Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

Pendahuluan

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

Pembelajaran Berkhidmat atau perkhidmatan komuniti di luar bilik darjah adalah elemen utama dalam pendekatan penyertaan murid secara aktif dan interaktif.Penyertaan murid dalam sesuatu projek komuniti membolehkan murid mengaplikasi ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai nilai yang dipelajari dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dalam menyelesaikan masalah sosial yang benar-benar berlaku di sekolah, komuniti, negara dan global.

Melalui pembelajaran berkhidmat ini juga setiap murid melaksanakan tugas kepimpinan, bekerjasama dan perkongsian idea selain melaksanakan tanggungjawab ketika menjalankan perkhidmatan kemasyarakatan kepada masyarakat. Mereka juga akan mengembangkan amalan nilai-nilai sivik serta kemahiran sosial dan kewarganegaraan dalam masyarakat. Percambahan idea dan penerapan nilai-nilai sivik kewarganegaraan dapat membentuk sahsiah murid yang lebih terpuji dan berakhlak mulia.

PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY

PEMBELAJARAN BERKHIDMAT

Pendekatan penyertaan murid secara aktif dan interaktif dalam PSK melibatkan pembelajaran berkhidmat atau perkhidmatan komuniti di luar bilik darjah. Melalui penyertaan secara aktif dalam sesuatu projek komuniti, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam menyelesaikan masalah sosial yang benar-benar berlaku di sekolah, komuniti, negara dan global.

Melalui pembelajaran berkhidmat ini, murid akan mengambil tanggungjawab dan kepemimpinan dalam melakukan sesuatu perkhidmatan sivik kepada masyarakat. Mereka juga akan mengembangkan amalan nilai-nilai sivik serta kemahiran sosial dan kewarganegaraan dalam memberi sumbangan kepada masyarakat. Pendek kata, melalui pembelajaran berkhidmat, murid akan mempelajari secara aktif and interaktif bagaimana menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab dan berkesan ke arah kesejahteraan masyarakat.

Namun begitu, pembelajaran berkhidmat memerlukan sokongan dan penglibatan ibu bapa serta komuniti tempatan. Oleh sedemikian, maka guru PSK atau pihak sekolah perlu mewujudkan sesuatu partnership atau kolaborasi dengan agensi-agensi komuniti tempatan supaya memudahkan murid berhubungi dengan mereka mengenai perkhidmatan komuniti,

Terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran berkhidmat yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK yang boleh dikategorikan seperti berikut: berkhidmat secara langsung kepada sesiapa yang memerlukannya seperti membantu pekerja sekolah membersihkan taman sekolah (Tahun 4 KBSR). berkhidmat secara tidak langsung kepada sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan seperti mengutip derma bagi mangsa bencana alam dan kemudian menyerahkannya kepada akhbar tempatan yang menguruskan kutipan tersebut. (Tahun 4 KBSR) tindakan advocacy atau affirmative dengan mengemukakan cadangan atau kempen mengenai sesuatu masalah sosial kepada pihak-pihak tertentu seperti menulis cadangan kepada pihak sekolah bagaimana membina sekolah penyayang (Tahun 4 KBSR)

PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY

Buku Skrap
Buku Skrap merupakan kumpulan bahan maklumat yang berbentuk grafik ataupun penulisan yang mempunyai penerangan ringkas yang ditampal dalam sebuah buku khas. Buku Skrap adalah satu kaedah untuk memelihara sejarah peribadi dan keluarga dalam bentuk memori termasuk gambar, media cetak, dan karya seni. Album Buku skrap sering dihiasi dan kerap mengandungi maklumat yang luas. Scrapbooking adalah hobi yang meluas dan semakin diamalkan di negara-negara yang paling maju.

Buku Skrap juga paling popular dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah pada masa kini. Bekalan buku skrap yang paling penting adalah album itu sendiri, yang boleh kekal terikat, atau membenarkan untuk memasukkan muka surat. Dalam subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan buku skrap merupakan salah satu projek dalaman yang sering diberikan untuk murid sebagai aktiviti pemahaman dan penilaian tambahan terhadap sesuatu tema yang telah dipelajari.

Kegunaan

Buku Skrap Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Kepada Murid Tahun Empat


Sebagai album kenangan untuk sesuatu peristiwa, contohnya sambutan hari lahir ahli ahli keluarganya sebagai tanda kasih sayang ahli keluarga Sebagai hadiah kepada ahli keluarga atau rakan murid sempena sesuatu sambutan menghargai hubungan kemesraan dengan ahli keluarga atau rakan. Sekadar hobi di mana murid boleh menyimpan maklumat tentang sesuatu perkara. Contohnya sebuah koleksi keratan akhbar tentang pemimpin negara sebagai tanda patriotisme terhadap negara . Buku Skrap juga disimpan sebagai bahan rujukan untuk murid-murid .Mereka dapat menyimpan bahan atau maklumat tambahan yang diperoleh daripada sumber-sumber rujukan yang lain untuk digunakan kelak.

PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY

Teknik Penyediaan Buku Skrap Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Sebenarnya tidak ada batasan untuk menyediakan buku skrap ini kerana semuanya dibataskan oleh imaginasi seseorang murid. Murid perlu memberi beberapa perkara yang penting dalam penyediaan buku menghasilkan buku skrap yang terbaik.
1. Sekiranya murid menggunakan banyak gambar foto, murid harus merekodkan tarikh dan sedikit maklumat tentang gambar tersebut untuk memudahkan proses menghasilkan buku skrap. 2. Murid perlu fikirkan tema atau tajuk sebelum menyediakan buku skrap.Ini untuk memastikan temanya menepati kandungan buku skrap serta hasilnya sedap dipandang mata. 3. Murid juga perlu fikirkan bagaimana ingin menyusun maklumat di dalam buku skrap

perhatian terhadap

skrap supaya murid dapat

tersebut, sama ada mengikut susunan kronologi (tarikh), tema, peristiwa atau sambutan, topik, individu atau apa-apa sahaja cara yang terfikir oleh murid. 4. Sekiranya murid masih baru dengan buku skrap, mereka perlu memulakan dengan sebuah projek yang kecil sebelum murid menggunakan masa dan sumber yang banyak. Ini untuk membiasakan diri murid dengan teknik-teknik yang lebih canggih dan kompleks. 5. Sekiranya murid tidak mahu menggunakan foto asal, murid boleh mengimbas (scan) ke dalam komputer dan mencetaknya semula. Di samping mengelakkan gambar asal rosak, murid boleh juga menggubah gambar tersebut menjadi hasil yang lebih kreatif seperti yang ada sebelum mempelajari teknik

mengubah ton warna atau saiz gambar tersebut menurut citarasa dan tema.

Penutup
Pelbagai teknik yang menarik dan berkesan dapat membantu murid untuk menghasilkan buku skrap yang menarik dan bermakna .Di samping itu objektif pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dapat dicapai oleh murid melalui pembelajaran kontekstual dan konstruktivisme semasa membuat buku skrap. Jadi dapat disimpulkan bahawa penilaian melalui projek buku skrap Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dapat melahirkan murid yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan komuniti serta menghormati pelbagai budaya dan menyumbang tenaga ke arah kemajuan negara.

PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY

Lampiran 1

Kertas Kerja Projek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK)


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL BANDAR SPRINGHILL
PROJEK KEWARGANEGARAAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

TEMA: MALAYSIA NEGARAKU TAJUK: BUKU SKRAP PERDANA MENTERI-PERDANA MENTERI MALAYSIA

GURU PENASIHAT: EN.A.KRISHNA KUMAR TEMPOH: 20 FEBRUARI 2013 13 MAC 2013


PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY 5

TAHUN 4 : BUKU SKRAP PERDANA MENTERI PERDANA MENTERI MALAYSIA 1.0 PENDAHULUAN Dalam sistem pendidikan sekolah rendah, guru berperanan dalam mengenal pasti potensi dan bakat yang ada dalam diri setiap pelajar. Potensi tersebut seharusnya dikembangkan dan digilap untuk menghasilkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial. Projek Kewarganegaraan merupakan komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sekolah rendah. Aktiviti ini dijalankan di luar waktu sekolah. Murid perlu melakukan kerja amali ini sekurang-kurangnya 10 jam setahun. Projek Kewarganegaraan harus dikait rapat dengan pembelajaran akademik dalam bilik darjah. Projek Kewarganegaraan ini diharap dapat menyediakan murid sebagai warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di dalam bilik darjah sahaja dapat mencapai objektif pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik malah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berunsur projek kewarganegaraan juga amat penting dalam pencapaian objektif mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Antara projek atau aktiviti yang dirancang bagi membolehkan murid mengetahui namanama pemimpin negara ialah Projek Portfolio Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia. 2.0 RASIONAL Sebagai seorang warganegara Malaysia, setiap individu perlu tahu setiap nama Perdana Menteri Malaysia yang pernah memimpin negara sebagai tanda menghargai dan cintakan negara. 3.0 MATLAMAT 1. Mengeratkan silaturrahim antara murid-murid dengan guru-guru. 2. Memupuk nilai kerjasama terhadap kumpulan bagi menghasilkan sesuatu kerja. 3. Dapat membina pengetahuan baru dan pengetahuan am dalam diri murid tentang pemimpin negara khususnya Perdana Menteri Malaysia. 4. Dapat mengembangkan peranan dalam melakukan perkara dalam satu pasukan.

PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY

4.0 OBJEKTIF 1. Memberi pendedahan kepada murid dalam mencari idea-idea kreativiti sendiri dalam membina pengetahuan tentang Perdana Menteri Malaysia. 2. Memberi ruang kepada murid bagi mempamerkan kreativiti tersendiri. 3. Memberi ruang untuk menunjukkan hasil ciptaan yang tersendiri 5.0 PELAKSANAAN 5.1 Tarikh : 20 Feb 2013 - 13 Mac 2013 5.2 Hari : Rabu 5.3 Masa : 9.45 pg -10.45 pg 5.4 Tempat : SJKT Bandar Springhill 6.0 KUMPULAN SASARAN Murid Tahun 4 Tharma 7.0 AHLI JAWATANKUASA PROJEK Penaung : Puan N. Seedah Guru Penasihat : 1. Pengerusi 2. Naib Pengerusi 3. Setiausaha 4. Bendahari : En.A.Krishna Kumar : En. K.Gunasegaran : Cik.S.Vinothini Nair : Cik.S.Rajalechumi

a. Ahli Jawatankuasa : 1.Cik.Karthiani 2.Cik.G.Kala 3.Puan.S.Nithiawathi

PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 1. Buku Skrap = RM4 X 5 (RM20)

2. Pembalut Hadiah = RM1 X 4 (RM4) 3. Kertas Warna A4 = RM4.00 X 1 (RM4) 4. Hadiah = RM 100 Jumlah = RM 128.00 9.0 SUMBER KEWANGAN Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. 10.0 Penutup Perlaksanaan program ini untuk melahirkan erti kemerdekaan antara semua murid di sekolah ini. Murid juga dapat mengenal nama-nama Perdana Menteri Malaysia bermula dari zaman kemerdekaan sehingga sekarang. Adalah diharapkan agar program ini dapat dijalankan seperti yang dirancang dan kerjasama yang optimum dan sebaiknya daripada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung demi menjayakan program ini. Berharap agar usaha murni ini akan dapat memberikan faedah dan manfaat terhadap murid .

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.. (Cik.S.Vinothi Nair) Setiausaha Panitia PSK SJKT Bandar Springhill

(Pn.N.Seedah) Guru Besar Cemerlang SJKT Bandar Springhill

PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY

BORANG PELAKSANAAN PROJEK


TAJUK PROJEK : PORTFOLIO PERDANA MENTERI-PERDANA MENTERI MALAYSIA

BIL

TARIKH

MASA

AKTIVITI

1.

20. 2 .2013 (Rabu)

9.45 10.45 pagi

1. Menerangkan projek yang akan dijalankan. 2. Pembentukan AJK dan senarai tugas.

2.

27. 2 .2013 (Rabu)

9.45 10.45 pagi

1 .Merancang bahan dan alatan 2. Pembelian bahan dan alatan 3. Menyediakan bahan untuk membuat folio 4. Merancang tugasan dan jadual tugasan

3.

6 . 3 .2013 (Rabu)

9.45 10.45 pagi

1.Mencari bahan portfolio dari pelbagai sumber. 2.Setiap kumpulan membuat tugasan yang diberi.

4.

13 . 3 .2013 (Rabu)

9.45 10.45 pagi

1. Menyiapkan refleksi individu. 2. Melengkapkan folio 3. Menghantar refleksi dan folio 4. Penilaian

5.

15 . 3 .2013 (Rabu)

7.15 - 7.45 pagi

1.Majlis Penyampaian Hadiah

PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY

Laporan Projek Kewarganegaraan Yang Telah Dijalankan (PSK)

Nama Sekolah Jenis Tarikh Tempat Kumpulan Sasaran Rasional

: SJKT Bandar Springhill : Buku Skrap : Bulan Februari hingga Bulan Mac : Bilik Darjah 4 Tharma : Pelajar Tahun Empat : Sebagai seorang warganegara Malaysia, setiap individu perlu tahu setiap nama Perdana Menteri Malaysia yang pernah memimpin negara sebagai tanda menghargai dan cintakan negara.

Objektif

1. Memberi pendedahan kepada murid dalam mencari idea-idea kreativiti sendiri dalam membina pengetahuan tentang Perdana Menteri Malaysia. 2. Memberi ruang kepada murid bagi mempamerkan kreativiti tersendiri. 3. Memberi ruang untuk menunjukkan hasil ciptaan yang tersendiri

Kandungan Tema Metadologi Kriteria

: Malaysia NegaraKu : Pendekatan Bersepadu / Integrasi dengan mata pelajaran : i. Perancangan ii. Kerja Amali iii. Refleksi iv. Semangat Kolaborasi dan Koperatif v. Kekemasan dan Kreativiti vi. Persembahan

PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY

10

2.1 PERANCANGAN

Projek ini telah dirancang sejak awal bulan Februari 2012. Perancangan awal dilakukan supaya projek ini berjalan lancar. Pemilihan projek ini dicadangkan berdasarkan aktiviti dalam tema sukatan pelajaran Sivik dan kewarganegaraan Tahun 4 . Idea ini tercetus atas cadangan Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai salah satu usaha untuk memantapkan dan memangkinkan proses pembelakaran kendiri dalam kalangan murid- murid.

Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini. Keinzinan Guru Besar dan sokongan Ketua Panitia PSK banyak membantu saya dalam merancang projek ini. Sebagai salah satu usaha untuk menambah motivasi pelajar-pelajar Tahun 4, guru mata pelajaran PSK telah mencadangkan pelbagai aktiviti menyediakan buku skrap PSK.

Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan projek ini. Setiap keputusan mesyuarat dan perjumpaan telah diminitkan (Rujuk Lampiran ). Perlantikan AJK dan agihan tugas dilakukan secara adil dan saksama bagi setiap ahli kumpulan. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan dibuat agar projek ini tidak melebihi pendapatan yang ada.

PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY

11

Perlaksanaan :
i. Bulan Februari 1. Menerangkan projek yang akan dijalankan. 2. Pembentukan AJK dan senarai tugas. 4 .Merancang bahan dan alatan 5. Pembelian bahan dan alatan 6. Menyediakan bahan untuk membuat folio 7. Merancang tugasan dan jadual tugasan ii. Bulan Mac 1.Mencari bahan buku skrap dari pelbagai sumber. 2.Setiap kumpulan membuat tugasan yang diberi 3. Menyiapkan refleksi individu. 4. Melengkapkan buku skrap 5. Menghantar refleksi dan buku skrap 6. Penilaian 7.Majlis Penyampaian Hadiah

2.2 PERBELANJAAN PENDAPATAN JUMLAH PERBELANJAAN 1. Buku Skrap 2. Pembalut Hadiah PCG Panitia PSK RM 128 3. Kertas Warna A4 4. Hadiah RM128.00 JUMLAH

PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY

12

Kekuatan Projek Kewarganegaraan Terdapat pelbagai kebaikan dan kekuatan projek kewarganegaraan ini semasa dijalankan. Melalui projek ini:

1. Dapat membina pengetahuan baru dan pengetahuan am dalam diri murid tentang pemimpin negara khususnya Perdana Menteri Malaysia. Projek ini memerlukan murid mencari bahan daripada buku-buku, majalah-majalah, akhbar dan internet berkaitan tokoh Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia. Murid dilatih untuk mencari dan mengolah bahan secara kendiri serta tidak terlalu bergantung kepada bahan yang diberi oleh guru.

2. Projek ini menjadikan murid lebih kerap berkomunikasi dan berbincang sesama rakan dalam kelas. Setiap murid diberi peranan dan tugas untuk dilakukan dan mereka perlu memberi kerjasama yang baik untuk memastikan projek yang dibuat berjalan lancar. Kemahiran komunikasi murid diasah dan ditingkatkan.

3. Menjadikan masa lapang murid ketika di sekolah atau di rumah terisi dengan aktiviti berfaedah. Projek ini memerlukan murid mencari bahan berkaitan tokoh perdana menteri Malaysia daripada bahan bercetak seperti akhbar dan majalah yang terdapat di rumah. Selain itu, secara tidak langsung murid membaca bahan tersebut dan menimba ilmu pengetahuan baru.

4. Projek Kewarganegaraan ini berjaya menambah lagi kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan. Murid bergerak aktif dan memeriahkan suasana sambutan Bulan Kemerdekaan.

PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY

13

Kelemahan Projek Kewarganegaraan Terdapat beberapa kelemahan dalam projek kewarganegaraan ini semasa dijalankan. Antaranya ialah:

1. Pengurusan masa yang kurang cekap. Terdapat aktiviti yang tidak dapat dijalankan mengikut masa yang ditetapkan kerana bertembung dengan aktiviti sekolah. Terdapat juga masalah apabila murid tidak membawa bahan projek ke sekolah pada hari aktiviti. Hal ini menyebabkan segelintir murid ketinggalan dalam proses menyiapkan portfolio projek berbanding murid lain.

2. Guru kerap membantu murid seperti memberi bahan. Contohnya bahan-bahan bercetak dan bergambar. Hal ini menyebabkan murid kurang mencari sendiri bahan dan terlalu bergantung kepada guru. Guru sebenarnya hanya berperanan sebagai pembimbing.

3. Terdapat beberapa orang murid yang kurang bersungguh dalam melaksanakan projek. Mereka bersikap sambil lewa dan tidak tidak mengambil berat. Mereka perlu diberi pengawasan yang lebih dan arahan yang kerap.

4. Faktor kekurangan alat pencetak menyebabkan murid sukar menghasilkan bahan untuk portfolio mereka. Bantuan guru diperlukan untuk mencetak bahan bertulis atau bergambar. Hal ini melambatkan proses menyiapkan portfolio murid.

5. Pemilihan waktu aktiviti yang kurang sesuai seperti waktu rehat dan waktu selepas P&P. Murid dalam keadaan letih dan kurang bersedia menyebabkan murid kurang bersemangat menjalankan aktiviti.

PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY

14

Cadangan Penambahbaikan

1. Aktiviti yang dijalankan kurang melibatkan luar kelas. Guru boleh membawa murid ke perpustakaan atau kawasan sekolah untuk mencari bahan berkaitan tokoh perdana menteri Malaysia.

2. Memandangkan murid tinggal di kawasan estet, bahan seperti akhbar di rumah mereka kurang. Guru boleh membawa akhbar sendiri atau milik sekolah untuk diberikan kepada murid. Murid boleh mencari bahan dengan mudah dan banyak pilihan.

3. Guru boleh membawa murid ke makmal komputer untuk mencari bahan daripada internet. Bahan daripada internet lebih pelbagai dan menarik serta mempunyai unsur multimedia.

4. Guru perlu memberi amaran tegas sekiranya murid gagal membawa bahan aktiviti dan kurang memberi kerjasama kepada ahli kumpulan.

5. Guru boleh membawa bahan multimedia berkaitan tokoh perdana menteri Malaysia semasa aktiviti berjalan untuk mengelak suasana bosan murid.

6. Guru perlu meminta panduan dan bimbingan daripada guru pembimbing praktikum dengan lebih kerap agar perancangan dan pelaksanaan projek berjalan dengan lebih baik.

7. Guru boleh mencari contoh portfolio untuk ditunjukkan kepada murid sebagai panduan.

PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY

15

RUMUSAN Pada keseluruhannya, projek ini boleh dianggap berjaya berpandukan hasil aktiviti pertandingan dalam buku skrap . Daripada pemerhatian kami, suasana pembelajaran

bertambah ceria dan persahabatan antara pelajar-pelajar kelas semakin erat melalui aktiviti projek yang telah dijalankan.

Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa banyak faedah telah diperolehi dari projek ini. Di antaranya ialah murid dapat : Mengetahui kaedah mengadakan dan mengendali mesyuarat. Mengetahui teknik-teknik menulis minit mesyuarat. Memahami peraturan-peraturan mesyuarat. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan. Menjadikan sesuatu kerja itu lebih mudah dan cepat disiapkan Menjimatkan masa, wang ringgit dan tenaga melalui aktiviti bekerja dalam pasukan. Mengeratkan hubungan persaudaraan antara ahli kumpulan, saling bekerjasama dan percaya-mempercayai. Mendidik generasi muda tentang kepentingan setiap nilai dalam tema pilihan dan kenapa perlu dikekalkan

Semangat kerja berpasukan dan kerjasama antara ahli merupakan punca utama kejayaan projek ini. Tidak lupa juga sokongan padu daripada pihak Guru Besar , guru-guru mata pelajaran lain dan ibu bapa serta ahli kumpulan yang mendorong kami lebih yakin untuk merealisasikan projek ini. Pihak sekolah telah mencadangkan agar projek ini terus dijalankan dan dijadikan sebagai program tahunan panitia untuk memberi peluang kepada murid-murid mempamerkan bakat masing-masing di samping menjadikan pembelajaran PSK lebih menarik dan berkesan.

PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY

16

PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY

17

PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY

18

PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY

19

PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY

20

REFLEKSI Ucapan syukur saya panjatkan kepada TUHANKU yang telah memberikan peluang keemasan ini untuk saya menyambung pengajian bagi meningkatkan lagi ilmu di dalam diri saya, bergelar sebagai pendidik yang kemudiannya memasuki semula alam seorang pelajar pastinya ada kejutan yang adakalanya membimbangkan fikiran. Walaubagaimanapun dengan sokongan padu keluarga, sahabat seperjuangan seterusnya para pensyarah yang ditemui menguatkan lagi semangat untuk saya meneruskan pengajian ini. Atas sebab-sebab dan kekangan di sekolah dengan beban kerja yang terlalu banyak, emosi saya amat tidak stabil dan rasa tertekan. Saya sedar akan kelemahan diri iaitu mudah keletihan . Namun begitu, kekuatan saya ialah tabah dan gigih berusaha serta berkeyakinan dengan kebolehan mahupun potensi diri. Apa yang perlu saya lakukan merancang segalagalanya mengikut pembahagian masa dan keutamaannya kerana bagi saya masa itu amat berharga. Permulaan jejak saya agak mendugakan apabila terdengar desas-desus alam kalangan guru tentang projek ini. Selama ini, mata pelajaran PSK memang tidak diambil berat oleh pihak sekolah malahan ada dalam kalangan guru telah menggunakan waktu ini untuk pengajaran mata pelajaran teras. Saya faham akan situasi mereka kerana memang banyak kertas kerja dan tugasan yang perlu kami siapkan dalam masa yang ditetapkan. Sebagai penyelaras projek dan guru mata pelajaran PSK, saya sedia menghadapi segalanya dan membuktikan kepada guru-guru bahawa hasilnya akan tercapai sekiranya kita berusaha dan bekerja dalam pasukan. Menurut pensyarah PSK saya, Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan salah satu bidang ilmu yang penting untuk membentuk sahsiah dan jati diri setiap orang murid. Melalui pengetahuan, kemahiran serta nilai-nilai sivik yang diajar dalam mata pelajaran ini, adalah diharapkan murid-murid akan menjadi warganegara yang sihat sahsiah dan tingkah lakunya. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan juga diharapkan dapat melahirkan insan yang seimbang seperti yang terangkum di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru guru-guru yang terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian murid. Maka, penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang maksimum akan membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY

21

Kesemua sumber, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan bertindak sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna. Dengan cara ini, murid akan dapat belajar dalam situasi yang berkesan. Penggunaan sumber penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewaqrganegaraan. Hal ini kerana sumber boleh membantu guru menjelaskan isi pelajaran kepada murid dan membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru. Sumber pengajaran dan pembelajaran bertindak sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagai deria, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong kepada pengajaran terancang. Objektif Projek Kewarganegaraan iaitu memberi pendedahan kepada murid dalam mencari idea-idea kreativiti sendiri dalam membina pengetahuan tentang Perdana Menteri

Malaysia dapat dicapai.Projek ini juga dapat membina pengetahuan baru dan pengetahuan am dalam diri murid tentang pemimpin negara khususnya Perdana Menteri Malaysia. Projek ini menjadikan murid lebih kerap berkomunikasi dan berbincang sesama rakan dalam kelas. Setiap murid diberi peranan dan tugas untuk dilakukan dan mereka perlu memberi kerjasama yang baik untuk memastikan projek yang dibuat berjalan lancar. Kemahiran komunikasi murid diasah dan ditingkatkan. Projek ini juga menjadikan masa lapang murid ketika di sekolah atau di rumah terisi dengan aktiviti berfaedah. Secara keseluruhan, projek ini adalah berjaya kerana murid-murid Tahun Empat pilihan saya telah memenuhi hasrat projek ini. Pelajar- pelajar berpeluang mengaplikasikan pelbagai kecerdasan mereka dalam menghasilkan buku skrap masing-masing yang lengkap dan

bersesuaian dengan tema terpilih. Tidak semua murid mempunyai kebolehan dalam setiap mata pelajaran. Belajar boleh menjadi mudah dan boleh menjadi susah. Ia bergantung kepada minat dan kecenderungan pelajar dengan apa yang ingin dipelajari. Sebagai seorang guru, saya harus sedar bahawa setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Gaya pembelajaran seseorang itu berkait rapat dengan Kecerdasan Pelbagai ( Multiple Intelligence ) yang dimiliki. Melalui tugasan projek ini, didapati bahawa murid-murid saya ada yang memiliki bakat yang terserlah walaupun mereka lemah dalam mata pelajaran teras. Oleh itu, tiada satu sahaja kaedah yang sempurna untuk mengajar semua murid di dalam satu kelas. Sehubungan itu, strategi pengajaran yang utama ialah strategi berpusatkan murid, aktiviti dan bahan khasnya mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY

22

Akhir sekali, saya ingin melafazkan kesyukuran saya kerana berjaya menyiapkan tugasan projek ini. Saya sedar bahawa masih ada banyak kekurangan dalam tugasan ini . Namun saya amat berpuas hati dengan inisiatif diri dan ketabahan saya untuk meneruskan perjuangan demi mendapat segulung ijazah yang amat bermakna bagi saya. Sesungguhnya, saya telah menunjukkan kecerdasan pelbagai diri saya dan hasil usaha ini telah mendapat pujian daripada Guru Besar dan guru-guru tersayang saya. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh, Krishna Kumar Appukutty 790129 - 01 - 5289

PSK 3104 KRISHNA KUMAR APPUKUTTY

23

You might also like