Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 136

PENGARUH DIALEK KELANTAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT: SATU TINJAUAN

NIK RUBIAH BT. NIK MUSTAPHA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS MAC 2003

PENGAKUAN

Bahawasanya saya mengaku sesungguhnya tesis ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan dan ringkasan yang setiap satunya saya catatkan sumbernya

MAC 2003
___________________________ NIK RUBIAH BT NIK MUSTAPHA No. Pend. 20001- 05041

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T Yang Maha Pemurah, Penyayang, dan Pengasihani kerana dengan izin-Nya dapatlah saya menyiapkan latihan ilmiah ini .

Kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya, En.Samsudin bin Suhaily yang telah memberi bimbingan, kritikan dan dorongan yang membina dalam usaha menyempurnakan penulisan ilmiah ini.

Ribuan terima kasih jaga diucapkan kapada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah Satu, Tn.Hj.Zainuddin bin Daud yang telah memberi kerjasama dalam menjalankan penyelidikan ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada En. Nik Hassan Basri bin Nik Abd. Kadir kerana sedikit sebanyak telah membimbing saya dalam kajian ini.

Tidak lupa juga kerjasama yang turut disumbangkan oleh pihak pusat dokumentasi , Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak-pihak perpustakaan yang telah memberi kerjasama dan bantuan dalam usaha menyempurnakan kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat ibu dan ayah , adik-beradik yang telah memberi semangat dan kata-kata perangsang, serta teman-teman yang telah memberikan sokongan dan dorongan. Daku sayang kalian semua

Sekian, Wassalam. Nik Rubiah binti Nik Mustapha UPSI, Tanjong Malim, Perak D.R 14 Mac 2003

ABSTRAK

Latihan ilmiah ini ialah satu kajian tentang pengaruh Dialek Kelantan di kalangan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajan lisan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah Satu, Tanah Merah Kelantan. Latihan ilmiah ini mengadungi lima bab. Bab I merupakan bab pendahuluan yang menerangkan latar belakang Dialek Kelantan, pernyataan masalah, objektif kajian, kepentingan kajian , pembatasan kajian dan definisi operasional. Bab II ialah

tinjauan terhadap kajian-kajian yang berkaitan dengan kajian ini dan ulasan pengkaji terhadap kajian-kajian tersebut. Bab III menerangkan kaedah dan prosedur penyelidikan serta formula untuk penganalisisan data. Bab IV merupakan hasil kajian dan perbincangan . Perbincangan dalam bab ini ditumpukan kepada dapatandapatan yang diperoleh, iaitu yang berkenaan dengan guru , pelajar, pengaruh dialek dan faktor yang mempengaruhi penggunaan dialek. Bab V merupakan bab akhir latihan ilmiah ini yang menghuraikan kesimpulan dan cadangan. Dalam bab ini secara ringkasnya, guru dan masyarakat sekitar masih menggunakan bahasa campuran, iaitu campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan apabila berinteraksi dengan pelajar-pelajar. Dengan itu faktor-faktor tersebut mempengaruhi pelajar-pelajar menggunakan Dialek Kelantan apabila berkomunikasi baik di dalam situasi formal di dalam bilik darjah mahupun di dalam situasi yang tidak formal seperti di luar bilik darjah.

ABSTRACT

This is a study on the influence of Kelantanese dialect in the teaching and learning of Bahasa Melayu in Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah Satu, Tanah Merah Kelantan. It consists of five chapters. Chapter I is an introduction to the dialect, definition of problem, the objectives, significance, limitations and operational definitions of the study.

Chapter II covers literature review and comments on the investigator concerning the related researches. Chapter III describes the methodology and procedure of the research and data analysis.

Chapter IV forms the results and discussion. The discussion focuses on findings related to teachers, students, influence of the dialect and factors influencing dialect used. Chapter V, the final chapter is the conclusion and recommendation.

SENARAI HALAMAN JADUAL

No. Jadual

Nama Jadual

Halaman

1. 2. 3.

Taburan Guru Mengikut Jantina Taburan Guru yang Dikaji Megikut Kelulusan Taburan Guru Mengikut pengalaman Mengajar Mata Pelajaran Bahasa Melayu

32 32

33

4. 5.

Kursus Dalam Perkhidmatan Bagi Guru-guru Bahasa Melayu 34 Peratus Cadangan-cadangan Baru yang Dapat Dijalankan Oleh Guru yang Mengikuti Kursus Dalam Prekhidmatan 35

6.

Taburan Pengetahuan Guru-guru Tentang Matlamat Dan Objektif KBSM Dan Falsafah Pendidikan Negara 36

7.

Jumlah Waktu Mengajar Mata Pelajaran Bahasa Melayu Seminggu Oleh Guru-guru 37

8.

Bilangan Pelajar yang Diajar Oleh Guru-guru yang Mengajar Mata Pelajaran Bahasa Melayu 38

9.

Taburan Pendapat Guru Tentang Bahasa yang Digunakan Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Melayu 39

10.

Tabuaran Pendapat Guru Tentang Bahasa yang Digunakan Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Lain 39

11.

Bahasa yang Digunakan Apabila Berkomunijasi Dengan

Pelajar Di Dalam Bilik Darjah 12. Bahasa yang Digunakan Apabila Berkomunikasi Dengan Pelajar Di Luar Bilik Darjah 13. Pendapat Guru Tentang Bahasa Yang Digunakan Oleh Guru Bahasa Melayu Dan Guru Subjek Lain Semasa Mengajar 14.

40

40

41

Taburan Pendapat Pelajar Tentang Bahasa yang Digunakan Oleh Guru Mata Pelajaran Lain Ketika Mengajar 42

15.

Taburan Pendapat Guru Tentang Bahasa yang Paling Berkesan Untuk Mengajar Bahasa Melayu 43

16.

Taburan Pendapat Guru Tentang Pemahaman Pelajar Jika Guru Menggunakan Bahasa Melayu Baku Dalam Pengajarannya 44

17.

Taburan Pendapat Pelajar Tentang Pemahaman Mereka Jika Guru Menggunakan Bahasa Melayu Baku Dalam Pengajarannya 45

18. 19. 20. 21. 22.

Taburan Pelajar Mengikut Jantina Taburan Pelajar Mengikut Keturunan Taburan Pelajar Mengikut Tempat Tinggal Taburan Pelajar Mengikut Kawasan Tempat Tinggal Taburan Pekerjaan Tetap Bapa Atau Penjaga Pelajar

46 46 47 48 48 49 50 51

23. Taburan Pekerjaan Tetap Ibu Pelajar 24. Taburan Taraf Pendidikan Bapa Atau Penjaga Pelajar 25. Taburan Taraf Pendidikan Ibu Pelajar 26. Bahasa yang Digunakan Oleh Pelajar Apabila Bercakap Dengan Ahli Keluarga 27. Bahasa yang Digunakan Oleh Pelajar Apabila Bercakap Dengan Kawan-kawan

52

53

28. Taburan Pendapat Pelajar Tentang Bahasa yang Digunakan Apabila Bercakap Dengan Orang Dewasa 29. Taburan Pendapat Pelajar Tentang Bahasa yang Digunakan Apabila Bercakap Dengan Guru Bahasa Melayu 30. Taburan Pendapat Pelajar Tentang Bahasa yang Digunakan Apabila Bercakap Dengan Guru Mata Pelajaran Lain 31. Taburan Pendapat Guru Tentang Bahasa yang Digunakan Oleh Pelajar Apabila Bercakap Dengan Guru Baik Di Dalam Atau Di Luar Bilik Darjah 32. Taburan Pendapat Guru Tentang Bahasa yang Digunakan Oleh Pelajar-pelajar Semasa Pelajaran Lisan Bahasa Melayu 33. Taburan Pendapat Pelajar Sama Ada Mereka Digalakkan Oleh Guru Bahasa Melayu Atau Tidak Untuk Bertutur Dalam Bahasa Melayu Baku Dalam Bilik Darjah 34. Taburan Pendapat Pelajar Sama Ada Mereka Digalakkan Oleh Guru Mata Pelajaran Lain Atau Tidak Untuk Bertutur Dalam Bahasa Melayu Baku Baik Semasa Di Dalam Ataupun Di Luar Bilik Darjah 35. Taburan Pendapat Guru Sama Ada Mereka Menggalakkan Atau Tidak Pelajar Menggunakan Bahasa Melayu Baku Baik Semasa Di Dalam Atau Di Luar Bilik Darjah 36. Taburan Pendapat Guru Tentang Masalah Sebutan , Intonasi Dan Kelancaran yang Dihadapi Oleh Pelajar Dalam Menguasai Bahasa Melayu Baku Kerana Pengaruh Dialek 37. Taburan Pendapat Guru Tentang Pertuturan yang Menggunakan 67 60 59 58 57 56 55 54 54

Intonasi Dialek Kelantan Oleh Pelajar Semasa Pengajaran Lisan Bahasa Melayu 38. Taburan Pendapat Guru Tentang Pengaruh Dialek Kelantan Di Kalangan Pelajar Mempengaruhi Pembelajaran Lisan Bahasa Melayu Baku 39. Taburan Sikap Pelajar Terhadap Dialek Kelantan 40. Taburan Pendapat Pelajar Tentang Pentingnya Penggunaan Bahasa Melayu Baku Dalam Aktiviti Lisan Bahasa Melayu 41. Pendapat Pelajar Tentang Keseringan Mendengar Rakaman Sebutan Di Sekolah 42. Taburan Pendapat Pelajar Tentang Kepentingan Dialek Kelantan Dalam Pembelajaran Lisan Bahasa Melayu 43. Taburan Pendapat Pelajar Tentang Penggunaan Dialek Kelantan Oleh Mereka Semasa Aktiviti Pelajaran Lisan Bahasa Melayu 44. Taburan Pendapat Pelajar Tentang Penggunaan Perpustakaan Untuk Mendalami Bahasa Melayu Baku 45. Taburan Pendapat Pelajar Tentang Pembacaan Surat Khabar Berbahasa Melayu 46. Taburan Pendapat Pelajar Tentang Ruangan Akhbar yang Diminati Mereka 47. Taburan Pendapat Pelajar Tentang Cara Sebutan Atau Bacaan Dalam Bacaan Berita Televisyen 48. Taburan Pendapat Pelajar Tentang Penggunaan Sebutan Bahasa Melayu Baku Itu Didorong Oleh Guru Bahasa Melayu 79 78 77 76 75 74 74 73 72 69 72 68

49.

Pendapat Guru Tentang Pengaruh Dialek Memberi Kesan Positif Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu 82

50.

Pendapat Guru Tentang Penggunaan Dialek Membantu Pelajar Dalam Pembelajaran 83

51.

Taburan Guru yang Menasihati Pelajar Menggunakan Bahasa Melayu Baku 84

52.

Pendapat Guru Tentang Keselesessn Pelajar Berkomunikasi Dalam Dialeknya 85

53.

Taburan Pendapat Guru Tentang Masalah Pelajar Untuk Bertutur Dalam Bahasa Melayu Baku 86

ISI KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK SENARAI JADUAL KANDUNGAN

i ii iii v x

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Latar Belakang Dialek 1.0.1 Dialek Kelantan 1.1 Pernyataan Masalah 1.2 Objektif Kajian 1.3 Hipotesis Kajian 1.4 Soalan Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Pembatasan Kajian 1.7 Definisi Operasional 1.7.1 Pengaruh 1.7.2 Dialek 1.7.3 Pengajaran 1.7.4 Pembelajaran

1 2 4 5 6 7 8 8 9 9 10 11 11

1.7.5 Bahasa Melayu

12

BAB II

LITERATUR KAJIAN

13

2.0 Pengenalan 2.1 Kajian Nik Safiah Hj.Abdul Karim 2.2 Kajian Hashim Musa 2.3 Kajian Abdul Hamid Mahmood 2.4 Kajian Ajid Che Kob 2.5 Kajian Farid M. Onn dan Ajid Che Kob 2.6 Kajian J.T. Collins dan Husin Dollah 2.7 Kajian Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir

13 14 15 16 18 20 21 23

BAB III

KAEDAH KAJIAN

25

3.0 Pengenalan 3.0.1 Kaedah Kajian Tinjauan 3.0.2 Kaedah Kajian Perpustakaan 3.1 Prosedur Kajian 3.2 Penganalisisan Data

25 25 26 26 30

BAB IV

HASIL KAJIAN

31

4.0 Pengenalan 4.1 Guru

31 31

4.1.1 Penggunaan Bahasa Guru Di Sekolah 4.2 Pelajar 4.2.1 Penggunaan Bahasa Pelajar 4.3 Pengaruh Dialek 4.3.1 Sebutan 4.3.1.1 Vokal 4.3.1.2 Konsonan 4.3.2 Intonasi 4.4 Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Dialek 4.4.1 Kebiasaan Pelajar Menuturkan Dialek 4.4.2 Ibu Bapa Atau Penjaga 4.4.3 Guru 4.4.4 Masyarakat Sekitar

38 46 52 60 61 61 64 67 69 70 80 81 87

BAB V

KESIMPULAN KAJIAN

88

5.1 Kesimpulan 5.2 Cadangan

88 92

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN A LAMPIRAN B LAMPIRAN C LAMPIRAN D

95 100 111 122 123

BAB I

PENDAHULUAN

1.0

Latar Belakang Dialek

Dialek ialah satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial, berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah, negeri dan selainnya (Kamus Dewan, 1996: 302). Selain itu, dialek ditakrifkan sebagai variasi bahasa yang berbeza-beza menurut pemakai, misalnya bahasa dari suatu daerah tertentu, kelompok sosial tertentu atau kurun waktu tertentu (Kamus Besar Bahasa Indonesia,1999: 231). Manakala, Nik Safiah Karim (1981: 15) pula mendefinisikannya sebagai jenis-jenis bahasa yang ditentukan mengikut wilayah.

Faktor-faktor yang menimbulkan dialek terdiri daripada faktor geografis, politik, penjajahan, perdagangan, masa dan seumpamanya (Abdul Hamid Mahmood, 1977 : 3). Di Semenanjung Malaysia umpamanya, di samping terdapat keadaan alam semula jadi yang terdiri daripada bukit-bukau, hutan rimba dan sungai yang merupakan rintangan-rintangan kepada pembangunan antara penduduk-penduduknya, faktor politik telah membahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil menjadikan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan,

Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan serta Wilayah Persekutuan (Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir, 1989: 1). Daripada nama negeri-negeri tersebutlah timbulnya nama-nama dialek-dialek di Semenanjung Malaysia yang dikenali Dialek Perlis, Dialek Kedah, Dialek Pulau Pinang, Dialek Perak, Dialek Selangor, Dialek Negeri Sembilan, Dialek Melaka, Dialek Johor, Dialek Pahang, Dialek Terengganu dan Dialek Kelantan (Abdul Hamid Mahmood, 1977: 4).

1.0.1

Dialek Kelantan

Dialek Kelantan ialah satu daripada dialek-dialek Bahasa Melayu dan dituturkan oleh penutur-penutur yang berasal dari dan menduduki negeri Kelantan (Ibid. : 6).

Dialek Kelantan mempunyai sifat-sifat yang berbeza dengan beberapa dialek Melayu yang lain, sehingga ada anggapan bahawa Dialek Kelantan sebagai satu dialek yang luar biasa dan sukar untuk difahami oleh penutur yang menggunakan dialek lain (Nik Safiah Karim, 1966: 261). Hal ini ada kebenarannya kerana terdapat banyak perkataan yang tidak wujud dalam dialek Melayu yang lain di Semenanjung Malaysia tetepi ada dalam Dialek Kelantan. Misalnya:

Dialek Kelantan

Bahasa Melayu Baku

[ k?oh ] [ t?se ]

ertinya ertinya

busuk tidak mahu

] [ uga ] [ ja? ] [ k? ]

ertinya ertinya ertinya ertinya

redup (cuaca) lari beritahu cakap

(Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir, 1989: 1)

Mengikut Farid M. Onn dan Ajid Che Kob (1981 : 4) Dialek Kelantan sangat tebal penggunaannya di negeri Kelantan. Penggunaan Dialek Kelantan tidak sahaja terhad di luar kawasan sekolah, tetapi juga di dalam kawasan sekolah, termasuklah di bilik-bilik darjah, baik di kalangan pelajar mahupun di kalangan guru (Ibid: 63-64). Penggunaan dialek yang berleluasa akan memberikan pengaruh negatif terhadap proses pembelajaran Bahasa Melayu Baku (Ibid: 56) terutamanya dari segi fonologi, morfologi dan sintaksis (Abdul Hamid Mahmood, 1982b : 403). Dari sudut morfologi umpamanya, terdapat beberapa masalah bagi penutur-penutur Dialek Kelantan untuk menguasai Bahasa Melayu Baku, kerana morfem-morfem yang terdapat dalam Dialek Kelantan itu bukan sahaja strukturnya berlainan, tetapi banyak pula yang tidak

digunakan dalam pertuturan (Ibid: 405). Apabila menjadi kebiasaan bagi penuturpenutur itu bercakap dengan tidak menggunakan imbuhan-imbuhan, maka ciri-ciri ini akan terbawa-bawa pula ke dalam pertuturan dan penulisan Bahasa Melayu Baku. Akibatnya berlakulah kesalahan bahasa. Misalnya:

Dialek Kelantan

Bahasa Melayu

. ii. Budo? tu uwa ik sua. iii. Ibu do? wa? gapo ?

i. Abang ipar sudah melipat kain. ii. Budak itu menjual ikan sungai. iii. Ibu sedang membuat apa?

[ al ] dan [ggua] (Ab dul Hamid Mahmood, 1982b: 405). ],

Kesimpulannya, kelainan ciri-ciri yang unit itu mempengaruhi pembelajaran dan penguasaan Bahasa Melayu Baku. Hal tersebut memerlukan penggunaan Bahasa Melayu Baku yang berterusan dan penglibatan pelajar-pelajar dengan serius bagi membolehkan mereka mencapai kemahiran dan kecekapan Bahasa Melayu Baku yang baik.

1.1

Pernyataan Masalah

Penguasaan Bahasa Melayu Baku di kalangan pelajar di sekolah-sekolah menengah di Kelantan masih menghadapi masalah kerana kuatnya pengaruh dialek (Farid M. Onn dan Ajib Che Kob, 1981). Daripada pendapat guru, masalah yang paling teruk dihadapi

oleh pelajar-pelajar dalam menguasai Bahasa Melayu Baku ialah menguasai sebutan (Ibid : 56) dan intonasi ( Abdul Aziz Abdul Talib, 1989 : 40-41). Misalnya, sebutan Bahasa Baku bagi perkataan kuat menurut Bahasa Melayu Baku ialah kuat, dan bukan [kua?] seperti yang dituturkan dalam Dialek Kelantan.

Untuk melihat sejauh manakah pengaruh dialek di kalangan pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah, pengkaji akan melakukan kajian yang hasilnya akan dikemukakan melalui latihan ilmiah ini.

1.2

Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa objektif yang tertentu:

i.

memastikan penggunaan Dialek Kelantan mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terutamanya dari segi sebutan.

ii.

mendaftarkan kesalahan dialek di kalangan pelajar yang dikaji dari segi sebutan.

iii.

menganalisis faktor-faktor penyebab terjadinya penggunaan dialek dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah.

iv.

membuktikan penggunaan dialek mempengaruhi atau mengganggui sebutan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

1.3

Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian yang dibuat dalam kajian ini adalah seperti yang berikut:

a) b)

Dialek Kelantan masih sangat tebal penggunaannya di negeri Kelantan. Penggunaan dialek Kelantan masih tidak sahaja terhad di luar kawasan sekolah, tetapi juga di dalam kawasan sekolah, termasuklah di bilik-bilik darjah, baik di kalangan pelajar mahupun di kalangan guru.

c)

Penggunaan dialek yang berleluasa akan memberi pengaruh negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terutama dari segi fonologi, morfologi dan sintaksis.

d)

Dari sudut morfologi, umpamanya terdapat beberapa masalah bagi penuturpenutur dialek Kelantan untuk menguasai Bahasa Melayu Baku, kerana morfem-morfem yang terdapat dalam dialek Kelantan itu bukan sahaja strukturnya berlainan, tetapi banyak pula yang tidak digunakan dalam pertuturan.

e)

Apabila menjadi kebiasaan bagi penutur dialek Kelantan itu bercakap dengan tidak menggunakan imbuhan-imbuhan, maka ciri itu akan terbawabawa pula ke dalam pertuturan dan penulisan Bahasa Melayu Baku.

f)

Dalam dialek Kelantan terdapat penggunaan kepanjangan konsonan yang meluas bagi menggantikan imbuhan-imbuhan tertentu.

g)

Kelainan ciri yang unit tersebut itu mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

1.4

Soalan Kajian

Soalan kajian yang berikut ialah garis panduan kepada hipotesis yang dikemukakan. Yang berikut disenaraikan beberapa soalan kajian:

a)

Sejauh manakah dialek Kelantan sangat tebal penggunaannya di kalangan guru dan pelajar di sekolah yang dikaji?

b)

Adakah penguasaan Bahasa Melayu Baku di kalangan pelajar di sekolahsekolah menengah di Kelantan masih menghadapi masalah kerana kuatnya pengaruh dialek?

c)

Benarkah bahawa masalah yang paling teruk dihadapi oleh pelajarpelajar dalam menguasai Bahasa Melayu Baku ialah menguasai sebutan?

d)

Benarkah penggunaan dialek yang berleluasa akan memberi pengaruh negatif terhadap proses pembelajaran Bahasa Melayu Baku, terutama dari segi fonologi, morfologi dan sintaksis?

e)

Sejauh manakah dari segi morfologi, terdapat beberapa masalah bagi pelajar atau penutur dialek kelantan untuk menguasai Bahasa Melayu Baku kerana dikatakan bahawa morfem-morfem yang terdapat dalam dialek Kelantan itu bukan sahaja strukturnya berlainan, tetapi banyak pula yang tidak digunakan dalam pertuturan?

f)

Benarkah bahawa apabila menjadi kebiasaan bagi penutur-penutur itu bercakap dengan tidak menggunakan imbuhan, maka ciri itu akan terbawa-bawa pula ke dalam pertuturan dan penulisan Bahasa Melayu Baku?

g)

Benarkah bahawa dalam dialek kelantan itu terdapat penggunaan kepanjangan konsonan yang meluas bagi menggantikan imbuhan yang tertentu?

1.5

Kepentingan Kajian

Hasil kajian yang diperoleh, diharap dapat dijadikan panduan oleh guru-guru, yang mempunyai pelajar-pelajar yang bertutur satu-satu dialek. Selain itu, diharap guru-guru akan berjaya mengatasi masalah-masalah dalam pengajaran yang boleh ditimbulkan oleh pengaruh dialek dan juga dapat membantu guru dalam merancang, dan menyusun isi pelajaran supaya mengatasi masalah kelemahan pelajar-pelajar dalam pembelajaran. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat membentu pihak-pihak tertentu untuk merancang strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa untuk masa hadapan.

1.6

Pembatasan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji membataskan kajian ini hanya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah I, Tanah Merah, Kelantan. Sekolah ini terletak lebih kurang km dari bandar Tanah Merah. Dari sekolah ini dipilih secara rambang seramai 100

orang pelakar yang terdiri daripada 40 orang lelaki dan 60 orang perempuan untuk dijadikan informan. Kesemuanya dari tingkatan satu dan keturunan Melayu. Selain itu, tiga orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dipilih untuk menjadi informan dan diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan. Mereka ialah guru tingkatan satu yang terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang perempuan. Ketigatiganya keturunan Melayu.

Pengkaji menumpukan kajian ini pada pengaruh Dialek Kelantan ke atas sebutan Bahasa Melayu di kalangan pelajar tersebut.

Dalam kajian ini pengkaji tidak membincangkan pengaruh Dialek Kelantan ke atas penggunaan imbuhan dan ayat kerana bidang ini pada pendapat pengkaji amat luas dan boleh dilakukan untuk kajian-kajian yang selanjutnya.

1.7

Definisi Operasional

Definisi operasional terdiri daripada pengaruh, dialek, pengajaran, pembelajaran, dan Bahasa Melayu.

1.7.1

Pengaruh

Pengaruh yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah gangguan dialek yang mendatangkan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

1.7.2

Dialek

Istilah dialek berasal daripada perkataan Yunani dialektos yang

pada mulanya

digunakan di sana dalam hubungannya dengan bahasa (Ayatrohaedi, 1979:1).

Mario A. Pei dan Frank Gaynor (1960 : 56) mendefinisikan dialek sebagai:

A specific form of a given language, spoken ini a certain locality or geographic area, showing sufficient differences from the standard or literey form of the languge, as to the pronounciation, gramatical construction and idiomatic usage of words to be considered a distincts entity, yet not sufficiently distincts from other dialects of the language to be regarded as a different language.

Menurut Abdul Hamid Mahmood (1977: 3) dialek ialah variasi satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.

Farid M. Onn (1980: 4) pula menyatakan dialek ialah variasi kepada satu bahasa tertentu yang walaupun mempunyai masyarakat penutur, bentuk sebutan, tatabahasa dan kata-kata serta lokasi penuturan yang tertentu dan berbeza sedikit daripada bahasa yang dianggap standard, namun variasi tersebut tidak dianggap satu bahasa yang lain.

10

Kesimpulannya, dialek ialah satu jenis bahasa yang dapat dikenalpastikan daripada jenis lain berdasarkan ciri-ciri sebutan, intonasi, kelancaran, kosa kata dan nahu.

1.7.3

Pengajaran

Pengajaran didefinisikan sebagai suatu organisasi aktiviti yang dirancang dan diolah oleh guru untuk menyampaikan kefahaman tentang maklumat tertentu kepada pelajarpelajarnya dalam suatu suasana yang dipanggil bilik darjah (Arbak Othman, 1985: 1) .

Pengajaran ialah proses penyampaian pelajaran kepada pelajar untuk membantu pengajaran. Dalam usaha menyampaikan pelajaran atau maklumat itu, seorang guru menggunakan berbagai-bagai kaedah bagi membolehkan pelajarnya memahami pengajarannya dengan betul.

1.7.4

Pembelajaran

Pembelajaran yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah suatu proses penerimaan oleh seseorang atas satu-satu maklumat atau apengetahuan yang mengakibatkan perubahan tingkah laku.

11

1.7.5

Bahasa Melayu

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara Malaysia dan menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah dalam negara Malaysia menurut Dasar Pelajaran Kebangsaan (Asmah Haji Omar, 1978: 1)

12

BAB II

LITERATUR KAJIAN

2.0

Pengenalan

Kajian tentang dialek Kelantan sudah banyak dilakukan oleh pengkaji bahasa. Antara kajian yang telah dilakukan sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi, seperti yang telah diusahakan oleh A. J. Strrock (1912) C.C. Brown (1927) dan E. J. M. Berwick (1953). Kajian tersebut hanyalah merupakan tinjauan-tinjauan ringkas dan mengenai keanehan Dialek Melayu Kelantan (Hashim Musa, 1974: 13) serta belum boleh dianggap ilmiah kerana tidak berdasarkan disiplin-disiplin kajian linguistik (Abdul Hamid Mahmood, 1977: 34) iaitu satu kajian yang harus dilakukan secara saintifik dan emperikal (R.H. Robins, 1967: 8). Kajian-kajian saintifik dan emperikal terhadap dialek Melayu Kelantan ialah yang telah dihasilkan oleh Nik Safiah Hj. Abdul Karim (1965), Hashim Musa (1971 dan 1974), Abdul Hamid Mahmood (1971 dan 1977), Ismail Hussein (1973), Ajib Che Kob (1977), Mohd Pakharudee Hj. Yusoff (1982), Hussin Dollah (1983), Sukri Ariffin (1983), Zulkifli Mohd Yaman (1983), Asmah Haji Omar (1983), Teoh Boon Seong dan Yeoh Chiang Kee (1985), James Thomas Collins dan Hussin Dollah (1988) dan Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir (1989).

13

Pengkajian tentang pengaruh dialek Melayu Kelantan di kalangan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, terutama dari segi sebutan dan intonasi tidaklah berapa banyak jumlahnya. Hasil-hasil kajian yang berkaitan dengan perkara itu ialah yang diusahakan oleh Farid M. Onn dan Ajib Che Kob (1981) dan Abdul Hamid Mahmood (1982a dan 1982b).

2.1

Kajian Nik Safiah Hj. Abdul Karim

Kajian yang telah dilakukan oleh Nik Safiah Hj. Abdul Karim (1965) yang berjudul Longhat Kelantan, Suatu Cerakinan Kajibunyi Bahasa (disertasi M.A.), ialah kajian yang ilmiah. Dalam disertasi itu, beliau telah menghuraikan bunyi-bunyi dan cara mengucapkan dialek Melayu Kelantan. Beliau juga telah menghuraikan bahawa dalam dialek Melayu Kelantan terdapat lapan fonem vokal tulen (1965: 15).

Isi kajian tersebut terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama membincangkan soal-soal kaji bunyi bahasa, iaitu soal-soal yang bersangkutan dengan mencerakinkan dan mencatatkan bunyi-bunyi serta beberapa aspek lain seperti pengucapan, fungsi dan penyebaran bunyi. Bahagian kedua membincangkan soal-soal kehadiran bunyi sebagai aspek kaji tatabunyi. Selain itu, di dalam bahagian kedua ini dibincangkan soal-soal yang menyentuh bidang morfofonem, iaitu unsur-unsur kaji tatabunyi yang bersangkutan dengan kajian-kajian morfem. Dalam disertasi itu, beliau tidak menyentuh soal-soal kaji morfem dan sintaksis secara khusus. Bahagian ketiganya pula mengandungi lampiran yang mencatatkan ayat-ayat tertentu seperti

14

yang dituturkan oleh penutur-penutur yang tinggal di Kampung Banggol, Daerah Badang, Kota Bharu, Kelantan ke dalam transkripsi fonetik. Seperkara lagi, dalam tesis ini ada diterangkan bahawa dalam dialek Melayu Kelantan terdapat perbezaan pengucapan antara penduduk yang tinggal di bandar dengan yang tinggal di desa.

2.2

Kajian Hashim Musa

Hasil-hasil kajian oleh Hashim Musa yang ilmiah terhadap dialek Melayu Kelantan hanya dua buah (1971 dan 1974).

Kajian yang pertama (1971) ialah yang berjudul Pengantar Ciri-ciri Prosodi, Sendi dan Intonasi serta Pengwujudan Ciri-ciri Itu dalam Dialek Kelantan Yang Dituturkan di Pasir Mas ( latihan ilmiah untuk ijazah B.A.). Dalam latihan ilmiah itu, beliau telah menghuraikan pengwujudan gejala intonasi di dalam pertuturan, iaitu ciri prosodi, sendi, pembentukan struktur dan pola-pola intonasi yang wujud, khususnya di dalam pertuturan dialek Melayu Kelantan. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat kelainan-kelainan antara dialek Melayu Kelantan dengan bahasa Melayu, terutama dari segi pertuturan. Kelainan-kelainan itu bukan sahaja dari segi sebutan bagi bunyi-bunyi tertentu seperti bunyi vokal dan konsonan atau dari segi penyususnan kata-kata untuk membentuk ayat-ayat tetapi juga dari segi gejala intonasi atau lagu pertuturan (Hashim Musa, 1971: 21). Di dalam latihan ilmiah itu, beliau juga berpendapat bahawa di dalam dialek Melayu Kelantan terdapat lapan fonem vokal (1971 : 6). Selain itu, beliau juga

15

merakamkan percakapan yang bersambung-sambung seperti yang dituturkan oleh penutur-penutur di Pasir Mas, Kelantan ke dalam transkripsi fonetik (Ibid.: 112).

Kajian yang kedua oleh Hashim Musa (1974) ialah yang bertajuk Morfemik Dialek Melayu Kelantan (disertasi M.A.). Dalam disertasi itu beliau berpendapat

bahawa dari segi fonemik, dialek Melayu Kelantan mempunyai 15 fonem vokal berbanding enam fonem vokal dalam Bahasa Melayu Standard (1974: 19) vokal-vokal Dialek Kelantan ialah / i /, / /. Dalam kajian itu, beliau telah mengetengahkan dapatan bahawa dalam Dialek Kelantan, vokal-vokal yang dinasalkan bersifat fonemik.

Selain itu, beliau telah menghuraikan alomorf-alomorf, proses morfofomik dan cara-cara morfem-morfem membentuk kata-kata dalam frasa kerja dan frasa nama yang terdapat dalam dialek Melayu Kelantan. Beliau juga telah menghuraikan morfemmorfem yang membentuk kata-kata dalam kumpulan lain, iaitu selain yang terdapat dalam frasa kerja dan frasa nama. Akhirnya , dalam tesis itu beliau telah menyertakan lampiran yang mengandungi senarai kata yang terdapat di dalam dialek Melayu Kelantan, iaitu mengikut kelas-keas kata itu sendiri.

2.2

Kajian Abdul Hamid Mahmood

16

Abdul Hamid Mahmood telah banyak membuat penyelidikan dan mengkaji dialek Melayu Kelantan secara saintifik dan empirikal. Kajian-kajian beliau terdiri daripada latihan ilmiah, tesis sarjana dan artikel tentang dialek Melayu Kelantan.

Latihan ilmiah beliau untuk Ijazah B.A. berjudul Fonem Dialek Kelantan (1971). Dalam latihan itu, beliau telah menghuraikan fonem-fonem dan distribusinya yang terdapat dalam dialek Melayu Kelantan. Beliau juga telah menerangkan bahawa vokal nasal dalam dialek Melayu Kelantan fonemik (1971: 23).

Kajian Abdul Hamid Mahmood (1977) yang berjudul

Sintaksis Dialek

Kelantan (diserasi M.A.) ialah kajian yang ilmiah. Dalam disertasi itu, beliau telah menghuraikan morfologi dan fungsi-fungsi yang terdapat dalam dialek Melayu Kelantan. Beliau bersetuju dengan pendapat Hashim Musa (1974) bahawa Dialek Kelantan juga terdapat fonem-fonem vokal sengau yang bersifat fonemik, iaitu membezakan makna. Dalam disertasi itu juga, beliau telah menghuraikan golongangolongan kata, iaitu kata bendaan, kata karyaan, kata tugas dan pecahan-pecahan kecil daripadanya. Selain itu, beliau juga menghurai frasa, ayat selapis, klausa dan ayat kompleks surbordinat dan koordinat.

Abdul Hamid Mahmood banyak menulis artikel tentang Dialek Kelantan. Artikel beliau yang berkaitan dengan kajian ini ialah yang berjudul Ciri-ciri Dialek Kelantan Yang Mempengaruhi Penguasaan Bahasa Melayu Standard (1982a dan 1982b). Dalam artikel itu, beliau mengatakan bahawa Dialek Kelantan mempunyai 35

17

fonem, iaitu 15 fonem vokal (Hashim Musa, 1974 : 19, dan Abdul Hamid Mahmood, 1977: 12) dan 20 fonem konsonan; sedangkan dalam bahasa Melayu hanya terdapat 31 fonem sahaja, iaitu 6 fonem vokal dan 25 fonem konsonan (Abdul Hamid Mahmood, 1982a: 342). Beliau juga mengatakan bahawa Dialek Kelantan terdapat fonem vokal nasal, sedangkan dalam Bahasa Melayu Standard tidak terdapat fonem nasal. Vokalvokal nasal dalam Dialek Kelantan bersifat fonemik, iaitu dapat memberi erti yang berlainan (Ibid.: 344-345). Selain itu, beliau membincangkan pengaruh dialek yang negatif, iaitu bagaimana Dialek Kelantan itu boleh mempengaruhi dan menyulitkan penguasaan Bahasa Melayu Standard (1982b: 403). Dalam artikel ini juga telah menghuraikan ciri-ciri Dialek Kelantan yang mengganggu penggunaan Bahasa Melayu Standard, terutamanya dari aspek fonologi, morfologi, dan sintaksis. Pada akhir perbincangan itu, beliau telah memberikan lima saranan bagi mengatasi masalah penguasaan Bahasa Melayu Standard di kalangan penutur Dialek Kelantan. Antara saranan beliau itu ialah pelajar-pelajar hendaklah digalakkan menggunakan Bahasa Melayu Standard di sekolah, baik dalam darjah mahupun di luar bilik darjah; waktu untuk latihan lisan kepada pelajar diperbanyakkan agar mereka dapat bertutur Bahasa Melayu Standard dengan lebih baik dan guru-guru hendaklah menggunakan Bahasa Melayu Standard semasa menyampaikan mata pelajaran di sekolah (Ibid.: 407).

2.4

Kajian Ajid Che Kob

Ajid Che Kob juga telah melakukan kajian secara ilmiah tentang dialek Melayu Kelantan. Kajian beliau itu berjudul Dialek Geografi Pasir Mas: Fonologi dan

18

Leksikal (disertasi M.A., 1977). Dalam disertasi itu, beliau telah menghuraikan dialek geografi Pasir Mas, iaitu dengan memberikan penekanan kepada aspek fonologi dan leksikal. Beliau telah membahagikan aspek fonologi kepada dua bahagian, iaitu vokal dan konsonan. Aspek leksikal pula meliputi perkataan-perkataan tentang kehidupan masyarakat yang dikaji.

Dalam disertasi itu beliau juga telah memberikan lampiran yang mencatatkan daftar kata yang terdapat di dalam setiap bahagian tersebut. Selain itu, beliau menyatakan bahawa vokal dalam Dialek Kelantan boleh dilafazkan dengan dua cara, iaitu disengaukan dan tidak disengaukan. Ajib Che Kob telah membuat kajian ke atas empat puluh kawasan yang tersebar di seluruh Jajahan Pasir Mas, yang dibahagikan kepada tiga zon, iaitu zon satu yang terdiri daripada kawasan 6-8 (Chicha Tinggi, Gong Dayat dan Bechah Kida), dan kawasan 36 (Bukit Tuku); Zon Dua merangkumi kawasan 9-12 (Kedak, Kubang Rambutan, Lubok Setul, Gual Periok), dan kawasan 3740 (Perdah, Gual Kulim, Bukit Tandak dan Kubang Kual); dan Zon Tiga pula terdiri dari kawasan 1-5 ( Paya Mengkuang, Galok, Kubang Gendang, Bechah Kelubi dan Sungai Keladi), kawsan 13-26 (Kubang Terap, Kubang Bemban, Lemal, Pohon Buluh, Meranti, Tok Buak (Paloh), Bunut Susu, Jal Kecil Kelar, Lubuk Tapah, dan Kubang Batu), dan kawasan 28-35 (Tasik Berangan, Pohon Tanjong, Bakong, Tal Tujuh, Kasar, Teliar, Air Mengkuang dan Kubang Batang). Beliau telah menyatakan bahawa kawasan yang tidak termasuk ke dalam ketiga-tiga zon itu dikira sebagai kawasan peralihan bagi Jajahan pasir Mas, iaitu kawasan 27 (Lati).

19

Dalam disertasi itu, beliau telah menjelaskan ciri-ciri yang menjadi ukuran untuk membahagikan zon-zon itu, iaitu kesejajaran dan penyebaran vokal, ciri-ciri konsonan, dan ciri sengau dan tidak sengau pada vokal. Tentang kawasan peralihan pula, beliau mendapati hanya kawasan No. 27 (Lati) yang boleh dikira kawasan peralihan yang berasaskan kepada ciri-ciri yang terdapat pada kawasan tersebut.

Akhirnya dalam disertasi itu beliau telah membuat kesimpulan bahawa kawasan yang paling stabil di dalam penggunaan bahasanya ialah kawasan-kawasan yang termasuk di dalam Zon Satu, iaitu kawasan 6-8 dan kawasan 36. Selain itu, beliau juga telah melampirkan senarai informan dan latar belakangnya yang berjumlah empat puluh orang kesemuanya.

2.5

Kajian Farid M. Onn dan Ajid Che Kob

Farid M. Onn dan Ajid Che Kob telah melakukan kajian yang bertajuk Pengaruh Bahasa Daerah Dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajarpelajar Melayu (1981). Dalam kajian itu, mereka telah mengkaji dua buah negeri, iaitu Kelantan dan Terengganu kerana kedua-dua buah negeri itu sangat tebal penggunaan dialeknya (1981:5 ). Dalam kajian itu, mereka telah mengkaji sebanyak 828 orang murid dripada 43 buah sekolah menengah di Kelantan dan di Terengganu sebagai informan. Selain itu, mereka juga mengkaji 321 orang guru Bahasa Melayu.

20

Dalam kajian itu, mereka telah mendapati bahawa sebilangan besar daripada pelajar di Kelantan dan Terengganu yang menjadi respondennya masih menggunakan dialek, apabila berkomunikasi atau berinteraksi dengan kawan, jiran setempat, guru ataupun dengan bukan orang Melayu. Mereka mendapati bahawa penggunaan dialek di kalangan pelajar tidak terhad di kawasan luar sekolah, tetapi juga di dalam kawasan sekolah. Mereka menyatakan bahawa penggunaan dialek yang berleluasa itu

mempengaruhi pelajar-pelajar Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Mereka telah membuat kesimpulan bahawa dialek ada menimbulkan pengaruh yang negatif terhadap proses pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah (Ibid.: 87). Selain itu, antara saranan mereka bagi mengatasi masalah itu ialah pelajar-pelajar perlu sedar bahawa penggunaan bahasa perlu dilakukan secara sistematis yang menurut lunaslunas Bahasa Melayu Standard, dan pihak guru, ibu bapa dan Kementerian Pendidikan perlu mengenal dan memainkan peranan mereka serta menjalankan langkah-langkah positif bagi menimbulkan situasi pembelajaran yang lebih berkesan.

2.6

Kajian James Collins dan Hussin Dollah

Kajian oleh James Thomas Collins dan Hussin Dollah (1988) yang bertajuk Catatan Fonologi Kelantan : Konsonan / / ialah kajian ilmiah. Dalam kajian itu, mereka telah membincangkan dua perkara, iaitu perincian fonetik umum dan konsonan / /, dan wujudnya konsonan / / dalam Dialek Kelantan.

21

Dalam kajian itu, mereka berpendapat bahawa hanya dua tulisan yang menyatakan adanya bunyi / / pada kata pinjaman dari Bahasa Arab dalam Dialek Kelantan, iaitu kajian oleh Nik Safiah Hj. Abdul Karim (1965: 51), dan (Asmah Haji Omar (1985: 194). Mereka juga berpendapat bahawa kedua-dua sarjana itu tidak menyatakann bahawa selama ini mereka beranggapan bahawa bunyi / / dalam Dialek Kelantan asli. Mereka menyatakan bahawa selama ini mereka beranggapan bahawa bunyi / / itu hanya wujud dalam Dialek Kedah, iaitu dalam kata-kata Melayu aslinya, dan mereka tidak terfikir atau menyangka bunyi / / itu, geseran rongga tekak bersuara akan muncul dalam dialek Melayu lain, terutama dalam kata-kata Melayu aslinya.

Dalam kajian itu mereka telah menyenaraikan kata yang berakhiran konsonan / / dalam Dialek Kelantan , iaitu ragam Pengkalan Demit (J.T. Collins dan Hussin Dollah, 1988: 880 882). Mereka berpendapat bahawa adalah sukar untuk membuktikan status fonemik / / dalam Dialek Kelantan kerana vokal yang terdapat pada posisi depan konsonan / / semestinya vokal sengau (Ibid.: 881). Mereka juga berpendapat adalah sukar untuk dicari pasangan minimum tetapi ada beberapa pasangan yang hampir minimum di dalam Dialek Kelantan.

Akhirnya dalam kajian itu, mereka telah membuat kesimpulan dan cadangan, iaitu kata-kata yang mengandungi konsonan / / atau bunyi / / dalam Dialek Kelantan dikumpulkan dan disenaraikan yang diperoleh itu nanti dibandingkan pula dengan kosa kata dialek Melayu lain.

22

2.7

Kajian Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir

Kajian yang telah dilakukan oleh Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir ialah kajian yang ilmiah. Yang menarik dalam latihan ilmiah itu beliau membuat kesimpulan bahawa hasil-hasil kajian oleh Nik Safiah Hj. Abdul Karim (1965), Hashim Musa (1971 dan 1974), Abdul Hamid Mahmood (1971, 1977, 1982a dan 1982b), Ajid Che Kob (1977), Farid M. Onn dan Ajib Che Kob (1981), dan James Thomas Collins dan Husin Dollah (1988) itu dapatlah disimpulkan bahawa Dialek Kelantan banyak mempengaruhi penutur-penuturnya, iaitu dari segi pengajaran dan pembelajaran lisan Bahasa Melayu, terutama di sekolah-sekolah menengah. Seperkara lagi yang diketengahkannya ialah yang berkaitan dengan kajian-kajian tersebut dan didapatinya bahawa Nik Safiah Hj. Abdul Karim (1965; 15) dan Ajib Che Kob (1977: 36) berpendapat bahawa dalam Dialek Kelantan ada lapan fonem vokal. Pendapat mereka itu katanya yang pada mulanya dipersetujui oleh Abdul Hamid Mahmood (1971) dan Hashim Musa (1971 :6), tetapi kemudiannya mereka berpendapat bahawa dalam Dialek Kelantan jumlah fonem vokal adalah 15 (Hashim Musa, 1974 : 19, dan Abdul Hamid Mahmood, 1977: 12), iaitu lapan fonem vokal oral atau fonem bukan sengau, dan tujuh fonem sengau. Tegasnya bahawa kedua-dua ahli bahasa itu juga berpendapat bahawa fonem-fonem nasal dalam Dialek Kelantan bersifat fonemik, iaitu membezakan makna.tentang konsonan pula, Ajib Che Kob (1977: 88) telah menyetujui pendapat Abdul Hamid Mahmood (1971: 37 dan 1977: 12) bahawa dalam Dialek Kelantan terdapat hanya 20 fonem konsonan, iaitu / p /, / b /, / t /, / d /, / k /, / g /, / ? /, / s /, / z /, / h /, / /, /, / / l /,

23

/ /, / m /, / n /, / /, / /,/ w /, dan / j / . Selain itu, yang berkaitan dengan fonem konsonan geseran rongga tekak bersuara / /, Nik Hassan berpendapat bahawa James Thomas Collins dan Husin Dollah (1988) telah menyarankan semua pihak agar berusaha untuk menyenaraikan dan mengumpulkan kata yang mengandungi konsonan / / dalam Dialek Kelantan dan senarai yang diperoleh nanti dibandingkan pula dengan kosa kata dalam dialek Melayu yang lain.

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir, walaupun Ajib Che Kob (1977 dan 1985: 70-78) mengatakan vokal nasal itu boleh disengaukan dengan dua cara tetapi beliau mendapati vokal dalam Dialek Kelantan yang yang dinasalkan boleh bertaraf fonem kerana terdapat pasangan-pasangan minimum tertentu yang membezakan makna.

24

BAB III

KAEDAH KAJIAN

3.0

Pengenalan

Penyelidikan ialah soal bagaimana tiap-tiap satu objektif atau tujuan penyelidikan itu hendak dicapai ( Ahmad Mahdzan Ayob, 1985:35) untuk mencapai tujuan tersebut, penyelidikan ini dijalankan secara kajian tinjauan (survey) dan ke perpustakaan.

3.0.1. Kaedah Kajian Tinjauan

Kajian tinjauan ini melibatkan tiga perkara. Pertama, kajian ini dibuat secara pengumpulan data, iaitu dengan menyelenggarakan dua bentuk soal selidik yang diberikan kepada informan yang terdiri daripada guru dan pelajar. Pemilihan mereka dibuat mengikut pilihan rawak. Kedua, pengkaji membuat pemerhatian ke atas situasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah yang dikaji sama ada ikut serta di dalam bilik darjah atau pengkaji akan berada di luar bilik darjah. Akhirnya, pengkaji membuat rakaman ke atas aktiviti lisan yang dilakukan oleh pelajar secara formal.

25

3.0.2 Kaedah Kajian Perpustakaan

Kajian perpustakaan pula dilaksanakan dengan cara merujuk monograf, jurnal, disertasi, kertas kerja, majalah, artikel dan kajian latihan ilmiah yang berkaitan dengan tajuk kajian.

3.1

Prosedur Kajian

Untuk mencapai kejayaan dalam penyelidikan ini, langkah-langkah yang diambil adalah seperti yang berikut:

i.

Langkah 1

Pengkaji menetapkan negeri Kelantan sebagai tempat yang dikaji. Yang berikut diberikan sebab-sebab negeri Kelantan dipilih:

a.

Negeri Kelantan ialah negeri pengkaji dilahir dan dibesarkan.

b. c.

Pengkaji boleh bertutur dalam Dialek Kelantan. Didapati cara mengucapkan satu-satu kata dalam Dialek Kelantan berbeza daripada cara mengucapkannya dalam Bahasa Melayu Baku, iaitu penutur Dialek Kelantan

26

mengucapkan [ aa ] untuk

[aar ] yang diucapkan

dalam Bahasa Melayu Baku; dan [polih] untuk [polis] yang diucapkan dalam Bahasa Melayu. d. Didapati dalam Dialek Kelantan terdapat fonem vokal nasal yang bersifat fonemik, iaitu yang membezakan makna, sedangkan dalam bahasa Melayu Baku tidak terdapat vokal nasal tersebut (Abdul Hamid Mahmod, 1977: 23, 1977: 16, dan 1982 : 344-345; Hashim Musa, 1974:19; dan Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir, 1989: 3136). e. Dalam Dialek Kelantan terdapat banyak kata yang sama sekali tidak sama terdapat dalam Bahasa Melayu Baku, seperti / b /, / s /, / /, / ? / dan / ? / dalam Dialek Kelantan yang bererti berhenti, satu, kekuatan cangkul dan redup. f. Dalam dialek Kelantan juga terdapat banyak kata yang terdiri daripada satu suku kata seperti contoh di atas. g. Didapati Dialek Kelantan juga mempunyai banyak kata yang sama dengan Bahasa Melayu Baku, tetapi mempunyai erti yang berbeza sama sekali (Abdul Hamid Mahmood, 1977: 30; Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir, 1989: 32-36). Umpamanya lalu/ / s dalam Dialek Kelantan membawa makna serta-merta sedangkan

27

dalam Bahasa Melayu Baku membawa makna biasa; / b ahi / dalam Dialek Kelantan membawa makna gemar, sedangkan dalam Bahasa Melayu Baku

membawa makna syok; dan /? k / dalam Dialek Kelantan membawa makna cakap, sedangkan dalam Bahasa Melayu Baku membawa makna perdaya. h. Didapati banyak kata daripada Bahasa Melayu Baku telah dipinjam dan disesuaikan dengan pengucapan Dialek Kelantan. Misalnya / /sa dalam Dialek Kelantan yang diucapkan sebagai / saj a / dalam Bahasa Melayu.

ii.

Langkah II

Pengkaji telah meminta kebenaran daripada pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah I, Tanah Merah, Kelantan untuk membuat penyelidikan di sekolah tersebut.

iii.

Langkah III

Pengkaji memilih secara rawak seramai 100 orang pelajar yang terdiri daripada 40 orang lelaki dan 60 orang perempuan untuk dijadikan informan. Kesemuanya dari Tingkatan Empat dan keturunan Melayu.

28

Selain itu, enam orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dipilih menjadi informan. Mereka ialah guru Tingkatan 2 seorang lelaki dan lima orang

hingga 6 yang terdiri daripada

perempuan. Keenam-enamnya keturunan Melayu.

iv.

Langkah IV

Kesemua informan yang dikaji, iaitu pelajar dan guru telah diminta untuk mengisi borang soal selidik yang disediakan di dalam sebuah dewan sekolah tersebut. Mereka diberi masa selama 40 minit, iaitu atas keizinan dan persetujuan pengetua sekolah tersebut.

v.

Langklah V

Pengkaji membuat pemerhatian ke atas situasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah yang dikaji sama ada ikut serta di dalam bilik darjah atau pengkaji berada di luar bilik darjah.

vi.

Langkah VI

Pengkaji membuat rakaman ke atas aktiviti lisan yang dilakukan oleh pelajar secara formal di dalam bililk darjah.

29

3.2

Penganalisisan Data

Data yang diperoleh dalam penyelidikan ini berbentuk kualitatif. Untuk memidahkan data kualitatif kepada data kuantitatif, pengkaji menggunakan formula:

Peratus =

Kekerapan N

100

N = Bilangan responden

30

BAB IV

HASIL KAJIAN

4.0

Pengenalan

Perbincangan dalam bab ini ditumpukan kepada dapatan-dapatan yang diperoleh, iaitu yang berkenaan dengan:-

1) Guru 2) Pelajar 3) Pengaruh dialek 4) Faktor yang mempengaruhi penggunaan dialek

4.1

Guru

Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu yang terlibat dalam kajian ini berjumlah enam orang. Mereka mengajar Bahasa Melayu, dan berketurunan Melayu, yang terdiri daripada 16.6% lelaki dan 83.4% perempuan (lihat Jadual 1).

31

Jadual 1. Taburan Guru Berasaskan Jantina

Jantina Lelaki Perempuan Jumlah

Bil 1 5 6

% 16.6 83.4 100

Dapatan ini membuktikan bahawa berbanding dengan sedekad yang lalu, pentabir khususnya pengetua sekolah lebih berkeyakinan kepada guru perempuan daripada guru lelaki untuk mengajar subjek Bahasa Melayu. Pada tahun 1989, guru perempuan yang mengajar Bahasa Melayu ialah 33.3 % (Nik Hassan Basri, 1989: 43) tetapi hari ini dapatan kajian ini membuktikan peratusnya telah meningkat, iaitu 83.4 % ialah guru perempuan. Selain itu, daripada data yang telah dikumpulkan, didapati 100% guru yang dikaji ialah guru-guru terlatih, iaitu lepasan universiti (lihat Jadual 2).

Jadual 2. Taburan Guru Mengikut Kelulusan Kelulusan Universiti Maktab Perguruan Yang lain Jumlah Bil 6 6 % 100 100

32

Kajian ini juga mendapati bahawa guru-guru yang dikaji mempunyai pengalaman mengajar melebihi daripada lima tahun, iaitu yang sama lamanya dengan pengalaman mengajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Didapati sejumlah 33.3% daripada guru-guru yang dikaji itu mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, antara lima hingga sembilan tahun, iaitu pengalaman yang paling minimum antara responden tersebut. Sejumlah 50% lagi mempunyai pengalaman

mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu antara 10-14 tahun dan selebihnya yang terakhir iaitu sejumlah 16.7% lagi mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu yang paling maksimum melebihi 15 tahun (lihat Jadual 3).

Jadual 3. Taburan Guru Mengikut Pengalaman Mengajar Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Pengalaman 15 tahun ke atas 10 14 tahun 5-9 tahun 4 tahun ke bawah Jumlah

Bil 1 3 2 6

% 16.7 50 33.3 100

33

Di samping itu juga didapati bahawa guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, iaitu yang menjadi responden untuk kajian ini pernah mengikuti kursus dalam perkhidmatan. Sejumlah 83.3% daripada guru tersebut mempunyai latihan khas dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu, dan sejumlah 16.7% lagi tidak pernah mengikuti sebarang kursus dalam Perkhidmatan bagi mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, KBSM (lihat Jadual 4).

Jadual 4. Kursus Dalam Perkhidmatan Bagi Guru-guru Bahasa Melayu

Kekerapan Pernah Tidak pernah Jumlah

Bil 5 1 6

% 83.3 16.7 100

Hal ini bermakna segelintir guru yang tidak pernah mengikuti kursus dalam perkhidmatan itu bukanlah bermakna mereka selama-lamanya tidak akan diberi peluang menjalani kursus dalam perkhidmatan. Walau bagaimanapun, sampai masanya mereka akan diminta mengikuti kursus bahasa Melayu sama ada kursus 14 Minggu atau kursus perguruan khas satu tahun. Lantaran itu juga didapati bahawa sejumlah 100% daripada guru-guru tersebut telah mengikuti kursus Dalam Perkhidmatan.

34

Kursus tersebut ialah Kursus Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi tingkatan masing-masing. Guru yang terlibat dengan kursus tersebut telah menyatakan bahawa 50-75 % daripada cadangan-cadangan baru yang diikuti oleh mereka itu akan dapat dipraktikkan di sekolah (lihat Jadual 5).

Jadual 5. Peratusan Cadangan Baru Yang Dapat Dijalankan oleh Guru Yang Mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan

Peratus Dapat Dipraktikkan Dapat dipraktikkan 76 100% Dapat dipraktikkan 50-75% Dapat dipraktikkan 25-49% Dapat dipraktikkan 1-24%. Tidak dapat dipraktikkan Jumlah

Bil 6 6

% 100 100

Kenyataan guru yang terlibat itu seolah-olah menggambarkan bahawa ada sebanyak 25 % daripada cadangan-cadangan baru yang disediakan bagi kursus dalam Perkhidmatan untuk Kurikulum Bersepadu sekolah Menengah itu tidak dapat dijalankannya di sekolah yang dikaji. Masalah yang dialaminya itu sudah tentu sedikit sebanyak berkait juga dengan jumlah waktu mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu

35

yang dibebankan kepadanya kerana ditambah dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai di dalam kelas. seterusnya didapati setiap orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu itu mempunyai bilangan pelajar yang ramai dan jumlah waktu mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dalam seminggu juga banyak iaitu 24 waktu.

Setelah dikemukakan soalan-soalan tentang Falsafah Pendidikan Negara dan tentang matlamat dan objektif sukatan Pelajaran KBSM bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, kesemua guru tersebut mengakui bahawa mereka tahu tentang hal tersebut (lihat Jadual 6).

Jadual 6. Taburan Pengetahuan Guru-guru Tentang Matlamat dan Objektif KBSM dan Falsafah Pendidikan Negara

Pengetahuan Ya (tahu) Tidak tahu Jumlah

Bil 6 6

% 100 100

Berkaitan dengan jumlah waktu mengajar Bahasa Melayu (BM) di kalangan guru yang dikaji, didapati jumlah waktu mengajar bagi setiap orang guru dalam seminggu berbeza-beza. Terdapat 16 % iaitu seorang daripada mereka mengajar Bahasa Melayu sebanyak 20 waktu dalam seminggu. Sejumlah 66.8 % lagi ialah 12

36

waktu dalam seminggu, sementara 16 % ialah yang selainnya, iaitu sebanyak 24 waktu dalam seminggu (lihat Jadual 7).

Jadual 7. Jumlah Waktu Mengajar Mata Pelajaran Bahasa Melayu dalam Seminggu

Waktu Seminggu 20 waktu 16 waktu 12 waktu 8 waktu 4 waktu Yang lainnya Jumlah

Bil 1 4 1 6

% 16.6 66.8 16.6 100

Kajian ini juga mendapati bahawa jumlah waktu mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu yang begitu banyak dalam seminggu bagi seseorang guru Bahasa Melayu boleh mempengaruhi pembelajaran dan penguasaan bahasa di kalangan pelajarnya. Masalah itu menjadi lebih ketara lagi sekiranya guru-guru Bahasa Melayu dibebankan dengan jumlah bilangan pelajar yang ramai. Data yang diperolehi mengemukakan bahawa guru-guru yang dikaji menghadapi masalah kerana bilangan

37

pelajar yang ramai iaitu melebihi 40 orang. Sejumlah 50% daripada guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu mempunyai bilangan pelajar yang berjumlah 40 hingga 79 orang. Sejumlah 33.3% daripada guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu mempunyai bilangan pelajar jauh lebih ramai, iaitu 80 hingga 119 orang, dan baki guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, iaitu 16.7% lagi mempunyai bilangan pelajar seramai 39 orang ke bawah (lihat Jadual 8).

Jadual 8. Bilangan Pelajar Yang Diajar oleh Guru-guru Yang Mengajar Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Bilangan Pelajar 120 orang ke atas 80-119 orang 40-79 orang 39 orang ke bawah Jumlah

Bil 2 3 1 6

% 33.3 50 16.7 100

4.1.1

Penggunaan Bahasa Guru Di Sekolah

Dalam kajian ini didapati penggunaan Bahasa Melayu Baku (BMB) di kalangan guru semasa mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan mata pelajaran lain di dalam bilik

38

darjah amatlah terhad. Kesemua guru yang menjadi responden mengakui bahawa mereka menggunakan campuran bahasa mengakui bahawa mereka menggunakan campuran Bahasa Melayu Baku (BMB) dan Dialek Kelantan (DK), terutama dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu (lihat Jadual 9) dan mata pelajaran lain (lihat Jadual 10).

Jadual 9. Taburan Pendapat Guru Tentang Bahasa Yang Digunakan dalam Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Melayu Bahasa BMB Sepenuhnya Campuran BMB & DK DK Sepenuhnya Jumlah Bil 6 6 % 100 100

Jadual 10. Taburan Pendapat Guru Tentang Bahasa Yang Digunakan dalam Pengajaran Mata Pelajaran lain Bahasa BMB Sepenuhnya Campuran BMB & DK DK Sepenuhnya Jumlah Bil 6 6 % 100 100

39

Selain itu, kesemua 100% guru tersebut juga mengakui bahawa mereka menggunakan campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan, apabila berinteraksi atau berkomunikasi dengan pelajar, terutama di dalam bilik darjah (lihat Jadual 11), dan di luar bilik darjah (lihat Jadual 12).

Jadual 11. Bahasa Yang Digunakan Apabila Berkomuikasi Dengan Pelajar Di Dalam Bilik Darjah Bilangan Pelajar BM Sepenuhnya Campuran BMB & DK DK Sepenuhnya Jumlah Bil 6 6 % 100 100

Jadual 12. Bahasa Yang Digunakan Apabila Berkomunikasi Dengan Pelajar Di Luar Bilik Darjah Bilangan Pelajar BM Sepenuhnya Campuran BMB & DK DK Sepenuhnya Jumlah Bil 5 1 6 % 83.3 16.7 100

40

Mengikut pendapat pelajar-pelajar pula, keadaan penggunaan Bahasa Melayu Baku di kalangan guru, baik semasa mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu atau mata pelajaran lain, mahupun di luar masa pengajarannya adalah terhad. Didapati 100% daripada pelajar berpendapat bahawa guru-guru mata pelajaran Bahasa Malayu dan mata pelajaran lain menggunakan campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan, terutamanya dalam masa pengajaran mereka (lihat Jadual 13 dan Jadual 14).

Jadual 13. Taburan Pendapat Pelajar Tentang Bahasa Yang Digunakan oleh Guru Bahasa Melayu Semasa Mengajar

Bilangan Pelajar BM Sepenuhnya Campuran BMB & DK DK Sepenuhnya Jumlah

Bil 40 60 100

% 40 60 100

Dapatan membuktikan bahawa sejumlah 40% responden daripada pelajarpelajar tersebut berpendapat bahawa guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu menggunakan Bahasa Melayu Baku sepenuhnya semasa mengajar Bahasa Melayu. Hal ini bermakna sebilangan kecil sahaja guru Bahasa Melayu yang memakai Bahasa

41

Melayu Baku dalam pengajaran mereka. Kalaulah guru subjek Bahasa Melayu sendiri tidak memakai dan menggunakan bahasa Melayu Baku dalam pengajaran mereka, sudah tentu andaian terhadap guru bukan subjek Bahasa Melayu akan lebih ketara lagi untuk tidak memakai Bahasa Melayu Baku dalam pengajaran mereka. Kenyataan itu jelas terbukti apabila sejumlah 100% pelajar berpendapat bahawa bahasa yang digunakan oleh guru mata pelajaran lain ialah campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan (Lihat Jadual 14).

Jadual 14. Taburan Pendapat Pelajar Tentang Bahasa Yang Digunakan Guru Subjek Lain Semasa Mengajar

Bilangan Pelajar BM Sepenuhnya Campuran BMB & DK DK Sepenuhnya Jumlah

Bil 100 100

% 100 100

Berdasarkan keterangan di dalam Jadual 9 hingga 14 tersebut dapatlah disimpulkan bahawa guru-guru yang terlibat dengan kajian ini mempunyai kecenderungan untuk menggunakan campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan, baik semasa berinteraksi dengan pelajar di luar bilik darjah mahupun semasa

42

mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan mata pelajaran lain di dalam bilik darjah. Berasaskan pandangan pelajar itu hal ini juga bermakna sikap sebilangan guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan subjek-subjek lain seolah-olah tidak

mengendahkan hasrat kerajaan bagi mencapai visi dan misi negara. Malahan mereka itu terus bersikap dingin terhadap kepentingan penggunaan Bahasa Melayu Baku di sekolah yang dikaji. Kesimpulan ini bertepatan dengan dapatan yang diperoleh iaitu sejumlah 50% daripada guru-guru tersebut mengakui bahawa Bahasa Melayu Baku ialah bahasa yang paling berkesan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, sementara separuh lagi iaitu sejumlah 50% daripada guru-guru tersebut berpendapat bahawa campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan ialah bahasa yang paling berkesan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu (lihat Jadual 15).

Jadual 15. Taburan Pendapat Guru Tentang Bahasa Yang Paling Berkesan Untuk Mengajar Bahasa Melayu

Bilangan Pelajar BM Sepenuhnya Campuran BMB & DK DK Sepenuhnya Jumlah

Bil 3 3 6

% 50 50 100

43

Dapatan seperti yang digambarkan dalam Jadual 15 itu bagaimanapun bukanlah bermakna guru-guru yang mengajar di Kelantan itu semuanya memulau penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam pengajaran mereka. Cuma yang bersikap demikian hanyalah separuh daripada mereka. Mereka itu tentu mempunyai alasan sendiri kenapa penggunaan Bahasa Melayu Baku sepenuhnya dalam pengajaran mereka itu diketepikan. Sehubungan dengan itu, di dalam kajian ini didapati sejumlah 16.7 % daripada guru-guru tersebut memberi alasan bahawa pelajar kurang faham sepenuhnya, sekiranya bahasa yang digunakan dalam pengajaran ialah Bahasa Melayu Baku sepenuhnya, sedangkan 83.7% daripada guru-guru yang dikaji mempunyai pendapat yang sebaliknya, iaitu pelajar akan faham sepenuhnya, jika guru mata pelajaran Bahasa Melayu menggunakan Bahasa Melayu Baku dalam pengajarannya (lihat Jadual 16).

Jadual 16. Taburan Pendapat Guru Tentang Pemahaman Pelajar, Jika Guru Menggunakan Bahasa Melayu Baku Dalam Pengajarannya

Bilangan Pelajar Faham Sepenuhnya Kurang Faham Tidak Faham Langsung Jumlah

Bil 5 1 6

% 83.3 16.7 100

44

Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut yang berkaitan dengan bahasa yang digunakan oleh guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang tersebut dapatlah disimpulkan bahawa mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu Baku Sepenuhnya sebagai bahasa pengantar dalam pelajaran, sebaliknya mereka menggunakan campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan. Keadaan ini terjadi kerana sikap guru yang berpendapat campuran BMB dan DK ialah bahasa yang paling berkesan untuk pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah.

Tentang Bahasa Melayu Baku yang digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran, didapati 80% daripada pelajar-pelajar tersebut mengakui bahawa penggunaan Bahasa Melayu Baku oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran itu difahami oleh mereka dan 20% lagi menyatakan yang sebaliknya (lihat Jadual 17).

Jadual 17. Taburan Pendapat Pelajar tentang Pemahaman Mereka, Jika Guru Menggunakan Bahasa Melayu Baku Dalam Pengajarannya

Bilangan Pelajar BM Sepenuhnya Campuran BMB & DK DK Sepenuhnya Jumlah

Bil 80 20 100

% 80 20 100

45

4.2

Pelajar

Kesemua pelajar yang dikaji ialah pelajar Tingkatan IV, yang terdiri daripada 50 % lelaki dan 50 % perempuan. (lihat Jadual 18).

Jadual 18. Taburan Pelajar Mengikut Jantina Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Bil 50 50 100 % 50 50 100

Hal itu bermakna jumlah pelajar yang menjadi responden kajian ini, khususnya dari segi jantina sama banyak bilangannya. Selain itu, daripada data yang dikumpul, didapati 100% pelajar dikaji ialah bangsa Melayu (lihat Jadual 19).

Jadual 19. Taburan Pelajar Mengikut Keturunan Bangsa Melayu Cina India Jumlah Bil 100 6 % 100 100

46

Bilangan pelajar Melayu di Kelantan mengatasi bilangan kaum-kaum lain kerana tiada kaum lain yang menjadi responden. Kajian ini juga mendapati bahawa kesemua responden, iaitu 100% pelajar yang dikaji tinggal bersama-sama keluarga mereka, sama ada tinggal dengan ibu bapa atau penjaga (lihat Jadual 20).

Jadual 20. Taburan Mengikut Tempat Tinggal

Tempat Tinggal Asrama Kediaman ibu bapa/penjaga Jumlah

Bil 100 100

% 100 100

Dapatan ini membayangkan bahawa tempat tinggal pelajar adalah di sekitar kawasan sekolah iaitu di Tanah Merah kerana tidak seorang pun yang menjadi responden kajian ini menginap di asrama walaupun sekolah yang dikaji ialah sekolah yang berasrama. Walau bagaimanapun, hal itu bukan bermakna pelajar-pelajar itu tidak berminat tinggal di asrama. Kemungkinan itu asrama yang disediakan itu khusus untuk pelajar yang berjauhan tempat tinggalnya dari sekolah. Selain itu, didapati 80% daripada pelajar-pelajar tersebut mengakui tinggal di kawasan luar bandar dan 20% lagi mengesahkan mereka tinggal di bandar (lihat Jadual 21).

47

Jadual 21. Taburan Pelajar Mengikut Kawasan Tempat Tinggal

Kawasan Bandar Luar Bandar Jumlah

Bil 20 80 100

% 20 80 100

Setelah ditinjau pendapat pelajar-pelajar tersebut tentang pekerjaan tetap bapa atau penjaga pelajar-pelajar, didapati 30% bekerja dengan swasta atau kakitangan kerajaan, 10% sebagai peniaga; 40% sebagai penoreh getah, petani dan nelayan; dan 20% lagi bekerja dalam pekerjaan yang lain (lihat Jadual 22).

Jadual 22. Taburan Pekerjaan Tetap Bapa atau Penjaga Pelajar

Jenis Pekerjaan Kakitangan kerajaan / swasta Peniaga Petani/penoreh getah / nelayan Yang lain Jumlah

Bil 30 10 40 20 100

% 30 10 40 20 100

48

Merujuk pekerjaan ibu pula, didapati 20% bekerja dengan swasta atau kakitangan kerajaa / /,n yang lain 80 % sebagai suri rumah (lihat Jadual 23).

Jadual 23.Taburan Pekerjaan Tetap Ibu Pelajar

Jenis pekerjaan Kakitangan Kerajaan / Swasta Suri rumah Jumlah

Bil. 20 80 100

% 20 80 100

Apabila ditinjau pendapat pelajar tentang latar belakang atau taraf pendidikan bapa atau penjaga mereka, didapati bahawa bapa atau penjaga yang di Kelantan tidak memperoleh pendidikan yang tinggi. Malahan rata-rata daripada mereka hanya berpeluang belajar di peringkat sederhana. Hal ini kerana dapatan menunjukkan bahawa 10 % daripada responden menyatakan bapa atau penjaga mereka tidak pernah bersekolah, 30% hanya bersekolah rendah, 50% bersekolah menengah, 0 %

berkelulusan maktab, 10 % lepasan univesiti dan yang lainnya 0 %, iaitu termasuk yang meninggal dunia (lihat Jadual 24).

49

Jadual 24.Taburan Taraf Pendidikan Bapa Atau Penjaga Pelajar

Taraf Pendidikan Tidak Bersekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Maktab Universiti Yang lainnya Jumlah

Bil. 10 30 50 10 100

% 10 30 50 10 100

Apabila ditinjau pula tentang taraf pendidikan ibu mereka, didapati 10 % daripada pelajar-pelajar yang tersebut menyatakan ibu mereka tidak pernah bersekolah; 30 % bersekolah rendah sahaja; 60 % bersekolah menengah, 0 % maktab atau universiti, dan 0 % lagi yang lainnya, iaitu termasuk yang mati (lihat Jadual 25).

Keterangan-keterangan tersebut membuktikan sebilangan kecil, ialah 10% daripada bapa atau penjaga dan ibu pelajar tersebut buta huruf. Hal ini bermakna bahawa di Kelantan masih kedapatan ibu atau bapa yang tidak tahu membaca. Malahan, hal itu membayangkan bahawa masalah buta huruf di kalangan sebilangan

50

orang Melayu dalam masyarakat yang mendiami negeri Kelantan dalam era ini harus ditangani segera oleh kerajaan, seperti mengadakan semula dewasa suatu masa dahulu. Hal ini membukti bahawa program kelas dewasa suatu masa dahulu harus dibuka semula.

Jadual 25. Taburan Taraf Pendidikan Ibu Pelajar

Taraf Pendidikan Tidak Bersekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Maktab Universiti Yang lain-lain Jumlah

Bil. 10 30 60 100

% 10 30 60 100

Oleh sebab terdapatnya sebilangan kecil ibu bapa atau penjaga pelajar yang buta huruf kerana tidak pernah bersekolah serta taraf pendidikan mereka yang rendah itu membayangkan satu kesimpulan bahawa keadaan itu boleh menimbulkan implikasi tertentu ke atas sikap dan minat mereka terhadap penggunaan bahasa Melayu Baku di kalangan anak mereka, iaitu pelajar-pelajar yang dikaji khasnya untuk menerima

51

pendedahan yang meluas terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah di Malaysia.

4.2.1

Penggunaan Bahasa Pelajar

Daripada data yang dikumpulkan, didapati penggunaan Bahasa Melayu Baku di kalangan pelajar yang dikaji amatlah terhad, sedangkan penggunaan Dialek Kelantan amat ketara di kalangan mereka, iaitu apabila berinteraksi atau berkomunikasi dengan seseorang yang lain. Kesemua pelajar yang menjadi responden mengakui bahasa yang digunakan oleh mereka ialah Dialek Kelantan, iaitu apabila berkomunikasi dengan keluarga (lihat Jadual 26).

Jadual 26 : Bahasa Yang Digunakan Apabila Bercakap Dengan Keluarga

Bahasa BM Sepenuhnya Campuran BMB & DK DK Sepenuhnya Jumlah

Bil. 100 100

% 100 100

52

Malahan, responden kajian ini mengakui bahawa dalam kehidupan mereka sehari-hari, bahasa yang digunakan oleh mereka semasa berinteraksi atau berbual dengan kawan-kawan ialah Dialek Kelantan (lihat Jadual 27).

Jadual 27.Taburan Pendapat Pelajar Tentang Bahasa Yang Digunakan Apabila Bercakap Dengan Kawan-kawan

Bahasa BM Sepenuhnya Campuran BMB & DK DK Sepenuhnya Yang lain-lain Jumlah

Bil. 100 100

% 100 100

Demikian juga apabila bercakap-cakap atau berhubung dengan orang-orang dewasa, mereka akan menggunakan Dialek Kelantan. Ini bermakna Dialek Kelantan ialah bahasa penggunaan sehari-hari dalam kehidupan pelajar (lihat Jadual 28).

53

Jadual 28. Bahasa Yang Digunakan Oleh Pelajar Apabila Bercakap Dengan Orang-orang Di Sekitar Bahasa BM Sepenuhnya Campuran BMB & DK DK Sepenuhnya Jumlah Bil. 100 100 % 100 100

Apabila berinteraksi atau berkomunikasi dengan guru mata pelajaran Bahasa Melayu, didapati 20% daripada pelajar tersebut menggunakan Dialek Kelantan, dan 80% lagi menggunakan campuran Bahasa Malaysia Baku dan Dialek Kelantan (lihat Jadual 29).

Jadual 29.Taburan Pendapat Pelajar tentang Bahasa Yang Digunakannya Apabila Bercakap Dengan Guru Bahasa Melayu

Bahasa BM Sepenuhnya Campuran BMB & DK DK Sepenuhnya Yang lainnya Jumlah

Bil. 80 20 100

% 80 20 100

54

Namun demikian, keadaan ini agak berbeza sedikit apabila pelaja-pelajar tersebut berinteraksi atau berkomunikasi dengan guru mata pelajaran lain kerana data yang dikumpulkan mendapati 70% daripada pelajar-pelajar yang berkenaan menggunakan Dialek Kelantan, iaitu apabila bercakap dengan guru mata pelajaran yang lain, dan 30% lagi menggunakan campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan.Keadaan ini berlaku kerana pelajar-pelajar sudah biasa dengan dialeknya. Kesan daripada pengaruh dialek tersebut menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam suasana yang hambar tanpa penggunaan bahasa baku sepenuhnya (lihat Jadual 30).

Jadual 30.Taburan Pendapat Pelajar Tentang Bahasa Yang Digunakan Apabila Bercakap Dengan Guru Mata Pelajaran Lain

Bahasa BM Sepenuhnya Campuran BMB & DK DK Sepenuhnya Yang lainnya Jumlah

Bil. 30 70 100

% 30 70 100

55

Mengikut pendapat guru-guru pula, bahasa yang digunakan oleh pelajar-pelajar yang dikaji, apabila berinteraksi atau berkomunikasi dengan mereka, baik di luar atau di dalam bilik darjah tidaklah berbeza. Daripada data yang dikumpulkan melalui enam orang guru yang dijadikan informan, didapati sebanyak 100% guru tersebut berpendapat bahawa pelajar-pelajar menggunakan campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan, apabila bercakap dengan mereka, baik di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah (lihat Jadual 31).

Jadual 31. Pendapat Guru Tentang Bahasa Yang Digunakan Pelajar Apabila Bercakap Dengan Guru Di Dalam Atau Luar Bilik Darjah

Bahasa BM Sepenuhnya Campuran BMB & DK DK Sepenuhnya Jumlah

Bil. 6 6

% 100 100

Apabila ditinjau pendapat guru tentang bahasa yang digunakan oleh pelajarpelajar semasa pelajaran lisan Bahasa Malaysia, didapati sebanyak 100% guru tersebut berpendapat bahawa pelajar-pelajar masih menggunakan campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan. Hal ini bermakna para pelajar tidak langsung berasa

56

bersalah atau berasa serba salah untuk berkomunikasi dengan guru, walaupun waktu berlangsungnya komunikasi itu ialah waktu pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah secara formal. (lihat Jadual 32).

Jadual 32.Taburan Pendapat Guru Tentang Bahasa Yang Digunakan oleh Pelajar-Pelajar Semasa Pelajaran Lisan Bahasa Melayu

Waktu Pembelajaran BM Sepenuhnya Campuran BMB & DK DK Sepenuhnya Jumlah

Bil. 6 6

% 100 100

Daripada keterangan-keterangan informan tersebut dapatlah disimpulkan bahawa bahasa yang digunakan oleh pelajar-pelajar tersebut semasa berinteraksi atau berkomunikasi dengan guru baik di dalam atau di luar bilik darjah ialah campuran Bahasa Melyu Baku dan Dialek Kelantan, tetapi apabila bercakap atau berhubung dengan pihak-pihak lain, seperti dengan keluarga, kawan-kawan dan orang-orang dewasa, mereka menggunakan dialek Kelantan sepenuhnya. Penggunaan Dialek Kelantan atau campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan di kalangan pelajar

57

baik semasa berhubung dengan guru mahupun dengan pihak-pihak lain tentunya boleh menimbulkan kesan yang negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran lisan Bahasa Melayu Baku di sekolah. Keterangan tersebut juga membuktikan bahawa pelajar-pelajar yang dikaji didapati tidak menggunakan Bahasa Melayu Baku dalam pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu, sebaliknya mereka menggunakan campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan.

Apabila ditanya pendapat pelajar-pelajar yang menjadi responden sama ada mereka digalakkan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu atau tidak untuk menggunakan Bahasa Melayu Baku ketika berkomunikasi di dalam kelas, didapati sebanyak 100% pelajar tersebut berpendapat guru Bahasa Melayu menggalakkan mereka, berkomunikasi dalam Bahasa Melayu Baku (lihat Jadual 33).

Jadual 33. Pendapat Pelajar Sama Ada Mereka Digalakkan Oleh Guru Bahasa Melayu Atau Tidak Untuk Bertutur Dalam Bahasa Melayu Baku Di Dalam Darjah

Dorongan Guru Ya (Ada) Tidak ada Jumlah

Bil. 100 100

% 100 100

58

Apabila ditanya pendapat pelajar-pelajar yang dikaji tentang galakan guru mata pelajaran lain untuk bertutur dalam Bahasa Melayu Baku apabila berada sama ada di dalam atau di luar kelas, didapati 80 % daripada pelajar-pelajar tersebut mengakui mereka digalakkan oleh guru mata pelajaran lain untuk berkomunikasi dengan Bahasa Melayu Baku sama ada di dalam atau di luar bilik darjah, dan 20% lagi mengatakan guru mata pelajaran lain tidak menyuarakan hasrat yang tersebut (lihat Jadual 34).

Jadual 34. Taburan Pendapat Pelajar Sama Ada Mereka Digalakkan Oleh Guru Mata Pelajaran Lain Atau Tidak Untuk Bertutur Dalam Bahasa Melayu Baku Baik Semasa Di Dalam Ataupun Di Luar Kelas

Dorongan Guru Ya (Ada) Tidak ada Jumlah

Bil. 80 20 100

% 80 20 100

Berbeza pula situasi apabila persoalan tersebut dikemukakan pula kepada guruguru yang dikaji, didapati sebanyak 100% guru-guru tersebut menyatakan mereka menggalakkan dan mengingatkan pelajar agar menggunakan Bahasa Melayu Baku baik semasa berkomunikasi di dalam atau di luar bilik darjah (lihat Jadual 35).

59

Jadual 35. Pendapat Guru Waima Pelajar Digalakkan Atau Tidak Menggunakan Bahasa Melayu Baku

Dorongan Guru Ya (Ada) Tidak ada Jumlah

Bil. 6 6

% 100 100

4.3

Pengaruh Dialek

Melalui kajian yang dilakukan ke atas pelajar-pelajar didapati Dialek Kelantan yang dimiliki oleh mereka mempengaruhi atau mengganggui pembelajaran lisan Bahasa Melayu, dari segi sebutan, intonasi, dan ayat. Dalam kajian ini pengkaji hanya memberi tumpuan kepada pengaruh dialek ke atas sebutan, intonasi dan ayat. Pengkaji tidak mengkajinya dengan terperinci, terutamanya aspek-aspek penggunaan imbuhan dan ayat pelajar-pelajar.

60

4.3.1

Sebutan

Apabila dianalisis sebutan atau cara mengucapkan perkataan-perkataan tertentu oleh pelajar-pelajar tersebut, didapati cara sebutan mereka dalam Bahasa Melayu Baku dipengaruhi atau diganggui oleh cara sebutan Dialek Kelantan. Pengaruh sebutan ini akan dibincangkan berdasarkan penyebaran vokal dan konsonan tertentu dalam Dialek Kelantan.

4.3.1.1

Vokal

i.

Fonem vokal / a / pada suku kata terbuka di akhir kata disebut sebagai / /. Contohnya:

Bahasa Melayu Baku

Dialek Kelantan

Sana Saya Pada Kata Kerana Terima Raya

disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai

[ san] [ saj] [pad] [kat] [ kan] [ tim] [ a]

61

Selama Bahawa Telinga

disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai

[ slam] [ bahaw] [ tli] [ stuh] [ bbap] [ lmk] [ mndit] [ pad] [ mmbaw] [ kpad] [ nap] ? [ bduw]

Seterusnya disebut sebagai Beberapa Lemaknya Menderita Padanya Membawa Kepada disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai

Nampaknya disebut sebagai Berdua disebut sebagai

ii.

Fonem vokal / a / pada suku kata tertutup di hujung kata sebelum konsonan / k / dan / h / sesebut sebagai / /. Contohnya:-

Bahasa Melayu Baku

Dialek Kelantan

Tidak Rumah Lemak Sekolah Melengahkan

disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai

[ tid] ? [ umh ] [ lm] ? [ sklh ] [ mlehk ]

62

Nampaknya Asmanirah Kubiskah Aminah Awak

disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai

[ nap] ? [ asmanih ] [ kubihkh ] [ aminh ] [ aw] ?

iii.

Fonem vokal / i / pada suku kata tertutup hujung kata sebelum konsonan / b / dan / h / disebut sebagai / e /. Contohnya:

Bahasa Melayu Baku

Dialek Kelantan

Kasih Balik Nasib Sembelihkan

disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai

[ kaseh ] [ bale? ] [ nase? ] [ smlehk ]

iv.

Fonem vokal / u / pada suku kata tertutup di hujung kata sebelum konsonan / t /, / k /, / h / dan / r / disebut sebagai / o /. Contohnya:-

63

Bahasa Melayu Baku

Dialek Kelantan

Seluruh Mengikut Perut Sungguh Subur Tepuk-tepuk

disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai

[ sluoh ] [ miko? ] [ po? ] [ suoh ] [ subo ] [ tpo? - tpo? ]

4.3.1.2

Konsonan

i.

Fonem konsonan / p /, / b / dan / t / pada suku kata terbuka di akhir kata disebut sebagai / ? / .Contohnya:

Bahasa Melayu Baku

Dialek Kelantan

Umat Harap Minit Ubat Firasat Mengikut

disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai

[ uma? ] [ aa? ] [ mene? ] [ ba? ] [ piasa?] [ miko?]

64

Nasib Perut Rumput Melihat Penat Setiap Bercakap

disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai

[ nase?] [ pu?] [ upu? ] [ mliha? ] [ pna? ] [ stia? ] [ baka? ]

ii.

Fonem konsonan / s / pada suku kata tertutup di tengah kata disebut sebagai / h /. Contohnya:

Bahasa Melayu Baku

Dialek Kelantan

Seterusnya Dipanaskan Kubiskah

disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai

[ stuh] [ dipanahk ] [ kubihkh ]

iii.

Fonem konsonan / r / pada suku kata terbuka di akhir kata dihilangkan. Contohnya:-

Bahasa Melayu Baku

Dielak Kelantan

Subur

disebut sebagai

[ subo ]

65

Lapar Benar Segar Nombor Sayur

disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai

[ lapa ] [ bna ] [ sga ] [ nombo ] [ sao ]

iv.

Fonem konsonan / / pada suku kata terbuka di akhir kata, iaitu / -i # /, / -e # /, / -a # /, dan /-u # / dihilangkan dan digantikan dengan vokal nasal / /, / / /, dan / /. Contohnya:

Bahasa Melayu Baku

Dialek Kelantan

Daging Bunting Gunting Baling Paling Lempeng Samseng Malang Sayang Kandang Pulang

disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai disebut sebagai

[ dag ] [ but ] [ gut ] [ bal ] [ pal ] [ lp ] [ sams ] ] ] ]

66

Burung

disebut sebagai

[ bu ]

4.3.2

Intonasi

Kajian ini mendapati bahawa Dialek Kelantan mempengaruhi atau mengganggui intonasi pengucapan informan dalam pertuturan Bahasa Melayu mereka. Dapatan ini selaras dengan pengakuan yang dibuat sendiri oleh guru-guru yang dikaji. Kira-kira kesemua responden kajian ini atau sejumlah 100% guru tersebut berpendapat bahawa pelajar-pelajar menghadapi masalah sebutan, intonasi dan kelancaran dalam menguasai Bahasa Melayu Baku kerana pengaruh Dialek (lihat Jadual 36).

Jadual 36.Taburan Pendapat Tentang Masalah Sebutan, Intonasi dan KelancaranYang Dihadapi oleh Pelajar Dalam Menguasai Bahasa Melayu Baku Kerana Pengaruh Dialek

Masalah Ya (Ada) Tidak ada Jumlah

Bil 6 6

% 6 100

67

Mengikut guru-guru tersebut, masalah yang kerap diperhatikan apabila pelajarpelajar tersebut bertutur pada masa pengajaran dan pembelajaran lisan Bahasa Melayu ialah pertuturan yang menggunakan sebutan dan intonasi mengikut nada atau lagu Dialek Kelantan. Malahan, mereka berpendapat bahawa ujaran atau sebutan yang dilafazkan oleh para pelajar di sekolah yang dikaji ialah sebutan bahasa yang dipengaruhi oleh Dialek Kelantan. Selaras dengan pandangan itu, kajian ini mendapati bahawa kesemua 100% guru tersebut berpendapat bahawa pelajar-pelajar

menggunakan sebutan dan intonasi Dialek Kelantan apabila mereka berinteraksi atau berkomunikasi dalam pembelajaran lisan Bahasa Melayu (lihat Jadual 37).

Jadual 37.Pendapat Guru Tentang Pertuturan Yang Menggunakan Intonasi Dialek Kelantan Oleh Pelajar Semasa Pelajaran Lisan Bahasa Melayu

Pengaruh Dialek Kelantan Ya (Ada) Tidak ada Jumlah

Bil. 6 6

% 100 100

Didapati kesemua 100% guru tersebut mengakui bahawa Dialek Kelantan yang digunakan oleh pelajar-pelajarnya seharian mempengaruhi intonasi atau lagu Bahasa Melayu Baku yang betul dan baik, iaitu yang berdasarkan sifat-sifat intonasi yang biasa

68

digunakan oleh orang-orang Melayu yang terpelajar apabila mereka bertutur dalam situasi-situasi rasmi (lihat Jadual 38).

Jadual 38.Pendapat Guru Tentang Pengaruh Dialek Kelantan Di kalangan Pelajar Mempengaruhi Pembelajaran Lisan Bahasa Melayu Baku.

Pengaruh Dialek Ya (Ada) Tidak ada Jumlah

Bil. 6 6

% 100 100

Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa Dialek Kelantan yang dimiliki oleh pelajar-pelajar yang dikaji mempengaruhi proses pembelajaran lisan Bahasa Melayu, terutamanya dari segi sebutan dan intonasi.

4.4

Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Dialek.

Hasil kajian ini mendapati bahawa faktor-faktor yang menyebabkan Dialek Kelantan digunakan secara meluas di kalangan pelajar Tingkatan IV dalam pengajaran dan pembelajaran lisan Bahasa Melayu ialah:-

69

1. 2. 3. 4.

Kebiasaaan pelajar menuturkan dialeknya. Ibu bapa atau penjaga Guru Masyarakat sekitar

4.4.1

Kebiasaan Pelajar Menuturkan Dialeknya

Punca utama yang menyebabkan meluasnya penggunaan Dialek Kelantan di kalangan pelajar yang dikaji adalah kerana kebiasaan mereka menuturkan Dialek Kelantan.

Hasil kajian membuktikan bahawa pelajar-pelajar tersebut menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan berkesan di dalam bilik darjah kerana konteks bahasa yang dihadapi oleh mereka di sekolah berbeza dengan konteks bahasa di rumah dan di luar bilik darjah. Didapati sebanyak 100% pelajar tersebut mengakui bahasa yang biasa digunakan di rumah ialah Dialek Kelantan. Mereka menggunakan Dialek Kelantan untuk berkomunikasi dengan keluarga di rumah. Selain itu, Dialek Kelantan juga menjadi alat perhubungan bagi pelajar tersebut untuk berkomunikasi dengan kawankawan dan dengan masyarakat sekitar, seperti orang-orang dewasa dan sebagainya. Mereka berasa mudah atau senang bertutur dalam Dialek Kelantan kerana sudah biasa dengannya. Oleh itu, kebiasaan atau kelaziman menggunakan Dialek Kelantan dalam situasi yang tersebut mempengaruhi mereka menggunakannya apabila berkomunikasi di dalam bilik darjah baik dengan kawan-kawan mahupun guru-guru. Akibatnya mereka berasa sukar untuk bertutur dalam Bahasa Melayu Baku. Jadi untuk mengatasi

70

masalah tersebut bertutur dengan menggunakan bahasa campuran, iaitu campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan. Apabila ditinjau pendapat guru tentang bahasa yang digunakan oleh pelajar-pelajar baik di dalam ataupun di luar bilik darjah, didapati 100% guru tersebut mengakui bahasa yang digunakan oleh pelajar-pelajar ialah campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan.

Kecenderungan

pelajar-pelajar

tersebut menggunakan Dialek

Kelantan

berpunca juga oleh faktor masa dan suasana, buktinya pelajar-palajar sering di kelilingi oleh masyarakat-manyarakat yang sememangnya menuturkan dialek Kelantan. Pelajarpelajar tersebut mempunyai masa yang terhad. Dalam kehidupan sehari-hari, mereka lebih banyak menghabiskan masa di luar bilik darjah, jika dibandingkan dengan suasana dan masa pembelajaran yang formal di dalam bilik darjah. Oleh itu, peluang untuk mereka berinteraksi atau berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Melayu Baku adalah terlalu pendek.

Kebiasaan pelajar-pelajar tersebut bertutur Dialek Kelantan tidak patut disalah tafsir atau bias jika mereka berasa sangat bangga terhadap Dialek Kelantan. Pada keseluruhannya, kesemua pelajar atau 100 % daripada responden yang dikaji tersebut menyatakan mereka sangat bangga dengan Dialek Kelantan. (lihat Jadual 39).

71

Jadual 39.Taburan Sikap Pelajar Terhadap Dialek Kelantan

Sikap Ya (Bangga) Tidak bangga Jumlah

Bil. 100 100

% 100 100

Walaupun pelajar-pelajar tersebut sangat bangga dengan Dialek Kelantan tetapi tidak pula bererti mereka tidak suka dengan Bahasa Melayu Baku. Malahan, kesemua atau 100% pelajar-pelajar tersebut berpendapat Bahasa Melayu Baku penting dalam aktiviti pelajaran Lisan Bahasa Melayu (lihat Jadual 40).

Jadual 40. Pendapat Pelajar Tentang Pentingnya Penggunaan BMB Dalam Aktiviti Lisan Bahasa Melayu

Pentingnya BMB Ya Tidak Jumlah

Bil. 100 100

% 100 100

72

Hal ini bermakna pelajar bersedia untuk belajar Bahasa Melayu Baku dan implikasinya mereka tidak menolak penggunaannya di sekolah. Di samping itu, kajian ini mendapati bahawa 70% daripada pelajar tersebut mengakui mereka sering diperdengarkan rakaman sebutan Bahasa Melayu Baku pada waktu-waktu tertentu sahaja semasa berada di sekolah dan 30% lagi menafikan hal tersebut (lihat Jadual 41).

Jadual 41. Pendapat Pelajar Tentang Keseringan Mendengar Rakaman Sebutan Di Sekolah

Penggunaan BMB Ya Tidak Jumlah

Bil. 70 30 100

% 70 30 100

Walaupun sebilangan daripada

mereka menafikan penggunaan bahan

pengajaran daripada bahan rakaman sebutan baku, ini tidaklah pula bermakna guru langsung mengabaikan penggunaan bahan pengajaran yang sedemikian. Selain itu, apabila ditinjau pendapat pelajar-pelajar tersebut tentang kepentingan Dialek Kelantan dalam pembelajaran lisan Bahasa Melayu, didapati sebanyak 40% daripada pelajar tersebut berpendapat Dialek Kelantan tidak penting dalam pembelajaran lisan Bahasa

73

Melayu dan 60% lagi mengatakan Dialek Kelantan penting dalam pembelajaran lisan Bahasa Melayu (lihat Jadual 42).

Jadual 42. Pendapat Pelajar Tentang Kepentingan Dialek Kelantan Dalam Pembelajaran Lisan Bahasa Melayu Pentingnya DK Ya Tidak Jumlah Bil. 40 60 100 % 40 60 100

Apabila ditanya pelajar-pelajar tentang penggunaan Dialek Kelantan dalam mata pelajaran lisan Bahasa Melayu, didapati 30% daripada mereka mengakui menggunakan Dialek Kelantan dalam aktiviti pelajaran Lisan Bahasa Melayu, dan 70% lagi menafikannya (lihat jadual 43).

Jadual 43. Pendapat Pelajar Tentang Penggunaan Dialek Kelantan Semasa Aktiviti Pelajaran Lisan Penggunaan DK Ya Tidak Jumlah Bil. 30 70 100 % 30 70 100

74

Sikap pelajar-pelajar tersebut terhadap pelajaran Bahasa Melayu juga merupakan faktor yang mempengaruhi penggunaan dialek.

Didapati sebilangan besar daripada pelajar-pelajar tersebut tidak mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan perpustakaan sekolah untuk mendalami mata pelajaran Bahasa Melayu. Sejumlah 20% daripada pelajar tersebut tidak pernah menggunakan perpustakaan untuk mendalami mata pelajaran Bahasa Melayu. Cuma 10% sahaja yang selalu menggunakannya, dan 70% lagi mengatakan mereka menggunakan pada keadaan atau masa tertentu sahaja (lihat Jadual 44).

Jadual 44.Taburan Pendapat Pelajar Tentang Penggunaan Perpustakaan Bagi Mendalami Bahasa Melayu Baku

Kekerapan

Bil.

Selalu Kadang-kadang Tidak pernah

10 70 20

10 70 20

Jumlah

100

100

75

Sikap yang negatif terhadap penggunaan perpustakaan di kalangan pelajar yang tersebut boleh mempengaruhi penguasaan Bahasa Melayu mereka. Sikap itu membayangkan mereka kurang meminati Bahasa Melayu. Apabila ditinjau pendapat mereka tentang minat mereka terhadap pembacaan surat khabar berbahasa Melayu, didapati sebanyak 70% daripada mereka mengatakan mereka jarang-jarang membaca surat khabar, dan 30% lagi mengatakan mereka membaca surat khabar setiap hari. Bahagian yang paling diminati ialah bahagian hiburan (lihat Jadual 45 dan 46).

Jadual 45.Pendapat Pelajar Tentang Pembacaan Surat Khabar Berbahasa Melayu

Kekerapan Tiap-tiap hari Kadang-kadang Tidak pernah Jumlah

Bil. 30 70 100

% 30 70 100

Hal ini bermakna sebilangan besar pelajar masih tidak terdedah kepada pembacaan akhbar. Malah itu, membayangkan bahawa ibu bapa atau penjaga mereka tidak membawa pulang akhbar ke rumah atau tidak membeli akhbar. Hal tersebut

76

bersesuaian dapatan sebelum ini bahawa sebilangan ibu bapa pelajar buta huruf. sekiranya ibu bapa atau penjaga itu buta huruf, jadi mereka tidak membeli surat khabar kerana surat khabar tidak berfaedah kepada mereka. Ini bermakna anak mereka tidak terdedah dengan pembacaan akhbar. Namun hal itu tidak pula bermakna mereka tidak pernah melihat akhbar kerana biasanya akhbar lama menjadi bahan bungkusan seperti bungkusan nasi belauk dan sebagainya. Ini bermakna baik ibu bapa atau penjaga mahupun anak mereka akan hanya terdedah dengan surat khabar terpakai. Oleh itu bersesuaianlah jikalau ada pelajar yang menyatakan bahawa ruang akhbar yang diminati ialah ruangan hiburan (lihat Jadual 46).

Jadual 46. Pendapat Pelajar Tentang Ruangan Akhbar Yang Diminati

Ruangan Hiburan Komik Rencana Pengarang Yang Lain Jumlah

Bil. 60 30 10 100

% 60 30 10 100

77

Keterangan-keterangan tersebut membuktikan bahawa sikap dan minat mereka terhadap memajukan diri dalam Bahasa Melayu Baku tetap ada. Hal ini bersesuaian dengan pendapat mereka yang sebilangan besar daripadanya, iaitu 80% mengatakan mereka berminat dengan cara sebutan, dan cara bacaan seperti dalam rancangan Warta Berita, dan 20% lagi tidak berminat dengan hal tersebut (lihat Jadual 47).

Jadual 47.Taburan Pendapat Pelajar Tentang Cara Sebutan Atau Bacaan Dalam Bacaan Berita Televisyen

Sikap Berminat Tidak berminat Jumlah

Bil. 80 20 100

% 80 20 100

Bahkan, mereka juga mengakui bahawa guru mata pelajaran Bahasa Melayu memberikan galakan untuk bertutur dalam Bahasa Melayu Baku. Didapati sebanyak 98% daripada mereka mengatakan guru mata pelajaran Bahasa Melayu memberi galakan tersebut dan 10% lagi mendakwa yang sebaliknya (lhat Jadual 48).

78

Jadual 48. Pendapat Pelajar Tentang Penggunaan Sebutan Bahasa Melayu Baku Kerana Dorongan Guru BM

Dorongan Guru BM Ya Tidak Jumlah

Bil. 90 10 100

% 90 10 100

Berdasarkan kepada data yang diperoleh, dapat disimpulkan bahawa minat yang kuat dan sikap yang positif terhadap Bahasa Melayu Baku di kalangan pelajar yang dikaji tidak akan menghasilkan sesuatu yang positif terhadap penguasaan Bahasa Melayu Baku sekiranya latihan yang serius secara lisan tidak dipraktikkan. Oleh itu, pelajar-pelajar hendaklah digalakkan, untuk menggunakan Bahasa Melayu Baku di sekolah, baik di dalam atau di luar bilik darjah. Dengan adanya latihan lisan yang terancang sudah pasti pengaruh dialek di kalangan pelajar dapat diatasi, sekalipun tidak sepenuhnya 100%.

79

4.4.2

Ibu bapa Atau Penjaga

Kajian ini juga mendapati bahawa pendidikan dan latar belakang ibu bapa atau penjaga juga menjadi salah satu daripada faktor-faktor penggunaan dialek oleh pelajar-pelajar dalam pembelajaran mereka.

Apabila ditinjau pendapat pelajar tentang hal yang tersebut, didapati sebilangan kecil, iaitu 10% bapa atau penjaga dan 10% ibu pelajar tidak pernah bersekolah (lihat Jadual 24 dan 25). Hal ini menyebabkan mereka buta huruf. Biasanya ibu bapa atau penjaga pelajar yang sedemikian tidak pernah menggunakan Bahasa Melayu Baku. Keadaan inilah yang menimbulkan implikasi tertentu ke atas sikap dan minat mereka terhadap penggunaan Bahasa Melayu di kalangan anak mereka. Mereka itu tidak sepatutnya dipersalahkan jikalau keadaan tersebut boleh membantutkan peluang anakanak mereka, untuk menerima pendedahan yang meluas terhadap Bahasa Melayu Baku.

Pendedahan penggunaan Bahasa Melayu baku juga tidak berlaku kepada anakanak yang ibu bapa atau penjaga mereka hanya bersekolah rendah, atau bersekolah hanya setakat peringkat menengah atau lepasan maktab atau univesiti kerana dapatan sebelum ini membuktikan bahawa ibu bapa atau penjaga responden yang dikaji mengakui bahawa mereka tidak pernah menggunakan Bahasa Melayu Baku sepenuhnya dalam pertuturan mereka seharian baik di rumah, di tempat kerja, di pasar mahupun di tempat-tempat lain. Biasanya mereka menggunakan Dialek Kelantan

80

untuk berkomunikasi dengan anak-anak mereka. Bahkan apabila bercakap dengan seseorang yang bukan daripada ahli keluarganya, mereka akan bertutur dalam Dialek Kelantan kerana bertutur dalam Bahasa Melayu Baku akan dianggap pelik, luar biasa, susah, aneh, mengada-ngada atau sombong. Mereka juga akan berasa sukar dan susah untuk bertutur dalam Bahasa Melayu Baku. Keadaan inilah yang menimbulkan pelbagai implikasi terhadap penggunaan Bahasa Melayu Baku di kalangan anak mereka. Bahkan, keadaan tersebut boleh membantutkan peluang anak-anak mereka untuk menerima pendedahan yang meluas terhadap Bahasa Melayu Baku.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa pelajar-pelajar yang dikaji yang datangnya daripada keluarga yang kurang berpendidikan tersebut akan mengalami pendedahan yang sedikit terhadap penggunaan Bahasa Melayu Baku.

4.4.3

Guru

Kajian ini juga mendapati bahawa guru juga adalah antara punca yang menyebabkan pelajar-pelajar yang dikaji cenderung menggunakan Dialek Kelantan baik di dalam atau di luar bilik darjah. Didapati kesemua 100% guru yang dikaji mengakui campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan digunakan semasa menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajar atau semasa berkomunikasi dengan pelajar baik semasa di dalam atau di luar bilik darjah (lihat Jadual 9, 10, 11 dan 12). Guru-guru tersebut menggunakan campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan adalah kerana majoriti daripada pelajar berpendapat bahawa cara sedemikian ialah cara yang paling

81

berkesan untuk pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu (lihat Jadual 14), dan cara tersebut juga lebih berkesan untuk pemahaman pelajar (lihat Jadual 15), di samping menyenangkan mereka dalam proses penerimaan pelajaran. Lebih-lebih lagi mereka lebih senang dan selesa dengan Dialek Kelantan. Selain itu, terdapat

sebilangan kecil, iaitu 33.3% daripada guru-guru tersebut berpendapat bahawa Dialek Kelantan memberi kesan positif terhadap pengajarannya, dan 66.7% lagi menolak dakwaan itu (lihat Jadual 49).

Jadual 49. Pendapat Guru Tentang Pengaruh Dialek Memberi Kesan Positif Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Kesan Positif Negatif Jumlah

Bil. 2 4 6

% 33.3 66.7 100

Oleh sebab ada guru yang mempunyai sikap yang positif tentang penggunaan Dialek Kelantan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa itulah maka menjadi faktor penguat kepada pengguanan dialek di kalangan pelajar. Masalah itu jika berterusan atau diatasi dengan segera akan menghalang pelajar untuk menguasai aspek

82

lisan, khususnya untuk bertutur dalam Bahasa Melayu Baku. Walau bagaimanapun, guru yang bersikap sedemikian tentu mempunyai alasannya sendiri mengapa mereka bersetuju penggunaan dialek dalam bilik darjah.

Daripada data diperoleh mendapati bahawa sebilangan kecil guru yang bersikap demikian menganggap Dialek Kelantan memberi kesan positif dalam pengajarannya mempunyai alasan yang tersendiri, iaitu penggunaan dialek dalam pembelajaran akan membantu pelajar untuk berasa lebih faham, lebih yakin, lebih berani dan lebih aktif. Didapati sebanyak 33.3% daripada guru-guru tersebut berpendapat penggunaan Dialek Kelantan membantu pelajarnya dalam pelajaran Bahasa Melayu, 66.7% lagi tidak menyetujuinya (lihat Jadual 50).

Jadual 50. Pendapat Guru Tentang Penggunaan Dialek Membantu Pelajar Dalam Pembelajaran

Keberkesanan Ya Tidak Jumlah

Bil. 2 4 6

% 33.3 66.7 100

83

Walaupun guru-guru tersebut didapati tidak tegas dalam penggunaan Bahasa Melayu Baku baik semasa di dalam atau di luar bilik darjah tetapi mereka sentiasa menasihati pelajar agar menggunakan Bahasa Melayu Baku dalam pembelajaran. Kajian ini mendapati ada keanehan apabila pelajar disuruh bertutur dalam Bahasa Melayu Baku sedangkan di pihak guru pula ada antara mereka tidak menggunakannya. Hal ini bermakna guru-guru tersebut wajar diibaratkan bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul. Walau bagaimanapun, mereka tidak menentang penggunaan Bahasa Melayu Baku di sekolah, malahan kesemuanya mengakui bahawa mereka menggalakkan pelajar mereka menggunakan sebutan baku dalam kelas. Sebagai bukti kajian ini mendapati kesemua 100% guru tersebut mengakui mereka memberi nasihat agar pelajar-pelajar menggunakan Bahasa Melayu Baku (lihat Jadual 51).

Jadual 51.Taburan Guru Yang Menasihati Pelajar Menggunakan Bahasa Melayu Baku

Nasihat Ya Tidak Jumlah

Bil. 6 6

% 100 100

84

Walau bagaimanapun, nasihat yang telah disampaikan oleh guru agar para pelajarnya menggunakan sebutan Bahasa Melayu baku semasa proses pengajaran dan pembelajaran itu amat besar maknanya. Malahan hal itu membayangkan bahawa guru telah berusaha dan bersikap positif ke arah menjayakan penggunaan dan pemakaian Bahasa Melayu Baku. Akan tetapi hasil kajian ini juga mendapati bahawa ada juga guru yang membiarkan pelajar-pelajarnya bebas menggunakan dialek dengan meluas semasa dalam bilik darjah itu merupakan punca berlakunya penggunaan dialek dengan meluas di kalangan pelajar. Hal ini kerana didapati kesemua 100% guru tersebut berpendapat pelajarnya senang berkomunikasi dalam dialeknya. (lihat Jadual 52).

Jadual 52. Pendapat Guru Tentang Keselesaan Pelajar Berkomunikasi Dalam Dialeknya

Pelajar Seronok Ya Tidak Jumlah

Bil. 100 100

% 100 100

Dalam hal tersebut, didapati guru-guru yang dikaji mempunyai sikap toleransi terhadap penggunaan Bahasa Melayu Baku kerana membiarkan Dialek Kelantan digunakan sehingga ke dalam bilik darjah. Didapati kesemua 100% guru tersebut

85

membiarkan situasi itu terjadi kerana berpendapat bahawa pelajar-pelajar sukar bertutur Bahasa Melayu Baku (lihat Jadual 53).

Jadual 53.Taburan Pendapat Guru Tentang Masalah Pelajar Untuk Bertutur Bahasa Melayu Baku

Timbul Masalah Ya Tidak Jumlah

Bil. 6 6

% 100 100

Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut dapatlah disimpulkan penggunaan Dialek Kelantan atau campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialak Kelantan oleh guru dalam pengajarannya mempunyai tujuan tertentu, iaitu guru lebih senang bertutur Dialek Kelantan dan berasa sukar berkomunikasi atau berinteraksi dalam Bahasa Melayu baku di samping untuk menimbulkan perhubungan yang baik dalam pengajarannya. Usaha guru itu, berfaedah untuk jangka masa pendek sahaja, tetapi untuk jangka masa panjang, matlamat dan harapan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya Bahasa Melayu Baku digunakan sepenuhnya di dalam bilik darjah mungkin tidak akan tercapai.

86

4.4.4

Masyarakat Sekitar

Masyarakat sekitar yang melingkungi pelajar-pelajar yang dikaji merupakan antara penyumbang atau salah satu punca yang menyebabkan pelajar-pelajar yang dikaji itu cenderung menggunakan Dialek Kelantan baik di dalam atau di luar bilik darjah. Masyarakat sekitar pelajar tersebut terdiri daripada pelbagai peringkat umur, lapisan dan golongan. Mereka itu bekerja dalan pelbagai jenis pekerjaan. Mereka mempunyai pelbagai kebolehan dan kepandaian. Mereka itu terdiri daripada pelbagai taraf pendidikan, pelbagai kebudayaan dan kepercayaan, pelbagai fahaman politik, pelbagai keturunan dan yang sebagainya lagi. Umumnya, mereka menggunakan Dialek Kelantan sepenuhnya apabila berinteraksi atau berkomunikasi. Oleh sebab sudah biasa dan amat senang bertutur dalam Dialek Kelantan mereka mendapati pertuturan dalam Bahasa Melayu Baku ialah cara pertuturan yang aneh. Dengan demikian mereka berasa amat sukar bertutur Bahasa Melayu Baku. Sebilangan besar daripada mereka berpendapat bahawa bertutur dalam bahasa yang lain daripada Dialek Kelantan dianggap ganjil, mengada-ngada atau menunjuk-nunjuk. Ini menyebabkan pelajar yang dikaji berasa malu untuk bertutur Bahasa Melayu Baku.

Oleh itu, Dialek Kelantan yang digunakan oleh masyarakat sekitar sehari-hari mempengaruhi pelajar-pelajar tersebut dalam pertuturannya.

87

BAB V

KESIMPULAN KAJIAN

5.1

Kesimpulan

Maklumat penting tentang pengajaran dan pembelajaran lisan Bahasa Melayu Baku di kalangan pelajar Melayu telah dapat dipaparkan oleh kajian ini, iaitu di kalangan pelajar yang bertutur Dialek Kelantan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa

Dialek Kelantan di kalangan mereka mempengaruhi atau mengganggui proses pengajaran dan pembelajaran lisan Bahasa Melayu. Mereka telah menggunakan Dialek Kelantan secara meluas baik di dalam atau di luar bilik darjah, apabila berinteraksi atau berkomunikasi. Mereka merasakan Dialek Kelantan ialah alat perhubungan yang berkesan untuk berkomunikasi kerana sudah biasa dan berasa senang

menggunakannya. Mereka mendapati pertuturan secara sebutan Bahasa Melayu Baku ialah cara pertuturan yang luar biasa, aneh dan pelik. Mereka berasa amat sukar bertutur Bahasa Melayu Baku dan menganggap bertutur bahasa selain Dialek Kelantan dianggap pelik, ganjil, mengada-ngada atau menunjuk-nunjuk oleh anggota keluarga, kawan-kawan, orang-orang dewasa dan masyarakat sekeliling. Mereka berasa malu untuk bertutur Bahasa Melayu baik di dalam atau di luar bilik darjah.

88

Kekerapan menggunakan Dialek Kelantan di kalangan pelajar ini juga diakui oleh guru-guru Bahasa Melayu sendiri. Guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu berpendapat bahawa pelajar-pelajar menggunakan Dialek Kelantan apabila bercakap dengan guru baik semasa berada di dalam atau di luar bilik darjah.

Kekerapan menggunakan Dialek Kelantan di kalangan pelajar ini juga diakui oleh guru-guru Bahasa Melayu sendiri. Guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu berpendapat bahawa pelajar-pelajar menggunakan Dialek Kelantan apabila bercakap dengan guru baik semasa berada di dalam atau di luar bilik darjah.

Keadaan tersebut, iaitu pengaruh dialek dalam pengajaran dan pembelajaran lisan Bahasa Melayu ini ditambahluaskan lagi oleh guru mata pelajaran lisan Bahasa Melayu itu sendiri. Hal ini diakui sendiri oleh guru tersebut bahawa mereka menggunakan bahasa campuran, iaitu campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan apabila berinteraksi atau berkomunikasi dengan pelajar baik di dalam situasi formal seperti di dalam bilik darjah mahupun di dalam situasi tidak formal seperti d iluar bilik darjah. Mereka merasakan bahasa campuran ialah bahasa yang paling berkesan untuk proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan untuk pemahaman pelajar, di samping untuk menyenangkan mereka kerana mereka ialah penutur Dialek Kelantan. Mereka berasa kurang lancar dan sukar bertutur Bahasa Melayu Baku. Malahan dapatan kajian membuktikan pengakuan pelajar bahawa pelajar sukar bertutur Bahasa Melayu Baku. Selain itu, dapatan mendapati bahawa pelajar-pelajar berpendapat bahawa guru-guru menggunakan bahasa campuran, iaitu

89

campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan apabila mengajar pelajaran Bahasa Melayu dan apabila mereka bercakap dengan pelajar-pelajar di luar bilik darjah.

Berkenaan dengan Bahasa Melayu Baku, pelajar-pelajar tersebut suka kerana mereka sedar bahawa Bahasa melayu Baku itu ialah bahasa pengantar yang penting di sekolah. Hal ini diakui apabila 100% pelajar-pelajar tersebut menyatakan mereka suka Bahasa Melayu Baku kerana Bahasa Melayu Baku penting dalam pelajaran lisan Bahasa Melayu. Mereka juga mengakui bahawa mereka menggunakan bahasa campuran, iaitu Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan apabila berinteraksi dengan guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan guru mata pelajaran yang lain semasa di dalam bilik darjah.

Kalau dilihat dari segi pengaruh dialek, didapati cara sebutan pelajar-pelajar tersebut dalam Bahasa Melayu Baku dipengaruhi oleh cara sebutan Dialek Kelantan. Umpamanya fonem konso -

/, dan / /. Contohnya untuk perkataan daging dalam Bahasa Melayu Baku disebut ] dan burung dalam Bahasa Melayu Baku disebut sebagai [ bu ].

90

Faktor-faktor yang menyebabkan Dialek Kelantan digunakan secara meluas di kalangan pelajar tersebut disebabkan oleh pelajar sendiri, ibu bapa atau penjaga, guru dan masyarakat sekitar. Hasil kajian ini membuktikan pelajar-pelajar tersebut menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan berkesan di dalam bilik darjah kerana konteks bahasa yang dihadapi oleh mereka di sekolah berbeza dengan konteks bahasa di rumah atau di luar bilik darjah. Mereka menggunakan Dialek Kelantan untuk bercakap dengan keluarga di rumah, dengan kawan-kawan, orang-orang dewasa atau dengan masyarakat sekitar kerana Dialek Kelantan ialah bahasa seharian mereka. Mereka tidak mendapat pendedahan yang luas daripada ibu bapa atau penjaga terhadap penggunaan Bahasa Melayu Baku kerana mereka menggunakan Dialek Kelantan sebagai alat perhubungan seharian.

Demikianlah juga dengan faktor guru kerana di sekolah, baik semasa di dalam atau di luar bilik darjah, guru menggunakan bahasa campuran, iaitu campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan apabila berinteraksi dengan pelajar-pelajar. Faktor terakhir ialah faktor masyarakat sekitar. Masyarakat sekitar menggunakan Dialek Kelantan sepenuhnya apabila bertutur dengan pelajar-pelajar. Dengan itu faktor-faktor tersebut mempengaruhi pelajar-pelajar menggunakan Dialek Kelantan apabila berkomunikasi baik di dalam situasi formal di dalam bilik darjah mahupun di dalam situasi yang tidak formal seperti di luar bilik darjah.

91

5.2

Cadangan

Untuk mengatasi masalah tersebut, iaitu berdasarkan kepada hasil kajian dan kesimpulan tersebut, yang berikut ini dikemukakan cadangan-cadangannya;

i.

Guru-guru Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang lain hendaklah menggunakan Bahasa Melayu Baku semasa menyampaikan pelajarannya di sekolah. Dialek tidak boleh digunakan di sekolah. Semua guru mesti sedar bahawa bahasa mereka akan dijadikan model yang diikuti oleh pelajar-pelajar untuk bertutur Bahasa Melayu Baku;

ii.

Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa diingatkan, digalakkan dan ditegaskan oleh guru-guru atau pihak sekolah untuk menggunakan Bahasa Melayu Baku sepenuhnya di sekolah, waima di dalam situasi formal seperti di dalam bilik darjah atau di dalam situasi yang tidak formal seperti di luar bilik darjah;

iii.

Pihak sekolah menengah seperti Pengetua atau Guru Besar mestilah bersikap tegas pada masa menjalankan usaha pengawalan terhadap penggunaan sebutan Bahasa Melayu Baku secara serius baik di kalangan pelajar mahupun di kalangan guru. Pihak sekolah hendaklah menyedarkan pelajar-pelajar supaya menggunakan Bahasa Melayu Baku sepenuhnya baik secara lisan mahupun

92

secara tulisan kerana dengan cara inilah mereka dapat mencapai kecekapan dalam Bahasa Melayu Baku;

iv.

Pihak Jabatan Pendidikan Daerah atau Nazir Sekolah hendaklah membuat lawatan dari semasa ke semasa dan memastikan guru-guru dan pelajar-pelajar mengamalkan Bahasa Melayu Baku di sekolah-sekolah;

v.

Guru-guru hendaklah menggunakan alat bantu mengajar dengan banyak supaya pengajarannya berkesan;

vi.

Pihak latihan perguruan hendaklah memastikan aspek latihan bertutur dimasukkan ke dalam kurikulum latihan perguruan kerana setiap guru perlu fasih dan lancar bertutur Bahasa Melayu Baku. Guru-guru yang dilatih khusus dalam bidang pengajaran Bahasa Melayu perlu disediakan secukupnya untuk mengajar Bahasa Melayu Baku di sekolah dengan lebih berkesan.

vii.

Kursus dalam Perkhidmatan perlu diperbanyakkan dan dibuka luas kepada semua guru baik yang tidak mendapat latihan khusus dalam pengajaran Bahasa Melayu Baku, tetapi diminta mengajar Bahasa Melayu mahupun yang sudah mendapat latihan khusus dalam pengajaran Bahasa Melayu Baku kerana cara tersebut boleh melengkapkan guru-guru tersebut dengan pengetahuan Bahasa Melayu Baku yang mutakhir, lengkap dan mendalam yang seterusnya membolehkannya mengajar dengan penuh yakin dan berkesan.

93

viii.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah menyediakan jumlah

waktu yang cukup untuk latihan lisan bagi pelajar-pelajar menguasai Bahasa Melayu Baku dengan sebaik-baiknya.

Sebagai rumusannya, dapatlah disimpulkan bahawa bagi mencapai tahap pelajar-pelajar boleh menguasai Bahasa Melayu Baku dengan baik dan sempurna, maka pelajar, ibu bapa atau penjaga, guru atau pihak sekolah, pihak latihan perguruan dan kurikulum, dan Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah bekerjasama dalam menjayakan perkara tersebut dan pencapaian bahasa baku di kalangan pelajar.

94

BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Abdul Talib. 1988. Aspek-aspek Fonologi Dalam Pengajaran Dalam Pengujian Bahasa Malaysia: Apakah Yang Perlu Diajar Dan Dinilai. Dewan Bahasa . Jilid 33 Bilangan 5 (Mei) : 350-365.

___________. 1989. Aspek Sebutan Dan Intonansi Dalam Pertuturan. Pelita Bahasa. Jilid 1 Bilangan 7 (September) : 40-41.

Abdul Hamid Mahmood. 1971. Fonem Dialek Kelantan. Latihan Ilmiah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

____________. 1977. Sintaksis Dialek Kelantan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Puskaka.

____________. 1982 a. Ciri-Ciri Dialek Kelantan Yang Mempengaruhi Penguasaan Bahasa Malaysia Standard (Bahagian 1). Dewan Bahasa. Jilid 26 Bilangan 5 (Mei) : 339 345.

____________. 1982 b. Ciri-Ciri Dialek Kelantan Yang Mempengaruhi Penguasaan Bahasa Malaysia Standard ( Bahagian 2). Dewan Bahasa. Jilid 26 Bilangan 6 (Jun):396-407.

Abdul Kadir Ahmad. 1984. Pengajaran Lisan Di Sekolah: Penekanan Cara Praktik. Kuala Lumpur: Limma Enterprise Sdn. Bhd.

Ahmad Mahdzan Ayob. 1985. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi: Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ajid Che Kob. 1977. Dialek Geografi Pasir Mas: Fonologi Dan Leksikal. Disertasi M. A. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

95

_________________. 1985. Dialek Geografi Pasir Mas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Arbak Othman. 1985. Pengajaran lwn. Pendidikan Bahasa Satu Perspektif Dalam Perancangan Kurikulum. Kertas Kerja yang dibentangkan di Seminar Bahasa dan Sastera Dalam Pendidikan di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur ( 9 11 April).

Asmah Haji Omar. 1978. Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

_____________.1985. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asraf Wahab. 1981. Suatu Segi Pandangan tentang Tatabahasa. Dewan Bahasa. Jilid 25 Bilangan 1 ( Januari) : 4 - 12.

Ayatrohaeidi. 1979. Dialektologi : Sebuah Pengantar. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan.

Berwick, E.J.M.. 1953. Some Kelantan Bird Names in Kedah. JMBRAS. MB 26 (1): 140 144. Brown, J.T. , dan Husin Dollah. 1988. Catatan Fonologi Kelantan: Konsonan / /. Dewan Bahasa. Jilid 24 Bilangan 8 (Ogos) : 4 12.

Farid M Onn. 1980. Perubahan Bahasa Dan Kajian Dialek: Satu Pendekatan Generatif. Dewan Bahasa. Jilid 24 Bilangan 8 (Ogos) : 4 12.

_____________, dan Ajid Che Kob. 1981. Pengaruh Bahasa Daerah dalam Proses Pembelajaran Bahasa Malaysia Di Kalangan Pelajar-pelajar Melayu. Monograph No.5. Faculty Of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia.

96

Fauziah Binti Abdul Rahman. 1987. Pengaruh Dialek Kelantan terhadap Penguasaan Bahasa Malaysia Pelajar-pelajar Sekolah Rendah: Satu Tinjauan Di Sebuah Sekolah Daerah Kota Bharui. Latihan Ilmiah. Serdang : Universiti Pertanian Malaysia.

Hamim Hj. Ab. Rahim. 1987. Gangguan Dialek Kelantan Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa: Analisis Kajian Di Sekolah-sekolah Di Daerah Kota Bharu. Latihan Ilmiah . Serdang : Universiti Pertanian Malaysia.

Hashim Musa. 1971. Pengantar Ciri-Ciri Prosodi Dan Intonasi Serta pengwujudan Ciri-Ciri Itu Di Dalam Dialek Kelantan Yang Dituturkan Di Pasir Mas. Latihan Ilmiah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Husin Dollah. 1983. Fonologi Dialek Melayu Kelantan Di Mukim Demit. Latihan Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ismail Hussein. 1973. Malay Dialects In The Malay Peninsular. Nusantara. Jilid 3 Bilangan 1 ( Januari) : 69 97.

Juriah Long dan Zainal Abidin Ahmad. 1985. Keberkesanan Penggunaan Bahasa Malaysia Dalam Komunikasi Lisan: Satu Tinjauan Di Sekolah Menengah Rendah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Kamus Besar Bahasa Indonesia (Cetakan Kesepuluh Edisi II). 1999. Jakarta: Balai Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (Cetakan Ketujuh). 1996. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mohd Pakhrudee Hj. Yusoff. 1982. Beberapa Aspek sintaksis Dialek Kelantan: Satu Kajian Permulaan Di daerah Banggu. Latihan Ilmiah. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir. 1989. Pengaruh Dialek Kelantan Di Kalangan

97

PelajarTingkatan II Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Lisan Bahasa Malaysia: Satu Tinjauan Khusus Di Sebuah Sekolah Menengah. Latihan Ilmiah. Serdang: Universiti Pertanian Malaysia.

Nik Safiah Hj. Abdul Karim. 1965 . Loghat Kelantan : Suatu Cerakinan Kajibunyi Bahasa. Disertasi M. A .. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

________________. 1966. Loghat Kelantan Huraian Fonologi Dan Catatan Pendek Mengenai Sifat-Sifat Umumnya . Dewan Bahasa . Jilid 10 Bilangan 6 ( Jun) : 258 264.

_______________. 1967. Meninjau Beberapa Aspek Fonologi Loghat Kelantan . Dewan Bahasa . Jilid 11 Bilangan 8 ( Ogos) 357 362 .

_______________. 1981 . Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Normah binti Mohamad . 1986 . Pengaruh Dialek Dalam Penguasaan Lisan Bahasa Malaysia Standard : satu kajian Ke Atas Murid murid Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit, Perak . Latihan Ilmiah . Serdang : Universiti Pertanian Malaysia.

Parizah binti Sidek . 1987 . Pengaruh Dialek Kedah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Malaysia Di Kalangan Pelajar Tingkatan Satu : Kajian Kes Di Sekolah Seri Mahawangsa. Latihan Ilmiah. Serdang : Universiti Pertanian Malaysia .

Pei , M. A . , dan Frank gaynor . 1960 . A Dictionary of Linguistics. London : Peter Owen Publishing Co . .

Robins, R . H. . 1912 . General Linguistics : An Introductory Survey . London : Logmans Linguistic Library.

Sturrock , A . J . . 1912 . Some Notes On The Kelantan Dialects And Some

98

Comparisons With The Dialects of Perak And Central Pahang . JMBRAS. No . 62 (December) : 1 7.

Sukri Ariffin. 1983 . Masalah Bahasa Pengantar Dialek Kelantan / Dialek Standard Di Darjah 1, 2 dan 3 Di Sekolah sekolah Rendah Di Negeri Kelantan. Latihan Ilmiah . Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Teoh Boon Seong dan Yeoh Chiang Kee. 1985 . Fonem Nasal Dan Dialek Kelantan. Dewan Bahasa. Jilid 29 Bilangan 8 ( Ogos) : 592 597. Zulkifli Mohd Yaman . 1983 . Penggunaan Dialek Dalam Penguasaan Bahasa Malaysia Standard Di Kalangan Pelajar Melayu Di Kelantan : Kajian Kes Di Pasir Mas . Latihan Ilmiah . Bangi . Universiti Kebnagsaan Malaysia.

99

LAMPIRAN A FAKULTI BAHASA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM, PERAK.

SOAL SELIDIK

Kepada, Guru-guru

Kertas soal selidik ini diberikan kepada anda, bertujuan untuk meninjau perihal yang berkaitan denganm penggunaan dialek dan pengaruhnya di kalangan para pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran lisan Bahasa Melayu.

Arahan:

Pilihlah jawapan yang paling sesuai bagi anda dan isikan jawapan itu dengan cara menandakan ( ) di dalam petak atau ruangan yang tersedia, yang bertentangan dengan soalan-soalan ataupun berilah pendapat atau pandangan anda yang jujur dan ikhlas pada ruangan-ruangan yang tersedia, jika diminta atau dikehendaki oleh soalan. Nama anda tidak perlu ditulis dan kesemua jawapan anda dirahsiakan.

Atas kerjasama yang anda berikan dalam hal ini , saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Nik Rubiah binti Nik Mustapha, Program Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris .

100

Arahan: Tandakan () di dalam petak atau ruangan jawapan yang sesuai. Dialek Kelantan (DK) dan Bahasa Melayu Baku (BMB)

Bahagian A. Butir-butir Diri.

1.

Jantina Lelaki Perempuan ( ( ) )

2.

Bangsa Malayu Cina India ( ( ( ) ) )

Jika yang lain, nyatakan_______________________

3.

Kelulusan Maktab Perguruan Universiti Jika yang lain, nyatakan:______________________ ( ( ) )

4.

Pengalaman mengajar 15 tahun ke atas 10-14 tahun 5-9 tahun 4 tahun ke bawah ( ( ( ( ) ) ) )

101

5.

Pengalaman mengajar Bahasa Melayu 15 tahun ke atas 10 14 tahun 5 9 tahun 4 tahun ke bawah ( ( ( ( ) ) ) )

6.

Adakah anda mendapat latihan khas atau pernahkah anda mengikuti kursus Dalam Perkihdmatan bagai mengajar Bahasa Melayu? Ya Tidak pernah ( ( ) )

Jika Ya, naayatakan nama kursus tersebut_______________

7.

Adakah anda mnedapat pendedahan melalui kursus, seminar dan sebagainya tentang cara mengajar Bahasa Melayu bagi KBSM? Ya Tidak ( ( ) )

JikaYa, nyatakan namanya:___________________________

8.

Tahukah anda tentang Falsafah

Pendidikan negara matlamat dan objektif

sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu? Ya Tidak ( ( ) )

9.

Agaknya kalau ditanya secara lisan tentang Falsafah Pendidikan Negara, bolehkah anda jelaskan secara kasar tentang konsepnya? Ya Tidak ( ( ) )

102

10.

Seandainya , anda pernah mengikuti kursus Dalam Perkhidmatan bagi guruguru Bahasa Melayu dapatkah anda praktikkan beberapa cadangan atau teknikteknik baru yang anda perolehi daripada kursus yang anda hadiri itu? Dapat dipraktikkan 76 100% Dapat dipraktikkan 50 75% Dapat dipraktikkan 25 49% Dapat dipraktikkan 1 24% Tidak dapat dipraktikkan ( ( ( ( ( ) ) ) ) )

11.

Jumlah waktu mengajar Bahasa Melayu seminggu? 20 waktu 16 waktu 12 waktu 6 waktu 4 waktu. ( ( ( ( ( ) ) ) ) )

Jika yang lain, nyatakan________________________

12.

Bilangan murid yang anda ajar bagi pelajaran Bahasa Melayu? 12 orang ke atas 80 119 orang 40 79 orang 39 orang ke bawah Jika yang lain nyatakan:______________________ ( ( ( ( ) ) ) )

Bahagian B : Latar Belakang Kebahasaan

13.

Bahasa yang anda gunakan semasa mengajar Bahasa Melayu? Bahasa Melayu Baku sepenuhnya. Campuran BMB dan DK ( ( ) )

103

DK sepenuhnya

14.

Bahasa yang anda gunakan semasa mengajar mata pelajaran lain? Bahasa Melayu Baku sepenuhnya. Campuran BMB dan DK DK sepenuhnya. ( ( ( ) ) )

15.

Adakah anda berpendapat bahawa para pelajar semasa boleh memahami pengajaran anda sepenuhnya, seandainya anda menggunakan BMB? Faham sepenuhnya Kurang faham sepenuhnya Tidak faham langsung. ( ( ( ) ) )

16.

Pada pendapat anda, patutkah para guru menggunakan BMB sepenuhnya dalam pengajaran? Patut Tidak patut ( ( ) )

17.

Bahasa yang anda gunakan apabila bercakap dengan pelajar semasa di luar bilik darjah? Bahasa Melayu Baku (BMB) Bahasa campuran BMB dan DK DK sepenuhnya ( ( ( ) ) )

18.

Adakah para pelajar menggunakan dialek semasa aktiviti pengajaran lisan Bahasa Melayu? Ya Tidak ( ( ) )

104

19.

Adakah para pelajar menggunakan dialek semasa semasa berinteraksi di dalam bilik darjah? Ya Tidak ( ( ) )

20.

Berdasarkan pengalaman anda, benarkah aspek lisan Bahasa Melayu dipengaruhi oleh dialek? Ya Tidak ( ( ) )

21.

Daripada pengalaman anda, aspek manakah yang paling ketara dipengaruhi oleh dialek? Lisan Penulisan ( ( ) )

Jika yang lain, nyatakan:______________________________

22.

Pendapat anda tentang sikap pelajar terhadap pelajaran lisan dan sebutan baku Bahasa Melayu? Sangat memuaskan Sederhana Dingin ( ( ( ) ) )

23.

Pendapat anda tentang sikap murid bukan Melayu terhadap pelajaran lisan dan sebutan baku Bahasa Melayu? Sangat memuaskan Sederhana Dingin ( ( ( ) ) )

24.

Seandainya, murid anda menjawab soalan anda menggunakan dialeknya, apakah tindakan anda? Membetulkan sebutannya ke dalam BMB ( )

105

Membiarkannya tanpa teguran Memarahinya

( (

) )

Jika yang lain, nyatakan:________________________________

25.

Nyatakan berapa kerapkah anda menggunakan campuran BMB dan DK , apabila berkomunikasi dengan murid di dalam kelas? Setiap masa Kadang-kadang Tidak pernah. ( ( ( ) ) )

26.

Pada pendapat anda, andakah murid anda seronok berkomunikasi dalam dialeknya? Ya Tidak ( ( ) )

Jika yang lain, nyatakan:_______________________________

27.

Pada pendapat anda, adakah murid anda menghadapi masalah untuk berkomunikasi dalam BMB di dalam bilik darjah? Ya Tidak ( ( ) )

Jika ya, nyatakan alasannya:______________________________

28.

Pernahkah anda, anda mengingatkan murid agar menggunakan BMB ? Ya Tidak ( ( ) )

Jika yang lain, nyatakan:_______________________________

29.

Adakah penggunaan dialek itu dapat membantu murid dalam pelajaran lisan Bahasa Melayu? Ya ( )

106

Tidak

30.

Pada pendapat anda, bolehkah murid anda memahami pengajaran anda, seandainya anda menggunakan campuran dialek dan BMB? Faham sepenuhnya Kurang faham Tidak faham langsung ( ( ( ) ) )

31.

Pada pendapat anda, bolehkah pengaruh dialek di kalangan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran lisan Bahasa Melayu dihapuskan? Ya Tidak ( ( ) )

Jika Ya atau Tidak , nyatakan alasannya:_____________________

32.

Pada pendapat anda, adakah pengaruh dialek memberi kesan positif terhadap pengajaran anda? Ya Tidak ( ( ) )

33.

Adakah pengaruh dialek di kalangan murid, mempengaruhi pembelajaran lisan Bahasa Melayu? Ya Tidak ( ( ) )

34.

Pada pendapat anda, bahasa yang digunakan bercakap dengan anda di dalam billik darjah , ialah BMB sepenuhnya Campuran BMB dan DK DK sepenuhnya

oleh pelajar-pelajar apabila

( ( (

) ) )

107

35.

Bahasa yang digunakan oleh pelajar-pelajar apabila bercakap dengan anda di luar bilik darjah? BMB sepenuhnya Campuran BMB dan DK DK sepenuhnya ( ( ( ) ) )

36.

Pada pendapat anda, bahasa manakah yang paling berkesan untuk mengajar Bahasa Melayu? BMB sepenuhnya Campuran BMB dan DK DK sepenuhnya. ( ( ( ) ) )

37.

Bahasa yang anda gunakan apabila bercakap dengan pelajar-pelajar di dalam bilik darjah ialah BMB sepenuhnya Campuran BMB dan DK DK sepenuhnya ( ( ( ) ) )

38.

Bahasa yang anda gunakan apabila bercakap dengan murid-murid di luar bilik darjah? BMB sepenuhnya Campuran BMB dan DK DK sepenuhnya ( ( ( ) ) )

39.

Pada pendapat anda, adakah pelajar-pelajar menghadapi masalah sebutan dalam pelajaran lisan Bahasa Melayu? Ya Tidak ( ( ) )

108

40.

Pada pendapat anda, adakah pelajar-pelajar menghadapi masalah intonasi dalam pembelajaran lisan Bahasa Melayu? Ya Tidak ( ( ) )

41.

Pada pendapat anda, adakah pelajar-pelajar menghadapi masalah kelancaran dalam pembelajaran lisan Bahasa Melayu? Ya Tidak ( ( ) )

42.

Pada pendapat anda, adakah masalah-masalah sebutan intonasi dan kelancaran yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam menguasai BMB itu disebabkan oleh pengaruh dialek? Ya Tidak ( ( ) )

43.

Pada pendapat anda, apakah sikap pelajar-pelajar terhadap kepentingan Bahasa Melayu? Amat penting Penting Kurang penting Tidak penting ( ( ( ( ) ) ) )

44.

Pada pendapat anda, bahasa yang digunakan

oleh pelajar-pelajar apabila

berkomunikasi sesama pelajar-pelajar di dalam bilik darjah ialah BMB sepenuhnya Campuran BMB dan DK DK sepenuhnya ( ( ( ) ) )

109

45.

Pada pendapat anda, bahasa yang digunakan oleh pelajar-pelajar apabila berkomunikasi sesama pelajar-pelajar di luar bilik darjah BMB sepenuhnya Campuran BMb dan DK DK sepenuhnya. ( ( ( ) ) )

110

LAMPIRAN B FAKULTI BAHASA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM, PERAK.

SOAL SELIDIK

Kepada, Pelajar-pelajar yang dikasihi.

Soal selidik ini diberikan kepada anda, bertujuan untuk meninjau penggunaan dialek dan pengaruhnya terhadap pengajaran dan pembelajaran BahasaaMelayu.

Soal selidik ini penting untuk anda, kawan-kawan dan sekolah anda serta masa depan rakyat Malaysia. Oleh itu, untuk menjayakan soal selidik ini, kerjasama anda adalah sangat diperlukan dan dihargai. Arahan. Turuti dan patuhi arahan-arahan yang berikut ini. 1. Bacalah soalan-soalan yang terdapat di dalam buku ini dengan tenang dan jawablah kesemuanya dengan sabar dan jujur. 2. Pililhlah jawapan yang paling sesuai dan isikannya dengan menandakan ( ) di dalam petak atau ruangan yang tersedia, yang bertentangan dengan soalansoalan , ataupun 3. Berilah pendapat atau pandangan anda yang jujur dan ikhlas pada ruanganruangan yang tersedia, jika diminta atau dikehendaki oleh soalan.

Atas kerjasama yang anda berikan dalam hal ini, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

111

KANDUNGAN SOAL SELIDIK )( pada ruangan atau petak Arahan : Bagi jawapan yang anda pilih, tandakan tersedia.

Bahagian A: Butir-Butir Peribadi

1.

Jantina Lelaki Perempuan ( ( ) )

2.

Bangsa Melayu Cina India ( ( ( ) ) )

Jika yang lain, nyatakan:__________________________

3.

Tempat tinggal Asrama Kediaman ibu bapa / penjaga ( ( ) )

4.

Kawasan tempat tinggal Bandar Luar Bandar ( ( ) )

5.

Pekerjaaan tetap bapa / penjaga Guru Kakitangan kerajaan / swasta Peniaga ( ( ( ) ) )

112

Petani/penoreh getah/ nelayan Jika yang lain, nyatakan:______________________

6.

Pekerjaan tetap ibu Guru Kakitangan kerajaan / swasta Peniaga Petani/ penoreh getah Suri rumah ( ( ( ( ( ) ) ) ) )

Jika yang lain, nyatakan:__________________________

7.

Pendidikan bapa / penjaga Tidak bersekolah Sekolah rendah Sekolah menengah Maktab Universiti ( ( ( ( ( ) ) ) ) )

Jika yang lain, nyatakan:______________________________

8.

Pendidikan ibu. Tidak bersekolah Sekolah rendah Sekolah menengah Maktab Universiti ( ( ( ( ( ) ) ) ) )

Jika yang lain, nyatakan:______________________________

113

Bahagian B : Latar Belakang Kebahasaan.

9.

Apabila bercakap dengan ibu bapa / penjaga/ sanak saudara, bahasa yang anda gunakan ialah BMB sepenuhnya Campuran BMB dan DK DK sepenuhnya ( ( ( ) ) )

10.

Apabila bercakap dengan kawan-kawan, bahasa yang anda gunakan ialah BMB sepenuhnya Campuran BMB dan DK DK sepenuhnya ( ( ( ) ) )

11.

Apabila bercakap dengan orang dewasa, bahasa yang anda gunakan ialah BMB sepenuhnya Campuran BMB dan DK DK sepenuhnya ( ( ( ) ) )

12.

Apabila bercakap dengan guru Bahasa Melayu, bahasa yang anda gunakan ialah BMB sepenuhnya Campuran BMB dan DK DK sepenuhnya ( ( ( ) ) )

13.

Apabila bercakap dengan guru mata pelajaran lain, bahasa yang anda gunakan ialah BMB sepenuhnya Campuran BMB dan DK DK sepenuhnya ( ( ( ) ) )

114

14.

Adakah anda berasa senang bertutur / bercakap dalam Dialek Kelantan? Ya Tidak ( ( ) )

15.

Adakah anda berasa sukar bertutur / bercakap dalam Bahasa Melayu Baku? Ya Tidak ( ( ) )

16.

Adakah anda berasa senang / bercakap dengan cara mencampuradukkan Dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Baku ? Ya Tidak ( ( ) )

17.

Adakah guru bahasa Melayu menggalakkan para pelajar (termasuklah anda) bertutur / bercakap dalam Bahasa Melayu Baku di dalam kelas ? Ada Tiada ( ( ) )

18.

Adakah guru mata pelajaran lain menggalakkan para pelajar bertutur / bercakap dalam Bahasa Melayu Baku di dalam kelas ? Ada Tiada ( ( ) )

19.

Adakah penggunaan Bahasa Melayu Baku itu mustahak dalam aktiviti pelajaran lisan Bahasa Melayu? Ya Tidak ( ( ) )

20.

Adakah penggunaan Dialek Kelantan itu dapat membantu anda dalam pelajaran lisan Bahasa Melayu?

115

Ya Tidak

( (

) )

21.

Pernahkah anda menggunakan Dialek Kelantan semasa aktiviti pelajaran lisan Bahasa Melayu. Ya Tidak ( ( ) )

22.

Pernahkah guru Bahasa Melayu yang mengajar anda menggunakan Dialek Kelantan dalam aktiviti pelajaran lisan Bahasa Melayu? Ya Tidak ( ( ) )

23.

Pernahkah guru mata pelajaran lain menggunakan Dialek Kelantan semasa mengajar di dalam kelas anda? Pernah Tidak pernah ( ( ) )

24.

Pernahkah guru Bahasa Melayu bercakap, berbual, bersoal jawab, bercerita, berbincang dan sebagainya dalam Dialek Kelantan semasa mengajar di dalam kelas anda? Pernah Tidak pernah ( ( ) )

25.

Adakah cara guru Bahasa Melayu yang mencampurkan Dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Baku akan memudahkan anda dalam pelajaran lisan Bahasa Melayu? Ya Tidak ( ( ) )

116

26.

Adakah penggunaan Dialek Kelantan oleh guru Bahasa Melayu dan guru mata pelajaran lain memberi pengaruh baik (positif) kepada kefahaman anda terhadap pelajaran Bahasa Melayu? Ya Tidak ( ( ) )

27.

Adakah anda bersetuju, Guru Bahasa Melayu mencari jalan senang dalam pengajaran melalui penggunaan Dialek Kelantan dan campuran Bahasa Melayu Baku semasa mengajar anda dan ada kepentingan peribadinya di dalam itu? Ya Tidak ( ( ) )

28.

Bilakah anda menggunakan Bahasa Melayu Baku? a) Semasa di sekolah Ya Tidak b) ( ( ) )

Jika yang lain, Nyatakan:__________________________

29.

Adakah anda menyedari perbezaan antara Dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Baku? Ya Tidak ( ( ) )

30.

Adakah anda faham sepenuhnya, sekiranya guru Bahasa Melayu yang mengajar anda, menggunakan Bahasa Melayu Baku semasa mengajar? Ya Tidak ( ( ) )

31.

Adakah anda bangga dengan Dialek Kelantan? Ya ( )

117

Tidak

Bahagian C: Pembelajaran Bahasa Melayu

32.

Pernahkah anda meminta bantuan ibu bapa / penjaga/ keluarga tentang latihan pelajaran Bahasa Melayu di rumah? Selalu Kadang-kadang Tidak Pernah ( ( ( ) ) )

33.

Pernahkah anda menggunakan perpustakaan untuk mendalami mata pelajaran Bahasa Melayu? Selalu Kadang-kadang Tidak Pernah ( ( ( ) ) )

34.

Pernahkah anda membaca surat khabar berbahasa Melayu Tiap-tiap hari Kadang-kadang Tidak pernah ( ( ( ) ) )

35.

Ruangan akhbar yang anda minati: Hiburan Komik Rencana pengarang ( ( ( ) ) )

Jika yang lain, nayakan:_______________________

36.

Terdapatkah alat-alat berikut di rumah anda? Radio sahaja Televisyen Sahaja ( ( ) )

118

Radio dan Televisyen Tiada Radio dan Televisyen

( (

) )

Jika jawapan lain daripada yang tersebut, nyatakan:____________

37.

Selalukah anda mengikuti rancangan radio dan televisyen? Selalu Kadang-kadang Tidak Pernah ( ( ( ) ) )

38.

Rancangan radio dan televisyen yang anda minati? Berita Hiburan Pendidikan ( ( ( ) ) )

Jika yang lain, nyatakan:____________________________

39.

Benarkah anda berminat dengan cara sebutan (pengucapan) dan bacaan pembaca berita seperti yang terdapat pada rangkaian TV3 dan NTV7? Ya Tidak ( ( ) )

Jika yang lain, nyatakan:_____________________________

40.

Benarkah guru Bahasa Melayu menghendaki anda bercakap, berbual, bersoal jawab, bercerita, mendeklamasikan sajak, membaca puisi (pantun/syair), berbincang atau membaca sebarang teks dengan sebutan baku seperti yang dilakukan oleh pembaca Berita di TV3 dan NTV 7? Ya Tidak ( ( ) )

41.

Adakah anda melibatkan diri dalam aktiviti berikut: a) Memasuki Persatuan Bahasa Melayu

119

Ya Tidak b)

( (

) )

Mengikuti rancangan radio dan Televisyen Pendidikan di sekolah. Ya Tidak ( ( ) )

42.

Bentuk bahasa yang anda gunakan apabila bercakap dengan guru-guru di dalam bilik darjah ialah BMB sepenuhnya Campuran BMB dan DK DK sepenuhnya ( ( ( ) ) )

43.

Bentuk bahasa yang anda gunakan apabila bercakap dengan guru-guru di luar bilik darjah ialah BMB sepenuhnya Campuran BMB dan DK DK sepenuhnya ( ( ( ) ) )

44.

Pada pendapat anda, bentuk manakah yang digunakan oleh guru-guru semasa mengajar? BMB sepenuhnya Campuran BMB dan DK DK sepenuhnya ( ( ( ) ) )

45.

Pernahkah semasa mengajar, guru anda mengggunakan campuran BMB dan DK? Ya Tidak ( ( ) )

120

46.

Benarkah guru bahasa, tidak pernah menggunakan campuran BMB dan DK dalam pengajaran bahasa Melayu? Ya Tidak ( ( ) )

47.

Apabila bercakap dengan pelajar di dalam kelas, bahasa yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu ialah BMB sepenuhnya Campuran BMB dan DK DK sepenuhnya ( ( ( ) ) )

48.

Apabila bercakap dengan pelajar, di luar bilik darjah , bahasa yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu ialah BMB sepenuhnya Campuran BMB dan DK DK sepenuhnya ( ( ( ) ) )

49.

Pada pendapat anda, bahasa yang paling berkesan yang patut digunakan oleh guru Bahasa Melayu semasa mengajar ialah BMB sepenuhnya Campuran BMB dan DK DK sepenuhnya ( ( ( ) ) )

50.

Adakah BMB itu sukar anda tuturkan? Ya Tidak ( ( ) )

121

LAMPIRAN C

Aktiviti Lisan Yang Dirakamkan

Percakapan Telefon:

Ring ringring..ring.ring

Murid

Assalamualaikum, siapa yang bercakap? Itukah rumah Puan Lisas? Puan Lisas Abdul Kubiskah? Ya, Puan Lisas Abdul Kubis. Puan Lisaskah yang bercakap itu? Bukan. Yang ini Nik Noraishah Noraihan, anak Puan Lisas Abdul Kubis.

Panggilan : Murid :

Panggilan : Murid :

Panggilan : Murid :

Oh, Puan Lisas Abdul Kubis ada di rumah? Ibu tidak ada. Dia pergi ke balai polis. Siapa yang bercakap di sana ? Nazirah yang bercakap, kawan ibu awak. Ada pesan apa-apa pada ibu, makcik? Biarlah makcik cakap dengan ibu sendiri. Bila ibu pulang, suruhlah dia telefon pada makcik.

Panggilan : Murid :

Panggilan :

Murid

Berapakah nombor telefon makcik? 012-6897730. Baiklah makcik. Nanti, akan saya beritahu ibu. Terima kasih Nik Noraishah. Sama-sama.

Panggilan : Murid :

Panggilan : Murid :

122

LAMPIRAN D

Melakonkan Dialog Mengikut Watak

Peladang : (bercakap dengan kerbau) Ah, kerbau aku ini letih nampaknya, kasihan! Engkau berdua tentulah penat. (menggosokkan badan kerbau). Marilah ke sungai, sayang! Engkau boleh mandi. Selepas itu, tentulah engkau akan segar semula. (membawa kerbau ke sungai .) Hah! Segar, bukan? Mari, mari balik ke kandang. Nanti, akan kuberikan rumput hijau yang segar. Biri-biri : Aku benci melihat kerbau itu. Tuan aku sayang benar padanya. Setiap hari, kerbau itu akan dimandikannya di sungai, digosok badannya, ditepuk-tepuk, dipuji dan diberi rumput hijau yang subur. Malang sungguh nasibku. Perut aku selalu lapar. Nasib malanglah aku. Bomoh : Mengikut firasat saya, kerbau encik ini sakit. Saya syorkan encik tidak melengahkan dan membiarkan kerbau ini menderita kesakitan. Ubat yang paling baik ialah lemak biri-biri. Cadangan saya, encik sembelihkan sahaja biri-biri encik itu dan ambillah lemaknya. Kemudian, lemak itu, eloklah dipanaskan beberapa minit dan seterusnya disapukan pada telinga kerbau itu.

Aktiviti lisan : Pengumuman (Ucapan)

Harap ambil perhatian. Guru tingkatan kita menghendaki saya memaklumkan anda sekalian bahawa pada minggu hadapan, kita akan bercuti selama seminggu kerana seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Sekolah akan dibuka semula pada hari Ahad, tanggal 23 Februari 2003. Sekian sahaja dan terima kasih.

123

You might also like