Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

TUTOTIAL 1

PENDEKATAN KUANTITATIF & KUALITATIF


DISEDIAKAN OLEH: SHAFIKAH BT PENGIRAN FARHAH NADIAH BT MOHAMAD NABIL

PENDEKATAN KUANTITATIF

Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada fenomena-fenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data (Nana, 2005; Chua, 2006; Fraenkel, 2007). Suatu penyelidikan yang melibatkan pengukuran pemboleh ubah kajian dengan menggunakan alatan saintifik dan eksperimen.

Penggunaan ujian statistik terhadap sesuatu kajian adalah sebagai usaha untuk menerangkan, menjelaskan atau mencari perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam suatu penyelidikan.

Pendekatan kuantitatif mengutamakan kuantiti. Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka-angka, data-data numerikal atau statistik.

Statistik melibatkan pengiraan-pengiraan


seperti min, median, mod, peratusan,

sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian,


dan sebagainya.

Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih


berstruktur , mempunyai darjah

kekaburan yang minima, bercorak


linear, mempunyai penjadualan yang

jelas, dan menumpukan kepada hasil.


Dari segi skop kajian ia boleh

melibatkan responden yang besar.

PENDEKATAN KUALITATIF

Pendekatan kualitatif ialah prosedur


penyelidikan yang menghasilkan data gambaran yang boleh diamati (Lexy, 2007), tradisi tertentu dalam ilmu pengetahuan sosial yang secara fundamental bergantung kepada pengamatan manusia dalam kawasannya sendiri dan berkait dengan

orang-orang tersebut dalam bahasa dan


peristilahannya (Kirk & Miller, 1986).

Pendekatan kualitatif dalam


penyelidikan ini adalah kajian kes,

adalah suatu penyelidikan yang


dilakukan terhadap suatu kesatuan

sistem, sama ada yang berbentuk


program mahupun kejadian yang terikat oleh tempat, waktu atau ikatan tertentu (Nana, 2005).

Kajian tindakan dilaksanakan untuk


menghimpun data, memperoleh makna, dan memperoleh pemahaman daripada suatu kes. Proses pengumpulan data berdasarkan Cresswell (1998) iaitu mengenalpasti tapak

atau individu, mendapatkan akses dan


membina rekod, persampelan bertujuan, mengumpul data, merekod maklumat,

menyelesaikan isu-isu lapangan dan


menyimpan data.

Pendekatan kualitatif pula berasaskan kualiti. Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian makna perkara-perkara yang

dikaji.
Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal. Ia kurang berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada proses. Skop kajiannya

pula meliputi bilangan responden yang kecil.

BANDING BEZA PENDEKATAN KUANTITATIF & KUALITATIF

Kuantitatif

Kualitatif

kaedah postivis, eksperimental, Kaedah Penyelidikan data numarika ujian statistik

kaedah interpretif, penghuraian kajian lapangan kajian sejarah kajian kes, data verbal triangulasi data.
konsep makna Esei pemahaman pembentukan fenomena konteks dan triangulasi bidang antropologi, kemasyarakatan, linguistic, sosiologi dan sejarah

Konsep Utama

konsep variable konsep hipotisis kepercayaan Operasional kesahan dan signifikan sains asas, perindustrian, psikologi, sains politik, kejuruteraan, ekonomi dan pendidikan

Sudut bidang yang dikaji oleh penyelidik

Kuantitatif menguji teori, membina fakta, menunjukkan perbezaan, menunjukkan hubungan, meramal tingkah laku menerangkan kejadian secara statistik Eksperimental kuasi eksperimental temubual berstruktur, pemerhatian berstruktur dan tinjauan

Kualitatif melengkapkan teori, meningkatkan kefahaman, menghuraikan kenyataan, menyatakan kejadian semulajadi menerangkan kejadian secara verbal. Pemerhatian pemerhatian peserta, temubual tidak berstruktur rujukan maklumat dokumentasi dan kajian kes

Tujuan

Reka Bentuk Kajian

Sudut Sampel

sampel bersaiz besar, kaedah persampelan kebarangkalian, pemilihan sampel secara rawak,

berskala kecil, persampelan bukan kebarangkalian

Kuantitatif

Kualitatif

Pengumpulan Data

mengumpul data secara : kuantiti Bilangan pengukuran statistik

penghuraian deskriptif nota pandangan catatan verbal rakaman pemerhatian atau temubual dan maklumat dari bahan dokumentasi menganalisis secara tertutup, dalam jangka masa yang panjang dan secara mendalam kaedah kualitatif adalah sebaliknya.

Analisis Data

menganalisis data secara deduktif dan statistik

Format Instrument

lebih formal, Spesifik struktur telah ditetapkan dan menggunakan skala

Pendekatan Kualitatif
Masalah : Latar belakang sosial mempengaruhi murid dalam menyebut dan membunyikan huruf r dengan betul. Objektif : 1. Penggunaan bahasa pasar di rumah mempengaruhi murid untuk menyebut dan membunyikan huruf r dengan betul. 2. Taraf pendidikan keluarga mempengaruhi murid untuk menyebut dan membunyikan huruf r dengan betul.

Cara menggunakan pendekatan Kualitatif


Pemerhatian. Guru memerhati cara pertuturan dan komunikasi murid di dalam kelas. Temubual Guru menemubual murid untuk mendapatkan data yang diperlukan Penelitian Dokumen Guru menyemak borang peribadi murid untuk mengetahui dengan lebih mendalam latar belakang murid untuk mendapatkan punca sebenar masalah murid.

Pendekatan Kuantitatif.
Masalah : Penggunaan papan garis nombor membantu murid menyelesaikan masalah tambah 2 nombor 2 digit dengan betul Objektif : 1. Papan garis nombor membantu murid menyelesaikan masalah tambah 2 nombor 2 digit dengan betul. 2. Murid dapat menguasai konsep menambah 2 nombor 2 digit dengan betul.

Cara menggunakan pendekatan Kuantitatif


Kematangan Guru menetapkan jangka masa tertentu untuk menilai peningkatan murid Pengujian Guru mengutip data pencapaian murid sebelum dan selepas penggunaan papan garis nombor Alat Ukuran Guru membina alat ukuran seperti ujian diagnostik yang dapat mengukur pencapaian murid secara sah.

Tamat

You might also like