Panduan P&P Pend. Moral Tahun 3

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 50

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PANDUAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
TAHUN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 2012

CETAKAN 2012 @Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya

KANDUNGAN Bil 1. 2. 3. 4. Pendahuluan Buku Panduan pengajaran dan pembelajaran Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Perkara Muka Surat v v vi

Pendidikan Moral
Baik hati Keberanian Kejujuran Kerajinan Kerjasama 1 9 13 19 28

iii

1. Pendahuluan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. 2. Buku Panduan Pengajaran & Pembelajaran Buku ini disediakan untuk membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Seni Kreatif. Buku ini

mengandungi beberapa contoh nilai murni. Setiap contoh mempunyai masa yang dicadangkan. Cadangan masa ini bukanlah sesuatu yang wajib dipatuhi kerana guru boleh mengadaptasikan cadangan aktiviti yang disediakan dengan mengambil kira kebolehan dan unit yang disediakan dengan mengambil kira kebolehan dan persekitaran murid. Buku ini disediakan dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dan simulasi disamping menggabungjalinkan pendekatan-pendekatan pedagogi lain yang sesuai. Penerapan elemen TMK, keusahawanan serta kreativiti dan inovasi disisipkan bagi membimbing guru dalam melaksanakannya. Penilaian yang disediakan bagi sesuatu pengajaran adalah bersifat dianostik bagi membolehkan guru mengesan kefahaman murid. Aktiviti dan lembaran kerja yang disediakan untuk pengayaan dan pemulihan disediakan mengikut tahap kebolehan murid bagi mencapai standard pembelajaran.

Cadangan aktiviti yang terdapat di dalam buku ini tidak mukatamad dan guru digalakkan mengubahsuai aktiviti bersesuaian dengan keupayaaan murid dan persekitaran. Guru juga digalakkan untuk membina modul p&p yang bersesuian dan secara tidak langsung berpeluang mengembangkan kreativiti. 3. Pendekatan Pengajaran dan pembelajaran Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran : x x x x x x x x x x x x x Inkuiri Analisis Tugasan Belajar Melalui Bermain Pengajaran Bertema Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin) Konstruktivisme Multi Sensori Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran Interaktif Pembelajaran Koperatif Simulasi Pembelajaran Masteri Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)

vi

DRAF
Tajuk Masa Tunjang Utama Standard Kandungan Standard Pembelajaran Tunjang lain yang disepadukan : 2. Baik hati : 60 minit : Kemanusiaan : 2.1. Kekeluargaan : 2.1.1. Menyebut aktiviti yang dijalankan untuk membantu keluarga : Komunikasi Keterampilan Diri Fizikal dan Estetika Kerohanian Sikap dan Nilai Objektif Nilai LANGKAH Set Induksi : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat menyebut 3 daripada 5 aktiviti yang dijalankan untuk membantu keluarga di rumah : Bertanggungjawab, kerjasama, hemah tinggi, hormat dan kasih sayang AKTIVITI BBB CATATAN

1.

Murid menonton video mengenai aktiviti membantu keluarga.

Video Membantu Keluarga

EMK: Teknologi Maklumat & Komunikasi

2. Murid membuat pemerhatian dan bersoal jawab dengan guru. Cadangan soalan: a. Apakah yang dilakukan oleh orang yang terdapat di dalam tayangan video? b. Siapakah yang membantu keluarga di rumah?

DRAF

LANGKAH

AKTIVITI

BBB

CATATAN

Langkah 1

Murid melihat gambar aktiviti membantu keluarga yang ditunjukkan. Cadangan soalan: a. Apakah yang dilakukan oleh bapa? b. Apakah yang dilakukan oleh ibu? c. Siapakah yang suka membantu bapa? d. Siapakah yang suka membantu ibu?

Gambar (Lampiran I dan II)

Langkah 2

1. Murid membuat cabutan undian untuk memegang watak bapa, ibu, kakak dan abang. 2. Murid dipakaikan topeng watak berdasarkan undian yang diperolehi. 3. Berdasarkan watak tersebut, murid membuat aktiviti simulasi membantu keluarga di rumah dengan bimbingan guru. (Guru memberikan contoh aktiviti serta peralatan)

Cabutan undian Peralatan simulasi

EMK: Kreativiti & Inovatif

Langkah 3

Murid bersoal jawab dengan guru tentang aktiviti simulasi yang telah dijalankan. Cadangan soalan: a. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh bapa? b. Sebagai anak, apakah yang telah dilakonkan untuk

EMK: Kreativiti & Inovatif

DRAF

LANGKAH membantu bapa?

AKTIVITI

BBB

CATATAN

c. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh ibu? d. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh anak untuk membantu ibu?

Langkah 4

Murid membuat aktiviti dalam lembaran kerja. Aras rendah Aras sederhana Aras tinggi : Menyebut tiga aktiviti membantu keluarga berpandukan gambar. : Menyebut dan memadankan gambar berkaitan situasi. : Menyebut dan menyesuaikan perkataan yang berkaitan dengan aktiviti membantu keluarga.

Lembaran kerja

Penutup

1. Seorang murid membuat aksi tanpa suara yang menunjukkan aksi membantu keluarga. 2. Murid lain meneka aksi yang dilakukan. 3. Guru merumuskan isi pelajaran hari ini.

EMK: Kreativiti & Inovatif

DRAF
LAMPIRAN I

Gambar gotong royong membantu ibu bapa 4

DRAF
LAMPIRAN II

Gambar : Ali membantu ibunya menyapu sampah. 5

DRAF
Tajuk : 2. Baik hati Standard Kandungan : 2.1. Kekeluargaan Standard Pembelajaran : 2.1.1. Menyebut aktiviti yang dijalankan untuk membantu keluarga Nama :_____________________________________________ Sebutkan aktiviti yang terdapat di dalam gambar dan warnakannya. Kelas :______________ Tarikh :________________

DRAF

Tajuk : 2. Baik hati Standard Kandungan : 2.1. Membantu keluarga Standard Pembelajaran : 2.1.1. Menyebut aktiviti yang dijalankan untuk membantu keluarga Nama :_____________________________________________ Menyebut dan memadankan gambar. Kelas :______________ Tarikh :________________

DRAF
Tajuk : 2. Baik hati Standard Kandungan : 2.1. Membantu keluarga Standard Pembelajaran : 2.1.1. Menyebut aktiviti yang dijalankan untuk membantu keluarga Nama :_____________________________________________ Sebut, suai perkataan dan warnakan aktiviti membantu keluarga. Kelas :______________ Tarikh :________________

Menjaga adik

Membantu ayah

Membasuh pinggan

DRAF
Tajuk Masa Tunjang Utama Standard Kandungan Standard Pembelajaran Tunjang lain yang disepadukan : 9.Keberanian : 30 minit : Kemanusiaan : 9.1. Berkomunikasi : 9.1.1. Menunjukkan sikap berani mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah : Literasi Sains dan Teknologi Komunikasi Fizikal dan Estetika Kerohanian Sikap dan Nilai Objektif Nilai LANGKAH Set Induksi : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat menunjukkan sikap berani semasa menyertai aktiviti persembahan nyanyian : Kerjasama, hemah tinggi, toleransi, hormat dan bertanggungjawab AKTIVITI BBB Video Idola Kecil atau Video Tom-tom Bak CATATAN EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi

1. Murid menonton video Idola Kecil yang ditunjukkan oleh guru. 2. Murid melakukan pemerhatian dan bersoal jawab dengan guru berdasarkan video. Cadangan soalan: a. Apakah yang kamu dapat lihat di dalam video? b. Apakah yang dilakukan oleh kanak-kanak didalam video tersebut? 3. Guru menerangkan tentang sikap berani yang ditunjukkan oleh

DRAF

LANGKAH

AKTIVITI kanak-kanak didalam video.

BBB

CATATAN

Langkah 1

1. Murid menonton video lagu Burung Kakak Tua yang ditunjukkan oleh guru. 2. Murid menyanyi secara beramai-ramai mengikut rentak lagu.

Video lagu BurungKakakTua

EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Langkah 2

1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan membentuk bulatan. 2. Murid menyanyi lagu Burung Kakak Tua secara bergilir-gilir mengikut kumpulan dengan iringan muzik.

Video lagu BurungKakakTua

Langkah 3

1. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar seorang wakil untuk menyanyi lagu Burung Kakak Tua secara individu. 2. Semua murid mengambil bahagian secara bergilir-gilir. 3. Murid yang tiada keyakinan diri akan dibantu oleh guru. 4. Murid menerima ganjaran kerana sikap berani yang ditunjukkan.

Token

10

DRAF

LANGKAH Penutup

AKTIVITI 1. Murid menyanyikan semula lagu Burung Kakak Tua secara beramai-ramai. 2. Guru merumuskan pelajaran hari ini dan mencadangkan murid supaya berani menyertai sebarang aktiviti di sekolah.

BBB

CATATAN EMK: Teknologi maklumat dan komunikasi

Video lagu Burung Kakak Tua

11

DRAF
Tajuk : 9. Keberanian Standard Kandungan : 9.1. Berkomunikasi Standard Pembelajaran : 9.1.1. Menunjukkan sikap berani mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah SENARAI SEMAK Kelas : _____________________________ Tarikh : _____________________________

Arahan : Tandakan ( / ) pada ruangan Bersikap berani atau Bersikap berani dengan bantuan atau Tidak berani

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

NAMA MURID

BERSIKAP BERANI

BERSIKAP BERANI DENGAN BANTUAN

TIDAK BERANI

CATATAN

12

DRAF
Tajuk Masa Tunjang Utama Standard Kandungan Standard Pembelajaran Tunjang lain yang disepadukan : 10. Kejujuran : 60 minit : Kemanusiaan : 10.1. Bersikap jujur dengan rakan : 10.1.1. Menceritakan perlakuan jujur secara berpandu : Komunikasi Keterampilan Diri Fizikal dan Estetika Kerohanian Sikap dan Nilai Objektif Nilai LANGKAH : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid boleh menyebutkan 3 daripada 5 perlakuan jujur : Kerjasama, bertanggungjawab, hemah tinggi dan keberanian AKTIVITI BBB CATATAN

Set Induksi

1. Murid menonton tayangan video Upin dan Ipin yang menunjukkan perlakuan jujur. 2. Murid membuat pemerhatian sikap jujur yang terdapat dalam video tersebut. Cadangan soalan: a. Sebutkan perlakuan yang baik dalam gambar video?

Tayangan Video Upin & Ipin

EMK: Teknologi Maklumat & Komunikasi

13

DRAF

LANGKAH

AKTIVITI

BBB

CATATAN

Langkah 1

1. Murid melihat kad gambar situasi yang berkaitan sikap jujur. 2. Murid menyebut satu persatu sikap jujur yang terdapat pada gambar dengan bimbingan. Kad gambar (Lampiran I)

Langkah 2

Permainan pancing kad gambar situasi. 1. Setiap murid diberi joran permainan. 2. Murid dikehendaki memancing kad yang berkaitan situasi sikap jujur yang terdapat di dalam bekas. 3. Murid menyebut sikap jujur yang ada pada kad situasi yang dipancing dengan bimbingan guru. 4. Cadangan soalan : a. Gambar apa yang dapat kamu pancing? b. Apa yang perlu kamu lakukan sekiranya kejadian itu berlaku?

Joran permainan Kad gambar Besen plastik

EMK: Kreativiti & Inovatif

Langkah 3

1. Murid berada dalam kumpulan berpasangan. 2. Setiap kumpulan diberikan satu sampul berisi kad gambar

Lembaran kerja Kad gambar

EMK: Kreativiti & Inovatif

14

DRAF

LANGKAH situasi.

AKTIVITI

BBB

CATATAN

3. Seorang murid menyebut kad gambar situasi yang ditunjukkan oleh pasangannya. 4. Aktiviti ini dilakukan secara bergilir-gilir. Langkah 4 Murid melakukan aktiviti secara berkumpulan. Aras rendah: Murid mengumpul dan menampal 3 keping gambar yang berkaitan dengan sikap jujur ke dalam buku skrap dengan bimbingan guru. Aras sederhana: Mengumpul dan menampal 5 keping gambar yang berkaitan dengan sikap jujur ke dalam buku skrap dengan bimbingan guru. Aras tinggi: Mengumpul dan menampal lebih daripada 5 keping gambar yang berkaitan dengan sikap jujur ke dalam buku skrap. Penutup 1. Murid menonton tayangan video. 2. Murid menerangkan tentang nilai kejujuran berdasarkan video yang ditonton. 3. Guru merumuskan pembelajaran dan pengajaran hari ini. Tayangan video Upin & Ipin Buku skrap Gambar - gambar yang berkaitan dengan sikap jujur

15

DRAF
LAMPIRAN I

Kelakuan tidak sengaja memecah cermin. 16

Memohon maaf apabila melakukan kesalahan.

DRAF
Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran : 10. : 10.1. : 10.1.1. Kejujuran Bersikap jujur dengan rakan Menceritakan perlakuan jujur secara berpandu Kelas :______________ Tarikh :________________

Nama :_____________________________________________ Murid menyebut sikap jujur yang terdapat pada gambar bersiri.

5
17

DRAF
Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran : 10. : 10.1. : 10.1.1 Kejujuran Bersikap jujur dengan rakan Menceritakan perlakuan jujur secara berpandu Kelas :______________ Tarikh :________________

Nama :_____________________________________________

Murid menyusun cerita yang berkaitan dengan sikap kejujuran berpandukan gambar bersiri. 1 2 3 Ahmad seorang pengembala kambing. Ahmad mengadu serigala memakan kambingnya. Ahmad menipu orang kampung. 4 5 6 Serigala datang memakan kambing Ahmad. Ahmad mengadu kepada orang kampung. Tiada orang menolong dan kambing Ahmad di makan serigala.

18

DRAF
Tajuk Masa Tunjang Utama Standard Kandungan Standard Pembelajaran Tunjang lain yang disepadukan : 11. Kerajinan : 60 minit : Kemanusiaan : 11.1. Bersikap rajin : 11.1.2. Mengamalkan sikap rajin dalam aktiviti seharian : Komunikasi Keterampilan Diri Fizikal dan Estetika Kerohanian Sikap dan Nilai Objektif Nilai : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid boleh menunjukkan sikap rajin dalam aktiviti berkebun : Bertanggungjawab, baik hati, kerjasama, hemah tinggi, hormat, kejujuran, dan toleransi

LANGKAH

AKTIVITI

BBB CD Lagu Pak Mamat Ada Kebun

CATATAN EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Set Induksi

1. Murid bersama guru ke tapak perkebunan sekolah. 2. Murid mendengar dan menyanyikan lagu Pak Mamat Ada Kebun dengan iringan muzik.

Langkah 1

1. Sesi soal jawab tentang aktiviti yang biasanya dijalankan di kebun.

Peralatan berkebun

EMK: Keusahawanan

19

DRAF

LANGKAH

AKTIVITI

BBB

CATATAN

Cadangan soalan : a. Apakah aktiviti yang biasa kita lakukan di kebun? b. Namakan alatan yang digunakan untuk berkebun? 2. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan mereka diminta melakukan cabutan undian untuk menentukan tugas mereka. a. Kumpulan A - aktiviti membersih dan merumput, b. Kumpulan B - aktiviti menggembur dan menyiram pokok c. Kumpulan C - aktiviti menanam dan membaja 3. Murid diminta mengambil peralatan berkebun yang bersesuaian dan menjalankan aktiviti mereka dengan bimbingan guru . 4. Murid menyimpan peralatan yang digunakan dan membersihkan diri setelah selesai menjalani aktiviti berkebun.

Langkah 2

1. Murid bersoal jawab dengan guru mengenai aktiviti yang telah dijalankan di kebun tadi. 2. Guru menunjukkan gambar tunggal aktiviti berkebun. 3. Murid melakukan pemerhatian dan mengaitkannya dengan aktiviti yang telah murid lakukan tadi.

Kad gambar (Lampiran I)

EMK: Kreativiti & Inovatif

20

DRAF

LANGKAH

AKTIVITI 4. Murid bersoal jawab tentang gambar tersebut. Cadangan soalan: a. Apakah yang dilakukan oleh murid yang terdapat di dalam gambar? b. Apakah yang dilakukan oleh murid lelaki di dalam gambar tersebut? c. Berapa orang murid yang rajin membuat kerja? d. Berapa orang murid yang malas membuat kerja?

BBB

CATATAN

Langkah 3

1. Murid diberikan gambar puzzle situasi. 2. Murid mencantum potongan gambar puzzle. 3. Murid diminta menyatakan sikap rajin yang ada pada gambar puzzle yang telah dicantum.

Kad puzzle

EMK: Kreativiti & Inovatif

Penutup

1. Murid menyanyikan semula lagu Pak Mamat Ada Kebun. 2. Guru memberikan pujian kepada murid yang menunjukkan sikap rajin. 3. Guru merumuskan pelajaran hari ini.

CD Lagu Pak Mamat Ada Kebun

EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi

21

DRAF
Lampiran I Mengamalkan sikap rajin dalam aktiviti berkebun. Arahan:Nyatakan aktiviti gambar di bawah dan warnakannya.

Arahan: Cantumkan gambar di bawah.

22

DRAF

23

DRAF
Tajuk : 11. Kerajinan Standard Kandungan : 11.1. Bersikap rajin terhadap diri sendiri Standard Pembelajaran : 11.1.2. Mengamalkan sikap rajin dalam aktiviti seharian Nama :_____________________________________________ Gunting dan susun gambar yang diberikan. Kelas :______________ Tarikh :________________

24

DRAF

Gunting dan susun gambar yang diberikan.

25

DRAF
Gunting dan susun gambar yang diberikan.

26

DRAF
Gunting dan susun gambar yang diberikan.

Tajuk Masa

: 12. Kerjasama : 60 minit

27

DRAF
Tunjang Utama Standard Kandungan Standard Pembelajaran Tunjang lain yang disepadukan : Kemanusiaan : 12.1. Kerjasama : 12.1.2. Menyatakan aktiviti yang boleh dilakukan bersama rakan : Literasi Sains dan Teknologi Komunikasi Fizikal dan Estetika Kerohanian Sikap dan Nilai Objektif Nilai LANGKAH Set Induksi : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat menyatakan 3 daripada 4 aktiviti yang boleh dilakukan bersama rakan semasa di dalam bilik darjah : Kerjasama, bertanggungjawab, toleransi dan kerajinan AKTIVITI 1. Murid menonton tayangan slaid yang ditunjukkan oleh guru. 2. Murid membuat pemerhatian daripada tayangan slaid dan bersoal jawab dengan guru. Cadangan soalan: a. Apakah yang kamu dapat lihat dalam tayangan slaid? b. Apakah yang dilakukan oleh semut terhadap sekeping biskut itu? c. Apakah nilai yang ditunjukkan oleh semut semasa mengangkat biskut itu? 3. Murid diberi penerangan tentang sikap kerjasama yang BBB Tayangan LCD Cerita Sang Semut CATATAN EMK: Teknologi Maklumat & Komunikasi

28

DRAF

LANGKAH dilakukan oleh semut.

AKTIVITI

BBB

CATATAN

Langkah 1

1.

Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan keceriaan kelas. Cadangan soalan: a. Apakah yang kamu perlu lakukan dalam kelas? b. Apakah aktiviti yang kamu lakukan untuk menceriakan kelas?

Jadual tugas murid

EMK: Kreativiti dan Inovatif

2. Murid membuat pemerhatian pada jadual tugas harian yang ditunjukkan oleh guru. 3. Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan dengan jadual tugas harian tersebut. Cadangan soalan: a. Apakah aktiviti yang terdapat di dalam jadual tugas? b. Adakah aktiviti yang kamu sebutkan untuk menceriakan kelas tadi terdapat dalam jadual bertugas ini?

29

DRAF

LANGKAH Langkah 2

AKTIVITI 3. Setiap murid mengambil kad gambar yang terdapat di dalam kotak. 4. Murid berkumpul dalam kumpulan mengikut kad gambar yang diperolehi. 5. Murid membuat aktiviti simulasi secara berkumpulan berpandukan kad gambar yang diperolehi.

BBB Kad gambar aktiviti

CATATAN

EMK: Kreativiti dan inovatif

Langkah 3

1. Murid menyatakan semula aktiviti yang dilakukan berdasarkan simulasi. 2. Murid menyatakan perasaan yang mereka rasai semasa menjalankan aktiviti secara bekerjasama. 3. Murid mengikut guru menyebut perkataan Apa yang penting.....kerjasama!

Simulasi

Langkah 4

Guru memberikan lembaran kerja: Aras rendah :Murid mencantumkan puzzle gambar peralatan kebersihan secara berkumpulan. Aras sederhana: Murid membuat satu model gambar peralatan kebersihan dengan menggunakan plastisin.

Puzzle Bahan terbuang Gam Gunting Tali Kertas warna

EMK: Kreativiti dan inovatif

30

DRAF

LANGKAH

AKTIVITI

BBB

CATATAN

Aras tinggi:

Murid membuat satu model gambar peralatan kebersihan dengan menggunakan bahan terbuang.

Penutup

1. Murid mendengar dan menyanyikan lagu Wonderpet berjudul Kerjasama dari CD lagu sebagai pengukuhan. 2. Guru merumuskan isi pelajaran hari ini.

CD lagu

31

DRAF

Kad gambar

Lampiran I

32

DRAF

Jadual tugas murid

Lampiran II

Hari

Tugas

ISNIN

ALI CHONG TAN KASIM AHMAD SHILA MASTURA RANI KUMAR ANI

RANI MASTURA CHONG AHMAD KUMAR ALI TAN SHILA ANI KASIM

KASIM ANI SHILA MASTURA CHONG TAN KARIM ALI RANI AHMAD

SHILA KUMAR ALI RANI MASTURA KARIM CHONG KASIM SHILA TAN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

33

DRAF
Lampiran II Kad aktiviti Arahan : Gunting gambar bagi membentuk kad aktiviti

34

DRAF
Puzzle

35

DRAF
Tajuk : 12. Kerjasama Standard Kandungan : 12.1. Sikap kerjasama Standard Pembelajaran : 12.1.2. Menyatakan aktiviti yang boleh dilakukan bersama rakan Nama :_____________________________________________ Kelas :______________ Tarikh :________________

Arahan guru : Guru meminta murid menyesuaikan alatan membersihkan kelas pada gambar. Arahan murid : Murid menyesuaikan alatan membersihkan kelas pada gambar.

36

DRAF
Tajuk : 12. Kerjasama Standard Kandungan : 12.1. Bersedia memberi kerjasama kepada rakan Standard Pembelajaran : 12.1.2. Menyatakan aktiviti yang boleh dilakukan bersama rakan Nama :_____________________________________________ Kelas :______________ Tarikh :________________

Arahan guru : Guru meminta murid menampalkan pelekat gambar mimik muka senyum pada pernyataan yang menunjukkan nilai kerjasama dan pelekat gambar mimik muka sedih untuk pernyataan yang tidak menunjukkan nilai kerjasama pada ruang yang ditetapkan. Arahan murid : Murid menampalkan pelekat gambar mimik muka pada ruang yang ditetapkan. 1. Ani dan Karim membersihkan meja guru.

2. Mala dan Tan menconteng papan tulis.

3. Rakan-rakan Kumar bersama-sama menyusun kerusi dan meja murid.

4. John hanya melihat Rosli menyusun buku di perpustakaan.

5. Siti, Aisyah dan Nani bersama-sama menyapu sampah di bilik darjah

37

DRAF
Gunting dan tampal mimik muka di bawah mengikut pernyataan yang diberi.

38

DRAF
Tajuk : 12. Kerjasama Standard Kandungan : 12.1. Bersedia memberi kerjasama kepada rakan Standard Pembelajaran : 12.1.2. Menyatakan aktiviti yang boleh dilakukan bersama rakan Nama :_____________________________________________ Kelas :______________ Tarikh :________________

Arahan guru : Guru meminta murid melebelkan perlakuan bekerjasama. Arahan murid : Murid melebelkan perlakuan bekerjasama. menyapu sampah menyusun perabot memadam papan tulis

39

You might also like