Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Lapisan Dasar 1 80g biskut marie 50g mentega ~ cairkan Biskut marie di hancurkan Gaulkan bersama mentega cair

letakkan dalam bekas sebagai dasar Lapisan Dasar 2 150 gm campuran biskut marie dan biskut oreo 30 gm almond flakes atau apa-apa kekacang atau boleh gantikan dengan cornflakes 90 gm mentega ~ dicairkan Campurkan biskut dan kekacang Tambahkan mentega dan gaul rata Letakkan dalam bekas sebagai dasar Lapisan Dasar 3 Biskut lady finger secukupnya Air nescafe untuk merendam Rendam biskut dalam air nescafe dan letakkan dalam bekas sebagai lapisan dasar atau boleh juga sebagai filling di selang selikan dengan cheese. Lapisan Dasar 4 Kek span coklat atau kek span vanilla Air nescafe atau jus lemon Letakkan kek dalam bekas sebagai dasar Dengan menggunakan brush, sapukan air nescafe atau jus lemon untuk melembabkan kek

Untuk filling anda boleh gunakan filling yang ada di jual di kedai jual bahan kek seperti bluberry, strawberry, butterscotch, karamel dan lain-lain Atau ganache coklat seperti resepi di bawah Ganache Coklat 150 gm krim tenusu ~ whipping cream 15gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek 250 gm coklat gelap ~ hiris halus 10 gm butter 1 sudu teh orange suncquick atau 1 sudu teh pes hazelnut Didihkan krim dan sirap glukos. Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya Tambahkan butter dan orange sunquick atau pes hazelnut Kacau hingga adunan licin dan berkilat Biarkan sejuk Sedia di gunakan Resepi Cheese 1 250g cream cheese ~ suhu bilik 200g whipping cream 150g yogurt plain 90g gula 15g gelatin 60ml air 1 sudu teh jus lemon 50g buah blueberry tin 25ml syrup blueberry atau bluberry filling Tuangkan 60 ml air ke dalam cawan kecil, kemudian taburkan gelatin di atasnya biarkan gelatin kembang. Dengan kaedah double boiler cairkan gelatin ketepikan * untuk resepi ini anda boleh memilih untuk tidak menggunakan gelatin Dalam bekas pemutar, putar cream cheese dan gula hingga lembut dan gebu masukkan yogurt dan putar lagi. Dalam bekas berasingan putar Non Dairy Whipping Cream hingga kental dan kaku Kaup balik adunan whippping cream ke dalam adunan cheese Tambahkan perahan jus lemon dan gaul sempurna. Masukkan adunan ke dalam piping bag * Adunan Cheese 1 sudah boleh di gunakan. Caranya Anda boleh gunakan mana-mana resepi dasar di atas. Kalau tak nak letak bahagian dasar pun tak apa. Letakkan bahagian dasar di dasar bekas atau gelas pilihan anda

Kemudian letakkan cheese berselang seli dengan filling blueberry dan bauh blueberry Ambil belakang sudu dan marblekan Hiaskan atas nya dengan parutan cheese atau coklat putih atau filing blueberry dan buah blueberry Simpan dalam peti ais supaya ia dingin
RESEPI : PUDING KOKTEL --------------------------------------BAHAN-BAHANNYA : ~ 1 peket agar-agar tali 24 gm ~ 1 1/2 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak suka manis) ~ 1/2 tin susu cair ~ 6 cawan air ~ 1 tin buah koktel (masukkan dengan air nyer sekali) CARA-CARANYA : www.pendomanhidup.blogspot.com 1. masak agar-agar dengan air hingga hancur & tapiskan 2. masukkan gula 3. masukkan buah koktel dan susu cair 4. masak hingga mendidih & tuangkan ke dalam loyang 5. tunggu sejuk & boleh dimakan sebagai pencuci mulut.

Resepi Cheese 2 125g cream cheese ~ suhu bilik 137g atau 1 bekas yoghurt perisa blueberry 30g gula kastor 80g blueberry filling 125g whipping cream ~ pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak) 1/2 sudu besar + 1/2sudu teh gelatin Halagel 2 sudu besar air hangat Masukkan gelatin ke dalam cawan berisi 2 sudu besar air hangat Biarkan gelatin terlarut ~ pastikan letakkan air hangat dulu dalam cawan baru masukkan gelatin Jika gelatin masih tak larut lagi, masukkan cawan yg berisi gelatin tadi ke dalam bekas berisi air panas Boleh juga guna kaedah double boiler atau masukkan ke dlm microwave - oven on high dan panaskan 3 minit sahaja Biarkan ia suam Pukul whipping cream hingga kental (soft peak) ~ ketepikan Dalam bekas lain pukul cream cheese, gula kastor dan bluberry filling hingga sebati Tambahkan yogurt dan gaul hingga sebati Kemudian masukkan gelatin yg suam tadi dan gaul rata Perlahan-lahan masukkan whipping cream dan kaup balik adunan hingga rata ~ pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk, utk mengelakkan adunan bergentel-gentel bila bergaul dengan gelati Sediakan cawan atau bekas kaca kecil Pilih mana-mana satu bahagian dasar di atas Tuangkan adunan ke dalam piping bag Paipkan dalam bekas kecil Anda boleh selang selikan dengan oreo, biskut marie, kek, lady finger, cip coklat, parutan coklat masakan, filling pilihan dan lain-lain yang dirasakn bersesuaian Jika menggunakan biskut, jangan lupa untuk celupkan biskut dalam susu suam terlebih dahulu. Hiaskan atasnya dengan taburan buah-buahan, parutan keju, parutan cokat atau apa-apa sahaja perhiasan yang anda suka. Sejukkan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.

Resepi Cheese 3 250g krim keju ~ pada suhu bilik 80g gula kastor 100g coklat masakan putih ~ dicairkan 250g krim putar 50g air 15g halal gelatin 1 sudu teh asen vanilla ganache coklat secukupnya Larutkan gelatin dalam 50g air dan biarkan kembang Kemudian panaskan gelatin secara double boiler hingga gelatin melarut dan ketepikan Cairkan coklat masakan putih secara double boiler juga dan ketepikan Pukul krim keju dan gula kastor hingga lembut dan berkrim.

Pastikan krim keju pada suhu bilik. Tuangkan coklat putih ke dalam adunan krim keju Tuangkan pula gelatin dan kacau hingga sebati Tambahkan sedikit asen vanilla dan kacau adunan sempurna Dalam bekas lain, pukul krim putar (non dairy whipping krim) hingga gebu dan kental. Masukkan 1/3 krim putar ke dalam adunan keju tadi Kaup balik adunan hingga rata Tuangkan baki krim putar yang selebihnya dan kaup balik hingga bergaul sempurna Masukan adunan kedalam piping beg Sediakan bekas kecil Pilih mana-mana dasar dalam resepi di atas Selang selikan dengan ganache coklat Hiaskan cheezy anda dengan mana-mana bahan yang anda suka boleh letak kekacang, parutan coklat, cip coklat, buah-buahan, coklat hancur, atau juga crunch

Resepi Cheese 4 By : Auni Azalia 250g krim keju 4sudu besar susu pekat 3sudu besar susu segar atau susu cair 1sdt jus lemon Jika anda tidak sukakan krim keju anda boleh gantikan dengan 250 ml Non Dairy Whipping Cream Pukul semua bahan hingga gebu masukkan dalam pipng bag sama juga seperti kaedah yang lain, anda boleh pilih mana-mana resepi dasar Kemudian selang selikan cheese dengan filling pilihan

* Ada resepi yang menggunakan Marshmellow, tapi ita tak kongsikan di sini sebab ragu-ragu tentang kandungan gelatin yang digunakan untuk membuat marshmellow. Ada pertanyaan. Resepi apa pula yang ita gunakan. Ok bersama ini ita terangkan kaedah yang ita gunakan. Mula-mula sediakan bekas kecil pilihan Untuk resepi yang dalam gelas tu ita gunakan lapisan dasar 2 Ita letakkan campuran biskut oreo, biskut marie perisa capuchino dan juga Honey Cornflakes. Cairkan butter dengan api yang perlahan jangan sampai butter jernih tau! cukup sekadar ia mencair sahaja, dan gaulkan bersama biskut marie, oreo dan Honey Cornflakes yang telah dikisar (kisar jangan halus sangat) Bila dah siap letakkan dalam bekas, tekan-tekan supaya ia rata. boeh simpan dalam peti ais sebentar sementara kita siapkan cheesenya. Bagi yang dalam kotak pula ita menggunakan kek span coklat dan juga lapisan dasar 1, cuma ita tambahkan Honey cornfakes sedikit supaya rasanya lebih crunchy bila dinikmati.

Ita gunakan kaedah domino sebagaimana yang dapat anda lihat dalam gambar ita di atas. Susun kek span yang di potong kiub dan selang selikan dengan biskut marie dan cornflakes yang ita telah gaulkan bersama butter cair. Untuk yang dalam gelas, ita gunakan resepi cheese 1 Ita tak marblekan. Ita cuma layer-layerkannya sahaja antara cheese 1 dan filling bluberry Atasnya ita hiaskan dengan buah bluberry dan filling bluberry Untuk yang dalam bekas kotak pula, ita masih lagi gunakan resepi cheese 1, tapi kali ini ita tak menggunakan filling bluberry sebaliknya ita gunakan ganache coklat. Ita juga letakkan sedikit non dairy whipping cream yang ita pukul kaku dan campurkan sedikit dengan ganache coklat untuk memarblekannya. Atasnya pua ita hiasakan dengan parutan coklat masakan putih dan buah strawberry sebagai hiasan. Anda bolehlah hiaskan atasnya dengan cip coklat Harshley atau M&M atau apa-apa coklat yang anda suka. boleh juga kalau nak letakkan kekacang.

MELTY HERSHEY BLACK FOREST versi Nina Mirza Lapisan Cream Cheese
250ml Whipping Cream Non Dairy 250g Cream Cheese 100g gula halus 1 sudu teh esen vanilla Pukul kesemuanya hingga kental dan kaku lalu masukkan dalam piping bag.

Lapisan Dasar
Biskut marrie secukupnya - samada nak patah-patahkan atau kisar kasar pun boleh Air Susu suam - untuk celop biskut marrie. (kalau kisar tak perlu air susu, kang jadi bubur pulaa... hehee . .

Lapisan tengah
Gliss White chocolate blueberry 175g white chocolate blueberry - dipotong kecil 150g whipping cream 15g butter Masak whipping cream sehingga mendidih. Masukkan white chocolate blueberry yang telah dipotong kecil bersama butter. Kacau hingga sebati dan dibiarkan sejuk. Sedia digunakan #### white chocolate blueberry rupanya macam white chocolate cuma ianya berwarna purple dan ada tertulis kat packet perisa blueberry. Boleh dibeli kat bakery kat bahagian chocolate.

Filling Blueberry
1 tin blueberries 3 sudu besar bluberries filling 1 sudu besar tepung jagung 1 sudu besar gula kastor

Blueberries dalam tin di toskan , asingkan air dan buahnya Airnya di campurkan dengan 1 sudu besar gula dan 1 sudu besar tepung jagung dan masak atas api yang perlahan hingga sedikit pekat Kemudian biarkan syrup blueberries ni betul-betul sejuk dan sedia digunakan #### kalau malas nak buat filling blueberry nie, beli ajer ready made kat bakery ;)

Step by step to do MELTY HERSHEY BLACK FOREST versi Nina Mirza


1- Paipkan cream cheese dalam gelas diikuti dengan beberapa keping biskut marrie yang dicelopkan sekejap dalam air susu. 2- Paipkan lagi lapisan cream cheese menutupi lapisan biskut marrie tadi. (kalau tak der biskut marrie boleh ajer digantikan dengan lebihan apa jua kek yang ada kat rumah tuu.... setelah kek diletakkan, renjiskan sedikit air susu untuk membasahkan kek tersebut. - sikit jer airnya tau) 3- Tutup lapisan cream cheese dengan gliss white chocolate perisa blueberry. Kemudian lorek-lorekkan atau mablekan lapisan white chocolate blueberry 4- Letakkan lagi lapisan biskut marrie yang dicelopkan sekejap air susu lagi. 5- Tutup lapisan tersebut dengan cream cheese dan hiaskan dengan lapisan filling blueberry atau apa saja mengikut citarasa masing-masing 6- Simpan dalam peti ais lebih kurang 2-4jam sebentar 7- Setelah itu >>>>>> sedia di ngapp ngapppp!! Wallaaaa~~

Melty Hershey Chocolate Sumber:Noraslinda Bugal Bahan A: 250ml UHT Whipping Cream (dairy fresh cream) 250g cream cheese 200ml susu pekat manis (kurangkan kalau tak suka manis) Bahan B: Syrup coklat jenama Hershey's (nakguna yg perisa strawberi pun boleh/nutella,apa2 jenis filling) Biskut Marie/Oreo Bahan Hiasan: Gula-gula M&M,coklat chips,kekacang,cheddar cheese (disagat/diparut) Cara membuat: *Pukul cream cheese sehingga lembut.Masukkan susu pekat.Putar hingga rata.Masukkan pula UHT whipping cream.Putar lagi hingga bercampur rata. *Ambil bekas dan cedok 1 sudu adunan cheese dan tuang ke dalam bekas. *Susun/patah-patahkan biskut marie/oreo. *Picit syrup Hershey dan ratakan.Tabur coklat chips.Ulang step-step dia atas sehingga habis. *Lapisan atas sekali,tuang adunan cheese dan picit syrup hershey. *Tabur bahan hiasan mengikut kreativiti. *Sejukkan beberapa jam sebelum dihidang.

CHOCOLATE OREO JELLY


Resepi: Ros @ Jintan Manis Sumber : Ummi @ Home Sweet Home Cik Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan Dikongsi oleh : Ryo@ryoazhar.blogspot.com Bahan-bahan ( dpt dlm 10-15 acuan jelly )

1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar) )(*akak tukarkan dengan serbuk konyaku jelly)*ryo pakai 10 gram serbuk jenama layang2 6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan) (*akak letak 1o keping...hehe)*ryo letak 10 keping jugak 2 cawan air 2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)*ryo ganti dengan bancuhan krimer coffemate 1/2 cawan gula 1 ikat daun pandan 2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara:1. Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut. (*akak masak dulu serbuk jelly dengan air hingga mendidih dan masukkan gula, kacau hingga larut)*ryo masak dulu serbuk bersama air hingga larut 2. Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar. 3. Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi. 4. Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak. Cheese Pancake Bujang Berani by: ryo@ryoazhar.blogspot.com Bahan :

125 g cream cheese 300 ml susu segar 3 biji telur gred A 70 g gula kastor/aising 140 g tepung gandum 1 tsp esen vanila filing strawbery/jem secukupnya

Caranya: 1. 2. 3. 4. 5. Panaskan susu bersama cream cheese hingga cair sepenuhnya,sejukan seketika. Pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila Masukkan adunan susu dan cheese tadi,pukul sambil masukkan tepung Panaskan 'non-stick pan'...tuang sesenduk adunan,biar hingga masak. Dah siap,boleh la dihidangkan dengan jem/butter.

Light Cheese Cake Sumber:HaSue@sue-hasue.blogspot.com Sharing by : ryo@ryoazhar.blogspot.com Bahan-bahan


125g cream cheese 300 ml susu segar 80 g mentega atau marjerin 80 g tepung gandum 80 gram gula halus 3 biji telur saiz A beberapa titik esen vanila/jus lemon 50 g almond nibs*optional

Caranya : 1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan. 2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan) 3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan 4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2).. 5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Taburkan almond nibs.Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek 6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar) 7. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. Pandan Slice Cheese Cake Sumber : sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )


4-5 keping slice cheese 200 ml susu segar 70 gram butter atau marjerin 70 gram tepung gandum (diayak dahulu) 70 gram gula 4 biji telur saiz M beberapa titik esen vanila 1 sk pes pandan

Caranya :
1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar

2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa. 3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar. 4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue. 5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul 6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan . 7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya. 8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.*ryo x hias pun.. Paling best masa buat meringue tu!lembut jee....rasa nak sapu2 kat muka ni ha...nak kulit licin halus balik macam baby Zhariff.Boleh tak?Hahaaaa.... Kek yg aku buat tu tak la cantek macam sis HaSue buat,tapi sedap jugak rasanya...mcm nak buat lagi dan lagi..

LIGHT BLUEBERRY CHEESE CAKE Olahan dari resepi Onigiri@Ros dari website jepun.. Oleh:HaSue@sue-hasue.blogspot.com Bahan2:

300ml susu segar 6 keping keju kraft / 150g cream cheese 3 biji telur gred A 90g gula halus 110g tepung gandum 1 sudu kecil esen vanilla 110g mentega/marjerin Blueberry filling secukupnya

Cara2: 1. Panaskan oven pada suhu 180c,gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper. 2. Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan. 3. Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan) 4. Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah) 5. Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan. 6. Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati. 7. Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata 8. Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan

9. Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan,picitkan blueberry filling (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya)dengan cara bulatan di sekeliling adunan. 10. Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis 11. Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven) 12. Melty Hershey ( Print resepi ) Lapisan Dasar: Kek span coklat Air nescafe secukupnya atau jus lemon - saya campurkan kedua-duanya ( 1 st jus lemon ) Letakkan kek dalam bekas sebagai dasar Dengan menggunakan brush, sapukan air nescafe atau jus lemon untuk melembabkan kek. 13. 14. Lapisan Dasar/tengah (saya tambah) 15. 16. 3/4 cwn Cornflakes - hancurkan 1 sb mentega ~ cairkan Gaulkan bersama mentega cair Letakkan dalam bekas sebagai dasar/lapisan tengah 17. 18. Ganache Coklat: 19. 150 gm krim tenusu ~ whipping cream 15gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek 250 gm coklat gelap ~ hiris halus 10 gm butter 1 sudu teh orange sunquick atau 1 sudu teh pes hazelnut Didihkan krim dan sirap glukos. Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya Tambahkan butter dan orange sunquick atau pes hazelnut Kacau hingga adunan licin dan berkilat Biarkan sejuk Sedia di gunakan 20. 21. Lapisan Cheese: 22. 250ml UHT Whipping Cream (dairy fresh cream) 250g cream cheese biarkan pada suhu bilik 1/3 cwn gula caster 23. 24. Pukul cream cheese sehingga lembut. Masukkan gula. Putar hingga rata. Masukkan pula UHT whipping cream.Putar lagi hingga bercampur rata. Cara Penyediaan:

25. Letakkan lapisan dasar kek span. Sapukan dengan jus lemon/air nescafe Cedok (guna piping pun boleh) adunan cheese ke atas lapisan kek tadi. Paipkan coklat ganache. Letak corn flakes pulak. Cedok adunan cheese ke atas cornflakes dan paipkan coklat ganache. Bolehlah dihias dengan coklat chip atau buahbuahan segar. MELTY HERSHEY Lapisan 1 Pilihan lapisan (Biskut Marie, Biskut Oreo, Kek Span) 1) Cairkan butter 2) Gaul dengan biskut yang ditumbuk/dikisar 3) Mampatkan dalam gelas/bekas *aku buat guna Oreo... Lapisan 2 Cream Cheese Gula halus/susu pekat *aku guna susu pekat manis Whipping Cream Non Dairy 1) Putar cream cheese dgn gula hingga kembang 2) Di bekas berlainan putar whipping cream hingga kembang 3) Campurkan kedua2nya dengan kaedah kaup balik atau putar perlahan -bahagi dua bekas untuk lapisan kedua dan lapisan keempat. *resepi sebenar untuk lapisan kedua ade blueberry filling..tapi aku tak guna blueberry filling..biar rase yg ori je.. Lapisan 3 Coklat/ Strawberry Hershey ready made dalam botol. Jika tak ada atau nak jimat kos boleh buat coklat ganache sendiri * Panaskan whipping cream campurkan dgn coklat hingga cair dan masukkan sedikit butter. *aku buat yang jimat kos je...Hershey syrup tu mahal... Lapisan 4 Cream cheese tadi bersama coklat nips M&M dan chocolate rice. *mak aku cakap kalau letak yang rase macam kekacang lagi sedap... letak badam hancur,bagus jugak..rase gak makan krup krap krup krap kan.... Cara Melapisnya: 1) Pertama biskut yang bercampur dengan butter cair tadi kita mampatkan dalam gelas/bekas. 2) Masukkan cream cheese. 3) letak lapisan coklat yang dicairkan tadi. 4) Masukkan lagi sekali cream cheese. 5) Akhir sekali masukkan coklat M&M dan chocolate rice. 6) Sejukkan dalam peti ais dan nikmatilah kesedapannya bersama seisi keluarga....

*aku buat tak ikot sukatan macam tuan blog Jintan Manis..buat ikot sesedap rase... dak aku buat terlebih manis! terlebih susu pekat manis...nak terkeluaq anak tekak aku..loya..hehe...

You might also like