Kertas Kerja Sambutan Hari Guru 1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

[ KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU ] 1.

0
PENDAHULUAN

SKKJ (2)2013

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Hari Guru merupakan hari bagi kita mengenang dan berterima kasih kepada para guru dan para pendidik atas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan serta khidmat bakti. Justeru itu, sambutan Hari Guru SKKJ (2) dijadikan satu program tahunan bagi menghargai sumbangan dan jasa guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa. Guru adalah aset penting dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk menghasilkan modal insan yang unggul selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini juga amat bermakna bagi guru agar terus berusaha memartabatkan profesion perguruan selaras dengan Bab 5 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu tentang Guru dan Pemimpin Sekolah. 2.0 RASIONAL

Sambutan Hari Guru adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengangkat tahap kemeriahan sambutan Hari Guru di setiap sekolah. Sambutan ini juga dirancang bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat terhadap peranan, jasa dan pengorbanan guru serta dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan guru-guru dan mengenali sesama rakan sekerja serta menenangkan minda dari beban tugas yang dipikul selama ini di sekolah. 3.0 OBJEKTIF

Antara objektif sambutan hari guru SKKJ (2) tahun 2013 adalah seperti berikut,

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting guru dalam masyarakat Malaysia. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan. CADANGAN TARIKH 16 Mei 2013 (Khamis)

4.0

5.0

CADANGAN TEMPAT Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya (2)

6.0

ANJURAN

Badan Kebajikan Guru Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya (2)

[ KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU ]

SKKJ (2)2013

7.0

CADANGAN AKTIVITI * Sila rujuk Lampiran 1

8.0

ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN * Sila rujuk Lampiran 2

9.0

JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA * Sila rujuk Lampiran 3

10.0

PENUTUP

Program ini diharapkan dapat meningkatkan lagi keakraban dalam kalangan guru, ibu bapa dan murid-murid SKKJ (2). Selain itu, sambutan hari guru ini juga diharap dapat memotivasikan diri guru serta meningkatkan rasa kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab guru dalam membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Disediakan oleh : ............ (NAZIRAH BINTI AWANG) Setiausaha Sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya (2) 47301 Petaling Jaya, Selangor. Disahkan oleh : ............. (AKMAL HISAM BIN SAINI) Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya (2) 47301 Petaling Jaya, Selangor. Diluluskan oleh : .. (ANUAR BIN MOHAMAD KUSNI) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya (2) 47301 Petaling Jaya, Selangor.

You might also like