Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Memori Seorang Tua

Zahari Affandi

Pak Itam digambarkan oleh penulis sebagai seorang pejuang yang cekal. Beliau keluar masuk penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Pak Itam merupakan anak Melayu pertama yang menjadi majistret di negara ini. Beliau menolak jawatan berkenaan kerana cintanya yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Pak Itam berhasrat untuk mengadakan sambutan hari jadinya yang ke-85. Itulah sambutan hari jadi yang pertama sejak beliau dilahirkan ke dunia. Beliau bercadang untuk menjemput wartawan media massa, mahasiswa universiti, serta para penduduk Langat ke majlis berkenaan supaya mereka dapat bersama-samanya meraikan hari tersebut. Beliau ingin berkongsi cerita tentang kisah perjuangannya. Perjuangan Pak Itam adalah untuk memelayukan orang Melayu dan mahu supaya Tanah Melayu ini diterajui oleh orang Melayu. Namun, Pak Itam kecewa kerana banyak orang Melayu yang menjadi tukang angguk kepada penjajah dan hidup dengan berlatarkan gaya hidup penjajah. Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika lama, terpapar kisah isterinya, Siti Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura. Itulah kali terakhir beliau menatap wajah dua orang anaknya, lzwan dan Nuryani Iman. Peristiwa itu menyebabkan Pak Itam tersentuh. Tuk Mat yang banyak membantu Pak Itam datang untuk memberitahu bahawa segala persiapan untuk majlis itu sudah siap termasuklah urusan mengundang tetamu. Bersama-sama dengan beberapa orang pemuda kampung, iaitu Isa, Latif, dan Jali, mereka bekerjasama bagi menjayakan majlis tersebut. Atur cara majlis ialah persembahan kebudayaan daripada jemputan khas serta pameran hasil pena Pak Itam seperti akhbar, majalah, buku-buku, dan koleksi gambar Pak Itam. Para tetamu akan dijamu juga dengan buah-buahan dan pelbagai jenis makanan. Pada hari itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan deklamasi puisi. Apabila ditanya tentang Sidah anak angkatnya, Pak Itam memberitahu, Sidah tidak perlu dijemput kerana dia kini berada di London bersamasama dengan suaminya yang melanjutkan pelajaran. Dalam kesibukan itu, Pak Itam teringat akan isteri dan kedua-dua orang anaknya. Pada hari yang ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu. Tetamu menikmati makanan dan persembahan kebudayaan. Orang kampung memenuhi tempat berlangsungnya majlis tersebut, namun Pak Itam kecewa kerana tetamu dari jauh masih belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana wartawan akhbar dan televisyen tidak muncul. Pak Itam merasakan orang cepat lupa akan pengorbanannya. Apabila tiba waktu zuhur, Pak Itam masuk ke rumah. Beliau menunaikan solat. Kiah yang cemas cuba memberitahukan perkara yang berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk Mat mendekati Pak Itam yang terbaring di atas sejadah, beliau sudah meninggal dunia. Tetamu yang hadir membaca surah Yasin untuk jenazah Pak Itam. Pada ketika itu, seorang perempuan tua datang lalu mendekati jenazah Pak Itam. Dia memegang kaki Pak Itam sebelum meletakkan sejambak ros. Dengan linangan air mata, perempuan tua itu beredar. Tatkala orang ramai tercengang memikirkan identiti perempuan tua itu, Tuk Mat sambil menyapu air matanya menganggap hajat Pak Itam sudah tercapai. Tema Tema cerpen ini ialah semangat patriotik, iaitu tentang keinginan seorang tokoh untuk berkongsi memori lampaunya dengan masyarakat. Pak Itam ingin berkongsi perjuangan yang telah dilaluinya dengan anak cucu cicit dalam usaha beliau membebaskan negara ini daripada penjajahan. Persoalan

kurang prihatin generasi muda yang tidak menghargai jasa tokoh yang banyak berjasa kepada negara. 2. Pengorbanan demi membuktikan rasa cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara.
1. Sikap 3. Rasa tanggungjawab terhadap nasib yang akan dialami oleh anak bangsa. 4. Kekecewaan pada saat-saat akhir kehidupan seorang nasionalis Melayu. 5. Kecintaan terhadap bangsa dan negara. 6. Cabaran-cabaran yang dilalui pada zaman pramerdeka

dalam usaha mengusir penjajah dan menyemaikan semangat kebangsaan dalam diri orang Melayu.

W a t a k d a n P e rw at ak an Pak Itam 1. Pak Itam anak Pahang yang berasal dari Kuala Semantan. 2. Beliau berumur 85 tahun. 1. Pak Itam merupakan seorang pejuang tulen kerana keberanian beliau menentang penjajah Inggeris. Sebagai akibatnya sebahagian besar hidupnya dihabiskan di dalam penjara, iaitu di Singapura, di Penjara Pudu, di Melaka, dan di Johor. 3.

Selain sebagai pejuang nasionalis, beliau merupakan seorang penulis dan wartawan yang berani.

4. Beliau menganggotai Angkatan Pemuda Insaf, menjadi pemimpin PKMM, dan turut menentang penubuhan Malayan Union. 5. Beliau seorang intelektual kerana merupakan anak Melayu pertama menyandang

jawatan majistret.
6. Beliau amat membenci orang Melayu yang tergamak menjadi tali barut Inggeris. 2. Hasrat beliau adalah untuk mengumpulkan para wartawan akhbar dan televisyen, serta penduduk Langat sempena dengan hari jadinya yang ke-85. Di samping itu, beliau ingin mempamerkan koleksi penulisan beliau. 9. Beliau seorang yang taat akan perintah agama dan kuat beribadah terutamanya

pada waktu malam. 10. Beliau seorang yang baik hati kerana bersedia melayan tetamu yang ingin bertemu dengannya. 11. Isteri beliau yang bernama Siti Nurhidayah meminta fasakh ketika beliau berada di penjara. 12. Beliau amat merindui bekas isteri dan dua orang anaknya yang bernama Izwan dan Nuryani Iman. 13. Beliau tekun mengumpulkan hasil kerja beliau seperti buku, rencana di majalah, keratan akhbar, dan gambar untuk tatapan umum.
Tuk Mat 1. Tuk Mat bekas anggota polis pencen 1. Tuk Mat tinggal berjiran dengan Pak Itam. 2. Tuk Mat amat berdisiplin dan

berpangkat sarjan. menjalankan tanggungjawabnya dengan

sempurna. 3. Pipi kanannya berparut kerana terkena peluru Bintang Tiga dalam suatu pertempuran di Gua Musang semasa zaman darurat. 4. Tuk Mat baik hati kerana beliau dan keluarganya menjaga kebajikan Pak Itam. 5. Tuk Mat seorang yang rajin. Buktinya, beliau banyak membantu Pak Itam dalam usaha mengadakan sambutan hari lahirnya.
Rokiah 1. Rokiah anak gadis Tuk Mat. 2. Rokiah pelajar Tingkatan Empat. Rambutnya bertocang. 3. Rokiah seorang yang baik hati. Dia banyak membantu Pak Itam, iaitu menghantar makanan dan mencuci pakaian Pak Itam.

Halimah

1. Halimah anak gadis Tuk Mat juga. 2. Halimah baik hati juga kerana bersilih ganti dengan Rokiah membantu Pak Itam. Rogayah

isteri Tuk Mat. Rogayah digambarkan juga seorang yang baik hati kerana banyak membantu Pak Itam. 1. Rogayah ikhlas membantu Pak Itam. Beliau tidak mahu menerima sebarang bayaran daripada Pak Itam.
1. Rogayah ialah Jali 1. Jali rajin dan banyak membantu Pak Itam menjayakan majlis yang dianjurkannya. 2. Dia merupakan lulusan daripada ITM dalam jurusan Komunikasi 3. Dia membuka sebuah galeri kecil di Arked MARA Kajang. Siti Nurhidayah 1. Siti Nurhidayah ialah janda Pak Itam yang menuntut fasakh ketika

dan

Pengiklanan.

Pak Itam berada di

dalam penjara. 1. Beliau sempat hadir pada hari kematian Pak Itam.
2. Siti Nurhidayah mempunyai dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman. Latar Latar Tempat 1. Latar tempat dalam cerpen ini ialah di Langat, iaitu tempat kediaman 2.

Pak Itam. Selain itu, kediaman Pak Itam dan halaman rumahnya, iaitu tempat majlis dan pameran diadakan turut menjadi latar dalam cerpen ini.

Latar Masa 1. Latar masa cerpen ini ialah masa sekarang. 2. Peristiwa yang berlaku dalam cerpen ini berlaku pada waktu pagi, tengah hari, petang, dan malam. Latar Masyarakat 1. Latar masyarakat yang dipaparkan dalam cerpen ini ialah masyarakat

pejuang yang amat mencintai bangsa dan negara. Contohnya, Pak Itam sanggup keluar masuk penjara kerana menentang Inggeris demi sayang akan bangsa dan negara.

1. Masyarakat penulis dan wartawan yang menulis artikel untuk menentang penjajah. Contohnya, Pak Itam mewakili golongan masyarakat yang menentang penjajah melalui masa pena. 3.

kampung yang masih mengekalkan amalan bekerjasama dan bergotong-royong. Contohnya, Tuk Mat dan beberapa orang pemuda membantu Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadi Pak Itam secara besar-besaran.
Masyarakat Masyarakat yang sanggup berkorban untuk negara. Contohnya, Pak Itam menolak jawatan majistret yang mampu menjadikan hidupnya mewah demi perjuangan untuk negara. Masyarakat yang menghargai jasa-jasa pejuang negara. Contohnya, Pak Mat amat

4. 5.

menghargai usaha perjuangan Pak Itam dan anggota kumpulan Kopratasa menciptakan lagu khas untuk menghargai perjuangan Pak Itam.

6.

Masyarakat yang membantu dengan ikhlas. Contohnya, isteri Tuk Mat yang membantu Pak Itam tidak mahu menerima sebarang bayaran kerana dia ikhlas membantu Pak Itam.

Plot 1. Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi. 2. Plot cerpen "Memori Seorang Tua" mempunyai beberapa tahap, iaitu pengenalan, pengembangan,

3.

4.

5.

cerpen "Memori Seorang Tua" ini bermula dengan tahap pengenalan cerita, iaitu mengisahkan kehidupan zaman muda Pak Itam yang sering keluar masuk penjara kerana menentang penjajah. Perjuangan untuk memartabatkan orang Melayu amat menebal dalam jiwanya. Kemudian, plot cerita memasuki tahap pengembangan. Pada tahap ini, Pak Itam menyatakan hasrat beliau untuk mengadakan sambutan hari jadinya yang ke-85. Sambutan hari jadi buat pertama kali ini turut diadakannya untuk berkongsi pengalamannya sebagai pejuang. Dinyatakan juga jasa Pak Itam yang ingin melihat anak bangsanya hidup dengan sempurna dan bebas daripada sebarang bentuk penjajahan. Perumitan cerpen ini adalah apabila tetamu yang hadir pada majlis yang diadakan oleh Pak Itam itu kurang. Pak Itam begitu sayu dan beranggapan bahawa pengorbanannya selama ini semakin dilupakan. Klimaks cerpen ini adalah apabila Pak Itam menghembuskan nafasnya yang terakhir di atas sejadah. Orang ramai yang hadir membaca surah Yasin untuknya.
perumitan, klimaks, dan peleraian. Plot Kehadiran seorang wanita yang sudah berumur pada hari kematian Pak Itam merupakan peleraian cerpen ini. Kehadiran wanita inilah yang dihajati oleh Pak Itam sejak sekian lama.

1.

Teknik Plot Pelbagai teknik plot atau teknik penulisan digunakan oleh Zahari Affandi untuk mengembangkan plot cerita "Memori Seorang Tua ". Antaranya termasuklah: 1. Teknik pemerian Teknik pemerian ialah penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau kejadian, misalnya: Tetapi ramai orang Melayu yang tidak tahu jiwanya, tidak mahu mengerti visionnya. Yang Pak Itam berasa sayu, ramai kawan-kawannya yang baru pulang dari tanah Inggeris, hidup lebih Orang Putih daripada Orang Putih. (hal. 112) 2. Teknik dialog Teknik dialog menunjukkan watak dalam cerpen berkomunikasi. Menerusi dialog Antara watak, cerita dikembangkan oleh penulis. Antara teknik dialog dalam cerpen ini termasuklah: (a) "Budak-budak sekarang semuanya tak boleh diharap." Pak Itam sedikit kesal. (hal. 114) (b) "Berehat, pak, esok orang ramai, penat pula untuk melayan. " Tuk Mat memberitahu. (hat. 117) 3. Teknik imbas kembali Teknik imbas kembali menunjukkan watak atau penulis mengimbau sesuatu peristiwa atau kejadian yang telah berlaku pada suatu ketika. Dalam cerpen "Memori Seorang Tua", pengarang banyak menggunakan teknik imbas kembali dalam menceritakan sesuatu peristiwa dan kejadian. Antara teknik imbas kembali dalam cerpen ini termasuklah: Tiba-tiba hatinya dipintali kesayuan. Di mana Siti Nurhidayah? Di mana Izwan di mana Nuryani Iman? Sudah berpuluh tahun berpisah. (hal. 119) 4. Teknik monolog Teknik monolog ialah tutur kata watak secara sendirian, misalnya: Sampai juga hajat Pak Itam rupanya, Tuk Mat berfikir dalam hatinya sambil menyapu air mata yang lebat

tercurah ke atas pipinya. (hal. 130)


Gaya Bahasa 1. Dari segi diksi atau pemilihan kata, pengarang memilih kata-kata yang sesuai dengan latar cerita cerpen tentang tokoh pejuang yang menentang penjajah. Misalnya pengarang turut menggunakan beberapa perkataan Inggeris, iaitu handsome, Cecil Street. 2. Dari segi pembinaan ayat, pengarang menggunakan ayat pendek, ayat sederhana panjang, dan ayat panjang. 3.

Pengarang menggunakan simile, antaranya termasuklah:


(a) (a) (a) ...bagaikan rumput-rumput pada musim kemarau. (hal. 109) Pak Itam terasa dirinya kian mengecil seperti sebiji debu! (hal. 119) Anak muda seperti enau di belukar... (hal. 109) yang bermaksud sikap mementingkan diri sendiri.

4. Selain simile, pengarang turut menyelitkan peribahasa, misalnya:


(b) Orang Putih memang cekik darah. (hal. 109) yang bermaksud mendapatkan keuntungan secara paksaan. 5. Cerpen "Memori Seorang Tua" mempunyai beberapa unsur personifikasi juga, misalnya:

(hal. 120) Angin di luar diberi sifat boleh membedal daun pintu merupakan unsur personifikasi. (b) Nafas tuanya mendesis malas. (hal. 121)
(a) angin di luar membedal daun pintu. Nafas tuanya diberi sifat mendesis malas merupakan unsur personifikasi. 6. Seterusnya, pengarang menggunakan metafora atau perbandingan secara langsung dalam cerpen ini, misalnya: (a) (b) 7. Beberapa bentuk sinkope atau singkatan kata ada juga digunakan dalam cerpen ini, misalnya: "Tak payah, budak-budak tu pun dah muak, hari-hari makan durian, "jawab Tuk Mat. (hal. 123)

(hal. 115) tangisan ketakwaan (hal. 119)


makanan kerohanian

tak singkatan daripada kata tidak, kata tu singkatan daripada kata itu, dan kata dah singkatan daripada kata sudah.
Kata 8. Pengarang banyak juga menggunakan pengulangan kata untuk menimbulkan keindahan dalam karya, contohnya: (a) Menunduk kepala Orang Putih meminta sedekah, jadi abdi, jadi tukang mandikan anjing Orang Putih. jadi unta, jadi keldai Orang Putih! (hal. 112) (a) Untuk kita kian berasa kecil di depan Tuhan, kian takut kepada-Nya, kian bersyukur atas segala rahmat dan nikmat kurniaanNya. (hal. 119) Nilai 1. Nilai pengorbanan. Contohnya, Pak Itam sanggup berkorban dengan menolak kemewahan hidup demi cinta akan bangsa dan negara. Beliau menolak jawatan sebagai majistret. 2. Nilai semangat patriotik. Contohnya, Pak Itam memiliki semangat patriotik yang tulen menentang Inggeris melalui mata penanya dan juga penentangan secara terus. 3. Nilai baik hati. Contohnya, Rokiah dan Halimah membantu membasuh pakaian Pak Itam. 4. Nilai merendah diri. Contohnya, Pak Itam terasa dirinya kerdil dan senantiasa mengagungkan kebesaran Tuhan. 5. Nilai murah hati. Contohnya, Pak Itam membiayai segala perbelanjaan menyediakan makanan dan keperluan lain untuk menjamu tetamu yang hadir pada majlis hari jadinya. 6. Nilai kasih sayang. Contohnya, Pak Itam amat menyayangi bekas isterinya dan dua orang anak yang telah meninggalkannya semasa dia berada di dalam penjara.

Pengajaran 1. Kita hendaklah cinta akan bangsa dan negara dan tidak membiarkannya dijajah orang bangsa lain. 2. Kita perlulah sanggup berkorban demi negara yang tercinta serta tidak terlalu mengutamakan kepentingan diri sendiri. 3. Kita hendaklah senantiasa mentaati suruhan Tuhan dengan meningkatkan amalan ibadah. 4. Kita hendaklah menjaga kebajikan warga emas yang telah banyak meninggalkan jasa kepada kita. 5. Warga muda hendaklah tahu mengenang jasa tokoh yang banyak berkorban untuk bangsa dan negara. 6. Kita hendalah meneladani semangat tokoh terdahulu yang memiliki semangat juang yang jitu.

You might also like