Professional Documents
Culture Documents
Pem Biak Kan
Pem Biak Kan
SCE 3101
Pendahuluan
Pembiakan ialah proses biologi untuk melahirkan organisma yang baru. Ia merupakan ciri yang asas bagi kesemua hidupan yang diketahui; setiap organisma wujud sebagai hasil pembiakan. Kaedah-kaedah pembiakan boleh digolongkan kepada dua jenis yang utama: Pembiakan seks dan pembiakan aseks. Dalam pembiakan aseks, suatu organisma dapat membiak tanpa melibatkan organisma yang lain dalam spesiesnya. Pembahagian sel bakteria menjadi dua sel anak merupakan satu contoh pembiakan aseks. Pembiakan aseks bukan sahaja terhad kepada organisma sel tunggal. Kebanyakan tumbuhan mempunyai
keupayaan untuk membiak secara aseks. Kelahiran tumbuhan-tumbuhan baru pada tepi daun Kalancho pinnata. Tingginya tumbuhan kecil di hadapan kira-kira satu sentimeter. Pembiakan seks memerlukan penglibatan dua organisma, lazimnya satu organisma daripada setiap jantina. Pembiakan manusia merupakan satu contoh pembiakan seks yang biasa. Secara amnya, organisma yang lebih rumit akan membiak secara seks sedangkan organisma sel tunggal akan membiak secara aseks.
SCE 3101
Pembiakan aseks merupakan proses biologi yang mana suatu organisma melahirkan salinan yang serupa dengannya dari segi genetik tanpa sumbangan daripada organisma yang lain. Bakteria membahagikan diri secara aseks melalui belahan dedua; virus menguasi sel-sel perumah untuk melahirkan lebih banyak virus; Hidra (invertebrat susunan Hydroidea) dan ragiberupaya membiak melalui penunasan. Organisma-organisma ini tidak mempunyai jantina yang berbeza, dan mereka berupaya membahagikan diri menjadi dua atau lebih organisma berasingan. Sebilangan spesies 'aseks', seperti hidra dan ampai-ampai, juga boleh membiak secara seks. Umpamanya, kebanyakan tumbuhan bukan sahaja berupaya melaksanakanpembiakan tampang (iaitu pembiakan tanpa biji atau spora), tetapi juga boleh membiak secara seks. Begitu juga, bakteria dapat menukarkan maklumat genetif melalui konjugasi. Cara-cara pembiakan aseks yang lain termasuk penyerpihan dan pembentukan spora yang melibatkan mitosis sahaja. Pembiakan seks Pembiakan seks ialah proses biologi yang mana organisma-organisma mencipta keturunan yang mempunyai gabungan bahan genetik yang disumbang oleh dua (biasanya) ahli spesies yang berasingan. Setiap organisma menyumbang setengah daripada komposisi genetik anak melalui penciptaan gamet haploid. Kebanyakan daripada organisma membentuk dua jenis gamet. Dalam
spesies anisogami, kedua-dua jantina dirujuk sebagai jantan (menghasilkan sperma atau mikrospora). Dalam spesiesisogami, bentuk gamet adalah serupa, tetapi juga boleh mempunyai sifat yang berbeza dan diberikan nama yang sewajar. Umpamanya, dalam alga hijau, Chlamydomonas reinhardtii, gametnya diberi gelaran
WAN MOHAMMAD HAFIZU B WAN ABDULLAH | PEMBIAKAN MANUSIA DAN TUMBUHAN 2
SCE 3101
"plus" dan "minus". Beberapa jenis organisma, seperti siliat mempunyai lebih daripada dua jenis gamet. Manusia, Organisma kebanyakan binatang, membiak secara dan tumbuhan membiak seks mempunyai dua secara seks.
yang
setiap trait (digelarkan alel). Anaknya mewaris satu alel bagi setiap trait daripada setiap induk untuk memastikan bahawa mereka menerima gabungan gen kedua-dua induknya. Setelah menerima dua salinan bagi setiap gen, hanya sifat satunya akan dinyatakan supaya dapat menyelindungi alel yang boleh membawa kesan yang buruk. Kelebihan ini telah dianggap sebagai alasan yang terutama dalam perkembangan evolusi diploid (Otto and Goldstein).
Pembiakan aseks berlawan dengan pembiakan seks Bilangan organisma yang membiak secara asek cenderung bertumbuh dengan eksponen. Bagaimanapun, oleh sebab mereka berharap pada mutasi untuk kelainan DNA mereka, semua ahli spesies itu mengalami ketidakpastian dalam hidup yang sama. Walaupun organisma yang membiak secara seks melahirkan
WAN MOHAMMAD HAFIZU B WAN ABDULLAH | PEMBIAKAN MANUSIA DAN TUMBUHAN 3
SCE 3101
sedikit anak sahaja, kelainan gen yang agak besar memberikan mereka keupayaan yang lebih besar untuk menentangi penyakit. Banyak organisma boleh membiak melalui kedua-dua kaedah, iaitu secara seks serta juga aseks. Conthonnya termasuk afid, kulapuk lendir, buran dan banyak tumbuhan. Sewaktu faktor-faktor persekitaran adalah sesuai, pembiakan aseks dipergunakan untuk mengeksploitasikan keadaan seperti bekalan makanan yang banyak, perlindungan yang mencukupi, iklim yang baik, ketiadaan penyakit, pH yang optimum, dan sebagainya. Jumlah populasi organisma itu bertambah secara eksponen melalui strategi pembiakan aseks untuk mengeksploitasikan bekalan sumber yang kaya. Sewaktu sumber-sumber makanan sudah habis, iklim menjadi buruk, ataupun hidup terjejas oleh perubahan keadaan hidup yang buruk, organisma-organisma itu akan mengubahkan kepada bentuk pembiakan seks. Pembiakan seks memastikan pencampuran takung gen. Kelainan yang terdapat daripada pembiakan seks membenarkan sebahagian anak untuk menyesuaikan diri untuk menghidup dan menyebabkan mekanisme adaptasi memilih. Tambahan pula, pembiakan seks biasanya menghasilkan satu peringkat hidup yang berupaya menahan keadaankeadan yang boleh mengancamkan dan peringkat anak-anak yang lain-lain induk aseks. Biji,
memastikan
bahawa
organisma-organisma itu akan hidup sewaktu menunggu-nunggu keadaan yang buruk berpulih menjadi baik.
SCE 3101
Kewujudan hidup tanpa pembiakan merupakan perkara untuk tekaan. Penyelidikan biologi mengenai keasalan hidupan dari unsur-unsur nyah membiak kepada organisma banyak yang membiak digelarkan abiogenesis. yang Sama ahli adakah biologi
terdapatnya
peristiwa
abiogenesis
berasingan,
mempercayai bahawa leluhur yang sama untuk kesemua hidupan di bumi pada masa ini hidup lebih kurang 3.5 bilion tahun dahulu. Pada hari ini, sebahagian daripada ahli-ahli sains meneka tentang kemungkinannya penciptaan hidupan tanpa membiak di dalam makmal.
Sekumpulan ahli sains telah berjaya untuk menghasilkan satu virus yang mudah daripada bahan-bahan yang tidak hidup. Penghasilan organisma yang benar-benar hidup, seperti bakteria mudah, tanpa leluhur merupakan tugas yang jauh lebih rumit, tetapi mungkin dapat berjaya menurut pemahaman biologi semasa. Virus biasanya dianggap sebagai tidak hidup. Hanya merupakan sedikit RNA atau DNA di dalam kapsul protein, mereka tidak mempunyai metabolisme dan cuma boleh mereplikasikan diri dengan bantuan mekanisme metabolisme sel yang dirampas. Umpamanya, Adam, dalam kitab Bible, telah dicipta oleh Tuhan dan tidak mempunyai leluhur.
SCE 3101
PEMBIAKAN MANUSIA
Pengklonan Pengklonan merupakan salah satu teknik menghasilkan organisma secara pembiakan vegetatif (aseks) yang sama dari segi genetiknya dengan induknya. Sebelum ini, telah wujud pelbagai pengklonan semula jadi di mana tumbuhtumbuhan dapat bertumbuh daripada bahagian-bahagian tumbuhan terutamanya runners melalui pelbagai cara cuttage, grafting, dan mound layer untuk mendapat baka tumbuhan daripada tumbuhan yang bermutu tinggi. Pengklonan sebenarnya bukan satu teknologi yang baru kerana pengklonan organisma telah dilakukan sejak dahulu dimana satu keratan daripada tumbuhan diambil untuk pembiakan vegetatif dan keratan ini menghasilkan tumbuhan yang baru melalui pembahagian sel. Pengklonan merupakan suatu prosedur yang mengeluarkan salinan turutan DNA yang tunggal dalam bilangan yang banyak tanpa pembiakan seks ataupun meiosis. Ini menyebabkan organisma yang dihasilkan adalah serba serupa dengan induknya daripada segi genetiknya mahupun fizikalnya. Perkataan CLON berasal dari perkataan GREEK yang bermaksud kerat an tumbuhan daripada pokok asal. Dengan ini, untuk menghasilkan satu klon, sebahagian daripada pokok asal diambil dan ia akan tumbuh kepada satu pokok yang sempurna dengan cara-cara yang tertentu. Klon yang dihasilkan merupai induknya kerana sel yang diambil daripada induknya (*bukan sel pembiakan) mempunyai dua set kromosom, iaitu daripada kedua-dua seks dan menyebabkan ia mempunyai kesemua maklumat genetik untuk menghasilkan satu organisma yang baru.
SCE 3101
Mengikut pakar-pakar sains, pengklonan tidak mencipta nyawa, tetapi ia hanya membenarkan pakar sains memilih sel yang betul-betul berkualiti untuk tujuan membiakkan organisma yang berkualiti dan secara banyak. Mengikut sebuah ensikopedia yang berjudul The New Book of Knowledge mengatakan bahawa teknologi klon ini mendapat perhatian daripada masyarakat dunia pada tahun 1997 apabila pakar-pakar sains di Scotland mengumumkan kelahiran Dolly, seekor biri-biri yang diklonkan daripada sel yang diambil daripada seekor biri-biri dewasa. Kejayaan ini juga menyebabkan banyak persoalan yang dikemukakan di mana mereka percaya bahawa manusia juga boleh diklonkan dan akan menyebabkan banyak masalah yang tidak diingini. Prosedur-prosedur pengklonan adalah bergantung kepada keupayaan sesuatu vektor untuk meneruskan rantai hidup mereka dalam sel bakteria atau sel yis mahupun DNA asing dimasukkan di dalam mereka. DNA asing yang dibawa masuk ke dalam sel bakteria atau sel yis adalah molekul-molekul tertentu, dan dikenali sebagai vektor pengklonan. Sifat-sifat Vektor Pengklonan:
a) b)
Selapas menerima DNA asing, masih boleh meneruskan rantai hidup. Membolehkan sel bakteria @ sel yis yang mengandungi DNA asing dibezakan daripada sel-sel tanpa DNA asing.
SCE 3101
Plasmid
Bacteriophage
Cosmid
Walaupun organisma yang terhasil daripada pengklonan dikatakan serba serupa dengan induknya, tetapi apabila berlakunya mutasi gen atau pembahagian sel yang tidak sama, ini akan menyebabkan kandungan gen sel-sel anak akan berubah lalu menimbulkan perbezaan antara ciri-ciri sel anak dengan induknya.
[HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN] Definisi Pengklonan Manusia Perkataan klon berasal dari bahasa Yunani iaitu
SCE 3101
tunas. Definisi ini menggambarkan keadaan asal proses pengklonan di mana ianya adalah proses pembiakan yang normal di kalangan tumbuh-tumbuhan dan sel-sel mikro-organisma. Cara pembiakan ini juga dipanggil vegetative reproduction atau pembiakan tumbuh-tumbuhan. Oleh kerana cara pembiakan ini tidak melibatkan apa-apa perlakuan seks, ia dikategorikan sebagai asexual reproduction iaitu
pembiakan tanpa seks. Menurut Hussain Fadhlullah dalam bukunya alDin wa al-Akhlak menyatakan, pengklonan al-Istinsakh; Jadal al-Ilmi wa
bernyawa sama seperti kejadian asal dan dari segi bentuknya ia seperti kebar. Pengklonan akan melahirkan manusia tanpa perkahwinan atau tanpa berlaku percampuran antara benih lelaki dengan perempuan. Dalam erti kata lain, anak pengklonan dihasilkan tanpa mempunyai bapa. Jenis Pengklonan. Kaedah atau teknik pengklonan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:
SCE 3101
embrio) telah bertahun-tahun digunakan ke atas haiwan ternakan bagi menghasilkan ternakan yang lebih kuat bakanya. Eksperimen juga pernah dijalankan ke atas janin manusia dengan menggunakan kaedah ini. Menurut para saintis, pengklonan janin amat penting kerana beberapa sebab. Antaranya, ia dapat membantu meningkatkan pengetahuan manusia tentang pembiakan sel kanser dan lain-lain penyakit genetik seperti parkinson dan cystic fibrosis, yang membahagi pada kadar yang serupa dengan pembahagian sel-sel janin. Dengan adanya kaedah pengklonan janin ini, saintis tidak lagi perlu
bergantung kepada janin-janin yang diambil dari klinikklinik kesuburan untuk melakukan uji kaji. Ia juga dapat mengurangkan penggunaan janin-janin asal. Kaedah pengklonan jenis kedua iaitu teknik pemindahan nukleus (nucleus transfer technology) ini agak sensasi kerana sebelum tahun 1997, apabila saintis mengumumkan tentang kaedah yang digunakan bagi mencipta seekor kambing yang dinamakan Dolly, belum penggunaan teknik tersebut. pernah seekor mamalia dilahirkan hasil daripada
10
SCE 3101
DOLLY
Sebenarnya penyelidikan mengenai klon telah dijalankan sejak tahun 70an. Namun begitu hanya pada 1997, kaedah pengklonan akhirnya dibuktikan. Dr. Ian Wilmut dari Scotland, berjaya melahirkan Dolly (sempena nama penyanyi country, Dolly Parton dan sel yang digunakan berasal daripada sel
pada kelenjar buah dada seekor kambing biri-biri betina yang lain).
Kelahiran Dolly diberi liputan yang meluas kerana ianya amat dinantikan. Bayangkan, Dolly menjelma daripada teknik pengklonan reproduktif adalah merupakan satu-satunya hasil daripada 277 percubaan dengan 29 berjaya tiba ke peringkat pembahagian sel diikuti dengan 13 biri-biri yang bunting dan akhirnya seekor sahaja yang selamat dilahirkan anak iaitu Dolly. Manakala yang lain gugur atau mati sebaik saja dilahirkan. Selepas Dolly, muncul pula Polly yang mempunyai gen manusia. Faktor
11
SCE 3101
Copy Cat
Setelah khinzir, kambing, lembu, ayam dan tikus, tibalah giliran untuk kucing diklonkan. CC atau Copy Cat, kucing klon yang pertama di dunia ini yang kini berusia dua bulan. Dengan bulu pendek berwarna hitam dan putih adalah berlainan daripada induk genetiknya, ianya kelihatan cukup sihat, comel dan amat aktif bermain. Menurut saintis, warna bulu bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor genetik tetapi juga keadaan kandungannya. Para penyelidik tersebut memperoleh sebanyak 87 embrio tetapi dua ekor kucing yang mengandung dan hanya CC yang selamat dilahirkan. Eksperimen yang dijalankan oleh Taxes A&M University itu bertujuan menggalakakan orang ramai mengklonkan binatang kesayangan mereka.
Namun begitu, banyak lagi haiwan yang cuba diklonkan termasuk manusia. Ada yang berjaya da nada yang tidak. Kadar untuk sesuatu pengklonan berjaya adalah sangat tipis.
WAN MOHAMMAD HAFIZU B WAN ABDULLAH | PEMBIAKAN MANUSIA DAN TUMBUHAN 12
SCE 3101
Kebaikan Pengklonan
Menjamin keseragaman baka yang baik; spesies daripada baka yang baik dan bermutu tinggi dapat digunakan untuk meningkatkan mutu hasil tanaman
Bilangan klon yang banyak dapat dihasilkan dalam masa yang singkat untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman
Pengklonan boleh digunakan untuk mengubati penyakit atau menggantikan organ yang telah rosak (seperti jantung, hati atau ginjal).
13
SCE 3101
Keburukan Pengklonan
Jangka hayat manusia klon adalah singkat kerana bayi klon akan mempunyai kromosom yang sama dengan usia penderma.
Meruntuhkan institusi kekeluargaan kerana seorang lelaki ataupun wanita tidak memerlukan pasangan untuk mendapatkan anak.
14
SCE 3101
15
SCE 3101
16
SCE 3101
17