Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

VARIASI BAHASA

Variasi bahasa membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang

digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.Bahasa ialah

kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya,

makin luas daerah penyebaran bahasa itu dan makin banyak perbezaannya.

Hasil Pembelajaran

1. Menghurai dan menjelaskan variasi-variasi bahasa.

2. Melihat pengaruh variasi bahasa itu mempengaruhi kehidupan masyarakat.

Variasi Bahasa.

Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi

maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu

Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa yang berbeza

secara semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu

kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza.

Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu :

Pengguna orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan

Penggunaan kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau

situasi bahasa itu digunakan.

Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang sama dan

bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa.

Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan

tatabahasa.

Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah

penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula

perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.

Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu.

Dalam konteks Malaysia, di

Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti

dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor.

Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah

penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula

perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.

Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu.

Dalam rangka Malaysia, di

Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti

dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor.

Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-

faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, dan kedudukan

sosioekonomi penutur yang berbeza-beza penggunaannya.

Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa.

Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu, misalnya bahasa

Melayu atau bahasa Inggeris,mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan

bahasa, yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri daripada

satu keseluruhan.

Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili

bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat

umum bahasa tersebut.

Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara

menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku.

Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada

berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. Tujuannya supaya

mudah difahami.

Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan guna sedikit

sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa melayu umum, yang dari segi

sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau.

Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi yang

digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi

seperti dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa.

Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik.

Variasi Bahasa (Dialek)

Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan

yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada

waktu itu.

Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh

pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi

. Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek.

Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan

penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.

Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza

daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan

penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk

dianggap sebagai satu bahasa yang lain.

Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam

sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang

Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16

golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.

Bahasa Isyarat

Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa

tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk berkomunikasi.

Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini, biasanya

dengan mengkombinasikan bentuk tangan, orientasi dan gerak tangan, lengan, dan

tubuh, serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka.

Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara.

Bahasa

isyarat

berbeza

di

negara-negara

yang

berbahasa

sama.

Contohnya, Amerika Serikat dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang

sama

tetapi

memiliki

bahasa

isyarat

yang

berbeza

(American

Sign

Language dan British Sign Language). Hal yang sebaliknya juga berlaku. Ada

negara-negara yang memiliki bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris

dengan Sepanyol), tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama.

Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai

kecacatan seperti bisu dan pekak.

Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain.

Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat

Malaysia (BIM), yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan

mereka yang tidak memahami bahasa berkenaan.

Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian

Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri

Othman Yeop mensasarkan melatih 100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun.

You might also like