Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 86

http://coretanummicikgu.blogspot.com/2012/05/integrasi-dan-perpaduan-kaummelalui.

html Integrasi dan Perpaduan Kaum Melalui dasar Pendidikan

HNS2013 KENEGARAAN PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza dari segi kepercayaan, budaya dan bahasa. Perbezaan ini menyukarkan para pemimpin untuk memacu pembangunan negara. Oleh itu, perlu ada suatu formula yang jitu dan ampuh untuk mencapai perpaduan dan integrasi semua etnik menjadi satu bangsa Malaysia yang bersatu. Justeru itu, aspek pendidikan telah dijadikan salah satu wadah utama kerajaan untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia. Pendidikan di Malaysia, menjadi salah satu sistem sosial yang paling penting bagi perkembangan dan kemajuan Negara. Oleh yang demikian, perancangan yang rapi dan terperinci telah dibuat untuk mencapai hasrat dan matlamat tersebut. Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar.

DEFINISI PERPADUAN DAN INTEGRASI

Perpaduan bermaksud penggabungan, manakala integrasi pula membawa maksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan atau penyatuan (Kamus Dewan, 2002). Jika digabungkan dua perkataan ini, iaitu integrasi perpaduan ia membawa maksud mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu dengan satu identiti nasional. Kerjasama ini meliputi integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan dan politik (Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2010: 62) Manakala konsep integrasi nasional, merupakan penyatuan kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza, menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama, yang mempunyai unsur penting iaitu anggota kelompok masyarakat yang bersatu padu sekalipun berlainan latar belakang, masing-masing berasa dipunyai dan mempunyai satu kelompok yang sama (a sense of belonging). Integrasi sebegini merupakan satu proses yang berlaku hasil ikatan batin, iaitu ikatan perasaan antara manusia sendiri. Ia adalah proses kerohanian atau spiritual, hasil daripada satu penghayatan dalam mana akhirnya berlaku perkongsisn pemikiran dan hati, jauh merentasi perbezaan budaya dan kumpulan etnik. Integrasi nasional lebih merupakan satu proses berbentuk abstrak, satu proses penyatuan atau ikatan yang sebati dan berpanjangan (Modul Kenegaraan, 2011: 179180).

SEJARAH PENDIDIKAN Negara Malaysia mempunyai sejarah pendidikan yang unik dan tersendiri. Rentetan sejarah yang ada dan perubahan yang berlaku dalam arena politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan pada masa lampau, telah membawa kepada perubahan dalam perlaksanaan dasar dan corak pendidikan negara Malaysia serta menjadi landasan untuk perubahan pada masa akan datang. Berdasarkan kepada perkembangan sejarah yang berlaku, pendidikan di Malaysia terbahagi kepada tiga peringkat iaitu sebelum kedatangan British, semasa kedatangan British dan selepas kemerdekaan.

Sejarah Pendidikan Sebelum Kemerdekaan

Sistem pendidikan sebelum kemerdekaan lebih bersifat keagamaan iaitu berasaskan sistem pondok atau madrasah. Ianya berkembang pesat sekitar tahun 1920-an hingga 1940-an (Gurnam Kaur Sindhu et al, 2005: 65). Sekolah jenis ini bertujuan bagi melahirkan pelajar yang bermoral tinggi, namun terdapat kelemahan pada

perlaksanaannya iaitu tidak dapat melahirkan masyarakat Islam yang moden kerana tiada penekanan kepada mata pelajaran sains, matematik dan bahasa Inggeris. Sekolah Vernakular merupakan sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar disetiap sekolah dan berasaskan kepada identiti kaum masing-masing. Sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu, Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina atau Mandrin (Kuo Yu) dan bahasa Tamil untuk Sekolah Tamil. Manakala Sekolah Inggeris hanya ditubuhkan di kawasan bandar yang mana sekolah ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (Gurnam Kaur Sindhu et al, 2005: 65).

Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan Pada zaman penjajahan, setiap sekolah ditubuhkan mengikut kaum dan mempunyai kurikulum yang berbeza-beza serta lokasi sekolah juga terpisah mengikut kaum masing-masing. Sekolah-sekolah berkembang selaras dengan perkembangan ekonomi di Tanah Melayu pada masa itu, contohnya Sekolah Cina mendapat bantuan dari golongan peniaga Cina. Disamping itu juga sekolah Cina ini diberi pilihan sama ada mendapat bantuan Negara Cina ataupun bantuan dari kerjaaan tempatan. Sistem pendidikan pada zaman ini meninggalkan kesan yang mendalam dari segi meningkatkan persaingan dikalangan semua kaum. Walaubagaimana pun, kependudukan Jepun telah banyak mengubah dan memberi kesan serta menjejaskan perkembangan pendidikan di Tanah Melayu. Sekolah dan kolej terpaksa dibaiki dan diperkemaskan kerana mengalami kerosakan dan siap selepas tahun 1946.

Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan Selepas kemerdekaan, sistem pendidikan negara adalah berasaskan kepada laporan yang dikeluarkan iaitu Laporan Barnes (1950), Laporan Fenn-Yu (1951) dan diikuti oleh

Ordinan Pelajaran pada tahun 1952. Laporan Barnes disediakan bagi mengkaji dan menyiasat kedudukan pendidikan orang-orang Melayu pada masa itu. Antara syor yang diutarakan adalah penubuhan sekolah dwibahasan yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Selain itu juga Sekolah Vernakular akan digantikan dengan Sekolah Kebangsaan. Laporan Fenn-Yu pula bertujuan mengkaji semula Laporan Barnes kerana dikatakan Laporan Barnes ingin menghapuskan bahasa dan kebudayaan masyarakat Cina. Oleh yang demikian, bagi menyelesaikan kemelut tersebut, kerajaan British telah menubuhkan satu jawatankuasa dan laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Hasrat Ordinan Pelajaran (1952) bagi membentuk satu corak sistem persekolahan yang menghapuskan Sekolah Vernakular Cina dan Tamil tidak kesampaian disebabkan masalah kewangan pada ketika itu. Apa yang jelas ialah sistem pendidikan pada zaman tersebut lebih dipengaruhi oleh corak sosio-ekonomi yang dicetuskan oleh kaum masing-masing. Aspirasi dan fikiran yang berlainan dikalangan masyarakat menyukarkan pencapaian sesuatu matlamat (Gurnam Kaur Sindhu et al, 2005: 68).

DASAR PENDIDIKAN Pada zaman penjajahan, sistem pendidikan telah berkembang tanpa mengambil kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Ianya berkembang mengikut identiti, taat setia dan keturunan mereka kepada negara asal. Ini memberi satu tekanan kepada pembangunan rakyat tempatan pada ketika itu. Bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah, beberapa langkah telah diambil dan menggubal satu Dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Dasar Pendidikan di Malaysia telah melalui beberapa tahap perkembangan. Pembentukan Kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang pertama merupakan tahap awal kepada terbentuknya Dasar Pendidikan di negara ini. Parti Perikatan yang mencapai kemenangan dalam pilihanraya pada tahun 1995 di bawah pimpinan Yang Berhormat Dato Tun Abdul Razak Hussien telah menubuhkan satu Jawatankuasa

Pelajaran dan mensyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan. Laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan-cadangan penyata ini termaktub dalam Ordinan Pelajaran (1957). Penyata Razak ini mempunyai tujuan utama iaitu untuk menyatupadukan kaum di Malaysia yang mana pada waktu itu terpisah oleh bahasa dan budaya yang berbeza-beza. Antara matlamat utama Penyata Razak ini ialah :

Semua sekolah di Tanah Melayu mempunyai satu sukatan yang sama. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah rendah dan menengah Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan kaun dapat dikurangkan. Mewujudkan masyarakat yang toleransi, berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif.

Terdapat pelbagai reaksi yang diperolehi dikalangan kaum termasuk parti politik kesan daripada Penyata Razak. Orang Melayu tidak berpuas hati dan syahk wasangka terhadap kedudukan Bahasa Inggeris di sekolah. Selain itu juga Kesatuan Guru Sekolah Cina dan akhbar Cina menentang Perkara 12 iaitu objektif akhir adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah. Manakala Kesatuan Guru Sekolah Tamil menentang kerana berpendapat bahawa kemajuan Sekolah Tamil akan terencat. Akibat terlalu banyak penentangan terhadap Penyata Razak maka satu jawatankuasa pula ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Razak. Hasil semakan dan kajian semula yang dijalankan terhadap Laporan Razak, maka terhasillah Laporan Rahman Talib pada tahun 1960. Secara umumnya Laporan Rahman Talib bersetuju dan menyokong hampir kesemua dasar yang dicadangkan oleh Laporan Razak, dan terhadap beberapa usul tambahan. Dalam mencapai matlamat menyatupadukan kaum, Laporan Rahman Talib mengsyorkan supaya pendidikan di peringkat sekolah rendah diberikan secara percuma, dan membolehkan kanak-kanak menikmati alam persekolahan dalam sistem

pendidikan. Semua sekolah yang menerima bantuann kerajaan ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Dengan ini perlbagai kaum dapat memelihara bahasa dan budaya masing-masing. Manakala untuk mewujudkan dan mengeratkan perpaduan kaum, peperiksaan juga telah diadakan dalam satu bahasa iaitu sama ada Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Melalui laporan Razak dan Laporan Rahman Talib ini terbentuklah Akta Pelajaran 1961. Akta Pelajaran ini dibentuk bertujuan untuk mencapai perpaduan kaum di Malaysia melalaui sistem Pendidikan. Akta Pelajaran 1961 telah menggariskan tiga asas utama iaitu keseragaman sistem persekolahan, penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, dan kurikulum serta peperiksaan sekolah yang sama dari segi kandungan dan bercorak kebangsaan. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam dalam sejarah Malaysia. Peristiwa rusuhan kaum memberi pengajaran yang besar kepada kerajaan untuk mengatasi masalah pertembungan antara etnik-etnik di Malaysia. Pada tahun 1970, kerajaan memperkuatkuasakan dua perkara penting iaitu Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru untuk mewujudkan keseimbangan di antara kaum-kaum dan memupuk perpaduan dikalangan rakyat di Malaysia. Bidang pendidikan menjadi teras penting untuk menjayakan objektif Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru iaitu mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini. Pemurnian Dasar Pendidikan untuk mencapai integrasi kaum berterusan apabila kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1974 yang bertujuan menyemak kembali Dasar Pendidikan Kebangsaan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran Malaysia. Dalam laporan itu menyatakan tujuan jawatankuasa ini : Mengkaji semula matlamat dan kesannya sisitem pendidikan termasuk kurikulumnya, dalam rangka Dasar Pendidikan Kebangsaan yang wujud, dengan tujuan memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu berdisiplin dan terlatih (Mohamad Rodzi Abd Razak, 2009: 100).

Laporan jawatankuasa ini adalah sama seperti laporan-laporan yang terdahulu iaitu untuk menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat dalam Akta Pelajaran 1961. Menjadikan pendidikan sebagai alat utama untuk mencapai perpaduan di negara ini. Oleh tiu aspek bahasa telah menjadi penekanan utama untuk mencapai hasrat kerajaan. Dalam laporan ini, matlamat pendidikan Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu ) sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk menyatukan rakyat (Mohd Yazid Yusoff et al.,2002: 4-5). Melalui laporan Jawatankuasa Kabinet juga, Pusat Perkembangan Kurikulum telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1983. Kerajaan juga memperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1988 untuk membentuk individu murid yang menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani, emosi dan jasmani (Mohamad Rodzi Abd Razak, 2009: 101). Menjelang tahun 1995, kerajaan telah meluluskan Akta Pendidikan 1996. Akta ini menggantikan Akta Pendiidkan 1961, tetapi masih menyokong matlamat menyatupadukan kepelbagaian kaum di Malaysia menerusi pendidikan. Akta ini menampilkan beberapa perubahan besar terhadap dasar pendidikan negara dan dianggap sebagai dasar yang sangat liberal. Ia dianggap membayangkan perubahan sikap masyarakat Melayu dan memenuhi beberapa impian masyarakat Cina(Mohamad Rodzi Abd Razak, 2009: 101). Akta ini juga memberi penekanan kepada peningkatan pendidikan prasekolah, pendidikan swasta, pendidikan keguruan, pendidikan teknikal dan pendidikan khas. Dalam seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaaan adalah abahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan kecuali di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (Gurnam Kaur Sidhu et al., 2005: 75). Terdapat 3 fokus utama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu yang pertama ialah perkembangan individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Kedua adalah perpaduan rakyat dan yang ketiga pendidikan sepanjang hayat ke arah membina masyarakat yang aman dan makmur. Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerajaan mewajibkan murid tahap 2 di sekolah-sekolah rendah terlibat dan menyertai aktiviti unit beruniform, persatuan dan sukan. Penglibatan murid dalam aktiviti

sebegini boleh memupuk semangat perpaduan dikalangan murid yang terlibat jika dipupuk dari peringkat kecil lagi. Perkembangan kurikulum pendidikan juga mengikut arus dan kesesuaian semasa. Pada tahun 2010 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dilaksanakan di prasekolah menggantikan kurikulum lama. Manakala di peringkat sekolah rendah pula, diperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang mana mula dilaksanakan pada tahun 2011 untuk Tahun 1. Pada tahun 2011 juga, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidddin Yassin telah melancarkan dasar 1 Murid 1 Sukan. Dari segi rasionalnya, dasar ini menyumbang kepada pertandingan yang sihat, semangat muhibbah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai-nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara (Buku Panduan Perlaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan, 2011: 2). Kesimpulannya pelbagai Dasar Pendidikan telah dilaksanakan bermula daripada saat negara bebas daripada penjajahan British sehinggalah ke hari ini. Antara fokus utama dasar-dasar ini di samping untuk memberi pendidikan kepada rakyat ianya jelas menjadi alat terpenting untuk menyatupadukan dan mengintegrasikan etnik yang pelbagai di negara ini. Dasar-dasar ini berkembang dan berubah dari masa ke masa untuk memenuhi kehendak dan keadaan semasa. Walaupun dasar ini seringkali berubah, namun ia tidak lari daripada misinya yang asal iaitu membangunkan sesebuah negara di mana rakyatnya berbilang kaum, bersatu padu untuk memacu negara ke arah kegemilangan dan mampu bersaing dalam arus golbalisasi yang semakin mencabar.

CABARAN INTEGRASI DAN PERPADUAN MELALUI DASAR PENDIDIKAN Integrasi dan perpaduan kaum yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui Dasar Pendidikan berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar. Salah satu cabaran utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan ini menyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk

menerima perubahan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar pendidikan, kerana pada sangkaan mereka ia melibatkan penerimaan dan pengorbanan iaitu mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan mengorbankan unsur kaum sendiri. Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan daripada pelbagai kaum kerana unsur keturunan, kepercayaan, budaya dan bahasa sudah menebal dalam kaum masingmasing. Cabaran kedua ialah pola kedudukan kaum yang berbeza-beza juga menjadi salah satu cabaran untuk mencapai perpaduan dan integriti kaum. Pola kedudukan kaum adalah berasaskan sumber ekonomi ini berpunca pada zaman penjajahan iaitu dasar British yang mengamalkan sistem pecah dan perintah (divide and rule). Di mana kedudukan ini dapat dilihat orang Melayu menjadi petani dan menetap di kampungkampung. Orang Cina pula di tempatkan di kawasan lombong biji timah yang mana akhirnya menjadi pekan-pekan baru dan berkembang menjadi bandar. Manakala kaum India pula bekerja sebagai buruh ladang getah dan menetap di estet-estet. Untuk mencapai misi pendidikan iaitu perpaduan dan integriti kaum, jarak kedudukan kaum ini menjadi satu cabaran yang sukar. Kerajaan perlu memikirkan satu cara untuk meletakkan murid-murid daripada pelbagai kaum disatu sekolah yang sama supaya matlamat dasar pendidikan iaitu untuk menyatu dan mengintegrasikan kaum dapat dicapai. Penempatan murid daripada pelbagai kaum dalam satu sekolah atau kawasan mungkin dapat dilaksanakan sekiranya selepas kemerdekaan, kerajaan dapat mengubah keadaan ekonomi iaitu mewujudkan pelbagai pekerjaan yang

menghapuskan pengenalan kerja mengikut kaum. Cabaran ketiga ialah menyediakan guru yang merupakan agen kerajaan untuk menyampaikan dan melaksanakan dasar pendidikan kepada murid dan masyarakat. Oleh itu aspek guru juga menjadi cabaran untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum. Guru perlu dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan yang cukup dan lengkap untuk menghadapi pelbagai situasi di sekolah dan masyarakat sekitarnya. Guru perlu memahami misi, objektif dan matlamat akhir sesuatu dasar pendidikan supaya hasrat perlaksanaan sesuatu dasar itu terlaksana. Jika seseorang guru itu cetek ilmu dan malas untuk mengambil tahu isu semasa, ia akan menimbulkan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran

seterusnya membawa murid-murid ke arah matlamat yang salah menyebabkan salah satu matlamat iaitu mencapai perpaduan dan integrasi antara kaum tidak dapat dicapai. Oleh itu pihak kerajaan perlu memberi latihan dan kefahaman kepada setiap guru apabila melaksanakan sesuatu dasar yang baru supaya segala perancangan mengikut landasan yang betul dan generasi yang akan datang lahir sebagai individu yang mempunyai sifat cinta dan membudayakan perpaduan dalam kehidupan

bermasyarakat. Media massa juga menjadi agen penyampai matlamat tentang dasar-dasar kerajaan termasuklah dasar pendidikan. Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu. Ia juga memberikan maklumat tentang matlamat, maksud dan kesignifikanan sesuatu peristiwa. Media massa ini pula perlu peka apabila menyampaikan sesuatu dasar itu, lebih-lebih lagi jika isu tersebut menyentuh isu-isu sensitif supaya tidak menimbulkan konflik dikalangan masyarakat. Melalui matlamat yang tepat, masyarakat akan dapat memahami kehendak dan matlamat kerajaan dalam melaksanakan sesuatu dasar.

KEBERHASILAN INTEGRASI DAN PERPADUAN KAUM Bidang Pendidikan Keberhasilan integrasi dan perpaduan dalam bidang pendidikan di Malaysia boleh dinilai dalam beberapa aspek utama iaitu : 1. 2. 3. Matlamat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama Matlamat mewujudkan sekolah pelbagai kaum Matlamat menyatukan pelbagai kaum melalui aktiviti ko-kurikulum Dalam kerajaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan, ianya masih lagi belum mencapai matlamat yang diinginkan. Kaum Cina merupakan kaum yang paling kuat menentang matlamat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Ini kerana mereka bimbang bahasa ibunda mereka akan hilang penggunaanya pada masa akan datang. Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 memberi kelonggaran kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar dan menjadikan

mengurangkan penggunaan Bahasa Melayu. Oleh itu, sehingga sekarang kerajaan melalui perubahan-perubahan dasar pendidikan masih belum mencapai matlamat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama disemua sekolah di negara ini. Kegagalan kerajaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah merumitkan lagi usaha untuk mencapai integrasi dan perpaduan kaum di Malaysia. Ini adalah kerana, semua kaum berusaha mempertahankan bahasa ibunda masing-masing dan sehingga wujudnya jurang integrasi antara etnik-etnik di negara ini. (Riduan Tee, 2010: 69) Manakala hasrat dan matlamat kerajaan untuk mewujudkan sekolah integrasi iaitu pelbagai kaum di dalam sebuah sekolah atau beberapa buah sekolah pelbagai kaum dalam satu kawasan juga masih lagi belum dapat dilaksanakan. Sebagai contoh, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Wawasan namun mendapat tentangan hebat dari masyarakat Cina kerana menganggap Sekolah Wawasan akan menghilangkan identiti dan bahasa ibunda mereka (Modul Kenegaraan, 2010: 184). Pada masa ini bukan sahaja sekolah rendah dan sekolah menengah berasaskan bangsa dan kaum, tetapi juga pusat-pusat pengajian tinggi tempatan ditubuhkan berasaskan kepada kaum. Dalam konteks pengajian tinggi di Malaysia, terdapat 20 buat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 32 buah Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Penubuhan IPTS ini ada yang berasaskan kaum dan parti politik seperti penubuhan Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR). Universiti ini dimiliki oleh Malaysian Chinese Association (MCA) dan hampir seratus peratus (100%) daripada pelajarnya adalah kaum Cina. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pensyarah di Universiti Utara Malaysia terhadap pelajar-pelajar mereka yang berbangsa Melayu, Cina dan India mendapati kebanyakkan pelajar-pelajar tersebut mempunyai sentimen perkauman yang tinggi. Para pelajjar masih suka bergaul dengan kaum sendiri dalam semua hal berbanding bergaul dengan kaum-kaum lain. Semua ini berlaku disebabkan oleh proses sosialisasi yang dilalui sebelum memasuki alam kampus. Polarisasi ini amat membimbangkan dan menjadi penghalang kepada integrasi dan perpaduan antara kaum di Malaysia (Riduan Tee, 2010: 74). Daripada hasil kajian ini dapat dikatakan bahawa pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan di sekolah yang berasaskan kaum

tertentu lebih suka menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di pusat-pusat pengajian yang mempunyai kaum yang sama dengan kaumnya. Hal ini boleh membantutkan usaha kerajaan mencapai perpaduan di negara ini. Walau bagaimanapun, usaha kerajaan mencapai perpaduan melalui kokurikulum di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi menampakkan hasil yang positif. Melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti kebudayaan, keseniaan dan sukan menampakkan semangat perpaduan diantara pelajar-pelajar pelbagai kaum. Aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan dan membangkitkan semangat tolong-menolong, semangat setiakawan dan saling percayamempercayai di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum yang terlibat. Penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang ko-kurikulum akan melahirkan individu pelajar yang berfikiran terbuka dan matang dalam perhubungan dan bersosial. Secara keseluruhannya hasrat dan matlamat kerajaan untuk mengintegrasi dan menyatupadukan kaum melalui dasar pendidikan di sekolah dan pusat pengajian tinggi belum lagi mencapai matlamat sepenuhnya walaupun terdapat hasil yang boleh dibanggakan. Ini kerana setiap dasar yang dilaksanakan mendapat tentangan daripada pelbagai pihak yang tidak melihat dasar pendidikan tersebut dari sudut politik. Mereka sering berprasangka buruk sebelum menilai dan melihat dasar tersebut secara terperinci. Mereka juga sering mendahulukan kepentingan kaum daripada kepentingan nasional. Namun demikian usaha kerajaan untuk menyatupadukan pelbagai kaum melalui dasar pendidikan dapat dilihat hasil positifnya dalam bidang ko-kurikulum. Pelajar pelbagai kaum yang terlibat secara aktif akan menjadi lebih matang dan bertoleransi dengan kaum lain hasil daripada kerjasama yang mereka lalui.

Bidang Politik Dalam bidang politik pula, Dasar Pendidikan Kebangsaan berhasrat melahirkan generasi yang akan memimpin negara menjadi sebuah negara maju dan mempunyai semangat patriotik. Ianya adalah satu penubuhan parti politik yang tidak bersifat perkauman dan ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Sifat perjuangannya pula adalah meletakkan kepentingan umum lebih daripada kepentingan kaumnya sendiri. Namun pada hari ini di Malaysia, kepelbagaian kaum yang ada menyebabkan

masyarakat masing-masing menubuhkan persatuan dan parti politik yang berasaskan kepada kaum masing-masing. Contohnya kaum Melayu memperjuangkan hak orangorang Melayu melalui pasrti United Malaysian National Organisation (UMNO), orang Cina melalui parti Malaysian Chinese Assosiation (MCA), dan kaum India melalui parti Malaysian Indian Congress (MIC). Alasan parti-parti politik ini ditubuhkan mengikut kaum adalah untuk mengelakkan kaum itu ditindas oleh kaum lain. Keadaan ini sebenarnya akan lebih menimbulkan konflik dan pertikaian daripada penyelesaian tentang sesuati isu yang dibangkitkan. Keadaan politik di negara Malaysia hari ini adalah kerana kegagalan dasar pendidikan yang dilaksanakan untuk melahirkan pelapis pemimpin negara untuk menghormati dan memahami kaum lain. Hal ini bukan hanya berpunca daripada kelemahan yang terdapat dalam dasar pendidikan tersebut tetapi ianya juga berpunca daripada sikap kaum itu sendiri yang ego dan mementingkan kaum serta gagal untuk menerima perubahan yang terdapat dalam dasar pendidikan. Sebagai contohnya, perlaksanaan dasar bahasa kebangsaan dan sekolah integrasi yang ditentang hebat oleh pelbagai kaum tanpa memikirkan kebaikan dan tujuan murni kerajaan untuk melahirkan generasi yang memahami dan peka terhadap kaum lain. Generasi yang ingin dihasilkan melalui dasar pendidikan yang dirancang akan mampu memahami dan menghormati kaum lain dan seterusnya memerintah negara Malaysia dengan adil tanpa menindas dan menafikan hak-hak kaum lain. Dalam senario politik semasa juga dapat dilihat bahawa krisis nilai, akhlak atau etika di kalangan pemimpin menyumbang ke arah perpecahan. Dasar pendidikan pada peringkat awal gagal untuk memberikan penekanan kepada peri pentingnya penerapan nilai-nilai murni dan akhlak mulia untuk membentuk generasi yang seimbang dari segi luaran dan dalaman. Oleh itu lahirlah generasi pemimpin yang tidak mampu untuk menghadapi tekanan dengan profesional. Maka terbentuklah aliran politik yang negatif iaitu saling mencari keburuk pihak lawan dan bukannya menampilkan kewibawaan diri sendiri. Corak politik yang sebegini akan menyumbang kepada perpecahan dan pertelingkahan dikalangan ahli-ahli politik dan para penyokongnya, seterusnya akan menghalang berlakunya perpaduan kaum di Malaysia. Oleh yang demikian langkah dan tindakan mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara untuk

melahirkan generasi yang seimbang amat tepat. Namun negara masih lagi belum dapat melihat hasilnya pada hari ini. Politik yang berasaskan kaum ini seringkali menimbulkan ancaman yang besar terhadap kesejahteraan negara. Ianya berlaku apabila ahli politik yang cetek ilmu pengetahuan tentang sejarah di Malaysia mempertikaikan kuasa Raja-raja Melayu dan status kedudukan orang-orang Melayu. Isu-isu ini bagaikan mencurahkan minyak ke dalam bara api. Ia boleh membangkitkan api kemarahan orang-orang Melayu dan boleh mencetuskan pertumpahan darah di negara ini. Oleh itu, mata pelajaran sejarah perlu diajar diperingkat sekolah rendah lagi dan perlu dijadikan mata pelajaran teras supaya isu-isu berkaitan Raja-raja Melayu dan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dapat difahami oleh semua kaum di negara ini. Dalam bidang politik ini, kelemahan dasar pendidikan untuk melahirkan pelapis pemimpin negara yang bersifat patriotik menyebabkan wujudnya parti-parti politik yang bersifat perkauman. Perjuangan mereka lebih mementingkan pembelaan kaum masing-masing melebihi kepentingan negara. Manakala krisis nilai dan akhlak yang membelenggu personaliti ahli-ahli politik masa kini juga mengakibatkan berlakunya perselisihan kaum yang menyumbang kepada perpecahan.

Bidang Ekonomi Dasar Pendidikan Negara juga dirancang dan dilaksanakan dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berilmu dan berkemahiran yang akhirnya mampu untuk bersaing dalam pelbagai bidang pada masa akan datang termasuklah bidang ekonomi. Dalam sudut ekonomi ini, jurang ekonomi yang jauh berbeza antara kaum di negara ini menyulitkan kerajaan mencapai agenda perpaduan. Di samping itu juga, melalui pendidikan pengenalan identiti kaum mengikut jenis pekerjaan juga dapat dihilangkan. Untuk menilai sama ada berjaya atau tidak matlamat dan hasrat kerajaan, ianya boleh dilihat dari sudut kejayaan mengurangkan jurang ekonomi di antara kaum dan kejayaan menghapuskan pengenalan identiti kaum melalui bidang ekonomi. Jurang ekonomi yang besar akan menyukarkan agenda perpaduan dan integrasi kaum. Di negara ini, kaum Cina mendominasi bidang ekonomi. Keadaan ini menimbulkan rasa iri hati kaum lain terhadap kaum Cina. Untuk mengatasi masalah ini

kerajaan melalui dasar pendidikan telah berjaya melahirkan ramai golongan terpelajar dalam bidang ekonomi. Justeru itu, pada masa kini telah muncul individu-individu daripada pelbagai kaum yang berjaya menyaingi kaum cina dalam bidang ekonomi khususnya bidang perniagaan. Persaingan yang sihat ini akan mengurangkan rasa cemburu dan iri hati kaum lain terhadap kaum Cina. Pada masa kini juga, jenis pekerjaan tidak lagi menggambarkan identiti sesuatu kaum di Malaysia. Semua kaum bebas memilih pekerjaan yang mereka inginkan, sama ada dalam sektor awam, swasta atau bekerja sendiri. Keadaan ini adalah hasil daripada dasar kerajaan yang telah berjaya memberi pendidikan kepada semua kaum. Dalam sektor awam, jawatan guru contohnya, terdiri daripada pelbagai kaum, Melayu, India, Cina, Iban, Kadazan dan sebagainya. Melalui percampuran pelbagai kaum dalam bidang yang sama akan memudahkan lagi matlamat kerajaan untuk mencapai perpaduan dan integriti kaum di negara ini. Golongan ini lebih mudah memahami dan menghormati budaya dan adat resam kaum lain. Oleh yang demikian dapatlah dikatakan bahawa, dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan telah berjaya melahirkan golongan yang terpelajar dan berilmu daripada pelbagai kaum. Golongan terpelajar ini telah merubah corak kehidupan dan ekonomi di negara ini. Tiada lagi monopoli ekonomi oleh suatu kaum sahaja, bahkan ekonomi Malaysia terbuka luas untuk diterokai oleh semua kaum. Melalui corak ekonomi yang lebih terbuka ini, jurang ekonomi di antara kaum dapat dikurangkan.

Bidang Sukan dan Kesenian Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat membentuk individu murid yang menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian dasar pendidikan juga menekankan aspek ko-kurikulum dalam menyatupadukan murid pelbagai kaum. Melalui ko-kurikulum bakat murid dapat diasah dan diperkembangkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi. Melalui dasar pendidikan inilah, minat murid dalam bidang sukan dan kesenian ditanam dan diperkembangkan. Negara kita telah mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan. Contohnya sukan skuasy, badminton, bola sepak dan sebagainya. Pelbagai lapisan masyarakat

dan kaum telah menunjukkan semangat patriotik dengan bersatu memberikan sokongan kepada ahli-ahli sukan negara dan juga peserta-peserta yang terlibat. Kemenangan sama-sama diraikan dan kekalahan turut sama dirasai. Ini menunjukkan kejayaan dasar pendidikan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan menanam minat terhadap sukan. Namun begitu, masih ada kelemahan dalam bidang sukan ini. Iaitu masih ada sukan yang dimonopoli oleh kaum tertentu sahaja. Contoh yang jelas adalah sukan bola keranjang dimonopoli oleh kaum berbangsa Cina. Perlawanan bola keranjang peringkat kebangsaan yang disiarkan melalui Astro menunjukkan bahawa hanya kaum Cina yang terlibat, pemain, penonton dan pengadil semuanya berbangsa Cina. Begitu juga dengan sukan sepak takraw, semua pemain adalah berbangsa Melayu. Oleh itu kerajaan perlu berusaha supaya sukan-sukan sebegini diminati oleh semua golongan dan kaum. Manakala dalam bidang kesenian pula, murid-murid dididik supaya meminati seni dari peringkat sekolah rendah lagi. Melaui kesenian, murid-murid diajar tentang kebudayaan dan kesenian pelbagai bangsa di Malaysia. Pendidikan kesenian ini akan membuka dan mematangkan minda murid-murid. Mereka boleh menerima dan akan menghormati budaya orang lain. Minat yang disemai dari peringkat awal lagi akan melahirkan insan-insan seni dalam pelbagai bidang seperti seni lakonan, seni tarian, nyanyian, seni lukis dan sebagainya. Insan-insan seni yang memahami kebudayaan dan sensitiviti bangsa lain akan melahirkan karya-karya yang bercorak perpaduan. Melalui karya-karya sebegini akan membantu membuka minda individu lain ke arah kecemerlangan perpaduan. Sebagai contohnya seorang pengarah filem menghasilkan filemyang bercorak patriotik akan member kesan yang positif dan prasangka baik di kalangan penonton. Hasrat kerajaan melalui dasar pendidikan untuk menyatupadukan kaum dalam bidang sukan dan kesenian telah mencapai matlamatnya. Kejayaan ini menjadikan kerajaan lebih ghairah memperkenalkan dasar baru agar semua murid terlibat dalam aktiviti sebegini. Penubuhan sekolah sukan dan sekolah seni merupakan antara titik tolak usaha kerajaan memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia. Dasar 1 Murid 1 Sukan juga telah dilaksanakan bermula tahun 2011 utnuk memastikan perpaduan kaum dapat dicapai.

Bidang Sosial Dalam bidang sosial, melalui dasar pendidikan kerajaan berhasrat untuk meningkatkan keharmonian dan perpaduan antara kaum. Perpaduan dari sudut sosial ini ialah penyatuan kelompok masyarakat yang berbilang bangsa dengan latar belakang kebudayaan dan kepercayaan yang berbeza hidup bersama dan slain bertolak ansur utnuk kepentingan dan faedah bersama. Melalui pendidikan, kerajaan menekankan peri pentingnya mempelajari sejarah, kebudayaan dan kepercayaan kaum lain serta menghormatinya. Pengetahuan amat bernilai supaya tidak berlaku kejutan budaya apabila berlakunya pertembungan di antara kaum dan etnik yang berlainan. Perpaduan dan integrasi sosial pada hari ini dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat negara ini yang tinggal di kawasan bandar dan kawasan luar Bandar. Kawasan taman perumahan contohnya, pelbagai kaum tinggal berjiran, mereka saling bekerjasama untuk menjaga keharmonian kawasan mereka. Manakala pelbagai aktivitiaktiviti dirancang dan dilaksanakan bersama. Persatuan Rukun Tetangga yang ditubuhkan diharap oleh ahli-ahli pelbagai kaum untuk menjaga keamanan dan keselamatan kawasan tempat tinggal mereka. Di samping itu, perpaduan kaum juga dapat dilihat melalui perkahwinan. Pada masa kini perkahwinan berlainan bangsa bukan lagi menjadi perkara baru bahkan kebanyakkannya direstui oelh keluarga kedua-dua pihak. Senario ini banyak berlaku di negeri Sabah yang mana bilangan etniknya berjumlah 42 etnik. Jika pada suatu masa dahulu perkahwinan sebegini boleh menimbulkan persengketaan antara kedua-dua etnik, tetapi pada masa kini ianya sudah menjadi kebiasaan hasil daripada sifat tolak ansur dan menghormati antara satu sama lain. Melalui pendidikan juga, pelbagai kebudayaan masyarakat berbilang kaum di Malaysia mula difahami dan diterima oleh kaum lain selagi ianya tidak menyebabkan kehilangan identiti asal kaum. Sebagai contoh, budaya bertukar-tukar makanan di kalangan jiran, sambutan perayaan bersama-sama, pemberian duit raya dan sebagainya

Walaupun begitu dari bidang sosial ini, masih lagi berlaku pertelingkahan dan pergaduhan yang menumpahkan darah akibat berlaku pertembungan antara dua atau lebih kaum yang berbeza adat dan budaya. Namun seringkali berita-berita sebegini tidak disiarkan di media massa untuk mengelakkan perbalahan antara kaum menjadi lebih buruk. Faktor utama yang mencetuskan perkara ini ialah faktor sikap dan mendahulukan kepentingan kaum daripada kepentingan bersama. Oleh itu dasar kerajaan melalui Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) amat tepat iaitu menerap nilai-nilai murni seawal usia lagi.

Penutup Untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini bukanlah suatu tugas yang mudah. Proses untuk mencapai perpaduan dan integrasi mengambil masa yang lama serta memerlukan perancangan yang teliti, tepat dan bijaksana. Bidang pendidikan merupakan bidang yang paling penting dan sesuai untuk mencapai hasrat kerajaan menyatupadukan dan mengintegrasikan pelbagai kaum. Oleh yang demikain, pelbagai dasar pendidikan telah dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sesuai dengan suasana dan keadaan semasa untuk mencapai matlamat tersebut. Setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan telah menghadapi tentangan dan cabaran yang berbeza daripada pelbagai kaum di negara ini. Seringkali faktor sikap mementingkan kaum sendiri melebihi kepentingan negara menjadi penghalang kejayaan sesuatu dasar. Justeru itu, untuk mencapai perpaduan kaum secara mutlak semua pihak perlu meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dan kaumnya. Sekiranya sikap ini tidak dapat dipraktikkan oleh semua kaum, hasrat untuk mencapai perpaduan dan integrasi di negara ini hanya menjadi angan-angan yang tidak mungkin dapat dicapai.

RUJUKAN

Buku Panduan Perlaksanaan Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) .(2011). Putrajaya. Perpustakaan Negara Malaysia. Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia ISBN 978-983-3444-32-8

Gurnam Kaur Sidhu, Gurcharan Singh Sandhu, Kamaruzaman Moidunny dan Ranjit Kaur Sidhu.(2005). Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) : Kompetensi Umum (Teras dan Profesional). Selangor : Penerbit Fajar Bakti sdn. Bhd.

Jamil Ahmad dan Norlia Goolamally. Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti. Kamus Dewan Edisi Ke 3.(2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Modul HNS2013 Kenegaraan Pendidikan Jarak Jauh.(2011). Unit 10 Isu-isu Dan Cabaran Negara. Tanjung Malim Perak: Universiti Perguruan Sultan Idris.

Mohamad Rodzi Abd Razak, . (2009). Pembinaan negara bangsa Malaysia : Peranan pendidikan sejarah dan dasar pendidikan kebangsaan. pp. 90-106. ISSN 2180-0251

Mohd Yazid Yusoof , MOhd Noor Mohd Zain dan Idris Omar. (2002). Kertas Kerja : Persamaan dan Perbezaan Akta Pelajaran Dengan Akta Pendidikan 1996 melalui http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2002&dt=0125&pub=DuniaPendidikan &sec=Kertas_Kerja&pg=kk_01.htm

Mohd Ridhuan Tee Abdullah.(2010). Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia : perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan. Jurnal Hadhari, 2 (1). pp. 61-84. ISSN 1985-6830

Muslim, Nazri and Alias, Jamsari. (2004). Patriotisme: Konsep dan pelaksanaannya di Malaysia. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

Omar, Rusdi dan Mukhtaruddin, Mas Juliana (2010). Dasar luar Malaysia era Dato Seri Mohd Najib Tun Razak: Keutamaan dalam aspek hubungan dua hala. In: Proceedings Seminar on Nasional Resilience (SNAR 2010) "Political Managements and Policies in Malaysia", 13-15 July 2010, Bayview Hotel Langkawi. Institute of Tun Dr. Mahathir Mohamads Thoughts, Universiti Utara Malaysia , Sintok , pp. 173-194. ISBN 978-98344865-3-2

Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/09DASAR_PENDIDIKAN_KEBANGS AAN.pdf

Benda sudah pun terjadi. Seorang lagi pelapis negara gugur sebelum berjuang apabila dibunuh rakan seperjuangan sendiri. Berteriak pun tiada gunanya. Yang perlunya sekarang, apa langkahlangkah yang telah dibuat sebelum ini dan akan datang bagi membanteras kes buli sampai mati ini? Kes buli di sekolah dikalangan pelajar-pelajar sudah lama dah. Yang lebih tepatnya kes buli pelajar senior vs pelajar junior. Biasanya sekolah yang mengandungi pelajar asrama daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sangat-sangat ketara kes bulinya disebabkan jurang usia..berbanding sekolah berasrama yang yang mengandungi tingkat 4 dan tingkatan 5 sahaja. Kes buli juga lebih kuat dan keras bagi sekolah berasrama yang mengandungi pelajar lelaki semata. Keluarga hantar anak untuk menuntut ilmu tetapi kematian yang mereka terima. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Makin lama makin bertambah teruk dan serius kes buli di sekolah dikalangan pelajar-pelajar. Kalau dahulu ragging di sekolah lebih bersifat untuk menanam perasaan hormat dan memupuk semangat silaturahim antara pelajar senior dan junior. Tetapi sekarang, masing-masing mahu tunjukkan kekuasaan mereka dan menanam perasan takut antara pelajar senior dengan pelajar junior. Tapi berani-berani budak-budak sekarang ini pun mesti secara berkumpulan, seorangseorang tak berani punya.. Hormat tidak perlu dipaksa, ditekan dan disuruh tetapi sebaliknya perlu dipupuk dengan cara yang betul Dahulu ragging memang amalan biasa di mana-mana sekolah tetapi tiadalah sehingga sampai memberikan kecederaan kepada pelajar. Apa motif ragging sebenarnya?

Untuk menyamaratakan taraf samada yang datang daripada golongan susah mahupun golongan yang berada. Dilatih untuk bekerja sama, mula daripada bangun tidur dan

mengemas bilik, minum pagi bersama, pergi ke kelas, lunch bersama, rehat dan sebelah petang bersukan bersama. Saling hormat menghormati antara junior dan senior supaya sebarang program dan perjalanan di asrama berjalan lancar Tiada seorang yang akan boleh tertinggal atau tak mahu mengikut program yang diatur Kalau ada yang keras kepala, semestinya akan mendapat lebih perhatian dari pelajarpelajar senior akan didenda dengan tujuan mendidik dan diberikan peringatan bukannya menghukum Dengan itu, terhasillah pelajar asrama yang berdisiplin

Maktab Tentera Diraja (MTD/RMC) ye? Sekarang ini Maktab Tentara Diraja dah tak ambil pelajar tingkatan 1 hingga 3 lagi sejak 2006 lagi. Sekarang, semuanya bermula dengan tingkatan 4 dan MTD jugakan mulakan semula pengambilan bagi tingkatan 6 seperti sebelum ini. Nama sahaja Maktab Tentera Diraja, bukannya ramai pun yang masuk Angkatan Tentera Malaysia. Sebahagian sahaja, sekitar 15 peratus. Yang lain-lain jadi doktor, peguam, pensyarah, ahli politik, ahli perniagaan, Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Antara lepasan MTD adalah Tun Ling Liong Sik, Mirnawan Nawawi, Tan Sri Anuar Musa, Tun G. Ghanalingam, Fendi X-factor, AC mizal, Ayraf Muslim dan ramai lagi..(Ada nak tambah, mungkin nama anda sekali?) Memang ada kes buli di RMC malah begitu juga di sekolah lain. Itu faktanya..Cuma ditahap mana kes buli tersebut. Sampai ke tahap membunuh, ini adalah kes luar biasa.Tetapi persoalannya sekarang, adakah apabila berlakunya kes buli sehingga terjadinya kes bunuh baru kita mahu melatah? Apa yang kita buat selama ini? Kes buli di RMC ini contohnya adalah kes buli ala samseng, samada nak balas dendam yang tak seberapa. Sebab rakan saya pun ada ex Maktab Tentara Diraja juga. Ini kes budak-budak nakal, sama seperti dengan kes samseng di sekolah-seolah menengah yang lain. Kalau ikut betul-betul prosedur RMC :

no manhandling, not to disturb anybody during sleeping time.

Semalam kita pasti dah mengetahui kes kematian seorang pelajar, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri (16 tahun) Maktab Tenetra Diraja setelah tidak sedarkan diri selepas dikenakan hukuman tekan tubi dan ditendang oleh rakannya di dalam sebuah bilik di sekolah itu, awal pagi semalam. (24 JUN 2010). Sedikit sebanyak rentetan ringkas kejadia tersebut ada di bawah ini..

1. Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri merupakan anak sulung, datang dari keluarga susah tapi keputusan PMR cemerlang dan masuk Maktab tentera Diraja (MTD) pada Februari lalu. 2. Aktif main ragbi dan sepatunya ada kejohanan ragbi SMSS pada minggu ini 3. Kemudian datang pula pelajar-pelajar yang berlagak samseng kepada adik Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri diberikan hukuman tekan tubi 4. Sekitar pukul 10:45 malam (23 JUN 2010) Sedang Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri melakukan tekan tubi itu, seorang pelajar MTD telah menendang perutnya sekali menyebabkan mangsa yang cuba berdiri dan berjalan menjadi tidak stabil dan kemudiannya terjatuh dan kepalanya terhentak ke lantai sebelum tidak sedarkan diri (23 JUN 2010) 5. Seorang anggota tentera yang bertugas di MTD menerima maklumat bahawa pelajar terbabit pengsan di biliknya pada pukul 12.15 tengah malam. 6. Mangsa kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) dan diberikan rawatan kecemasan selama 50 minit 7. Pelajar malang tersebut, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, sempat diberikan rawatan kecemasan di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira pukul 1.20 pagi. 8. Laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Besi pada pukul 2 pagi (24 JUN 2010) 9. Jenazah Mohammad Naim Mustaqim selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Siong pada malam tadi (24 JUN 2010) 10. Kes ni sudah dalam BOI (board of investigation) tentera dan jadi kes polis jugak 11. Polis menahan lima pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (RMC) selepas diserahkan oleh pihak tentera kepada pihak polis jam 6.30 petang semalam 12. Harapan, berikan hukuman setimpal kepada yang bersalah tidak kira anak yang berkedudukan tinggi sekalipun. Ehem 13. Dan, semoga selepas ini kejadian ini tidak berulang sekali lagi. Nama pun MTD, takkan nak manja-manja pulakan? Tapi berpada-padalah. Maktab Tentera Diraja memang memberikan kuasa kepada pelajar-pelajar senior untuk untuk pukul pelajr-pelajar yang buat kesalahan. Tetapi MTD perlu ingat, kita berikan kuasa kepada pelajar-pelajar yang kadang-kadang tidak cukup akal. Jangan dilepaskan bulat-bulat kepada mereka. Apabila nafsu menguasai diri dengan kuasa yang diberikan, inilah jadinya..Kemudian pada ini baru nak menyesal? Yang senior akan buat kepada junior. Apabila junior naik pangkat senior, mula balas dendam. Begitulah senarionya. P/S : Agaknya budak-budak ini kena dengar sendiri pengalaman abang-abang mereka yang pernah menempuh sejarah hitam 7 tahun lalu dengan melakukan jenayah yang sama seperti mereka lalukan sekarang iaitu buli pelajar sampai mati..Atau mereka perlu rasa sendiri pengalaman abang-abang mereka dihukum sebelum ini baru nak menyesal..

Isu ponteng Cari sebab pelajar ponteng SOALAN: Kaffarah Allah boleh terjadi, yang melibatkan kematian, sakit atau kefakiran akibat dosa yang dilakukan ketika seseorang itu hidup. Apa yang berlaku terhadap keluarga saya ialah, anak lelaki tunggal saya terus menerus menimbulkan masalah. Ponteng sekolah, hisap rokok, lari dari rumah, merempit hingga tengah malam. Di rumah keperluan segala-galanya cukup, dia pernah lari dari rumah beberapa hari dan didapati bekerja di kelab snuker, pernah bekerja ditempat basuh kereta, padahal ketika itu dia masih belajar di tingkatan empat. Saya bangga mendapat anak lelaki di samping lima anak perempuan, tetapi sekarang saya menyedari perilakunya terus menerus menjeruk hati menyebabkan pemikiran saya benar-benar terganggu, saya tidak berupaya memberi tumpuan kepada kerja seperti dahulu. Adakah ini kaffarah Allah kepada saya? Shahril, Petaling Jaya Jawapan: Setiap masalah atau musibah yang menimpa seseorang itu tidak semestinya ada kaitan dengan kesilapan atau hasil perbuatan seseorang atau akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan oleh seseorang biarpun terdapat hadis menyatakan bahawa apabila Allah mengasihi seseorang hamba yang melakukan dosa, Allah akan mempercepatkan balasannya ketika di dunia. Itulah yang dinamakan kaffarah. Banyak punca berlakunya keadaan sedemikian yang berpunca daripada sebab yang mungkin boleh kita fikirkan menurut logik akal, ataupun langsung tidak dapat kita fikir. Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui kenapa terjadinya demikian, termasuklah kerana cubaan dari-Nya semata-mata, yang tidak ada kaitan dengan dosa-dosa yang dilakukan. Memang ada pelajar yang tidak mahu belajar, sama ada di rumah ataupun di sekolah. Pergi sekolah kerana disuruh atau dipaksa oleh ibu dan bapanya. Apabila ia bertemu dengan pelajar yang sama perangai dengannya mendorong untuk ponteng sekolah semakin mudah berlaku, seolah-olah ada galakan. Pelajar seperti inilah yang tidak masuk ke bilik darjah biarpun ibunya menghantarnya setiap pagi sehingga ke pintu sekolah. Bagi kedua-dua ibu bapa yang inginkan anaknya menjadi manusia yang terpelajar dan berguna, juga orang yang menyaksikan pelajar-pelajar seperti ini merasa hampa dengan perilaku anak-anak tersebut. Pelajar seperti ini tidak sayangkan dirinya, pada

hal segala-galanya telah disediakan termasuk ibunya yang menghantar setiap pagi hingga ke pintu pagar sekolah. Terlalu sayang anak-anak seperti ini, yang tidak berupaya memikiri hal-hal yang sepatutnya dilakukan, mengambil peluang sebaik mungkin untuk menjadi manusia pandai demi masa depannya. Apa yang lebih menarik ialah untuk enjoy bersama-sama rakan yang sama pemikirannya. Ada juga pelajar yang memang lemah dalam pelajaran, tidak berupaya memahami apa yang diajar oleh guru. Kerana itu ia merasakan bahawa belajar adalah sesuatu yang membosankan dan sia-sia. Hendak berhenti sekolah tidak berani kerana dipaksa oleh ibu bapa, untuk bekerja masih di bawah umur. Oleh itu dia merasakan sekolah itu tempat yang menjemukan dan membuang masa dalam hidupnya. Kewujudan pelajar-pelajar seperti ini yang memerlukan seseorang guru itu kuat iman. Memerlukan ketabahan yang kental ketika hendak masuk kelas tersebut. Masalah kelembapan bukan menjadi masalah utama kepada guru, kerana keupayaan untuk belajar bagi setiap individu itu adalah sesuatu yang anugerah. Pencapaian atau taraf IQ seseorang itu berbeza, berdasarkan kepada beberapa faktor, termasuk faktor baka, biarpun tidak dinafikan ibu bapa yang pintar tidak semestinya melahirkan anak-anak yang mempunyai IQ yang tinggi, begitulah sebaliknya. Pelajar-pelajar seperti ini menjadi masalah kepada guru apabila ia membuat kacau dalam kelas, bergaduh sesama rakan, merosakkan harta sekolah juga menconteng atau mencalar kereta guru, terutamanya guru yang garang juga guru disiplin. Di sinilah terletaknya tanggungjawab seorang guru juga kedua-dua ibu bapa. Guru bukan hanya setakat mengajar, agar pelajar lulus dalam peperiksaan, juga untuk membentuk dan mendidik akhlak seberapa upaya. Profesion guru terlalu mencabar, lebih-lebih lagi di zaman moden ini. Selain mengajar untuk lulus peperiksaan, guru juga bertanggungjawab secara langsung dan tidak langsung membentuk akhlak pelajarnya. Kerana itu guru perlu mempunyai rasa minat terhadap tugasnya dan prihatin terhadap apa yang berlaku. Guru juga perlu memahami tugas mengajar adalah merupakan amanah kepadanya. Dalam surah Yusuf: 53 Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat olah Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengampun. Berdasarkan maksud ayat di atas kita dapat pengajaran bahawa tabiat semula jadi manusia itu lebih berkecenderungan untuk melakukan kejahatan berbanding untuk melakukan kebaikan. Kecuali mereka yang diberi rahmat Allah. Oleh kerana itu sekiranya manusia itu tidak dididik dengan baik, sama ada oleh ibu bapa atau guru, juga oleh masyarakat sekeliling maka kemungkinan seseorang itu terutamanya mereka

dalam peringkat remaja akan lebih berkecenderungan terjebak dengan kegiatan yang tidak sihat. Anak-anak yang terdidik di rumah oleh ibu bapa, juga guru-guru, tetapi ia terpengaruh oleh rakan sebaya untuk berseronok berkemungkinan akan ponteng sekolah walaupun ia dihantar hingga ke pintu pagar oleh ibunya. Ia mempunyai akal yang waras dapat membezakan sesuatu yang baik atau buruk, tetapi ia tidak berupaya untuk menggunakannya, kerana lebih terpesona dengan keseronokan yang ada di depan matanya, apatah lagi dengan adanya dorongan lain seperti tayangan filem-filem dan sebagainya. Selain daripada faktor di atas, ada satu makhluk yang dikenali sebagai "qarin" yang bererti sesuatu yang menyerupai sahabat (al-Munjid, 1956:625). Qarin adalah daripada golongan makhluk-makhluk halus yang sentiasa berdampingan dengan manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah seseorang itu meninggal dunia. Kewujudan qarin di samping manusia ialah untuk menggoda, menipu dan memesongkan manusia daripada jalan yang benar. Dengan godaan itu ia boleh menyebabkan manusia menganggap sesuatu yang buruk itu baik dan yang baik itu buruk. dengan dorongannya seseorang itu akan sentiasa terdorong untuk melakukan kejahatan yang dirasakan menyeronokkan, melahirkan rasa rela dan kepuasan. Qarin sentiasa berusaha menjerumuskan manusia dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyai qarin, tidak kira ia seorang nabi, seorang alim ataupun orang biasa. Dalam surah al-An'am: 112 firman Allah yang bermaksud: Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh daripada jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu. Jelas bahawa yang dimaksudkan dengan syaitan itu ada dua, iaitu syaitan yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang tidak nampak dan syaitan yang zahir iaitu syaitan manusia di mana kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang sama, iaitu untuk menyesatkan atau merosakkan orang. Teman-teman sekolah mempengaruhi teman lain untuk ponteng sekolah juga termasuk dalam golongan syaitan. Sama seperti mereka yang mengendalikan tempat-tempat hiburan, yang jelas membiarkan pelajar bermain judi atau snoker di kedainya, apatah lagi sekira ia tahu yang masuk itu adalah pelajar, biarpun mereka tidak berpakaian sekolah. Ketika di rumah, ibu adalah segala-galanya kerana ibu orang yang selalu berdamping dengannya. Dan peranan ibu ini diambil-alih oleh guru ketika di sekolah, walaupun demikian dalam banyak suasana persekitaran, iaitu yang terdiri daripada kawan-kawan juga pengaruh sekeliling, termasuk iklan-iklan di suratkhabar, di televisyen, di tepi jalan

raya, cd, video dan segala-galanya lebih banyak dan mudah mempengaruhi kanakkanak yang sedang meningkat dewasa berbanding dengan guru-guru biarpun mereka bermati-matian mengajar dan mendidik anak-anak. Guru lebih cenderung dianggap sebagai sumber mendapat ilmu, yang dalam keadaan tertentu tidak difahami oleh sesetengah pelajar, lebih-lebih lagi di kalangan pelajar yang tidak memahami sepenuhnya bahasa yang digunakan oleh guru itu. Kerana itu guru tidak menjadi role model atau idola yang dikagumi. Seperkara lagi, berbanding dengan kecenderungan melakukan kebaikan, tabiat semula jadi manusia lebih cenderung melakukan kejahatan, kecuali mereka yang

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0510&pub=utusan_malaysia&sec=Bi cara_Agama&pg=ba_02.htm&arc=hive#ixzz2DQVpBDz6 Utusan Melayu (M) Bhd

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0510&pub=utusan_malaysia&sec=Bi cara_Agama&pg=ba_02.htm&arc=hive

23 pelajar ponteng ditahan


Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN rodelio.taucan@utusan.com.my

KOTA BHARU 30 April - Mereka bukan setakat ponteng sekolah tetapi enam daripada 23 pelajar yang ditahan dalam operasi membasmi gejala itu di sini hari ini didapati positif mengambil dadah jenis pil kuda. Pelajar terbabit ditahan di beberapa kawasan tumpuan awam dalam operasi bersepadu oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) serta Jabatan Kesihatan. Malah, dalam operasi terbabit, salah seorang daripada pelajar yang didapati positif dadah itu cuba melarikan diri namun berjaya diberkas. Difahamkan, pelajar-pelajar daripada beberapa buah sekolah terbabit dikesan positif dadah selepas diwajibkan melakukan ujian air kencing yang dikendalikan oleh anggota AADK. Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu, Che Ab. Aziz Daud berkata, operasi yang bermula pukul 9 pagi ini merupakan kali pertama diadakan tahun ini melibatkan 17 badan bukan kerajaan (NGO). "Kami bertekad menghentikan aktiviti ponteng sekolah di kalangan pelajar dan ia akan lebih berjaya dengan bantuan daripada anggota-anggota keselamatan ini. "Langkah ini penting kerana ibu bapa dan pihak sekolah khususnya sering menuding jari sesama sendiri apabila timbulnya gejala sosial membabitkan anak mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Katanya, operasi tersebut dilakukan di beberapa kawasan yang menjadi tumpuan golongan pelajar, antaranya Taman Bendahara, Panji, Kubang Kerian, Kota, Taman Tengku Anis, Jalan Merican, pusat beli-belah KB Mall dan Billion. Jelasnya, pelajar-pelajar yang ditahan berusia antara 13 hingga 17 tahun dan kebanyakan mereka memberi alasan tidak berminat untuk belajar. "Semua pelajar ini diwajibkan mengambil ujian air kencing. Usaha kita tidak akan berhenti di sini kerana gejala ponteng kini semakin berleluasa. "Selepas ini, banyak lagi operasi akan dibuat dan kita juga telah mengesan beberapa tempat lain yang menjadi tumpuan pelajar-pelajar ini," tegasnya.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0501&pub=utusan_malaysia&sec=Timur&pg =wt_03.htm&arc=hive#ixzz2DQWRxCO0 Utusan Melayu (M) Bhd

Pelajar ponteng berkumpulan Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI utusanN9@utusan.com.my SEREMBAN 19 Feb. - Tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru-guru dan pengaruh rakan-rakan. Dua perkara itu dijadikan alasan utama oleh pelajar-pelajar yang degil untuk ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi kebelakangan ini. Malah lebih buruk daripada itu, ada pelajar mempunyai modus operandi dengan memilih datang ke sekolah pada hari tertentu bagi mengelakkan perbuatan mereka dikesan. Pengarah Jabatan Pelajaran negeri (JPNS), Datuk Abdullah Muhammad berkata, pelajar yang tidak menyiapkan kerja rumah sengaja ponteng sekolah kerana takut dimarahi guru. "Kebanyakan mereka pada kebiasaannya ponteng secara berkumpulan dan jarang sekali mereka melakukannya seorang diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai penahanan 14 orang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah berhampiran Chembong di Rembau oleh pihak polis ketika melepak di kawasan rekreasi berhampiran Kampung Bintongan semalam. Dalam pada itu Abdullah menegaskan, pihak JPNS memandang serius gejala ponteng sekolah yang mula dikesan di beberapa buah sekolah di negeri ini. Justeru beliau menggesa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sekolah supaya lebih peka dan proaktif dalam menangani masalah ini tanpa mengharapkan bebanan masalah itu ditanggung oleh pihak jabatan untuk menanganinya. Katanya, walaupun JPNS telah melancarkan beberapa dasar dan program seperti Kempen Sifar Ponteng namun sekiranya tiada penglibatan maksimum ibu bapa dan sekolah, ia tidak akan memberi sebarang kesan kepada pelajar. "Sebenarnya beberapa pendekatan telah diambil oleh pihak jabatan dalam mengatasi masalah ponteng sekolah namun adakalanya sekolah terlepas pandang mengenai kelakuan beberapa pelajar yang dilihat melakukan perkara tersebut.

"Kita memang memandang serius perkara ini dan kita minta kepada pihak sekolah agar lebih proaktif untuk menjalankan pemantauan terhadap beberapa pelajar yang dianggap bermasalah dan sering melanggar peraturan sekolah," ujarnya Beliau turut memberitahu, pengetua sekolah berkenaan telah pun memberikan keterangan mengenai perkara itu dan pelajar terbabit telah dikenakan tindakan tatatertib selain memanggil para penjaga untuk menjelaskan perkara itu.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0220&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&p g=ws_03.htm&arc=hive#ixzz2DQWdy01H Utusan Melayu (M) Bhd

ARKIB : 19/02/2009 Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 4 14 pelajar ponteng sekolah ditahan

REMBAU 18 Feb. - Gara-gara ponteng sekolah, sekumpulan 14 pelajar tingkatan empat sebuah sekolah berhampiran Chembong di sini ditahan polis. Kesemua pelajar terbabit ditahan ketika melepak di kawasan rekreasi berhampiran Kampung Bintongan dekat sini hari ini. Kata Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom, dalam serbuan pukul 11.52 pagi itu, polis turut menahan tujuh buah motosikal yang dibawa pelajar-pelajar berkenaan.

KUMPULAN 14 pelajar yang ponteng sekolah ditahan ketika melepak di kawasan rekreasi berhampiran Kampung Bintongan, Negeri Sembilan, semalam.

''Siasatan polis mendapati tiga buah motosikal tidak mempunyai cukai jalan serta kesemua pelajar tidak memiliki lesen memandu,'' ujarnya ketika mengesahkan serbuan tersebut di sini hari ini. Katanya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan sama ada motosikal yang ditahan terbabit dalam kes kecurian.

Mizan berkata, serbuan dibuat susulan maklumat orang ramai berhubung kegiatan mencurigakan sekumpulan pelajar berpakaian seragam sekolah di kawasan berkenaan. Beliau memberitahu, kesemua pelajar serta motosikal yang ditahan dibawa ke Balai Polis Rembau. ''Polis telah memaklumkan penahanan 14 pelajar terbabit kepada pihak sekolah dan ibu bapa mereka untuk tindakan selanjutnya. ''Ibu bapa juga diminta hadir ke Balai Polis Rembau untuk menuntut motosikal anak masingmasing,'' jelasnya. Sementara itu, Mizan meminta ibu bapa sentiasa memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Tegasnya, ibu bapa perlu memainkan peranan secara proaktif bagi membanteras gejala tersebut yang dikhuatiri boleh mendorong pelajar melakukan aktiviti jenayah.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0219&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&p g=ws_06.htm&arc=hive#ixzz2DQWtyCdS Utusan Melayu (M) Bhd ARKIB : 05/01/2009

Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 4 Kafe siber tumpuan pelajar ponteng

WALAUPUN kerajaan memberi penekanan untuk membudayakan komunikasi teknologi maklumat, namun kewujudan pusat-pusat kafe siber sering dipandang serong kerana sering disalahgunakan untuk tujuan yang negatif. Sebab itu, apabila disebut kafe siber, ia tidak dilihat sebagai tempat untuk mengakses Internet bagi mendapatkan maklumat berfaedah, tetapi akan dikaitkan dengan perjudian dan permainan video yang hanya membazir masa. Malah terdapat pengusaha yang menyalahgunakan lesen untuk tujuan mengaut keuntungan cara mudah walaupun ia melanggar undang-undang.

Sebahagian daripada remaja yang sedang melayari internet disalah sebuah siber cafe di Cheras, Kuala Lumpur.

Bagi para pelajar yang nakal pula, kafe siber yang menawarkan permainan video sering menjadi tempat persembunyian ini. Bagi menyelami masalah yang telah berakar umbi itu, wartawan Utusan Malaysia Au Yeong How dan jurugambar meninjau secara dekat gejala ini sebelum cuti persekolahan lalu. Apa pun hanya segelintir kafe siber yang beroperasi secara haram. Namun yang segelintir inilah menjadi punca kepada keruntuhan moral di kalangan generasi muda yang memerlukan tindakan berterusan dan tegas daripada pihak berkuasa. KUALA LUMPUR 4 Jan. - Kafe Siber sama ada yang berlesen ataupun yang beroperasi secara haram sering menjadi tumpuan pelajar untuk ponteng sekolah. Namun kegiatan para pelajar terbabit biasanya sukar dikesan kerana mereka akan menyalin dahulu pakaian seragam sebelum meneruskan dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Sehubungan itu penulis telah menyamar sebagai pelajar sekolah bagi melihat secara lebih dekat gejala yang sering dikaitkan dengan krisis sosial dan moral di negara ini. Pada hari pertama, penulis dengan berpakaian seragam pelajar sekolah menengah berpeleseran di sekitar Plaza Low Yat, Sungei Wang Plaza dan Berjaya Times Square untuk mencari tempat tumpuan pelajar ponteng. Walaupun ada arked video dan kafe siber di situ, tetapi tidak ada pelajar ponteng dan daripada maklumat jika ada pun mereka sukar dikesan kerana sudah bertukar pakaian. Pada hari kedua, hasil cadangan rakan setugas, penulis melepak di sebuah restoran di Setapak, Kuala Lumpur tempat tumpuan pelajar ponteng.

Penulis membuat pengawasan bermula pukul 6.50 pagi. Pada pukul 7 pagi muncul tiga pelajar dengan pakaian tidak terurus, bersarapan di satu sudut terpencil restoran tersebut. Naluri penulis merasakan mereka mahu ponteng sekolah kerana masih melepak walaupun waktu persekolahan sudah bermula. Penulis kemudian menghampiri mereka dan bertanya tentang kafe siber yang menawarkan permainan komputer dengan kadar yang murah. Mereka menunjukkan sebuah premis di seberang jalan dan tinjauan saya mendapati ada dua kafe siber di situ. Setelah mendapati tiada pelajar ponteng di situ, penulis kembali kepada kumpulan tiga pelajar tadi. Setelah berjaya menyakin mereka bahawa penulis juga ponteng sekolah penulis 'diterima' untuk bersama mereka yang dikenali sebagai Eason, Mohd. Khairul dan Chan (bukan nama sebenar). Mereka merupakan para pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah persendirian. Mereka bersarapan pagi bersama-sama dengan hidangan nasi goreng, nasi lemak dan roti bakar serta kopi. Sambil berbual selama hampir sejam setengah dengan mereka, penulis mendapati mereka kerap berbahasa kesat, merokok dan bersembang kosong bagi menghabiskan masa. Pemerhatian penulis juga mendapati Eason membelanja rakan-rakannya makan dan rokok dengan wang kertas RM50. Terkejut seketika apabila mengetahui kos sarapan pagi itu hampir mencecah RM16. Itu belum termasuk duit rokok jenama terkenal. Pada pukul 8.30 pagi, kami bergerak ke kafe siber yang terletak bersebelahan kedai itu. Keadaan dalaman kedai itu gelap. Ia dikawal oleh tiga pemuda yang lagaknya seperti samseng. Ia adalah satu dewan besar yang menghimpunkan ratusan komputer. Kesemuanya dikunci dengan mesej Sila buat bayaran di kaunter terlebih dahulu. Ketika itu, terdapat lebih kurang lima hingga enam pelajar lain yang ponteng sedang bermain permainan komputer. Kami duduk di sebaris meja di penghujung dewan. Belum sempat saya membayar apa-apa, Eason telah terlebih dahulu membuat pembayaran untuk kami semua. Dia membayar semuanya sebanyak RM16 untuk permainan tanpa henti selama dua jam. Kadar bayarannya ialah RM2 sejam. Walaupun dua jam permainan video adalah masa yang singkat untuk mereka, namun ia adalah masa yang paling sukar untuk penulis melaluinya.

Setelah tempoh dua jam tamat kami kembali ke restoran tadi untuk makan. Sejam kemudian, seorang rakan mereka datang. Dia yang bernama Daniel, ialah pelajar sesi petang di sekolah yang sama. Sebagai membalas budi Eason membelanja saya bermain permainan komputer, saya pula membayar kos makan minum mereka berjumlah RM26 kesemuanya. Pada waktu tengah hari (pukul 12 tengah hari), kami kembali ke kafe siber yang sama. Ini kerana, Eason memberitahu, mereka masih ada satu jam lagi sebelum sekolah bersurai dan mereka akan pulang ke rumah selepas itu. Ketika itu lebih ramai pelajar di dalamnya yang membuat bising selain bunyi bising daripada permainan video. Penulis bersama 'rakan' baru itu beredar dan kemudiannya berpisah setelah tempoh masa permainan tamat. Namun dalam kafe siber itu masih penuh dengan para pelajar termasuk sebahagian besarnya berpakaian seragam sekolah. Mereka berbuat demikian tanpa rasa takut seolah-olah tidak ada penguatkuasaan.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0105&pub=utusan_malaysia&sec=Laporan_ Khas&pg=lk_01.htm&arc=hive#ixzz2DQX8wGmX Utusan Melayu (M) Bhd

tulah diantara artikel-artikel yang berkenaan dengan gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah. Isu ini menjadi perdebatan hangat sehinggakan berlakunya tunding-menunding di pihak yang itu salah kan yang ini, di pihak yang ini salahkan yang itu sampai bila masalah ini hendak selesai. Penulis pernah membuat kajian tidak rasmi mengapa kebanyakkan pelajar sekolah suka ponteng berdasarkan kes-kes yang penulis kendalikan sebagai kaunselor sekolah. Faktor pertama yang penulis dapati rata-rata pelajar yang ponteng kebanyyakanya tidak berpuas hati dengan guru yang mengajar pada hari itu, ada guru yang menyumpah seranah mereka sewaktu P&P dijalankan, ia membuatkan mereka tertekan denganya dan mengambil jalan mudah dengan ponteng sekolah. Faktor kedua ialah penguatkuasaan yang kurang oleh pihak Sekolah, namun penulis tidak menyalahkan pihak pentadbir sekolah kerana kuasa pentadbir sekolah terhad di dalam sekolah sahaja, jika mereka mengambil tindakan dengan pelajar yang ponteng di luar sekolah

mereka terpaksa menanggung risiko jika terjadi apa-apa kepada pelajar mereka sekiranya mereka bertindak di luar kawasan sekolah. Faktor ketiga ialah mereka tiada keinginan untuk belajar dan mereka datang ke sekolah pun sekadar untuk berkawan dan bersuka-suka dan hidup berfoya-foya selain daripada atas arahan ibu bapa mereka. Faktor Keempat ialah ketagih dengan permainan komputer dalam talian seperti Risk Your Life Incomplete Union dan mereka lebih gemar pergi ke kafe siber untuk bermain permainan tersebut daripada ke sekolah. Faktor Kelima ialah ibu-bapa yang tidak mengambil berat dalam hal-hal persekolahan anakanak mereka kerana terlalu sibuk dengan tugasan mencari rezeki sepertimana ibu-bapa yang berniaga di Medan Selera Buluh Kubu, Kota Bharu. Faktor Keenam ialah ibu-bapa yang beragama Islam hanya pada nama tetapi langsung tidak mengamalkan apa yang dituntut dan mengamalkan apa yang dilarang oleh Agama Islam. Ibubapa yang tidak solat lima waktu sehari semalam juga menjadi faktor penyumbang kepada pelajar yang suka ponteng. Faktor ketujuh kenapa pelajar sekolah suka ponteng ialah ketagih dengan bahan-bahan terlarang seperti gam, Pil Kuda, Ecstacy dan lain-lain dadah generasi baru. Bahan-bahan yang terkandung di dalam bahan-bahan terlarang tadi telah membuatkan mereka tidak mampu berfikir secara waras dan mudah untuk ponteng sekolah. Faktor kelapan ialah Sikap Pantang Dicabar yang ada di kalangan pelajar-pelajar sekolah menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan rakan-rakan mereka untuk ponteng sekolah. Faktor kesembilan ialah Pembuli Dalam Sekolah juga menjadi faktor pelajar sekolah ponteng, mereka yang menjadi mangsa buli akan takut untuk ke sekolah jadi mereka membuat pilihan untuk tidak ke sekolah dan melencong ke tempat lain. Faktor kesepuluh ialah ibu-bapa yang amat bertegas sebagai contoh memaksa anak mereka untuk mandi dengan cepat dengan menengking sekiranya lambat, tindakan itu membuatkan hati anak mereka terguris dan menyebabkan mereka menyimpan dendam dan memilih ponteng sekolah untuk membalas dendam. Kesimpulanya di dalam menangani gejala ponteng ini ia memerlukan kerjasama semua pihak dan tidak perlulah saling berbalah di samping saling tunding-menunding kerana ia tidak akan menyelesaikan permasalahan ini.

Tajuk: Gejala Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah 1.0 Pengenalan Isu keruntuhan moral pelajar bukanlah sesuatu yang baru. Ia sudah lama wujud dan dikatakan semakin serius. Sudah banyak laporan yang diketengahkan oleh pihak media yang berkaitan dengan salah laku pelajar seperti kes gangsterisme dan buli dalam kalangan pelajar. Gejala ponteng mungkin dianggap kurang memberi impak kepada tercetusnya permasalahan dalam kalangan pelajar pada masa kini. Tanpa disedari, gejala inilah yang akan menjadi titik tolak kepada permasalahan yang lebih besar seperti gangterisme, dadah, mat rempit, ragut serta aktiviti-aktiviti tidak bermoral.

Menurut Rasidah bt Omar (2005) dalam Azizi et. al. (2005) ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah. Gejala ponteng selalunya dikaitkan dengan masalah disiplin. Kamus Dewan (2000), disiplin membawa pengertian latihan pemikiran dan kelakuan supaya ahli masyarakat atau individu boleh mengawal diri, peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang berkelakuan baik Terdapat pelbagai punca kepada gejala ponteng sekolah ini. Salah satu punca utama wujudnya gejala ponteng sekolah adalah bermula dari masalah keluarga pelajar. Rata-rata pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng sekolah ini datang dari keluarga yang bermasalah dan kurang bahagia. Pertelingkahan yang timbul antara ibu bapa ini telah menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Segala perilaku anak-anak di luar rumah dan sekolah tidak di ambil peduli.

Anak-anak ini berasa mereka tidak diberi perhatian dan diabaikan. Ini menyebabkan pelajar-pelajar sanggup melakukan sesuatu yang melanggar peraturan demi untuk mendapatkan perhatian ibu bapa mereka. Selain itu, ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar yang datang dari keluarga yang bermasalah akan menyebabkan mereka melakukan perkara negatif. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempunyai pengaruh yang besar kepada masalah disiplin di kalangan pelajar.

Walaubagaimanapun, ibu bapa tidak wajar disalahkan seratus peratus dalam gejala ponteng sekolah ini. Terdapat banyak lagi faktor yang menjadi punca kepada gejala ponteng sekolah termasuklah rakan sebaya, guru, sekolah dan pengaruh sekeliling pelajar. Pengaruh alam sekeliling pelajar di kawasan kampung berbeza dengan pelajar di kawasan bandar. Kegagalan pelajar mengawal diri mereka sendiri hanya akan merugikan diri mereka sendiri dan hanyut dalam aktiviti tidak bermoral.

1.1 Sinopsis

Isu gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar bukanlah sesuatu perkara yang baru. Sejak zaman dahulu lagi gejala ini sudah wujud dan ianya kelihatan semakin menular di kalangan pelajar. Bukan itu sahaja, gejala ponteng sekolah ini biasanya akan berkait dengan masalahmasalah disiplin lain. Ini termasuklah isu pelajar merokok, melawan, kurang ajar, melepak di kafe siber dan sebagainya. Masalah ini berlaku tidak kira samada di bandar atau luar bandar, sekolah biasa ataupun sekolah berasrama penuh. Ini kerana, sikap para pelajar sekarang kebanyakannya menjangkau fikiran kita.

Berdasarkan artikel yang dilampirkan, satu operasi yang dinamakan Jom Ke Sekolah telah dilaksanakan oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan. Operasi ini diadakan berikutan masalah ponteng sekolah yang semakin berleluasa di Wilayah Persekutuan dan bagi membanteras aktiviti tidak sihat di kalangan pelajar. Hasil daripada operasi ini, seramai 144 orang pelajar sekolah ditahan di kawasan Pudu dan Keramat. Kebanyakan pelajar yang ditahan lengkap berpakaian sekolah di kafe siber dan pusat membeli-belah.

Apakah yang sebenarnya pelajar-pelajar ini lakukan di pusat membeli belah dan kafe siber ini. Mereka ditangkap semasa mereka sedang berpeleseran dan melepak di pusat membeli-belah. Mereka berpeleseran dan merayau tanpa arah tujuan sehinggalah waktu persekolahan tamat. Di kafe siber pula pelajar khusyuk dengan permainan video internet dan melayari laman internet termasuklah melayari laman web yang tidak bermoral.

Terdapat dua sebab utama mengapa pelajar-pelajar yang ditahan ini ponteng sekolah. Hasil daripada soal selidik yang dijalankan, penyebab utamanya ialah pengaruh rakan sebaya dan sebab kedua pula ialah kebosanan di dalam kelas. Ini memperlihatkan besarnya pengaruh rakan sebaya dalam kehidupan remaja pada masa kini. Mereka sanggup menipu ibu bapa dan penjaga semata-mata untuk mengikut rakan rakan sebaya untuk berpeleseran di tempat yang tidak sepatutnya.

Kebanyakan pelajar-pelajar yang ditahan ketika operasi tersebut takut kepada ibu bapa mereka. Di rumah mungkin mereka berlakon menjadi anak yang baik dan taat kepada ibu bapa. Tetapi agak menyedihkan apabila anak-anak yang baik di rumah ini menjadi sebaliknya apabila keluar dari rumah. Pelajar-pelajar ini mahu kebebasan tanpa ada kongkongan orang lain. Ini ditambah lagi dengan pengaruh kawan-kawan yang memberi impak lagi besar terhadap diri mereka. Pegawai yang terlibat dalam operasi Jom Ke Sekolah ini telah mengambil tindakan bijak dengan meminta kerjasama pengusaha-pengusaha dan pemilik premis kafe siber dan pusat belibelah supaya tidak membenarkan pelajar yang berpakaian sekolah masuk di kedai mereka. Pengusaha-pengusaha dan pemilik kafe siber serta pusat beli-belah seharusnya bertanggungjawab untuk tidak membenarkan pelajar yang ponteng sekolah berada di premis mereka. Ini adalah tanggungjawab sosial yang harus ditanggung bersama oleh setiap ahli masyarakat bagi membanteras gejala ponteng sekolah.

Sebenarnya semua pihak perlu bertanggungjawab tentang masalah ini termasuklah para pelajar sendiri, para guru, ibubapa, masyarakat serta kerajaan. Sejak kebelakangan ini, kita dapati apabila berlaku sesuatu insiden melibatkan pelajar, masyarakat kita umumnya dengan mudah menuding jari ke arah guru. Sepatutnya setiap kes yang berlaku diteliti supaya punca kejadian itu dapat dikenalpasti. Selepas itu satu kajian yang lebih menyeluruh mesti dibuat bagi mencari punca masalah yang berlaku hingga ke akar umbi agar faktor yang menyumbang kepada masalah disiplin pelajar masa kini dapat dikenal pasti.

1.2 Analisis Teori : Isu ponteng ini boleh dikategorikan berdasarkan perspektif Teori Fungsionalisme.

Teori fungsionalisme ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim (Mohd Salleh Lebar,1998). Mengikut teori ini, masyarakat berkembang dengan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan semasa. Perubahan ini berlaku secara beransuransur. Ini menunjukkan bahawa teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada perkembangan masyarakat. Masyarakat selalunya dianggap seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian-bahagian dengan fungsifungsi yang tersendiri. Di dalam sesuatu masyarakat juga mempunyai suatu kefahaman dan sentiasa menghargai antara satu sama lain. Teori fungsionalisme ini memandang kepada proses integrasi dan kestabilan di mana integrasi sosial adalah hasil daripada persetujuan ahli.

Teori fungsionalisme turut menyatakan bahawa struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989 : 9) telah merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian atau strukturstruktur dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaruan.

Ibu bapa merupakan faktor penting dalam keutuhan sesebuah kekeluarga. Kegagalan ibu bapa dalam mengurus keharmonian hidup keluarga akan memberikan kesan yang besar terhadap anak-anak. Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik dan mementingkan kebendaan, anak-anak mereka biasanya dipinggirkan dan kasih-sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Masalah ponteng sekolah ini adalah selari dengan teori fungsionalisme yang mana ibu bapa tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna. Ibu bapa yang gagal menunaikan peranan mereka dalam entiti masyarakat menyebabkan wujudnya gangguan dan ketidakseimbangan masyarakat.

1.3 Faktor- faktor berlakunya gejala ponteng sekolah

http://anisaharbain.multiply.com/journal/item/4/Tajuk-Gejala-Ponteng-Di-Kalangan-PelajarSekolah?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

i) Ibu bapa Faktor utama berlakunya gejala ponteng sekolah ini ialah masalah keluarga. Pada zaman yang serba moden ini, kebanyakan ibu bapa leka bekerja mencari wang sehingga mengabaikan tanggungjawab utama mereka terhadap anak-anak. Kebanyakan ibu bapa masa kini terutamanya di kawasan bandar, anak masih belum bangun pagi lagi mereka sudah pergi ke tempat kerja dan balik lewat malam tatkala anak sudah tidur. Mereka langsung tiada masa untuk bertemu dengan anak-anak apatah lagi berbual dan mengambil tahu perkembangan anak di sekolah. Ini menyebabkan anak-anak berasa diabaikan serta tidak disayangi lagi oleh ibu bapa mereka. Masalah ini membawa kesan buruk sehingga memberikan tekanan emosi kepada anak-anak. Apabila masalah ini membebani mereka, konsentrasi terhadap akademik semakin menurun dan tidak minat lagi untuk belajar. Pelajar beranggapan dengan ponteng sekolah dan melepak dapat melupakan masalah yang sedang dihadapi.

Masalah kewangan keluarga juga merupakan salah satu faktor mengapa masalah ponteng sekolah semakin berleluasa. Sebagai contoh, ibu bapa tidak berkemampuan untuk memenuhi perbelanjaan sekolah anak-anak mereka seperti tidak dapat melunaskan pembayaran yuran sekolah atau tidak berkemampuan untuk membeli peralatan-peralatan sekolah dan buku-buku pelajaran yang hendak digunakan. Guru pula asyik bertanyakan tentang pembayaran yuran. Ini menyebabkan mereka rasa malu dan tertekan untuk berhadapan dengan guru dan rakan-rakan yang lain. Untuk melarikan diri dari tekanan masalah ini, pelajar mengambil jalan mudah dengan ponteng sekolah.

Untuk membina keluarga bukanlah suatu perkara yang mudah. Untuk membina sebuah keluarga yang kukuh ibu bapa perlu mempunyai pengetahuan keibubapaan. Tetapi kebanyakan

ibu bapa pada masa kini mempunyai tahap pengetahuan keibubapaan terlalu cetek dan ia mengakibatkan keruntuhan rumahtangga. Ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dan kadang-kala melepaskan tanggungjawab mereka kepada pengasuh anak-anak. Keruntuhan institusi keluarga ini akan meleraikan rasa tanggungjawab dan hormat antara anak, ibu bapa dan seterusnya menyebabkan mereka terjerumus ke lembah yang tidak diingin.

ii)Persekitaran Faktor persekitaran turut mempengaruhi para pelajar kita dalam melakukan perkara negatif termasuklah ponteng sekolah. Jika kita lihat dipersekitaran kita, kemudahan- kemudahan untuk berhibur terlalu banyak bukan sahaja ratusan malahan mungkin ribuan pusat-pusat hiburan seperti pusat permainan video, pusat permainan snooker, kafe-kafe siber dan pusat membelibelah. Kadang-kala kita dapat lihat terdapat pusat membeli belah yang didirikan berdekatan dengan sekolah. Ini menyebabkan pelajar lebih mudah untuk lari dari sekolah dan merayau-rayau di pusat membeli-belah.

Selain itu, program-program berbentuk hiburan dan konsert tempatan mahupun diimport dari barat sangat melalaikan. Banyak juga rancangan-rancangan realiti tv pada masa kini yang mengagung-agung hiburan dan menyimpang jauh dari sudut ilmiah. Pelajar telah didorong untuk mengamalkan cara hidup berhibur semata-mata dan seterusnya menanamkan semangat lemah diri tanpa iltizam untuk belajar dan menuntut ilmu di sekolah. Mereka disogokkan bahawa kemewahan dan populariti dapat dicapai dengan mudah seandainya mengikuti arus industri hiburan. Ini menyebabkan mereka tiada minat untuk belajar dan berpendapat mereka boleh maju dan berjaya tanpa perlu hadir ke sekolah menimba ilmu.

Selain itu, hiburan yang melampau ini boleh membawa kepada salah laku yang lebih serius seperti amalan seks bebas dan penyalahgunaan dadah. Diri, bangsa dan negara tidak akan maju seandainya konsep untuk berhibur sebagai landasan melepaskan lelah diatasi dengan berhibur sebagai pemuas hawa nafsu. Personaliti-personalti dunia hiburan ditonjol-tonjolkan sebagai idola yang harus dicontohi oleh remaja. Penerbitan-penerbitan yang terlalu menumpukan

kepada tema cinta remaja hanya menarik golongan muda kepada keseronokkan dan keindahan hidup berpasang-pasangan. Ini semua menghayalkan dan mempengaruhi pemikiran pelajar.

Selain itu penerbitan yang berbentak hiburan seperti URTV dan media hiburan, secara langsung meruntuhkan usaha melahirkan remaja berakhlak yang berasaskan kehendak agama. Pendidikan di sekolah yang menekankan akan ketinggian nilai moral dan akhlak seolah-olah menjadi sia-sia sahaja kerana segala yang berada di luar sekolah itu menafikan apa yang diajar di sekolah.

iii)Pelajar Pelajar sekolah menengah terutamanya adalah masih dalam proses yang tumbesaran yang agak kritikal. Ketika ini mereka sudah mula bertukar menjadi remaja. Sama ada sedar atau pun tidak, ibu bapa kadang-kala mengambil sikap lepas tangan dan membiarkan anak mereka melintasi alam remaja berlaku begitu sahaja tanpa mengambil tahu pergolakan yang dihadapi oleh anak mereka. Masa remaja ialah masa peralihan zaman dari alam kanak-kanak menuju ke alam dewasa. Pada masa ini anak-anak tidak lagi dianggap kanak-kanak dan tidak juga orang dewasa.

Peralihan zaman alam kanak-kanak menuju alam dewasa adalah suatu masa yang penting kepada remaja kerana pada masa ini mereka akan menentukan konsep dirinya. Pada zaman kanak-kanak skrip hidup hariannya ditentukan oleh ibu bapa dan kita dapati perbuatan mereka dibuat secara spontan tanpa dipengaruhi oleh fikiran dan emosi. Apabila anak melangkah ke alam remaja, ia mula pandai berfikir, menilai perasaan, mengkaji skrip hidup ibu bapa, mencuba sesuatu yang baru dan berkhayal tentang keindahan dunia kehidupan orang dewasa yang sukar dicapai baginya.

Perubahan emosi dan fikiran ini menimbulkan kegelisahan pada remaja kerana untuk berdikari mereka tidak mampu dan untuk mengikut jejak langkah orang dewasa juga tidak berupaya. Keadaan ini menimbulkan konflik nilai dalam dirinya. Perubahan emosi dan fikiran remaja telah mendorongkan remaja memperluaskan dan memperbesarkan rakan sosialnya.

Mereka memperluaskan rakan sosial ini dengan cara menyertai kumpulan tertentu atau membentuk kumpulan baru berdasarkan umur sebaya, hobi yang sama, prinsip hidup yang sama atau taraf sosial yang sama.

Pada ketika remaja ini pelajar berhadapan situasi genting dalam memilih rakan-rakan. Sekiranya mereka tersalah pilih, maka mereka akan cenderung kearah negatif termasuklah ponteng sekolah dan melakukan perkara tidak bermoral. Ketiadaan bimbingan menyebabkan mereka merasa berada dijalan yang benar dan tiada siapa yang boleh menghalang mereka. Pada pandangan mereka,apa saja yang mereka buat adalah betul.

iv)Sekolah Salah satu alasan paling popular pelajar yang ditangkap ponteng sekolah ialah kurang berminat terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar mengira seperti mata pelajaran matematik, fizik, matematik tambahan dan sebagainya. Ditambah lagi dengan pelaksanaan bahasa inggeris bagi subjek tersebut menyebabkan pelajar semakin tidak berminat untuk belajar.

Proses p & p di dalam kelas yang tidak menarik juga menjadi punca pelajar kurang berminat untuk ke sekolah. Kebiasaannya ini terjadi bagi sesetengah guru yang kurang proaktif dalam menarik minat pelajar. Guru masuk ke kelas untuk mengajar sahaja tanpa melibatkan unsur-unsur menarik seperti unsur kecindan, multimedia, gerak kerja berkumpulan dan nasihat. Ini menyebabkan pelajar bosan dan tidak berminat untuk belajar.

Sekolah merupakan tempat memberi pengajaran dan pendidikan kedua selepas ibu bapa di rumah. Kebanyakan sekolah diperuntukan dengan jumlah kewangan yang besar bagi memastikan suasana sekolah berada dalam keadaan selamat,ceria dan kondusif. Tetapi malangnya terdapat sebilangan sekolah gagal menggunakan peruntukan ini bagi memastikan

sekolah berada dalam keadaan yang selamat, ceria dan kondusif. Sebagai contoh, ada sekolah yang gagal memastikan pagar berada dalam keadaan baik. Pagar-pagar yang sedia ada telah rosak tetapi tidak dibaiki segera. Ini menyebabkan pelajar mudah untuk ponteng sekolah dan keluar masuk sesuka hati. Kerosakan pagar di sekeliling sekolah akan menyukarkan tugas guru untuk mengawal pelajar.

Faktor disiplin sekolah yang longgar juga memberi ruang kepada pelajar untuk ponteng sekolah dan melakukan perkara yang negatif yang lain. Badan disiplin sekolah termasuklah guru disiplin dan pengawas tidak berfungsi dengan baik bagi membanteras kegiatan yang melanggar disiplin. Selain itu,tugas guru bukan saja mengajar dan mendidik, mereka juga perlu prihatin kepada perkembangan pelajar. Ketidakprihatinan guru terhadap pelajar menyebabkan pelajar berasa tidak diambil peduli dan tidak diberi perhatian. Ini menyebabkan pelajar membuat perkara-perkara yang negatif bagi mendapatkan perhatian guru mereka.

1.4 Cadangan & Kesimpulan

Untuk membasmi secara total permasalahan ponteng sekolah adalah agak sukar untuk dicapai. Ini kerana ianya melibatkan komitmen pelbagai pihak dan tindakan secara menyeluruh disetiap peringkat.

Pelajar Pelajar sendiri perlu sedar betapa pentingnya pelajaran terhadap mereka. Tanpa pelajaran, kebiasaannya seseorang tidak akan dapat pekerjaan yang baik dan masa depan yang kurang terjamin. Dengan keadaan semasa sekarang di mana setiap orang mengejar kemewahan dan kebendaan dan ianya dicapai dengan pengetahuan, usaha, ilmu dan pengalaman. Untuk itu, bagaimana seseorang pelajar yang sering ponteng sekolah mempunyai masa depan yang cerah walhal mereka sendiri sudah ketinggalan ilmu pengetahuan.

Pelajar perlu cekal dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi supaya mereka tidak hanyut dek arus kemajuan dan kemewahan yang ada. Mereka perlu pandai memikirkan dan

menentukan antara nilai-nilai positif dan nilai negatif. Pelajar juga perlu menolak ajakan rakanrakan untuk melakukan perkara negatif kerana ianya hanya akan membuang masa dan menyusahkan orang lain. Pelajar perlu sedar bahawa tanggungjawab mereka adalah belajar dan menimba ilmu sebaik mungkin.

Sewajarnya ketika masa usia muda remaja inilah seseorang itu mengambil berat tentang pendidikan. Jangan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan atau orang asing yang berniat merosakkan akhlak. Pelajar wajar mengikut contoh tauladan yang baik, ikuti ceramah atau motivasi mengenai pelajar cemerlang, beriadah sebaiknya bersama keluarga, aktif dalam kelab sukan yang diminati dan kokorikulum sekolah dan memiliki didikan agama yang intensif dan lengkap. Usia remaja tidak akan kembali lagi. Justeru itu, pelajar harus menggunakan masa remaja ini sebaik mungkin demi masa depan yang terjamin.

Ibu Bapa Institusi keluargalah bermulanya peranan ibubapa dalam mencorak kehidupan anak-anak. Anak-anak dilahirkan bagai kain putih yang bersih. Guru yang pertama dalam hidup seseorang insan adalah ibubapa dan keluarganya sendiri. Ibu bapa berperanan penting dalam membanteras gejala ponteng sekolah ini. Ibu bapa seharusnya mencurahkan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak mereka. Kasih sayang bukanlah dengan hanya memberi kemewahan kepada anakanak tetapi perhatian dan asuhan yang baik. Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia, budi yang pekerti serta patuh kepada ajaran agama semuanya perlu di semai dari rumah lagi oleh ibu bapa.

Ibu bapa perlu memastikan anak-anak benar-benar pergi ke sekolah. Apa salahnya sekalisekala ibu bapa menghubungi pihak sekolah bagi memastikan samada anak mereka benar-benar pergi ke sekolah ataupun sebaliknya. Ibu bapa juga perlu mempunyai hubungan baik dengan guru demi kebaikan anak mereka. Kadangkala anak-anak ini baik di depan mata ibu bapa tetapi sebaliknya di sekolah. Masing-masing ketakutan apabila mereka ditangkap atas sesesuatu kesalahan dan kebiasaannya mereka merayu agar jangan diberitahu kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa pula sering tidak percaya dan menafikan anak mereka akan melanggar peraturan sekolah. Anak-anak yang bermasalah ini biasanya akan membawa dua perwatakan berbeza ; baik di

rumah tetapi nakal di sekolah. Justeru itu, ibu bapa sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin demi masa depan anak mereka sendiri.

Keluarga adalah unit kecil dalam masyarakat, namun ia memberi sumbangan yang amat besar dalam membina sesebuah negara. Kepincangan sebuah keluarga, maka akan membawa pincangnya negara. Keluarga memberi keadaan persekitaran yang mempunyai nilai keinsafan, adab, akhlak dan etika yang seterusnya akan berkembang baik dalam generasi. Keluarga bertanggungjawab membentuk sikap, watak diri dan wawasan bagi seseorang insan dan ini merupakan unsur utama dalam pembinaan bangsa dan negara yang cemerlang.

Kita seharusnya menjadikan apa yang berlaku di Barat sebagai iktibar. Dunia mengakui akan kemajuan mereka di dalam lapangan sains dan teknologi, kekukuhan ekonomi dan kecanggihan teknologi dan ketenteraan. Namum, institusi kekeluargaan mereka sangat rapuh dan terdedah dengan segala penyakit sosial. Kita mahu dalam keghairahan masyarakat mengejar kemewahan asas, nilai dan kekukuhan institusi kekeluargaan tidak harus dikesampingkan.

Guru dan Sekolah Dalam penyelesaian kepada permasalahan ponteng sekolah ini, guru juga perlu memainkan peranan mereka. Antara salah satu alasan yang diberikan oleh pelajar yang ponteng sekolah ialah kelas yang membosankan. Guru seharusnya mengambil alasan ini sebagai cabaran supaya mereka berusaha melakukan sesuatu agar proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) berjalan dengan baik dan menarik. Proses p&p yang menarik bukan sahaja akan membuatkan pelajar berminat ke sekolah tetapi akan memudahkan lagi pemahaman mereka terhadap pelajaran. Pihak sekolah juga perlulah mewujudkan suasana persekolahan yang kondusif, dinamik dan memberangsangkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, guru juga perlu meluangkan sedikit masa, biar dalam keadaan yang sibuk dengan apa jenis kerjapun, untuk mengambil tahu tentang masalah pelajar, memerhatikan perwatakan dan tingkah-laku pelajar-pelajar di bawah kawalannya. Dengan ini, guru mungkin

sudah dapat mengesan dengan lebih awal pelajar yang bermasalah. Tindakan yang bersesuaian perlu diambil agar pelajar yang bermasalah ini tidak terus hanyut dan dibiarkan sendirian.

Guru janganlah tunggu dilantik sebagai guru disiplin atau guru kaunseling barulah hendak mengambil berat tentang latar belakang dan masalah pelajar. Janganlah ditunggu arahan ketua bidang, pengetua, pegawai pendidikan bahagian, pengarah, lakukan sahaja apa yang baik untuk pelajar. Sekolah juga perlu sama-sama mewujudkan suasana yang positif kepada perkembangan jati diri para pelajar yang meningkat remaja dan dewasa.

Badan disiplin semestinya bergerak selari dan seiring dengan badan-badan lain yang wujud di sekolah. Ini kerana pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu bidang ini baik di bidang akademik atau bidang bukan akademik bergantung kepada tahap disipilin pelajar itu sendiri. Pelajar yang berjaya dalam bidang kehidupan sering dikaitkan dengan mereka yang berdisiplin. Pembentukan disiplin di sekolah dilihat sama pentingnya dengan penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh itu, badan disiplin harus bergerak dalam bentuk yang terancang dan sistematik bagi membendung masalah yang akan timbul, seperti kata pepatah membendung dan mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya .

Kementerian Pendidikan Kementerian Pendidikan mempunyai peranan dalam menangani masalah ponteng sekolah ini. Sepertimana dalam keratan akhbar yang dilampirkan, kementerian boleh mewujudkan pasukan khas bagi menangkap pelajar yang ponteng sekolah. Kementerian juga boleh bekerjasama dengan pihak polis dalam membanteras gejala ponteng sekolah ini. Ini kerana, pelajar yang ponteng sekolah ini mungkin akan terlibat dengan kes-kes jenayah lain seperti mencuri dan meragut. Dengan adanya bantuan pihak polis, gejala negatif ini dapat dibanteras lebih awal.

Selain itu, diharap kementerian dapat membantu guru dengan menyalurkan lebih banyak peruntukan agar guru dapat lebih kreatif dan inovatif dalam menjalankan proses p&p. Ini akan menambahkan lagi keberkesanan penyampaian ilmu pengetahuan. Kementerian juga dapat

membantu guru dengan mengurangkan bebanan kerja sampingan supaya guru dapat fokus kepada proses p&p dan perkembangan pelajar. Pada masa kini, tugas guru bukan setakat mengajar malah turut dibebani lima tugas lain iaitu pertama; mengurus data, fail, buku rekod dan laporan; kedua, urusan pentadbiran, ketiga; kegiatan kurikulum, keempat; kokurikulum dan kelima; urusan hal ehwal murid. Dengan kurangnya bebanan tugas ini, guru akan dapat membimbing pelajar dengan lebih baik lagi dan tidak membiarkan pelajar hanyut dengan permasalahan mereka.

Kementerian juga boleh membuat satu kajian yang menyeluruh berkenaan dengan sistem pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia ada. Ketika ini sistem sekolah lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangan sahsiah. Ini dapat dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolah sekolah berasrama penuh walaupun mereka yang belajar di situ terdiri dari mereka yang terpilih

Kesimpulan Meskipun ada banyak cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah ponteng sekolah ini, namun ia hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar. Memang ada program yang dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat melalui interaksi mereka di sekolah. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman.

Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah disiplin di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini.

RUJUKAN Azizi et.al. 2007. Faktor Faktor yang Mempengaruhi Gejala Ponteng Di kalangan Pelajar Sekolah Menengah Johor Skudai: UTM dicapai pada 15 Ogos 2007 dari http://eprints.utm.my/3961/

Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub. 1997. Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hj Abdul Halim Hj Hassan. 1994. Komunikasi Dalam Pengurusan Pendidikan. Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa.

Hussein Mahmood. 1993. Kepimpinan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan .2000. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim. 2003. Perlaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseliang di Sekolah. Kuala Lumpur: Cerdik Publication Sdn Bhd. Mohd Salleh Lebar. 1998. Sosiologi Sekolah & Pendidikan.Batu Caves: Thinkers Library Sdn Bhd.

Muhd. Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd. Tamin. 1988. Psikologi remaja. Petaling, Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Rohaty Mohd Majzub. 1998. Memahami Jiwa dan Minda Remaja. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://deriakacamata.blogspot.com/2011/05/murid-ponteng-sekolah.html Murid Ponteng Sekolah Masalah ponteng sekolah sudah menjadi isu yang hangat secara bertahun-tahun yang lepas. Namun tidak terdapat sebarang bentuk penyelesaian yang kukuh dan dapat diamalkan oleh pihak sekolah. masalah ini tidak wujud di sekolah berasrama penuh dan MRSM sebab semua mruid ditempatkan di asrama sekolah. Sudah ramai penyelidik sama ada dalam kalangan guru atau pensyarah di institusi pendidikan guru dan universiti menjalankan kajian mengenai permasalahan ponteng dalam kalangan murid sama ada di sekolah rendah atau pun sekolah menengah. Masalah ponteng bukan berlaku dalam kalangan murid lelaki sahaja, malahan murid perempuan juga ponteng sekolah. Terdapat dua kategori ponteng iaitu: 1. Ponteng Sekolah (tidak hadir ke sekolah) 2. Ponteng Kelas (Tidak masuk ke kelas semasa guru mengajar, tetapi mereka hadir sekolah) Kedua-dua kategori di atas adalah berbeza daripada segi faktor penyebabnya, namun terdapat beberapa faktor yang sama menjadi punca ponteng. Contohnya murid tidak berminat untuk bersekolah, mereka akan ponteng sekolah dan seterusnya mereka ponteng kelas. Namun sekiranya murid hanya tidak suka kepada guru-guru tertentu atau subjek tertentu, mereka hanya melakukan ponteng kelas. Lokasi ponteng juga berbeza, ponteng sekolah - murid akan berada di lokasi yang terletak di luar kawasan sekolah, manakala ponteng kelas pula, murid masih berada dalam kawasan sekolah, cuma mereka bersembunyi di tempat tertentu yang tidak diketahui oleh guru. Terdapat berbagai sistem yang telah diperkenalkan mengatasi masalah ponteng seperti Sistem Merit Demerit yang popular dibeberapa buah sekolah tertentu. Sistem ini dikatakan mempunyai kesan yang baik dan dapat membantu masalah ponteng, namun terdapat juga kelemahan dalam sistem ini. beberapa buah sekolah yang melaksanakan sistem ini menemui kegagalan. Ponteng sekolah dalam kalangan murid ini tidak mengira lokasi sekolah, ia boleh berlaku di sekolah bandar dan luar bandar atau pinggir bandar. begitu juga sekolah di pedalaman, masih menghadapi masalah yang sama. Faktor penyebab di sekolah yang berlainan lokasi ini adalah sangat berbeza. Contohnya, di sekolah pedalaman, ibu bapa yang bertanggung jawab dan menyebabkan murid tidak hadir ke sekolah. Ibu bapa membawa anak-anak mereka ke ladang di musim menuai untuk membantu mereka di ladang. Bagi sekolah di bandar terutamanya bandar besar, murid tidak berminat untuk ke sekolah disebabkan oleh suasana atau persekitaran pembelajaran yang tidak kondusif. Pihak pentadbiran sekolah dan seluruh warga guru adalah bertanggung jawab bersama-sama untuk membanteras atau mengurangkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid. Guru Kelas atau Guru Tingkatan adalah berperanan penting bagi membendung masalah ini. Mereka harus memberikan seluruh perhatian dan menggunakan pelbagai strategi untuk mengenal pasti punca permasalahan sebenar yang membawa kepada masalah ponteng. Contoh, sekiranya murid datang lewat ke sekolah janganlah mereka didenda dengan pelbagai dendaan yang tidak munasabah atau memaki hamun mereka di hadapan murid lain. Mungkin lewat disebabkan oleh bas sekolah, atau ibu bapa yang menghantar mereka. Apa yang boleh dilakukan oleh murid jika bas lambat, ibu bapa lambat? Mereka hanya menumpang kenderaan

sahaja, namun apabila masuk ke kelas, guru memaki hamun mereka dan memberikan pelbagai dendaan yang menyebabkan mereka merasa malu. Akhirnya mereka akan dendam atau pun takut untuk ke sekolah sekiranya terlambat. perkara ini akan mendorong murid untuk ponteng sekolah. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan oleh guru dan pentadbir sekolah dalam mendepani masalah ponteng dengan bijaksana. Pentadbir sekolah dan guru seharusnya sentiasa berbincang untuk mendapatkan idea yang lebih bernas dan logik bagi menghasilkan pelan tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.

MASALAH DISIPLIN DALAM KALANGAN PELAJAR PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN MURID SEKOLAH BERLAKU Setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab dan alasan tertentu. Begitu juga dengan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan murid sekolah. Punca utama masalah disiplin murid sekolah timbul ialah diri murid itu sendiri. Personaliti setiap murid adalah berbeza. Masalah disiplin sering ditimbulkan oleh murid yang mempunyai sikap agresif dan bersifat ekstravert. Murid yang sangat aktif dan gemar berinteraksi dengan murid lain cenderung untuk melanggar peraturan yang ditetapkan terutamanya semasa di dalam bilik darjah. Contohnya, membuat bising serta menganggu pelajar lain dan secara tidak langsung turut menjejaskan proses pembelajaran di dalam kelas. Hal yang demikian turut berlaku dalam kalangan pelajar yang bersifat agresif iaitu mereka sering dan mudah bertindak ganas seperti cepat marah. Mereka ini juga kadang-kadang sengaja untuk menimbulkan kenakalan agar mereka ini mendapat layanan dan perhatian yang sewajarnya daripada guru-guru ,rakan-rakan, dan ibu bapa. Pada asasnya individu yang berkelakuan melanggar peraturan mempunyai keperluan emosi yang tidak dapat dipenuhi. Selain itu, perasaan iri hati dan tersingkir di rumah, sekolah, dan persekitaran yang kerap mendorong berlakunya tingkah laku yang menyimpang terhadap diri dan juga orang lain. Hal yang demikian berlaku kerana kekurangan keupayaan bagi melaksanakan sesuatu dan juga kerana faktor sosial yang ada di sekitar mereka yang boleh melumpuhkan kehendak. Masalah disiplin bukan sahaja berpunca daripada sikap murid malah turut berpunca daripada kaedah pengajaran dan bahan yang tidak sesuai. Bahan pengajaran yang terlalu bersifat lama dan formal akan menimbulkan kebosanan dalam kalangan pelajar. Hal yang demikian kerana bahan tersebut tidak dapat menarik perhatian pelajar dan terlaku sukar untuk diikuti serta difahami oleh pelajar. Contohnya dapat dilihat apabila guru hanya menggunakan kaedah pengajaran seperti membaca, menulis, dan berkomunikasi sehala semata-mata. Keadaan yang bosan akan mendorong pelajar untuk memberontak. Contohnya, murid sekolah cenderung untuk ponteng sekolah, ponteng kelas, menganggu pelajar lain, membuat bising, dan sebagainya. Disamping itu, masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah berpunca daripada keadaan fizikal bilik darjah atau kelas yang selesa dan teratur. Keadaan fizikal bilik darjah yang terlalu panas dan terlalu sesak boleh mendorong timbulnya masalah disiplin. Selain itu, pengcahayaan yang tidak cukup seperti bilik yang gelap, dan cahaya yang tidak mengcukupi turut menyebabkan berlakunya masalah disiplin. Berdasarkan situasi dan kedaan ini, pelajar mudah mengantuk dan sukar memberi tumpuan kepada proses pembelajaran dan pengajaran yang guru berikan. Sekiranya mereka tidak selesa dengan kerusi dan meja yang kurang sesuai, maka kesempatan untuk menimbulkan masalah disiplin akan diwujudkan. Di samping itu juga, suasana sosioemosi yang kurang sihat juga turut mendorong dan menyebabkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Guru yang bersifat autokratik dan dominan akan menyebabkan murid sentiasa berada dalam keadaan emosi yang tidak selesa dan tertekan. Contohnya seperti perasaan bimbang, takut, dan gemuruh yang melampau. Keadaan ini akan mewujudkan suasana atau situasi emosi pelajar yang tidak menentu dan tertekan. Ekoran daripada itu, emosi yang tertekan akan menjejaskan keupayan pelajar untuk menerima input pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Selain suasana sosioemosi yang kurang sihat seperti yang ditunjukkan oleh guru-guru, sikap pelajar itu sendiri yang mengamalkan sosiemosi yang kurang sihat turut menyebabkan masalah disiplin. Sekiranya dilihat daripada aspek pelajar, didapati berlakunya corak persahabatan dalam kalangan murid yang tidak sihat. Sehubungan dengan itu, maka wujudlah situasi atau kelompok tertutup, perasingan, murid tersingkir, dan juga pasangan murid adalah pilihan masing-masing. Tingkah laku seperti ini akan menjejaskan perhubungan yang baik dalam kalangan pelajar itu sendiri. Golongan yang bersifat sebegini perlu diber bantuan yang sewajarnya agar masalah disiplin dapat dikurangkan. Sebagai seorang guru, mereka perlu melibatkan pelajar-pelajar dalam aktiviti berkumpulan. Suasana yang sihat , tenteram, dan harmonis akan menyediakan suasana yang menggalakkan proses pembelajaran di sekolah. Seterusnya, faktor atau permasalahan kesihatan pelajar juga merupakan punca berlakunya masalah

disiplin dalam kalangan murid sekolah. Keadaan kesihatan murid yang sihat dan baik dapat mengurangkan masalah disiplin murid kerana membantu pelajar untuk memberikan tumpuan yang lebih semasa proses pembelajaran dijalankan. Hal yang demikian amat berbeza pula jika dibandingkan dengan keadaan murid yang tidak sihat kerana mereka mudah berasa tertekan. Selain itu, mereka juga mudah berasa rimas atau tidak selesa, letih, emosi tidak stabil, gelisah, dan sebagainya yang akan menganggu tumpuan pelajar. Keadaan ini turut member kesan kepada guru untuk menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada murid dengan lebih berkesan. Berdasarkan faktor ini, masalah disiplin berlaku apabila murid mudah berasa marah dan bertindak dengan melanggar peraturan sekolah seperti bergaduh dan tidur di dalam kelas. Kualiti guru merupakan salah satu punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Persediaan guru amat penting bagi menjamin ketenteraman serta disiplin murid-murid. Guru yang berinisiatif serta kreatif, menggunakan bahan dan alat bantu mengajar yang menarik dapat mengambil hati pelajar untuk menumpukan perhatian dan mengurangkan masalah disiplin pelajar. Guru yang bersikap kurang tegas serta tidak tetap pendirian turut sukar untuk mendapat penghormatan murid-murid dan guru seperti ini amat sukar untuk mengawal murid-murid di bawah jagaannya. Masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah juga berpunca daripada persekitaran sekolah itu sendiri. Antara perkara yang menggalakkan masalah disiplin berlaku adalah organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengaliran murid mengikut pencapaian. Selain itu, pihak berkuasa yang terlalu menekankan peperiksaan juga menyumbang berlakunya disiplin murid sekolah sekiranya dilihat pada aspek persekitaran sekolah. Antara yang lain ialah, bentuk dan struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru yang terlalu menekan pelajar menyebabkan masalah disiplin. Guru-guru yang melabelkan sesetengah pelajarnya seperti pelajar yang bodoh dan malas akan menyebabkan motivasi pelajar menurun dan jatuh. Murid-murid yang rendah motivasinya lebih cenderung untuk melakukan masalah disiplin. Persekitaran sekolah seperti bilangan pelajar yang terlampau ramai secara tidak langsung juga mewujudkan suasana yang membenarkan berlakunya masalah disiplin. Bilangan murid yang ramai menyukarkan pengawalan pelajar. Murid-murid yang kecewa pula akan mencuba mendapatkan perhatian guru dengan cara menimbulkan kenakalan, merosakkan harta benda sekolah serta menganggu rakan-rakan lain. Punca yang seterusnya ialah keluarga. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk anak-anak walaupun mereka mendapat pendidikan disekolah. Ibu bapa zaman sekarang kebanyakkan mementingkan pekerjaan atau wang. Kadangkal ada anak-anak lebih rapat dengan pembantu rumah daripada ibu bapa mereka sendiri. Tindakan mereka ini menyebabkan perhatian terhadap anak-anak terabai. Masalah keluarga sering kali dibawa ke sekolah oleh anak-anak atau pelajar. Selain itu, ibu bapa yang kurang memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak menyebabkan pelajar berani melakukan kesalahan tanpa ditegur dan dimarahi oleh ahli keluarga. Kebanyakkan pelajar bermasalah sering mengalami masalah keluarga. Pelajar ini akan melepaskan tekanan di sekolah seperti merosakkan harta benda sekolah, bergaduh, ponteng kelas dan sekolah serta melanggar peraturan yang lain. Rakan sebaya tidak kurang hebatnya dalam mempengaruhi masalah disiplin murid dalam sekolah. Rakan sebya merupakan orang yang paling rapat selain ibu bapa. Pelajar atau remaja lebih gemar menceritakan masalah dan perasaan mereka kepada rakan. Ekoran itu, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada pelajar. Rakan-rakan yang baik akan memdorong rakannya yang lain mengikut tingkah laku dan norma-norma yang sering dilakukan. Hal yang demikian turut berlaku kepada pengaruh pelajar yang negative yang akan mendorong rakannya untuk turut bersikap sedemikian. Justeru itu, rakan sebaya amat berpengaruh dalam membentuk personaliti pelajar. Sekiranya nilai rakan sebayanya rajin, tekun, menhormati orang lain dan sebagainya, maka secara tidak langsung akan mempengaruhi rakannya. Akhir sekali ialah berpunca daripada kemiskinan. Pelajar yang berasal daripada keluarga yang miskin lebih terdorong untuk melakukan masalah disiplin. Hal yang demikian kerana mereka tidak mampu untuk mendapatkan sesuatu, lalu menggunakan perkara yang salah, selain itu, pelajar yang berasal daripada keluarga yang miskin sering dipinggirkan dan dihina. Ekoran itu akan menimbulkan perasan tidak puas hati yang boleh menyebabkan berlakunya masalah disiplin. Contohnya, sering berlaku masalah kecurian yang dilakukan oleh pelajar yang kurang berupaya dari segi ekonomi.

PERANAN GURU DALAM MELAKSANAKAN DISIPLIN SEKOLAH Segala tindakan disiplin dan tatacara dijalankan oleh guru besar atau pengetua sekolah. Guru juga boleh memainkan peranan dalam melaksanakan disiplin sekolah. Guru mempunyai peranan dan tanggungjawab bukan sahaja setakat mengajar tetapi juga mendidik dan mengurus bilik darjah. Guru membentuk sikap, nilai, dan akhlak pelajar- pelajar melalui pembentukan disiplin yang baik. Dari aspek ini, peranan guru adalah penting kerana guru mempunyai hubungan yang rapat dengan pelajarpelajarnya. Matlamat utama ialah membentuk disiplin kendiri yang baik iaitu disiplin yang datang dari kerelaan dan kesukaan hati pelajar sendiri dan bukan kerana paksaan atau perasaan takut. Bagi mencapai matlamat ini, guru hendaklah menunjukkan contoh disiplin yang baik atau role model kepada pelajar seperti bertatatertib, berbudi bahasa, bersopan santun, bertimbang rasa, bersimpati, berdedikasi dan bersikap positif semasa berhadapan dengan pelajar- pelajar mereka sama ada di dalam bilik darjah, di sekitar sekolah mahupun di luar sekolah. Guru atau pengurus bilik darjah yang berkesan biasanya menggunakan rutin. Rutin menjimatkan masa dan tenaga dan salah satu cara yang sistematik untuk menjalankan aktiviti- aktiviti bilik darjah seperti menanda kedatangan, mengedarkan bahan- bahan pengajaran dan sebagainya. Rutin yang dilaksanakan oleh guru dapat mengelakkan kekeliruan, pertengkaran dan masalah disiplin yang lain di kalangan pelajar dapat dielakkan. Dari segi sosioemosi pula, jika didapati pelajar tidak diterima oleh kelompok pelajar- pelajar yang lain, maka penyiasatan hendaklah dijalankan dan usaha perlu diambil untuk mewujudkan suasana yang riang dan mesra supaya pengajaran-pembelajaran(P & P) berjalan dengan berkesan. Guru hendaklah berusaha mewujudkan perhubungan yang mesra dengan pelajar- pelajarnya. Perhubungan sedemikian menggalakkan komunikasi di antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Cara ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar meluahkan masalah sama ada dari aspek akedemik atau peribadi. Guru yang bijaksana akan cuba mendengar masalah- masalah tersebut serta berempati dengan pelajar berkenaan dan berusaha untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapinya. Amalan ini dapat memupuk nilai- nilai murni di kalangan pelajar seperti tolong menolong, ambil berat, toleransi dan sebagainya selain dapat mengurangkan bilangan masalah disiplin di sekolah. Guru hendaklah membantu pelajar- pelajar membentuk disiplin arahan diri. Pelajar sepatutunya bertanggugjawab atas tingkahlakunya dan bersikap berdikari. Jawatan- jawatan seperti ketua kelas, pengawas, perpustawan dan sebagainya dapat membantu pelajar membina sifat tersebut dengan kehadiran guru sebagai ketua atau penyelaras. Kegiatan kokurikulum pula seperti persatuan unit beruniform, kelab dan persatuan membantu pelajar mendisiplinkan diri dan bertanggungjawab atas diri sendiri, masa dan tingkahlaku serta memperbaiki cara atau skil perhubungan di mana guru bertindak sebagai pemerhati atau pembimbing sebagai rujukan utama pelajar jika terdapat sebarang masalah. Pelajar yang bertanggungjawab akan menyedari kesan- kesan negatif yang ditimbulkan oleh masalahmasalah disiplin dan akan menghindari dari melakunya. Peranan guru disiplin pula ialah membantu guru besar atau pengetua sekolah menyediakan peraturanperaturan sekolah dan memastikan peraturan- peraturan tersebut dipatuhi sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar sekolah. Guru disiplin juga menjadi penyelaras di antara guru- guru dan pengetua sekolah di dalam hal disiplin pelajar- pelajar. Selain itu, guru disiplin memainkan peranan penting sebagai pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibubapa/penjaga ketika mengendalikan masalah disiplin selain menjalankan hukuman disiplin jika diarahkan oleh pengetua. Guru disiplin sama- sama membantu guru besar atau pengetua sekolah mewujudkan semangat kesetiaan dan kekitaan di kalangan pelajar- pelajar dan guru- guru sekolah. Peranan lain sebagai guru disiplin ialah mengawasi dan membimbing pengawas- pengawas sekolah yang telah dilantik melakukan tugas- tugas mereka sebagai pengawas dengan baik dan tidak lupa akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar sekolah. Guru bimbingan dan kaunseling juga memainkan peranan utama dalam memberi kerjasama, nasihat dan

pandangan kepada guru disiplin dan guru- guru lain ketika menyelasaikan masalah- masalah disiplin. Guru bimbingan dan kaunseling seharusnya menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling sama ada dengan pelajar- pelajar yang mempunyai masalah disiplin mahupun dengan pelajar- pelajar yang tidak mempunyai masalah disiplin dengan bertujuan mewujudkan tingkahlaku yang baik serta membimbing mereka ke jalan yang betul. Guru bimbingan dan kaunseling boleh menganjurkan aktiviti- aktiviti selain dari program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) seperti ceramah kerjaya, taklimat menguruskan masa dengan betul, kempen kesedaran dan sebagainya supaya pelajar- pelajar mendapat panduan yang betul dalam mengharungi kehidupan. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling membantu guru disiplin dan pengetua sekolah membina perhubungan dengan ibubapa/penjaga pelajar yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis. Peranan guru kokurikulum ialah menyediakan jadual aktiviti- aktiviti kokurikulum serta mengadakan peraturan- peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaannnya. Selain itu, guru kokurikulum juga menjadi penyelaras dan panduan kepada guru- guru lain di antara ahli- ahli persatuannya dengan guru disiplin/pengetua ketika masalah disiplin timbul dalam persatuan. Peranan lain ialah guru kokurikulum mengatur acara yang menarik dan berfaedah untuk persatuannya serta memupuk bakat dan potensi di kalangan pelajar- pelajar supaya mereka tidak hanya tertekan dengan pelajaran dan akedemik sahaja serta mengelakkan bakat dan potensi mereka tidak terpesong ke arah negetif. Ini selaras dengan matlamat pendidikan untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. GANJARAN DAN HUKUMAN Objektif bagi konsep ganjaran dan hukuman adalah sama iaitu untuk mewujudkan tingkahlaku yang membina dan positif. Tetapi, ia berbeza dari segi perkaedahan. Ganjaran bertujuan mewujudkan tingkahlaku yang positif dengan mengaitkannya dengan perasaan keseronokan manakala dendaan atau hukuman dilakukan untuk mencegah sesuatu tingkahlaku yang tidak diingini dengan mengaitkannya dengan rangsangan yang menyakitkan. Walaubagaimanapun, hukuman yang dikenakan mungkin tidak menghasilkan kesan yang diingini. Kebaikan melaksanakan konsep ganjaran ialah ia mewujudkan kaitan yang seronok dengan tingkahlaku yang positif dan dengan itu menggalakkan tingkahlaku itu berulang. Konsep ganjaran juga menggalakkan pelajar-pelajar berminat terhadap pelajaran dan mengekalkan moral yang tinggi. Konsep ganjaran juga mempunyai kelemahan seperti ia menggalakkan pelajar menipu dan biasanya ia adalah ekstrinsik dalam menggerakkan pelajar memenangi hadiah, bukanlah kerana menyukai sesuatu tugas itu. Dalam kebanyakan kes, hanya beberapa pelajar cerdas sahaja yang akan mendapat ganjaran iaitu mereka yang tidak perlu dimotivasikan dengan kuat selain menggalakkan sikap yang salah(tanpa hadiah, pelajar mungkin tidak akan berikhtiar lagi). Hukuman juga mempunyai kebaikan dan kelemahannya. Di antara kebaikan- kebaikan hukuman ialah ia bertindak sebagai pencegah. Hukuman bertindak sebagai satu bentuk disiplin dan berguna sekiranya ia merupakan satu akibat semulajadi disebabkan tingkahlaku yang salah, digunakan bersama- sama dengan ganjaran dan pelajarpelajar akan menyedari bahawa yang dihukum ialah tingkahlakunya yang tidak diingini dan bukanlah dirinya. Hukuman boleh dikategorikan kepada hukuman pembuangan, penggantungan dan hukuman- hukuman biasa. Hukuman pembuangan melibatkan pelajar- pelajar yang mempunyai disiplin yang teruk atau kesalahan yang berat seperti membawa senjata yang merbahaya untuk mengancam nyawa orang lain, menghisap rokok dan meminum minuman keras, kerap melanggar peraturan- peraturan sekolah, merosakkan atau membinasakan harta sekolah, menyertai pertubuhan- pertubuhan haram dan melawan pihak- pihak berkuasa. Hukuman penggantungan adalah bersifat sementara sahaja. Ia merupakan satu arahan di mana seseorang pelajar itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah atau menikmati sesuatu kemudahan sekolah. Jika hukuman penggantungan dibuat sebagai satu hukuman, peluang hendaklah diberi kepada pelajar untuk menafikan tuduhan yang dibuat terhadapnya. Hukuman- hukuman biasa termasuklah hukuman dera, penahanan, denda dan amaran. Hukuman dera atau rotan adalah berkesan dijalankan sebaik- baik sahaja sesuatu salah laku dilakukan oleh pelajar.

Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan kecuali ke atas pelajar perempuan tertakluk kepada syaratsyarat yang dinyatakan dalam Peraturan- peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan yang ringan dan pukulan rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di punggung yang dilapik pakaian. Setelah hukuman dera dikenakan, catatan hendaklah dibuat dalam satu buku rekod khas. Butiran- butiran seperti bilangan pukulan, bahagian anggota yang dirotan, sebab- sebab, tarikh dan tandatangan pengetua dan seorang guru yang menjadi saksi. Hukuman dera juga boleh dijalankan oleh seorang guru yang berdaftar yang telah diberi kuasa oleh pengetua atau guru besar. Kesan hukuman dera bukan sahaja berfungsi sebagai pencegah kepada yang lain tetapi yang penting ialah kesannya ke atas pesalah itu sendiri. Selepas hukuman dera dikenakan, pelajar berkenaan hendaklah diberi kesedaran bahawa hukuman itu adalah dibuat untuk kepentingan dan kebajikannya sendiri. Hukuman penahanan merupakan satu proses menafikan pelajar- pelajar nakal dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya. Arahan penahanan sepatutnya menentukan masa dan jumlah jam seseorang pelajar itu ditahan. Semasa dalam penahanan, pelajar yang berkenaan hendaklah menjalankan sesuatu aktiviti yang berfaedah dan membina seperti membersihkan persekitaran sekolah, membersihkan tandas dan surau, dan sebagainya. Tujuan penahanan ialah mencegah pelajar berkenaan dan pelajar- pelajar lain daripada menonjolkan tingkahlaku antisosial. Hukuman denda boleh dikenakan sama ada secara fizikal mahupun kemampuannya. Hukuman denda secara fizikal seperti berdiri atas bangku, tekan tubi dan sebagainya. Hukuman denda dengan kemampuan seseorang pelajar untuk membayar perlu dipertimbangkan. Adalah penting bagi denda itu supaya sejajar dengan wang saku pelajar berkenaan dan dibayar oleh pelajar berkenaan, bukan oleh ibubapanya. Cara ini akan menyebabkan pelajar itu merasakan bahawa dirinya dihukum. Amaran dikenakan apabila didapati salah laku pelajar berkenaan adalah kecil dan oleh itu tidak perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. TATACARA MENYELESAIKAN MASALAH DISIPLIN Guru- guru hendaklah mematuhi beberapa langkah dalam menyelesaikan masalah-masalah disiplin. Setiap kesalahan hendaklah dianggap secara objektif. Guru hendaklah ketepikan nafsu marah dan elakkan daripada membuat keputusan atau kesimpulan yang terburu- buru tanpa penyiasatan. Langkah seterusnya ialah memastikan suasana adalah tenang di antara guru dan pelajar sebelum menjalankan penyiasatan. Pelajar yang terlibat hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan tentang satu- satu tuduhan itu dan guru hendaklah menyedarkan pelajar berkenaan kesalahannya dengan memberi hukuman sepatutnya. Ketika menghukum pelajar, guru hendaklah mempunyai tujuan menolong pelajar yang bersalah untuk memperbaiki tatakelakuan dan cara hidupnya yang tidak berdisiplin. Guru hendaklah mengelakan diri daripada menghukum semata- mata untuk melepaskan geram. Guru tidak seharusnya memberi kerja kelas seperti kerja menulis atau mengira sebagai denda kepada pelajar. Hukuman secara beramai- ramai seperti menahan seluruh kelas disebabkan kesalahan seorang atau beberapa pelajar harus dielakkan kerana tindakan ini akan menimbulkan perasaan dendam di kalangan pelajar-pelajar yang tidak bersalah. Hukuman merotan dan menampar pelajar haruslah dijauhi. Punca yang menyebabkan masalah disiplin perlu dikaji kerana masalah disiplin tidak akan dapat diatasi dengan hukuman semata- mata dan hukuman tidak seharusnya berbentuk kejam, penghinaan atau kritikan kerana ini akan menimbulkan perasaan dendam dan kehilangan rasa hormat terhadap guru. Kesan- kesan hukuman hendaklah dinilai sebelum dan selepas oleh guru. Ini adalah kerana sikap pelajar-pelajar terhadap hukuman adalah berbeza. Ada pelajar yang sengaja inginkan hukuman untuk mendapatkan perhatian atau status di kalangan kawan sebaya. Hukuman perlu difahami oleh pelajar berkenaan dan pelajar-pelajar lain sebagai adil dan berpatutan. Mereka perlu tahu sebab-sebab pelajar tersebut dihukum. Setelah hukuman dilakukan, kesalahan pelajar perlulah dimaafkan dan tidak patut disebut lagi. Adalah lebih baik sekiranya hukuman dapat menghasilkan sesuatu daripada denda. Hukuman perlulah tekal dan dianggap adil. Kadar hukuman itu haruslah selaras dengan kadar kesalahan yang dilakukan oleh pelajar tersebut.

Jika usaha untuk mengubah kelakuannya gagal, guru bolehlah meminta bantuan guru kaunseling untuk menyiasat punca masalah disiplin pelajar. Jika masalah berkaitan dengan keluarga atau hal peribadi pelajar, kerjasama ibubapa atau penjaga pelajar hendaklah diminta untuk menyelesaikan masalah itu. Jika masalah disiplin ada kaitan dengan masalah ekonomi keluarga, bantuan pegawai kebajikan sekolah hendaklah diperoleh. Jika masalah bersabit dengan kes- kes berat seperti penyalahgunaan dadah, peras ugut, pencurian dan jenayah yang lain, guru besar atau pengetua haruslah diberitahu. LANGKAH- LANGKAH MENGATASI MASALAH DISIPLIN Guru hendaklah memastikan semua pelajar sentiasa memenuhi masa mereka dengan tugasan yang berfaedah iaitu dengan memberi kerja tambahan kepada pelajar-pelajar yang cerdas dan memberi layanan individu kepada pelajar yang lemah. Dengan cara ini pelajar- pelajar tidak akan bosan dan mengurangkan risiko melakukan masalah disiplin. Guru hendaklah membantu mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat supaya proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) berjalan dengan lancar. Selain itu, guru haruslah mempelbagaikan kaedah pengajaran serta banyak menggunakan alat bantu mengajar seperti radio, televisyen, slaid dan sebagainya untuk menarik minat belajar. Penyertaan pelajarpelajar dalam proses pengajaran-pembelajaran hendaklah sentiasa digalakkan supaya mereka tidak berasa bosan dan gelisah. Apabila para pelajar meminati pelajaran, maka kemungkinan mereka menimbulkan masalah disiplin berkurangan. Guru hendaklah menghormati pelajar- pelajar seperti manusia biasa. Layanan yang baik yang diberikan akan merapatkan perhubungan guru dengan pelajar. Perhubungan yang rapat ini boleh menghindarkan para pelajar daripada menimbulkan masalah. Tambahan, guru haruslah memberi perhatian terhadap perbezaan individu. Kebolehan pelajar-pelajar yang berbeza menyebabkan pencapaian yang berbeza. Justeru, kaedah mengajar hendaklah berlainan agar sejajar dengan kebolehan pelajar supaya mereka tidak berasa disisihkan. Aras aspirasi bagi setiap pelajar haruslah realistik. Pelajar- pelajar berbeza dari segi kebolehan, minat dan bakat. Oleh itu, guru perlu menggalakkan pelajar-pelajar agar bersaing dengan dirinya sendiri dan bukanlah dengan pelajar-pelajar yang lain. Ini bermakna guru perlu memberikan kepujian dan pengakuan kepada setiap pelajar yang menunjukkan kemajuan. Dengan cara ini, setiap pelajar akan dapat menikmati kejayaan yang mereka usahakan. Tetapi, kebanyakkan guru hanya memberi pujian kepada mereka yang memperoleh markah tinggi sahaja manakala mereka yang kurang cerdas diabaikan. Kesannya, mereka lebih cenderung melakukan masalah disiplin untuk menarik perhatian guru. Hukuman dera tidak seharusnya digunakan. Ia akan menimbulkan perasaan benci kepada guru dan seterusnya terhadap sistem persekolahan. Perasaan dendam dan benci ini boleh membawa kepada masalah disiplin yang lebih teruk lagi. Jika hukuman dera terpaksa dilakukan demi kebaikannya, pelajar berkenaan haruslah diberi peluang untuk menafikan tuduhan itu. Guru seharusnya meluangkan masa untuk mendengar masalah- masalah pelajar. Sesi kaunseling yang dijalankan oleh guru boleh meliputi aspek akedemik, kerjaya dan peribadi supaya masalah yang dihadapi dapat dikurangkan dan perasaan kecewa tidak mungkin dialami oleh pelajar. Guru haruslah bermesra dengan pelajar tetapi tegas dan tenang apabila berhadapan dengan mereka.

KESIMPULAN Disiplin melibatkan norma dan nilai serta berhubungkait dengan tatatertib, tatasusila, peradaban akhlak, kesopanan, bersifat rasional, keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang mengikuti peraturan yang diterima oleh masyarakat, negara dan agama. Dari segi pendidikan, disiplin adalah mengorientasi ahliahli masyarakat kepada norma- norma masyarakat itu. Sekolah mengusahakan supaya menghayati norma- norma masyarakat menerusi dua cara iaitu mengenalkan norma- norma masyarakat di luar sekolah dan mempraktikkan norma- norma masyarakat di sekolah dengan peraturan- peraturan yang telah ditetapkan agar proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki oleh matlamat pendidikan negara berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara (FPK).

http://kayrolls.blogspot.com/2010/02/masalah-dusiplin-dalam-kalangan-pelajar.html

Pengenalan Gejala perlanggaran disiplin di kalangan pelajar-pelajar sekolah sebenarnya bukanf enomena bar u, ianya telah lama wujud dan t iada kesudahannya iaitu semenjak sistem persekolahan mula diperkenalkan. Masalah disiplin di kalangan pelajar di negara kita telah punwujud semenjak kewujudan sistem pendidikan itu sendiri iaitu sebelum negara kita mencapaikemerdekaan pada tahun 1957 (Musa, 1978).Ponteng adalah salah satu kes salah laku pelajar yang berlaku di semua peringkat sekolahsama ada rendah atau menengah yang mempunyai bilangan kes sedikit ataupun banyak. Laporantentang gejala ini juga sering dipaparkan di dada-dada akhbar contohnya pada 4 dan 5 April 2001melaporkan pelajar melakukan salah laku ponteng secara berturut-turut kian meningkat. Ini jelasmenampakkan masalah ponteng perlu di ber i perhat ian yang lebih agar generasi yang akan datang mempunyai sikap dan nilai yang terpuji dan tidak terjejas kecemerlangan akademiknya.Gejala ponteng sekolah menjadi masalah disiplin yang tinggi peratusnya berbandingdengan masalah disiplin yang lain. Ini diakui dalam laporan Disiplin tahunan 1992 BahagianSekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Gejala ini juga telah menimbulkan kerisauan dikalangan warga pendidik dan masyarakat kerana banyak sekolah, sama ada di kampung ataupundi bandar telah dan masih hingga kini menghadapinya. Lebih merisaukan lagi fenomena inisemakin meningkat. Laporan dari Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1996)telah menunjukkan jumlah yang besar dan sentiasa meningkat. Permasalahan ini terjadi dari berbagai faktor seperti faktor kemiskinan, pengaruh rakan sebaya, sikap pelajar itu sendiri dan juga faktor sekolah. Walau apa pun faktornya, ponteng menjadi satu penyakit yang berbahaya dan mudah tersebar kepada pelajar lain ponteng aktor-faktor kepada kejadian sekolah Masalah ponteng di kalangan pelajar-pelajar sekolah adalah satu penyakit yang serius yangs e h i n g g a k i n i t i a d a p e n y e l e s a i a n n y a . F e n o m e n a y a n g b e r l a r u t a n i n i b o l e h m e m b a n t u t kecemerlangan pendidikan, ia juga akan mengheret seseorang itu kepada perbuatan salah lakuyang lebih memudaratkan lagi seperti merokok, mencuri, menghisap dadah, peras ugut dan lain-lain aktiviti jenayah. Terjadinya kes ponteng adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Ada dua faktor utamayang menyebabkan para pelajar melakukan ponteng iaitu faktor sekolah dan faktor luar sekolah.Antara factor luaran sekolah adalah seperti suasana persekitaran s ekolah yang berubah secaramendadak akibat dari proses pembandaran. Pembinaan pusat membeli belah dan pusat-pusathiburan yang terlalu hampir dengan sekolah akan menjadi faktor penarik kepada gejala pontengsekolah. Sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya penampilanartis yang mereka minati, seperti memakai pakaian yang berjenama dan stail rambut yang baru, jika tiada wang yang mencukupi, mereka rela ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapatwang.Adalah amat penting untuk disedari bahawa bukan semua pelajar minat untuk belajar.Jiwa muda mereka lebih terangsang untuk berseronok bersama rakan-rakan. Oleh kerana masauntuk berseronok telah habis untuk belajar, maka mereka ini memilih untuk ponteng sekolah bagi membolehkan mereka berseronok. Alasan ini bertepatan dengan Responden Kedua

dimanaia lebih banyak menghabiskan masanya dengan bermain permainan di komputer sama ada dirumah mahu pun di siber caf bersama rakan-rakannya kerana ia lebih menyeronokkan. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang ini, banyak aktiviti yang menggalakkan budaya mungkar danh e d o n i s t i k d i k a l a n g a n r e m a j a m e n e r u s i p e n g a n j u r a n k o n s e r t - k o n s e r t a r t i s B a r a t . I n i membarahkan lagi keadaan. Untuk melepaskan nafsu berseronok mereka, para pelajar tidak ada pilihan melainkan ponteng sekolah. Pengaruh media elektronik yang saban hari memaparkantentang gejala ganas dan kebebasan remaja yang keterlaluan banyak mempengaruhi pemikiran golongan muda terutama yang baru meningkat remaja juga menjadi penyum bang kepada berlakunya gejala ponteng.Manakala kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa, perasaan ingin tahuserta desakan atau pengaruh dar i rakan sebaya boleh menjadi penyebab terjadinya masalah ponteng yang kian sukar dibendung lagi. Alasan ini bersesuaian dengan responden pertama, dimana ia ponteng sekolah kerana merasakan dirinya tidak disayangi oleh kedua ibubapanyaakibat peceraian kedua ibubapanya. Perbuatan ponteng ini dilakukan untuk menunjukkan protesatau menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap ibubapanya.Selain itu, faktor sekolah juga menjadi salah satu penyebab kepada permasalahan pontengdan mengganggu suasana pembelajaran. Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman it u amat kritikal bag imelahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan perlaksanaan disiplin yang ef ektif menjamin pembelajaran yang b erkesan danmengurangkan kes-kes salah laku pelajar.Mengikut Rafiah Ismail (1993), faktor sekolah yang menyebabkan pelajar melanggar disiplin ialah guru disiplin terlalu tegas dalam perlaksanaan disiplin serta keterlaluan dalammenjatuhkan hukuman ke atas pelajar tanpa melihat serta selidiki sebab pelajar melakukan salahlaku. Perlaksanaan disiplin di sekolah perlu dijalankan dengan tegas untuk menjaga suasanasekolah tet api tidak harus keterlaluan. Bila keadaan ini berlaku, pelajar akan sentiasa rasa tertekan dan mula memberontak serta melanggar dengan apa jua peraturan yang disediakan oleh pihak sekolah. Disebabkan itulah terjadinya masalah ponteng yang semakin meningkat. MenurutOlive Banks (1987), pemberontakan pelajar sebagai ponteng sekolah dan dihalau keluar dari bilik darjah oleh guru apabila pelajar menentang peraturan yang disediakan oleh sekolah.Set erusnya penentangan ini membawa kepada masalah kes salah laku yang lebih berat lagiseperti menghisap dadah, merosakkan harta sekolah, samseng, mencuri dan sebagainya.Berdasarkan kepada temubual responden ketiga , antara punca pelaj ar ponteng yang telah dikenal pasti ialah kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Keadaanini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikantumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, geografi, pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga kurang berminatkerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajar an den gan sempurna keranaketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunyakes ponteng di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa dan dito kok tambah pula guru tidak berusahamenarik minat mereka, maka pelajar -pelajar itu akan hilang semangat untuk belajar. Merekakebanyakannya datang ke sekolah semata -mata

kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu,mereka kerap ponteng kerana tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang

lebih cerdas. Mengikut Koh Boh Boon (1981), guru yang kurang pandai teknik dan strategim e n g a j a r p e l a j a r b e r k e c e n d e r u n g a n m e m p u n y a i s i k a p n e g a t i f t e r h a d a p k e b o l e h a n d a n pencapaian pelajar. Sikap negatif ini merendahkan lagi konsep diri serta harga diri pelajar yangkurang pandai dan seterusnya mengurangkan lagi minat dan keinginan mereka untuk belajar seterusnya menjurus kepada masalah disiplin. Sikap negatif guru ini terhadap pelajar lemah akanmembawa masalah kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Responden keempat pula menyatakan ia kerap ponteng sekolah kerana selalu dimarah dan dihukum oleh guru kerana kegagalannya untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberikan olehguru. Kegagalan menyiapkan kerja bukan k erana malas tet api t idak tahu bagaimana untuk menyudahkannya. Menurut W.F Connel (1981), disiplin yang terlalu ketat dalam bentuk dendayang kejam, sindiran dan pemeriksaan yang terlalu kasar pada kerja menyebabkan keteganganemosi di kalangan pelajar. Keadaan ini akan memburukkan suasana pembelajaran dan menjadisalah sat u penyebab pelajar bermasalah dalam kehadiran ke sekolah . Dari kajian BahagianS e k o l a h K e m e n t e r i a n P e n d i d i k a n t a h u n 1 9 9 5 ( U t u s a n M a l a y s i a , 2 1 M a c 1 9 9 7 ) , i k l i m persekolahan yang tidak menggala kkan seperti tumpuan berlebihan terhadap peperiksaan, hukuman yang keras dan memalukan serta sikap guru yang kasar dan bengis menjadi puncaut ama masalah disiplin di kalangan pelajar. Pelajar akan merasakan bahawa dir i mereka teraniaya dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar dan menjejaskan minat serta semangatmereka untuk belajar. 3.0. Tindakan yang perlu dilakukan terhadap murid yang kerap ponteng sekolah Bagi pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir atas sebab -sebab tertentu, p e l a j a r m e s t i l a h menyertakan dokumen seperti berikut sebagai bukti:a. Sakit - mesti ada surat pengesahan doktor/pegawai perubatan 10 b. Kematian-mesti ada surat pengesahan kematian daripada h o s p i t a l / p e n g h u l u / ibu/bapa/penjaga.Pelajar yang tidak dapat hadir 3 hari berturut-turut dalam seminggu atau 10 hari berselang dalamsebulan ke sekolah/ aktiviti ko kurikulum/kelas tambahan/kelas amali dan lain - lain aktivit isekolah dengan tanpa apa-apa maklumat daripada ibu/bapa/penjaga, surat m akluman akandikeluarkan. Jika tiada tindakan ibu bapa/penjaga selepas TUJUH (7) hari surat makluman akandikeluarkan, surat Amaran 1 akan dikeluarkan dan seterusnya seperti berikut: - 3 hari berturut-turut,10 hari berselang-selanga. Surat amaran 1 - 10 markah demerit b. Surat amaran 2 - 15 markah demeritc. Amaran terakhir - 20 markah demeritd. Makluman Penggantungan dengan tarikhPelajar yang tidak hadir selama 30 hari berturutturut atau berselang, pelajar boleh digantung persekolahan selama seminggu (1 minggu) dengan makluman ibu/bapa/penjaga. Manakala bagi pelajar yang tidak hadir selama 60 hari berturut -turut at au berselang, pihak sekolah akan mengambil tindakan menggantungkan pelajar tersebut selama dua minggu (2 minggu) dengan makluman ibu/bapa/ penjaga. Sekiranya pelajar yang tidak hadir melebihi 60 hari, pelajar berkenaan akan dicadangkan kepada Jabatan Pelajaran untuk dibuang sekolah.

4.0.Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani peningkatan pelajar ponteng sekolah. Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran pula perlu membuat satu kajian yang menyeluruh berkenaan dengan sistem pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia ada. Ketika ini sistemsekolah lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangansahsiah. Ini dapat dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolah sekolah berasrama

neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; penjaganya malaikat -malaikat yang keraskasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan -Nya kepada mereka,dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sabda baginda: Mafhumnya: " Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi." Ibu bapa perlu sedar bahawa mereka sedang menyediakan generasi baru. Ibu bapa perlus e d a r b a h a w a a n a k d a l a m d u k u n g a n m e r e k a k e l a k a k a n m e n j a d i i n s a n y a n g m e m p u n y a i tanggungjawab, dan tata kelakuan mereka akan mempunyai kesan terhadap insan lain.Secara langsung, nilai dan gaya hidup ibu bapa akan mempengaruhi tarbiyah atau p e n d i d i k a n a n a k - a n a k . A n a k - a n a k a k a n m e l a k u k a n a p a y a n g m e r e k a l i h a t d a n a k a n mengingatinya untuk di contohi. Apa yang nyata, anak yang melihat ibu bapanya menipu tidak akan belajar menjadi orang yang jujur. Anak yang mempunyai ibu bapa yang ganas dan lasak,tidak akan membesar menjadi seorang yang mempunyai sifat kasih sayang.Merujuk kepada kisah-kisah tauladan Rasulullah s.a.w., memang terdapat banyak riwayatmengenai cara Rasulullah s.a.w. mentadbir dan menguruskan rumahtangganya. Antaranya:i. Mempromosikan dan menghayat i hidup beragama dalam rumahtangga. i i . M e w u j u d k a n p e r s e k i t a r a n d a n s u a s a n a k e l u a r g a y a n g s i h a t . iii. Mewujudkan sif at belas kasihan, ihsan, lemah lembut, dan kasih sayang.iv. Memahami tahap -tahap keperluan anak -anak meng ikut proses pembesar annya.Ibu bapa mest ilah memantau anak -anak mereka dengan baik, tidak terlalu menurut kemahuan anak-anak sehingga anak-anak memijak kepala mereka. Dan yang lebih pentingnya, jika anak-anak itu bersalah dan dikesan oleh pihak lain, ibu bapa mestilah mengakui kesalahanitu, di samping membantu menyelesaikan masalah sama ada dengan kaedah sendiri ataupun bersama pihak yang mengesan kesalahan anak mereka itu.Oleh itu amat penting bagi ibubapa 18

melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan supaya dapat membesar dan mendidik anak denganlebih sempurna. Ini perlu memandangkan ibubapa yang bekerja mempunyai

masa yang terhad bersama dengan anak -anak. Masa yang singkat ini per lulah dimanf aatkan dengan sebaik mungkin supaya kasih sayang dan kemesraan kekeluargaan itu dapat dieratkan. 5.0. Pendapat dan Saranan Pada pendapat saya, gejala ponteng sekolah adalah berpunca daripada kurangnyakesedaran murid itu sendiri terhadap kepentingan pelajaran. Murid tidak diberi atau didedahkandengan peri perlunya pelajaran dalam kehidupan mereka oleh guru dan juga ibubapa. Apa yangmereka lalui adalah rutin kehidupan seorang pelajar iaitu belajar, membuat latihan, membaca dansebagai tanpa mengetahui kepentinganya. Murid disogok dengan latihan dan tugas yang banyak terutama bagi murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan bagi mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Keinginan pihak sekolah dan hasrat ibubapa untuk mendapat keputusanyang cemerlang sudah pasti memberi tekanan kepada guru dan murid. Murid pula dibekalkandengan latihan yang banyak berserta dengan kelas tambahan yang saban hari sehinggakan tiadawaktu untuk berehat. Keadaan ini sudah pasti membuat mereka berasa bosan dan mencarialtenatif yang lebih menyeronokkan. Pelajar sekarang terdedah dengan pelbagai perkara di sekeliling mereka. Bahan bacaan, televisyen, wayang, internet, kawan, keluarga dan persekitaranmasyarak at adalah antara yang banyak memainkan peranan dalam pembentukan peribadi seseorang itu. Ini termasuk keadaan dunia yang tanpa sempadan kini menyaksikan pelbagai pengaruh dari luar menjajah minda para pelajar.Tanpa kesedaran tentang pentingnya pelajarandan benteng keimanan yang kukuh murid-murid mudah terjebak dalam gejala yang tidak sihatseperti ponteng, merempik dan sebagainya.Bagi mengatasi masalah ponteng sekolah dan seterusnya menentukan kejayaan pelajar- pelajar i a l a h m e l a l u i i k l i m d a n b u d a y a s e k o l a h . S u a s a n a d a n p e r s e k i t a r a n y a n g h a r m o n i b o l e h membangkitkan semangat dan akan melahirkan pelajar yang mempunyai sikap cintakan sekolah.Dengan itu dapat mengurangkan masalah salah laku dan disiplin. Sekolah perlu mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai dan indah bagi membolehkan supaya pelajar mempunyai sikapcinta kepada sekolah. Membentuk disiplin tidak sesuai menggunakan kekerasan, emosi tidak boleh disekat, dengan itu masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan. 19 Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, Kesedaran tentang penanaman nilai-nilai murni disemai dandibajai mulai zaman kanak -kanak lagi. Ibubapa, guru-guru dan masyar akat masing -masing berperanan dalam memberi teladan kepada kanak -kanak agar mereka dapat menyesuaikan danmempersembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan kerana merekaibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warna nilai yang baik. Bak kata pepatah,"melentur buluh biarlah dari rebungnya ". Ibubapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan anak -anak sepertimana yangdikehendaki oleh Islam, bukan mengikut corak yang mereka pilih atau sukai. Oleh itu, anak-anak perlu dididik, diasuh dan dijaga dengan sebaik -baiknya supaya hidupnya kelak sentiasa beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.Firman Allah s.w.t. :) Surah al-Anfal: ayat 28 ( Maksudnya:

Ketahuilah bahawa harta benda kami dan anak -anak kamu itu hanyalahmenjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar . Di sekolah guru memainkan peranan sebagai ibubapa dalam membentuk kanak kanak selaras dengan penerapan yang dimasukkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Nilainilai murnimula diterapkan dari pendidikan pra sekolah lagi merupakan asas kepada proses pembelajarandan perkembangan kanak-kanak dalam membentuk peribadi dan bernilai murni. Guru bukanhanya menjalankan tugas mengajar matapelajaran yang terdapat dalam sukatan tertentu sahaja,sebab nilai murni perlu terdapat dalam setiap matapelajaran. Dan adakalanya nilai murni yangdisalurkan itu tidak terdapat secara khusus di dalam subjek tersebut tetapi diterapkan secara tidak 20

formal seperti komunikasi yang baik antara guru da n murid, yang akan m e m p e n g a r u h i penanaman nilai dalam jiwa pelajar.Dalam pada itu, pihak pentdabiran sekolah juga perlulah mentadbir sekolah mereka kearah sekolah penyayang yang mana bukan sahaja tindakan yang mana, mereka mengambil berattentang masalah-masalah para pelajar dan juga cuba menjadikan sekolah sebagai tempat yang mengembirakan semua pelajar mereka. Aktiviti - aktivit i di sekolah sepert i kokurikulum contohnya, membolehkan para pelajar bergaul antara satu sama lain, dan secara tidak langsungakan memupuk mereka melakukan aktiviti yang berfaedah dan tidak membuang masa dan tidak terpengaruh dengan gejala-gejala negatif luar seperti terlibat dengan permainan video, cyber cafedan juga lepak di pusat -pusat membeli belah. Ini juga akan menyebabkan para pela jar iniseronok untuk ke sekolah . http://www.scribd.com/doc/47075513/Masalah-Ponteng-Dikalangan-Murid-Sekolah

Soalan:

Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan semua pihak. Bincangkan kesan-kesan gejala ponteng sekolah dan langkah-langkah untuk membendung masalah tersebut.

Pendahuluan Gejala negatif yang melibatkan pembaziran masa Merujuk kepada aktiviti yang boleh menyumbang kepada gejala sosial lain.

Perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan ponteng kelas sehingga menjadi amalan dan tabiat, ianay boleh membawa kesan negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarganya dan juga sekolah. Seterusnya perlakuan tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat tanggungjawab, akan ketinggalan dalam pelajaran dan yang paling dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan negatif.

Isi Pertama AT :dapat memundurkan pencapaian akademik seseorang dan sesebuah sekolah. AH :-pelajar yang ponteng sekolah akan ketinggalan dalam pelajaranyang diajar oleh guru dii sekolah. -hal ini akan menyebabkan seseorang itu tidak faham mengenai pelajaran dan akhirnya tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. -impaknya, pencapaian akademik seseorang itu akan merosot dan akhirnya menyebabkan kemerosotan pencapaian akademik sekolah. AC :

AP : sudah terang lagi bersuluh bahawa gejala ponteng sekolah dapat memundurkan pencapaian akademik seseorang dan sesebuah sekolah. UM : sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Isi Kedua AT : AT AH : Para pelajar juga merupakan golongan remaja sememangnya berdarah muda sentiasa menginginkan hiburan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari hiburan. Antaranya ponteng sekolah dan melepak dengan rakan-rakan mereka yang lain. Remaja yang sering kali mengamalkan budaya ponteng sekolah akan mudah terlibat dengan penyalahgunaan dadah, meminum arak, merokok, keruntuhan akhlak, merosakkan harta benda awam dan mencemarkan alam sekitar. Kerana terpengaruh dengan rakan sebaya. Mengakibatkan gejala sosial dan jenayah.

AC :

-berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh krew-krew rancangan 999, ramai pelajar yang membuang masa yang begitu berharga di pusat membeli belah pada waktu sekolah semata-mata untuk melepak.

AP:
-Jelaslah bahawa budaya ponteng sekolah boleh menyumbang kepada gejala sosial dan jenayah. -bagai kera dapat bunga.

Isi Ketiga

AT:
Memburukan imej negara.

AH:

-mengakibatkan budaya lepak. -kerana para pelancong yang datang ke negara ini akan mendapat gambaran yang buruk tentang masyarakat di negara kita dan akan menceritakan keadaan ini apabila mereka pulang ke negara mereka.

AC:
-para pelancongakan berasa terganggu dengan suasana yang amat tidak menyenangkan ini. -mereka pasti akan membuat tanggapan bahawa negara kita sudah hilang budaya ketimuran dan kini sedang menuju ke era keruntuhan moral. AP" - menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, terdapat ramai pelancong yang kurang senang dengan gelagat golongan remaja yang melepak di kawasan membeli belah, dan terdapat juga pelancong yang mengadu mereka diganggu dan sering menerima kata-kata kesat daripada golongan remaja yang sedang melepak.

Isi Keempat AT: Pihak sekolah hendaklah mengenakan denda yang lebih berat kepada pelajar yang ponteng sekolah.

AH:
-pelajar pada masa kini sudah tidak berasa gerun dengan denda yang terlalu ringan yang dikenakan oleh guru kepada mereka. -mereka menganggap denda yang dikenakan itu tidak mendatangkan kesan yang mendalam dalam diri mereka. -hal inilah yang menyebabkan pelajar tidak mengenal erti serik dalam kehidupan mereka. -seterusnya akan melakukan perkara yang sama dengan berterusan.

AC:
-sebagai contoh pelajar yang ponteng sekolah perlu diberi amaran gantung sekolah dan sebatan yang dapat mendatangkan kesedaran kepada diri pelajar itu sendiri.

AP:
-mereka akan serik melakukan amalan tersebut kerana takut dikenakan denda yang berat oleh pihak sekolah.

Isi Kelima AT: -ibu bapa haruslah menyemai nilai agama dalam diri anak-anak mereka. -ibu bapa merupakan golongan yang paling rapat dengan para pelajar.

AH:
-apabila ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan sesuatu amalan sudah tentu anak-anak mereka akan mengikut ajaran yang telah dididik oleh ibu bapa mereka. -pendidikan agama yang sempurna dapat mengelakkan anak mereka daripada budaya-budaya negatif seperti budaya ponteng sekolah. -hal ini demikian kerana, agama Islam sememangnya terkenal dengan penerapan nilai-nilai dan amalan-amalan yang positif. -bagi pelajar yang terasuh dengan didikan agama yang sempurna mereka tidak akan melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti budaya ponteng sekolah kerana mustahil bagi seorang pelajar yang berdisiplin dan beragama secara tiba-tiba melakukan perkara yang negatif. AC: -menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri pelajaran Malaysia, Dato Seri Hishamuddin peranan agama juga menjadi salah satu faktor yang penting dalam mengatasi masalah ponteng sekolah yang semakin menular ini. AP: -sudah terang lagi bersuluh bahawa peranan ibu bapa dalam menyemai nilai agama dalam diri anak-anak dapat mengatasi masalah ponteng sekolah ini.

Penutup : -kesimpulannya, semua pihak seharusnya bekerjasama dan berganding bahu terutamanya pihak sekolah dan ibu bapa supaya budaya yang semakin menular dalam kalangan remaja ini dapat diatasi secara keseluruhannya. -dengan membenteras budaya yang negatif ini akan terhindarlah amalan-amalan buruk yang lain. Kegagalan membenterasnya sudah tentu dapat menyumbang kepada kemerosotan pendidikan negara.

Gejala Sosial : Ponteng Sekolah


Menurut Kamus Dewan,istilah ponteng dapat didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran.Dari wikipedia Bahasa Melayu, ponteng merujuk kepada apa-apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabab.Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas.Walaupun pelajar berada di kelas,tetapi hati yang tidak memberi tumpuan kepada pembelajaran.Hal ini juga dikategorikan sebagai ponteng.Pihak media sering menyiarkan berita tentang gejala tersebut sehingga pihak sekolah dan ibu bapa menjadi paparazi untuk mengintip kegiatan pelajar-pelajar yang ponteng.

Gejala ponteng semakin meningkat dari semasa ke semasa.Antara punca pelajar ponteng yang dikenal pasti ialah keruntuhan institusi keluarga.Pertelingkahan antara ibu bapa akan mennyebabkan anak-anak mereka tidak dihiraukan.Kekurangan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga mengakibatkan mereka cuba ponteng sekolah.Hal sedemikian menunjukkan kerutuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah displin dalam kalangan pelajar terutamanya masalah ponteng sekolah.Selain itu,ibu bapa sentiasa sibuk bekerja di luar dari siang hingga tengah malam,masa bersama pelajar semakin berkurang sampai pelajar tidak mendapat perasaan kasih sayang daripada ibu bapa.Oleh sebab kurang perhatian daripada ibu bapa,pelajar akan cuba menggunakan cara yang negatif seperti ponteng untuk memerangkap perhatian mereka.Dalam keluarga yang ibu bapa megejar materialistik,sikap ini akan mengambil alih kepentingan pelajar kepada kebendaan-kebendaan yang diingini.Ini akan menyebabkan pelajar-pelajar bergaul dengan rakan luar sekolah yang dianggap sebagai kawan baru melalui memonteng.

Punca yang kedua ialah pengaruh rakan yang berlakunya masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar-pelajar.Biasanya,rakan sebaya akan mengajak pelajar-pelajar dan ini mempengaruhi pemikiran pelajar yang tidak rasional.Keadaan ini berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang ponteng sekolah akan memberi pelbagai jenis alasan.Pelajar juga lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran.Fenomena ini dapat dilihat pelajar yang ponteng untuk melepak dipusat membeli-belah,pusat permainan,dan taman rekreasi.Terdapat juga pelajar menonton wayang,menyanyi karaoke dan berkelah.Pelajaran di sekolah dikatakan membosankan kerana tidak mempunyai unsur-unsur hiburan dan menenangka fikiran akan menjadi alasan bagi pelajar yang sengaja tidak hadir ke sekolah.Ini menunjukkan pengaruh rakan sebaya salah satu punca berlakunya gejala ponteng dalam kalangan pelajar-pelajar. Kesan-kesan bagi pelajar yang ponteng adalah masa dan tenaga telah dibazirkan dengan sia-sia.Sekiranya mereka menguasai dan merancang masa dengan baik dan bersistematik iaitu tidak memontengkan sekolahmereka akan berjaya dalam kerjaya mereka yang akan memberi kehidupan selesa pada masa yang akan datang.Di samping itu,pelajar yang ponteng menyebabkan keputusan pelajarannya tidak begitu cemerlang dan pelajar akan berasa rendah diri,masalah psikologi menimbul sebab ditertawakan oleh rakan-rakan lain lamalamanya.Masyarakat juga akan memandang rendah kepada pelajar yang ponteng dan menjejaskan maruah keluarga pelajar tersebut.Lantarnya,pelajar yang ponteng tidak bersopansantun dan kekurangan nilai-nilai murni.Sebagai contoh,pembuangan sampah-sarap di meratarata tempat walaupun disediakan tong sampah.Seseorang ternampak sekumpulan pelajar yang tengah ponteng membuat kelakuan tersebut,pendapat seseorang itu terhadap pelajar ialah mereka merupakan sampah masyarakat kerana mereka tidak memainkan peranan untuk menjaga dan memelihara bumi ini dan akan memarahi ibu bapa mereka kerana tidak dapat mendidik pelajarpelajar tentang ilmu menjaga alam sekitar serta mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai penjaga. Untuk mengatasi gejala ponteng,ibu bapa telah memainkan peranan yang penting untuk meluangkan lebih banyak masa dan memberi perhatian kepada tingkah laku pelajar-pelajar di sekolah dan di rumah.Ibu bapa seharusnya sentiasa berkomunikasi dengan pelajar supaya lebih memahami kegiatan dalam dan luar sekolah.Ini dapat ibu bapa mengajar pelajar menangani dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.Dengan ini,ibu bapa dapat mendidik pelajar dengan memberi kasin sayang yang secukupnya kepada anggota keluarga.Pelajar juga perlu dididik untuk berfikir secara rasional dan lebih bertanggungjawab.Langkah-langkah yang boleh dilaksanakan adalah mengetatka peraturan-peraturan sekolah.Hukuman yang berat seperti dibuang sekolah kepada pelajar yang kekerapan tidak menghadiri ke sekolah tanpa alasan yang munasabah.akhidmat kaunseling juga diberikan kepada pelajar yang ponteng untuk memahami masalah yang mereka hadapi dan memberi cara-cara menyelesaikannya.Cara guru mengajar

patutlah diubahkan untuk menambah sedikit hiburan supaya pelajar tidak berasa bosan dalam pembelajaran. Kesimpulannya,selain ibu bapa dan pihak sekolah,masyarakat sekeliling juga patutlah bekerjasama menangani gejala ponteng dengan mengadakan kempen atau ceramah dengan ketidakmanfaat kegiatan ponteng sekolah,Demi mengacukan generasi yang berguna dan bertanggungjawab,semua pihak haruslah menjalankan tindakan dan tindakan daripada satu kuasa tidak akan berjaya mengatasi gejala ini.Jadilah,sama-sama bekerjasama untuk menuju ke Wawasan 2020 dengan lancar.

Ponteng
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari

Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah. Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari. Di sesetengah sekolah, pelajar yang ponteng akan hilang kelayakan untuk tamat sekolah ataupun menerima jam kredit bagi kelas yang tidak dihadiri, sehinggalah kekurangan tersebut diisi melalui tahanan kelas, denda ataupun kelas gantian

Punca gejala ponteng


1. Suasana persekitaran sekolah yang berubah akibat proses urbanisasi, seperti pembinaan arked permainan video, kafe siber atau pusat membeli-belah berhampiran sekolah 2. Pengaruh media elektronik 3. Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa 4. Pengaruh rakan sebaya 5. Persekitaran sekolah yang kurang kondusif serta dibebani tekanan, umpamanya guru yang terlalu garang

Menangani pelajar ponteng


Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius akan gejala ponteng sekolah, memandangkan gejala ini seterusnya akan membawa kepada permasalahan sosial yang

lebih teruk seperti gejala maksiat dan samseng remaja. Oleh itu, di beberapa tempat seperti di Lembah Klang, Polis Diraja Malaysia menempatkan beberapa anggota polis bagi memantau kawasan tumpuan remaja bagi mengesan pelajar ponteng, dan sekiranya pelajar yang didapati ponteng tertangkap maka ibu bapa berkemungkinan akan dikenakan tindakan. Untuk membolehkan penguatkuasaan larangan ponteng dapat dilaksanakan secara menyeluruh, orang ramai diseru agar melaporkan kepada polis sekiranya terserempak dengan pelajar yang ponteng sekolah. Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga turut mengambil inisiatif bagi menangani gejala ponteng dengan menyertakan syarat remaja berpakaian seragam sekolah tidak boleh memasuki premis mereka sebagai salah satu syarat bagi mengeluarkan lesen bagi kafe siber dan arked permainan video. Di samping itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan suasana persekolahan yang kondusif serta tidak menekan pelajar untuk menarik minat pelajar agar terus menghadiri kelas. Guru-guru juga disaran supaya bersikap ramah serta tidak terlalu garang dengan pelajar. Paling penting, ibu bapa seharusnya memainkan peranan bermula dari akar umbi bagi mencegah anak-anak mereka daripada ponteng sekolah. Mereka seharusnya memerhatikan gerak-geri anak mereka, dengan siapa anak mereka berkawan, kerap menghubungi pihak sekolah serta memeriksa beg sekolah anak mereka sebagai bukti sama ada anak-anak mereka menghadiri sekolah atau tidak. Ibu bapa juga tidak seharusnya terlalu mempercayai anak-anak mereka kerana sikap terlalu memanjakan anak sudah tentunya bakal memakan diri sendiri kelak.

Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar menjadi isu hangat dalam masyarakat kita. Bincangkan punca-punca berlakunya gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar negara ini. (PMR)
Isu pelajar terlibat dalam gejala ponteng sekolah bukanlah isu baru. Baru-baru ini, gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar kita mendapat perhatian serius pihak media massa apabila para pelajar sering berkeliaran di tempat-tempat yang tidak sewajarnya pada waktu persekolahan dalam pakaian seragam. Lazimnya, gejala ponteng sekolah sering berlaku di bandar-bandar besar dan kini, tidak kurang pula pelajar luar bandar terlibat dalam gejala ini. Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar berpunca daripada kealpaan ibu bapa. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya mereka menyebabkan remaja hilang perhatian dan dan kasih sayang. Keadaan ini mendorong remaja sering mencari rakan sehingga remaja terdorong untuk ponteng sekolah supaya mereka dapat menghabiskan

masa dengan melepak bersama-sama dengan rakan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Di samping itu, remaja juga ponteng sekolah kerana masalah keluarga. Pergaduhan dan penceraian dalam kalangan ibu bapa mengakibatkan remaja mengalami gangguan emosi dan fikiran remaja berkecamuk memikirkan masalah keluarga. Keadaan ini menyebabkan mereka hilang minat belajar dan mula ponteng sekolah. Selain itu, kemunculan pusat hiburan bagai cendawan tumbuh selepas hujan menyuburkan gejala ponteng sekolah lagi dalam kalangan pelajar kita. Kafe siber dan pusat permainan video yang begitu banyak di kawasan bandar termasuk pekan-pekan kecil sering dijadikan medan pertemuan para remaja. Pelajar-pelajar kita yang disogokkan dengan wang saku berlebihan oleh ibu bapa mendorong mereka mengunjungi kafe siber dan pusat hiburan. Ketagihan akan internet dan permainan video ini akan mendorong remaja untuk ponteng sekolah. Para pelajar yang seronok melayari internet dan melepak di pusat hiburan akan menghabiskan masa berjam-jam sehinggalah tamat waktu persekolahan. Kelemahan dalam pelajaran juga adalah antara faktor pelajar terlibat dalam gejala ponteng sekolah. Lazimnya, pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran menangguhkan kerja sekolah dan tidak membuat sebarang persediaan untuk pelajaran yang akan datang. Keadaan ini mengakibatkan mereka banyak ketinggalan dalam pelajaran dan berasa bosan duduk di dalam kelas. Pada masa yang sama, mereka sering dimarahi oleh guru dan dikenakan tindakan disiplin. Oleh itu, untuk melarikan diri daripada bebanan tugasan sekolah dan hukuman, pelajarpelajar kita mengambil jalan mudah dengan ponteng sekolah. Sebagai kesimpulan, gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar akan mengheret mereka terlibat dalam masalah sosial yang lebih berat seperti gengsterisme, penagihan dadah dan jenayah kekerasan. Pihak polis, ibu bapa dan pihak sekolah harus berganding bahu seperti aur dengan tebing dalam usaha menangani masalah ini dengan kadar segera.

Punca-punca gejala ponteng sekolah


Gejala ponteng sekolah masih menjadi masalah utama dalam sistem pendidikan di negara kita. Bincangkan punca-punca masalah ini berlaku. Gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid sekolah semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Hal ini telah mencetuskan kebimbangan yang berterusan dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dan golongan pendidik. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan gejala ini tidak menular. Namun demikian sehingga kini belum ada penyelesaian yang konkrit untuk mengatasi gejala ponteng sekolah. Sebenarnya, gejala ini berlaku akibat pelbagai punca yang dapat dikenal pasti.

Salah satu punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berlaku ialah murid-murid berkawan dengan remaja yang tidak lagi bersekolah. Sebagai seorang remaja murid sekolah memerlukan rakan sebaya untuk bersahabat. Pada peringkat perkembangan ini, rakan sebaya merupakan satu aspek penting yang dapat mempengaruhi kehidupan. Kecenderungan untuk bercampur gaul dengan rakanrakan sebaya menyebabkan murid sekolah tidak berhati-hati dalam membuat pilihan rakan sebaya. Masalah akan timbul apabila murid sekolah berkawan dengan rakan sebaya yang sudah meninggalkan bangku sekolah. Golongan ini hanya menghabiskan masa dengan berfoya-foya tanpa tujuan. Apabila murid sekolah bergaul dengan golongan ini, mereka juga akan turut terikut-ikut dengan cara hidup tanpa tujuan ini. Akhirnya mereka akan ponteng sekolah untuk bersama-sama dengan rakan-rakan mereka yang tidak bersekolah . Oleh itu, jelaslah salah satu punca masalah ponteng sekolah ialah muridmurid sekolah berkawan dengan remaja yang tidak lagi bersekolah.

Punca masalah ponteng sekolah yang seterusnya ialah ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anakanak mereka yang masih bersekolah. Ibu bapa masa kini lebih mementingkan kerjaya kerana mahu meningkatkan taraf kehidupan. Mereka menghabiskan masa yang banyak untuk mencari kekayaan dan mengejar status. Mereka juga menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak mereka kepada pihak sekolah. Anak-anak mereka pula sering diabaikan seperti anak ayam kehilangan ibu. Ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya diterima oleh anak-anak yang sedang membesar. Oleh sebab ibu bapa tidak begitu mengambil berat akan hal anak-anak, murid-murid sekolah mengambil peluang untuk melakukan apa-apa sahaja. Mereka berpendapat perlakuan mereka di luar rumah tidak akan diketahui oleh ibu bapa mereka. Jadi, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan anak-anak akan mencetuskan gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri turut menyebabkan gejala ponteng sekolah terus berleluasa. Masyarakat kita pada masa kini tidak lagi memiliki sikap tegur-menegur antara satu sama lain, apatah lagi untuk menegur anak-anak jiran yang didapati ponteng sekolah. Masyarakat mengamalkan cara hidup tidak ubah seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Tiada lagi semangat kerjasama dan hubungan akrab antara anggota masyarakat, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat bandar. Oleh sebab masyarakat tidak mempunyai semangat kerjasama, masalah ponteng sekolah seolah-olah tiada penghujungnya. Murid-murid yang terlibat dengan gejala ini berasa bebas kerana kegiatan mereka tidak ditegur oleh sesiapa, termasuk orang-orang yang dikenali oleh

mereka. Hal ini menyebabkan gejala ponteng terus menular. Oleh itu, nyatalah sikap masyarakat yang mementingkan diri turut mencetuskan gejala ponteng sekolah. Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berleluasa. Dalam hal ini, semua pihak hendaklah berganding bahu untuk membanteras gejala ini hingga ke akar umbi. Jika tidak gejala ponteng sekolah akan mencetuskan pelbagai masalah lain yang lebih buruk kesannya kerana kudis akan menjadi tokak jika tidak diubati. Kerjasama dan sikap prihatin masyarakat akan membantu pihak sekolah menangani gejala ponteng sekolah dengan lebih berkesan. (500 perkataan)

sei: Faktor berlakunya gejala ponteng sekolah?


Filed under: PENULISAN PMR, PENULISAN SPM Tinggalkan komen September 22, 2011

Pendahuluan:

Gejala ponteng sekolah semakin berleluasa dan membimbangkan semua pihak. Gejala ini merupakan suatu budaya yang negatif dan amat merugikan.

Faktor -faktor berlakunya gejala ponteng sekolah:

Pelajar tidak berminat untuk belajar mereka beranggapan bahawa dunia persekolahan amat membosankan. Pengaruh rakan sebaya tidak bijak memilih kawan. Kurang kesedaran betapa pentingnya pelajaran untuk masa depan. Suasana sekolah yang tidak berjaya menarik minat pelajar. Beban pelajaran yang ditanggung oleh pelajar sangat berat. Pelajar terlalu mementingkan hiburan dan kebebasan. Kurangnya kerjasama antara ibu bapa dengan guru. Ibu bapa dan penjaga yang tidak mengambil berat tentang anak-anak. Pengajaran dan pembelajaran yang membosankan. Pelaksanaan peraturan dan disiplin sekolah yang terlalu ketat dan mengongkong. Persekitaran sekolah yang membantu aktiviti ponteng seperti sekolah di kawasan pusat bandar, sekolah tidak mempunyai pagar yang sesuai, dll. Persekolah yang terlalu mementingkan peperiksaan.

Pengaruh negatif media massa Peningkatan masalah sosial dan penagihan dadah dalam kalangan pelajar. Lemahnya langkah pengawalan oleh pihak sekolah. Anggota masyarakat yang tidak bersungguh-sungguh bekerjasama membanteras gejala ponteng sekolah. Pihak berkuasa tidak bersungguh-sungguh berusaha membasmi gejala ponteng. Hukuman setimpal yang boleh menakutkan pelajar ponteng tiada.

Punca - Punca Pelajar Ponteng Sekolah

Punca - Punca Pelajar Ponteng Sekolah (Karangan PMR)

Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Gejala ini perlu diatasi supaya tidak menjejaskan masa hadapan mereka. Terdapat sebilangan pelajar berjaga hingga lewat malam kerana menonton televisyen atau melayari internet. Akibatnya, mereka sukar untuk bangun pagi kerana keletihan dan masih dibelenggu rasa mengantuk. Ponteng sekolah juga berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri yang tidak berminat terhadap pelajaran. Hal ini disebabkan mereka tidak mempunyai motivasi diri atau aktiviti pembelajaran di dalam kelas yang kurang menarik. Gejala ini juga berlaku berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Terdapat sesetengah pelajar ponteng sekolah kerana menghabiskan masa bersama-sama rakan mereka sama ada di kafe siber, pusat snooker atau melepak di pasar raya. Akhir sekali, kurangnya pemantauan daripada ibu bapa turut menjadi penyebab ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Sebagai intihar, gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar perlu diatasi oleh semua pihak sama ada ibu bapa, pihak sekolah, polis dan sebagainya.

Gejala ponteng sekolah Gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid sekolah semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Hal ini telah mencetuskan kebimbangan yang berterusan dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dan golongan pendidik. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan gejala ini tidak menular. Namun demikian sehingga kini belum ada penyelesaian yang konkrit untuk mengatasi gejala ponteng sekolah. Sebenarnya, gejala ini berlaku akibat pelbagai punca yang dapat dikenal pasti. Salah satu punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berlaku ialah murid-murid berkawan dengan remaja yang tidak lagi bersekolah. Sebagai seorang remaja murid sekolah memerlukan rakan sebaya untuk bersahabat. Pada peringkat perkembangan ini, rakan sebaya merupakan satu aspek penting yang dapat mempengaruhi kehidupan. Kecenderungan untuk bercampur gaul dengan rakan-rakan sebaya menyebabkan murid sekolah tidak berhati-hati dalam membuat pilihan rakan sebaya. Masalah akan timbul apabila murid sekolah berkawan dengan rakan sebaya yang sudah meninggalkan bangku sekolah. Golongan ini hanya menghabiskan masa dengan berfoya-foya tanpa tujuan. Apabila murid sekolah bergaul dengan golongan ini, mereka juga akan turut terikut-ikut dengan cara hidup tanpa tujuan ini. Akhirnya mereka akan ponteng sekolah untuk bersama-sama dengan rakan-rakan mereka yang tidak bersekolah . Oleh itu, jelaslah salah satu punca masalah ponteng sekolah ialah murid-murid sekolah berkawan dengan remaja yang tidak lagi bersekolah. Punca masalah ponteng sekolah yang seterusnya ialah ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak-anak mereka yang masih bersekolah. Ibu bapa masa kini lebih mementingkan kerjaya kerana mahu meningkatkan taraf kehidupan. Mereka menghabiskan masa yang banyak untuk mencari kekayaan dan mengejar status. Mereka juga menyerahkan tanggungjawab menjaga anakanak mereka kepada pihak sekolah. Anak-anak mereka pula sering diabaikan seperti anak ayam kehilangan ibu. Ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya diterima oleh anak-anak yang sedang membesar. Oleh sebab ibu bapa tidak begitu mengambil berat akan hal anak-anak, murid-murid sekolah mengambil peluang untuk melakukan apa-apa sahaja. Mereka berpendapat perlakuan mereka di luar rumah tidak akan diketahui oleh ibu bapa mereka. Jadi, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan anak-anak akan mencetuskan gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri turut menyebabkan gejala ponteng sekolah terus berleluasa. Masyarakat kita pada masa kini tidak lagi memiliki sikap tegur-menegur antara satu sama lain, apatah lagi untuk menegur anak-anak jiran yang didapati ponteng sekolah. Masyarakat mengamalkan cara hidup tidak ubah seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Tiada lagi semangat kerjasama dan hubungan akrab

antara anggota masyarakat, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat bandar. Oleh sebab masyarakat tidak mempunyai semangat kerjasama, masalah ponteng sekolah seolah-olah tiada penghujungnya. Murid-murid yang terlibat dengan gejala ini berasa bebas kerana kegiatan mereka tidak ditegur oleh sesiapa, termasuk orang-orang yang dikenali oleh mereka. Hal ini menyebabkan gejala ponteng terus menular. Oleh itu, nyatalah sikap masyarakat yang mementingkan diri turut mencetuskan gejala ponteng sekolah.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berleluasa. Dalam hal ini, semua pihak hendaklah berganding bahu untuk membanteras gejala ini hingga ke akar umbi. Jika tidak gejala ponteng sekolah akan mencetuskan pelbagai masalah lain yang lebih buruk kesannya kerana kudis akan menjadi tokak jika tidak diubati. Kerjasama dan sikap prihatin masyarakat akan membantu pihak sekolah menangani gejala ponteng sekolah dengan lebih berkesan kerana generasi muda hari ini ialah pemimpin masa depan. Diambil daripada: Gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid sekolah semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Hal ini telah mencetuskan kebimbangan yang berterusan dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dan golongan pendidik. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan gejala ini tidak menular. Namun demikian sehingga kini belum ada penyelesaian yang konkrit untuk mengatasi gejala ponteng sekolah. Sebenarnya, gejala ini berlaku akibat pelbagai punca yang dapat dikenal pasti. Salah satu punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berlaku ialah murid-murid berkawan dengan remaja yang tidak lagi bersekolah. Sebagai seorang remaja murid sekolah memerlukan rakan sebaya untuk bersahabat. Pada peringkat perkembangan ini, rakan sebaya merupakan satu aspek penting yang dapat mempengaruhi kehidupan. Kecenderungan untuk bercampur gaul dengan rakan-rakan sebaya menyebabkan murid sekolah tidak berhati-hati dalam membuat pilihan rakan sebaya. Masalah akan timbul apabila murid sekolah berkawan dengan rakan sebaya yang sudah meninggalkan bangku sekolah. Golongan ini hanya menghabiskan masa dengan berfoya-foya tanpa tujuan. Apabila murid sekolah bergaul dengan golongan ini, mereka juga akan turut terikut-ikut dengan cara hidup tanpa tujuan ini. Akhirnya mereka akan ponteng sekolah untuk bersama-sama dengan rakan-rakan mereka yang tidak bersekolah . Oleh itu, jelaslah salah satu punca masalah ponteng sekolah ialah murid-murid sekolah berkawan dengan remaja yang tidak lagi bersekolah. Punca masalah ponteng sekolah yang seterusnya ialah ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak-anak mereka yang masih bersekolah. Ibu bapa masa kini lebih mementingkan kerjaya kerana mahu meningkatkan taraf kehidupan. Mereka menghabiskan masa yang banyak untuk mencari kekayaan dan mengejar status. Mereka juga menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-

anak mereka kepada pihak sekolah. Anak-anak mereka pula sering diabaikan seperti anak ayam kehilangan ibu. Ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya diterima oleh anak-anak yang sedang membesar. Oleh sebab ibu bapa tidak begitu mengambil berat akan hal anak-anak, murid-murid sekolah mengambil peluang untuk melakukan apa-apa sahaja. Mereka berpendapat perlakuan mereka di luar rumah tidak akan diketahui oleh ibu bapa mereka. Jadi, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan anak-anak akan mencetuskan gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid.

Di samping itu, sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri turut menyebabkan gejala ponteng sekolah terus berleluasa. Masyarakat kita pada masa kini tidak lagi memiliki sikap tegur-menegur antara satu sama lain, apatah lagi untuk menegur anak-anak jiran yang didapati ponteng sekolah. Masyarakat mengamalkan cara hidup tidak ubah seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Tiada lagi semangat kerjasama dan hubungan akrab antara anggota masyarakat, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat bandar. Oleh sebab masyarakat tidak mempunyai semangat kerjasama, masalah ponteng sekolah seolah-olah tiada penghujungnya. Murid-murid yang terlibat dengan gejala ini berasa bebas kerana kegiatan mereka tidak ditegur oleh sesiapa, termasuk orang-orang yang dikenali oleh mereka. Hal ini menyebabkan gejala ponteng terus menular. Oleh itu, nyatalah sikap masyarakat yang mementingkan diri turut mencetuskan gejala ponteng sekolah. Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berleluasa. Dalam hal ini, semua pihak hendaklah berganding bahu untuk membanteras gejala ini hingga ke akar umbi. Jika tidak gejala ponteng sekolah akan mencetuskan pelbagai masalah lain yang lebih buruk kesannya kerana kudis akan menjadi tokak jika tidak diubati. Kerjasama dan sikap prihatin masyarakat akan membantu pihak sekolah menangani gejala ponteng sekolah dengan lebih berkesan kerana generasi muda hari ini ialah pemimpin masa depan.

Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara. Masalah disiplin di sekolah kini telah menjadi lebih kompleks dengan kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali Black Metal. Hakikatnya jelas dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin seperti ini serta penambahan bilangan jenis salahlaku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar 10 Sebab Pelajar Ponteng Sekolah 1- Masaalah ibubapa dalam keluarga yang sering bertengkar, ditambah pula bertengkar di depan mereka. 2- Ibubapa kurang memainkan peranan sebagai pendidik di rumah, tidak ambil peduli masaalah mereka walaupun tentang pelajaran mereka. 3- Masaalah sosial, akibat daripada rakan-rakan yang lebih dewasa mengajak mereka melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah sehingga sanggup mencuba sesuatu yang belum pernah dibuat oleh mereka seperti mencuba menghisap rokok, gam, dadah, pil kuda, ganja dan lain-lain. 4- Kurang didikan agama, ibubapa kurang memberi didikan agama sebagai asas kehidupan mereka sebagai seorang muslim yang berugama Islam. 5- Tidak berminat untuk belajar, belajar bagi mereka menjadi satu bebanan yang amat berat untuk mereka pikul dengan sistem pembelajaran yang membosankan. 6- Tidak mendatangkan kebaikan, bagi mereka belajar hingga ke menara gading / universiti pun bila tamat nanti, keluar saja di sana untuk mendapat pekerjaan terlalu sukar dengan keadaan sekarang ini. 7- Terjebak dalam kongsi gelap dikalangan pelajar, memeras ugut pelajar lain untuk medapatkan wang dengan cara yang senang untuk mereka membeli rokok, pil kuda, ganja dan lain-lain. 8- Berpeleseran di luar sekolah,mereka amat berminat dan tertarik dengan permainan secara online di cyber cafe, sehingga hilang minat terhadap pelajaran. 9- Kurang motivasi, pelajar tidak diberi kaunseling yang secukupnya ketika masih diawal persekolah sehingga mereka rasakan tidak penting terhadap pelajaran.

10- Kurang berkemampuan dalam memdapatkan pendidikan, kebanyakan para pelajar datang daripada kalangan orang yang kurang berada sehingga mereka tidak mam

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PONTENG SEKOLAH


1. Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Pelajar ponteng sekolah adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, matematik, sains, geografi dan sebagainya. Di samping itu, pelajar kurang berminat terhadap sekolah kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas. 2. Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa Pelajar ponteng sekolah adalah kerana mereka telah hilang pemerhatian, kasih sayang daripada ibu bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu bapa. Dengan membuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai tengah malam, masa mereka bersama dengan anak semakin berkurang sehingga anakanak tidak dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. Lama-lama kemudian, anak tersebut akan cuba menggunakan cara lain iaitu cara negatif seperti ponteng sekolah kerana mereka berjaya mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Malangnya anak-anak ini akan berkawan dengan orang luar semasa mereka memonteng sekolah dan kesannya kawan baru ini akan mengajak mereka pergi ke tempat lain untuk berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan pelajarannya. Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini. 3. Pengaruh rakan sebaya Pengaruh rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam mempengaruhi pelajar lain untuk ponteng sekolah. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan

mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah seperti pelajaran di sekolah sangat membosankan dan sebagainya. Mereka menberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah. 4. Mencari Keseronokan Pelajar ponteng sekolah berkemungkinan adalah kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat-pusat membelibelah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan. 5. Peraturan sekolah yang terlalu ketat Terdapat juga para pelajar ponteng sekolah kerana takut dimarahi ataupun didenda oleh guru contohnya semasa mereka tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru, mereka akan pilih cara ponteng sekolah supaya mereka tidak dapat didenda oleh cikgu. Selain daripada itu,pelajar yang datang lewat juga akan mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil. 6. Tekanan Ekonomi Taraf ekonomi keluarga pelajar yang rendah juga menyebabkan mereka malu untuk pergi ke sekolah. Mereka sering ponteng sekolah bagi mengelakkan dipersenda oleh rakan-rakan. Apabila ponteng sekolah, mereka mula melakukan sesuatu yang negatif bagi memenuhi masa lapang mereka. Oleh kerana kedudukan ekonomi yang rendah, maka ibu bapa sibuk untuk mencukupkan perbelanjaan harian dan menyebabkan tanggungjawab anak terabai. Selain itu, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana terpaksa bekerja secara sambilan dan oleh kerana terlalu keletihan mereka tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada waktu malam.

Masalah Disiplin Pelajar Sekolah


September 19, 2012 http://falsafahpendidikan.wordpress.com/2012/09/19/masalah-disiplin-pelajar-sekolah/

Pada masa kini, gejala disiplin di sekolah semakin membimbangkan. Berita-berita seperti kes buli, kes pukul, kes ponteng dan mengganggotai kumpulan gangster atau samseng menjadi wadah utama di dada-dada akhbar tempatan sejak akhir-akhir ini. Walaupun pelajar telah diajar di sekolah mahupun di rumah supaya menerima nilai-nilai murni, tetapi nampaknya ini semua hanya retorik semata-mata. Masalah disiplin di sekolah telah menjadi lebih ekstrem dengan kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali dengan nama Black Metal. Antara isu atau masalah yang dapat dikongsi disini ialah berhubung dengan masalah ponteng sekolah dan penglibatan murid dalam gangsterisme di sekolah. Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar ponteng sekolah di Malaysia menimbulkan kerunsingan dan tanda tanya pelbagai pihak mengenai punca terjadinya keadaan ini. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah telah bertambah dengan serius dari sehari ke sehari bagai cendawan tumbuh selepas hujan walaupun pelbagai langkah telah dijalankan bagi membanteras masalah ini. Gejala ini merupakan kes disiplin yang tertinggi di sekolah berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Antara punca berlakunya keadaan ini adalah bermula dari keluarga iaitu ibu bapa yang tidak mengambil berat akan kebajikan anak-anak terutama berkaitan dengan persekolahan. Ibu bapa sibuk mencari rezeki sehingga seringkali mengabaikan kebajikan anak-anak yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya daripada ibu bapa. Sikap ibu bapa yang lepas tangan dan hanya mengharapkan ihsan guru untuk menjaga dan membentuk anak-anak mereka sedikit sebanyak menyebabkan berlakunya peningkatan kes ponteng sekolah sejak kebelakangan ini. Selain itu juga, pergaulan dengan rakan sebaya dan rakan di luar sekolah turut menjadi penyebab kepada meningkatnya masalah disiplin pelajar sekolah. Pelajar-pelajar sekolah sering terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan yang lebih ke arah kegiatan atau sikap negatif. Hal ini kerana pelajar-pelajar ini lebih rapat dan suka bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang boleh sama-sama berkongsi masalah dan pendapat.

Manakala, punca seterusnya ialah penglibatan pelajar-pelajar di dalam kumpulan kongsi gelap atau gangsterisme di sekolah. menurut Kamus Dewan edisi ke 3, Dewan Bahasa dan Pustaka 1996, hlmn 700, Kongsi gelap didefinisikan sebagai Kumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah. Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, En Ng Ching Sea, keadaan kongsi gelap di Johor adalah pada tahap kritikal. Mengulas perkara tersebut beliau berkata; Masalah kongsi gelap di Johor kini sudah pada tahap kritikal dan memerlukan pendekatan bersepadu daripada agensi kerajaan dan masyarakat untuk memeranginya sehingga ke akar umbi. (Utusan Malaysia 20 Feb 97). Menurut William Gladden Foundation (1992), terdapat empat faktor yang merangsang atau menjadi penarik kepada pembentukan kumpulan kongsi gelap di kalangan pelajar ini:1) Remaja yang mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan oleh kurangnya struktur sokongan tradisi seperti keluarga terdekat dan sekolah sendiri. 2) Keanggotaan kongsi gelap ini akan memberikan ganjaran kepada pelajar-pelajar iaitu perasaan sense of belonging dan menjadi sumber utama penampilan identiti oleh ahli-ahli mereka. 3) Keahlian kongsi gelap telah menjadikan remaja merasakan diri mereka lebih berkuasa dan menguasai, di mana kegiatan kumpulan akan menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan ataupun ketegangan. 4) Pelajar dapat menjadi pengrekrut ahli baru dan dapat memperluaskan lagi kawasan pengaruh untuk mengukuhkan kekuatan dan kekuasaan kumpulan. Kemasukan ahli baru secara sukarela atau paksa dilakukan untuk menampung keperluan dengan penambahan sumber dan ahli kumpulan. Punca-punca pelajar menyertai kumpulan haram atau kongsi gelap adalah untuk: a) Mencari kasih sayang struktur dan disiplin berasaskan kefahaman mereka b) Perasaan komitmen dan sense of belonging, dikagumi dan menguasai. c) Persahabatan, latihan, keseronokan dan aktiviti d) Tempat di mana diri dirasakan diterima dan dihargai e) Keperluan kepada keselamatan fizikal dan perlindungan Pelbagai langkah telah dibuat oleh kerajaan bagi menangani masalah disiplin pelajar sekolah. Namun, tetap tidak mendatangkan apa-apa perubahan. Sebenarnya, tanggungjawab untuk menangani permasalahan ini adalah tanggungjawab bersama. Laporan dan kerjasama daripada masyarakat amat diperlukan bagi menangani masalah disiplin ini. Selain itu juga, pihak kerajaan

telah membuat cadangan untuk menjalankan Program Integrasi Negeri Tangani Anti Sosial (PINTAS) iaitu program untuk meningkatkan disiplin dan kawalan salah laku pelajar di sekolah.

Seterusnya boleh juga pelajar-pelajar yang bermasalah ini diberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi tujuan diberikan nasihat serta dorongan agar mereka insaf dan seterusnya mengikuti peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Langkah atau cadangan yang seterusnya ialah dengan penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah & Disiplin bagi melatih dan memberi kesedaran di kalangan pelajar tentang pelbagai aspek jenayah dan pencegahannya. Namun, perkara yang paling penting ialah sikap ibu bapa yang harus diubah bagi mengatasi masalah disiplin ini. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak dan sentiasa memberi dorongan dan semangat untuk mereka menghadapi sesuatu cabaran dan menyelesaikan segala masalah dengan tenang dan bijak.

6.0 Cadangan Mengatasi 6.1 Berdasarkan maklumat tentang situasi mu rid ponteng yang berlaku dinegeri Perak dan sebab-sebab murid ponteng seperti yang dinyatakan tadi,m a k a Jabatab Pelajaran Perak perlu bertindak segera d e n g a n mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian serta sasaran bagipengurangan kes ponteng di kalangan murid 6.2 Bilangan pengurangan kes ponteng yang disasarkan untuk tahun hadapanadalah berdasarkan kepada kes ponteng yang berlaku dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini. Bagi tahun 2011 sasaran peratus pengurangan kesponteng adalah 0.70% seperti berikutJenissalahlakuP e r a t u s p u r a t a b i l a n g a n k e s ponteng mengikut tahunSasaranTahun2011P o n t e n g 2 0 0 7 2 0 0 8 2 0 0 9 2 0 1 0 0 . 7 4 % 0 . 7 9 % 0 . 9 5 % 1 . 2 0 % 0.70% 6.3 Oleh kerana faktor murid ponteng adalah berbeza -beza dan i a n y a bergantung kepada lokasi sekolah, latar belakang murid, ibu bapa dansebagainya, maka dicadangkan usaha yang akan dibuat hendaklah bersifatbersepadu dan difokuskan kepada tindakan yang sesuai dilakukan diperingkat sekolah dan daerah berkenaan. Hanya pihak sekolah dan daerahb e r k e n a a n y a n g m e n g e t a h u i m u r i d y a n g k e r a p p o n t e n g d a n p u n c a mengapa murid tersebut selalu ponteng. Antara strategi dan program sertaaktiviti anti ponteng yang dicadangkan untuk dilaksana adalah sepertiberikut :B i l . S t r a t e g i /

P r o g r a m d a n A k t i v i t i T i n d a k a n 1. Strategi 1 : Strategi memantapkan pengurusansahsiah dan disiplin murid di sekolah. i) Meningkatkan kualiti perkhidmatan b i m b i n g a n d a n k a u n s e l i n g denganm e m b e r i p e n e k a n a n k e p a d a pelaksanaan p r o g r a m d a n a k t i v i t i berikut :- P r o g r a m P e m b i m b i n g R a k a n S e b a y a (PRS) Sekolah 5

- K a u n s e l i n g i n d i v i d u d a n k a u n s e l i n g kelompok ke atas murid yang ponteng i i ) M e n i n g k a t k a n k u a l i t i p e n g u r u s a n disiplin sekolah melaluiM e m b i n c a n g k a n m a s a l a h m u r i d ponteng dalam mesyuarat guru denganmembentang data SSDM- Menguatkuasa peraturan sekolah denganmengeluarkan surat amaran, gantungdan buang sekolah terhadap kesalahanmurid ponteng setelah usaha -usahabimbingan dan kaunseling gagal. 2 . S t r a t e g i 2 : M e n i n g k a t k a n p e r m u a f a k a t a n dengan agensi luar i ) P e r m u a f a k a t a n P I B G M e l a k s a n a P r o g r a m K e i b u b a p a a n dengan memberi penekanan kepadaperanan ibu bapa dalam menangani masalah ponteng di kalangan murid- M e m b e n t a n g k a n k e s m u r i d p o n t e n g dalam mesyuarat PIBG ii) M e n g e r a k k a n p a s u k a n p e t u g a s a n t i ponteng yang terdiri daripada agensis e p e r t i P D R M , p i h a k b e r k u a s a tempatan, pejabat agama, PIBG, JKKK,pemimpin masyarakat setempat dan sebagainya. iii) Mengadakan hebahan anti pontengm e l a l u i r a d i o s u p a y a s e l u r u h m a s y a r a k a t m e l i b a t k a n d i r i d a l a m gerakan anti pontengSekolah / PPD/ JPN 6

3 . S t r a t e g i 3 . M e l a k s a n a P r o g r a m P e m u l i h a n MuridMurid yang dikenalpasti hard core dan terlalukerap ponteng akan diminta untuk menjalaniProgram Jati Diri yang akan dilaksana di PusatK o k u r i k u l u m . C a d a n g a n p r o g r a m a d a l a h 3 kumpulan murid lelaki dan 1 kumpulan muridperempuan. (Setiap kumpulan terdiri daripada40 orang murid)Sekolah / PPDdan JPN4 . Strategi 4 : Melaksana Program P e m u t i h a n sekolahS e k o l a h y a n g d i k e n a l p a s t i m e m p u n y a i bilangan kes murid ponteng yang tinggi akand i p a n t a u s e c a r a berkala oleh pihak PPD.L a w a t a n o l e h p e g a w a i P P D k e s e k o l a h berkenaan adalah bertujuan bagi membantus e k o l a h b e r k e n a a n

m e n i n g k a t k a n u s a h a membenteras kegiatan ponteng di kalanganmurid.Sekolah / PPD5 . S t r a t e g i 5 : M e l a k s a n a P e l a n c a r a n P r o g r a m Anti PontengProgram Anti Ponteng peringkat negeri akandijalankan bagi menggerakkan semua pihaksupaya memandang serius gejala ponteng dikalangan murid. Program ini akan dikendalikansecara bersama antara JPN dan PPDJPN dan PPD 7

You might also like