Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Bahasa Melayu pada Zaman Pramerdeka

Semangat untuk mengembangkan bahasa Melayu di Nusantara termuat dalam Sumpah Pemuda (1928) yang mendaulatkan bahasa Melayu/ bahasa Indonesia sebagai bahasa politik dan perjuangan. Perkembangan politik di Indonesia turut mempengaruhi Tanah Melayu dalam usaha mencapai kemerdekaan. Di Tanah Melayu Persatuan Penulis ASAS 50, pelajar-pelajar Sekolah Inggeris, pelajar-pelajar SITC, pelajar Timur Tengah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap British. Persoalan bahasa terus dibincangkan sehingga kemuncaknya pada tahun 19551959 apabila wujudnya Laporan Razak (1956). Antara perkara penting dalam laporan tersebut ialah: Satu sukatan pelajaran yang sama Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib. Pada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 yang berlangsung pada 16-21 September 1956 bertempat di Johor Bahru dan Singapura telah bersetuju menubuhkan Balai Pustaka yang kemudiannya dikenali sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.4 Bahasa Melayu Selepas Merdeka

Selepas Merdeka:* bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi negara. * Perlaksanaan Laporan Razak untuk mendaulatkan bahasa Melayu. * Dewan Bahasa dan Pustaka telah dipindahkan ke Kuala Lumpur. * Menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan 1970, istilah bahasa Melayu telah ditukar kepada bahasa Malaysia untuk menimbulkan semangat kekitaan di kalangan rakyat. Selepas perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) istilah ini ditukar pula kepada bahasa Melayu.

You might also like