Kesan Interaksi Tamadun Islam Dari Aspek Fesyen Pakaian Di Kalangan Masyarakat Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KESAN INTERAKSI TAMADUN ISLAM DARI ASPEK FESYEN PAKAIAN DI KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA.

Fesyen pakaian menurut Tamadun Islam tidak menetapkan bentuk dan warna pakaian untuk dipakai baik ketika beribadat atau luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai denga akhlak seorang Muslim. Namun, Tamadun Islam memainkan peranan yang penting dalam cara pemakaian masyarakat Islam masa kini serta masyarakat bukan Islam. Proses interaksi antara tamadun atau peradaban merupakan suatu proses yang lumrah dalam manamana tamadun di dunia ini. Gamis merupakan pakaian masyarakat Arab turun-temurun sejak dari zaman Rasulullah S.A.W lagi. Pakaian ini digunakan sejak zaman dahulu sebagai pakaian rasmi kerajaan dan rakyat semasa itu. Warna putih dan hitam menjadi pilihan utama dalam memakai pakaian seperti ini. Warna putih menjadi pilihan kerana ia melambangkan kebersihan dan kesucian. Namun, warna hitam juga digunakan sebagai warna pakaian oleh masyarakat pada zaman itu. Secara tidak langsung, warna hitam ini sebagai pencetus penggunaan warna dalam pakaian Islam sehingga kini. Masyarakat Arab juga memakai guthra sebagai penutup kepala. Namun, pemakaian serban juga ada digunakan sehinggalah pada masa kini. Walaupun cara pemakaian masyarakat dulu dan kini agak berbeza, namun unsur pemakaian tersebut tetap ada dan diguna pakai sehingga ke hari ini. Begitulah hebatnya pemakaian dan fesyen tamadun islam. Pengaruhnya dapat dilihat sehingga kini. Walau apa-apa pun jenis fesyen yang diketengahkan dalam tamadun islam, ia semestinya mengikut hukum syarak iaitu menutup aurat. Selain lelaki, wanita juga mempunyai fesyen dalam berpakaian. Islam tidak pernah melarang pengikutnya berfesyen. Pada zaman dahulu, kebanyakan fesyen pakaian wanita tidak berlandaskan syarak. Contoh, mereka memakai pakaian yang ketat seperti kebaya dan hanya menutup kepala dengan selendang. Tetapi lamakelamaan fesyen pakaian berubah. Kebanyakan wanita pada masa kini berpakaian dengan berlandaskan syarak iaitu menutup aurat. Contoh fesyen pakaian ialah baju

kurung, jubah, dan baju kurung Pahang. Namun begitu, fesyen kebaya turut ada sehingga kini. Bukan sahaja masyarakat Islam tetapi masyarakat lain seperti Cina dan India turut memakai baju kurung dan kebaya. Wanita masa kini juga kebanyakannya mengenakan tudung yang pelbagai fesyen. Fesyen tudung di Malaysia juga banyak dipengaruhi oleh negara luar seperti fesyen tudung Ariyani iaitu pengaruh dari Indonesia. Namun, terdapat juga wanita yang ingin berfesyen tetapi tidak mengikut syarak seperti memakai pakaian yang ketat dan menampakkan tubuh badan. Ini amatlah bertentangan dengan adab berpakaian dan berfesyen yang ditetapkan oleh Islam. Berdasarkan gambar yang dilampirkan, menunjukkan cara pemakaian tudung yang betul iaitu tudung yang dipakai hendaklah menutup dada dan tidak jarang. Selain daripada tudung, baju yang dipakai hendaklah longgar dan labuh supaya tidak menampakkan bentuk tubuh dan menutup kawasan yang sepatutnya. Ini bagi mengelakkan fitnah daripada orang yang melihatnya.

KESAN INTERAKSI TAMADUN ISLAM DARI ASPEK SENIBINA DI KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA. Interkasi antara tamadun di Malaysia wujud kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada tiga dominan yang berasal daripada kelompok Tamadun Asia. Peribumi Melayu mewakili Tamadun Melayu, etnik Cina mewarisi Tamadun Cina dari Tanah Besar Cina dan etnik India mewakili Tamadun India dari benua kecil India. Kepelbagaian bangsa yang mendiami Malaysia pasti member pelbagai kesan dalam hidup bermasyarakat. Suatu karya seni dapat dikategorikan sebagai seni Islam bukan hanya kerana diciptakan oleh seorang Muslim tetapi berlandaskan oleh wahyu Ilahi. Sejarah perkembangan seni bina Islam di Malaysia bermula setelah kedatangan para pendakwah Islam seawall abad ke-12 Masihi. Hasil peninggalan mereka bukan sahaja menjadi bukti sejarah, malahan telah mempengaruhi kesenian dan kebudayaan masyarakat tempatan termasuklah dalam aspek seni bina dan kesannya yang boleh dilihat di seluruh negara hari ini. Maksud hadis yang mengatakan Allah S.W.T itu indah dan suka kepada keindahan menjadi titik tolak seni Islam. Seni dalam Tamadun Islam telah melahirkan banyak seni bina indah seperti masjid sehingga menjadi mercu kegemilangan Tamadun Islam hingga ke hari ini. Seni bina masjid terawal adalah mempunyai ciri seni bina rumah Melayu tradisional. Dari semasa ke semasa binaan yang didirikan diperbaharui, diubah suai dan disisipkan dengan unsur kesenian daripada pelbagai bangsa di dunia. Hampir semua bentuk masjid yang terawal mempunyai tiang. Lantai masjid ditinggikan dari paras tanah untuk mengelakkan air daripada memasuki masjid ketika banjir. Hasil interaksi antara tamadun melayu dan tamadun cina di Malaysia pada zaman awal amat ketara dari aspek seni bina. Unsur seni bina Cina diserap dalam pembinaan masjid. Antara ciri khusus serapan ialah pada reka bentuk bumbung masjid yang menyerupai seni bina Pagoda. Contohnya pada Masjid Tanjung Kling dan Masjid Tengkera di Melaka. Demikian juga Masjid Kg. laut di Kelantan, Masjid Demak di Jawa Timur, dan beberapa tempat lain di rantau ini. Malah identiti reka bentuk masjid pada

zaman sebelum Malaysia merdeka adalah bumbung bertingkat yang diilhamkan dari bangunan Pagoda . Reka bentuk bumbung masjid dihasilkan secara bertingkat. Sekurang-kurangnya terdapat tiga tingkat bumbung masjid. Selain itu, istana turut mempamerkan ciri yang berunsurkan seni bina Islam iaitu yang paling ketara ialah kubah dan menara. Seni bina istana di Malaysia pada zaman awal kedatangan Islam kebanyakannya berkonsep tradisional dan mirip seni bina di Sumatera. Unsur seni bina Islam pada istana ialah kubah, menara, binaan menghadap kiblat serta hiasan pada istana. Contohnya Istana Balai Besar Kedah. Ia dibina semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778M). Istana Alam Shah di Selangor juga mempunyai unsure seni bina Islam iaitu menara dan 3 buah kubah yang merupakan lambang pengaruh Islam dari India dan Parsi. Kemudian istana ini telah diubahsuai kepada binaan yang lebih moden iaitu terdapat sebuah menara berkubah emas yang masih kekal hingga ke hari ini. Binaan istana yang terawal yang terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia lebih mengaplikasikan konsep tradisional berbumbungkan bentuk minangkabau dari Sumatera. Hal ini berbeza dengan bangunan moden masa kini yang banyak menonjolkan bangunan berkonsepkan seni bina Islam.

KESIMPULAN. Persoalan mengenai fesyen dan senibina Islam adalah berlegar disekitar hubungan alam dengan manusia serta hubungan manusia dengan pencipta yang agung iaitu Allah S.W.T. Hakikatnya, senibina Islam ini sebenarnya tidak wujud di awal kelahiran Islam. Namun ia menjadi satu aspek kesenian Islam disebabkan ciri- ciri yang terdapat pada senibina tersebut yang bermotifkan nilai Tauhid dan melambangkan imej kerohanian Islam serta menjadi pemangkin perkembangan kesenian Islam yang lain seperti seni khat, seni suara (taranum) dan sebagainya. Fesyen dan senibina berunsurkan Islam ini berkembang seiring dengan perkembangan tamadun. Di samping itu, penerapan nilai kebudayaan masyarakat Muslim dari Tanah Arab, benua China, mahupun India serta Sumatera turut diterjemahkan melalui fesyen pakaian dan senibina. Ia kemudiannya menjadi ikon kepada kebanyakan fesyen dan senibina di Malaysia pada masa kini.

You might also like