Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Objektif. Objektif kerja kursus ini ialah untuk melengkapkan kursus Bahasa Melayu Komunikatif (WAJ3115).

Kerja kursus ini juga bertujuan untuk memastikan konsep budi bahasa, kesantunan bahasa, sistem sapaan, dan gaya bahasa dapat dijelaskan dengan baik dan seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Selain itu, kerja kursus ini juga bertujuan untuk memberikan kemahiran dalam mengenal pasti, menganalisis dan membuat ulasan mengenai jenis gaya bahasa dalam penulisan kreatif sesuatu karya.

PENGHARGAAN. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tugasan ini adalah salah satu kriteria untuk subjek Bahasa Melayu Komunikatif ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu, Encik Kamarul Azlan yang banyak membantu saya denan memberi bimbingan dan panduan dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu juga, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakanrakan yang tidak jemu menolong saya demi untuk memastikan kerja kursus ini dapat disiapkan. Tidak saya lupakan juga kedua ibu bapa saya yang tidak putus-putus memberikan sokongan moral kepada saya. Terima kasih saya ucapkan.

Pengenalan. Menurut kamus dewan edisi ke empat, cerpen bermaksud cerita pendek. Cerpen ialah bentuk cereka pendek, yang membawakan satu persoalan bagi menghasilkan satu kesan tertentu yang indah. (Hashim Awang). Biasanya cerpen mempunyai bentuk cerita yang terbatas kerana bilangan perkataan ialah antara 500 hingga 15000 patah perkataan. Dalam Glosari Istilah, Kesusteraan mendefinasikan cerpen sebagai: Kisah rekaan yang relative pendek yang dihasilkan dalam bentuk prosa. Dilihat daripada segi panjang pendeknya sebuah cerpen biasanya mengandungi antara 500 hingga 15000 perkataan. Jurang perbezaan daripada segi jumlah perkataan ini meunjukkan bahawa terdapat bentuk karya yang sama yang dikenali sebagai cerpen pendek dan cerpen panjang. Cerpen berbeza daripada sketsa dan anekdot melalui suatu perkembangan bentuknya yang jelas dan dengan susunannya yang lebih kukuh. Ia mempunyai kesatuan yang dicapai terutama dalam plot sampingan dalam banyak unsur lain seperti kesa, tema, watak, nada, mood malah kadang-kadang dalam gaya. Antara ciri-ciri cerpen ialah ianya menonjolkan hanya satu kesan. Cerpen selalunya mengisahkan dengan agak terperinci mengenai suatu perisiwa. Kebanyakan cderpen menonjolkan sisi dramatis. Ia mempunyai satu plot, satu latar, jumlah watak yang terhad da nada jangka waktu yang singkat.

Tajuk cerpen yang telah dipilih ialah cerpen Kita Akan ke Sana karya Yimah Baba yang diterbitkan pada tahun 2005 dalam Majalah Dewan Sastera.

1.0 Biodata pengarang

Cerpen Kita Akan ke Sana adalah hasil penulisan Timah Baba. Beliau dilahirkan pada 22 Ogos 1947. Anak kelahiran Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, Melaka ini pernah menjadi guru dan telah bersara secara pilihan. Beliau adalah isteri kepada penulis tersohor Malaysia, Othman Puteh. Bakat penulisan beliau mula diasah pada tahun 1966. Beliau meminati genre puisi, cerpen dan skrip drama radio. Puisi pertama beliau berjudul Tumpas, manakala cerpen pertama beliau berjudul Membawa Harapan yang Hilang. Beliau aktif menulis ketika masih menuntut d i Maktab Perguruan [erempuan Melayu Melaka. Cerpen Gema Mengegar Kota terhimpun dalam tesk sastera KOMSAS. Matanya Masih di Pintu dan Pemburu merupakan kumpulan cerpen dewasa dan Senyummu Kubawa Pulang ialah kumpulan cerpen remajanya yang pernah terbit.

2.0 Sinopsis cerpen Kita Akan ke Sana karya Timah Baba. Cerpen Kita Akan ke Sana karya Timah Baba ini mengisahkan tentang seorang peremuan yang baru kematian suami dan masih berada dalam idah. Hidup manusia ini tidak lari dari kematian. Bila ada yang sudah meninggal dunia, semestinya ada yang berduka. Apabila seseorang yang cukup rapat dengan diri sudah tiada, perasaan sunyi mula menghantui diri. Itulah apa yang dihadapi oleh watak utama dalam cerpen pendek ini. Watak utama dalam cerpen ini baru kematian suaminya dan masih dalam keadaan idah. Keadaan ini melarang dia untuk keluar bersosial bersama orang lain kerana masih berada dalam keadaan pantang. Kesunyian kerana hidup seorang diri tanpa peneman hidup membawanya kepada kemurungan sehinggakan perasaan murung itu menghantui dirinya dan meninggalkan kesan yang pahit kepada dirinya. Penderitaanya itu dikongsi dengan seorang ustaz yang memberikan kuliah ringkas selepas solat. Ustaz itulah tempatnya menanyakan segala soalan. Kisah sedihnya itu dikongsi kepada ustaz tersebut. Dia menyamakan juga kisah dirinya dengan kisah di dalam AlQuran di mana Nabi Yunus berseorangan meninggalkan kaummya dan berserah diri kepada Allah S.W.T. Makin hari hidupnya makin dilanda kemurungan. Menunggu detik empat bulan 10 hari tempoh idah itu tamat, dia berasa cukup kesunyian. Ketiadaan rakanrakan dan keluarga membuatkan dirinya cukup tersiksa. Dirasakan makin hari dirinya terjurumus kepada kemurungan yang terlampau sehinggakan membawakan dirinya berjumpa doktor. Doktor memberikannya ubat Xanax, untuk menenangkan fikiran. Namun begitu walaupun selepas mengambil ubat tersebut, dia masih berasa murung, dirinya susah untuk tidur. Ada kalanya dia menyamakan dirinya dengan penagih dadah yang berada di luar sana dengan meliatkan keadaannya seperti ini. Sekali lagi dirujuk kepada ustaz itu. Ustaz itu memberitahu bahawa islam ini tidak kejam terhadap umatnya. Jika tempoh idah itu membawa kepada kemurungan, memudaratkan, tertekan, dukacita yang teramat, mengapa tidak. Mereka boleh keluar untuk berjumpa orang tapi dengan niat yang baik dan ada tanggungjawab ang perlu dilaksanakan.
5

3.0 Gaya Bahasa dalam setiap karya penulisan samada puisi, cerpen mahupun novel, penggunaan gaya bahasa memang tidak dapat dipisahkan. Menurut Keris Mas (1988), gaya bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu digunakan, khususnya dalam tulisan atau karangan. Pengunaan Gaya bahasa merupakan antara untuk penulis cara

meyampaikan apa yang berada di dalam mindanya seperti

pandangan mereka terhadap sesuatu perkara dengan lebih berkesan. Pengunaan gaya bahasa mampu meninggalkan impak yang mendalam kepada para pembaca. Gambaran yang ingin disampaikan oleh penulis dapat ditafsir dengan jelas oleh pembaca. Penggunaan gaya bahasa juga mampu memberikan peluang untuk berimaginasi kepada pembaca. Di samping itu juga, gaya bahasa juga mampu membuat sesuatu karya itu tampak lebih realistic dan menarik sekaligus menarik minat para pembaca untuk meneruskan bacaan mereka. Sebagai contoh penggunaan gaya bahasa seperti personikasi di mana penggunaan gaya bahasa ini memberikan sesuatu objek itu sifat-sifat yang dimiliki oleh manusia. Sifat manusia itu meliputi perwatakan, perasaan, tindak-tanduk dan perlakuan. Di dalam cerpen Kita Akan ke Sana, antara contoh penggunaan personifikasi ialah cahaya lampu telah pun menerpa keluar menerusi setiap cermin tingkapnya. Di sini kita dapat lihat di mana perkataan cahaya diberi perwatakan manusia iaitu menerpa keluar di mana pergerakan ini hanya dapat dilakukan oleh objek yang hidup namun ia telah digunakan untuk menggambarkan cahaya itu. Penggunaan personifikasi memberikan gambaran lebih mudah kepada pembaca kerana sifat manusia sudah sebati dengan pembaca. Bahasa asing dalam karya penulisan juga adalah termasuk dalam kategori penggunaan gaya bahasa. Penggunaan bahasa asing juga dapat ditemui dalam cerpen Kita Akan ke Sana. Penulis menggunakan perkataan asing seperti Xanax dan dari bahasa arab seperti idah. Bahasa asing ini digunakan oleh penulis untuk mengambarkan apa yang cuba disampaikan oleh penulis kepada para pembaca. Selain itu juga, penggunaan bahasa asing membuatkan minda pembaca lebih terbuka dan mengenali perkataan dari bahasa asing.

Gaya bahasa seperti sinkof juga dapat dilihat penggunaannya di dalam cerpen ini. Penggunaan perkataan tak di dalam Hukum asalnya memang tak boleh, dan pun mampu menonjolkan penggunaan bahasa yang lebih kurang formal. Ketidaan formaliti di dalam cerpen ini memberikan pembaca satu senario realistik apa yang cuba disampai dan digambarkan penulis kepada para pembaca. Hiperbola adalah satu lagi contoh gaya bahasa yang sering digunakan dalam karya-karya tempatan. Ia merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan oleh penulis untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud sebenar Hiperbola juga digunakan dalam penulisan cerpen ini. Antara contoh yang dapat dilihat ialah sedang terpisah beribu batu jauhnya dan segala kesedihan terbentang luas. Penggunaan hiperbola seperti beribu batu meninggalkan impak yang cukup mendalam kepada pembaca dan pembaca dapat lebih menghayati cerpen tersebut. Hiperbola memggambarkan bagaimana gambaran sebenar namun dengan cara berlebihan apa yang cuba disampaikan oleh penulis. pembaca. kepada

Gaya bahasa repitisi juga banyak digunakan oleh penulis di dalam cerpen ini. Antara contohnya ialah Kini dingin yang dirasai bukan lagi dingin di luar sana dan Tiada sesiapa untuk mengajaknya ke surau pada hari ini. Tiada juga yang mengimankan solatnya di kamar itu pengunaan perkataan sama secara berulangan menunjukkan apa mesej yang cuba disampaikan oleh penulis kepada pembaca. Penggunaan perkataan sama secara berulangan menunjukkan mesej yang cukup mendalam cuba disampaikan supaya pembaca dapat lebih menghayati apa perasaan sebenar watak di dalam novel ini.

4.0 Kesantunan Bahasa. Kesantunan bahasa merujuk kepada penggunaan kata dan ujaran secara sopan dan beradap. Mengikut kamus dewan edisi ke-4, kesantunan membawa maksud kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti) manakala berbahasa membawa maksud memakai atau menggunakan bahasa. Maka kesantunan bahasa dapat didefinisikan sebagai kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa. Ini merupakan cara terbaik untuk memperlihatkan budi bahasa dan tingkah laku seseorang itu. Hal ini dapat dipengaruhi oleh faktor msyarakat persekitaran dan budaya yang diamalkan. Perkara yang dianggap santun oleh satu masyarakat mungkin dianggap sebaliknya oleh masyarakat yang lain contohnya. Kesantunan bahasa digunakan dengan tujuan untuk semua dapat berhubung dan berkomunikasi secara baik dan selesa dan dapat mengelakkan mana-mana pihak berasa tersinggung. Penggunaan kesantunan bahasa di dalam sesuatu karya menambahkan lagi seri di dalam karya tersebut. Selain itu juga, kesantunan bahasa dapat meninggaklan kesan yang positif di mana nilai-nilai budi bahasa dan budi pekerti dapat diterapkan secara tidak langsung. Di dalam cerpen Kita Akan ke Sana, penggunaan kesantunan bahasa di dalam cerpe ini juga dapat dilihat banyak digunakan oleh penulis. Bahawasanya tiada Tuhan melainkan Engkau (Allah), Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang menganaiya diri. Contoh tersebut menunjukkan di mana watak di dalam cerpen itu mempunyai rasa rendah diri. Watak di dalam cerpen tersebut sedar bahawa sebagai seorang insan yang lemah dan tidak berdaya, dia telah berserah diri kepada tuhan yang lebih mengetahui. Itu yang cuba ditonjolkan oleh penulis kepada pembaca. Contoh kedua yang dapat dilihat di dalam cerpen ini ialah ini Xanax. Telan sebiji sehari sahaja. Jangan ambil lebih. Ia boleh menenangkan. Boleh menbantu untuk tidur. Tapi lepas dua minggu hentikan. Menulis menunjukkan bagaimana seorang pekerja klinik dan pesakit berkomunikasi dengan penuh santun. Pekerja itu

menggunakan ayat yang sopan dan lembut dan dapat diterima oleh pesakit tersebut. Ini menunjukkan kesantunan bahasa digunakan secara meluas. 4.1 Kesantunan Bahasa secara Verbal. perkara yang melibatkan pertuturan terutamanya perbualan antara dua orang individu ataupun semasa menyampaikan ucapan di hadapan orang ramai. penggunaan kata sapaan yang betul dan tepat apabila berkomunikasi dengan individu lain amat penting khususnya bila bercakap dengan orang yang lebih tua atau berpangkat. Contohnya, apabila seorang yang usianya lebih muda bercakap dengan seorang yang umurnya lebih tua, panggilan Pak Cik, Mak Cik, Abang, Kakak haruslah digunakan oleh orang yang lebih muda bagi yang kita mesra sahaja dan panggilan untuk hal rasmi ialah Tuan, Encik, Puan, Cik Puan, dan Cik Di dalam cerpen Kita Akan ke Sana, watak ustaz di dalam cerpen ini menggelarkan watak utama sebagai kak bermaksud kakak (m/s 61) d an watak utama juga memanggil ustaz W dengan gelaran ustaz, juga dalam muka surat 61. 4.2 Kesantunan Bahasa secara Tidak Verbal. Gaya bahasa tidak verbal tidak melibatkan pertuturan tapi melibatkan pergerakan tubuh badan, gaya dan mimik muka. Ini telah disokong oleh Leech (1993) dan Brown dan Levinson (1987). Hal ini penting untuk menonjolkan sikap santun di dalam diri. Contohnya, apabila ada orang yang lebih dewasa berjalan melintasi kita, satu reaksi gerak badan iaitu dia akan menundukkan sedikit badannya sebagai tanda hormat. Senyum juga boleh dianggap sebagai satu gaya bahasa tidak verbal kerana melaui senyuman, ia memaparkan perwatakan kita yang ceria dan senang diterima oleh orang lain. Contoh kesantunan bahasa tidak verbal di dalam cerpen ini ialah ungkapan sebuah keluhan berat terlepas dari dadanya. Ungkapan ini menunjukkan bagaimana isyarat kelegaan yang dirasai oleh watak di dalam novel ini tidak digambarkan melalui kata-kata kepada orang lain. Penulis menunjukkan watak di dalam cerpen ini menggunakan isyarat badan untuk menyampaikan mesej apa yang tersirat di dalam dirinya.

5.0 Sistem Sapaan Sistem sapaan merupakan salah satu cabang dari topik kesantunan bahasa. Sistem sapaan menonjolkan budi bahasa, budi pekerti dan adab sesuatu masyarakat. Sistem sapaan memainkan peranan yang cukup penting dalam sesebuah karya penulisan. Hal ini demikian kerana, cara berkomunikasi yang betul dan adab-adab yang sopan dapat diterapkan secara langsung mahupun tidak langsung. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Di dalam cerpen Aku Akan ke Sana, ada beberapa contoh yang dapat diambil untuk menunjukkan penulis menggunakan sistem sapaan dalam karya penulisannya. Antaranya ialah penggunaan gelaran ustaz. Gelaran ini digunakan terhadap seseorang yang memiliki pengetahuan agama islam yang tinggi. Di dalam cerpen ini, watak utama merujuk masalahnya kepada ustaz tersebut dan berkomunikasi dengan orang tersebut dengan gelaran ustaz. Ini menujukkan bagaimana watak utama dalam novel ini mempunyai adap terhadap seseorang yang mempunyai ilmu agama. Contoh kedua ialah Ingat ya kak. Penggunaan perkataan kak merujuk kepada kakak. Dalam konteks diatas, ia digambarkan seorang yang muda berkomunikasi dengan seorang yang lebih tua. Penggunaan gelaran kak terhadap orang yang lebih tua menunjukkan betapa hormatnya generasi muda kepada yang lebih dewasa.

10

6.0 Kepentingan Gaya Bahasa, Kesantunan Bahasa dan Sistem Sapaan dalam Masyarakat Malaysia dan Generasi Muda

Pada masa kini, dunia semakin berkembang pesat. Arus globalisasi yang mengejar kemajuan melanda seluruh dunia. Malaysia juga tdak terkecuali. Manusia berlumba-lumba mengejar pembangunan teknologi. Namun begitu, pembangunan yang dikejar tidak selari dengan perkembangan adab, kesantunan dan akhlak masyarakat kini. Di media eletronik contohnya, sering tersebar berita-berita mengenai keruntuhan akhlak dan moral masyarakat zaman sekarang terutamanya melibatkan generasi muda yang bakal menjadi tunjang kegemilangan negara pada masa akan datang. Pada suatu ketika dahulu, masyarakat Malaysia terkenal dengan sikap sopan santun dan berbudi bahasa tanpa mengira bangsa dan agama. Namun begitu, apa yang berlaku sekarang, indah khabar dari rupa. Generasi muda sekarang sudah menyimpang jauh dari apa yang dahulunya. Mereka makin kasar dalam pertuturan mereka. Rasa hormat terhadap orang yang lebih tua makin berkurangan. Perkataan seperti aku dan kau digunakan. Dibandingkan pula dengan generasi dahulu di mana penggunaan kata sapaan yang lebih sopan dan dapat diterima oleh selua lapisan umur. Antara punca mengapa berlakunya perkara seperti ini adalah ekoran daripada pengaruh dari budaya barat terutamanya. Media cetak dan eletronik sering kali memaparkan bahan-bahan berunsur hiburan dari barat sedangkan di Asia termasuk Malaysia yang di mana cukup terkenal dengan adab sopan santun dan berbudi bahasa. Memalui penyebaran bahan-bahan dari barat ini, secara langsung dan tidak langsung mempengarihu gaya pemikiran dan pertuturan generasi muda sekarang. Hal ini demikian kerana peratusan tinggi yang menggunakan media massa ini adalah dari golongan generasi muda. Dengan ini, mereka lebih berpotensi untuk terdedah dengan budaya dari barat ini. Selain itu juga, ibu bapa juga menjadi faktor utama dalam isu ini. Kebanyakan ibu bapa zaman sekarang hanya mementingkan kejayaan dalam bidang akademik sedangkan unsur kesopanan dan akhlak serta moral anak-anak terabai. Sebagai ibu
11

bapa, seharusnya mereka menanam sikap kesantunan berbahasa dalam diri anakanak sejak dari awal bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya . Penerapan nilai-nilai murni adalah antara salah satu langkah terbaik dalam menangani isu ini. Karya-karya baru mestilah menerapkan unsur nilai-nilai murni seperti sistem sapaan oleh penulis supaya secara tidak langsung dapat menerapkan dalam generasi muda masa kini. Penggunaan kata sapaan seperti pak cik dan mak cik ataupun saya berbanding aku oleh penulis dalam karya mereka kemungkinan dapat mengubah persepsi generasi muda ini. Dari sudut lainnya, ia dapat mendidik mereka menghormati orang yang lebih tua. Sesungguhnya penulisan karya kini dapat sedikit sebanyak mempengarhi budaya pemikiran generasi muda masa kini. Penerapan sistem sapaan dan kesantunan bahasa dalam karya oleh penulis bukan sahaja dapat memuaskan hati pembaca, mereka juga dapat mempelajari sesuatu daripada sesuatu karya itu.

12

7.0 Refleksi. Syukur saya ucapkan kepada tuhan kerana dengan limpah kurniaNya, kerja kursus ini dapat disiapkan tanpa ada halangan. Melalui kerja kursus Bahasa Melayu Komunikatif ini, telah banyak pengajaran dan ilmu yang telah saya kutip untuk dijadikan pengajaran di masa yang akan datang. Perubahan secara mendadak telah berlaku kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Dahulunya kerja yang ditugaskan sering tertangguh, dan hasilnya markah kerja kursus kurang cemerlang dan di samping itu juga kualiti kerja saya berada pada tahap yang rendah. Namun melalui kerja kursus ini, saya telah menjadi lebih teratur dan sistematik. Hasil kerja saya dapat disiapkan dengan cepat dan ia juga memuaskan. Melalui kerja kursus ini, kriteria kerja kursus ini meminta saya untuk menganalisis penggunaan kesantunan bahasa dalam cerpen. Demi untuk menyiapkan cerpen ini dan mengharapkjan hasil yang terbaik, saya telah membaca dua hingga tiga cerpen dan fakta-fakta berkenaan topic cerpen. Saya mula menyukai karya cerpen yang dihasilkan dan bukan itu saja, kosa kata saya juga bertambah hasil daripada pembacaan cerpen ini. Tugasan ini menuntut saya untuk menerangkan serba sedikit mengenai kesantunan bahasa. Selepas membaca topic ini, saya dapati jika dibandingkan dengan pelajar mutakhir ini, saya dapati banyak perubahan yang dah berlaku. Pelajar sekarang lebih terbuka dan kesantunan yang dahulunya dimiliki para pelajar kian hilang. Hal ini mungkin ekoran daripada pengaruh rakan sebaya dan budaya barat. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya mula sedar betapa pentingnya kesantunan bahasa dalam masyarakat Malaysia pada masa kini terutamanya saya sebagai seorang bakal guru. Kesantunan bahasa ini mencerminkan siapa diri kita

sebenarnya. Dari cara kita bertutur dengan orang lain, ia mengambarkan imej kita. Pertuturan dengan penuh adab dan sopan santun membolehkan kita mudah bergaul dan senang diterima oleh masyarakat. Sesungguhnya, saya berhara sepanjang masa saya habiskan dengan menyiapkan tugasan ini dapat saya jadikan iktibar dan teladan untuk saya mengharungi hari-hari yang akan datang.
13

LAMPIRAN

14

RUJUKAN. Buku. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2000). Kamus Dewan (Edisi ke-4). Kuala Lumpur: Pengarang Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu Dua: Siri Pendidikan Guru. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd Timah Baba. (2005). Dewan Sastera (Februari 2005).

Internet http://arifbahasamelayu1.blogspot.com/2009/03/gaya-bahasa.html http://bobezani.tripod.com/sastera.htm http://bobezani.tripod.com/sastera.htm

15

You might also like