Laporan Pidato

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Laporan Pertandingan Pidato Terbuka Peringkat IPG Kampus Gaya Pada 26 Ogos 2013, Kelab Bahasa Melayu IPG

Kampus Gaya telah menganjurkan pertandingan pidato peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya bagi tahun 2013. Seramai 21 orang peserta terdiri daripada pelatih guru telah mengambil bahagian dalam pertandingan pidato tersebut. Setiap opsyen telah menhantar 1 peserta, bagi mewakili kelas mereka. Pertandingan ini diadakan untuk melahirkan guru-guru pelatih yang petah bercakap dan peka kepada isu-isu semasa. Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk menonjolkan bakat-bakat terpendam guru-guru pelatih yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini untuk mempamerkan bakat mereka dalam berpidato dan bercakap di khalayak ramai, disamping itu dapat para peserta dapat memupuk rasa cinta terhadap Bahasa Melayu dan memahami serta mendalami Bahasa Melayu. Semua peserta telah dimaklumkan bahawa tema pertandingan pidato ialah Kesantunan Bahasa. Sebelum pertandingan Sebelum pertandingan ini dilaksanakan, beberapa mesyuarat telah diadakan untuk memastikan kelancaran pertandingan pidato ini. Mesyuarat yang pertama membincangkan pembentukan ahli jawatankuasa pertandingan yang akan bertugas sebelum, semasa, dan selepas pertandingan ini dijalankan. Ahli-ahli ini juga akan menguruskan segala keperluan dan juga kelancaran semasa pertandingan berlangsung. Selepas itu, mesyuarat yang kedua telah dijalankan dalam kalangan ahli jawatankuasa untuk menentukan sistem pertandingan dan peraturan-peraturan yang bakal digunakan semasa pertandingan pidato tersebut. Selain itu, penetapan syarat-syarat pemilihan peserta telah diedarkan bagi memudahkan proses pendaftaran peserta yang bakal bertanding. AJK pelaksanaan telah menyenaraikan barangbarang dan peralatan yang digunakan semasa pertandingan ini

dilaksanakan, barang-barang dan peralatan juga dapat diperolehi melalui pihak IPG Gaya dan inisiatif pihak penganjur. Manakala, AJK surat menyurat melalui pengerusi pertandingan ini pula telah menaip surat kebenaran kapada pengarah IPG Gaya, surat jemputan kepada para pensyarah dan memo penyertaan dan borang pertandingan kepada setiap semua wakil-wakil opsyen. Selepas itu, dengan kebenaran meneruskan pertandingan ini daripada pengarah. Kerja- kerja telah dibahagikan mengikut jawatankuasa yang

telah dilantik. Jadual pertandingan juga telah dibuat menjelang pertandingan dan dewan IPG Gaya telah dihias oleh para ahli Kelab Bahasa Melayu IPG Kampus Gaya. Beberapa hari sebelum pertandingan dilangsungkan, borang pemarkahan untuk pengadil telah disediakan manakala tempat pendaftaran peserta juga telah disediakan bagi memudahkan peserta mendaftarkan diri pada hari pertandingan yang akan datang.

Semasa pertandingan Pada 26 Ogos 2013,. Pertandingan dimulakan tepat pada jam 9 pagi. Para peserta memberi persembahan pidato dengan bersungguhsungguh untuk

mendapat markah yang tinggi daripada para pengadil yang mengadili pertandingan. Para pengadil terdiri daripada pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPG kampus Gaya. Para peserta telah menunjukkan kesungguhan mereka masing-masing untuk menyampaikan pidato mereka dan pengadil mengadili mereka berdasarkan beberapa criteria dan hendaklah bersesuaian dengan tema pertandingan. Setelah para peserta selesai menyampaikan pidato masing masing, masa rehat selama 30 minit telah diberikan kepada para peserta untuk memberikan peluang kepada jurijuri yang bijaksana mengira markah seterusnya pertandingan pidato ini. Bagi majlis penutupan, setelah selesai ucapan daripada perasmi, mencari pemenang bagi

pengumuman para pemenang telah dibuat. Pemenang tempat pertama ialah saudari Nur Hasmina Bin Usuf dari Opsyen Bahasa Melayu semester 6. Tempat kedua dimenangi oleh saudara Lee Ang Wei dari Opsyen Bahasa Cina semester 8, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Puveen Tajara dari Opsyen TESL semester 2. Setelah selesai penyampaian hadiah, Timbalan Pengarah telah memberi beberapa nasihat dan ucapan taniah kepada pemenang-pemenang dan tidak lupa juga penganjur pertandingan telah menunjukkan kesungguhan masingmasing dalam menjayakan pertandingan pidato ini dan beliau juga berharap guru-guru pelatih di kampus ini akan terus berusaha bagi meningkatkan penguasaan dan mendalami lebih dalam Bahasa Melayu.

Selepas pertandingan Selepas itu, post-mortem telah diadakan bagi mengenal pasti kekurangan dan juga masalah masalah yang timbul semasa pertandingan dijalankan dan tidak lupa juga kelebihan anjuran pertandingan pada kali ini. AJK Laporan dan Dokumentasi telah menjalankan tugasan mereka dalam merekod segala aktivitiaktiviti yang berkaitan dengan pertandingan pidato ini.

Laporan disediakan oleh, _________________________ (MOHD FAIZOL BIN SAFRAN) Setiausaha pertandingan

You might also like