Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Disediakan oleh : Mohd Hafiz bin Mohd Suhaimi Nurul Aida binti Hamdan Zulhilmi bin Abd Rahman

Terbahagi 2 :
Pengaruh Tradisi Pengaruh daripada karya puisi Tradisional (pantun, syair, jampi mantera, dan lain-lain) Pengaruh Karya Semasa

Pantun
Sifat-sifat yang ada dalam pantun : Contoh umum (Pantun empat kerat) 1) Ada pembayang dan ada maksud 2) Jumlah suku kata bagi sebaris ialah antara 812 suku kata. 3) Rima akhirnya a b a b

Ada pembayang dan ada maksud


Pembayangnya menggambarkan keindahan alam (Tidak boleh diterima syarat kerana keindahan alam bersifat subjektif) Boleh juga menggunakan pembayang pantun dengan yang tidak indah. Misalnya : Hantu berjalan laki bini

Jumlah suku kata bagi sebaris ialah antara 8-12 suku kata.
Menurut Amin Sweeny : 1) Tidak mementingkan suku kata, tetapi jumlah kata. 2) Baris pantun terdiri daripada empat perkataan. Dua tiga kucing berlari 3) Kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata dikecualikan Misalnya : mana nak sama si kucing belang mana sama kucing belang

Kata-kata nak dan si tidak diambil kira, kerana dari segi sebutannya kata-kata yang terdiri dari suku kata itu dicantumkan dengan kata yang hadir kemudiannya. Pendapat Amin Sweeny boleh diterima,kerana pantun dan puisi Melayu seluruhnya, adalah puisi kata. Muhammad Haji Salleh ada menyebut bahawa rentak puisi Melayu mengikut kesempurnaan makna pada bahagian-bahagiannya, bukan mengikut suku kata.

Kebanyakan kata dalam Bahasa Melayu terdiri dari dua atau tiga suku kata. Empat perkataan untuk satu baris itu akan menghasilkan lapan suku kata jika setiap kata terdiri daripada dua suku kata. Jika setiap kata terdiri dari tiga suku kata, maka empat perkataan itu akan menghasilkan 12 suku kata. Bagaimana pula dengan baris permaisuri beradu di dalam istana? Adakah sesuai menjadi baris pantun?

Rima akhirnya a b a b
Selain pantun empat kerat, terdapat juga pantun enam kerat dan lapan kerat. Enam kerat-a b c a b c Lapan kerat- a b c d a b c d

Pantun enam kerat


Bukan cempedak kami katakan, Buah delima dalam pasu, Pisau lipat baru diasah; Bukanlah tidak kami katakan, Pandang pertama cinta palsu, Tidak dapat dibawa bersusah.

Pantun lapan kerat


Sarang merbah di celah dahan, Tempat punai bermain di situ, Berkejar-kejaran anak rusa, Nampak dari tanah seberang; Bersyukur aku kepada Tuhan, Kalau nasib memang begitu, Aku merana sepanjang masa, Harap pada kasihan orang.

Pantun dua kerat


Dulu parang sekarang besi, Dulu sayang sekarang benci.

Oleh itu, pantun ialah bentuk terikat, sebab bentuknya tertakluk kepada pola (pattern) tertentu. Pantun tidak boleh dianggap pantun jika pola itu tidak ditaati. Yang terikat ialah tetap bentuknya, yang jelas dan yang tidak boleh diubah-ubah.

Bila Sajak mengikut pola pantun


Sajak itu kita anggap sebagai sajak terikat juga. Contoh sajak, Keluh Kesah oleh Pungguk (1934)

Keluh-Kesah
Waktu senja burung terbang waktu adinda bersedih cita hancur dan lebur di kalbu abang sedihkan adik panah dewata

Waktu dinihari malam yang sunyi waktu kanak-kanak kehilangan ibu abang meratap berbagai bunyi merindukan adik bernyala di hati
Waktu subuh menyingsing di angkasa waktu tabuh bersahut-sahutan abang termimpi berbagai rasa adik disangka hanyut di lautan Waktu labut menyambut siang waktu makhluk bangun bekerja abang terlalai waktu sembahyang asyikkan adinda intan durja ~ Pungguk

Mengapakah puisi ini dikira sajak dan bukannya pantun?

Jawapan
Dalam puisi Keluh Kesah ini baris pertama dan kedua setiap rangkap tidak bersamaan dengan pembayang pantun. Kalaulah baris-baris awalnya tidak membawa maksud yang langsung ke baris ketiga dan keempat, maka ia pastilah pantun. Jelaslah bahawa dari segi bentuk luaran, termasuk rima akhir, Karya Pungguk ini terikat pada bentuk pantun. Sifat pantunnya hilang hanya kerana ketiadaan pembayang.

You might also like