Masalah Vandalisme Di Sekolah Rendah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Masalah Vandalisme dalam kalangan murid sekolah rendah.

Maksud vandalisme menurut kamus dewan adalah satu bentuk jenayah di sisi moral. Sebarang perbuatan seperti menconteng, mengotori, atau merosakkan harta benda awam dianggap sebagai vandalisme. Perkataan vandalisme berasal daripada Vandalisme juga merujuk kepada nama sebuah puak di Eropah iaitu vandal penambahan, penghapusan, atau yang telah membinasakan kota Rome pada pengubahan dengan sengaja pada kurun ke-5. Dalam erti kata yang lain definisi vandalism ialah membuat sebarang perubahan seperi melukis, menanda, mengecat, menampal, merosakkan atau mengotorkan harta benda awam tanpa kebenaran pihak berkuasa. Dari segi konteks sekolah pula vandalism merupakan laku musnah yang berupa pelanggaran disiplin yang mana termasuklah merosakkan harta benda sekolah, menconteng meja, memecahkan cermin tingkap, menendang pintu tandas, mematahmatahkan pokok, bermain dengan alat pemadam api, mengotorkan kawasan sekolah, menconteng dinding bilik darjah, merosakkan harta benda guru dan guru besar dan mengguris kenderaan guru. Merosak harta benda kantin seperti mematah-matahkan sudu dan garpu, mengemek dan memecahkan piring dan menghilangkan sudu, garpu, gelas dan piring.Laporan statistik mencatatkan kerugian akibat vandalisme di sekolah menengah bagi pertengahan 2000 ialah RM40,446 yang membabitkan perbuatan merosakkan peralatan seperti meja, kerusi, pagar dan tandas. Perbuatan ini juga dilaporkan di sekolah rendah yang membabitka murid-murid berumur di bawah 12 tahun. Kerugian yang dicatatkan dalam sekolah rendah ialah ialah RM31,384.00 bagi tempoh Januari hingga Julai 2000. Vandalisme seringkali dirujuk kepada perbuatan merosakkan harta benda awam seperti kerusi, telefon dan tandasawam. Vandalisme ataupun salah laku merujuk kepada tabiat seseorang induvidu membinasakan harta benda awam. Kadangkala ia juga boleh dikatakan sebagi seni dalam kalangan sesetengah induvidu. Perilaku yang memusnahkan harta benda ini juga dianggap sebagai satu jenayah yang setius dalangan murid sekolah rendah pada masa kini. Pada era globalisasi ini, kes vandalisme semakin berleluasa dan bermaharajalela di negara kita khususnya dalam kalangan murid sekolah rendah. Melalui media masa, kita dapat mengetahui kes-kes vandalisme seperti yang

dipapar melalui surat khabar dan majalah, didengar melalui gelombang radio, ataupun dilihat melalui televisyen. Tepuklah dada, tanyalah selera. Tidakkah semua pihak risau tentang gejala vandalisme ini? Pelajar masa kini hanya mementingkan diri sendiri tanpa memerhatikan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Pada lazimnya, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap kondisi mayarakat tetapi hal ini juga menular dalam kalangan murid sekolah rendah dan juga amat membimbangkan masyarakat kita. Ada juga orang mengatakan bahawa Vandalisme terdiri daripada laku musnah sebagai ritual, laku musnah sebagai jenayah dan juga laku munah di wikipedia. Vandalisme yang berlaku dalam kalangan murid sekolah rendah sekarang menjadi isu yang amat dihangatkan. Contohnya, menconteng dinding sekolah, memecahkan telefon awam di hadapan sekolah dan juga memusnahkan harta benda yang berada di dalam sekolah.

Tabiat suka merosakkan harta benda awam sememangnya tabiat yang paling buruk. Antara perlakuan yang sering kita lihat dewasa ini seperti menconteng dinding menggunakan objek (pensel, pen atau marker ). Bagi yang tiadak mempunyai peralatan untuk menconteng, tapak kasut adalah jalan mudah bagi mereka memenuhkan ruang dinding. Selain itu, tabiat suka mematahkan atau merosakkan pam tandas sekolah juga semakin berleluasa. Ada juga murid yang mencabut batang paip tandas sekolah. Perkara yang sering dilakukan oleh murid-murid yang suka merosakkan harta benda ialah menconteng meja atau kerusi yang terdapat di dalam kelas. Bagi murid-murid yang terlibat dalam perbuatan merosakkan harta benda ini bolehlah dikategorikan dalam tingkah laku melakukan jenayah atau rosak akhlak. Murid-murid yang terlibat dalam masalah jenayah tidak sesuai lagi dikenakan denda atau hukuman. Denda bukanlah ubat yang mujarab untuk menyembuhkan penyakit ini. Masalah ini perlu diberi tumpuan khusus oleh guru dan pihak sekolah kerana bibit-bibit jenayah yang diperlihatkan pada peringkat ini jika berlarutan dan dibiarkan ia akan menjadi barah. Dengan erti kata lain, ia akan menjadi masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Oleh itu, sebaik-baiknya murid-murid yang menunjukkan sikap sedemikian

perlu dirujukkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk mendapatkan rawatan dan bimbingan yang betul. Terdapat sesetengah pandangan mengatakan anak-anak yang baik ialah kanak-kanak yang pendiam, pasif, tidak tahu meminta dan hanya bersifat menerima sahaja. Kanak-kanak yang aktif, lincah, terlalu banyak bercakap atau bertanya, berani menjawab atau mempersoalkan apa yang dikemukakan adalah dianggap sebagai kanak-kanak nakal, tidak berdisiplin atau dianggap kurang ajar dan biadap. Banyak fenomena vandalisme yang boleh menjejaskan mata memandang dan ini sudah tentu menjejaskan imej sesebuah sekolah. Jumlah kerugian akibat perbuatan vandalisme di sekolah ini amatlah besar. Peruntukan kewangan yang dikeluarkan oleh sekolah yang digunakan untuk mengganti baru dan membaik pulih kemudahankemudahan yang dirosakkan itu lebih baik sekiranya digunakan untuk melaksanakan projek lain yang lebih berfaedah di sekolah. Pihak sekolah amat menitikberatkan perkara ini. Hal ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme i. Pengaruh Rakan Sebaya Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme dalam kalangan murid sekolah rendah. Pelajar sekolah rendah lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya yang sentiasa berada dengannya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku seseorang pelajar dan lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan pelajar yang melakukan vandalisme merupakan pelajar dalam kumpulan. Mereka juga tidak mempunyai sebarang niat dan juga tujuan, apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda yang berada dalam sekolah dan merosakkannya.

ii. Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan murid sekolah rendah. Murid di sekolah rendah menggunakan kebanyakan masanya dengan keluarga. Oleh itu, murid menjejak kaki ibu bapa mereka dan meniru perlakuan ibu bapa mereka di rumah. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buahbuahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Hal ini akan dipengaruhi oleh murid-murid ini. Sikap ibu bapalah yang menunjukan keperibadian murid-murid. Sesetengah murid yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh murid sekolah rendah yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu, kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong murid-murid terjebak dalam gejala negatif ini disekolah. iii. Pengaruh Media Massa Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi murid-murid melakukan vandalisme. Murid-murid sekolah rendah ini mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya. Mereka mudah meniru perlakuan yang negatif ini dalam siaran televisyen dan ingin cuba untuk melakukan perbuatan tersebut di sekolah rendah. vandalisme di sekolah dan Hal ini menyebabkan perlakuan pihak sekolah. merugikan

iv. Sikap Apati ( tidak peduli) yang diamalkan oleh pihak sekolah. Murid sekolah rendah adalah produk sistem sesebuah masyarakat pada masa akan nanti. Mereka juga menjadi remaja pada masa hadapan nanti dan juga menjadi tulang belakang negara kita. Pihak sekolah perlu memerhatikan setiap pergerakan murid-murid di dalam sekolah. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang. Oleh itu, Sikap pihak sekolah yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang

sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan murid menconteng dan merosakkan harta benda sekolah seperti menconteng dinding tandas sekolah. Pihak sekolah perlu mengambil tindakan terhadap murid-murid sebigini. Golongan murid merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda sekolah.Bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Di samping itu, kurang kawalan dan bimbingan oleh ibu bapa juga mengakibatkan golongan remaja terjebak dalam gejala vandalisme, terutamanya berasal daripada keluarga yang tidak sempurna yang ingin menarik perhatian daripada ibu bapa dan masyarakat. Langkah drastik yang dapat digunakan untuk mengawal vandalisme ialah penguatkuasaan undang-undang di sekolah. Pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak murid di sekolah. Pengenalan subjek pendidikan moral dan agama serta sivik terhadap anak murid adalah bertujuan untuk mengurangkan gejala vandalisme di sekolah. Ini memudahkan penerapan nilai-nilai positif dalam kalangan murid-murid. Tambahan lagi nilai-nilai ini perlu disuntik dalam sanubari muridmurid sejak dari bangku sekolah lagi. Dengan ini, murid sekolah akan menggunakan kemudahan awam dengan berhemah dan tidak cuba untuk merosakkan harta benda tersebut. Tindakan-tindakan yang boleh dilakukan melalui dendaan dan hukuman berat kepada sesiapa yang melakukan gejala vandalisme dalam kalangan murid sekolah rendah. Selain itu, pihak sekolah juga boleh melaksanakan undang-undang baru iaitu mengenakan kerja-kerja khidmat kepada murid-murid seperti menyapu taman awam dan mencuci tandas awam terhadap pesalah. Perbuatan sedemikian dapat dijadikan sebagai satu teladan kepada murid-murid dan mereka tidak melakukan sekali lagi. Kempenkempen juga boleh diadakan oleh pihak sekolah mengenai vandalisme di sekolah. Pihak sekolah boleh mengadakan kempen Kempen kesedaran seperti Anti Vandalismedan Jauhi Diri daripada Gejala Vandalisme bagi mengurangkan gejala ini. Semua lapisan masyarakat harus bersikap prihatin dan menggembleng tangan untuk menangani masalah tersebut. Masyarakat juga perlu bersikap proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di sekitar mereka.

Selain itu, Usaha yang paling efisien untuk mengatasi masalah jenayah dalam kalangan murid-murid di negara ini, bermula daripada didikan awal ibu bapa. Iman AlGhazali pernah bersabda, mendidik anak-anak ibarat menanam biji benih. Ia perlu di baja dan disiram setiap hari dengan pebuh kasih sayang agar biji benih tersebut akan membesar dan membuahkan hasil. Hal ini membuktikan bahawa kebijaksanaan ibu mendidik anak-anak pada usia muda akan menghalang mereka dari terjerumus dalam kebejatan sosial. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalam mendidik dan mengatur kehidupan anak-anak mereka dan mengajar mereka untuk menghargai sesuatu benda. Ibu bapa perlu memberi penekanan kepada pendidikan agama sejak ubun-ubun mereka masih lembut agar mereka faham setiap perkara yang dilakukan sama ada salah atau betul. Sikap yang kejam dalam kalangan murid perlu ditangani dengan baik. Janganlah sesudah nasi menjadi bubur, barulah ibu bapa mahu bertindak, kelak dibimbangi akan mengeruhkan lagi keadaan. Seterusnya, ibu bapa tidak seharusnya bersikap lepas tangan dalam mendidik anak-anak disebabkan kesibukan bekerja dan melepaskan tanggungjawab mereka kepada pembantu rumah. Tegasnya, ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka menganggap ibu bapa merupakan penaung yang paling selamat untuk mereka berlindung dan dan tempat terbaik untuk berkongsi masalah. Ibu bapa harus mendidik anak-anak supaya menghargai benda-benda yang berada di kawasan sekolah. Penubuhan kelab bersifat antijenayah sosial di sekolah merupakan antara modus operandi untuk menangani masalah jenayah dalam kalangan remaja yang semakin leluasa. Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Antidadah (SLAD) merupakan antara kelab bersifat antijenayah yang ditubuhkan di sekolah. Kelab-kelab seperti ini bukan sahaja mendedahkan keburukan melakukan jenayah malahan menggalakkan remaja untuk mengambil bahagian dalam aktiviti bersifat mahmudah seperti tolong-menolong dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kelab bersifat antijenayah sosial boleh menjadi agen mencegah jenayah dalam kalangan remaja. Hal ini bersesuaian dengan pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubat.

Negara perlu Akta Vandalisme


2011/04/04 - 04:22:06 AMCetakEmel Kawan

VANDALISME boleh menjadi ancaman utama terhadap struktur sosial dan kesejahteraan masyarakat setempat. Hampir setiap minggu media melaporkan pelbagai kejadian vandalisme yang dilakukan bagi merosakkan pondok telefon awam, lampu jalan, papan tanda jalan, taman awam, lif rumah pangsa dan kemudahan awam lain. Situasi ini berlaku di kebanyakan kawasan di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti penutup lubang di jalan raya dan papan tanda aluminium dirosakkan. Tindakan merosakkan harta awam sewenang-wenangnya ini adalah peringatan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lebih efektif bagi membendung masalah vandalisme ini.

PBT membelanjakan berjuta-juta ringgit setahun untuk membaiki kemudahan dan harta awam yang dirosakkan. Vandalisme tidak berlaku hanya di Kuala Lumpurs saja, namun di bandar lain seluruh negara. Pelaku vandalisme membakar pondok telefon atau merosakkan pondok telefon awam hingga menyusahkan orang awam untuk menggunakannya ketika kecemasan. Pelaku vandalisme turut merosakkan telefon awam, tong sampah, lif, meter tempat meletak kereta, perhentian bas, papan tanda awam dan tandas awam. Walaupun vandalisme di Malaysia tidak separah di kebanyakan negara Barat, kadar kerosakannya mencerminkan masalah itu yang sudah sampai ke tahap serius dan perlu dibendung secara efektif. Adalah dikenal pasti bahawa vandalisme perlu ditangani melalui pendidikan dan dengan cara memupuk nilai murni, tanggungjawab sosial dan kesedaran sivik. Namun, pendidikan saja tidak memadai, ia perlu disokong oleh perundangan yang ketat dan penguatkuasaan kukuh. Undang-undang kecil yang kini dilaksanakan oleh pelbagai pihak berkuasa tempatan juga tidak memadai untuk menghapuskan masalah vandalisme. Adalah perlu bagi kerajaan memperkenalkan perundangan persekutuan baru bagi mengatasi masalah ini dengan mengenakan hukuman khidmat masyarakat secara wajib. Sudah tiba masa satu Akta Vandalisme diperkenalkan untuk membenarkan hukuman lebih berat dan mewajibkan khidmat masyarakat. Oleh kerana agak sukar bagi pihak berkuasa menangkap pesalah ketika vandalisme dilakukan, orang awam boleh membuat penangkapan sendiri dan menyerahkan pesalah kepada pihak berkuasa. TAN SRI LEE LAM THYE, Kuala Lumpur.

Kamera kecil pantau vandalisme di sekolah


Global

SEJENIS kamera kecil berukuran 10 cm panjang dan 5 cm lebar diletakkan di sekitar sekolah bantuan kerajaan di seluruh Australia Selatan untuk mengatasi masalah vandalisme. Kamera tersembunyi bersaiz lebih kecil daripada tetikus ini boleh menghantar isyarat amaran melalui e-mel atau telefon selular hanya setelah beberapa saat ia mengesan imej pergerakan. Sekolah-sekolah bantuan kerajaan di Selatan Australia adalah sekolah yang pertama mendapat manfaat daripada teknologi yang berkos rendah ini. Kerajaan Australia Selatan akan membelanjakan hampir RM6,000 untuk menguji setiap satu kamera di sekolahsekolah yang kerap mengalami masalah vandalisme. Imej daripada kamera ini akan dihantar menerusi e-mel atau mesej kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan, pengetua sekolah dan juga stesen polis tempatan. Mereka yang mendapat mesej ini kemudiannya boleh memasuki website khusus untuk memindah turunkan lebih banyak imej dan juga mengenal pasti sama ada sekolah itu berada dalam keadaan bahaya atau tidak. Imej itu juga akan dihantar kepada perkhidmatan laman web kecemasan dan boleh disimpan dan digunakan oleh polis untuk pengenalpastian dan bukti di mahkamah. Salah sebuah daripada kamera yang diletakkan di sekolah menengah di Adelaide, berjaya mengesan tindakan pelajar mencalarkan tingkap sekolah, beberapa hari sebelum cuti sekolah bermula pada 28 September lalu. Jika kamera ini ternyata berkesan, kerajaan akan menimbangkan untuk meletakkan laman webnya lebih banyak di sekolah bagi mengurangkan peruntukan kewangan membaiki kerosakan akibat perbuatan vandalisme. Tahun lalu sahaja, pembayar cukai di Australia Selatan membelanjakan lebih RM13.8 juta untuk membaiki kerosakan akibat gejala vandalisme ini. Usaha-usaha kini juga sedang dilakukan untuk menghapuskan serangan-serangan vandalisme ini. Setelah kebakaran berlaku di sekolah rendah Aberfoyle pada 8 Oktober lalu, kerajaan telah menawarkan hampir RM50,000 kepada mereka yang memberikan maklumat sehingga tertangkapnya orang yang bertanggungjawab. Menurut presiden guru besar sekolah rendah di Selatan Australia, Leonie Trimper, apabila sesi persekolahan baru dibuka, ramai murid-murid mendapati taman permainan sekolah mereka dicemari dengan semburan cat, tingkap pecah dan ada juga kelas-kelas mereka yang musnah dalam kebakaran. ``Kemusnahan ini adalah sesuatu yang tidak difahami murid-murid ini kerana mereka tidak faham kenapa ia dilakukan dan siapa yang melakukannya,'' katanya. Justeru itulah kata Trimper, apa sahaja teknologi yang dapat mengatasi masalah vandalisme ini sangat dialualukan oleh pihak sekolah, terutamanya yang mendapat peruntukan kewangan yang sedikit. Bagaimanapun, terdapat beberapa buah sekolah swasta yang telahpun mempunyai sistem kawalan keselamatannya sendiri. Menurut seorang pengetua sekolah menengah yang enggan dikenali, sekolahnya telahpun melaburkan wang yang banyak untuk membeli satu sistem kawalan keselamatan berteknologi tinggi. Ternyata ia berkesan kerana sehingga kini, tiada lagi tingkap yang pecah.

Penasihat Jabatan Pendidikan Australia Selatan, Barry Squire berkata, kamera ini lebih menjimatkan berbanding kaedah konvensional menggunakan video. ``Kebaikannya ialah, kita tidak perlu menukar tape atau memerlukan seseorang memeriksa tape itu untuk mengetahui apa yang sedang berlaku,'' katanya. Menteri Pendidikan Australia Selatan, Malcolm Buckby berkata, kos untuk membaiki vandalisme ini dijangka akan mencecah RM13.8 juta selepas beberapa serangan awal tahun ini. Oleh itu katanya, pelaburan untuk mencegah adalah sesuatu yang berbaloi. Katanya, jika percubaan ini berjaya, lebih banyak sekolah yang berisiko tinggi akan dibekalkan dengan kamera ini. - Dipetik daripada `The Australian'.

Vandalisme babitkan pelajar kian serius


KUALA LUMPUR 5 Nov. - Vandalisme yang membabitkan pelajar sekolah kini bukan sahaja merosakkan harta benda awam malah mereka berani merosakkan peralatan serta membakar sekolah di kalangan murid sekolah. Melalui laporan yang dikemukakan oleh Jabatan Pendidikkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah berlaku beberapa kes tentang usaha membakar sekolah oleh murid-murid sekolah berkaitan. Demikian menurut Aktivis Masyarakat, Dato' Lee Lam Thye ketika melancarkan Kempen Anti-Vandalisme Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur peringkat perumahan awam dan rumahpangsa di Kompleks Perniagaan Flat Seri Selangor hari ini. ''Walaupun kerosakkan yang berlaku dianggap minimum, akan tetapi kos membaik pulih serta menggantikan kemudahan awam yang telah sengaja dirosakkan itu menelan belanja yang yang sangat tinggi,'' katanya. Jelas beliau lagi, kos perbelajaan yang disalurkan untuk membaiki kerosakkan-kerosakkan itu umpamanya, boleh digunakan untuk menambahkan lagi kemudahan awam bagi kegunaan dan keselesaan semua. Cogankata Harta Awam Milikku, Milikmu harus disemat ke dalam diri dan menganggap segala kemudahan awam yang digunakan itu sebagai milik bersama dan perlu menjaganya dengan baik,''ujarnya. Semasa berucap beliau berkata, usaha pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama agensi-agensi lain adalah, untuk memupuk sikap cinta dan sayang dari semua lapisan masyarakat terhadap kemudahan awam yang disediakan. Menurutnya, pada tahun ini sahaja pihak DBKL telah memperuntukkan sebanyak RM7.5 Juta bagi membaik pulih kemudahan awam yang telah rosak akibat perbuatan vandalisme di kawasan perumahan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Jumlahnya berbeza dengan nilai tahun lalu, apabila lebih kurang RM4 Juta dibelanjakan untuk berbuat demikian. Ini menunjukkan jumalah kerosakan pada tahun ini bertambah berbanding tahun lepas. ''Maka satu usaha padu dan menyeluruh hendaklah kita ambil bersama bagi menangani masalah ini,'' tegasnya. Sebagai langkah proaktif, pihak DBKL telah melantik 'Penjaga Angkat' ( Ketua Blok dan Ketua Tingkat ) di setiap blok dan tingkat perumahan. Mereka ini akan menjadi pembantu kepada DBKL untuk memerhati kegiatan vandalisme di kawasan berkenaan. Segala tugas yang dilakukan adalah secara sukarela.

''Dengan bantuan mereka inilah, kita dapat mengurangkan aktiviti vandalisme dan adalah mustahil untuk meletakkan penguatkuasa diserata tempat,'' tambahnya ketika berucap di majlis tersebut. Tidak ketinggalan menyeru para ibubapa, Ketua Masyarakat, guru-guru dan pendidik dalam memupuk sikap cintakan harta awam dikalangan para pelajar dan juga anak-anak agar mereka tidak terlibat dengan aktiviti vandalisme. Selain dari itu, Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) diperuntukkan bagi mereka yang melakukan vandalisme. Di dalam akta ini, mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. ''Saya berharap kempen anti-Vandalisme kali ini akan mencapai matlamatnya untuk memberikan kesedaran dan galakan kepada semua pihak agar menjaga serta menggunakan kemaudahan awam dengan baik,'' pesannya. Di akhir majlis tersebut, beliau turut melihat pameran vandalisme dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang bagi setiap kategori pertandingan. Bagi Kategori Zero Vandalisme (Sekolah Menengah), johan, dimenangi oleh Sekolah Menengah Datok Lokman. Manakala bagi Sekolah Rendah pula disandang oleh Sekolah Kebangsaan Taman Midah (1). Seterusnya kategori Keceriaan Taman (Sekolah Menengah) pula. Johan telah disandang oleh Sekolah Menengah Taman Seri Rampai dan Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney, Johan bagi kategori Sekolah Rendah. Kategori Menulis Esei peringkat Sekolah Menengah, dimenangi oleh Sharifah Hafiza M Ramli dari Sekolah Menengah Seri Puteri. Manakala adik Lee Wei Na dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Lai Meng (SRJKC) menjadi johan bagi kategori tersebut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=1999&dt=1106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_07.htm#ixzz2cPoUTvGt Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like