Kesultanan Melayu Melaka

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Kesultanan Melayu Melaka

From Wikipedia

Jump to: navigation, search

Replika Istana Melaka yang dibina semula mengikut Istana Sultan Mansur.

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya yang
berugama Nusantara Hindu-Buddha dari Palembang, pada tahun di antara 1400 hingga
1403. Pada awalnya, Melaka sebuah pelabuhan yang tidak berugama Islam, hanya sampai
ke tahun 1414 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri Pasai. Kesultanan ini
seterusnya memerintah Melaka selama 96 tahun sehingga tewas di tangan Portugis.
Sultan Mahmud Shah merupakan sultan yang terakhir Kesultanan Melaka.

Parameswara

Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang


menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara
Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani").
Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura.

Setelah membunuh wakil Raja Siam di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah


palsu tersebut tetapi tidak lama kemudian, beliau diserang dan dihalau oleh Siam. Dengan
seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari
tempat perlindungan yang baru.

Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada
tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi dihalau kali ini oleh biawak yang
tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal
kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta.
Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau
melantik seorang menteri mewakili dirinya dan kemudiannya tiba di Sungai Bertam, iaitu
suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan
mereka meminta Parameswara menjadikan raja.

Tidak lama kemudian, semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak
seekor pelandok menendang salah seekor daripada anjing-anjing burunya. Sungguh
tertarik kepada kegagahan pelandok itu, beliau memutuskan membina sebuah bandar di
tempat tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya,
Parameswara menamakan tempat itu "Melaka".

Ancaman serangan daripada pihak Siam menyebabkan keputusan Parameswara


membayar ufti kepada negeri China pada tahun 1409 supaya mendapat perlindungan.
Pada tahun 1411, diiringi oleh Laksamana Cheng Ho, beliau melawat negeri China
dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Yung Lo,
Maharaja Ming.

Kelihatan Pedagang-pedagang Arab bersembahyang di Pelabuhan Melaka

Parameswara memasuki Islam pada tahun 1414 ketika perkahwinannya dengan puteri
Pasai, Indonesia dan menukarkan nama kepada "Raja Megat Iskandar Shah".

Pemerintahannya itu bertumbuh dengan cergas dan menjadi sebuah pelabuhan yang
terpenting di wilayah pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan
tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah
untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa
yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia"
(He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.)

Faktor-fakor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah
kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun
Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat
berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa
pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan
Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.

[Sunting]

Perkembangan Melaka

Iskandar Shah mangkat pada tahun 1424 dan diwaris oleh anaknya, Sri Maharaja, yang
mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah" (1424-1444). Pada kemangkatannya
dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim. Raja Ibrahim
kemudian dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".

Raja Kassim menaiki tahta pada tahun 1446 dan KESULTANAN MELAKA
memakai gelaran "Sultan Muzaffar Shah" (1446-
1458) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam Tempoh Sultan
sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah- 1400 – 1424 Sultan Iskandar Shah
pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh
Sultan Muhammad
Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan 1424 – 1444
Shah
Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia
Tenggara pada ketika itu beragama Hindu. 1444 – 1445 Sultan Abu Syahid
Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat 1445 – 1458 Sultan Muzaffar Shah
serangan pertama ke atas Melaka pada tahun 1447
tetapi ditewas tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1458 – 1477 Sultan Mansur Shah
1456, Tun Perak menjadi bendahara dengan Sultan Alauddin Riayat
gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau 1477 –1488
Shah
berkhidmat di bawah empat Sultan dan
1488 – 1511 Sultan Mahmud Shah
merupakan tulang belakang kepada
perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di
Kepulauan Melayu.
[Sunting]

Kegemilangan Kesultanan Melaka


Melaka di kemuncak zaman kegemilangannya.

Pada tahun 1458, Sultan Mansur Shah (1458 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan
kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi
kapal-kapal penyelidikan Laksamana Cheng Ho. Untuk mendalamkan pergaulan dengan
Melaka, Maharaja China telah menghantar Laksamana Cheng Ho untuk membawa Puteri
Hang Li Po yang dikahwinkan dengan Baginda. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan
Mansur Shah juga menghantar Tun Perpateh Puteh dengan segolongan pengiring ke
negeri Cina untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-
sama 500 orang pengiring. Pengiring-pengiring tersebut kemudian berkahwin dengan
orang tempatan dan kebanyakannya menetap di Bukit Cina.

Satu kesudahan kebudayaan daripada perdagangan yang cergas ialah pertumbuhan orang
peranakan yang menyebari ke petempatan-petempatan utama yang lain.

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak


kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar
Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit
kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak
tiga kali tetapi kesemuanya gagal.

[Sunting]

Kejatuhan Melaka

Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak
kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun
Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang
Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih
kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa
keadaan. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar
negeri.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja
Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia
Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang
Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping
perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-
orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya
ditahan.
Orang-orang Portugis berminat berdagang di Melaka

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh
Alfonso d'Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan
membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud
Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24
Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana
beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China.

Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan


Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau
Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima
ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih
menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan
berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya
mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan
dari Goa.

Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah
Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah
melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal
dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai
keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud
Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan
mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.

Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.

You might also like