Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat


juga saya menyiapkan Folio Sejarah ini. Tanpa izin-Nya mustahil dapat saya
menyempurnakan tugasan ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak
memberikan sokongan dan bantuan kewangan kepada saya. Mereka juga banyak
memberikan maklumat-maklumat tambahan. Tugasan saya mungkin sukar tanpa bantuan
dan galakan mereka.

Sekalung penghargaan juga saya tujukan kepada pihak sekolah, terutama kepada
Pengetua , Puan Hajah Shariffah Asmak binti Alwee dan Puan Nor Zailiza binti Ab
Wahab, guru Sejarah saya yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan
tugasan ini sekaligus membimbing saya melaksanakan kajian ini.

Ribuan terima kasih kepada kawan-kawan saya yang banyak membantu dan memberikan
kerjasama kepada saya ketika mencari bahan dan maklumat semasa membuat Kerja
Kursus Sejarah PMR 21/2 2009 ini. Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini.
SENARAI KANDUNGAN

Penghargaan
Objektif Kajian
Kaedah Kajian
Hasil Kajian
Rumusan
Lampiran
Rujukan
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut:

(A) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber
sejarah yang sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan
tatacara yang betul, jelas dan tepat.

(B) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang jasa dan pengorbanan Al-
Biruni kepada Islam dan dunia Matematik.

(C) Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan
Penilaian Rendah (PMR).
KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalani kajian tersebut. Antaranya

ialah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Banyak maklumat yang saya perolehi

melaluinya. Antara laman web yang saya layari ialah Wikipedia. Wikipedia ialah

ensiklopedia bebas di dalam internet. Kita boleh mendapat banyak maklumat melaluinya

dalam pelbagai bahasa. Selain itu, saya juga merujuk kepada buku ilmiah Siri Tokoh

Islam. Di dalamnya banyak maklumat tentang Al-Biruni.


HASIL KAJIAN
Nama penuhnya Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni daripada keluarga
Tajik. Lahir pada 3 Zulhijjah 362H/ 4 September 973M di Parsi. Menurut kitab al-Ansab
yang ditulis oleh Sam’ani dan kitab Mu’jam al-Buldan yang ditulis oleh Ya’qut al-
Hamawi, penduduk Khawarizm memanggil orang asing sebagai biruni (dalam bahasa
Parsi). Maka atas alasan inilah yang menyebabkan Abu Rayhan dikenali sebagai al-Biruni
kerana beliau merupakan orang asing bagi penduduk Khawarizm.

Sarjana lain menyatakan beliau bukan dilahirkan di Khawarizm, tetapi di Birun, iaitu
sebuah bandar di luar Kath. Bandar Khawarizm terletak 20 farsakh (60 km) dari Kath
yang menjadi ibu kota kerajaan pemerintahan putera-putera Ma’muniyah. Oleh itu ada
kemungkinan apabila Khawarizm menjadi ibu kota Ma’muniyah, maka penduduk Kath
yang berhijrah ke bandar itu digelar biruni. Oleh kerana Abu Rayhan orang yang lebih
terkenal di kalangan mereka, maka gelaran ini diberikan kepadanya. Beliau turut digelar
‘Khawanizini’ kerana nama kawasan itu juga dipanggil Khawanizin.

Pendidikan

Beliau banyak memperoleh ilmu pengetahuan daripada seorang Putera Raja Parsi, iaitu
Abu Nasr Mansur bin Ali Jilani, pakar matematik. Keluarga Abu Nasr begitu
mengambil berat tentang al-Biruni. Al-Biruni merupakan sarjana agung pada akhir abad
ke-4H/1OM dan pakar dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa. Beliau hidup
sezaman dengan Ibn Sina. Antara karya beliau yang teragung ialah Rasa’il al-Biruni,
sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik. Sebagai seorang yang dahagakan ilmu,
beliau tidak suka membuang masa. Sepanjang hayatnya ditumpukan kepada bidang
penyelidikan dan penulisan. Dengan itu, beliau dapat menguasai dua buah tamadun besar
pada ketika itu iaitu tamadun Arab dan tamadun Yunani.

Beliau mempunyai hubungan erat dengan para intelek Islam dan Kristian. Seorang
daripadanya ialah Abu Sahl Masihi (ahli fizik Kristian). Beliau juga berhubung rapat
dengan para saudagar Kristian Syria, tujuannya adalah untuk mempelajari nama-nama
orang Yunani serta sebutan dan ejaan istilah perubatan yang betul.

Sebagai AhIi Astronomi

Minat dan aktiviti al-Biruni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori
abstrak tentang falsafah hinggalah kepada sains praktis matematik, geografi, fizik dan
astronomi. Bidang pengajiannya yang utama ialah astronomi. Ini adalah berdasarkan
pengakuannya sendiri iaitu:

Oleh kerana bidang saya adalah bidang astronomi dan sejak saya wujud di dunia ini
lagi saya terkenal dengan ilmu itu dan saya tidak berniat untuk keIuar dari disipIin ilmu
itu, maka saya mahu berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Mas’ud) yang dikenali
sebagai nikmat, dengan menulis kanun (undang-undang) Sina’at al-Tanjim (Seni
Astronomi).
Beliau memberi contoh tentang kegunaan harian pengetahuan matematik dan astronomi.
Contoh inimenunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan
pasang surut air laut. Ilmu pengetahuan tentang binatang-binatang dan kedudukannya
sangat penting bagi menentukan arah pengembaraan dan perjalanan. Ia juga sangat
berguna ketika menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan garis lintang atau
bujur sesuatu bandar. Maka beliau telah menunjukkan bahawa astnonomi sangat berguna
dan sesuai menurut Islam. Teori-teori astronominya yang penting ialah seperti berikut.

1. Teori alam semesta

Al-Biruni menganggap bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang
terhad. Pada masa yang sama beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam
semesta sebagai kuasa sebenar yang terlibat seperti yang dilihat daripada pengalaman.
Beliau mendakwa bahawa,

‘Apabila sesuatu bahagian anggota jisim tegar bergerak secara garis Iurus dan satu
bahagian ke satu bahagian yang lain, sebaliknya jasad itu mengelilingi jasad lain dalam
gerakan bulatan yang rnenggambarkan gerakan mengelillngi satu titik tetap seperti
pusat bumi ketika jasad lain itu tegar. Walau bagaimanapun, kawasan persekitaran
matahari menyebabkan planet bergerak dalam bentuk elips.’

2. Kosmogeni

Walaupun Qanun al-Mas’udi tidak membincangkan asal-usul alam semesta tetapi al-
Biruni membincangkannya secara terpeninci dalam bukunya al-Tahdid. Beliau
menolak pandangan yang menyatakan dunia ini kekal. Beliau mengumpul pelbagai
arus pertukaran bumi di zamannya dan melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib
al-Busti yang mempunyai muka surat.

3. Teori geosentrik

Al-Biruni dan cendekiawan sezamannya sering memikirkan tentang kontroversi


geosentrik dan heliosentrik. Beliau mengatakan bahawa sebarang teori baru tidak
dapat diterima tanpa bukti sains yang kukuh. Selagi sesuatu teori alternatif yang
sebenar belum ditemui maka wajarlah seseorang itu mempercayai dan menerima teori
dan penerangan yang terdahulu. Al-Biruni menulis mengenai pergerakan matahari
dalam sebuah buku berjudul Kitab al-Tatbiq fi Tahqiq Harakat al-Syam yang
berkaitan dengan teori ini.

4. Kalendar dan kronologi

Beliau telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam
yang juga dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub. Beliau telah
mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hariserta menulis
buku mengenainya iaitu Ta’bir al-Mizan wa Taqbir al-Azman. Bukunya yang
bertajuk Tanqih al-Tawarikh membincangkan tentang tarikh. Manakala buku
Tasawwur Amr al-Fajr wa alShafiq fi Jihat al-Gharb wa al-Sharq pula
inembincangkan tentang terbitnya fajar.
Qanun al-Mas’udi adalah antara bukunya yang terakhir yang membincangkan
perkara di atas dengan lebih terperinci. Ia membincangkan tentang siang dan malam,
bulan dan tahun, bulan serta matahari, juga penerangan terperinci mengenai
perbezaan takwiin, maklumat tambahan (baru) mengenai kalendar orang India,
mengubah takwin Sakkala kepada takwin Hijrah.

5. Matahari

Al-Biruni turut membuat kajian tentang Matahari dan perkara-perkara yang berkaitan
seperti berikut:

(a) Sifat fizikal Matahari

Al-Biruni cekap dalam pengajian ilmu fizik dan kadangkala memberikan


sumbangan asli. Misalnya, beliau membuat kajian mengenai sifat fizikal waktu
Matahari. Menurutnya Matahari ialah jasad yang panas bagi letusan solar yang
boleh diperhatikan apabila gerhana penuh, samajuga seperti nyalaan yang
muncul di sekeliling jasad yang membakar.

(b) Gerakan tahunan

AI-Biruni mempercayai teori geosentrik dan menganggap Matahari bergerak


mengelilingi Bumi. Beliau berfikir bahawa gerakan matahari yang perlahan dan
cepat menggambarkan sesuatu orbit.

(c) Panjang tahun solar (tropika)

Semasa mengkaji panjang tahun solar, al-Biruni memerhati perubahan dan


perbezaan pendapat mengenai zaman lepas. Beliau melaporkan ada empat
rumusan yang berbeza iaitu 365.2426, 265.2421, 365.398 dan 365.248 hari. Al-
Biruni membuat pengiraan bahawa terdapat 365 hari, 5 jam dan 46 minit.
Kalendar Jalali juga mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni ini
tidak jauh perbezaannya dengan kiraan moden iaitu 365 hari, 5 jam, 48 minit
dan 47 saat.

Ketika menulis Qanun, beliau mengira titik yang tertinggi di antara Matahari
dengan Bumi bergerak satu darjah dalam masa 1/3 tahun, dan 0, 0, 7, 44, 54
dalam satu hari. Perkiraan yang telah dibuat oleh al-Biruni ini hampir sama
dengan angka moden iaitu 52.2 setiap tahun dan satu darjah dalam masa 72
tahun.

(d) Fajar dan senja

Beliau membincangkan alasan-alasan bagi tempoh fajar dan senja. Al-Biruni


mendapati senja (pagi dan petang) terjadi apabila Matahari berada di bawah
ufuk. Penyelidik moden mengesahkan penemuan al-Biruni ini. Beliau menulis
buku al-Lam’at mengenai perkara ini.
Sebagai AhIi Sains

Walaupun al-Biruni lebih melibatkan dirinya dalam bidang astronomi namun beliau
mahir dalam ilmu matematik. Al-Biruni dapat menguasai geometri, aritmetik dan
menggunakan algebra dengan mahir. Beliau juga berminat dalam bidang fizik namun
tidak meminati bidang muzik.

1. Trigonometri sfera

Al-Biruni menulis Kitab Maqalid ‘Ilm al-Hai’ah fi Basit al-Kurah. Buku itu
dihasilkan sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-
Tafhim kerana penguasaan bahasa dan subjeknya yang baik dan mudah difahami.

Ketika ahli sains ini berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Satu
daripadanya diberi tajuk Jami’ al-Tarq al-Sa’irah fi Ma’rafah Awtar al-Da’irah
yang membincangkan mengenai kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan.

Al-Biruni patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap trigonometri


sebagai bidang yang terpisah dengan astronomi mengembangkannya dengan cara
yang sistematik. Beliau tidak membataskan dirinya setakat huraian yang ringkas
tetapi membandingkannya dengan bahan dan keterangan lain yang berkaitan, menilai,
mengkritik dan memberi pengolahan yang lebih baik.

Karangan Qanun al-Mas’udi yang berkaitan dengan trigonometri mengandungi


10 bab. Bab pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisi-sisi daripada pelbagai
gambar rajah seperti segi tiga sisi dan segi empat sama hingga segi sepuluh jejari
sesuatu bulatan. Bab seterusnya membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai
garis rentak lentuk. Teori ini beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudut-
sudut yang berganda.

Beliau turut membincangkan tentang jejari bulatan sebagai satu kesatuan


mnenggantikan 60. Ini akan memendekkan lagi kerja-kerja pengiraan. Beliau berjaya
mendahului ahli matematik yang lain dengan membuktikan rumus sinus dalam satah
segi tiga iaitu.

sinA/a = sinB/b = sinC/c

Banyak lagi rumus-rumus yang dikemukakan dan diperkenalkan oleh beliau.


Beliaulah orang pertama yang berjaya membuktikan rumusan sinus bagi satah segi
tiga. Beliau cekap menggunakan rumus dan penentu dalaman dan yang pertama
memberikan contoh mengenai kalkulus dan teorem umum.
2. Aritmetik orang India

Di samping trigonometri sfera, al-Biruni turut menguasai aritmetrik orang India. Beliau
telah menulis beberapa buah buku berhubung dengan subjek itu. Antaranya ialah,

(a) Rashikat al-Hind iaitu Zodiak di India


(b) Kaedah aritmetik yang berbeza dalam Brahma Siddhant
(c) Kaedah-kaedah orang India (Rusum al-Hind) dalam pengajaran aritmetrik.
(d) Mansubat al-Darab yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang
berbeza.

3. Cahaya dan bunyi

Al-Biruni mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada bunyi. Menurut beliau
sinaran membawa haba dari Matahari dan ia dapat menembusi air dan udara. Beliau
juga mendapati senja kala bermula atau berakhir apabila Matahari berada di bawah
kaki langit. Penemuan al-Biruni ini sama dengan penemuan moden.

4. Graviti

Beliau turut memberikan sumbangan yang besar dalam bidang graviti. Beliau menolak
pandangan Aristotle yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa graviti. Beliau
menolak idea bahawa tempat asal bagi air ialah di atas bumi kerana tidak ada tempat
asal bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia akan sampai ke pusatnya.

5. Ketumpatan

Beliau dapat menyukat dengan betul ketumpatan bahan-bahan. Al-Biruni


menggunakan suatu alat yang berfungsi sebagai dosimeter untuk menyukat
ketumpatan. Beliau dapat menyukat air yang begitu tepat sehinggakan hasil
pencubaannya itu selaras dengan nilai moden. Beliau turut memberikan sumbangan
yang tulen dalam bidang hidrostatik. Beliau menerangkan fenomena tentang banjir,
mata air dan prinsip-prinsip yang berkaitan. Al-Biruni menggunakan emas, raksa,
zamrud dan kuartza untuk menentukan ketumpatan. Dalam bidang mekanik beliau
telah mengukur ketumpatan relatif beberapa logam dan bahan bukan logam dengan
kejituan yang tinggi. Beberapa keputusan dicatatkan seperti berikut:

Bahan Ukuran dengan Ukuran dengan Moden


emas raksa
Emas 19.26 19.05 19.26
Raksa 13.74 13.59 13.59
Tembaga 8.92 8.83 8.85
Loyang 8. 67 8.58 8.40
Besi 7.82 7.74 7.79
Plumbum 11.40 11.29 11.35
Jadual di atas merupakan penemuan al-Biruni yang kiraannya hampir sama dengan
kiraan moden. Sumbangan beliau dalam menyukat ketumpatan sangat bermanfaat
kerana beliau berjaya membuat ukuran tepat.

6. Mekanik

Al-Biruni memberikan sumbangan yang banyak dalam bidang mekanik. Beliau mahir
dalam bidang pengetahuan tentang peralatan. Beliau telah mencipta dua alat yang
istimewa. Satu daripadanya ialah pengimbang hidrostatik. Melalui alat ini beliau
dapat mencari ketumpatan 18 bahan. Satu lagi alat ialah sejenis balai cerap yang baru,
ia dinamakan al-Ustawani yang beliau gunakan untuk mengukur bintang-bintang,
ketinggian menara dan bukit, dan kedalaman telaga atau sungai.

7. Berat dan ukuran

Minatnya dalam matematik menyebabkan al-Biruni mempelajari tentang berat dan


ukuran. Ini kerana ia berkait rapat dengan bidang kajian astronomi dan fizik.
Ketumpatan sebenar 18 bahan yang diukur oleh beliau menunjukkan kepakarannya
dalam menyediakan berat dan ukuran yang paling tepat.

8. Geografi, geodesi dan stratografi

Al-Biruni telah memberikan sumbangan yang sangat berharga dalam bidang


geografi. Antaranya beliau telah membezakan antara kuala dan teluk. Beliau
menganggap semua kelompok Eurasia dan Afrika sebagai satu benua yang didapati
terletak di Barat dan Timur. Ahli geografi agung ini tahu tentang banjaran gunung di
India yang dikenali sebagai Himalaya. Dalam bukunya India, beliau membincangkan
peranan kawasan pengunungan dalam menyumbang hujan lebat dan melindungi
sebahagian daerah Kashmir.

Pengetahuan al-Biruni tentang Asia sangat luas. Beliau memberitahu dengan


terpeninci tentang negeri Turki, yang berkaitan dengan Sungai Augarer dan kawasan
Tasik Baikal. Namun sumbangan utama beliau ialah tentang India. Beliau
memberikan maklumat tentang kawasan barat laut India.

Al-Biruni telah mengarang beberapa karya geografi, antaranya Tahdid Nihayat al-
Amakin (Penentuan Batas Daerah). Beliau telah menghasilkan kaedah baru untuk
mengukur latitud (darjah lintang) dan longitud (darjah bujur) dan membuat
pengukuran sendiri untuk menetapkan antupoda dan kebulatan bumi juga ketinggian
dan sifat-sifat geografi bandar-bandar. Beliau telah membuat ukuran bagi
menaksirkan lilitan bumi dan mendapat anggarannya 25,000 batu. Daripada al-Biruni
kita mendapat tahu bahawa pada abad ke-11, saudagar-saudagar Muslim telah sampai
di pulau-pulau Lautan India berhampiran dengan Pulau Jawa.

Pada 1 September 1048/ 12 Rejab 440H tokoh Islam yang agung ini telah meninggal
dunia ketika berumur 75 tahun.
RUMUSAN

Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur kerana dapat mengenali dengan

lebih mendalam salah seorang tokoh Islam yang terkenal. Al-Biruni seorang sarjana

agung yang pakar dalam semua bidang terutama astronomi, sejarah dan bahasa. Kerana

meminati berbagai bahasa, beliau sangat rapat dengan saudagar dan intelek kristian

kerana ingin mempelajari bahasa mereka. Dikenali sebagai Ahli Sains Al-Biruni telah

menghasilkan ensiklopedia astronomi dan matematik.

Melalui kajian ini saya lebih menghargai jasa dan pengorbanan Al-Biruni sebagai tokoh

Islam. Semoga lebih banyak ilmuwan Islam lahir seperti beliau.


LAMPIRAN

Al-Biruni di dalam setem pos Afghanistan 1973 sempena mengingati hari jadinya ke-

1000

Setem USSR 1973 sempena mengingati hari jadi Al-Biruni ke-1000


Patung Al-Biruni di barat laut Taman Laleh, Iran

Ilustrasi dari Al-Biruni menunjukkan fasa-fasa bulan


RUJUKAN

INTERNET

1. Abu Arrayhan Albiruni,www.scribd.com

2. Gambar Al-Biruni, en.wikipedia.org/wiki/Al-Biruni

BUKU ILMIAH

1. Scheppler, Bill (2006), Al-Biruni: Master Astronomer and Muslim Scholar of the

Eleventh Century, The Rosen Publishing Group, ISBN 1404205128


Unsur Patriotisme

1. berbangga sbg rakyat Malaysia


-hormati raja dan pemimpin Negara.
-hargai jasa dan perjuangan tokoh Negara
- horamti lambang2 negara
-jaga dan pertahankan maruah bangsa dan Negara
-hargai dan amalkan tradisi dan budya bangasa
Bangga dgn sej. Malaysia

2. semangat setia Negara


-cinta akan bangsa dan Negara
-bertanggungjawab kpd bangsa dan Negara
-sedia bkorban utk bangsa dan Negara
-taat setia pd raja dan pemimipin
Berani dan pertahankan kedaultan Negara

3. Semangat kekitaan
-bersatu padu dan harmoni
-tolak ansur
-kerjasama dan tlg-mnolong
-hormat-menghormati
-bmuafakat

4.berdisplin
-bakhlak dan berbudi bhs
-patuhi undg2 dan peraturan
-btindak wajar
-amanah,jujur
-adil dan bertimbang rs

4. berusaha dan produktif


-rajin, gigh
-bdikari
-tabah hadapi cbrn

You might also like