Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PALOH

20050, Kuala Terengganu Terengganu

Tel : 09-622 2814 Fax : 09-631 2431 e-mel : tba3019@gmail.com

En. Abdul Halim Lim Bin Abdul Rahman Melalui dan salinan Pengarah Kanan Jabatan Dakwah Dan Pendidikan Pengurusan Masjid Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu, Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad, 20676 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Tuan, JEMPUTAN CERAMAH SEMPENA AMBANG RAMADHAN DAN MENGHARGAI WARGA EMAS Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan Sk Paloh, Kuala Terengganu akan mengadakan Majlis Sambutan Ramadhan 2013 untuk murid-murid sekolah. 3. Sehubungan itu, pihak sekolah menjemput tuan menyampaikan ceramah sempena ambang Ramadhan dan menghargai warga emas sebagaimana butiran di bawah: Tarikh : 9 Julai 2013 Masa : 9.00 pagi- 1.15 Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Paloh 4. Kerjasama tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sila hubungi pengurusan sekolah ini untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan program tersebut. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

(Pn. Che Jarah Binti Che Mat) Guru Besar Sk Paloh, Kuala Terengganu.

You might also like