Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Menguasai pengiraan yang melibatkan

penggunaan persamaan kimia yang seimbang


TIPS
Diberi persamaan : aA + bB ------------> cC + dD
Daripada persamaan : a mol A menghasilkan d mol D

maka x mol A mengahsilkan mol D


Perhatian :
1. Selalu membuat pengiraan dalam unit mol dahulu sebelum menukar kepada unit lain
yang dikehendaki oleh soalan.
2. Pada keadaan bilik, 1 mol sebarang gas menempati isipadu 24 dm3.
3. Pada keadaan s.t.p, 1 mol sebarang gas menempati 22.4 dm3
Soalan 1 dan 2 adalah berdasarkan persamaan di bawah.
2Zn(NO3 )2 (p) ------->2ZnO + 4NO2 + O2
1. 1.89 g zink nitrat telah dipanaskan sehingga terurai dengan lengkap.
Hitungkan
a.bilangan mol zink nitrat yang telah dipanaskan.
b.isipadu gas oksigen yang terhasil pada keadaan bilik.
c.jisim zink oksida yang terhasil.
d.isipadu gas nitrogen dioksida yang terhasil pada keadaan s.t.p.
2. Apabila suatu jisim tertentu zink nitrat dipanaskan sehingga terurai dengan lengkap,
8.96 dm3 gas nitrogen dioksida dibebaskan pada keadaan s.t.p.
Hitungkan
a.jisim zink nitrat yang telah dipanaskan.
b.jisim zink oksida yang terbentuk.
c.isipadu gas oksigen yang terbebas pada keadaan s.t.p.
Soalan 3 dan 4 adalah berdasarkan persamaan di bawah.
Mg + H2SO4 ------> MgSO4 + H2
• Serbuk magnesium yang berlebihan dicampurkan kepada 50cm3 asid sulfurik cair
0.5moldm-3. Hitungkan
a.jisim maksimum garam magnesium sulfat yang boleh diperoleh daripada hasil
tindak balas itu.
b.isipadu gas hidrogen yang terbebas pada keadaan bilik.
c.jisim baki serbuk magnesium jika sebanyak 8 g serbuk magnesium digunakan.
• Dalam suatu tindak balas tertentu, 1.2 g serbuk magnesium telah bertindak balas
lengkap dengan 50 cm3 larutan asid sulfurik cair.Hitungkan kemolaran asid sulfurik
cair yang digunakan.
• Dalam suatu eksperimen, 16 g kuprum(II) oksida ditambahkan kepada 250 cm3 2
moldm-3 asid hidroklorik cair dalam sebuah bikar. Persamaan tindak balas adalah
seperti berikut:
CuO(p) + 2HCl(ak) ------> CuCl2(ak) + H2O(ce)
a.Hitungkan bilangan mol asid hidroklorik cair yang perlu untuk bertindak balas
lengkap dengan 16 g kuprum(II) oksida.
b.Berapakah bilangan mol asid hidroklorik yang masih tinggal dalam bikar itu selepas
eksperimen itu ?
c.Hitungkan jisim maksimum kuprum(II) klorida yang boleh diperolehi daripada hasil
tindak balas ini.
• 0.01 mol litium telah dicampurkan dengan air yang berlebihan.
a.Tulis persamaan kimia yang seimbang.
b.Hitungkan jisim hidrogen yang terhasil ?
c.Hitungkan kemolaran larutan litium hidroksida yang terhasil jika isipadu air yang
digunakan ialah 250 cm3.
• 31 g serbuk kuprum(II) karbonat dicampurkan dengan asid hidroklorik cair yang
berlebihan. a.Tulis persamaan kimia yang seimbang.
b.Hitungkan
i.jisim maksimum kuprum(II) klorida yang boleh diperoleh dari hasil tindak balas itu.
ii.isipadu gas karbon dioksida yang terbebeas pada keadaan s.t.p.
iii.bilangan mol air yang terbentuk.
• Berapakah jisim hidrogen yang diperlukan untuk menurunkan 17.84 g plumbum(II)
oksida kepada plumbum dalam keadaan panas ?
• Apabila 0.6g serbuk magnesium dicampurkan ke dalam larutan argentum yang
berlebihan,
hitungkan
a.jisim argentum yang disesarkan.
b.bilangan atom argentum yang dihasilkan.
• 0.1 M larutan plumbum(II) nitrat dicampurkan dengan berlebihan larutan natrium
klorida, 13.9g mendakan plumbum(II) klorida terbentuk. Hitungkan isipadu larutan
larutan plumbum(II) nitrat yang digunakan.
• Serbuk zink yang berlebihan ditambahkan kepada asid hidroklorik cair 2 moldm-3 .
Jika 600 cm3 gas hidrogen pada keadaan bilik terbebas dalam tindak balas ini,
berapakah isipadu asid hidroklorik yang digunakan ?
• 2.4 g serbuk magnesium ditambahkan kepada 50 cm3 asid hidroklorik cair 1 moldm-3.
Hitungkan isipadu gas hidrogen yang terbebas pada keadaan bilik.
• 120 cm3 gas etena dibakar dengan lengkap dalam oksigen yang berlebihan pada
keadaan bilik.
a.Tuliskan persamaan bagi tindak balas pembakaran itu.
b.Hitungkan isipadu gas oksigen yang telah bertindak balas dengan etena itu.
c.Hitungkan jisim gas karbon dioksida yang terhasil.
Jawapan :
1. (a) 0.01 mol, (b) 0.12 dm3, (c) 0.81g 2. (a) 37.8g, (b) 16.2g, (c) 2.24dm3
3. (a) 3g, (b) 0.6dm3 , (c) 7.4g 4. 1 moldm-3
5. (a) 0.4mol, (b) 0.1 mol, (c) 26.8g 6. (b) 0.01g, (c) 0.04moldm-3
7. (a) 33.75g, (b) 5.6 dm3, (c) 0.25 mol 8. 0.16g
9. (a) 5.4g, (b) 3 x 1022 10. 500 cm3
11. 25cm3 12. 0.6 dm3 13. (b) 360 cm3, (c) 0.44g

You might also like