Permainan Hoki

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

2.

PERALATAN DAN KELENGKAPAN PERMAINAN HOKI Permainan hoki merupakan antara permainan yang terkenal di serata dunia.

Walaupun pada dasarnya kita lihat bahawa permainan hoki hanya memerlukan kayu hoki dan bola hoki, namun sebenarnya terdapat banyak lagi peralatan lain yang penting perlu disediakan untuk memastikan permainan hoki dapat dianjurkan dengan sempurna mengikut piawaiannya.

2.1

PADANG Pertama sekali ialah padang. Ciri pertama padang hoki mestilah berbentuk segi

empat bujur dan berukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter lebar. Garisan panjang dikenali sebagai garisan tepi manakala garisan lebar dikenali sebagai garisan belakang. Di permukaan padang juga perlulah mempunyai bulatan jaringan atau dikenali sebagai Striking Circle. Ciri-ciri bulatan jaringan ialah mempunyai satu garisan dengan panjang 3.66 meter selari dengan garisan gol di tengah garisan berukuran 14.63 meter. Selain itu, dua suku bulatan dengan radius 14.63 meter hendaklah dilukis bermula dari garisan 3.66 meter ke garisan belakang. Manakala strok penalti berada 6.4 meter di hadapan gol, dan garisan bagi sudut penalti yang lain berada 5.0 meter dan 10.0 meter dari tiang gol kiri atau kanan. Permukaan padang sintetik kian popular digunakan di setiap penganjuran sukan dunia. Pelbagai tanda selar (brands) digunakan dan disahkan Banyak pic-pic sintetik diisi

penggunaannya oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa.

dengan pasir dan menyebabkan kecederaan seperti lebam kepada pemain sekiranya pemain terjatuh.

2.2

PINTU GOL Permainan hoki juga merupakan permainan yang menggunakan pintu gol. Bagi

permainan sebegini, sesuatu permainan itu tidak mempunyai matlamat untuk dicapai tanpa gol. Bagi permainan hoki, setiap pasukan mempunyai pintu gol masing-masing. Ciri pertama bagi pintu gol hoki adalah terletak di tengah-tengah garisan belakang. Pintu gol diperbuat daripada dua tiang yang disambungkan dengan sebuah palang mendatar (crossbar) dan jarak antara dua tiang tersebut ialah 3.66 meter. Ketinggian tiang gol hendaklah berukuran 2.14 meter. Tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk segi empat bujur berukuran 5.0 mm lebar dan dalam antara 5.0 m 7.5 m. Semua tiang gol hendaklah dicat dengan warna putih. Jaring merupakan pasangan bagi pintu gol. Jaring diikat kukuh kepada tiang tengah dan tiang mendatar. Jaring mempunyai mesh berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi.

2.3

TIANG BENDERA Di setiap empat penjuru padang terdapat empat tiang bendera yang dinamakan

bendera sudut. Bendera-bendera ini dipacakkan dengan ketinggian 1.20 meter hingga 1.50 meter. Bendera-bendera ini diletakkan di luar sudut dan ia diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain.

2.4

BOLA HOKI Bola yang digunakan dalam permainan hoki bukanlah sebarang bola. Bola yang

digunakan ialah bola khas untuk permainan hoki. Ciri-ciri bola hoki ialah keras, pejal atau kosong dan mempunyai permukaan yang licin. Bola hoki standard yang digunakan ialah bola hoki yang berwarna putih, jika warna lain ingin digunakan, hendaklah mendapat persetejuan kedua-dua belah pihak. Berat minimum bagi bola hoki ialah 156 g dan berat maksimumnya pula ialah 163 g. Ukur lilit bagi bola hoki pula ialah antara 224 mm sehingga 235 mm.

2.5

KAYU HOKI Kayu hoki juga tidak ketinggalan dalam senarai peralatan wajib dalam permainan

hoki. Kriteria-kriteria yang perlu ada pada sebatang kayu hoki ialah rata di sebelah kiri (muka kayu) dan berbentuk bulat (back stick) di sebelah kanan. Pada bahagian back stick tidak dibenarkan untuk memukul bola. Hanya permukaan muka kayu yang

dibenarkan. Manakala bahagian lengkok kayu dipanggil kepala kayu dan berbentuk J atau U. Kayu hoki perlulah licin dan tidak mempunyai unsur tajam dan merbahaya di tepi-tepi kayu. Selain itu, tebal kayu juga dihadkan, di mana sebuah gelung yang berdiameter 51 mm boleh melepasinya. Kayu hoki boleh diperbuat daripada apa-apa bahan sekalipun kecuali logam, tetapi perlulah menepati berat yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi 737 g.

2.6

KASUT Dalam aspek pemilihan kasut, permainan hoki membenarkan pemainnya

memakai apapun jenis kasut yang sesuai. Namun, kasut-kasut yang membahayakan pemain lain seperti kasut yang mempunyai pancang (spikes) tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali. Kasut yang mempunyai tetungku getah amatlah

digalakkan. Kasut khas turut digunakan ketika pemain bermain di atas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain. Pemilihan kasut yang sesuai pada pemain agak penting supaya pemain boleh bermain dengan selesa dan berprestasi tinggi.

2.7

ALATAN PENJAGA GOL Selain para pemain, penjaga gol juga perlu mempunyai peralatannya yang

tersendiri. Penjaga gol dalam sukan hoki perlulah menjaga keselamatan dengan baik. Hal ini bertepatan dengan tugas dan peranannya yang berbahaya. keselamatan yang perlu dipakai oleh penjaga gol adalah seperti: 2.7.1 Pad Kaki Pad kaki ialah pad yang dipakai pada pergelangan kaki hingga lutut. Pad kaki ini dipasang bersama kickers. Bahagian kaki yang biasa tercedera ialah kekuda kaki dan tempat di mana pad-pad disambungkan kepada kickers diatas pergelangan kaki. Pad hanyalah berdimensi 300 mm makimum apabila dipakai untuk suatu permainan. Antara alat

2.7.2 Sarung Tangan Sarung tangan bagi penjaga gol permainan ini diperbuat daripada kulit dan plastik. Sarung tangan merupakan peralatan yang penting dalam memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola yang dipukul pada kelajuan 140 160 km sejam. Sarung tangan juga perlulah lembut supaya boleh memegang kayu hoki dengan kukuh. Sarung tangan tidak boleh melebihi 228 mm lebar dan 355 mm panjang.

2.7.3 Alatan Lain Selain pad kaki dan sarung tangan, alatan lain seperti pelindung dada, pad-pad bahu, penutup muka, pelindung mulut, seluar berpad dan pelindung kemola (untuk penjaga gol lelaki) juga adalah antara peralatan lain yang diperlukan bagi seorang penjaga gol.

You might also like