Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 36

satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid

inovatif.

Abjad i - bermaksud inovasi dan THINK pula bermaksud pemikiran iaitu pemikiran secara inovatif yang perlu ada pada semua murid

1. Memberi kesedaran 2. Perubahan set minda 3. Amalan

Bagi program i-THINK, Peta Pemikiran diperkenalkan. Peta Pemikiran bukan kurikulum yang baru, tetapi merupakan alat berfikir yang membolehkan guru menyampaikan kurikulum yang sedia ada dalam bentuk yang lebih bermakna

Berdasarkan kajian kecerdasan, Peta Pemikiran telah menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara visual dalam bentuk grafik

Peta Pemikiran adalah merupakan alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta Pemikiran secara visual yang mudah diguna pakai dan difahami merentas kurikulum. Setiap Peta Pemikiran mempunyai proses pemikiran tersendiri.

Circle Map Peta Bulatan


Thinking process: Defining in Context (Proses pemikiran :Mendefinisikan mengikut konteks) Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

Bubble Map Peta Buih


Thinking process: Describing using adjectives (Proses pemikiran: Menerangkan atau memperihalkan menggunakan adjektif) Bubble Map ialah alat yang digunakan untuk memperkaya kebolehan pelajar bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Ia biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian

Double Bubble Map Peta buih berganda


Thinking process: Compare and Contrast (Proses pemikiran: Banding beza) Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu.

Tree Map Peta pokok


Thinking process: Classification (Proses Pemikiran: Membuat pengelasan) Tree Map digunakan untuk mengklasifikasi bahan atau idea. Sebagai contoh; ambil sebahagian daripada sesuatu tajuk atau cerita dan kelaskan sebab utama sesuatu keadaan atau situasi

Brace Map Peta Dakap


Thinking process: Part-whole relationship (Proses Pemikiran: Hubungan bahagianseluruh) Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagaian kedua ialah bahagian utama. Contoh penggunaan adalah untuk menentukan bahagian dan subbahagian sesebuah mikroskop.

Flow Map Peta Alir


Thinking process: Sequencing (Proses Pemikiran: Urutan) Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu. Contoh penggunaannya ialah dalam langkah-langkah untuk penyelesaian masalah.

Multi-flow Map Peta Pelbagai Alir


Thinking process: Cause and Effect (Proses Pemikiran: Sebab dan akibat) Multi-Flow Map digunakannuntuk menunjuk dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di bahagian tengah adalah peristiwa yang penting. Pada sebelah kirinya adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala sebelah kanan pula adalah akibat peristiwa tersebut.

Bridge Map Peta Titian


Thinking process: Analogies (similar relationships, finding relating factors (RF)) (Proses Pemikiran: Analogi, hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan) Bridge Map memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan. Sebagai contoh : Pilih dua orang pemimpin dan hubungkan mereka dengan kemajuan atau konflik semasa pemerintahan masing-masing.

HOTS Magazine

Sekian, terima kasih

You might also like