Kesan Penebangan Pokok Terhadap Alam Sekitar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kesan penebangan pokok terhadap alam sekitar

1. Manusia menebang hutan untuk pelbagai tujuan seperti pembalakan, pembinaan jalan raya, petempatan, perlombongan, dan pertanian. 2. Kegiatan ini akan mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan air. 3. Apabila berlaku hujan lebat, ketiadaan cengkaman akar dan litupan pokok akan melemahkan struktur tanih. Keadaan ini akan mempercepat proses hakisan. 4. Tanih yang dihakis akan dibawa oleh aliran air hujan dan dimendapkan di sungai. Akibatnya dasar sungai menjadi cetek dan banjir mudah berlaku semasa hujan lebat. 5. Bahan-bahan terhakis ini akan menyebabkan pencemaran air yang boleh mengancam hidupan akuatik. 6. Penebangan pokok yang dilakukan dengan giat di kawasan pembalakan telah menyebabkan kepupusan spesies pokok-pokok yang berharga. Contohnya, cengal, jelutong, meranti, dan balau. 7. Penebangan hutan di kawasan tanah tinggi akan mengurangkan kawasan tadahan air dan seterusnya dan menimbulkan masalah krisis air. 8. Kesan penebangan hutan tanpa kawalan menyebabkan pelbagai hidupan liar diancam kepupusan kerana kehilangan habitat semula jadi dan sumber makanan. 9. Penebangan hutan menyebabkan berlakunya peningkatan suhu kawasan setempat kerana tiada lapisan kanopi yang menghalang pancaran matahari daripada sampai ke tanah. 10. Selain itu, kelembapan udara rendah kerana tiada proses transpirasi oleh tumbuhan.

Kegiatan pertanian terhadap alam sekitar

1. Penggunaan bahan-bahan kimia seperti baja kimia, racun serangga, dan racun rumpai yang berlebihan akan meninggalkan bahan toksik yang tidak mudah larut air. Keadaan ini akan meningkatkan keasidan tanah dan seterusnya menjejaskan kualiti tanih. 2. Penggunaan baja kimia, racun serangga, dan racun rumpai menyebabkan pencemaran air sungai. Bahan-bahan tersebut akan dibaw oleh air hujan ke dalam sungai-sungai yang berhampiran.

3.Pencemaran air akan mengancam nyawa pelbagai hidupan akuatik dan menyebabkan air sungai tidak sesua dijadikan air minuman. 4. Penggunaan racun rumpai dan racun serangga untuk mengawal pertumbuhan rumput dan pembiakan makhluk perosak akan mencemarkan alam sekitar. 5. Kegiatan pertanian yang dijalankan di lereng-lereng bukit seperti Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Kundasang boleh menyebabkan berlakunya kesotan tanih, aliran lumpur, dan gelongsoran tanah. 6. Kegiatan pertanian pindah yang dijalankan oleh puak asli yang dijalankan di kawasan pedalaman akan menyebabkan kehilangan pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan yang berharga dan memusnahkan habitat hidupan liar. 7. Pembakaran hutan untuk dijadikan kawasan bercucuk tanam akan menghasilkan asap dan debu yang boleh mencemarkan udara dan menyebabkan kejadian jerebu. 8. Kawasan yang ditinggalkan oleh petani-petani pindah menjadi tandus kerana terdedah kepada hakisan air hujan. 9. Tanih yang dihakis akan dialir ke dalam sungai-sungai yang berhampiran danmenyebabkan air sungai menjadi berkelodak, keruh, dan tercemar.

Kesan pembinaan jalan raya terhadap alam sekitar

1. Pembinaan jalan raya dan lebuh raya telah menyebabkan berlakunya perubahan landskap kawasan berkenaan. Ini kerana pembinaan jalan raya telah melibatkan kerja-kerja penebangan pokok, penarahan tanah, pemotongan cerun, dan pembinaan terowong. 2. Keadaan ini mendedahkan permukaan bumi kawasan cerun kepada hakisan air hujan dan menyebabkan kejadian hakisan tanih, gelongsoran tanah, dan tanah runtuh. 3. Larian air permukaan seterusnya membawa tanih yang dihakis ke dalam sungai dan kemudian memendapkannya di dasar sungai. Keadaan ini menyebabkan sungai menjadi cetek dan mudah berlaku banjir apabila hujan lebat. 4. Air sungai turut tercemar oleh lumpur yang berlebihan dan boleh menyebabkan kematian hidupan akuatik. 5. Penerokaan kawasan hutan untuk pembinaan jalan raya akan mengurangkan habitat semula jadi flora dan fauna yang dapat menyebabkan kepupusannya.

You might also like