Polis Rogol Murid Ditahan Guru

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Tajuk: Murid dakwa ditumbuk guru BUTTERWORTH Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Kuala Perai di sini

i trauma untuk ke sekolah selepas mendakwa ditumbuk di kepala oleh seorang guru pada Jumaat lalu.

Nur Ummi Aishah Ismail, 11, berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 11 pagi ketika dia berada di bilik darjah mengikuti mata pelajaran Matematik.

Katanya, tidak lama kemudian dia dan murid-murid lain diminta membuat latihan oleh seorang guru lelaki.

Apabila cikgu tengok jawapan saya salah, dia terus menumbuk bahagian atas kepala saya lima kali berturut-turut sehingga saya sakit dan terasa mahu pitam.

Ketika saya kesakitan, cikgu menarik pula telinga kanan saya hingga saya hampir terjatuh dari kerusi, katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bagan Dalam di sini semalam.

Dakwa Nur Ummi Aishah, guru berkenaan sering memukul murid-murid lain apabila mereka gagal menjawab soalan latihan yang diberikan.

Sementara itu, ibu murid berkenaan, Jamaliah Maani, 39, berkata, dia dan suaminya, Ismail Abdllah, 60, telah mengadu kepada pihak sekolah selain membuat laporan polis pada hari kejadian.

Saya tak kisah kalau cikgu nak pukul anak saya dengan tujuan mendidik tapi kalau sudah sampai tumbuk kepala banyak kali, itu melampau, katanya. Ujarnya, anaknya takut untuk ke sekolah kerana bimbang dimarahi guru berkenaan kerana tindakannya mendedahkan kejadian itu. Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara, Abu Bakar Muaz memberitahu, pihaknya akan meminta laporan lanjut berhubung kejadian itu daripada pihak sekolah berkenaan.

kredit : kosmo.com.my

Tajuk: Guru wanita belasah murid di sekolah HOUSTON Seorang guru wanita Amerika Syarikat, Sheri Davis dipecat selepas rakaman video YouTube menunjukkan dia membelasah seorang murid lelaki, Isaiah Johnson, 13, di kelasnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku pada bulan lalu dan klip selama seminit yang disiarkan di laman perkongsian video itu dirakamkan menerusi telefon bimbit berkamera oleh seorang murid lain di Sekolah Jamies House Charter di sini.

Guru besar sekolah di Texas itu, David Jones berkata, guru yang berusia 40 tahun dan berkhidmat selama tiga tahun itu sudah dipecat walaupun dia memohon maaf kepada ibu budak tersebut, Alesha Johnson.

Polis telah melakukan siasatan ekoran bantahan masyarakat tempatan selepas stesen televisyen Fox News menyiarkan rakaman berkenaan.

Menurut ibu murid itu, kejadian itu berlaku kerana guru tersebut tersilap sangka bahawa anaknya mahu memukul seorang murid lain.

Dia berkata, anaknya balik ke rumah dengan muka lebam sebelum menceritakan kejadian tersebut kepadanya. Agensi

kredit : kosmo.com.my

Guru terbabit dadah, kurang disiplin tak layak jadi pendidik 2010/05/03 - 04:05:18 AM Oleh Jami'ah Shukri Cetak Emel Kawan TERKEDU! Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu reaksi awal Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, mengulas mengenai kegiatan seorang guru lelaki menjual dadah dan pil khayal kepada pelajar di sebuah sekolah menengah di Betong, Sarawak, baru-baru ini.

Tanya siapa saja, khususnya ibu bapa pasti akan terus melenting menghamburkan kritikan pedas terhadap guru yang sepatutnya jujur serta amanah bukannya menyeleweng daripada tugas serta tanggungjawab hakiki mendidik pelajar menjadi insan cemerlang dan menyediakan barisan pemimpin pada masa depan. Lebih meningkatkan emosi amarah ibu bapa, guru bukan saja terbabit dengan penagihan dadah malah, lebih buruk lagi mengedar dadah untuk pelajarnya sendiri. Guru dianggap sebagai penjaga atau pelindung apabila pelajar berada di pekarangan sekolah. Ibu bapa juga sudah meletakkan harapan menyerahkan anak mereka kepada guru untuk ditunjuk ajar menjadi orang berguna.

Seperti perumpamaan Melayu, jika guru sudah kencing berdiri, pelajar pula akan kencing berlari. Dalam konteks ini, guru sewajarnya menjadi pembimbing dan mengingatkan pelajar supaya menjauhi najis dadah.

Hakikat diketahui ramai, apa saja yang kesalahan dikaitkan dengan dadah, ia adalah jenayah berat. Kesalahan guru terbabit dengan penyalahgunaan dadah tidak boleh dimaafkan kerana ia jelas mencemarkan imej profesionalisme bidang perguruan dan menjerumuskan masa depan serta potensi pelajar.

Walaupun statistik guru terbabit dengan gejala penyalahgunaan dadah disifatkan kes terpencil, ia tetap kesalahan serius kerana dadah musuh utama negara. Menurut laporan, pada Februari lalu, seorang guru Sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Rengit, Batu Pahat, berusia 31 tahun, ditahan polis selepas dipercayai mengedar dadah secara sambilan kerana mahu menjalani hidup mewah dan bergaya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, ketika mengulas isu itu menyatakan, pihaknya tidak akan bertolak ansur dan memberi pengampunan kepada guru yang didapati bersalah menjalankan aktiviti pengedaran atau penagihan dadah kerana ia menjejaskan imej profesionalisme perguruan. Katanya, dadah adalah musuh nombor satu negara kerana bahana daripada aktiviti itu boleh melumpuhkan masa depan generasi pelajar yang bakal menjadi pemimpin negara. Masyarakat boleh terus hilang kepercayaan terhadap peranan dan kredibiliti jika mereka dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Kita sudah ada piagam yang jelas dalam Kementerian Pelajaran. Kita anggap penyalahgunaan dadah tidak kira membabitkan guru atau pelajar adalah kesalahan serius. Jika guru yang patut menjadi idola, tidak mempunyai tingkah laku dan disiplin yang bersih, bagaimana mahu mendidik pelajar menjadi insan berguna dan cemerlang, katanya.

Bagaimanapun, berdasarkan perangkaan, guru yang terbabit dalam kes pengedaran dadah adalah terlalu kecil serta dianggap kes terpencil jika dibandingkan 360,000 guru di seluruh negara.

Bagi PIBGN, pemimpin sekolah, khususnya pengetua dan guru besar perlu bijak menangani dan mengendalikan guru dengan memastikan mereka sentiasa berada pada landasan betul untuk terus meningkatkan martabat bidang perguruan.

Pada zaman ini, peranan pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah semakin mencabar dalam pelbagai aspek termasuk berdepan kebarangkalian terbabit dengan kes penyalahgunaan dadah amat tinggi sekali.

Prof Mohamad Ali mencadangkan supaya guru terus dihentikan perkhidmatan sekiranya sah disabitkan kesalahan mengedar dadah kerana ia menjejaskan kewibawaan institusi pendidikan di negara ini.

Pada masa sama, kita mahu kepakaran guru besar dan pengetua juga dipertingkatkan dengan kemampuan mengenal pasti mana-mana guru bermasalah untuk membanteras gejala itu pada peringkat awal lagi. Tindakan tegas perlu dikenakan kepada mereka untuk mengelak pelajar menjadi mangsa.

Guru yang terbabit dengan kes dadah, tidak layak ada di sekolah. Dunia perguruan tidak memerlukan tenaga pengajar yang begini. Mereka boleh menjadi duri dalam daging kepada pelajar. Kegiatan guru mengedar dadah adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal, katanya.

Penyalahgunaan dadah adalah isu yang sangat besar dan memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menanganinya dengan lebih holistik.

Sebenarnya sekolah adalah tempat yang paling sesuai untuk memulakan kempen generasi benci pada dadah kerana ia dihuni oleh murid seawal usia tujuh tahun sehinggalah ke peringkat menengah.

Sasaran negara untuk bebas daripada dadah menjelang 2015 seharusnya turut disahut oleh golongan pendidik di negara ini. Justeru, peranan guru amat besar untuk menanam dan memupuk kesedaran terhadap bahaya bahan itu kepada sistem kehidupan manusia.

Tajuk: Guru rogol murid ditahan polis KUALA LUMPUR Seorang guru tuisyen di Rawang dekat sini ditahan polis semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun dalam dua kejadian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek berumur 22 tahun dan masih bujang itu ditahan hingga Rabu ini untuk membantu siasatan.

Katanya, penahanan ke atas guru lelaki itu dibuat ekoran laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Rawang pada 21 Jun lalu.

Siasatan awal mendapati, mangsa dan suspek mempunyai hubungan sebagai pasangan kekasih, katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Abdul Rahim, pihaknya difahamkan, mangsa kini telah berpindah ke sekolah lain.

Dalam laporan polis yang diterima pada 21 Jun lalu, mangsa dikatakan pertama kali melakukan hubungan seks bersama lelaki terbabit di rumah suspek di Taman Garing Utama, Rawang, pada April lalu.

Kejadian kedua dilaporkan pada 18 Jun lalu sebelum mengadu kepada ibu bapanya yang kemudian membawa mangsa ke Hospital Selayang untuk membuat pemeriksaan.

Dalam pada itu, ibu mangsa yang merupakan guru disiplin di sekolah lain dikatakan mahu menarik semula laporan yang dibuat kerana malu.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

kredit : kosmo.com.my

You might also like