Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Ibn Al-Jazari telah menghafaz al-Quran, mempelajari qiraat, mendengar hadith daripada ramai syeikh di Damsyiq dan tanah

Hijaz. Antara mereka ialah :

Abu Muhammad Abd Al-Wahhab bin Yusof bin Al-Sallar (698H-782H), beliau merupakan guru pertama kepada Ibn Al-Jazari dengan memperolehi banyak manfaat dan sentiasa mendampinginya semenjak kecil lagi. Ahmad bin Ibrahim bin Al-Tahhan Al-Manbaji (702H-782H). Beliau pernah mengijazahkan Ibn Al-Jazari dengan Ijazah Qiraat Sepuluh walaupun beliau baru sahaja selesai surah Al-Fatihah dan awal-awal Surah Al-Baqarah. Ahmad bin Rajab bin Al-hasan Al-Sulami Al-Baghdadi (775H) Ibrahim bin Abdullah Al-Humawi Al-Muaddib (773H). Beliau seorang yang sangat alim dengan ilmu Tajwid dan Ibn Al-Jazari mempelajari daripadanya. Abu Al-Maali bin Al-Lubban (Muhammad bin Ahmad Al-Dmasyqi) (715H776H) Abu Abdullah Muhammad bin Soleh Al-Madani (785H) seorang khatib dan imam Masjid Al-Nabawi. Abu Bakr Abdullah bin Aidaghdi bin Abdullah Al-Shamsi, yang terkenal dengan al-Jundi (699H-799H) Abu Abdullah Muhammad bin Abd Al-Rahman Al-Soigh Al-Hanafi (704H776H) Abu Muhammad bin Abd Al-Rahman bin Ahmad bin Ali Al-Baghdadi AlWasiti Al-Masri (702H-781H)

You might also like