Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BEDENA 45300 SUNGAI BESAR SELANGOR

MESYUARAT GURU AWAL TAHUN 2013

TARIKH HARI MASA

: 26 DECEMBER 2012 : RABU : 8.30 PAGI

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengetua, Encik Abd Hamid bin Hassan. 1. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Tuan Pengetua. 2. Tuan Pengetua membuat pemeriksaan kehadiran guru dalam mesyuarat. 3. Tuan Pengetua memaklumkan guru-guru yang berpindah ke sekolah lain dan

memperkenalkan guru baru bagi Program Pendidikan Khas iaitu Puan Adlin Juliana kepada guru-guru SMKSB. Seterusnya meminta Puan Adlin Juliana memperkenalkan diri di hadapan. 4. Tuan Pengetua mengucapkan TAHNIAH kepada guru-guru yang mengajar tingkatan tiga dengan peningkatan peratusan peperiksaan PMR 2012. Secara keseluruhannya peratusan meningkat kepada 56.4% walaupun Gred Purata turun kepada 3.28. 5. TAHNIAH juga diucapkan kepada guru-guru yang memiliki anak-anak yang menduduki PMR di SMKSB kerana telah membantu sekolah memperolehi kejayaan. 6. Tuan Pengetua memaklumkan bahawa bermula pada tahun 2013 akan berlaku perubahan dalam system pendidikan Negara iaitu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.Terdapat 3 gelombang didalam PPPM (boleh dirujuk oleh guru didalam buku yang diedarkan). Pelan ini antaranya bertujuan untuk meningkatkan kecekapan guru dalam P&P. 7. Bagi meningkatkan kecekapan guru,Tuan Pengetua menyarankan agar guru-guru

meningkatkan kemahiran dalam ICT, menghargai dan menepati masa samada semasa P&P, Kurikulum, Kokurikulum serta masuk dan keluar kelas. 8. Tuan Pengetua seterusnya memaklumkan bahawa terdapat pertukaran guru antara sesi iaitu Encik Izwan bin Mohd Yusop bertukar ke sesi petang dan Encik Omar Firdaus bin Mohd Said ke sesi pagi.

Taklimat Penolong Kanan Pentadbiran,Puan Hajah Siti Rahmah binti Timin. 1. Puan Hajah Siti Rahmah memaklumkan bahawa perubahan tarikh mesyuarat Kurikulum daripada 27/12/12 kepada 28/12/12 kerana beliau tidak dapat hadir pada tarikh tersebut. 2. Guru-guru dimaklumkan untuk mengambil Buku Rekod P&P di bilik Tuan Pengetua dan menandatangani borang penerimaan yang disediakan. Guru-guru dikehendaki melengkapkan semua butiran di perlukan dan menghantar semula buku rekod tersebut pada 11/1/2013 untuk pemantauan. 3. Guru-guru juga akan dibekalkan dengan 2 batang marker pen biru dan hitam. 4. Puan Hajah Siti Rahmah seterusnya memberi sedikit ulasan berkenaan analisis peperiksaan PMR 2012 yang menunjukkan peningkatan dari peratusan tetapi penurunan dari gred purata. 5. Sekolah ganti bagi sesi persekolahan 2013: CHINESE NEW YEAR CUTI PERISTIWA CUTI GANTI 10 & 11 FEBRUARI 2013 13 FEBRUARI 2013 14 & 15 FEBRUARI 2013

DEEPAVALI CUTI PERISTIWA CUTI GANTI

2 NOVEMBER 2013 1 NOVEMBER 2013 4 NOVEMBER 2013

*Rujuk buku takwim sekolah yang diedarkan

6. Penerangan ringkas takwim sekolah 2013- rujuk buku takwim. 7. Puan Fatimah dilantik menjadi guru data menggantikan Puan Rosilawati yang berpindah ke PPD Sabak Bernam. 8. Guru-guru diminta mengekalkan rekod pelajar yang berpindah dalam kelas lama bagi memudahkan urusan berkaitan dirujuk. 9. Guru kelas 2012 pula diminta mengambil slip peperiksaan 2012 dan menampal di dalam buku rekod kemajuan pelajar sebelum membuat serahan kepada guru kelas 2013. 10. Ahli Badan Insan diminta membayar sebanyak RM17.00 untuk bayaran Khairat Kematian guru untuk tempoh April 2012-November 2012.

Taklimat Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Hajah Jamaliah binti Jahari. 1. Kata-kata aluan dan mengucapkan selamat datang ke sekolah untuk sesi 2013. 2. Skim Pinjaman Buku Teks..

Guru-guru tingkatan diminta memastikan semua murid mendapat buku teks samada set lengkap atau separa lengkap selewat-lewatnya pada hari Jumaat minggu pertama persekolahan 2013.

Sila dapatkan Borang G dan lengkapkan borang dengan sempurna. Sebarang masalah berkaitan diminta berhubung dengan Encik Khairul Hadi dengan segera.

Murid yang berpindah dalam zon adalah dibenarkan untuk membawa buku teks yang diperolehi ke sekolah baru.

Manakala buku murid yang hilang perlu digantikan dengan buku dan bukan wang tunai. Maklumat berkaitan boleh dirujuk kepada Encik Khairul Hadi.

3.

Buku Kedatangan Murid Bagi minggu pertama, tingkatan 1, peralihan dan tingkatan 4 diisi dalam helaian fotostat yang diberikan oleh pihak sekolah. Guru akan dimaklumkan bila boleh menulis dalambuku kedatangan sebenar. Tingkatan 2,3 dan 5 yang mana telah menerima senarai nama murid daripada penyelaras tingkatan boleh terus menulis di dalam buku kehadiran yang sebenar. Tandakan kedatangan murid pada setiap hari. Mohon kepada guru-guru tingkatan untuk melengkapkan setiap bahagian di dalam jadual berkaitan. Lengkapkan juga bahagian belakang buku iaitu berkaitan maklumat murid-Alamat, No.KP, No. Sijil Lahir, Tarikh Masuk Sekolah, Rumah Sukan dan lain-lain. Guru-guru dibenarkan untuk fotostat maklumat daripada buku kehadiran pelajar 2012.

4. Program 3K Jadikan Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan sebagai budaya sekolah. Guru-guru diminta memberi perhatian dan kerjasama dalam melaksanakan tugas yang diberikan dalam menjayakan Program 3K.

5. Murid dibuang kerana ponteng sekolah@ disiplin. Rujuk senarai yang disertakan. Guru diminta memastikan murid tersebut tiada dalam kelas kerana di khuatiri murid menyelinap masuk. Maklumkan kepada PK HEM jika ada.

6. Disiplin dan Kuanseling. Guru diingatkan bahawa semua guru adalah guru disiplin dan semua guru adalah guru bimbingan.

Kaunselor sekolah diminta untuk menyusun program pencegahan dan motivasi selain program pemulihan.

Program Warga emas dan Minda sihat adalah program yang baru diwujudkan di bawah unit HEM.

7. Pertukaran murid keluar. Guru tingkatan menguruskan pengumpulan dokumen seperti buku teks, kad kemajuan, kad kesihatan, kad pergigian dan buku kokurikulum. Semua dokumen diserahkan kepada penyelaras tingkatan. Penyelaras tingkatan juga diminta mengumpulkan Ketas Kursus Murid melalui guru mata pelajaran Setelah lengkap barulah diserahkan kepada murid tersebut. Pastikan ada senarai semak untuk setiap serahan. Senarai semak diserahkan kepada PK HEM/ PK PETANG untuk pemfailan.

8. Pertukaran murid masuk. Dokumen kemasukan murid akan diterima oleh guru tingkatan melalui Penyelaras Tingkatan.

9. Pendaftaran murid dalam buku daftar besar. Tingkatan 1, peralihan dilakukan oleh guru tingkatan masing-masing. Pelajar luar yang baru masuk dibuat oleh Penyelaras Tingkatan.

10. Majalah sekolah. Kutipan Majalah untuk tahun 2013 adalah RM12.00/keluarga. Pembayaran dibuat oleh adik jika ada adik-beradik.

11. Lawatan/aktiviti luar sekolah. Permohonan membuat lawatan/ pelancongan murid sila maklumkan kepada PK HEM.

12. Mesyuarat Jawatankuasa-jawatankuasa Sektor HEM 2013. Semua ahli diminta hadir dalam setiap mesyuarat yang telah dijadualkan atau yang dijemput melalui surat edaran. Kehadiran dalam setiap mesyuarat adalah penting dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau program yng dirancang sepanjang 2013.

Taklimat Kokurikulum, Encik Ishak bin Masudi. 1. Kata-kata aluan oleh Encik Ishak bin Masudi. 2. Menyentuh serba-sedikit tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. 3. Penerangan tentang Organisasi dan Takwim Kokurikulum 2013.Rujuk buku edaran. 4. Guru-guru diminta menjadi pemudah cara kepada pelajar dalam menjayakan setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan/dirancang.Guru-guru juga adalah fasilitator kepada pelajar. 5. Encik Ishak mengingatkan guru-guru agar dapat menjalankan tugas yang diberi dengan sebaiknya.

Guru Kanan Sains dan Matematik, Puan Riza Rita binti Shapee. 1. Tahun 2013 bahasa pengantar untuk mata pelajaran sains dan matematik bagi tingkatan 1 dan 2 adalah dwi bahasa, tingkatan 3bahasa Malaysia dan tingkatan 4&5 dwi bahasa. 2. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada guru matematik dan sains 2012 yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang baik.

Guru Kanan Bidang Kemanusiaan, Puan Hajah Zainab binti Abdul Manan. 1. Ketua-ketua panitia diminta menghantar satu salinan perancangan strategik. 2. Sebarang penggunaan perbelanjaan tahunan diminta merujuk kepada Puan Hamidah.

Unit Bimbingan dan Kaunseling, Puan Rozana binti Mahidin. 1. 2013-UBK akan lebih memfokus kepada perekayasaan UBK 2. Pelbagai program telah dirancang untuk 2013 antaranya program warga emas, minda sihat , AADK dan Perkampungan Ilmu.

Penutup 1. Tuan Pengetua mengingatkan guru-guru agar mengetahui dengan lebih jelas tentang PBS, MBMMBI dengan lebih baik.Memahami dan mengetahui misi, visi sekolah, Dasar Pendidikan Negara, Sistem Pengurusan Kualiti dan sebagainya yang berkaitan. 2. Ulasan secara ringkas tentang soal selidik matriks kompetensi guru (Instrumen Penilaian Kendiri) yang telah diedarkan kepada guru-guru. 3. Guru-guru diingatkan tentang prosedur kewangan iaitu membuat nota minta terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Barang-barang yang dibeli haruslah diperiksa terlebih dahulu oleh pihak pejabat sebelum diambil oleh guru. Guru dilarang sama sekali mengubah nota minta yang telah diluluskan tanpa kebenaran dan makluman. 4. Unit dokumentasi sekolah diminta bergerak aktif dengan merakamkan setiap aktiviti sekolah.

5. Guru-guru yang keluar semasa waktu kerja diminta mematuhi peraturan dengan mengisi buku kebenaran keluar yang disediakan di pejabat. 6. Sebarang kerosakan didalam bilik darjah seperti lampu dan kipas yang tidak berfungsi mohon maklumkan segera untuk tindakan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.20 tengahari.

Disediakan oleh, ... (PUAN SUHANA BINTI MOHAMMED ROYANI)

Disemak dan disahkan oleh, (EN. ABD HAMID BIN HASSAN) Pengetua SMKSB

You might also like