Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Teks Juruacara : Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Mejar Mohd Fuad bin Hj Sharif Penolong Pengarah, Jabatan Pertahanan

Awam Malaysia, Negeri Selangor. Semua hadirin diminta berdiri. Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita mengumandang suara untuk menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah bersama iringan muzik. Semua hadirin diminta bersedia. ( lagu dimainkan PA System ) Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk. Ulik Mayang nyanyian asli Dilagu sigadis merdu sekali Terima Kasih sekalung budi Sudi datang ke majlis merai. Dipersilakan adik Alia Izatie Mohd Adnan untuk menyerahkan bendera Malaysia kepada tetamu kehormat kita sebagai simbolik bermulanya program sambutan kemerdekaan. Tunggu 2 orang pengawas bawa bendera untuk disampaikan kepada tetamu Jalur Gemilang serahan hati Tanda ingatan kekal abadi Biar padu seteguh jati Budaya kita junjungan budi Bagi meneruskan aturcara majlis, dipersilakan Cikgu Saharuddin Abdullah bagi mengemudi program seterusnya. Dipersilakan. Terima kasih saudara pengacara majlis. 1. KATA ALU-ALUAN. Yang Berusaha, Pn Hajjah Noor Hayati binti Sarbini Pengetua SMK Sijangkang Jaya Yang Berusaha Tuan Haji Zulkefli bin Mat Taib, Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya dan AJK PIBG Yang Berbahagia, Tokoh Undangan Khas Mejar Mohd Fuad bin Hj Shariff Penolong Pengarah, Jabatan Pertahananan Awam Malaysia (JPAM), Negeri Selangor, Darul Ehsan. Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan, Pn. Ramlah bt Hj Hashim - PK Pentadbiran. En. Kowangid bt Taufik - PK Hal Ehwal Murid.

Pn. Zaleha bt Selamat - PK Kokurikulum Yang Dikasihi, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-Guru Cemerlang serta Rakanrakan guru seterusnya putera dan puteri yang menjadi tiang negara dan harapan bangsa yang disayangi. Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, Salam Keilmuan dan salam 1 Malaysia.

Ceria wajah dalam majlis Hati berkobar, semangat dibawa Sambutan merdeka penyeri majlis Sematkan gagah di dalam jiwa Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan SMK Sijangkang Jaya 2011. Samasamalah kita memanjatkan setinggi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kita sama-sama berhimpun dan menyatukan tekad di dalam majlis ini dengan penuh kedamaian dan keamanan. Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara ini berada dalam kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup bersama . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik .

2. DOA Anugerah di kecap si anak watan Mengangkat senjata bidalan suara Menadah tangan memohon keberkatan Mendapat restu hidup sejahtera Untuk memberkati majlis, dengan sukacitanya dijemput Al Fadhil Ustaz Zahari bin Mamat untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan DOA Terima kasih kepada Ustaz Zahari bin Mamat atas bacaan doa sebentar tadi.

3. MEMBACA PERUTUSAN. 3.1. Perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia. Pepatah-petitih Adat Melayu Warisan amalan sejak dahulu Pohon keizinan barang sewaktu Ucapan Perdana Menteri mohon didahulu Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn Ramlah bt Hj Hashim, PK Pentadbiran, SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan perutusan Perdana Menteri.. Dengan segala hormatnya dipersilakan. UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

3.2. Perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia Tuah tersenyum pada Si Teja, Duduk bersimpuh sambil bersila, Kain ditenun bersama reja, Ucapan PK HEM hormat dipersila, Seterusanya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha, En Kowangid bin Taufik PK HEM, untuk menyampaikan perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia. Dengan segala hormatnya dipersilakan UCAPAN Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan perutusan sebentar tadi

4. UCAPAN PENGETUA Pahlawan Melayu Gagah Perkasa, Musuh datang habis dibasmi, Tuan sudah diberi kuasa, Sudilah kira, pohon merasmi Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn Hajjah Noor Hayati bt Sarbini, Pengetua SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Sambutan Merdeka Raya bagi tahun 2011. UCAPAN Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Puan Pengetua sebentar tadi. Hadirin yang dikasihi. Tak Kenal Maka Tak Cinta Tak Didayung Perahu Masakan Sampai Di seberang Tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya Tak diperkenalkan tetamu, sudah tentu jiwa tertanya-tanya Izinkan saya untuk memperkenalkan tetamu undangan kita pada pagi ini. Nama beliau ialah Mejar Mohd Fuad bin Hj Shariff. Anak jati Kg Sijangkang Batu 1. Seorang motivator yang boleh membakar semangat dan melunturkan jiwa berkerak yang kental. Pernah bertugas sebagai guru di SMK Pandamaran Jaya. Bersara 3 tahun lepas ketika usia beliau 58 tahun. Oleh kerana berminat untuk berbakti kepada masyarakat, beliau meneruskan perkhidmatan sukarela dalam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Kini beliau memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Negeri Selangor. Sewajarnya, pada pagi ini kita menjemput berkongsi pengalaman bagaimana untuk kita menghayati erti kemerdekaan untuk membangunkan Negara tercinta ini.

5. Ucapan Tokoh Undangan. Tuah tersenyum pada Si Teja,

Duduk bersimpuh sambil bersila, Kain ditenun bersama reja, Tetamu jemputan hormat dipersila, Dengan segala hormatnya dipersilakan Mejar. Mohd Fuad bin Hj Shariff, Penolong Pengarah, JPAM Negeri Selangor untuk menyampaikan pidato yang bertajuk Penghayatan Kemerdekaan untuk Membangunkan Negara Tercinta. Mohon dijemput menyampaikan pidato. UCAPAN Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pidato yang sangat bermakna itu tadi (Tunggu sehingga tetamu duduk) Hadirin yang budiman, Meneruskan majlis, saya dengan penuh hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Pengetua untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia En Mohd Fuad bin Hj Shariff ke atas pentas untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenag pertandingan yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan. Dipersilakan (Baca senarai nama pemenang pertandingan)

5. PENYAMPAIAN CENDERA HATI. Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi, kita kenangkan jasa. Sebagai tanda kenangkenangan, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusha Puan Pengetua, SMK Sijangkang Jaya untuk menyerahkan tanda hati setulus rasa kepada Yang Berbahagian, Mejar Mohd Fuad bin Hj Shariff. Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian Yang Berusaha, Puan Pengetua menyempurnakan penyampaian cenderahati. Seterusnya dijemput semua tetamu dan puan pengetua ke bilik jamuan. 6. PERSEMBAHAN MULTIMEDIA VIDEO KEMERDEKAAN (MULTIMEDIA SEKOLAH BERSEDIA) Hadirin dan Hadirat. Sama-sama kita saksikan rentetan peristiwa suka duka kemerdekaan Negara tercinta. Persembahan Multimedia Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan multimedia sebentar tadi. 7. PERSEMBAHAN PELAJAR. Terbang tinggi si burung helang Berkicau kenari sambil berterbangan Insan cemerlang Negara terbilang Bakat diserlah tanda kecemerlangan. 7.1. Persembahan Sajak. Persembahan Pelajar pada pagi ini dimulakan dengan mempersilakan pendeklamator adik

Norkiasatina bt Mohd Husaini (4SN1) dengan sajak yang bertajuk Pasca Merdeka . Dengan takzimnya dipersilakan. Sajak dengan iringan muzik Terima kasih daun keladi, lain kali buat persembahan lagi. Hebat dan sangat bermakna deklamsai yang disampaikan oleh adik Norkiasatian itu tadi. 7.2. Nyanyian Kumpulan. Seterusnya kita serikan lagi majlis ini dengan mendengar alunan suara nyanyian Kumpulan Anak Gemilang dari Tingkatan Lima dengan lagunya yang bertajuk Semangat Yang Hilang. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kumpulan Anak Gemilang atas persembahan itu tadi 7.3. Nyanyian Solo. Majlis diteruskan dengan mempersilakan Adik Aina (4 PA) untuk menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk Pahlawanku. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada adik Aina. 7.4. Persembahan Nyanyian Kumpulan Skyscrapper. Hadirin yang dihormati. Dengan tajuk lagu Saya Anak Malaysia dipersilakan kumpulan Skyscrapper (Tingkatan 3) untuk membuat persembahan mereka. Terima kasih kepada kumpulan Skyscrapper atas persembahan mereka tadi. 7.5. Persembahan Pantun. Untuk Halwa telinga seterusnya, marila sama-sama kita saksikan acara berbalas pantun yang akan dipersembahkann oleh adik Rusyaidatul Nurin Balqis bt Rusli bersama dengan Adik Aimi Najwa bt Rashid dari tingkatan 3 Amal Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Yang kurik itu kendi Yang merah itu saga Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa Terima kasih atas persembahan itu tadi 7.6. Persembahan Koir. Dengan paduan suara pelajar tingkatan 4 Sains 1 dan 4 Sains 2, marilah sama-sama kita hayati persembahan koir dengan lagu medley mereka Muhibbah dan Nyalakan Tekad. Dipersilakan. Terima kasih atas persembahan yang hebat dan bersemangat itu tadi. Hadirin yang dihormati, Pujangga Melayu berbicara, Berdayung sampan telah tiba di seberang, Menuruni lurah, telah sampai di kaki bukit Setiap permulaan, pasti ada pengakhirannya Mengakhiri majlis kita, pada pagi yang gemilang ini. Marilah kita sama-sama menyanyikan rangkaian lagu-lagu patriotik iaitu Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan

Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia. Mohon dinyanyikan dengan penuh semangat. Selepas itu, laungan merdeka akan diketuai oleh Cikgu Hashim bin Ahmad. Dengan laungan merdeka itu tadi, maka berkahirlah majlis sambutan merdeka kita pada pagi ini. Selepas ini kita akan ke program fasa 2 iaitu Program Sambutan Hari Raya. Jika terdapat kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi tutur bicara, lenggok bahasa dan tingkah laku sepanjang program berlangsung, sejuta kemaafan dipinta. Tenang-tenang air di kali Tempat mandian putra puteri Sempurna sudah majlis dirai Salah dan silap harap dimaafi Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, Wabillahi Taufik Walhidayah. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

You might also like