaga dan habuk menyumbat stoma dan merendahkan kadar fotosintesis.

http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/ictic/ekon omi/indus5.html http://weatherandclimate.blog.umt.edu.my/2011/04 /07/adakah-jerebu-menyumbang-kepadakemusnahan-negara-2/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara

You might also like