Ciri-Ciri Sistem Politik Melayu Tradisional

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1. 2. 3. 4.

Ciri-ciri sisitem politik masyarakat Melayu tradisional Raja mempunyai kuasa yang tinggi dan sangat istimewa dan mempunyai tanggungjawab memberi perlindungan politik kepada rakyatnya serta menjamin keselamatan rakyat yang mendiami wilayah kekuasaannya. Kesetiaan rakyat terhapat raja mereka sangat penting kerana inilah yang menentukan sempadan kerajaan dan wilayah yang berada di bawah kekuasaan raja tersebut. Kesan penjajahan Barat terhadap konsep kerajaan dan negeri masyarakat Melayu tradisional British mula memujuk setiap kerajaan Melayu sebagai negeri,iaitu sempadan setiap kerajaan ditetapkan Konsep kerajaan berubah dan digantikan dengan konsep negeri. Usaha British untuk membina sebuah negara dan bangsa yang moden memalui gagasan Malayan Union pada tahun 1946 telah ditentang oleh orang Melayu Pada tahun 1948 Persekutuan Tanah Melayu sebagai ganti Malayan Union menggabungkan semua negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat. British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957,dan Tanah Melayu memperoleh status sebagai sebuah negara baru yang merdeka. Pada tahun 1963,apabila Sarawak dan Sabah bersetuju bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu,maka lahirlah negara Malaysia yang berdaulat. Konsep bangsa dan ciri-ciri bangsa Malaysia Konsep bangsa yang merujuk sekumpulan manusia dalam ikatan ketetenagaraan atau sebagai warganegara sesebuah negara. Konsep bagsa ini merupakan kionsep baru di mana Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang Bangsa Malaysia dibentuk hasil daripada perjuangan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan. Antara ciri-ciri bangsa Malaysia ialah : Masyarakat kaum yang berbilang bangsa dan berlainan budaya, bahasa, kepercayaan, dan pandangan terhadap aspek kedunian Penggunaan satu bahasa kebangsaan serta pengamalan kebudayaan kebangsaan dan Rukun Negara dalam setiap bidang kehidupan. Pembinaan negara dan bangsa Konsep negara bangsa merujuk pembentukan negara bangsa moden di Eropah. dan telah lahir di Barat pada penghujungan abad ke-18 dan ke-19.Kesan daripada tercetusnya peristiwa di Eropah seperti yang berikut a) Revolusi Inggeris (1668) b) Perang Kemerdekaan Amerika (1776) c) Revolusi Perancis (1789) Kesan daripada peristiwa perang tersebut lahir idea mengenai hak rakyat,negara bangsa moden dn kerajaan berpenlembagaan Pembentukan negara bangsa Itali Rakyat Itali mahu menyatikan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan,mereka berjuang menghalau orang Austria dari Itali. Count Camillo Benso di Covour berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara dengan menggunakan amalan realpolitik. Dalam perjuangan beliau,iaitu pada tahun 1860 beliau telah menjalinkan kerjasama dengan Napoeon III iaitu pemerintah Perancis,dan beliau telah berjaya menewaskan Austria dengan bantuan ketenteraan Napoleon III.

o o o o

Pada tahun 1870, Perancis telah mengundurkan tenteranya dan beliau telah mengambil peluang menyatupadukan Rom dan Itali, dan kesannya terbentuk sebuah negara bangsa Itali Pembentukan negara bangsa Jerman Otto Eduardvin Bismarck tokoh yang telah berjaya menyatukan negara Jerman pada tahun 1871 juga menggunakan amalan realpolitik dan politik darah dan besi. Beliau menggunakan tektik tipu helah,pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan ugutan untuk mencetuskan peperangan demi untuk mencapai matlamat beliaudalam menyatukan negara Jerman. Beliau memberikan sistem diktator dan mendapat sokongan daripad rakyat Jerman. Beliau telah melancarkan tiga peperangan untuk menentang Denmark,Austria dan Perancis. Tahun 1864 Peperangan dengan Denmark Tahun 1866 Peperangan dengan Austria Tahun 1871 Peperangan dengan Perancis Pembentukan negara Malaysia Dibentuk melalui kebijaksanaan para pemimpinnya tanpa melibatkan pertumpahan darah. Kemerdekaan negara dicapai melalui rundingan, pakatan murni, dan tolak ansur antara 3 kaum yang terbesar iaitu orang Melayu,India dan Cina Ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Perjuangan yang memerlukan perkingsian bijak antara kaum terbesar dalm bidang politik,ekonomi dan sosial. 4 ciri utama dalam proses pembinan negara dan bangsa ialah : Negara bangsa kerajaan perlembagaan. Telah muncul pada abad yang ke-15 dan merupakan asas pembinaan negara dan bangsa kita. Kesultanan melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran dan politiknya yang tersendiri dan telah mempunyai masyarakat yang tersusun dan berperaturan Susun lapis masyarakat melayu tradisioanal Raja atau Sultan merupakan lapisan yang teratas,di ikuti oleh keluarga dan kerabat diraja,ulama istana/pembesar dan pentadbir,rakyat biasa yang bebas dan yang terakhir rakyat yang merupakan hamba Ciri-ciri negara dan bangsa dalam kesultanan Melayu Melaka Kedaulatan merujuk kekuasaan tertinggi seseorang pemerintah atau sesebuah neagara tiada pihak yang boleh mengehadkan atau mencabar kekuasaan tersebut kekuasaan in akan digunakan oleh negara atau pemerintah untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang. kerajaan merujuk kepada badan yang diberikan kuasa untuk: menguruskan pentadbiran menjaga keamanan mempertahankan kedaulatan negara. menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain.

o o o o

o o o o o o

o o o

o o o o o o

keunggulan undang-undang undang-undang dicipta untuk tujuan: memelihara keamanan melindungi rakyat mengawal masyarakat melalui peraturan yang telah diwartakan Pada zaman Keultanan Melayu Melaka, terdapat dua sumber undang-undang bertulis iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Kedua-dua sumber undang-undang ini dipengaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang membincangkan tentang bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat. selain itu turut menyentuh tentang hukuman terhadap kesalahan jenayah awam,undang-undang keluarga dan sebagainya. Undang-undang Laut Melaka menyentuh perkara yang berkaitan dengan tatacara pelayaran laut Wilayah pengaruh Setiap negara mempunyai wilayah yang merujuk kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadannya yang diterima umum wilayah pengaruh ialah kawasan yang mana rakyatnya menerima dan memperakui pemerintah seorang raja. Rakyat merujuk kepada seluruh pendududk yang mendiami seebuah wilayah mereka terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah yang mereka diami itu. Lambang merujuk kepada simbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah negara Contohnya, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara dan bangsa. Sisitem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, bahasa melayu dan agama Islam merupakan warisan kesultanan melayu melaka yang kekal hingga ke hari ini. Warisan Negeri-negeri Melayu Unsur-unsur penting warisan Kesultanan Melayu Melaka masih diamalkan di negerinegeri Melayu tersebut seperti yang berikut: Pengasasan Kerajaan Johor,Perak dan Pahang telah diasaskan oleh kerabat diraja Melaka. Gelaran Semua pemerintah negeri-negeri Melayu ini menggunakan gelaran sultan pada awal nama masing-masing Amalan ini jelas mencontohi Sultan Melaka. Pewarisan Takhta Sistem pewarisan takhta di negeri-negeri Melayu ini mementingkan jurai keturunan di sebelah bapa Sistem pemerintahan Negeri Melayu ini mengamalkan pemerintahan berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan seperti yang diamalkan di Melaka. Kitab Undang-undang Undang-undang Johor,Perak dan Pahang disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka supaya sesuai dengan unsur dan amalan tempatan. Johor (Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor)

o o o o

o o o

o o o o o

Perlembagaan bertulis merupakan satu daripada ciri asas pembinaan negara dan bangsa. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan sebuah perlembagaan bertulis yang teratur dan sangat lengkap. Perlembagaan ini yang berkuatkuasa pada tahun 1895 dinamakan Undng-undang Tubuh Kerajaan Johor. Tanggungjawab raja: Dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa atau kerajaan lain. Berhak memilih Menteri Besar Memperkenan jawatan Naib Menteri Besar yang ditentukan oleh Jemaah Menteri. Orang melayu diiktiraf sebagai rakyat Johor. Agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negeri. sistem pemerintahan negeri: Majlis Mesyuarat Kerajaan mengandungi dua badan iaitu Majlis Negeri dan Jemaah Menteri. Kelantan (Sistem Jemaah Menteri) Di kelantan semasa pemerintahan Sultan Muhammad 1(1801-1836), unsur-unsur sistem Jemaah Menteri telah pun diamalkan Sultan Muhammad II (1836-1886) telah membentuk sistem jemaah menteri sistem jemaah menteri bertujuan untuk melicinkan pentadbiran dan pemerintahan Kelantan. Perubahan yang dijalankan oleh Sultan Muhammad II dalam struktur pentadbiran Kelantan sejak tahun 1842 termasuklah perkara yang berikut: menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam perselisihan untuk merampas kuasa. menggantikan kerabat diraja tersebut dengan golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan yang memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada baginda. ketaatan golongan pembesar ini telah membantu mengukuhkan kewibawaan Sultan Muhammad II. Terengganu (Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu-Ittiqan-ilmuluk bi-tadil ilsuluk) Undang-undang Tubuh kerajaan terengganu telah diluluskan oleh Sultan Zainal Abidin III pada tahun 1911. Undang-undang in dikenali sebagai Ittiqan-ilmuluk bi-tadil il-suluk yang memberi makna keyakinan kepada pemerintah yang berdasarkan keadilan Undang-undang ini merupakan perlembagaan bertulis yang teratur dan lengkap. Digubal berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Undang ini bertujuan untuk menghalang British daripada meluaskan kuasanya di Terengganu Aspek utama dalam undang-undang ini ialah: Agama Islam diberikan kedudukan istimewa sebagai agama negeri. Pemerintahan bercorak raja berpelembagaan diamalkan. Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri membantu sultan dalam pentadbiran. Peranan Majlis Mesyuarat Kerajaan: Diketuai oleh Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan mereka perlu mengakui taat setia kepada sultan dan kerajaan. Mereka akan menjalankan tugas seperti berikut: membantu sultan mentadbir negeri. menjaga keamanan negeri

o o o

menjaga kebajikan rakyat Peranan Jemaah menteri: badan ini berhak melantik Naib menteri besar selepas diperkenalkan oleh sultan. Negeri Sembilan (Prinsip demokrasi dan konsep persekutuan) Terdapat sembilan buah negeri di Negeri Sembilan iaitu Sungai Ujong, Johol,Inas, Rembau, Terachi, Jelebu, Jempol, Seri Menanti dan Gunung Pasir. Raja Melawar yang memakai gelaran Yam Tuan Besar merupakan Raja Negeri Sembilan pada abad ke-18. Negeri Sembilan ialah negeri Melayu pertama yang mirip kepada bentuk persekutuan. Sistem pemerintahan Negeri Sembilan berdasarkan Adat Perpatih. Pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah iaitu Anak Buah melantik Buapak,buapak melantik Lembaga, Lembaga melantik Undang dan Undang kemudiannya melantik Yang dipertuan Besar. Kepentingan sistem pemerintahan Negeri Sembilan berdasarkan Adat Perpatih ialah: Tidak mengamalkan kuasa mutlak mengagihkan kuasa pemerintahan kepada individu mengikut peringkat mengamalkan unsur demokrasi dalam sistem pemilihan pemimpin

You might also like