Sinopsis Seorang Bapa Angkat

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Prosa Tradisional: Budi Seorang Bapa Angkat Sinopsis Datuk Batin Alam telah mendapat alamat kesusahan tentang

saudaranya di Bandar Mengkalih. Datuk Batin Alam dan isterinya segera ke sana dan mendapat tahu bahawa saudara mereka, Tuanku Si Helang Laut dan isterinya telah meninggal dunia. Datuk Batin Alam pun mengambil bayi Tuanku Si Helang Laut yang bernama Awang Sulung Merah Muda sebagai anak angkatnya. Isterinya pula, Uli Emak Si Anjing menjadi ibu susuan kepada Awang Sulung Merah Mudah. Selepas beberapa tahun, Datuk Batin Alam menyerahkan Awang Sulung Merah Mudah untuk berguru dengan Tuan kadi Alim. Tuan Kadi Alim mengajar Awang Sulung Merah Mudah al-Quran dan merawi. Awang Sulung Merah Mudah seorang kanak-kanak yang aneh. Setiap arahan Tuan Kadi Alim tidak diendahkannya. Tuan Kadi Alim berasa sangat hairan atas sikap Awang Sulung Merah Mudah yang ganjil itu. Tetapi pada malam ke tujuh, barulah Awang Sulung Merah Mudah menunjukkan minat hendak belajar dan Awang Sulung Merah Mudah telah khatam al-Quran dalam masa yang singkat. Akhirnya barulah Tuan Kadi Alim sedar bahawa Awang Sulung Merah Mudah adalah seorang kanak-kanak yang pintar. Begitu juga halnya apabila Awang Sulung Merah Mudah dihantar belajar ilmu mantik dan nahu bahasa Arab. Peristiwa semasa di rumah Tuan Kadi Alim berlaku lagi. Pada malam ketujuh, barulah Awang Sulung Merah Mudah menunjukkan minat hendak belajar dan menamatkan pengajiannya dalam masa yang singkat. Selepas itu, Datuk Batin Alam mengajarkan ilmu persilatan pula kepada Awang Sulung Merah Mudah. Seperti sebelumnya, Awang Sulung Merah Mudah tidak mahu mengikut arahan Datuk Batin Alam. Tetapi selepas beberapa ketika, Awang Sulung Merah Mudah berjaya menepis serangannya dengan amat pantas. Datuk Batin Alam sangat gembira melihat kecekapan Awang Sulung Merah Mudah bersilat. Selepas Awang Sulung Merah Mudah memperoleh ilmu yang banyak, Datuk Batin Alam pun hendak mengkhatankannya. Datuk Batin Alam menghimpunkan semua rakyat dan mengadakan kerajaan sambil membuat persediaan untuk mengkhatankan Awang Sulung Merah Mudah. Awang Sulung Merah Mudah. Awang Sulung Merah Mudah dikhatankan oleh Datuk Mudim Raja. Selepas sembuh daripada berkhatan, Awang Sulung Merah Mudah diasah pula giginya. Hal ini demikian supaya Awang Sulung Merah Mudah menjadi seorang pemuda yang sebaik-baiknya. Cuti, iaitu tukang asah gigi telah diupah untuk mengasah gigi Awang Sulung Merah Mudah, cuti pun dibunuh agar tiada orang yang mempunyai gigi secantik gigi Awang Sulung Merah Mudah. Segala bayaran upahnya diserahkan kepada keluarganya.

You might also like