Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KATA GANDA Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.

Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut. Kata ganda terdiri daripada: (a) kata ganda seluruh; (b) kata ganda semu; (c) kata ganda separa; (d) kata ganda bersajak atau berima; (e) kata ganda berimbuhan.

Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu : a. Gandaan Seluruh Kata b. Gandaan Separa / Separuh c. Gandaan Berirama d. Gandaan Menyaling Senarai Kata Ganda Separa Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama. bebawang lelayang lelangit pepejal tetangga jejarum dedaun bebudak kekisi lelaki pepijat tetamu geguli dedawai bebenang kekabu kekuda pepenjuru sesungut jejari gegendang cecair jejentik kekunci rerambut sesiku dedalu

Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan. Contohnya: (a) persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya. (b) persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya. (c) penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalih, huyung-hayang, dan sebagainya. Persamaan Bunyi di Pangkal batu-batan beli-belah bengkang-bengkok corat-coret degap-degup dentam-dentum desas-desus gembar-gembur gerak-geri Persamaan Bunyi di Hujung pindah-randah kuih-muih kaya-raya calar-balar gotong-royong karut-marut comot-momot cerai-berai anak-pinak Penyesuaian Bunyi Seluruhnya kacau-bilau huyung-hayang huru-hara compang-camping haru-biru gunung-ganang gopoh-gapah dolak-dalih bolak-balik

You might also like