PCK 1 Sce3109

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PCK 1 (SCE3109) SITI ZARINA MD ZAHAR 750610016898 Kelas : Sains Kumpulan 1 PPG Sains Rendah

Tajuk : Menyiasat Perubahan Tenaga


1. Jalankan aktiviti-aktiviti di bawah dan nyatakan perubahan tenaga yang berlaku i. Nyalakan lampu meja Tenaga Elektrik ii. Nyalakan lilin Tenaga Kimia iii Hidupkan kalkulator solar Tenaga Solar Tenaga Elektrik Tenaga Cahaya Tenaga Cahaya + Tenaga Haba Tenaga Cahaya + Tenaga Haba

iv. Masukkan dua bateri ke dalam kereta mainan dan hidupkan Tenaga Kimia v. Regangkan gelung getah Tenaga Keupayaan vi. Perhatikan telefon berdering Tenaga Elektrik Tenaga Kinetik Tenaga Bunyi Tenaga Kinetik Tenaga Kinetik

2. Jawab soalan-soalan berikut: i.

Apakah yang anda telah pelajari dari aktiviti ini? Setelah menjalankan aktiviti-aktiviti di atas, hukum pertama Termodinamik atau Pemuliharaan Tenaga dapat dibuktikan. Hukum pertama Termodinamik menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimansuhkan tetapi boleh ditukarkan daripadasatu bentuk kepada bentuk yang lain.

Terdapat pelbagai bentuk tenaga, iaitu: tenaga solar, tenaga keupayaan, tenaga bunyi, tenaga haba, tenaga elektrik, tenaga cahaya, tenaga kimia dan tenaga kinetik.Matahari merupakan punca tenaga yang paling utama. Dalam aktiviti ini saya telah mempelajari sesuatu yang amat bernilai. Iaitu bagaimana untuk membuktikan Hukum pertama Termodinamik menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimansuhkan tetapi boleh ditukarkan daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain. Melalui aktiviti ini juga, saya boleh mengesan beberapa miskonsepsi yang mungkin terjadi di kalangan murid dan pertanyaan-pertanyaan yang mungkin akan ditanya oleh murid apabila saya mengajar tajuk ini . Oleh yang demikian, saya boleh mempersiapkan diri lebih awal dan berusaha untuk memperbetulkan miskonsepsi yang mungkin akan berlaku kelak. Disamping itu juga, saya telah mempelajari bagaimana untuk menjadikan pengajaran lebih bermakna dan berkesan. Saya boleh melakukan aktiviti seperti ini sebagai set induksi atau eksperimen untuk mengajar topik ini

ii. Bahagian manakah dalam kurikulum Sains sekolah rendah mengajar topik ini? Tahun Bidang Unit Tajuk : Sains Tahun 5 : Menyiasat Alam Fizikal : 4 . Tenaga : Perubahan Tenaga :Mengetahui tenaga wujud dalam pelbagai bentuk :Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan

Objektif Umum Objektif Khusus

dapat: 1. Menyatakan dengan tepat sekurang-kurangnya 5 bentuk tenaga. 2. Kepentingan perubahan tenaga kepada manusia

iii. Bincangkan bagaimanakah anda boleh menggunakan aktiviti-aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran anda? Aktiviti seperti ini boleh digunakan sebagai set induksi diawal pengajaran. Ini dapat menarik minat murid dan mencungkil perasaan ingin tahu tentang apa isipelajaran yang akan disampaikan. Oleh yang demikian, pengajaran akan lebih terkawal kerana murid akan memberi perhatian kepada apa yang akan disampaikan guru. Selain itu, aktiviti ini boleh digunakan dalam eksperimen untuk membuktikan bahawa tenaga itu boleh berubah bentuk. Guru juga boleh menggunakan aktiviti ini untuk demostrasi. Disamping dapat menarik perhatian murid dan menjadikan pengajaran lebih bermakna, aktiviti seperti ini juga boleh memperbetulkan miskonsepsi yang mungkin berlaku. Segala penerangan guru dapat dibuktikan dengan menjalankan aktiviti seperti ini. Murid dapat memahami konsep ini dengan lebih baik kerana didedahkan dengan contoh yang konkrit.

iv. Apakah peranan guru dalam aktiviti-aktiviti ini? Didalam aktiviti ini guru berperanan sebagai penunjuk cara.Dimana guru yang akan menunjukkan cara menjalankan eksperimen dengan betul dalam aktiviti seperti ini dan murid akan merujuk kepada guru. Sekiranya guru ingin melaksanakan demostrasi, maka guru bertindak sebagai penunjuk cara dengan melakukan dan menunjukkan kepada semua murid bagaimana aktiviti ini dijalankan. Disamping itu, guru juga bertindak sebagai penyampai maklumat. Guru juga menyampaikan maklumat kepada murid , memberi penerangan dan menjawab soalan-soalan dari murid.Selain daripada itu,guru juga berperanan sebagai pembimbing. Semasa murid menjalankan eksperimen yang menggunakan aktiviti seperti ini, guru membimbing murid agar murid dapat melaksanakan eksperimen ini dengan baik. Guru juga membimbing murid dengan menjawab persoalan-persoalan yang ditanya dan memberi

penerangan dengan baik agar tidak berlaku miskonsepsi dan murid dapat memahami tajuk yang diajar dengan baik.

You might also like