Laporan Lawatan Ke Kuala Lumpur Pada 14 September 2012

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN LAWATAN KE KUALA LUMPUR PADA 14 SEPTEMBER 2012

Pada 14 September 2012 yang lalu, seramai orang murid dan enam orang guru pengiring Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh (SKBS) telah meyertai lawatan ke Kuala Lumpur. Lawatan ini diadakan bagi meraikan murid-murid Tahun 6 yang telah menamatkan Peperiksaan UPSR barubaru ini. Sebelum memulakan perjalanan, kami berkumpul di Dataran Perhimpunan SKBS dan diberikan taklimat ringkas mengenai perjalanan tempat yang akan kami lawati nanti. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diketuai oleh seorang guru pengiring. Guru ini bertanggungjawab terhadap setiap ahli kumpulannya. Antara tempat-tempat yang telah kami lawati ialah Akuaria KLCC, Muzium Negara, Istana Negara dan I-City di Shah Alam. Tempat-tempat ini sangat menarik dan menjanjikan 1001 pengalaman dan kenangan di sini. Pelbagai info dan maklumat yang berguna dapat kami peroleh di sini. Aquaria KLCC adalah akuarium laut state-of-the-art yang mempamerkan lebih daripada 5000 spesis hidupan akuatik yang berbeza. Pembinaan akuarium di Menara Berkembar Petronas siap secara rasminya pada 1 Januari 1995 dan dibuka secara rasmi kepada awam pada 1 Januari 1997. Akuaria KLCC ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Antara perkara menarik yang terdapat di sini ialah kami telah melalui satu terowong yang panjang di mana kami dapat melihat pelbagai spesis ikan dan hidupan laut yang tidak pernah kami lihat secara langsung. Antaranya ikan belut elektrik, terumbu karang, ikan jerung, pelbagai spesis katak dan sebagainya. Di sini juga, kami berkesempatan untuk melihat penyelam skuba memberi makan kepada ikan-ikan di situ di dalam akuarium yang sangat besar. Seterusnya kami bergerak ke Istana Negara yang terletak di Jalan Istana, Kuala Lumpur. Di Istana Negara ini telah berlangsungnya Pameran Raja Kita bersempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almutasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Antara perkara menarik yang dapat dilihat di sini ialah pingat-pingat kebesaran baginda,pakaian, tengkolok dan sejarah hidup Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Muzium Negara yang terletak di . Kami tiba di sini pada jam 4 petang. Di muzium ini menghimpunkan pelbagai barangan dan artifak-artifak lama seperti senjata lama, pakaian lama, kereta dan replika singgahsana istana zaman dahulu.

Destinasi terakhir kami ialah di i-City Shah Alam. I-City ialah sebuah tempat yang sangat menarik dan unik kerana tempat-tempat ini dihasi dengan kepelbagaian jenis lampu-lampu yang berwarna-warni dan apabila malam menjelma, suasana menjadi sangat cantik dan mengasyikkan bagi mata yang memandang. Di sini, kami berkesempatan untuk bermain salji di Snowalk yang menjanjikan 1001 pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Di tempat Snowalk, terdapat pelbagai jenis aktiviti dan permainan yang disediakan untuk pengunjung-pengunjung yang hadir ke sini. Demikianlah serba sedikit tentang pengalaman kami sepanjang lawatan ke Kuala Lumpur ini. Kesemua peserta lawatan merasa amat gembira kerana dapat menyertai lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah pada kali ini.

You might also like