WHO

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

WHO

( PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA )

DISEDIAKAN OLEH :
NUR FARAHIYA BINTI MUSTAFA KAMIL AIMAN ASYRAF BIN ARMAIN

PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA

Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( World Health Organisation,WHO) merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertugas menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi menjamin kesihatan penduduk sedunia. Agensi ini ditubuhkan pada 7 April 1948.

PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA


STRUKTUR ORGANISASI

KEAHLIAN

Negara-negara ahli WHO melantik wakil kepada Majlis Perhimpunan Kesihatan Sedunia. Badan ini merupakan badan menetapkan dasar kesihatan sedunia yang tertinggi. Pertubuhan ini berhimpun setiap tahun dan melantik seorang Ketua Pengarah WHO. Ketua Pengarah WHO berperanan memimpin WHO, di samping menyelia dasar kewangan WHO. 34 Ahli Perhimpunan juga dipilih menyertai Lembaga Eksekutif yang bertugas melaksanakan segala keputusan Majlis Perhimpunan.

Pertubuhan ini disertai oleh semua negara ahli PBB kecuali Liechtenstein dan dua negara bukan PBB, iaitu Niue dan Kepulauan Cook. Pertubuhan Pembebasan Palestin serta Takhta Suci (Kota Vatican) merupakan negara pemerhati. Terdapat juga ahli sekutu seperti Puerto Rico dan Tokelau.

PERANAN PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO)

Mengawal wabak penyakit seperti SARS, malaria dan AIDS disamping,mengadakan program-program mencegah dan merawati penyakit-penyakit tersebut. Memberi sokongan kepada pembuatan dan pembahagian vaksin dan ubat farmasi. Menaja kempen menggalakkan pemakanan buahbuahan dan sayur-sayuran, serta kempen antirokok. Menjalankan penyelidikan sama ada medan elektromagnetik di sekeliling telefon bimbit membahayakan kesihatan atau tidak.

Menaja kempen menggalakkan pemakanan buahbuahan dan sayur-sayuran, serta kempen antirokok.

Menjalankan penyelidikan sama ada medan elektromagnetik di sekeliling telefon bimbit membahayakan kesihatan atau tidak. Menyusun sistem Pengelasan Penyakit Antarabangsa (ICD) yang diikut oleh industri perubatan di seluruh dunia.

Ia juga boleh dikatakan bertindak sebagai pemerhati kepada dasar-dasar ubat atau dadah (drugs) yang digubal oleh Suruhanjaya Ubat Narkotik.

AGENDA DAN STRATEGI WHO


WHO berperanan dalam menguruskan bidang yang semakin kompleks dan sentiasa mengalami perubahan iaitu bidang kesihatan Dunia. Tindakantindakan yang diambil bagi mengatasi masalah kesihatan kini agak berkurangan jika dibanding dengan sektor lain yang semakin berkembang dan berkesan kepada dunia.Bagi mengatasi masalah ini WHO telah menyenaraikan 6 matlamat utamanya bagi membendung masalah berkaitan kesihatan.

AGENDA WHO
1)

2)
3) 4) 5) 6)

Mempromosikan Pembangunan Kesihatan Pembinaan Jaminan Kesihatan Memperkukuh Sistem Kesihatan Memanfaatkan kajian dan Maklumat Meningkatkan kerjasama Meningkatkan prestasi

MEMPROMOSIKAN PEMBANGUNAN KESIHATAN

Sejak beberapa dekat yang lalu,bidang kesihatan bukanlah salah satu bidang yang menjadi pendorong utama kemajuan sosial ekonomi, dan kini pelbagai jenis pelaburan dan sumber yang dilaburkan dalam bidang kesihatan. Namun kemiskinan terus menyumbang kepada tahap kesihatan yang buruk, dan berdasarkan kajian kawasan penduduk yang mengalami kemiskinan merupakan golongan majoriti bagi masalah berkaitan kesihatan.. Pembangunan kesihatan haruslah dipertingkatkan di setiap negara bertujuan untuk, mencegah dan mengubati penyakit kronik dan mengatasi pelbagai jenis penyakit merupakan dari agenda kesihatan dan pembangunan

PEMBINAAN JAMINAN KESIHATAN

Salah satu ancaman terbesar terhadap keselamatan kesihatan antarabangsa muncul dari wabak yang muncul dan wabak tersebut semakin meningkat dari semasa ke semasa yang didorong oleh faktor-faktor seperti pembandaran yang pesat, pengabaian persekitaran, pencemaran makanan, dan penyalahgunaan antibiotik. Justeru WHO telah mengambil kira serta membuat keputusan secara kolektif daripada persidangan Kesihatan Seduania untuk mengatasi masalah wabak-wabak penyakit yang semakin menular.

MEMPERKUKUH SISTEM KESIHATAN


Bagi mengukuhkan sistem kesihatan segala strategi dan usaha haruslah mengambil kira aspek kemiskinan yang dialami bagi sesetengah negara terutamanya di negara-negara Afrika. Memandangkan bidang kesihatan merupakan agenda utama pertubuhan WHO, justeru bagi negara yang mengalami masalah kesihatan yang teruk disebabkan wabak-wabak penyakit dan bencana alam WHO telah menyediakan jumlah yang mencukupi bagi kakitangan yang terlatih, pembiayaan yang mencukupi, sistem yang sesuai untuk mengumpulkan statistik penting, dan teknologi yang bersesuaian untuk menyediakan ubat-ubatan.

MEMANFAATKAN KAJIAN DAN MAKLUMAT


Berdasarkan maklumat dan data yang ada dijadikan sumber untuk menetapkan keutamaan, menentukan strategi, dan penilaian terhadap keberkesanan terhadap sesuatu tindakan yang diambil berhubung masalah kesihatan oleh pertubuhan WHO.Justeru, WHO menghasilkan maklumat kesihatan dalam rundingan dengan para ahli terkemuka, untuk menetapkan norma dan standard berdasarkan bukti dan memantau situasi kesihatan global di seluruh negara.

MENINGKATKAN KERJASAMA
WHO melaksanakan tugasnya dengan sokongan dan kerjasama dari rakan kongsi, termasuk lembaga-lembaga PBB dan organisasi antarabangsa yang lain, penderma, masyarakat awam dan sektor swasta. WHO menggunakan kekuatan strategik untuk menggalakkan rakan pelaksana program di negara-negara untuk menyelaraskan kegiatan mereka dengan panduan teknikal terbaik serta dengan keutamaan yang ditetapkan oleh negara.

MENINGKATKAN PRESTASI
WHO menyertai dalam reformasi yang sedang dijalankan bertujuan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan di peringkat antarabangsa dan dalam negara. Selain itu pertubuhan WHO juga merancang perbelanjaan dan dana yang digunakan untuk setiap aktiviti. Bagi memastikan aktiviti yang dijalankan berkesan, Pertubuhan WHO mengambil kira keputusan dan pandangan daripada pelbagai kajian yang dijalankan.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH


WHO

Membuat perbincangan dengan seluruh anggota pertubuhan WHO untuk membincangkan masalah berkaitan kesihatan dan jalan penyelesaiannya.

Membuat kempen-kempen dan langkah pencegahan penyakit kronik dan wabak-wabak penyakit seperti AIDS dan SARS

Memberikan bantuan kesihatan dari segi vaksin dan ubat-ubatan.

You might also like