Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Peristiwa al-Raji'

(sariyahAmru bin Umaiyah) Padabulan Safar tahun keempat Hijrah,sekumpulan dari qabilah Udhal dan Qaarah telah dating menemui Rasulullah (s.a.w) dengan menceritakan bahawa terdapat di kalangan mereka individu-individu yang menganut Islam, di sini mereka telah memohon dari Rasulullah untuk mengirim orang-orang yang boleh mengajar mereka akan agama Islam dan al-Quran. Dengan itu Rasulullah (s.a.w) pun menghantar bersama-sama mereka enam orang manakala riwayat Ibnu Ishak dan al-Bukhari menyebut pengutusan itu adalah seramai sepuluh orang.Baginda melantik Mirthad bin Abi Mirthad al-Ghanawi sebagai Amir perutusan itu. Namun Ibnu Ishak dan al-Bukhari menyebut bahawa Amir yang dilantik itu adalah Asim bin Thabit,datuk kepadaAsim bin Umar bin al-Khattab.Apabila mereka sampai di tempat bernama al-Raji'(kawasan air qabilah Huzail di sebelah al-Hijaz yang terletak di antara Rabigh dan Jeddah),Qabilah Udhal dan Qaarah yang bersama perutusan Rasulullah itu telah memanggil satu qabilah dari Huzail untuk mcnyerang orang Islam. Qabilah ini dikenali sebagai Banu Lahyan.Perutusan Islam ini telah diburu oleh sekumpulan pernanah seramai seratus orang sehingga mereka sempat mengepung pendakwah Islam itu.Ini menyebabkan Perutusan Islam terpaksa lari menyelamatkan diri ke kawasan bernama FadFad. Orang Islam telah diberi jaminan dengan kata mereka: Kami berjanji dengan kamu, sekiranya kamu singgah bersama kami, kamu tidak akan dibunuh walau seorang pun.Namun Asim enggan menurut tawaran mereka itu, malah beliau bersama sahabatnya terus melawan mereka.Perlawanan itu menyebabkan tujuh orang terbunuh dengan lontaran panah musuh, hanya tinggal Khubaib dan Zaid bin al-Dathnah dan seorang lelaki lain dan sekali lagi musuh mereka menawar janji mereka, tetapi musuh tetap musuh.Perutusan Islam dikhianati dan diberkas dengan tali-tali panah, maka berkata lelaki yang ketiga: Ini adalah pengkhianatan pertama. Beliau enggan mengikuti mereka, menyebabkan mereka terpaksa mengheretnya dan memaksa beliau mengikuti mereka,namun beliau tetap enggan.Akhirnya,beliau dibunuh di tempat itu. Dengan itu,puak musuh membawa Khubaib dan Zaid lalu mereka dijual di pasar Makkah.Mereka berdua ini telah membunuh pembesarpembesar Makkah di dalam peperangan Uhud.Khubaib tinggal di Makkah di dalam kurungan.Pihak musuh berazam untuk membunuh beliau maka beliau dibawa keluar dari tanah haram ke Tanaim untuk disalib.Semasa hendak disalibkan,beliau meminta untuk bersembah yang dua rakaat,lalu mereka pun membenarkan Khubaib melaksanakan permintaannya itu dengan bersolat dua rakaat.Setelah member salam,beliau berkata: Demi Allah kalau tidak kamu menyangka yang aku ini takut mati, nescayaku perpanjangkan sembahyangku itu, kemudian beliau berdoa: Ya Allah ya Tuhanku! Musnahkanlah mereka kesemuanya, bunuhlah mereka sehabis-habisnya, dan jangan tinggal seorang pun dari mereka". Sambung beliau dalam madahnya:

Kalian gerombolanmerekamengelilingidaku Kalian gerombolanmerekamengelilingidaku Kalian qabilahmerekasepakatimenghantamdaku Kalian qabilahmerekasepakatimenghantamdaku Seluruhanakdanisterimerekadekati Seluruhanakdanisterimerekadekati Keseorangandaku di pepohontinggidiikati Keseorangandaku di pepohontinggidiikati Hanyapada Allah kumengadunansengsara Hanyapada Allah kumengadunansengsara Kesepakatanmerekamembunuhdaku Kesepakatanmerekamembunuhdaku Tuhanperkasaberikandakukesabaran Tuhanperkasaberikandakukesabaran Buatmenghadapiakibatangkara, Buatmenghadapiakibatangkara, Dagingkumerekakerjakan Dagingkumerekakerjakan Harapankuberkecaimusnah Harapankuberkecaimusnah Merekamenawarkekufurandanmatipadaku Merekamenawarkekufurandanmatipadaku Tiada air matakumenangis Tiada air matakumenangis Pedulitiada, yang pastibiarmatikumuslim Pedulitiada, yang pastibiarmatikumuslim Pada Allah kupasrahpenuhyakin Pada Allah kupasrahpenuhyakin Anggotakupasti Allah memberkati Anggotakupasti Allah memberkati Biarterputuskemanapergi Biarterputuskemanapergi

Sebelum beliau dibunuh,Abu Sufian telah menyoal beliau: "Suka tak kamu kami memenggal leher Muhammad di sini dan kau dibebaskan"? Jawab beliau: "Demi Allah! Tidak sekali-kali akan senang bagiku kiranya aku bebas dipangkuan keluarga sedang Muhammad ditempatnya walaupun dengan hanya Baginda tertikam sebatang duri". Setelah itu mereka pun terus mensalib beliau, dan diperintah orang tertentu mengawal jenazahnya.Namun di malam hari,Amru bin Umaiyah al-Dhamri telah dating dengan cara bersembunyi,dan dengan helah,beliau telah membawa jenazah Khubaib keluar dari situ untuk dikebumikan. Orang yang dipertanggungjawabkan membunuh Khubaib ialah Uqbah bin al-Harith.Sebenarnya Khubaib telah membunuh bapanya yang kafir di dalam peperangan Badar. Mengikut hadith sahih bahawa Khubaiblah orang yang memulakan sembahyang sunat dua rakaat sebelum pembunuhan.Namun yang ganjilnya, para hadirin di hari pembunuhannya telah melihat beliau sedang memakan setangkai buah anggur sedangkan di Makkah masa itu buah tamar pun tidak ada.Disamping itu,Zaid al-Duthnah telah diburu oleh Safwan bin Umaiyah dan dibunuhnya sebagai menuntut bela di atas pembunuhan ayahnya.

Pihak Quraisy telah mengirim orang-orangnya untuk mengambil sebahagian dari anggota badan Asim untuk dikenalpasti, kerana Asim sebelum ini telah membunuh salah seorang pembesar Quraisy dalam peperangan Badar, tetapi Allah telah menghantar sekumpulan tebuan yang menjaganya.Dengan itu,mereka tidak dapat melakukan tugas kotor mereka terhadap mayat syahid itu.Sebelum ini Asim telah memohon dari Allah supaya badan beliau tidak disentuhi oleh musyrikin dan tidak pula beliau mahu menyentuh musyrikin.Setelah berita itu di dengar olehAmru,maka beliau berkata: Allah akan memelihara seorang mukmin sebagaimana Allah memeliharanya semasa hidup. # Ahli sirah ada menyebut berkenaan sariyah Amru bin Umaiyah al-Dhamari bersama Salamah bin Abi Salamah di bulan Syawal tahun keenam (6) Hijrah.Beliau telah kesana untuk membunuh Abu Sufian, kerana Abu Sufian telah mengutus dan mengupah seorang Arab Badwi untuk membunuh Rasulullah, namun kedua pihak tidak berjaya samada yang ke Makkah atau yang ke Madinah. Ahli sirah menyebut bahawa Amru dapat membawa pulang badan Khubaib yang mati syahid.Seperti yang diketahui, Khubaib syahid selepas peristiwa al-Raji' beberapa hari atau bulan, al-Raji' berlaku di bulan Safar tahun keempat (4) Hijrah.Saya tidak pasti apakah ahli sirah keliru di antara dua perjalanan?Atau apakah kedua kejadian (kejadian syahid Khubaib dan perjalanan Amru, berlaku dalam satu masa iaitu pada tahun empat (4) Hijrah.Al-Allamah al-Mansurfuri menolak pendapat yang mengatakan perjalanan Amru ini adalah sariyah peperangan atau serangan.WaAllahua'lam.

You might also like