Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PM3311 2011

5.0 Sejarah Perkembangan Ejaan Rumi Bahasa Melayu

5.1

Ejaan Wilkinson.

Sistem Ejaan Rumi Wilkinson yang digunakan secara rasmi di semua sekolah-sekolah umum adalah sama dan seragam dengan yang digunakan dalam semua kamus dan penerbitan karya Wilkinson sendiri yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir 1940-an. Pedoman ejaan Rumi Wilkinson adalah berdasarkan kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang disusun oleh beliau pada tahun 1903. Wilkinson mengambil pendekatan transliterasi daripada Jawi kepada Rumi sebagai kaedah perumian bunyi-bunyi melayu. Wilkinson menyebut bahawa ada dua sistem yang logis bagi perumian bahasa Melayu. Sistem yang pertama ialah perumian secara harafiah menurut ejaan manakala sistem yang kedua pula ialah perumian secara fonetik menurut sebutan sesuatu kata. Yang dimaksudkan secara harafiah ialah pengambilan huruf-huruf Jawi yang membentuk sesuatu kata dan memadankannya dengan huruf-huruf Rumi tertentu yang diterima. Kebaikan kaedah harafiah adalah kerana ia dapat menjurus kepada keseragaman dengan maksud mengurangkan kaedah tersendiri seseorang penulis manakala kelemahannya adalah kerana sistem vokal bahasa Arab tidak cukup untuk disepadankan dengan bunyi-bunyi vokal Melayu. Kelemahan kaedah fonetik pula adalah kerana sebutan bahasa Melayu berbeza-beza menurut sesuatu tempat.

13

PM3311 2011 5.2 Ejaan Zaba. Sistem Ejaan Rumi Zaba muncul apabila Pendita Zaba telah membuat perubahan kepada sistem Ejaan Wilkinson. Sistem ini juga dikenali sebagai Ejaan sekolah. Sistem ini digunakan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu. Sistem ejaan Rumi Zaba daripada satu segi memperlihatkan kaedah penggunaan lambang huruf yang beraneka ragam yang mengakibatkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan penulisan sehari-hari dalam semua urusan yang menggunakan tulisan Rumi. Penggunaan Sistem Ejaan Rumi Zaba menjadi bertambah sukar kerana adanya pengejaan kata yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1903) dan beberapa sistem ejaan Rumi yang lain yang digunakan di dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa dan dwibahasa yang terbit serta tersebar semenjak tahun 1920-an. Kesan daripada kelemahan sistem-sistem yang ada dan cara penggunaan yang beragam-ragam itu telah mendorong beberapa pihak tertentu menampilkan beberapa sistem baru ejaan Rumi dalam tempoh tahun 1940 hingga 1959. Tiga percubaan yang mendapat perhatian ialah aturan ejaan Rumi yang dikenal sebagai Ejaan Rumi Fajar Asia (1943), Ejaan Kongres (1956) dan Ejaan Rumi PBMUM (1959). Ejaan Rumi Selepas Ejaan Zaba. Ejaan Rumi Fajar Asia.

5.3 5.31

Ejaan Rumi yang dikenal sebagai Ejaan Fajar Asia adalah kaedah ejaan yang terpakai dalam majalah dwi mingguan Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura bermula pada tahun 1943 di bawah Zainal Abidin bin Ahmad sebagai ketua pengarang. Grafem yang digunakan dalam Fajar Asia menunjukkan sedikit perbezaan sahaja daripada yang terdapat dalam Sistem Ejaan Wilkinson dan Sistem Ejaan Zaba.

14

PM3311 2011 Sistem Ejaan Fajar Asia dapat dikatakan percubaan yang pertama dalam usaha menyatukan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan ejaan Rumi bahasa Indonesia seandainya dipandang daripada sudut pengejaan kata dan penulisan keharmonian vokal.

5.32

Ejaan Kongres.

Ejaan Kongres adalah sistem ejaan Rumi bagi bahasa Melayu yang dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956. Perkara ini dirumuskan atas empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi iaitu:

Ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah disatukan atau disamakan. Peraturan ejaan hendaklah mudah; dan untuk ini maka sistem fonoloji diterima sebagai sistem yang lebih baik daripada sistem fonetik dan satu fonom hendaklah digambarkan dengan hanya satu tanda (huruf) saja.

Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang satu dan semacam. Kata-kata dari bahasa-bahasa asing hendaklah disusunkan

pengejaannya dengan hukum-hukum fonoloji Melayu.

5.33

Ejaan Rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (Pbmum).

Kaedah Ejaan Rumi PBMUM ialah sistem ejaan yang digunakan dalam penerbitan jurnal Bahasa yang diterbitkan oleh PBMUM bermula pada tahun 1959. Kaedah PBMUM bukanlah suatu kaedah ejaan rasmi yang diperakukan tetapi merupakan suatu percubaan lanjutan ke arah penyatuan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia kerana sistem ini hampir menyamai Ejaan Fajar Asia dan Ejaan Soewandi.

15

PM3311 2011

5.34

Ejaan Rumi Baharu (ERB).

Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya. Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip-prinsip linguistik, ekonomi, kesederhanaan, kejelasan dan fleksibiliti serta taraf standardisasi yang tinggi dan lebih nyata berbanding dengan sistem-sistem yang terdahulu. Ejaan Rumi Baharu tidak syak lagi merupakan wahana yang cukup mudah dan cekap bagi penulisan Rumi bahasa Melayu di rantau ini untuk beberapa dasawarsa yang akan datang.

16

You might also like