Professional Documents
Culture Documents
Seni 3 Dimensi
Seni 3 Dimensi
Tahukah anda bahawa hasilan seni berupa dua dimensi dan tiga dimensi? Apakah objek dua dimensi dan objek seni tiga dimensi? Topik ini menyentuh bidang yang ketiga dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah KBSR. Ia menekankan kepada pemahaman dan penguasaan objek-objek seni tiga dimensi. Objek tiga dimensi bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Di dalam menghasil objek yang bersifat tiga dimensi ini, penstrukturan reka bentuknya perlu dirancang dan perhalusi agar hasilannya nanti menepati spesifikasi yang dikehendaki. Hasilan yang wujud daripada membentuk dan membuat binaan ini dikenali sebagai objek maujud, iaitu objek nyata dan boleh dipegang. Justeru itu ia mempunyai ciri-ciri binaan seperti bentuk, jalinan, besar, kecil, licin, kesat, keras, lembut dan lain-lain. Proses membentuk dan membuat binaan melalui proses imaginasi oleh pelukis dan seterusnya diterjemah dalam bentuk lukisan, distruktur dan akhirnya proses pembinaan objek tersebut.
Rajah 1.1: Arca ikon bulu tangkis karya Claes Oldenburg dan Coosje van Bruggen di hadapan Muzium Nelson-Arkins, bandar raya Kansas Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain. Ruang yang sedemikian berkaitan dengan bentuk yang diperagakan untuk membentuk satu kesatuan imej. Dari segi perspektifnya ia boleh ditunjukkan dengan objek di hadapan lebih besar dan semakin kecil apabila ia terletak semakin jauh. Ruang juga boleh digambarkan melalui penggunaan warna yang terang bagi objek yang dekat dan kelihatan semakin kabur pada objek yang terletak semakin jauh. Ruang mungkin terdiri jenis nyata dan jenis tampak. Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit seperti arca, seni bina, barangan domestik, objek buatan manusia dan objek alam. Ruang tampak ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan, catan, cetakan, montaj, kolaj dan sebagainya.
LATIHAN 1.1
Mengapakah ruang menjadi kriteria yang sangat penting dalam peragaan arca?
Rajah 1.6:Tahap perkembangan kreativiti menurut Viktor Lowenfeld Bagaimana untuk Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak?
1.3.2 Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan Membuat penerokaan dan eksperimen bahan dilakukan untuk memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya. Sering kali dalam proses ini kita akan mengesan kerangka objek binaan di samping memilih bahan yang memperkukuh binaan tersebut. Apabila kita membuat model kucing, dawai halus digunakan untuk membina kerangka bentuk manakala papier mache diaplikasi untuk membentuk sifat fizikal kucing itu. Bahan tambahan lain yang berupa guli digunakan untuk mata kucing, tali tangsi untuk misai dan berus sabut untuk ekor kucing. Proses membuat dan membina model kucing ini perlu dilakukan mengikut tertib dan pemeringkatan kerja yang teliti. Apapun yang akan dihasilkan dalam bidang membentuk dan membuat binaan perkaraperkara berikut akan menjadi tema atau hal subjek yang penting. a. Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran Objek-objek ciptaan Tuhan seperti flora dan fauna menjadi sumber utama dalam menghasilkan karya. Selain itu, objek domestik seperti cawan, piring, pinggan senduk, pisau, meja dan sebagainya juga dijadikan rujukan dalam berkarya. Kesemua objek yang menjadi tema atau hal subjek ini dikaji dari segi dinamik fom, kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk.
LATIHAN 1.2
Mengkritik secara keterlaluan sering kali akan mematahkan semangat pelajar untuk terus berkarya. Bagaimanakah perkara ini boleh diatasi agar pengajaran dan pembelajaran dalam membentuk dan membuat binaan tidak bermasalah?
b. Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda pelukis yang akhirnya menzahirkan ilham atau idea untuk mencipta. Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis. Menurut Sigmund Frued dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya. Menurut Frued lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi atau penggerak minda dalam berkarya.
c. Aliran dan Tema Sejagat Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan kekerapan manusia mengambil hal benda yang sering diperkatakan. Contohnya; membuat wau lazimnya dikaitkan dengan unsur kosmos seperti bulan, matahari bintang dan sebagainya. Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengujudkan satu kekaguman. Wujudnya Non-objective art, Minimal art misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima rintangan.
d. Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain merupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Pada bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas, basikal, kereta, kereta api malah jambatan dan objek-objek gunaan lain yang mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Idea datang dari soal desakan untuk mengguna di samping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya.
LATIHAN 1.3
Tema dalam menghasilkan karya sering kali berkaitan dengan alam semula jadi dan kosmos. Mengapa? Bagaimana Perkembangan dan Penghalusan Idea dalam Bidang Membentuk dan Membuat Binaan Berlaku? a. Pemerhatian dan Kajian Visual Pemerhatian dan kajian visual dapat dilakukan dari kesedaran dan kualiti tampak yang tinggi. Ia dilakukan melalui kajian yang terperinci mengenai alam dan fenomenanya. Menurut Frank Barron dan Irvin Child, artis mempunyai keupayaan tinggi untuk melihat, memerhati, mentafsir, mengurus maklumat visual berbanding bukan artis. Norman Meier (1930) pula mengatakan bahawa artis boleh menyelesaikan pelbagai kemahiran-kemahiran seni. Begitu juga mengikut J.P. Guilford, artis dapat menyesuaikan diri dan menggunakan media biasa berbanding dengan tukang dan pereka bentuk.
b. Perubahan Cara Bekerja Pelukis tidak hanya menggunakan satu teknik dan kaedah. Jika selama ini artis menggunakan satu kaedah sahaja, dia seharusnya mengubah kepada kaedah lain untuk mendapatkan keunikan penghasilan. Membuat percubaan yang tidak putusputus akan mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan.
c. Penerokaan Simbol dan Makna Pelukis akan mencari dan mengkaji ilham-ilham baru. Penerokaan yang tidak henti-henti akan menemukan dapatan yang lebih kreatif dan bermakna. Amalan membuat penyelesaian masalah, membuat inkuiri penemuan akan lebih memaknakan lagi hasil penerokaan kajian.
Membuat Penerokaan dan Eksperimentasi Bahan Selain daripada alat dan media yang telah dinyatakan dalam bahagian di atas, beberapa pertimbangan lain perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan membuat binaan, antaranya: 1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula.
2. Benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya.
3. Benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak-kotak, tisu, gam dan sebagainya.
4. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerusi yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti ada fungsi dan makna. Bagaimanakah cara ini dapat dilakukan? 1. Memerhati, mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek.
2. Memerhati dan menyentuh bentuk benda alam dan benda buatan manusia.
3. Memerhati dan menyatakan perbezaan dan persamaan sifat bahan melalui deria pendengaran.
4. Memerhati pelbagai jenis bentuk barangan buatan manusia untuk kegunaan harian, permainan dan peragaan.
5. Memerhati dan memahami bahawa sesuatu objek itu memenuhi ruang sebenar.
Rajah 1.8: Model lembu,bekas pensil dan model kucing dibina dan dibentuk
menggunakan paper mashe 1.3.3 Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga Dimensi
1. 2. 3. 4. 5. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan. 6. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan. 7. Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar. 8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan. 9. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan. 10. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya. 11. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan. 12. Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut fungsi.
3. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik.
4. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen.
5. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.
6. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh.
Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada beberapa kriteria penghasilan. Secara yang paling asas ia berkaitan dengan: 1. Kesesuaian topik, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat dan bahan. 2. Membuat tumbnail-print sebagai tindakan mengawal dan mengawas urusan membuat. Segala lakaran ini mengambil kira dari segi kesesuaian objek. 3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia mengikut keperluan bahan dan alat yang menjadikan urutan kerja berjalan lancar dan terancang.
4. Pilih teknik membuat yang sesuai. Bagi teknik topeng misalnya, kaedah tampalan mungkin dianggap paling dominan dan sesuai. Lakukan pemeringkatan penghasilan topeng ini dengan teliti dan teratur. 5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Bagi penggunaan pahat dalam konteks menghasil arca luakan berasaskan kayu perlu diawasi dari cara memegang, pilihan saiz pahat, arah pergerakan mata pahat di samping kekuatan dan kadaran pukulan berbantukan tukul kayu. 6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik. 7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manikmanik sering kali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. Pilih keserasian bahan penyudah atau bahan kemasan untuk penampilan yang anggun. 8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.
LATIHAN 1.4
Topeng adalah satu daripada kegiatan membentuk dan membuat binaan. Terangkan proses penghasilan membuat topeng hingga ke peringkat kemasan.
LATIHAN 1.5
Topeng adalah satu daripada kegiatan membentuk dan membuat binaan. Terangkan proses penghasilan membuat topeng hingga ke peringkat
kemasan.