Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 SESI 2013/2014 SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BOYAN

Tarikh : Masa : Tempat Yang Dipertua: Jumalah Kedatangan: Hadir Bersama:

9/3/2013 8.30pm Dewan Terbuka SKKB Encik Faris Zuhairi bin Muhamad 81 orang Encik Fazerudin bin Mahamudin Encik Mohd Sobri bin Md. Daud ( Guru besar) ( wakil PPD )

1.0 :Ucapan Penasihat PIBG 1.1 Penasihat mengalu-alukan kehadiran semua pihak terutamanya ibu bapa dan penerangan berkaitan peranan PIBG sebagai menghubung antara ibu bapa dan guru. 1.2 Beliau menyatakan tentang perubahan-perubahan dalam visi dan misi KPM melalui pendidikan yang berkualiti. 1.3 Beliau juga menghargai bantuan ibu bapa dan PIBG dan mengharap kerjasama dari semua pihak untuk bersama-sama menerajui sekolah ke matlamat yang lebih tinggi . 1.4 Beliau juga memaklumkan guru perlu bertindak sebagai pendidik yang berkualiti untuk mendidik anak-anak di sekolah 1.5 Kedudukan dan peranan PIBG adakah ia berfungsi dan berkualiti juga ditekannya. 1.6 Beliau seterusnya membentangkan kedudukan dan pencapaian terkini sekolah : (a) Keputusan UPSR menunjukkan prestasi yang meningkat dalam lulus semua subjek dan peratusan iaitu 2.15 adalah lebih baik dari pencapaian peringkat kebangsaan dan juga daerah. (b) PPM (Anjakan ke 10 )Target sekolah untuk meramaikan jumlah murid di sekolah SK Kampung Boyan kerana kedudukan masa kini jumlah murid adalah seramai 333 dan ini tidak menepati kapasiti sekolah yang sebenarnya.

1.7

Penasihat menyatakan lagi bahawa borang saranan akan diedarkan kepada ibu bapa bagi menjelaskan tentang kepakaran ibu bapa. 1

1.8 Ibu bapa juga diminta untuk menyemak buku kerja anak-anak mereka untuk memastikan anak-anak mereka membuat kerja rumah. Anak-anak adalah asset yang penting dan ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bersama-sama anak serta mencuba membantu mereka dalam mata pelajaran mereka. Penasihat mengharap ibu bapa dapat bersama memberi kerjasama untuk mempertingkatkan disiplin murid dari segi sahsiah, akhlak dan akademik.Satu perjumpaan dengan ibu bapa murid Tahun 6 akan diadakan selepas Mesyuarat Agung ini. 1.9 Akhirnya ,harapan guru besar menjadikan SKKB sebagai sebuah sekolah yang unggul di daerah Larut Matang Selama.

2.0 Ucapan YDP PIBG ( Encik Faris Zuhairi bin Muhammad)

2.1 2.2 2.2 2.3

YDP sangat berbesar hati di atas kehadiran wakil PPD kerana sudi hadir memberi sokongan kepada PIBG sekolah . Beliau menyatakan murid-murid sekolah adalah aset yang penting yang akan bakal mernjadi pemimpin pada masa hadapan jka berjaya dididik dengan berjayanya. YDP menyatakan bahawa peranan PIBG adalah penting untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi datang ke mesyuarat pada kali ini dan mengharap mereka akan memainkan peranan yang lebih dalam memastikan anak-anak mereka Berjaya. Akhirnya beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada guru besar dan wakil PPD di atas kehadiran dan keperhatinan terhadap masalah-masalah yang telah diutarakan.

2.4

3.0 Ucapan Perasmian PPD ( Encik Mohd Sobri bin Md. Daud )

3.1

Enci Mohd Sobri bin Md. Daud PPD Hem Pejabat Pelajaran Larut Matang dan Selama mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang hadir pada mesyuarat kali ini.Kehadiran ibu bapa pada mesyuarat kali ini amat menggalakkan. Semoga kehadiran ibu bapa ke program yang dianjurkan sekolah dapat memotivasikan sekolah menjadi lebih baik.

3.2

3.3

Beliau menyentuh sedikit tentang peranan ibu bapa yang mempunyai hak dan ekuiti di sekolah ini.Peranan ini akan menentukan kejayaan sekolah terutamanya anak-anak mereka. Beliau menekankan dasar PPD yang memberi kepercayaan yang sepenuhnya kepada pihak sekolah dalam melaksanakan perancangan dan aktiviti kecemerlangan sekolah. Akhir kata Ensik Mohd Sobri mengucapkan terimakasih kepada semua ibu bapa kerana sudi hadir dan sekaligus menjemput beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 11 ini. Beliau seterusnya sudi menyampaikan Hadiah Kecemerlangan UPSR 2012 kepada 5 orang murid.

3.4 3.5

3.6

4.0

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYURAT AGUNG PIBG KALI KE-11 4.1 4.2 4.3 En Mohd Ali bin Mohd Vello membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke 11. Cadangan mengesahkan Minit Mesyuarat : En Azman bin Hj. Ibrahim. Sokongan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung: En Rusdi bin Sabri

5.0

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN AKTIVITI PIBG 2012/2013 5.1 5.2 5.3 En Mohd Hazril membentangan laporan aktiviti PIBG sesi 2012/2013 Cadangan mengesahkan laporan aktiviti PIBG: Puan Fatimah bt. Abd. Wahab Sokongan mengesahkan laporan aktiviti PIBG : Pn. Noraini bt. Ariffin

6.0

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN PIBG 2012/2013 6.1 6.2 6.3 Bendanhari Puan Siti Suhainie membentangkan laporan Kewangan PIBG sesi 2012/2013 Cadangan diterima laporan kewangan PIBG : Pn. Fatimah bt Zainal Abidin Sokongan menerima laporan kewangan PIBG: Pn. Rohaini bt. Yahya

7.0

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN TABUNG KOMPUTER PIBG 2012/2013 7.1 7.2 7.3 Bendahari Puan Siti Suhainie membentangkan laporan Kewangan PIBG sesi 2011/2012 Cadangan diterima laporan kewangan PIBG : Pn. Fatimah bt Saad Sokongan menerima laporan kewangan PIBG: Pn. Fuziah bt. Ahmad

8.0

MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL IBU BAPA 8.1 Puan Junaida bt. Osman Membentangkan usul bagi pihak AJK PIBG Memohon Kutipan Wang Untuk Murid-murid seperti berikut : 8.1.1 Bayaran PIBG RM 10.00 ( bagi setiap keluarga sahaja)

8.1.2 Bayaran Penggunaan ICT di sekolah RM 10.00 (bagi setiap murid)

8.1.3 Bayaran Kecemerlangan Tahun 6 RM 50.00

8.1.4 Bayaran Program Perayaan RM 10.00 ( bagi setiap murid ) 8.1.5 Bayaran Peningkatan Akademik RM 15.00 (bagi setiap murid)

Pn. Fatimah bt. Wahab menanyakan tentang bayaran bagi program perayaan.

Guru besar menjelaskan bahawa terdapat program-program seperti Program Gru Penyayang ,Hari Kanak-kanak dan sebagainya yang perlu diraikan di sekolah tetapi tidak ada peruntukkan.

Encik Azman bin Hj. Ibrahim mencadangkan usul ini diterima. Pn. Rohani bin Yahya menyokong . 4

8.2 Usul-usul Mesyuarat Agung PIBG ke 11 2013 1. Pn Zarizah bt. Amir ( wakil Encik Azman bin Hj. Ibrahim) Kedudukan takungan air selepas hujan di depan pintu pagar kecil yang akan menyebabkan kasut murid-murid akan basah. Tidak ada tempat perhentian yang sesuai untuk menurunkan pelajar untuk ke sekolah bila hujan .Kenderaan tidak dapat masuk ke kawasan sekolah . Guru besar menjelaskan tindakan akan dilakukan dengan melantik kontrektor atau individu tertentu untuk menyemen tempat takungan tersebut dan juga tempat hentian bagi menurunkan murid-murid. Tentang kenderaan memasuki kawasan sekolah semasa hujan, Guru besar menyatakan bahawa demi keselamatan murid-murid kawasan sekolah adalah kawasan larangan kenderaan masuk. 2. En. Sulaiman Jabalula Khan ( wakil Nor Mazian bt. Shahidan) : perlu menaikkan mutu pelajaran dengan lebih baik Perlu member banyak kertas dan latihan kepada murid supaya merek dapat membuat kerjarumah. Usul tersebut disokong sebulat suara. Guru besar menekankan tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan kerja anak -anak mereka diperiksa dan dibuat. 9.0 Hal-hal lain 9.1 Puan Nor Mazian bt. Shahidan mencadangkan menubuhkan sebuah koperasi bagi membeli stok tali leher,lencana dan sebagainya supaya item-item tersebut sentiasa ada. Gueu besar menyatakan bahawa sekolah rendah tidak ada koperasi tetapi hanya boleh diadakan sebuah kedai buku yang bukan diurus olah guru. Beliau juga memberitahu bahawa dalam pertengahan tahun ini akan dikeluarkan tender kedai buku .Tahun hadapan SK Kampung Boyan akan ada sebuah kedai buku. 10.0 Perlantikan AJK PIBG Baru bagi sesi 2013/2014 Pengerusi membentang cadangan untuk melantik Naib YDP PIBG dan seorang AJK yang baru.Cadangan tersebut disokong sebulat suara. En Musleh bin Mat Ali dilantik sebagai Naib YDP PIBG sesi 2013/2014 En. Azman bin Haji Ibrahim dilantik sebagai AJK baru

Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2013/2014 5

PENASIHAT : YANG DIPERTUA : NAIB YANG DIPERTUA : SETIAUSAHA : BENDAHARI: AJK GURU : Cik Harmila bt Razak En Nor Daumi bin Ishak

En Fazerudin bin Mahamudin En Faris Zuhairi bin Mohamed En Musleh bin Mat Ali ( lantikkan Baru) En Ali b Mohd Vello Pn. Siti Suhaine bt Sahrudin AJK IBUBAPA: En Ahmad Kamal Abdul Aziz Pn. Norehan bt Abdul Fatah En. Azman bin Haji Ibrahim (AJK Baru) Pn Hartina Marziah bt. Shami Pn. Zurina bt. Shariff Pn Hjh Zabidah bt. Sani

Cik Aini Iryani bt Ahmad Safuan En Mohd Azli bin Abd Aziz En Suhaimi bin Md Saidi

10.0 Ucapan Penangguhan :

Encik Azman Bin Hj. Ibrahim :mengucapkan terima kasih kepada sekolah kerana berjaya menlangsungkan mesyuarat pada kali ini dengan lancer terutananya pada hari Sabtu kerana ramai ibu bapa dapat hadir. Beliau juga sebagai pensyarah di Institut Industri Malaysia Jepun di Pualau Pinanag mencadangan perlunya sekolah berhubung dengan pihak ASDEC untuk memebolehkan muridmurid dapat mengikut program-program yang disediakan seperti kelas komputer . Pengerusi mesyuarat menangguhkan mensyuarat Agung PIBG kali ke 11 pada jam 11.30 pg.

Disediakan oleh , .. ( Mohd Ali bin Mohd Vello) Setiausaha PIBG 2013/2014

Disahkan Oleh .............................................. ( Faris Zuhairi bin Mohamed) YDP PIBG 2013/2014 6

SK Kampung Boyan

SK Kampung Boyan

You might also like