Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 26

1.0 1.

DASAR LUAR NEGARA Definisi

Terdapat banyak definisi atau pendapat yang diutarakan oleh penulis berkenaan Dasar Luar Malaysia. Menurut Lew Hee Men, et al. (2005), Dasar Luar bermaksud berbaik-baik dengan semua negara demi keamanan dan kesejahteraan dunia. Menurut beliau juga, dasar luar dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu Hubungan Bilateral (hubungan secara terus dengan negaranegara tertentu, dan Hubungan Multilateral (hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan). Azizi Ahmad1 pula memberikan definisi dasar luar sebagai polisi menjalani perhubungan antarabangsa dengan negara lain. Dasar luar merupakan tindakan yang diambil oleh pembuat dasar sesuatu kerajaan membentuk dan menyelesaikan sesuatu masalah. Ia merupakan strategi atau tindakan menghapus, mengurang, mengekal atau memperluaskan kerjasama antara negara. Selain itu, Mohd. Nor Mat Yazid (1994) pula menyatakan, dasar luar dapat diertikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara dalam usaha berhubung dengan sesebuah negara lain. Hubungan di antara sebuah negara dengan negara lain adalah perlu dan penting dalam menjaga kepentingan, keselamatan dan kemakmuran sesebuah negara. Akhir sekali, definisi yang dikeluarkan oleh OUM adalah, Dasar luar negera merangkumi matlamat, perancangan dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara sehubungan dengan negara-negara lain. Dasar luar negera mengutamakan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan diluar bidang kuasanya. Berdasarkan kepada beberapa definisi yang dikemukan oleh penulis di atas, dapatlah saya rumuskan bahawa dasar luar merupakan satu dasar yang dirangka dan dilaksanakan oleh Malaysia bertujuan untuk mengadakan
1

Azizi Ahmad (http://www.geocities.com/mt961013/unitem/dasarmalaysia.htm)

hubungan baik dengan negara-negara luar bagi tujuan mewujudkan dan mengekalkan keselamatan, kedamaian, keharmonian serta kesejahteraan dari aspek ekonomi, politik, sosial dan lain-lain isu yang mempunyai kepentingankepentingan bersama.

1.2

Objektif Dasar Luar Negara

Menurut Azizi Ahmad, objektif utama dasar luar Malaysia adalah: i. Pengiktirafan yang merujuk kepada keinginan sesebuah negara untuk diterima oleh negara lain sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat serta mempunyai sistem pentadbiran sendiri. Dasar luar ini perlu terkawal serta berjaya membawa pembangunan dan keamanan kepada rakyat. ii. Keselamatan mempunyai hubung kait yang rapat dengan pengiktirafan. Negara perlu wujud sebagai satu kesatuan. Sesebuah negara akan dapat mempertahankan diri dari ancaman luar pada bilabila masa walaupun terpaksa melalui kekerasan atau peperangan. iii. Menjalinkan kerjasama dua hala erat dikalangan negara jiran dan serantau serta meningkat kerjasama di kalangan negara lain yang mempunyai matlamat yang sama. Lew Hee Man, et. Al (2005) pula menyenaraikan beberapa objektif dan matlamat dasar luar Malaysia, iaitu: i. menjamin keselamatan rakyat dan negara; ii. memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara; iii. menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi; dan iv. mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa. Selain itu terdapat beberapa objektif dasar luar Malaysia, yang pernah dikemukakan, di antaranya ialah:

i. Kepentingan pengujudan kedamaian dan keharmonian adalah penting dan ini terpancar dalam dasar luar Malaysia yang merupakan kesinambungan kepada dasar dalam negeri bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan-kepentingan negara dan persekitaran. ii. Kebanyakan pembentukan dasar luar Malaysia secara lazimnya berusaha keras bagimembantu perkembangan ekonomi dalam negeri dengan membawa masuk seberapa ramai pelabur-pelabur asing. Meskipun terdapat sedikit perbezaan dari segi matlamat dan objektif yang dinyatakan oleh penulis di atas, kita dapat rumuskan bahawa objektif dDasar luar yang paling utama adalah sama, iaitu ke arah menjaga kedamaian, keharmonian dan mengekalkan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa seterusnya berusaha memakmurkan negara jiran.

2.0

PRINSIP

ASAS

DAN

FAKTOR-FAKTOR

DALAM

PEMBEMBENTUKAN DASAR LUAR MALAYSIA 2.1 Prinsip-Prinsip Asas Pembentukan Dasar Luar Malaysia

Malaysia mempunyai beberapa prinsip atau tafsiran yang menjadi panduan dalam membentuk dan melaksanakan dasar luarnya. Antara prinsip-prinsip yang diamalkan ialah, pertama, dasar luar Malaysia adalah tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain, terutamanya dalam konteks hubungan serantau. Dalam hal ini, Malaysia mendokong prinsip penyelesaian sengketa dan kewujudan bersama secara aman ( non-confrontational). Prinsip ini terbukti dengan pendirian Malaysia untuk menjadi negara berkecuali dan tidak terikat dengan mana-mana negara lain dalam membuat keputusan walaupun menghadapi tekanan dari negara-negara atau kuasa-kuasa besar yang lain. Sebagai contoh menyertai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali atau NonAlligned Movment (NAM) pada tahun 1970. Prinsip yang kedua adalah kerana Malaysia sentiasa menghormati

kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah negara serta terhindar daripada penindasan. Berdasarkan prinsip ini, Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua masyarakat di dunia ini dapat hidup dengan aman dan harmoni serta terhindar daripada penindasan. Dalam hal ini, Malaysia telah memainkan peranan aktif dan memberikan sumbangan yang bermakna terhadap PBB melalui penyertaan penuh semangat dalam agensiagensi PBB seperti UNESCO dan UNCTA D. Sebagai contoh, Malaysia telah menghantar tentera pendamai ke Congo, Afrika (Zaire) pada tahun 1960 bagi menamatkan perang saudara di sana 2. Malaysia juga memberikan sokongan terhadap orde baru Ekonomi Antarabangsa dan kegiatan-kegiatan NegaraNegara 77 untuk mencapai keadilan dalam sistem perdagangan yang selama ini memihak kepada negara maju sahaja.
2

Lew Hee Men, et.al (2005: 527)

Ketiga, Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonominya berlandaskan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahanbahan mentah serta barangan yang diproses. Ini akan membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi yang kukuh di Asia. Namun begitu, persekitaran Asia Tenggara sentiasa bergolak dengan permasalahan politik yang boleh mengancam kedudukan ekonomi dan politik negara. Keempat, Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota Komanwel. Pada tahun 1989 Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM). Pertalian erat yang ditunjukkan dalam penglibatan negara Komanwel diperkukuhkan dengan pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah sukan Komanwel yang telah berlangsung pada September 1998. Kelima, sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama rasmi, Malaysia telah menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam. Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Malah, YTM Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung pertama OIC. Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap hubungan dengan negara-negara Islam sebagai salah satu asas hubungan luarnya. Huraian yang diberikan di atas hanyalah sebahagian kecil daripada prinsip yang dijadikan asas dalam pelaksanaan dasar luar Malaysia. Ini kerana dasar luar tidak berbentuk statik. Ia sentiasa berubah mengikut dasar yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin semasa.

2.2

Faktor-Faktor Pembentukan Dasar Luar negara

Tanggungjawab menggubal dasar luar di mana-mana negara sekalipun terletak di tangan autoriti prerogatif (kuasa yang sah) yang paling tinggi di negara berkenaan. Kuasa ini biasanya disandang oleh cabang eksekutif di negara yang pimpinannya diterajui oleh Perdana Menteri atau Presiden. Di negara mana sekalipun, penggubalan dasar luar perlu mengambil kira beberapa faktor penting demi kepentingan dan keselamatan negara berkenaan, iaitu: i. Kepentingan Nasional Dari sudut keselamatan, Malaysia sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam hubungan luarnya dengan memastikan negara ini tidak mengadakan hubungan dengan negara-negara blok komunis seperti Soviet Union dan China. Ini adalah untuk menunjukkan sokongan Malaysia kepada negara Barat yang pada masa itu telah bersetuju untuk menjaga keselamatan penduduk di negara ini daripada ancaman komunis. Dari sudut ekonomi pula, Malaysia kaya dengan sumber pertanian dan galian, oleh yang demikian Malaysia mengadakan hubungan baik dengan semua negara termasuk negara-negara komunis dan negara-negara Eropah Timur. 3 Ini adalah untuk memastikan negara ini dapat menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara tersebut bagi meningkatkan kegiatan ekonomi yang semakin pesat membangun. ii. Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Sebagai sebuah negara anggota, Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua masyarakat di dunia ini dapat hidup dengan aman dan harmoni serta terhindar daripada penindasan. Dalam hal ini, Malaysia telah memainkan peranan aktif dan
3

Dasar Luar Malaysia menjelang tahun 1970-an telah berubah daripada anti komunis kepada dasar berbaik-baik dengan semua negara. Ini adalah ekoran daripada kurangnya peranan AMDA dan pengaruh British di Timur. Pada masa itu, Malaysia telah mejalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia. (Sumber: Lew Hee Men, et. al., 2005: 523)

memberikan sumbangan yang bermakna terhadap PBB melalui penyertaan penuh semangat dalam agensi-agensi PBB seperti UNESCO dan UNCTA D. Sebagai contoh, Malaysia telah menghantar tentera pendamai ke Congo, Afrika (Zaire) pada tahun 1960 bagi menamatkan perang saudara di sana4. iii. Kedudukan Geografi Dari sudut geografi, Malaysia juga merupakan sebuah negara yang berada dalam kedudukan strategik dan terletak di persimpangan dua jalan yang penting, iaitu Lautan India dan Lautan Pasifik yang merupakan laluan utama perdagangan. Bahkan, Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonominya berlandaskan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan mentah serta barangan yang diproses serta kaya dengan sumber galian seperti minyak. Oleh itu Malaysia melaksanakan Dasar Luar kerana ingin memelihara kepentingan ekonomi negara ini. Namun begitu, persekitaran perairan Asia Tenggara juga amat strategik untuk kegiatan perlanunan memandangkan terdapat banyak pulau-pulau dan perairan cetak di kawasan tersebut. Kapal-kapal perdagangan yang melalui perairan yang dimaksudkan sering dirompak oleh lanun. Sekiranya perkara ini dibiarkan, ia akan menjejaskan kegiatan perdagangan di negara ini, dan ini amat membimbangkan negara. Disebabkan itu, Malaysia cuba menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara serantau supaya kerjasama dapat dilakukan agar kegiatan perlanunan dapat diselesaikan bersama. iv. Agama Islam Menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara Islam juga merupakan perkara yang dipertimbangkan dalam pelaksanaan Dasar Luar Malaysia. Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi, Malaysia cuba menjalinkan hubungan yang erat dengan
4

Lew Hee Men, et. al. (2005: 527)

negara-negara Islam yang lain. Ini dilakukan melalui penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam atau Organization of the Islamic Conference (OIC) pada tahun 1971 hasil cetusan idea Perdana Menteri Malaysia Pertama, YTM Tunku Abdul Rahman. Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi dan memainkan peranan yang penting terhadap hubungan dengan negara-negara Islam. Sebagai contoh, Malaysia pernah menjadi tuan rumah persidangan pertubuhan ini pada tahun 1974 dan 2003, memberi bantuan kepada kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah seperti menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan, menjadi perantara dalam menyelesaikan perperangan di antara Iran dan Iraq, dan sebagainya. v. Bekas Jajahan British Sebelum merdeka dan pada awal kemerdekaan, negara ini mengalami banyak krisis dan pergolakan sama ada dalam negara atau melibatkan negara jiran. Misalnya, Kebangkitan PKM (1948 1960), Konfrontasi Indonesia (1963 1965), Krisis dengan Filipina (1963 1965) dan perpisahan Singapura dari Malaysia (1965). Keadaan ini menyebabkan Malaysia berada pada kedudukan berbahaya dan terancam. Oleh itu, pemimpin pada masa itu telah melaksanakan Dasar Luar untuk berbaikbaik negara-negara Komanwel yang lain melalui Perjanjian Pertahanan Inggeris-Malaya atau Anglo-Malaya Defence Agreement (AMDA) yang ditandatangani pada tahun 1957 yang menyerahkan tanggungjawab mempertahankan Tanah Melayu kepada Britain, Australia dan New Zealand sekiranya Malaya diserang diancam/diserang oleh pertubuhan atau negara yang dimaksudkan.

vi. Dasar Berkecuali Dasar berkecuali juga merupakan salah satu faktor yang dijadikan pertimbangan oleh Malaysia dalam melaksanakan Dasar Luarnya.

Dalam hal ini, Malaysia cuba menetapkan pendiriannya untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negara lain dan sebaliknya.5 Antara usaha yang dilaksanakan oleh Malaysia melalui dasar ini ialah mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau Zone of Peace Freedom and Neutrality (ZOPFAN) bersama-sama dengan negara ASEAN yang lain. Ini dilakukan bagi memastikan Malaysia dan negara serantau bebas daripada campurtangan kuasa-kuasa besar yang lain. vii. Prinsip Hidup Bersama Malaysia turut menekankan prinsip hidup bersama dalam Dasar Luar yang dilaksanakannya. Dalam hal ini Malaysia telah membuat beberapa perubahan dengan mengambil pendekatan yang lebih berani dan telah berusaha mendekati -negaranegara Dunia Ketiga seperti Afrika, Timur Tengah dan negara-negara kecil di Selatan Pasifik. Sebagai contoh, Dr. Mahathir Mohamad amat tegas dalam menyuarakan pandangannya tentang isu-isu seperti Dasar Aparteid 6 yang dilaksanakan oleh kerajaan Afrika Selatan dan penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin akibat kekejaman Israel. Negara ini percaya bahawa setiap masyarakat di dunia ini bebas menjalani kehidupan aman serta mempunyai hak yang sama rata.

3.0

PERKEMBANGAN DASAR LUAR NEGARA

Dasar Luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa selepas mencapai
5 6

kemerdekaaan.

Perkembangan

dasar

luar

Malaysia

dapat

Sheela Abraham (1993: 241) Dasar Aparteid adalah dasar kerajaan Afrika Selatan yang diperintah oleh orang kulit putih yang membezakan taraf penduduk negara tersebut berdasarkan warna kulit. Orang kulit putih diberikan banyak keistemewaan sementara orang kulit hitam dianggap rendah dan tidak diberikan hak politik dan kemasyarakatan yang sama taraf. (Sumber: Lew Hee Men, et. al, 2005: 521)

dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu berdasarkan era pemerintahan empat Perdana Menteri Malaysia sebelum ini.

3.1

Tahap Pertama: Era Pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putera AlHaj (1957 1970)

Dasar Luar Malaysia pada tahap pertama ialah dasar pro-Barat dan anti komunis serta serta menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara Komanwel.7 3.1.1 Dasar Pro Barat dan Anti Komunis Sewaktu Malaysia mencapai kemerdekaan, berlaku ketegangan dalam politik antarabangsa yang melibatkan pertentangan antara dua blok, iaitu blok Barat pimpinan Amerika dan blok Timur pimpinan Rusia. Pertelingkahan antara dua kuasa ini telah banyak mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia. Malaysia sebagai sebuah negara kecil sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan. Pertahanan negara pada masa itu amat bergantung kepada Britain. Ini selaras dengan Perjanjian Pertahanan Inggeris-Malaya atau Anglo-Malaya Defence Agreement (AMDA) yang ditandatangani pada tahun 1957 yang menyerahkan tanggungjawab mempertahankan Tanah Melayu kepada Britain, sekiranya Malaya diserang dari luar. Dasar ini jelas ketara sewaktu berlakunya era Perang Dingin antara Rusia yang mengamalkan faham komunis dan Amerika Syarikat yang mengamalkan faham demokrasi/kapitalis. Negaranegara yang menganuti ideologi komunis akan memihak kepada komunis dan sebaliknya, negara yang mengamalkan demokrasi/kapitalis, akan berkiblat kepada Amerika. Ini bermakna Malaya terpaksa bersifat pro-Barat dalam hubungan luarnya bagi memastikan keselamatannya. Tunku Abdul Rahman amat menyedari bahawa sekiranya Malaya bersifat pro-Rusia atau China ia merupakan satu tindakan
7

Lew Hee Men (2005)

10

yang akan mengancam kedudukan Malaya dari segi keselamatan. Tunku juga berpandangan bahawa fahaman komunis yang mendapat sokongan kuat dari negara Rusia dan China akan mengancam kedudukan Malaya. Beliau berpendirian demikian kerana Malaya telah menghadapi ancaman dari Parti Ko munis Malaya sejak dari tahun 1948 sehingga tahun 1960. Berasaskan pendirian ini, Malaya tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Rusia, China dan negara-negara komunis yang lain, tetapi lebih giat mengadakan hubungan diplomatik dengan Britain.

3.1.2 Kerjasama Serantau Dasar Luar negara pada tahap ini juga adalah mewujudkan kerjasama serantau dan berbaik-baik dengan negara jiran. Langkah ini dilakukan ekoran beberapa krisis yang dihadapi oleh negara selepas penubuhan Malaysia. Antara krisis yang dimaksudkan adalah: i. Konfrontasi dengan Indonesia (1963 1965) ii. Terputusnya hubungan dengan Filipina (1963 1965) iii. Keluarnya Singapura daripada Malaysia ((1965) Usaha untuk berbaik-baik semula dengan negara jiran ini dapat dilihat melalui beberapa perjanjian yang ditandatangani, seperti menubuhkan: i. Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 yang melibatkan Thailand dan Filipina; ii. MAPHILINDO pada tahun 1961 yang melibatkan Filipina dan Indonesia; dan iii. ASEAN pada tahun 8 Ogos 1967 bersama-sama dengan Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

3.2

Tahap Kedua: Era Pemerintahan Tun Abdul Razak (1972 1976)

3.2.1 Zon Aman, Bebas dan Berkecuali - ZOPFAN

11

Di bawah kepimpinan Tun Razak, terdapat sedikit perubahan telah dilakukan terhadap Dasar Luar Malaysia. Dasar berkecuali Asia Tenggara telah menjadi satu matlamat yang dijuruskan dalam pelaksanaan dasar luar Malaysia. Ini adalah selaras dengan komitmen Malaysia terhadap penglibatannya dalam pakatan ASEAN iaitu Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. Dasar Asean adalah jelas iaitu kuasa-kuasa besar perlu mengiktiraf Asean sebagai sebuah kawasan atau zon yang aman, bebas dan berkecuali. Sewaktu zaman peralihan kuasa, Malaysia telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Rusia. 3.2.2 Hubungan Diplomatik dengan China Bagi memastikan hasrat Malaysia untuk mewujudkan kawasan aman, bebas dan berkecuali dapat diiktiraf oleh kuasa-kuasa besar yang lain, Malaysia perlu mengubah dasar dan sikapnya terhadap China. Malaysia berkeyakinan bahawa dengan menjalinkan hubungan dengan negara China, negara tersebut akan mengurangkan sikap permusuhan dengan Malaysia dan menghentikan sokongannya terhadap PKM. Hubungan diplomatik bermula ketika Tun Abdul Razak membuat law atan rasmi ke negara China pada tahun 1974. 3.3 Tahap Ketiga: Era Pemerintahan Tun Hussien Onn (1976 1981)

3.3.1 Dasar Berkecuali Tun Hussein Onn yang menggantikan Tun Razak pada tahun 1976 sebagai Perdana Menteri boleh dianggap sebagai penyambung kepada dasar-dasar luar yang pernah diamalkan oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya. Sebagai contoh, beliau telah meneruskan dasar berkecuali dalam hal-ehwal politik negara luar. Meskipun begitu, era pemerintahan beliau juga masih lagi bersikap pro-Barat. 3.3.2 Hubungan Negara-Negara ASEAN Selepas kejatuhan Saigon (sekarang Ho Chi Minh City) pada 1975, pengunduran pengkalan-pengkalan tentera Amerika Syarikat di Asia Tenggara

12

dan serangan Vietnam ke atas Kampuchea (sekarang Cambodia) adalah antara permulaan bermulanya keamanan bagi negara-negara Asia Tenggara yang lain. Ini telah membuka peluang kepada Malaysia untuk mempereratkan hubungan baik dengan negara-negara serantau. Pertubuhan ASEAN contohnya, telah menjadi prinsip asas kepada dasar luar Malaysia semasa pemerintahan Tun Hussien Onn.

3.4

Tahap Keempat: Era Pemerintahan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (1981 2003)

Dasar Luar Malaysia mengalami perubahan yang dramatik selepas Dr Mahathir Mohamad dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke empat pada 1981. Meskipun beliau masih lagi meneruskan beberapa dasar luar sebelumnya, namun beliau telah membuat penambahbaikan dalam dasar tersebut. Dasar luar Malaysia di bawah pimpinan beliau lebih berorientasikan kepada pelbagai aspek seperti kedamaian dan keharmonian negara, aspekaspek ekonomi dan aspirasi negara-negara membangun. Keutamaan Dasar luar semasa pemerintahan beliau adalah memberi penekanan interaksi yang lebih rapat dengan unit-unit politik antarabangsa yang lain adalah seperti ASEAN, negara-negara Islam, negara-negara berkecuali, negara-negara Komanwel, dan dengan negara-negara lain yang tidak termasuk dalam manamana pertubuhan itu. 3.4.1 Isu Negara Dunia Ketiga Dr. Mahathir juga dengan lantang telah menyuarakan pandangan tentang isuisu Negara Dunia Ketiga seperti penindasan terhadap penduduk kulit hitam di Afrika Selatan, penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin, dasar perdagangan yang memihak kepada negara maju, reformasi sistem pentadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang selama ini berada di bawah dominasi kuasa-kuasa besar dunia, isu-isu berkaitan penyalahgunaan dadah dan termasuklah isu tentang kawalan ke atas perdagangan mata wang.

13

Dari segi komitmen dunia untuk prihatin dalam isu Palestin, Tun Mahathir sering bersikap iconoclastic dalam menyelar dan mengkritik kuasa besar khususnya AS yang bersikap bias dalam isu Palestin; khasnya dalam setiap usaha damai yang mereka cuba aturkan di antara Israel-Palestin. Bagi Tun Mahathir, sikap dan polisi Barat yang menjadi penyumbang kepada masalahmasalah di Asia Barat. Secara amnya, Tun Mahathir selama 22 tahun menerajui Malaysia telah meletakkan isu Palestin ke satu tahap yang tinggi dalam dalam dasar Luar Malaysia.

3.4.2 Tentangan terhadap Dasar Aparteid Dasar Aparteid adalah dasar kerajaan Afrika Selatan yang diperintah oleh orang kulit putih yang membezakan taraf penduduk negara tersebut berdasarkan warna kulit. Orang kulit putih diberikan banyak keistemewaan sementara orang kulit hitam dianggap rendah dan tidak diberikan hak politik dan kemasyarakatan yang sama taraf. Dr. Mahathir menganggap tindakan tersebut tidak adil dan patut dihentikan. Beliau telah menyuarakan kekesalannya terhadap pemimpin Afrika Selatan yang melaksanakan dasar seumpama itu. 3.4.3 Isu Antartika Bagi menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara negara-negara tersebut, Malaysia telah menawarkan diri untuk memberikan kerjasama teknikal kepada negara-negara sedang membangun. Dr. Mahathir juga telah mengetengahkan isu kepentingan Antartika terhadap kesejahteraan manusia sejagat. Isu Antartika sebenarnya timbul berikutan keghairahan sesetengah negara mengeksplotasi benua berais di Kutub Selatan untuk kepentingan ekonomi dan politik Negara-negara tersebut tanpa memikirkan kesan jangka panjang ke atas sistem ekologi dunia. Bahkan beliau juga mendesak agar Benua Antartika diwarisi oleh semua umat manusia berasaskan prinsip milik bersama.

14

3.5

Tahap Kelima: Era Pemerintahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (2003 sekarang)

Sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Datuk Seri Abdullah dianggap bertuah kerana mewarisi pentadbiran negara daripada pemimpin sebelumnya yang begitu tegas dalam menyuarakan sebarang isu yang bersangkut paut dengan perhubungan antarabangsa. Namun tidak bermakna beliau hanya meneruskan Dasar Luar sedia ada dan tidak mempunyai misi dalam memperbaiki hubungan tersebut. Perdana Menteri kelima itu meneruskan kesinambungan dasar luar Malaysia era Perdana Menteri sebelumnya di samping memperhalusi dan mengukuhkan dasar luar sedia ada. 8

3.5.1 Hubungan Serantau Bagi memastikan hubungan Malaysia dengan negara-negara serantau terjalin lebih erat, Datuk Seri Abdullah telah mencadangkan satu reformasi dalam pertubuhan ASEAN dengan mencadangkan agar Dasar Tidak Campur Tangan di kalangan negara-negara ASEAN diperhalusi dan diperkemaskan semula bagi menangani cabaran baru yang bakal dihadapi kumpulan 10 negara itu. 9 Dalam isu ini beliau berpendapat bahawa prinsip asas TAC (Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama) ASEAN, iaitu tidak mencampuri urusan dalaman negara anggota lain yang menjadi pegangan kuat kumpulan serantau sejak 40 tahun itu perlu diperhalusi dengan mengambil kira tekanan globalisasi dan relevan dengan keperluan berubah-ubah oleh negara anggota. Abdullah berkata prinsip tidak masuk campur itu boleh terus menjadi pegangan Asean tetapi pada masa yang sama ia boleh membantu menjamin keamanan dan keselamatan serantau. Beliau menyebut sebagai contoh pasukan pemantauan antarabangsa di selatan Mindanao, yang diketuai oleh Malaysia, yang telah membantu dalam memulihkan keamanan.
8 9

Faridah Jaafar, 2007 Berita Bernama (8 Ogos 2006)

15

3.5.2 Isu Palestin Beliau meneruskan komitmen Malaysia untuk memperjuangkan isu Palestin. Dalam satu ucapannya di Persidangan Misi Ketua-ketua Negara di Putrajaya, beliau menegaskan pendirian Malaysia dalam dasar luar untuk terus mengamalkan dasar bebas dan berkecuali. Lebih penting lagi apabila beliau turut menegaskan dasar Malaysia yang akan terus komited terhadap isu Palestin ke arah keamanan dunia. Ini terbukti dalam kata-kata beliau: In this regard, the problem of Palestine remains an urgent and important issues requiring a comprehensive and durable solution. The plight of the people of Palestine cannot be ignored because if we do so, we would seriously put at risk the peace and security of the world. The international community must be resolute in upholding the rights of the Palestinian people to national independence and the exercise of sovereignty in their own state, Palestine.10 Sebagai kesimpulan, berikut disenaraikan ringkasan perkembangan Dasar Luar Malaysia: i. Pada tahap pertama, pembentukan Dasar Luar Malaysia adalah mengambil kira faktor keselamatan dalam negara dan politik antarabangsa. ii. Pada zaman pentadbiran Tunku Abd Rahman, Tanah Melayu mengamalkan dasar pro-Barat. iii. Di zaman pentadbiran Tun Abd Razak dan Tun Hussein Onn, Malaysia mengamalkan dasar berkecuali. iv. Di zaman pentadbiran Dr. Mahathir, Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan lebih bersifat pro-aktif.

10

New Straits Times. 7 Julai 2004. Tajuk ucapan beliau ialah Malaysian Foreign Policy in the Era of Globalization.

16

v. Pada zaman pemerintahan Datuk Seri Abdullah, beliau banyak meneruskan dasar-dasar luar sedia ada dan membuat pembaharuan terhadap dasar berkenaan.

4.0

PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA

17

4.1

Bidang Ekonomi

4.1.1 Penglibatan dalam Ekonomi Antarabangsa Malaysia turut komited untuk melaksanakan Dasar Luar dalam bidang ekonomi. Ini adalah kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang melaksanakan dasar ekonomi terbuka dan bergantung kepada perdagangan.
Usaha ke arah mempelbagai pasaran yang dilaksanakan melalui inisiatif perdagangan dua hala, serantau dan pelbagai hala, fasilitasi perdagangan serta promosi perdagangan dan pelaburan secara agresif telah membawa kepada kemunculan pasaran eksport baru untuk Malaysia. Belanda, India, Pakistan dan beberapa negara Asia Barat, termasuk Emiriyah Arab Bersatu, Turki, Arab Saudi dan Iran, merupakan pasaran yang semakin penting kepada Malaysia. Selain itu, Malaysia turut

serta secara aktif dalam beberapa forum dan

pertubuhan, antaranya ASEAN, ASEAN+3 (China, Jepun dan Republik Korea), Kerjasama
Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia (ADB), Bank Pembangunan Islam (IDB) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). 11

5.2.2 Kerjasama dalam Pertubuhan Ekonomi Salah satu daripada penglibatan Malaysia dalam ekonomi antarabangsa ialah menjalinkan hubungan dagang dengan 20 buah negara Asia Pasifik yang lain menerusi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik atau APEC. Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) telah ditubuhkan pada tahun 1989 sebagai menyahut seruan kesalingbergantungan ekonomi di kalangan negara-negara Asia Pasifik yang semakin berkembang. Bermula sebagai sebuah kumpulan dialog yang tidak rasmi, APEC telah menjadi jentera utama bagi rantau ini dalam usaha menggalakkan perdagangan terbuka serta kerjasama ekonomi yang praktikal. Matlamatnya adalah untuk mengangkat dinamisme ekonomi Asia Pasifik maju ke hadapan serta komuniti yang saling bekerjasama. 5.3.3 Manfaat daripada Penyertaan APEC

11

Laporan Ekonomi 2007/2008

18

Penyertaan dalam APEC adalah bertujuan untuk mempromosi perdagangan dan pelaburan yang bebas dan terbuka di rantau Asia Pasifik. APEC terus menumpukan kepada fasilitasi perdagangan dan pelaburan serta kerjasama kewangan. Penekanan kepada kemapanan fiskal serta pembangunan pasaran kewangan dan modal merupakan antara matlamat utama APEC. Negara anggota juga mendapat manfaat daripada pelbagai program bina-upaya dalam bidang berkenaan yang dianjurkan oleh institusi kewangan berkaitan APEC, termasuk institusi kewangan antarabangsa. 5.3.3 Peranan Malaysia dalam APEC Malaysia sendiri memainkan peranan penting dalam pertubuhan ini. Misalnya pernah mempengerusikan mesyuarat APEC kali yang ke 10 pada 17 18 November 199812. Dalam mesyuarat yang diketuai oleh Datuk Mustapa Mohamed itu, Malaysia cuba menyuarakan beberapa isu utama termasuklah: i. Pendekatan alternatif yang berkesan untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi dan mengembalikan kestabilan pasaran kewangan serantau; ii. Usaha untuk mengembalikan keyakinan pelabur dan pengaliran masuk modal yang stabil ke rantau Apec; iii. Pendekatan bersama Apec ke atas isu pembaharuan kerangka sistem kewangan antarabangsa; iv. Usaha mengurangkan kesan sosial dan membantu golongan yang mudah terjejas disebabkan krisis kewangan serantau; v. Usaha mengukuhkan sistem kewangan di peringkat ekonomi individu dan antarabangsa diteruskan dengan meningkatkan mutu pengawasan serta latihan di kalangan penyelia perbankan dan sekuriti; vi. Melaksanakan langkah memantau perkembangan ekonomi anggota menerusi Strategi Kerjasama Pertumbuhan (CGS), dan vii. Meningkatkan penzahiran maklumat dan ketelusan di kalangan peserta pasaran termasuk operasi dana lindung nilai dan agensi penarafan kredit.

12

Berita Harian (http://161.139.39.251/akhbar/economic.conditions/1999/bh99515.htm)

19

5.3.4 Pengiktirafan Malaysia daripada APEC Mesyuarat Menteri Kewangan APEC di Kananaskis Mei lalu memilih Malaysia mengetuai satu inisiatif khas untuk memperbaiki amalan korporat bagi negara di rantau Asia Pasifik. Pengawalseliaan korporat yang baik, merujuk kepada cara bagaimana sesebuah entiti perniagaan dikendalikan iaitu sentiasa bersih daripada sebarang penyelewengan dan penyalahgunaan, termasuk kuasa dan pengaruh. Melalui pengawalseliaan korporat, sesebuah syarikat tidak akan diberikan keistimewaan yang boleh mendorongnya mendapat pelbagai kelebihan, tetapi mendedahkan risiko keruntuhan ekonomi kepada negara. Kegagalan membentuk amalan pengawalseliaan korporat adalah antara punca menjurus ke arah berlakunya kegawatan ekonomi.

4.2

Politik

4.2.1 Penglibatan Malaysia dalam Politik Antarabangsa Penglibatan Malaysia dalam arena politik antarabangsa amat jelas terutama melalui penyertaannya dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1957, iaitu sebaik sahaja negara ini mencapai kemerdekaan. Pada masa itu, Tun Dr. Ismail Datuk Haji Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Perwakilan Malaysia yang pertama ke PBB. Penyertaan Malaysia dalam PBB adalah kerana, sebagai sebuah negara merdeka dan mengamalkan dasar demokrasi, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Justeru adalah jelas bahawa dasar luar Malaysia adalah memberi penekanan terhadap pemeliharaan kedaulatannya dan juga negara-negara lain. Malaysia lantang bersuara menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan dan menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua negara di dunia. Ini semua disuarakan melalui PBB.

20

4.2.2 Sumbangan Malaysia dalam Politik Antarabangsa Malaysia telah memainkan peranan penting dalam PBB, iaitu membantu menyelesaikan beberapa konflik antarabangsa. Antara penglibatan tersebut termasuklah, menghantar tentera pendamai di Congo, Afrika pada tahun 1960 bagi menamatkan perang saudara; Menyertai PBB untuk menjaga keamanan di Namibia dan membantu negara tersebut mencapai kemerdekaan (1989); Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan kampuchia serta pasukan pengaman ke Bosnia sekitar tahun 1990-an. Malaysia juga berpendirian tegas dalam usaha menyelesaikan masalah Palestin, iaitu dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur. Malaysia juga telah bekerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawah kelolaan PBB, antaranya FAO, WHO, UNESCO dan lain-lain.

4.2.3 Pengikhtirafan yang pernah diterima Memandangkan Malaysia amat tegas dalam pendiriannya dan menyokong semua resolusi PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia sejagat, maka Malaysia telah mendapat beberapa pengikhtirafan khususnya daripada PBB, antaranya ialah: i. Malaysia pernah dipilih menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999; ii. Wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail pernah menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB; iii. Tan Sri Razali Ismail juga pernah dilantik sebagai Wakil Khas PBB untuk menyelesaikan masalah politik di Myanmar;

4.3

Isu Alam Sekitar

21

Dalam isu alam sekitar antarabangsa, Malaysia akan meneruskan penekanan terhadap kerjasama serantau dan antarabangsa untuk menangani isu alam sekitar serantau dan global. Perbincangan dan perkembangan di pelbagai fora alam sekitar akan dipantau rapi untuk memastikan kepentingan Malaysia tidak terjejas. Tumpuan diberikan terhadap kajian dan langkah yang perlu bagi membantu tindakan Malaysia memenuhi komitmennya dalam perjanjian alam sekitar pelbagai hala.

4.3.1 Perjanjian Alam Sekitar Serantau dan Antarabangsa Bagi menunjukkan Malaysia amat komited dalam isu penjagaan alam sekitar, negara ini telah menandatangai ataupun meratifikasi beberapa perjanjian alam sekitar termasuk yang meliputi isu-isu seperti perubahan iklim, kepelbagaian biologi, bahan kimia, lapisan ozon, pencemaran minyak, tanah lembap, perdagangan flora dan fauna, pertanian dan sebagainya. Sebagai contoh, menganjurkan Persidangan Ketujuh Parti-Parti Konvensyen Kepelbagaian Biologi dan Mesyuarat Pertama Parti-Parti Protokol Cartagena pada Februari 2004, Konvensyen Stockholm Pencemar Organik Yang Berkekalan. Di samping itu, Protokol Montreal Mengenai Bahan-Bahan Yang Memusnahkan Lapisan Ozon, Konvensyen Basel Mengenai Kawalan Pergerakan Buangan Berbahaya Merentasi Sempadan dan Pelupusannya, Konvensyen Rotterdam Mengenai Peraturan Persetujuan Pemberitahuan Terlebih Dahulu Bagi Bahan Kimia Berbahaya dan Racun Perosak Tertentu dalam Perdagangan Antarabangsa, Protokol Kyoto kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim dan Protokol Cartagena berkenaan Biokeselamatan telah diratifikasi. 13 Berdasarkan kepada maklumat yang dikeluarkan oleh United Nations Environment Programme ataupun UNEP, semenjak tahun 1933, Malaysia telahpun menandatangani lebih kurang 40 perjanjian alam sekitar. 20 daripada perjanjian alam sekitar adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Sumber
13

Rancangan Malaysia Ke Sembilan 2006 - 2010

22

Asli dan Alam Sekitar, manakala lain-lain perjanjian alam sekitar terletak di bawah kementerian lain. Umpamanya Konvensyen Mengenai Pengurunan ataupun Convention to Combat Desertification di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan International Convention For The Prevention of Pollution From Ships di bawah Kementerian Pengangkutan. 14 Ini menampakkan yang negara ini benar-benar serius dalam isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar antarabangsa. 4.3.2 Pengikhtirafan Malaysia pernah dipilih menjadi tuan rumah Persidangan Mesyuarat KetuaKetua Kerajaan Komanwel atau Commonwelth Head of Goverments Meeting (CHOGM) pada tahun 1989. Malah dalam pertemuan itu juga, CHOGM telah mengisytiharkan Deklarasi Langkawi, iaitu berhubung dengan tanggungjawab negara-negara Komanwel dalam mengatasi masalah pencemaran secara global..

5.0

PENUTUP

14

Perjanjian Alam Sekitar Antarabangsa - http://www.kelanajaya.com.my/In %20Parliament/Q&A/070411%20-%20perjanjian%20alam%20sekitar.htm

23

Kepentingan pengwujudan kedamaian dan keharmonian adalah penting dan ini terpancar dalam dasar luar Malaysia yang merupakan kesinambungan kepada dasar dalam negeri bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingankepentingan negara dan persekitaran. Kepelbagaian faktor geografi, sejarah, sosial dan politik menyumbang kepada pembentukan dan hala-tuju hubungan antarabangsa Malaysia dengan negaranegara lain. Selain daripada faktor-faktor tersebut, faktor globalisasi di ambang perkembangan era komunikasi dan teknologi maklumat juga memainkan peranan yang semakin penting. Walau apa pun faktor-faktornya, objektif dasarnya adalah sama iaitu ke arah menjaga kedamaian, keharmonian dan mengekalkan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa seterusnya berusaha memakmurkan jiran. Pengwujudan kedamaian dan keharmonian boleh diteliti sejak zaman pucuk pimpinan politik negara pertama iaitu Tunku Abdul Rahman. Perdana Menteri Malaysia yang pertama, telah mengamalkan dasar anti-Komunis dan sikap pro-Barat dengan mengadakan hubungan yang rapat dengan negara-negara Komanwel. Beliau juga telah merintis usaha kepada dasar berkecuali, neutral dan keamanan bersama.

RUJUKAN

24

Abdullah Ahmad, 1985. Tunku Abdul Rahman and Malaysias Foreign Policy 1963-1970. Kuala Lumpur: Berita Publishing. Abu Hassan Hj. Omar.1995. Malaysian foreign policy in 1990s. Dalam Abdul Razak Abdullah Baginda & Rohana Mahmood (Penyunting). Malaysias defense and foreign policies. Petaling Jaya: Pelanduk Publications. Alauiah Sikom, 1995. Malaysia Dan Politik Antarabangsa. Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda (INMIND). Azizi Ahmad. Dasar-Dasar Utama Kerajaan Malaysia. Atas talian http://www.geocities.com/mt961013/unitem/dasarmalaysia.htm Balaam, D. N. dan Veseth, M. 1996. Introduction to international political economy. New Jersey: Prentice Hall. Chairil Wariya, 1989. Dasar luar era Mahathir. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Conca, K., Michael A., dan Goeffrey D. (pnyt.). 1995. Green planet blues: Environmental politics from Stockholm to Rio. Boulder: Westview Press. Faridah Jaafar. 2007. Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia 1957-2005. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya Ghazali Jani, 1980. Negara Kita, Sejarah, Pentadbiran Dan Dasar-Dasar Pembangunan. Kuala Lumpur : INTAN. Lew He Men, et. al. 2005. Sejarah Dunia, Selangor: Penerbit Fajar Bakti. Mohammed Azhari Karim et. al. 1990. Malaysian foreign policy: Issues and perspectives. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara, Malaysia.

25

Mohsen M. Saleh. 2001. Isu Palestin: Latar Belakang Dan Kronologi Perkembangannya Sehingga Tahun 2000. Kuala Lumpur: Fajar Ulung. Pathmanathan, M. 1982. Readings in Malaysian foreign policy . Kuala Lumpur: Koperasi Universiti Malaya. Pendekatan Dasar Luar. Atas Talian http://informasi.informe.com/blog/2007/11/19/pendekatan-dasar-luar/ Perjanjian Alam Sekitar Antarabangsa. Atas Talian http://www.kelanajaya.com.my/In%20Parliament/Q&A/070411%20%20perjanjian%20alam%20sekitar.htm Shanti Nair, 1997. Islam in Malaysian foreign policy. London: Routledge. Sheela Abraham. 1993. Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Yusof Islam (UIA) & Khayati Ibrahim (UM), 1993. Dasar-Dasar Kerajaan Malaysia (Kajian Menyeluruh). A.S Noordeen.

26

You might also like