Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TUN DR. ISMAIL, 33700 PADANG RENGAS, PERAK DARUL RIDZUAN.

Kepada, 2000

TELEFON :

7584212

SKTDI.PR.04/03/001[ ]2000 7, NOVEMBER,

Tuan / Puan / Encik / Cik, PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH BAGI SESSI TAHUN 2001 Adalah dimaklumkan merujuk perkara diatas, anak tuan/puan/ encik/cik yang bernama ______________________________________________________________________________________ dari kelas Tahun ________________________ telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah bagi sessi persekolahan Tahun 2001. 2. Sehubungan dengan itu pihak sekolah mengucapkan tahniah di atas perlantikan ini. Jika pihak tuan/puan/encik/cik menerima perlantikan ini dan sanggup menyediakan pakaian serta mematuhi syaratsyarat seperti yang telah ditetapkan, sila penuhkan Borang Penerimaan Perlantikan Pengawas Sekolah di bawah ini. 3. Kerjasama dari pihak tuan/puan/encik/cik kami dahului dengan jutaan terima kasih. Sekian. Terima Kasih. " BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA "

Saya yang menjalankan tugas,

[ABDUL RAHAMAN BIN MOHAMED SHAH] Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tun Dr. Ismail Padang Rengas, Perak

PELAJAR CEMERLANG, SEKOLAH GEMILANG


Nama dan alamat ibu/bapa/penjaga :

Kepada, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Tun Dr. Ismail, 33700 Padang Rengas, Perak Darul Ridzuan. Tuan, PENERIMAAN PERLANTIKAN PENGAWAS BAGI SESSI TAHUN 2001 Merujuk perkara di atas, saya ________________________________________________ ibu/bapa/penjaga kepada ______________________________________________ dari kelas Tahun ___________________ dengan ini BERSETUJU / TIDAK BERSETUJU anak / jagaan saya dilantik sebagai Pengawas Sekolah bagi sessi tahun 2001. Saya juga sanggup menyediakan pakaian serta mematuhi segala syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah di mana antaranya digantung atau ditamatkan perkhidmatan jika anak /jagaan saya : a] merosot di dalam pelajaran yang berlarutan atau berpanjangan. b] menunjukkan tingkahlaku, prilaku, sahsiah atau akhlak yang melanggar etika sebagai seorang pengawas. c] tidak memberikan kerjasama kepada guru dan pihak sekolah di dalam perkara-perkara tertentu. d] melanggar undang-undang atau peraturan sekolah. e] terlibat di dalam perkara-perkara yang menyalahi dan melanggar undang-undang sebagai seorang pelajar.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

Yang benar, ............................................................... [ ] Nama dan Tandatangan Tarikh : ...........................................

SEKOLAH KEBANGSAAN TUN DR. ISMAIL, 33700 PADANG RENGAS, PERAK DARUL RIDZUAN.

TELEFON

: 7584212

PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH KEBANGSAAN TUN DR. ISMAIL, PADANG RENGAS PENGAWAS LELAKI : 1] Baju lengan panjang berwarna biru muda dengan lencana sekolah. 2] Seluar panjang berwarna biru tua. 3] Tali leher berwarna biru tua. 4] Kasut kulit atau kanvas berwarna hitam. 5] Stokin berwarna putih. 6] Tag tanda nama. 7] Buku laporan harian. PENGAWAS PEREMPUAN : 1] Baju kurung berwarna biru muda. 2] Tudung berwarna biru muda dengan satu ' jalur ' berwarna ' biru navy' [warna yang kuat sedikit dari warna tudung] lebih kurang 2cm dari bawah tudung dan hujung tudung di bahagian kepala. 3] Kain berwarna biru tua. 4] Kasut kulit atau kanvas berwarna hitam. 5] Stokin berwarna putih. 6] Tag tanda nama. 7] Buku laporan harian. =========================================================================== SEKOLAH KEBANGSAAN TUN DR. ISMAIL, 33700 PADANG RENGAS, PERAK DARUL RIDZUAN.

TELEFON

: 7584212

PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH KEBANGSAAN TUN DR. ISMAIL, PADANG RENGAS PENGAWAS LELAKI : 1] Baju lengan panjang berwarna biru muda dengan lencana sekolah. 2] Seluar panjang berwarna biru tua. 3] Tali leher berwarna biru tua. 4] Kasut kulit atau kanvas berwarna hitam. 5] Stokin berwarna putih. 6] Tag tanda nama. 7] Buku laporan harian. PENGAWAS PEREMPUAN : 1] Baju kurung berwarna biru muda. 2] Tudung berwarna biru muda dengan satu ' jalur ' berwarna ' biru navy' [warna yang kuat sedikit dari warna tudung] lebih kurang 2cm dari bawah tudung dan hujung tudung di bahagian kepala. 3] Kain berwarna biru tua. 4] Kasut kulit atau kanvas berwarna hitam. 5] Stokin berwarna putih.

6] 7]

Tag tanda nama. Buku laporan harian.

You might also like