Pendidikan

You might also like

Download as txt, pdf, or txt
Download as txt, pdf, or txt
You are on page 1of 46

2 SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN PERLETAKAN ASAS PENGENALAN PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENCAPAIAN PENDIDIKAN

JURANG PENCAPAIAN PENDIDIKAN PENUTUP

2 PENDIDIKAN KEBANGSAAN: PERLETAKAN ASAS PENGENALAN 2.01 Dalam menjayakan Misi Nasional, KPM menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) secara menyeluruh yang menggariskan fokus, strategi utama dan pelan pelaksanaan untuk menjadikan pendidikan negara relevan dengan keadaan semasa dan masa hadapan. Dengan usaha ini, setiap jurang dan kekurangan dalam pendidika n akan diberikan tumpuan. Selain itu, proses menganalisis sejarah, perkembangan da n pencapaian dalam bidang pendidikan dijalankan kerana kesemua aspek ini merupakan tunjang dalam merangka strategi penyediaan PIPP, KPM. PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2.02 Pembangunan sistem pendidikan kebangsaan berlandaskan teras utama berikut: akses kepada pendidikan; ekuiti dalam pendidikan; kualiti dalam pendidikan; dan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. 2.03 Berdasarkan teras utama ini, KPM merancang serta melaksanakan dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan yang telah dikenal pasti. Antaranya: memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI); meningkatkan kreativiti dan inovasi dan budaya ilmu pelajar; membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat; menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia; menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan; dan meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa. Sesungguhnya, bagi melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan, kita perlu melipatgandakan usaha menggarap kejayaan lebih unggul demi Membina Tamadun dan Menjulang Martabat Negara YAB Dato Seri Abdullah

Ahmad Badawi, 2006

(Ucapan usul mengenai Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010)

2.04 Pendidikan negara telah mengalami evolusi sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut: Zaman Pramerdeka (sebelum 1957); Zaman Pasca Merdeka (1957-1970); Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990); Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-2010). Zaman Pramerdeka (Sebelum 1957) 2.05 Sebelum negara mencapai kemerdekaan, pendidikan yang wujud adalah terasing, selari dengan corak pemerintahan Pecah-Perintah yang diamalkan penjajah Inggeris. Setiap kaum menubuhkan sekolah mereka iaitu sekolah Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil yang menggunakan bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru masing-masing. Hanya dalam sekolah Inggeris sahaja kanak-kanak pelbagai kaum dapat belajar bersama tetapi sistem persekolahan tersebut tidak dipersetujui oleh majoriti penduduk. 2.06 Menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporanlaporan berikut: a. Laporan Barnes (1951) Melayu; b. Laporan Fenn-Wu (1951) c. Ordinan Pelajaran (1952) persekolahan kebangsaan; dan d. Laporan Razak (1956) meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah. menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum menyemak pendidikan kaum Cina; mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem

Zaman Pasca Merdeka (1957-1970) 2.07 Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatanku asa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar. 2.08 Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992. Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) 2.09 Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB, 1970-1990) bermatlamat untuk mengukuhk an perpaduan negara melalui pembasmian kemiskinan di kalangan semua kaum dan penyusunan semula masyarakat. Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan

peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum. 2.10 Sistem pendidikan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir. 2.11 Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. 2.12 Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Untuk mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan antara golongan kaya dengan miskin, program sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program kesihatan dipertingkatkan. Selain itu juga, usaha merekaraya kurikulum d ibuat dan ini menyaksikan lahirnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 198 3 dan diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. 2.13 Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteg uh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yan g menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) 2.14 Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan

negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan akta berikut: a. Akta Pendidikan 1996 menggantikan Akta Pelajaran 1961 khususnya peruntukan kuasa-kuasa Menteri Pelajaran dan penginstitusian prasekolah; b. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 Pusat Kecemerlangan Pendidikan; bermatlamat menjadikan Malaysia

c. Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 membolehkan penubuhan sebuah majlis untuk menentukan dasar dan menyelaras pembangunan pendidikan tinggi; d. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara 1996 menyediakan peruntukan pinjaman pelajar dan skim tabungan bagi meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi; e. Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1996 memperluas autonomi dalam

pengurusan dan kewangan kepada universiti awam bagi menentukan program ke arah kecemerlangan dalam pendidikan; f. Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 memastikan tahap akademik yang tinggi, jaminan kualiti tinggi dan kawalan mutu pendidikan terpelihara dalam penyediaan pendidikan tinggi swasta; g. Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 2000 menjadi universiti; dan membolehkan ITM dinaiktaraf

h. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan) 2000 membenarkan pinjaman kepada pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

2.15 Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk: a. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari; b. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999; c. Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma; d. Penubuhan kolej matrikulasi; e. Penubuhan kolej komuniti; f. Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sul tan Idris (UPSI); dan g. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik. Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-2010) 2.16 Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Negara juga menghadapi cabaran untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Oleh itu, KPM menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. KPM juga meneliti semu la program dan projek yang dirancang bagi penyegaran, pembaharuan, pengukuhan, penyusunan semula dan penggubalan baru. Semua ini adalah hasil perancangan yang terkandung dalam dokumen Pembangunan Pendidikan (2001-2010) KPM. 2.17 Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahba ikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan prog ram utama berikut: a. Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) memperuntukkan pendidikan wajib bagi pendidikan rendah yang dilaksanakan secara berperingkat mulai Tahun 1 pada 1 Jan uari 2003; b. Program Bimbingan dan Kaunseling diperkukuhkan dengan memperuntukkan seorang kaunselor bagi setiap 500 pelajar mulai tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 20 02); c. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003; d. Sekolah Pusat, Sekolah Wawasan dan Sekolah Model Khas ditubuhkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan(RMKe-8); e. Pemberian Bantuan One-Off RM120 kepada murid sekolah rendah daripada keluarga miskin pada tahun 2002-2003 bagi pelaksanaan Pendidikan Wajib (Bajet 2002 dan 2003). Bantuan ini digantikan dengan Kumpulan Wang Amanah

Pelajar Miskin (KWAPM) mulai 2004 (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); f. Skim Baucar Tuisyen (SBT) memberi bantuan tuisyen kepada murid sekolah rendah Tahun 4 hingga 6 yang miskin dan berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik mulai 2004 (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); g. Anugerah Pengetua JUSA C dan Guru Gred Khas C diperkenalkan pada tahun 2005 bagi meningkatkan peluang kenaikan pangkat kepada guru di sekolah (Keputusan Jemaah Menteri, 2004); h. Mata Pelajaran Vokasional (MPV) diperkenalkan di Sekolah Menengah Harian pada tahun 2004 (Berasaskan Program Sekolah Ke Kerjaya di bawah pembiayaan Bank Dunia, 1998-2003); i. SPBT diperluaskan kepada anakanak semua pegawai perkhidmatan pendidikan mulai 2006 (Pengumuman Timbalan Perdana Menteri di Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, 2005); j. Program Pemulihan dimantapkan dengan memperuntukkan guru pemulihan (Keputusan Jemaah Menteri, 2005); k. Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila

tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); l. Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri didaftarkan sebagai sekolah agama bantuan kerajaan mulai 2005 (Keputusan Jawatankuasa Tan Sri Murad Mengenai Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri, 2005); m. Aktiviti kokurikulum diperbaiki dengan penambahan peruntukan per kapita pelajar daripada RM2.50 kepada RM10.00 untuk sekolah rendah dan RM12.00 untuk sekolah menengah mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005). Aktiviti kokurikulum dijadikan syarat kelayakan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005); n. Program Pensiswazahan Guru bagi memenuhi dasar menyediakan 50 peratus guru sekolah rendah dan 100 peratus guru sekolah menengah siswazah terlatih menjelang tahun 2010 dengan memberi kelonggaran guru mengikuti program ijazah melalui pelbagai kaedah termasuk Pendidikan Jarak Jauh; o. Menaiktarafkan maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan ijazah dilaksanakan mulai tahun 2006 (Keputusan Jemaah Menteri 2005); p. Perubahan Dasar Sekolah Antarabangsa ke arah menjadikan sekolah antarabangsa di Malaysia berdaya saing di rantau Asia (Keputusan Jemaah Menteri, 2006); dan q. Kerjasama antara KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dalam aspek latihan dan keluaran guru, dan menambah baik norma perjawatan daripada 1.5n (n ialah bilangan kelas) kepada 1.7n (Keputusan Jemaah Menteri, 2006). 2.18 Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan KPTM pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru. PENCAPAIAN PENDIDIKAN 2.19 Pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan Negara hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, KPM akan sentiasa peka dan prihatin kepada perubahan yang berlaku dalam usaha

meningkatkan kualiti pendidikan dan menghasilkan modal insan beracuan sendiri. 2.20 Pencapaian penyediaan pendidikan dapat diperhatikan seperti di bawah (Jadua l 2.1): Prasekolah Bilangan sekolah KPM yang menawarkan prasekolah bertambah 2,156 (190.6%) daripada 1,131 pada tahun 1992 kepada 3,287 pada tahun 2005. Enrolmen bertambah 259.1 peratus, daripada 26,000 pada tahun 1992 kepada 93,376 pada tahun 2005. Bilangan kelas prasekolah yang disediakan oleh KEMAS adalah sebanyak 8,307, Jabatan Perpaduan Negara 1,500 kelas, Jabatan Agama Islam Negeri 962 kelas, ABIM 788 kelas dan pihak swasta 11,000 kelas. Bagi memastikan kualiti prasekolah yang disediakan, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan diperkenalkan pada tahun 2003 dan diwajibkan penggunaannya di semua prasekolah KPM dan swasta. Sekolah Rendah Bilangan sekolah rendah bertambah 773 (11.3%) buah, daripada 6,828 pada tahun 1990 kepada 7,601 pada tahun 2005. Pecahan mengikut lokasi dan jenis sekolah pada tahun 2005:

33.2 peratus sekolah terletak di bandar dan 66.8 peratus di luar bandar. 29.4 peratus SK di bandar dan 70.6 peratus di luar bandar. 49.5 peratus SJKC di bandar dan 50.5 peratus di luar bandar. 32.2 peratus SJKT di bandar dan 67.8 peratus di luar bandar. Bilangan Sekolah Kurang Murid (enrolmen kurang daripada 150) berjumlah 2,529 atau 33.3 peratus daripada jumlah sekolah rendah pada tahun 2005 yang mana 89.4 peratus daripadanya terletak di luar bandar. Enrolmen bertambah 28.2 peratus, daripada 2.45 juta (1990) kepada 3.14 juta (2005). Bilangan guru sekolah rendah bertambah 58.6 peratus, daripada 120,025 (1990) kepada 190,336 (2005). Sekolah Menengah Bilangan sekolah menengah bertambah 701 (52.8%) buah, daripada 1,327 pada tahun 1990 kepada 2,028 pada tahun 2005. 60.9 peratus sekolah menengah ini terletak di bandar dan 39.1 peratus di luar ba ndar pada tahun 2005. Enrolmen bertambah 62.4 peratus, daripada 1.37 juta (1990) kepada 2.22 juta (200 5). Bilangan guru sekolah menengah bertambah 88.5 peratus, daripada 72,455 (1990) kepada 136,598 (2005). Sekolah Swasta Sekolah rendah dan menengah swasta, termasuk sekolah antarabangsa dan ekspatriat bertambah 165 (132.0%) buah, daripada 125 pada tahun 1990 kepada 290 pada tahun 2005. Enrolmen bertambah 67.1 peratus daripada 62,229 (1990) kepada 104,009 (2005). Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Sebanyak 17 sekolah rendah dan 77 sekolah menengah agama rakyat telah mendaftar di bawah KPM sebagai sekolah agama bantuan kerajaan pada tahun 2005. Enrolmen sekolah rendah sebanyak 2,702 dan sekolah menengah 23,321 pada tahun 2005.

Jadual 2.1 Bilangan Sekolah, Enrolmen dan Guru 1990 Perkara 1990 1995 2000 2005 Jumlah Jumlah Jumlah Bandar Luar Bandar Jumlah PRASEKOLAH Bilangan Sekolah KPM (Bilangan Kelas) 1,131 (1,131)* 1,131 (1,131) 1,053 (1,116) 1,055 (1,399) 2,232 (2,605) 3,287 (4,004) Tadika & Prasekolah Agensi Kerajaan Lain dan Swasta (Bilangan kelas) 6,033 8,683 (12,906) 10,884 (11,124)

2005

13,052 (22,557) Enrolmen KPM 26,000* 27,883 26,718 31,970 61,406 93,376 Agensi Kerajaan Lain dan Swasta 328,813 431,132 777,283

610,714 Bilangan Guru KPM 1,131 1,131 1,116 1,399 2,605 4,004 Agensi Kerajaan Lain dan Swasta 10,773 15,188 34,424

30,658 *Data tahun 1992

Perkara 1990 1995 2000 2005 Jumlah Jumlah Jumlah Bandar Luar Bandar Jumlah PERINGKAT RENDAH Bilangan Sekolah 6,828 6,993 7,231 2,524 5,077 7,601 SK 4,994 5,141 5,393 1,694 4,067 5,761 SJKC 1,288* 1,288 1,284

637 650 1,287 SJKT 538* 538 526 169 356 525 Khas

26 28 24 4 28 Sekolah Kurang Murid**

2,349 2,403 268 2,261 2,529 SK (SKM)

1,527 1,542 74 1,568

1,642 SJKC (SKM)

490 503 115 415 530 SJKT (SKM)

309 330 55 274 329 Khas (SKM)

23 28 24 4 28 * Termasuk sekolah tidak beroperasi ** SKM mempunyai enrolmen <150. Data SKM termasuk dalam bilangan Sekolah Rendah Enrolmen 2,447,206 2,827,627 2,933,877 1,757,795 1,379,485

3,137,280 SK 1,770,004 2,126,123 2,219,252 1,200,466 1,190,757 2,391,223 SJKC 581,082 596,341 623,343 501,922 143,747 645,669 SJKT 96,120 102,776 89,175 53,824 44,755 98,579 Khas

2,387 2,107 1,583 226 1,809 Bilangan Guru

120,025 140,430 153,767 95,932 94,404 190,336 SK 88,708 107,760 120,396 68,566 81,286 149,852 SJKC 25,475 26,028 26,949 23,563 9,415 32,978 SJKT 5,842 6,165 5,927 3,316 3,625 6,941 Khas

477

495 487 78 565 PERINGKAT MENENGAH Bilangan Sekolah 1,327 1,464 1,645 1,236 792 2,028 Harian 1,194 1,319 1,465 1,091 732 1,823 Asrama penuh 32 35 40 40 14 54 Agama 32 41 53

35 20 55

Perkara 1990 1995 2000 2005 Jumlah Jumlah Jumlah Bandar Luar Bandar Jumlah Khas 3 3 3 4

4 Vokasional 57 57 4

Teknik 9 9 80 64

26 90 Sukan

2 Enrolmen 1,366,068 1,651,684 1,998,781 1,477,562 740,317 2,217,879 Harian 1,298,712 1,555,868 1,878,063 1,373,278 697,996 2,071,274 Asrama penuh 19,317 22,664 23,996 24,830 8,224 33,054

Agama 17,348 24,187 35,133 25,089 13,975 39,064 Khas

603 664 599

599 Vokasional 24,845 42,484 1,261

Teknik 5,846 5,878 59,164 52,716 20,122 72,838 Sukan

500 1,050

1,050 Bilangan Guru 72,455 88,408 113,249 90,665 45,933 136,598 Harian 66,336 79,280 102,128 80,509 41,744 122,253 Asrama penuh 1,925 2,377 2,559 2,473 829 3,302 Agama 1,132 1,799 2,650

1,998 1,126 3,124 Khas 101 108 141 164

164 Vokasional 2,570 4,393 153

Teknik 391 451 5,498 5,365 2,234 7,599 Sukan

120 156

156 SEKOLAH SWASTA Bilangan sekolah rendah dan menengah swasta 125* 201* 251

244 Bilangan sekolah antarabangsa

29

32 Bilangan sekolah ekspatriat

10

14 Enrolmen sekolah swasta 62,229* 93,559* 82,091

91,166 Enrolmen sekolah antarabangsa

5,069

10,663 Enrolmen Sekolah Ekspatriat

1,753

2,180

Sekolah Teknik Bilangan sekolah teknik dan vokasional berjumlah 66 pada tahun 1990 dan meningka t menjadi 90 sekolah teknik (semua sekolah vokasional ditukar menjadi sekolah tekn ik) pada tahun 2005, iaitu pertambahan sebanyak 24 buah sekolah atau 73.3 peratus. Enrolmen bertambah 42.1 peratus daripada 30,691 (1990) kepada 72,838 (2005).

2.21 KPM telah dapat meningkatkan akses dan ekuiti dalam sistem pendidikan yang ditunjukkan melalui kadar penyertaan iaitu 96.0 peratus untuk sekolah rendah, 84.4 peratus u ntuk sekolah menengah rendah dan 71.7 peratus untuk sekolah menengah atas pada tahun 2005 (Ja dual 2.2). Di samping peningkatan dalam kadar penyertaan dan penyediaan akses dalam pendidikan, isu ekuiti telah diberikan perhatian, contohnya penyediaan infrastruktur asas telah disediakan di kebanyakan sekolah. Daripada jumlah keseluruhan 9,629 buah sekolah rendah dan menengah, Perkara 1990 1995 2000 2005 Jumlah Jumlah Jumlah Bandar Luar Bandar Jumlah Bilangan Guru Sekolah Swasta 2,414*

5,613

6,238 Bilangan Guru Sekolah Antarabangsa

648

1,338 Bilangan Guru Sekolah Ekspatriat

172

249 *Termasuk sekolah antarabangsa dan ekspatriat **Termasuk sekolah ekspatriat SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN Bilangan Sekolah Rendah

17 Bilangan Sekolah Menengah

77 Enrolmen Sekolah Rendah

2,702 Enrolmen Sekolah Menengah

23,321 Bilangan Guru

2,352

Jadual 2.2 Indikator Pendidikan bagi Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan 1990 2005 Indikator Pendidikan 1990 1995 2000

2005 Lokasi Bandar Luar Bandar Jumlah Kadar Penyertaan Peringkat Rendah (%) 93.2* 94.0 95.0 96.0* Kadar Penyertaan Peringkat Menengah rendah (%) 83.0 83.0 85.0 84.4 Kadar Penyertaan Peringkat Menengah atas (%) 49.1 55.8 72.6 71.7 Purata Saiz Kelas Rendah 33.2 33.5 31.4

34.1 27.9 31.0 Purata Saiz Kelas Menengah 33.6 34.4 33.8 32.4 32.1 32.3 Nisbah Guru:Murid Rendah 20.4 20.1 19.1 18.4 14.6 16.5 Nisbah Guru:Murid Menengah 18.9 18.7 17.7 16.3 16.1 16.2

* Sumber data daripada Laporan RMKe-9 dan Perangkaan Pendidikan Malaysia

hanya 767 buah atau 10.1 peratus sekolah rendah dan 28 buah atau 1.4 peratus sek olah menengah yang masih tidak dilengkapi bekalan elektrik 24 jam. 2.22 Dari segi pencapaian akademik, pelajar Malaysia menunjukkan pencapaian ceme rlang dalam kajian antarabangsa berkaitan Sains dan Matematik iaitu Trends in Internat ional Mathematics and Science Study (TIMSS) 2003. Berbanding kajian yang sama pada tahun 1999, kedudukan pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik meningkat dari tempat ke-16 ke tempat ke-10 dan mendahului 40 buah negara lain termasuk negaranegara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Bagi Sains pula, kedudukan Malaysia meningkat dari tempat ke-22 ke tempat ke-20 dan mendahului 30 buah negara lain termasuk Norway dan Itali. 2.23 KPM terus berusaha menyediakan pendidikan khas kepada orang kurang upaya (O KU). Sehingga 2005, KPM telah membina 28 buah sekolah rendah pendidikan khas dan 4 bu ah sekolah menengah pendidikan khas (Jadual 2.3). Selain itu, program pendidikan kh as integrasi juga disediakan di sekolah-sekolah harian bagi membolehkan lebih ramai OKU mendapat pendidikan formal. Program ini meningkat daripada 564 pada tahun 2000 kepada 973 pada tahun 2005 atau 72.5 peratus. Dalam tempoh yang sama, lebih ramai pelajar dapat ditempatkan iaitu daripada 10,188 kepada 18,335 atau 80.0 peratus. 2.24 Dalam tempoh 15 tahun lalu, pendidikan teknik dan vokasional telah mengalami perubahan ketara. Pada tahun 1990 hingga 1995, sekolah menengah vokasional (SMV) telah bertambah daripada 57 kepada 69 buah yang melibatkan pertambahan enrolmen 17,639 (71.0%) pelajar dan Jadual 2. 3 Bilangan Sekolah, Enrolmen dan Guru di Sekolah Pendidikan Khas 19952005 Sekolah Pendidikan Khas 1995 2000 2005 Peringkat Rendah Menengah

Rendah Menengah Rendah Menengah Bilangan Sekolah 26 3 28 3 28 4 Bilangan Kelas 268 63 298 67 288 68 Enrolmen 2387 603 2107 664 1809 599 Guru 477 108 503 141

565 164 Bilangan Program Integrasi 159* 54* 400 164 635 338 Enrolmen Program Integrasi 3379* 989* 7127 3061 11557 6778

* Perangkaan Tahun 1996 Jadual 2.4 Bilangan Sekolah, Enrolmen dan Guru Sekolah Vokasional dan Teknik 199 0 - 2005 Pendidikan Teknik dan Vokasional 1990 1995 2000 2005 Vok Teknik Vok Teknik

Vok Teknik Teknik Bilangan Sekolah 57 9 69 9 4 80 90 Bilangan Kelas 1,040 187 1,688 174 33 2,075 2,686 Enrolmen 24,845 5,846 42,484 5,878 1,261 59,164 72,838 Guru 2,570 391

4,393 451 153 5,498 7,599

lebih 1,823 (71.0%) guru (Jadual 2.4). Manakala, sekolah menengah teknik (SMT) berjumlah 9 buah dengan enrolmen hampir 5,900. 2.25 Sejajar dengan keperluan meningkatkan tenaga kerja sains dan teknikal, langkah telah diambil untuk meningkatkan bilangan pelajar yang mempunyai asas kukuh dalam Matematik, Sains dan mata pelajaran teknikal. Antara tahun 1995 hingga 2000, sebanyak 65 SMV telah ditukar menjadi SMT. Dalam RMKe-8, penstrukturan semula sekolah menengah vokasional (SMV) kepada SMT telah dilaksanakan sepenuhnya. Penstrukturan semula ini meningkatkan enrolmen SMT dan pada masa yang sama mengekalkan aliran vokasional dan kemahiran yang ditawarkan. Aliran teknikal melahirkan pelajar yang mempunyai asas kukuh dalam mata pelajaran teknikal dan sains manakala aliran vokasional dan kemahiran membekalkan pelajar dengan kemahiran asas untuk mendapatkan pekerjaan. Pada tahun 2005, terdapat 90 buah SMT dengan enrolmen 72,838. 2.26 Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastr uktur ICT. Projek Rintis Sekolah Bestari Sekolah Bestari merupakan satu Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia dan pelaksanaannya menekankan penggunaan ICT sebagai pengupaya pedagogi dan pengurusan sekolah. Projek ini dirintis pada tahun 1999 hingga 2002 di 88 buah s ekolah yang mana 82 buah adalah sekolah sedia ada dan enam buah dibina baru iaitu SMK Putrajaya 1, SK Putrajaya 1, SK Putrajaya 2, SMK Seri Bintang Utara, SK Seri Bin tang Utara dan SK Seri Bintang Selatan. Sekolah-sekolah ini dilengkapi kemudahan ICT termasuk 5,809 komputer dan 261 pelayan. Komputer digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Sist em Pengurusan Sekolah Bestari digunakan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan serta menyokong pengajaran dan pembelajaran. SchoolNet

Projek SchoolNet merupakan projek penyediaan prasarana jalur lebar untuk capaia n ke internet di semua sekolah bagi tujuan mengatasi jurang digital. Sehingga tahun 2 005, 9,285 sekolah telah dirangkaikan. Projek MySchoolNet Projek ini dilaksanakan bagi membudayakan penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran melalui pembangunan laman web yang menyediakan bahan sumber pendidikan untuk pelajar, guru dan pentadbir sekolah seperti modul pengajaran da n pembelajaran, perisian, sukatan pelajaran, berita, forum dan program kolaboratif . Makmal Pengkomputeran Projek ini menyediakan makmal komputer dan membekalkan komputer serta pelayan kepada sekolah. Sehingga 2005, sebanyak 5,037 sekolah telah disediakan makmal komputer dan dibekalkan 133,000 komputer dan 4,700 pelayan. TV Pendidikan (TVP) KPM meneruskan perkhidmatan TVP bagi membantu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebelum tahun 2000, penyiaran TVP dibuat melalui RTM menggunakan pancaran terrestrial. Mulai tahun 2000, TVP dipancarkan melalui saluran ASTRO ya ng menggunakan satelit. Rancangan TVP dibangunkan berasaskan kurikulum dan sehingga tahun 2005, sebanyak 77 program disediakan. Sebanyak 9,500 sekolah dibekalkan le bih 11,700 set televisyen.

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) PPSMI diperkenalkan pada tahun 2003 secara berperingkat dimulai dengan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 rendah. Untuk menjayakan projek ini, sekolah dibekal kan dengan komputer riba, Projektor LCD, skrin, troli, TV dan pencetak. Mata Pelajaran ICT KPM memperkenalkan mata pelajaran Information and Communication Technology, Grafik Berkomputer, Produksi Multimedia, Fundamentals of Programming, Program and Development Tools, Pemesinan Berkomputer, Aplikasi Komputer dalam Perniagaan , Animasi dan Rekabentuk Penerbitan, Penerbitan Multimedia Kreatif, Sistem Sokonga n Komputer, Sistem Sokongan Rangkaian dan Program Literasi ICT bagi memperluas literasi komputer, pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer dan memupuk insan celik teknologi, budaya kreatif dan inovatif. Latihan ICT untuk Guru Pelaksanaan ICT dalam pendidikan memerlukan guru yang berkemahiran dalam ICT. Sehubungan itu, KPM telah menyediakan pelbagai program latihan untuk meningkatka n kemahiran guru. Sehingga tahun 2005, seramai 200,000 guru telah dilatih dalam IC T. Projek Pengkomputeran Pengurusan Projek ini menyediakan sistem aplikasi dan infrastruktur ICT untuk menyokong si stem pengurusan KPM. Projek RMKe-8 meliputi Rangkaian KPMNet, Aplikasi Sistem Pentadb iran, Aplikasi Pengurusan Pendidikan, Pembangunan Sistem Penyediaan Infrastruktur, Sis tem Pengurusan Maklumat Pendidikan (EMIS) dan Sistem Pemantauan Perancangan Sekolah. Pelaksanaan Aplikasi Pendaftaran Peperiksaan atas talian dimulakan pada tahun 20 03 bagi mempercepatkan proses pendaftaran peperiksaan. JURANG PENCAPAIAN PENDIDIKAN 2.27 Walaupun banyak kejayaan telah dicapai, tetapi dengan cabaran dan keperluan baru terhadap pendidikan, masih banyak yang perlu diperjuangkan dan pelbagai usaha pe rlu dipertingkatkan. Antara isu yang masih dihadapi oleh KPM ialah: Penyediaan bekalan elektrik belum mencukupi khususnya di sekolah luar bandar 767 (10.1%) sekolah rendah tiada bekalan elektrik 24 jam 28 (1.4%) sekolah menengah tiada

bekalan elektrik 24 jam Terdapat jana kuasa yang tidak perkakasan komputer sekolah menggunakan elektrik berkuasa rendah dapat digunakan untuk ICT seperti TV dan

Penyediaan bekalan air bersih belum disediakan sepenuhnya terutama di sekolah luar bandar 1,517 (20.0%) sekolah rendah tiada bekalan air awam 68 (3.4%) sekolah menengah tiada bekalan air bersih awam Penyediaan bilik darjah belum mencukupi dan bilangan sekolah dua sesi masih tinggi 68 (0.7%) sekolah rendah dan menengah menumpang sepenuhnya di sekolah lain 858 (11.3%) sekolah rendah masih mengamalkan dua sesi 748 (36.9%) sekolah menengah mengamalkan dua sesi Bangunan sekolah yang lama (melebihi 30 tahun) memerlukan penyelenggaraan yang tinggi 5,951 (78.3%) sekolah rendah berusia lebih 30 tahun

870 (42.9%) sekolah menengah berusia lebih 30 tahun Kemudahan bilik/ makmal sains masih belum disediakan sepenuhnya 1,639 (21.6%) sekolah rendah tiada bilik sains 25 (1.2%) sekolah menengah tiada makmal sains Kadar penyertaan pelajar dalam sistem persekolahan KPM masih rendah di peringkat menengah 84.4 peratus penyertaan di peringkat menengah rendah 71.7 peratus penyertaan di peringkat menengah atas Masih ada murid sekolah rendah yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) Lebih 115,000 (7.7%) murid Tahap 1 sekolah rendah belum menguasai 3M pada tahun 2004 Wujud keciciran (meninggalkan sistem persekolahan KPM) di kalangan murid Pada peringkat pendidikan rendah, kadar keciciran sebanyak 1.9 peratus di bandar dan 1.2 peratus di luar bandar bagi kohort 1999 hingga 2004 Pada peringkat menengah, kadar keciciran 9.3 peratus di bandar dan 16.7 peratus di luar bandar bagi kohort 2000 hingga 2004 Penyertaan dan pencapaian pelajar kurang upaya, anak Orang Asli dan Penan di Sarawak masih belum boleh dibanggakan Guru terlatih dalam bidang kritikal (Matematik dan Sains) belum mencukupi khususnya di kawasan pedalaman serta masih terdapat guru kontrak dan tidak terlatih 15,444 (8.1%) guru kontrak dan tidak terlatih di sekolah rendah 2,893 (2.1%) guru kontrak dan tidak terlatih di sekolah menengah Isu-isu lain dalam sistem pendidikan termasuklah: Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan;

Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri; Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza; Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya; Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad; Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebab kan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan; Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan; dan Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu. PENUTUP 2.28 Sistem pendidikan memerlukan perubahan daripada pendekatan satu saiz untuk s emua kepada pendekatan yang lebih bertepatan dengan keperluan setempat dan masyarakat sekitar. Jurang pendidikan yang masih ketara akan dikurangkan dengan menyediakan keperluan asas (di mana perlu) secara berterusan. Pada waktu yang sama, bagi ber depan dengan cabaran era globalisasi, KPM juga perlu merancang untuk melonjakkan siste m pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi.

You might also like