Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1.

0 Pengenalan

Kebanyakan budaya di dunia mengiktirafkan perkahwinan sebagai satu ikatan sah yang menyatukan seorang lelaki dengan perempuan, dalam apa jua bentuk perkahwinan ia merupakan satu peristiwa atau fenomena yang unik dan kompleks berdasarkan penyatuan sosioemosi, peribadi, agama dan juga budaya pasangan yang berkahwin. (Rumaya Juhari 2003:1) Perkahwinan juga boleh didefinisikan sebagai sebuah institusi sosial wajib dalam semua masyarakat, tidak kira tradisional atau moden, institusi sosial itu berasaskan sepasang lelaki dan perempuan disahkan sebagai suami isteri dan sah di sisi undang-undang (Jaswant Kaur 1987:1). Melalui institusi sosial ini, masyarakat mampu meneruskan generasi yang halal yang merupakan tujuan utama manusia berkahwin. Menurut Islam, Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumah tangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. 2.0 Sejarah Adat Resam Perkahwinan Kaum Melayu Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Salah satu sebab tradisi ini diamalkan adalah adat. Sejak zaman pemerintahan Parameswara lagi adat istiadat perkahwinan melayu diamalkan. Jadi, tidak mustahillah jika adat ini diteruskan lagi oleh generasi kini dan akan datang. Suatu perkahwinan, tidak kira bangsa apa pun, sememangnya penuh dengan adat istiadatnya yang tersendiri. Begitu jugalah dengan adat perkahwinan Melayu yang merupakan suatu upacara yang panjang lebar dan memerlukan belanja yang besar. Namun begitu, banyak istiadat dianggap sangat rumit dan sukar diikuti. Pandangan ini membuatkan adat yang tidak mustahak ditinggalkan.

Aspek agama juga merupakan di antara sebab tradisi diamalkan. Adat perkahwinan Melayu amat berkait rapat dengan agama Islam. Ini dapat dibuktikan apabila orang Melayu dilarang berkahwin dengan orang bukan Islam kecuali jika orang bukan Islam itu memeluk agama Islam. Selain itu, bakal pengantin juga perlu menjalani kursus perkahwinan yang berdasarkan Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) bagi menyemai tanggungjawab bakal pengantin sebagai seorang suami dan isteri yang soleh Orang Melayu amat beradat. Perkahwinan mereka secara umumnya terbahagi kepada lima peringkat istiadat: merisik, melamar, bertunang, bernikah dan bersanding. 2.1 Adat Merisik Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Sebelum pihak lelaki meminang gadis yang dipilihnya, mereka akan merisik terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada gadis tersebut sudah berpunya ataupun belum.Biasanya orang tengah akan dijadikan medium bagi mewakili pihak lelaki yang selalunya terdiri daripada kaum keluarga terdekat, jiran tetangga dan kadang-kala digunakan juga khidmat mak andam. Dengan merisik, pihak lelaki akan dapat mengetahui serba sedikit mengenai latar belakang keluarga, pendidikan, serta pengetahuan gadis tersebut dalam menguruskan rumahtangga. Hasil daripada perisikan akan disampaikan kepada pihak lelaki. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik. Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah

berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

2.2 Adat Meminang

Setelah mengetahui perempuan tersebut tidak berpunya dan Meminang si gadis hanya dilakukan bila keluarga si gadis menyatakan persetujuannya. Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Disesetengah-sesetengah tempat berita pertunangan itu diberitahu kepada seisi kampung oleh Ketua Kampung di masjid ketika mengadakan sembahyang Jumaat. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula. Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak.

Pada zaman silam, adat mengantar tanda akan didahului dengan adat mengantar mas kahwin dan wang belanja kepada pihak pengantin perempuan terutama apabila upacara perkahwinan itu ditangguhkan untuk beberapa bulan. Antara barang tanda yang diserahkan kepada pihak perempuan ialah cincin emas atau berlian serta diiringi dengan barang-barang sampingan seperti buah-buahan,kasut,baju dan sebagainya. Barang-barang yang diterima oleh pihak perempuan melambangakan pihak perempuan telah menyetujui syarat-syarat

perkahwinan

tersebut.

Antara

syaratnya

jika pihak lelaki gagal untuk berkahwin dengan gadis yang ditunangkan, pihak

perempuan tidak berhak untuk menuntut semula.

jika pihak perempuan gagal memenuhi pertunangan tersebut maka harus

dikembalikan semula kepada pihak lelaki dengan kadar sekali ganda baik dari segi bilangan ataupun nilainya.
3

2.3 Bertunang

Dalam masyarakat melayu, terdapat dua cara ikatan pertunangan dilakukan seperti pertunangan antara dua keluarga yang rapat atau saudara dari usia kecil atau bayi dan seterusnya petunangan dibuat secara wasiat bagi memenuhi permintaan mendiang ibu bapa.

Selepas perbincangan diadakan majlis pertunangan akan diadakan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara yang terdekat untuk upacara pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh atau sireh junjung sebagai bingkasan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pengantin perempuan.

Mengikut adatnya, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga akan diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran juga agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu sama ada lima, sembilan, tujuh, sebelas atau tiga belas. Ini kerana jumlah genap dikatakan memberikan implikasi yang tidak baik.

Jumlah hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat menghantar belanja juga turut diadakan semasa adat pertunangan ini dijalankan. Namun begitu ada yang menjalankannya secara berasingan daripada adat pertunangan iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan diadakan.

Upacara itu akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sireh kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal berkaitan.
4

Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus.

Sekiranya pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda. Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat menyarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.

2.4 Akad Nikah

Upacara akad nikah merupakan istiadat yang diperlukan oleh agama dan undang-undang untuk menghalalkan perkahwinan.Dalam upacara tersebut, pengantin lelaki akan berpakaian haji atau berpakaian bangsa melayu manakala rombongan pihak lelaki pula akan membawa barang hantaran dan disusun di hadapan tetamu yang hadir. Imam yang dikenali sebagai tukang kadi akan memilih dua orang dari tetamu tersebut untuk dijadikan saksi serta memeriksa barang-barang yang dibawa termasuklah mas kahwin. Manakala imam tersebut akan menyemak kesemua maklumat pengantin untuk ditandatangani oleh kedua-dua mempelai.

Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi ataupun di rumah pengantin perempuan akan dijalankan oleh tok kadi atau tok imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam,

Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis
5

pertunangan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan.

Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran diperiksa oleh tok kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan.

Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar ataupun di atas sebidang tikar ataupun di atas bantal di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan sama ada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu.

Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggungjawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumah tangga dari sudut agama. Selepas itu tok Kadi atau imam akan melafazkan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok Imam menggoncangkan tangannya.

Lafaz nikah berbunyi 'Aku nikahkan dikau dengan....(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak.....(mengikut negeri) tunai' dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi 'Aku terima nikahnya...(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi).'

Saksi akan mengesahkan sama ada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak. Sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana keduadua mempelai telah selamat diijabkabul.

Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Si suami akan menarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman.

Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.

2.5 Adat Berinai

Bagi orang selatan terutamanya Melaka dan Johor, sangat kukuh dengan adat berinai. Walaupun berada di alaf baru, mereka masih berpegang kuat kepada adat berinai terutamanya masyarakat kampung. Majlis berinai diadakan secara berperingkat-peringkat iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Berinai curi diadakan tiga malam sebelum persandingan dan dihadiri oleh saudara-mara serta rakan terdekat sahaja. Pihak lelaki tidak dijemput. Majlis berinai kecil pula diadakan keesokan harinya. Ketika ini pihak lelaki juga tidak dijemput. Adat berinai diteruskan lagi dengan majlis berinai besar, satu malam sebelum hari persandingan. Pada masa ini para jemputan khas seperti penghulu dan tok imam serta saudara mara si teruna dan si gadis. Bagi memastikan pihak lelaki mengambil bahagian dalam upacara ini, sengaja diadakan akad nikah sebelum majlis berinai. Untuk adat berinai besar, pengantin lelaki akan diarak kerumah perempuan. Sebelum menaiki tangga rumah perempuan, pengantin lelaki disambut dengan tepak sireh dan disiram dengan beras kunyit. Sekiranya pengantin lelaki tidak membawa tepak sireh, dia tidak akan dibenarkan naik ke rumah, sebaliknya terus tunggu di tangga. Pengantin perempuan juga mesti turun dari rumah dan berarak semula ke rumah. Kedua-dua pengantin akan mengambil bahagian dalam majlis ini. Andai kata majlis akad nikah diadakan sebelum adat berinai, maka pengantin hendaklah menyalin pakaian terlebih dahulu. Selesai acara berinai si teruna akan dibawa masuk ke bilik manakala pengantin perempuan pula akan didudukkan di atas pelamin untuk dititik inai. Biasanya apabila pengantin didudukkan di atas pelamin, yang melakukannya adalah jemputan pihak gadis. Begitulah juga dengan pengantin lelaki. Bilangan mereka mestilah ganjil. Tidak boleh genap. Upacara menginai dimulai dengan menepung tawar. Tepung tawar disediakan dengan inai ditumbuk halus. Upacara ini diteruskan lagi dengan penaburan bertih di sekeliling pengantin. Setelah itu, mak andam akan menitik inai dengan mengambil sedikit inai di dalam piring dan meletakkannya di atas tapak tangan pengantin. Selepas itu, pengantin akan mengangkat tangan dan menyembah tanda hormat
7

serta berterima kasih. Tujuan istiadat ini ialah untuk mengukur kebersihan dan kesucian pengantin kerana inai itu sendiri dianggap mengandungi 'berkat' iaitu satu cara penyucian dan perlindungan. Dahulu, sebelum upacara dimulakan, mak andam atau tok dukun akan tampil ke hadapan menghiris beberapa biji limau nipis serta memerahkan air limau itu ke cawan yang mengandungi dua sudu air kelapa. Campuran itu dicurahkan ke dalam sebuah mangkuk untuk dicampurkan dengan air mandi pengantin.

Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat. Berinai curi diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja. Berinai kecil diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Berinai besar diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan. Selepas adat berinai besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah atau pun sekiranya rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.

2.6 Majlis Persandingan

Inilah kemuncak istiadat perkahwinan dari dulu hingga kini. Adat ini tidak dapat ditinggalkan dalam perkahwinan, kecuali jika si pengantin tidak mahu bersanding. Ketika ini, kedua-dua pengantin didudukkan di atas pelamin dan didandan serta berpakaian serba indah. Dari sinilah timbulnya konsep raja sehari. Sebelum persandingan dijalankan, pengantin akan diberi makan sekapur sireh yang dijampi oleh mak andam, kononnya untuk menaikkan seri muka.

Dengan iringan paluan kompang, rebana atau rodat, pengantin lelaki akan diarak perlahan-lahan menuju ke rumah pengantin perempuan. Kumpulan ini juga diiringi
8

dengan dua orang pemegang bunga manggar dan didahului dengan kaum ibu yang dikenali sebagai 'bunga seri'. Mereka akan berhenti berarak pada jarak yang tertentu untuk menanti dijemput pengantin perempuan. Bagi menandakan bahawa pengantin perempuan mengalu-alukan kedatangan mereka, pihak perempuan akan mengirimkan 'sirih lat-lat' atau juga dikenali sebagai sirih genggam kepada mereka. Sekiranya pihak lelaki di halaman rumah pengantin perempuan, mereka akan disambut dengan taburan beras kunyit dan renjisan air mawar oleh waris-waris tua pihak pengantin perempuan.

Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah, pihak pengantin lelaki didudukkan dahulu di halaman rumah sambil menyaksikan persembahan pencak silat bagi menunjukkan penghormatan raja sehari. Pencak silat ini dikenali sebagai silat pulut. Ketika ini, akan datanglah seseorang berbisik kepada pengapit lelaki mengenai adat naik ke rumah perempuan. Adat cukai pintu dan cukai pelamin akan dikenakan sebelum persandingan. Sampai sahaja pihak lelaki di tangga rumah pengantin perempuan, perminta-peminta penebus pintu akan mengerumuninya.Setelah diberi tebusannya, barulah pengantin akan dibenarkan naik. Bilangan cukai yang perlu dibayar oleh pihak lelaki bergantung kepada bilangan pintu yang ada di rumah tersebut. Setelah penebus-penebus pintu mendapat habuan mereka, tibalah pula giliran mak andam menerima tebusannya pula. Ketika ini, berbagai-bagai tawaran berlaku di antara pengiring pengantin lelaki dengan mak andam. Adakalanya kedengaran pengiring berkata," Sudah jauh perjalanan kami, terpaksa menanggung rindu dan susah, cukuplah tebusan yang kami beri." Mak andam pula akan berkata," Bila lagi nak merasa duit engineer." Kadangkala usikan diiringi dengan katakata sindiran, "Dalam telur lagi dinanti, ini pula sudah menetas." Setelah ditebus cukai mak anam, barulah pengantin lelaki dibenarkan naik ke atas pelamin. Semasa bersanding, lelaki diadatkan duduk di sebelah kanan manakala perempuan di sebelah kiri. Semasa inilah upacara 'makan semangat' atau adat bersuap-suapan dilakukan. Pengantin lelaki akan menyuapkan sireh dan pulut kuning ke mulut isterinya. Kadang kala mak andam akan menyuapkan kedua-dua pengantin dengan nasi semangat dan telur secara berkelakar, ajuk mengajuk, untuk membuat pengantin ketawa dan tersenyum bagi menambahkan lagi keceriaan dan kegembiraan pada hari yang bersejarah ini. Upacara disusuli dengan adat merenjis oleh saudara-mara, rakan dan ibu bapa pengantin serta adat masuk bilik.
9

2.6.1 Adat Makan Beradab

Istiadat ini atau juga dikenali sebagai makan berdamai diadakan selepas persandingan. Pengantin lelaki akan ditemani oleh pengiringnya manakala mak andam akan menemani pengantin perempuan. Turut memenuhi meja makan beradab ini termasuklah keluarga terdekat pihak lelaki. Bacaan doa selamat diadakan untuk memohon agar kedua-dua mempelai sentiasa selamat daripada malapetaka dan kekal bersama hingga ke anak cucu, Usik mengusik dan gelak ketawa memeriahkan lagi suasana. Biasanya, waktu makan beradab, pengantin telah makan. Namun, kedua-dua pengantin akan saling melayan atas panduan mak andam dan pengiring pengantin lelaki. Jika adapun, ia sekadar membuat syarat. Menu hidangan untuk makan beradab pengantin ialah berbeza dengan hidangan buat para jemputan. Ia dimasak khas dan digubah cantik bagi membezakan meja makan beradab dengan meja para jemputan.

2.6.2 Adat Bersiram

Dalam upacara adat bersiram ini, pengantin akan dimandikan secara langsung. Ia diadakan selepas upacara persandingan dan makan beradab sebagai upacara penamat. Ketika ini, pengantin akan disiramkan dengan 4 biji air kelapa muda yang telah dijampi serta satu baldi air yang sudah dibacakan doa selamat. Adat-adat atau bahan yang diperlukan ialah beluru, mayang kelapa, daun pudina emas dan perak, serta tepung tawar yang dicampurkan dengan sedikit minyak. Mereka dimandikan oleh mak andam.Upacara dimulakan dengan menyapu tepung tawar bercampur minyak ke tubuh kedua-dua pengantin. Diikuti pula dengan curahan air beluru ke atas tubuh mereka. Daun pudina emas dan perak pula dimasukkan dalam satu bekas berisi air. Campuran ini dijampi dan kemudiannya barulah ia disiramkan ke atas tubuh pengantin.Setelah air pudina kehabisan, pengantin disiram dengan air biasa. Acara akhir dalam istiadat ini ialah pelepas, kononnya dapat melepaskan kedua-dua pengantin dari segala mara bahaya. Dalam istiadat pelepas, benang kasar atau benang mentah iaitu benang yang digunakan untuk membuat sumbu pelita diperlukan. Adat ini biasanya dilakukan di atas balai yang dibuat khas ataupun di depan tangga dan di tempat lapang. Upacara ini diakhiri dengan bacaan
10

doa. Air lebihan pengantin akan disiram kepada orang ramai yang menyaksikan adat bersiram ini bagi mendapat berkat atau sekadar suka-suka.

2.6.3 Adat Bertandang

Dalam istiadat bertandang, pengantin lelaki terpaksa menunggu tiga malam di rumah pengantin perempuan sebelum upacara menjemput. Tetapi, lantaran tuntutan masa dan tanggungjawab, adat ini dicepatkan. Biasanya, selepas sehari persandingan berlangsung, pihak lelaki akan menjemput pihak perempuan pergi bersama-sama dengan mereka ke rumah pengantin lelaki. Kenduri ini dipanggil 'mengambil makan'. Ketika ini, kedua mempelai akan menjalani aturcara majlis sebagai mana majlis dijalankan di rumah pengantin perempuan. Walau bagaimanapun, sebelum bertolak ke rumah pengantin lelaki, istiadat menyembah akan diadakan iaitu kedua mempelai akan menyembah ibu bapa dan kaum keluarga. Rombongan ke rumah pihak lelaki akan disertai oleh beberapa pengiring sebelah pihak perempuan. Di rumah pengantin lelaki, pihak perempuan akan ditemani dua orang perempuan separuh umur yang dipanggil peneman agar pengantin perempuan tidak keseorangan bersama orang yang belum dikenalinya.

3.0 Pantang larang seorang pengantin

Dalam masyarakat melayu terdapat pantang larangan yang ditujukan kepada bakal pengantin baru. Antara pantang larang yang sentiasa dilakukan dalam masyarakat melayu adalah pengantin perempuan dilarang keluar bersama pasangannya selama 40 hari sebelum diijabkabulkan. Pantang larangan ini dilakukan untuk mengelakkan daripada tohmah masyarakat sekeliling dan juga untuk mengawal nafsu pasangan pengantin tersebut. selain itu, akan menimbulkan perasaan rindu dendam dalam diri masing-masing. Bagi masyarakat melayu, rindu yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri seperti biasa. Pantang larang yang dilakukan dalam masyarakat melayu mempunyai tujuan yang tersendiri terutama menjaga maruah bakal pengantin dan juga ahli keluarga. Terdapat juga pantang larang lain yang dilakukan iaitu jangan tidur di
11

rumah orang kerana takut dikenakan ilmu dan juga disantau dan sebaganya. Hal ini sedemikian menunjukan bahawa masyarakat melayu kaya dengan adat dan juga pantang larang.

4.0 Kesimpulan Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik dan di situlah lahirnya pelbagai budaya yang berbeza sehingga terbentuknya silang budaya. Walaupun wujudnya perbezaan budaya bagi setiap kaum di Malaysia, namun kepelbagaian budaya tersebut telah menjadikan ia sebagai satu keunikan negara Malaysia di mana kita boleh lihat wujudnya proses percantuman dan penyatuan dua kumpulan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Dalam erti kata lain, berlakunya asimilasi kebudayaan dalam masyarakat Malaysia.

Antara bukti yang dapat disaksikan dengan adanya masyarakat Baba dan Nyonya atau lebih dikenali sebagai peranakan. Ini merupakan bukti terjadinya resapan budaya melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum cina dan Melayu. Oleh itu masyarakat ini masih mengekalkan unsur kebudayaan cina dalam masa yang sama mempunyai pengaruh kebudayaan Melayu.

12

Biblografi

Ahmad Sunawari Long, Siti Saudah Hassan dan Ismail Ab. Rahman (eds) (2003) perpaduan ummah : Realiti dan cabaran, bangi : Fakulti Pengajian Islam UKM

Azmah Abdul Manaf (2001), Sejarah sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd

Ting Chew Peh (1987) Hubungan Ras dan Etnik: Satu Penghantar, Kuala Lumpur

Adat resam dan adat istiadat Melayu, (1986) Dewan Bahasa dan Pustaka Dimensi

Perpustakaan

Negara

Malaysia

(2000)

Adat

Resan,

Diperoleh

daripada

http://malaysiana.pnm.my/01/01pgenln_adatresam.htm Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (2005) Adat Perkahwinan Masyarakat Malaysia.Diperolehi daripada
https://www.heritage.gov.my/v2kekkwa/index.php?bahan=viewbudaya.php?id=720&P HPSESSID=ad5d3fceb02eeeaae98e58d2aa06d8e1

(Edt) Cik Maimunah Bte. Mohd Said (1978): Upacara Perkahwinan Tradisional Di Malaysia, Kuala Lumpur: Vinlin Press

Kementerian Komunikasi dan Multimedia diperolehi daripada http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=500 %3Aperkahwinan-tradisional-masyarakatmelayu&catid=65&Itemid=158&lang=bm Baba dan Nyonya diperolehi daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Baba_dan_Nyonya

13

Lampiran Akad Nikah

Hantaran

14

Hiasan tempat Persandingan

Pakaian Tradisional Perkahwinan

15

You might also like