Kertas HBML2103 - Jawapan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

TOPIK 1 - MORFOLOGI

1. Berikan Definisi Morfologi mengikut Nik Safiah Karim 1996. a. Morfologi ialah bidang ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.

2. Berian definisi Morfologi mengikut Marzukhi Nyak Abdullah 1993. a. Kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan morfem. a. Unit terkecil yang menjadi unsur perkataan dan berfungsi gramatis.

4. Berikan Dua bentuk morfem. a. Morfem Bebas boleh berdiri sendiri b. Morfem terikat tidak mempunyai makna tetapi terdapat fungsi tatabahasa atau nahu.

5. Apakah Imbuhan menurut Nik Safiah dan rakan-rakan ( 1996 ). a. Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa

6. Imbuhan terbahagi kepada empat jenis. Jelaskan. a. b. c. d. Awalan imbuhan yang di tambah pada bahagian hadapan kata dasar Akhiran imbuhan yang hadir selepas kata dasar Apitan imbuhan yang hadir serentak Sisipan imbuhan yang hadir di celah kata dasar

7. Berikan maksud bentuk perkataan mengikut Nik safiah Karim dan rakan-rakan ( 1996 ). a. Satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa.

8. Berikan empat jenis bentuk perkataan. a. Kata tunggal bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar b. Kata terbitan bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang menerima imbuhan c. Kata majmuk lahir melalui proses pemajmukan iaitu proses yang menerangkan dua kata dasar atau lebih d. Kata ganda proses penggandaan atau proses yang menggandakan kata dasar

9. Berikan Empat Golongan kata mengikut Tatabaahasa Dewan ( 1996 ). a. b. c. d. Kata nama kata nama khas dan kata nama am Kata kerja tak transitif Kata adjektif sifat/keadaan Kata tugas kata penyambung ayat dan kata praklausa

TOPIK 2 KATA NAMA DAN KATA KERJA

1. Berikan definisi kata nama mengikut Abdullah Hassan ( 2003 ). a. Kata yang menunjukkan nama , akal, fikiran, kekuatan dan sebagainya.

2. Berikan definisi kata nama mengikut Zaba ( 1965 ). a. Nama sebagai semua perkataan yang menyebut benda atau orang dan sebagainya.

3. Golongan kata terbahagi kepada Tiga kumpulan. Huraikan. a. Kata Nama Khas kata yang digunakn untuk rujukan khusus kepada sesuatu nama orang, haiwan, benda, bahasa dan sebagainya. ( Nik safiah karim ). Terbahagi kepada dua iaitu Kata Nama Khas Hidup( manusia/bukan manusia hidup )dan Kata Nama Khas Tidak Hidup. b. Kata Nama Am perkataan yang merujuk kepada benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Terbahagi kepada dua iaitu Kata Nama Am Hidup ( manusia /bukan manusia hidup ) dan Kata Nama Am Tidak Hidup.

c. Kata Ganti Nama sebagai kata yang mengambil tempat kata nama sebagai pengganti. ( mengikut Asraf ( 2007 ). Lima kata ganti nama : Kata ganti diri, kata gati Tanya, kata ganti tempat, kata ganti tunjuk dan kata ganti tak tentu.

4. Berikan definisi kata kerja. a. Perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja.

5. Berikan definisi Kata Kerja Tak Transitif menurut Abdullah Hassan ( 2003 ). a. Perbuatan yang dilakukan untuk diri sendiri sahaja dan tidak terkena kepada benda dan orang lain.

6. Berikan definisi Kata kerja Transitif mengikut Nik Safiah Karim ( 1996 ). a. Kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Terbahagi kepada dua jenis iaitu Kata kerja Transitif Aktif dan Kata Kerja Transitif pasif.

7. Berikan definisi Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap berserta dengan contoh. a. Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. Contohnya : belajar, bermain, berdiri, duduk, kembali, pergi, pulang, tidur, makan, masak, menyanyi dan sebagainya.

8. Berikan defiinisi kata kerja tak transitif berpelengkap. a. Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Contoh : 1. Kata Adjektif - perbincangan itu menjadi tegang. 2. Frasa Sendi Nama Saya tinggal di Sarawak. 3. Kata Nama Pak Salleh ada rumah besar.

9. Berikan Empat bentuk dalam pembentukan kata kerja. a. b. c. d. Kata kerja tunggal Kata kerja terbitan Kata kerja majmuk Kata kerja ganda

TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS, DAN KATA PINJAMAN

1. Berikan definisi kata adjektif. a. Dikenali sebagai kata sifat dan kata yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama, sungguh dan masih lebat lagi.

2. Nik Safih karim dan rakan-raka telah membahagikan Sembilan jenis kata adjektif. Jelaskan berserta contoh.

a. Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan kata yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. Contoh : manis, budiman, letih, geram, ganas, kasar, cermat, cemas, canggih dan sebagainya. b. Kata Adjektif Warna Terdiri daripada perkataan yang member pengertian warna sebagai unsur keterangan. Contoh : putih, biru, hijau, merah, kuning dan sebagainya

c. Kata Adjektif Ukuran Perkataan yang memberikan pengertian ukuran sebagai unsur keterangan. Contoh : pendek, nipis, tebal, kurus, gemuk, kerdil, renek, tinggi rendah, panjang dan sebagainya.

d. Kata Adjektif Bentuk perkataan yang member pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan. Contoh : bulat, lurus, bengkok, lekuk, bujur, leper, bundar, kempis, lonjing dan sebagainya.

e. Kata Adjektif Waktu perkataan yang mempunyai pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan. Contoh : silam, baharu, awal, lama, cepat, lambat, segera, lampau, suntuk , lewat dan sebagainya. f. Kata Adjektif Jarak pertkataan yang mempunyai makna konsep ruang antara dua benda atau keadaan sebagai penerang kata adjektif. Contoh : jauh, dekat, hampir, nyaris dan sebagainya.

g. Kata Adjektif Cara perkataan yang mempunyai makna konsep keadaan kelakuan, ragam sebagai penerang kata nama. Contoh : cepat, laju, perlahan, deras, lambat, lincah, jelas, selalu, sering, gopoh dan sebagainya. h. Kata Adjektif Perasaan

perkataan yang mempunyai makna konsep perasaan sebagai penerang kata adjektif dan harus diikuti oleh kata sendi nama. Contoh : rindu, benci, sayang, suka, sedih, gembira, segan, ragu, kasih, dan sebagainya.

3. Berikan maksud kata tugas. a. Sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti penyambung ayat, berfungsi sebagai kata praklausa, prafrasa atau kata pascakata.

4. Berikan definisi jenis kata tugas berserta dengan contoh. a. Kata Hubung Gabungan menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya. Contoh : dan, atau, serta, lalu, malahan , sambil, tetapi, kemudian dan sebagainya. b. Kata Hubung Pancangan menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan utama atau klausa induk. Contoh : yang ( relatif ), bahawa ( komplemen ), kerana, agar, meskipun, hingga, jika, untuk, ketika, supaya, kalau, semoga, sekiranya, semasa, apabila dan sebagainya ( keterangan ).

c. Kata Praklausa sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa iaitu terdiri daripada kata seru, kata Tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat. Contoh : Kata seru ( amboi, cis, oh, wah, wahai ) kata Tanya ( berpa, bila, kenapa, bagaimana, siapa, apa, mana ) Kata Perintah ( jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap, jangan ) Kata Pembenar ( ya, benar, betul benar ) kata pangkal ayat ( hatta, maka, adapun, alkisah, kalakian, arakian, sebermula, sekali peristiwa ) d. Kata Prakfrasa sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, ataupun frasa adjektif. Contoh : kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata naf, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah dan kata bilangan

e. Kata Pascakata berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Contoh : kata penekan ( memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya : kata + nya seperti sesungguhnya ) dan kata pembenda ( menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama : kata + nya seperti lajunya, sakitnya )

TOPIK 4 BIDANG SINTAKSIS

1. Berikan definisi setiap yang berikut. a. Ayat Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap ( Nik Safiah Karim ) b. Urutan kata Letak kata yang satu dengan kata yang lain dalam suatu binaan atau konstruksi sintaksis ( Abdul Chear 1994 ). c. Subjek tentang apa-apa yang diperkatakan ( Zaba, 1965 ) d. Predikat Bahagian yang menerangkan subjek ( Nik Safiah Karin dan rakan-rakan 1993 )

e. Objek Frasa nama yang berada di belakang yang berupa kata kerja transitif. f. Pelengkap Unsur yang menjadi pencukup pada sesuatu kata kerja tak transitif ( tatabahasa Dewan, 1993 ) g. Frasa Nama Perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan, atau kata nama gentian ( Nik safiah Karim dan rakan-rakan, 1993 ).

h. Frasa Kerja Binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah kata kerja. ( Nik Safiak karim dan rakan-rakan, 1993 ) i. Frasa Adjektif Susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai intinya. ( Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, 1993 ). Frasa Sendi Nama Perkataan utamanya terdiri daripada kata sendi dan diikuti oleh frasa yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama. ( Nik Safiah karim dan rakan-rakan, 1993 )

j.

k. Ayat Dasar Ayat yang tidak mengandungi tambahan unsur pada frasa subjek atau pada frasa predikat. ( Nik Safiah dan rakan-rakan, 1993 ) l. Ayat Tunggal Ayat yang mengandungi satu klausa sahaja.

m. Klausa satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, serta menjai konstituen kepada ayat. ( Tatabahasa Dewan, 1993 ) n. Ayat Aktif Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau yang diterangkan. ( Nik Safiah dan rakan-rakan, 1993 ) o. Ayat Pasif Ayat yang diterbitkan daripada ayat aktif tak transitif yang menggunakan awalan ke- ...-an atau perkataan kena sebelum kata kerja pasif itu dalam ayatayat pasif. ( Arbak Othman, 1981 ) p. Ayat Penyata Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan atau keterangan tentang sesuatu hal. q. Ayat Tanya Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu bagi mendapatkan maklumat atau memperoleh jawapan

r. Ayat Perintah Terdiri daripada ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Digunakan untuk memberi perintah, suruhan, ajakan, keinginan, harapan dan larangan. s. Ayat Seruan Ayat yang diucapkan dengan membawa nada dan intonasi seruan untuk tujun melahirkan sesuatu keadaan, perasaan seperti takut, marah, seram, sakit dan sebagainya. Ayat yang mengandungi tanda ( ! ) pada akhir ayat . t. Ayat majmuk ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal ( Nik Safiah karim dan rakanrakan, 1993 ) u. Ayat Majmuk Gabungan Ayat yang terdiri daripada dua atau lebih klausa bebas yang digabungkan menjadi satu ayat. v. Ayat Majmuk pancangan Ayat yang dipancangkan atau menjadi sebahagian daripada ayat induk atau ayat utama. w. Ayat Majmuk Campuran Ayat yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan jenis.

2. Berikan Contoh pembahagian subjek dan predikat. SUBJEK Ali Adik bongsuku Pegawai kanan pejabat itu Rumah kediamannya PREDIKAT guru sementara di sekolah itu sedang tidur di serambi rumah amat rajin dan cekap di Kampung Malaysia dalam negeri Selangor

3. Berikan Contoh ayat yang disongsangkan dengan mengekalkan struktur binaan subjek dan predikat. SUBJEK Guru sementara di sekolah itu Sedang tidur di serambi rumah itu Amat rajin dan cekap pula Di kampung Malaysia dalam negeri Selangor 4. Berikan Tiga Contoh Ayat Aktif Transitif. a. Guru Besar memanggil saya b. Banjir melanda kampung saya c. Lokman mengarang novel itu PREDIKAT Ali adik bongsuku pegawai kanan pejabat itu rumah kediamannya

5. Berikan Tiga contoh Ayat Aktif Transitif dan Objek Tepat serta Objek Sipi. a. Anaknya membawakan saya secawan kopi b. Abang membelikan ibu sebuah rumah c. Kakak menjahitkan adik sehelai baju

6. Berikan Tiga contoh Ayat Pasif. a. Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam b. Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian bawahnya c. Sampah-sarp dibakar oleh ayah pagi tadi

TOPIK 5 FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF

1. Berikan definisi frasa. a. Suatu unit tatabahasa dalam tatatingkat sintaksis sesuatu bahasa.

2. Berikan contoh binaan frasa kerja dalam pembahagian subjek dan predikat. SUBJEK Ali Adik bongsuku Pegawai kanan itu Gembala itu PREDIKAT berjalan sedang tidur mempengerusikan mesyuarat menghalau binatang ternakannya

3. Berikan contoh ayat kata adjektif sebagai pelengkap. a. b. c. d. Kesihatan ibunya beransur pulih Mereka tidak berbuat jahat Badanya menjadi lemah Muka Ani menjadi pucat

4. Beriakan contoh ayat frasa sendi nama sebagai pelengkap. a. b. c. d. Mereka berada di Sarawak Saya bekerja di Selangor Pendatang itu menetap di Sepang Murid-murid bergerak ke kantin

5. Berikan contoh ayat kata nama sebagai pelengkap. a. b. c. d. Pengemis itu bertilamkan rumput kering Pak kaduk berbajukan kertas Pengembara itu berselimutkan hujan Bunga pahar berbatangkan tembaga

6. Berikan contoh ayat frasa kerja yang mengandungi satu objek. a. b. c. d. Saya membalas senyumannya Dia tidak mensia-siakan tunangnya Ubat itu dapat menyihatkan badan Sebatang kayu melintangi sungai

7. Berikan contoh ayat frasa kerja yang mengandungi dua objek. a. b. c. d. Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali Ayah membeli buku untuk anaknya Dia menjadikan budak itu anak angkatnya Saya menamakan kucing itu Si Tompok

8. Berikan contoh perkataan kata bantu aspek. a. b. c. d. e. f. g. Sudah Telah Pernah Sedang Masih Belum Akan

9. Berikan contoh perkataan kata bantu ragam. a. b. c. d. Hendak Mesti Harus Dapat

10. Beriakn definisi frasa adjektif. a. Susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai kata intinya.

11. Berikan contoh ayat daripada frasa adjektif. a. b. c. d. Sepupunya sangat pandai Markah matematiknya tinggi Pendatang itu baik hati Wanita itu sangat cantik

12. Berikan contoh ayat frasa kerja dengan ayat komplemem a. Pemuda itu menafikan bahawa barangnya telah hilang b. Kami menegaskan bahawa kejayaan bergantung pada usaha gigih c. Berita itu menyebut bahawa semua penumpang sihat sejahtera

13. Berkan contoh ayat frasa kerja transitif dengan ayat komplemem. a. Pak leman percaya bahawa sahabat anaknya pemuda yang baik b. Penduduk kampung itu tahu bahawa imam kampung mereka seorang yang alim c. Emak Azman faham bahawa sumbangan PIBG adalah untuk memajukan sekolah

TOPIK 6 APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

1. Berikan contoh penggunaan kata sendi nama dan frasa nama dalam ayat. a. b. c. d. e. f. Dia berdiri di jambatan Ahmad berasal dari Kuching Benang diperbuat daripada kapas Agus mengutus surat kepada ibunya Saya berada di atas pentas pada waktu itu Perdana menteri berbicara tentang negara maju

2. Berikan definisi predikat frasa sendi nama dab contoh ayatnya. Kedudukan atau konstituen yang hadir selepas subjek dalam aayat yang mempunyai susunan biasa. Contoh ayat : a. Mereka ke sawah padi setiap pagi b. Hadiah itu untuknya c. Surat itu daripada ibunya d. Rumahnya di Bandar e. Orang itu dari Indonesia

3. Berikan contoh ayat frasa sendi nama keterangan frasa adjektif. a. b. c. d. e. Budak itu kurus seperti galah Pelajar itu bijak dalam semua mata pelajaran Rumah itu cantik seperti istana kayangan Dia selalu sibuk dengan pekerjaannya Mereka bingung pada mulanya

4. Berikan contoh ayat frasa sendi nama keterangan frasa nama. a. b. c. d. e. Rumah-rumah di Bandar tidak semuanya besar Kampung Pandan ialah kampung di pinggir Kuala Lumpur Wang pada saya ini ialah wang baki simpannya Panggilan telefon untuk ayah datang dari Sabah Lukisan oleh leman telah memenangi hadiah pertama

5. Berikan maksud ayat tunggal dan contohnya penggunaannya dalam ayat. a. Ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan predikat. Contoh : a. Encik Ali guru serba boleh di sekolah kami b. Padi yang ditanam empat bulan lalu mulai menguning c. Kanak-kanak normal biasanya tidak nakal d. Pejabatnya yang indah di putrajaya.

TOPIK 7 RAGAM AYAT

1. Berikan definisi ragam ayat. a. Menekankan bentuk kata kerja, kedudukan objek, subjek, predikat dan struktur ayat.

2. Berikan konsep ragam ayat dan contoh ayat. a. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutaakan subjek asal sebagai judul b. Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul Contoh : a. Adik membaca buku ( ayat aktif ) b. Buku dibaca oleh adik ( ayat pasif )

3. Berikan contoh ayat aktif transitif. a. Ribut melanda kampung kami b. Ahmd mengarang buku cerita c. Pengarah menrasmikan seminar itu

4. Berikan contoh ayat aktif tak transitif yang boleh digugurkan. a. Budak itu sedang mandi di sungai b. Aminah menangis sepanjang hari c. Nenek tidur di bilik adik

5. Berikan definisi pola ayat dasar. a. Ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

6. Berikan tiga bahagian ayat pasif. a. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif b. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua c. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja

7. Berika lima jenis ayat Tanya. a. Tanpa kata Tanya - Contoh : Awak sudah mandi ? , Dia guru cemerlang ? b. Dengan kata Tanya Contoh : Siapa guru awak ? , Mana satu pilihan awak ? c. Dengan kata ganti nama Tanya Contoh : Dia mengajar di mana ?, Awak hendak ke mana ? d. Terbuka - Contoh : Siapa gurunya ? , Ke pasarkah mereka ? e. Tertutup Contoh : Bilakah dia akan berangkat ?

8. Berikan definisi ayat terbitan. a. Melibatkan proses tranformasi yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula dan perluasan.

TOPIK 8 AYAT TUNGGAL

1. Berikan contoh binaan ayat tunggal. a. b. c. d. Dia murid sekolah rendah Orang tua itu mahir berbahasa arab Guru besar menjelaskan tentang pencapaian sekolah Pasukan bola sepak sekolah ke pertandingan akhir

2. Berikan maksud kata bantu aspek dan berikan contoh binaan ayat. a. Kata bantu yang menyatakan sesuatu perbuatan dari segi masa, sama ada belum, sedang atau sudah dilakukan. Contoh : a. Cikgu akan menerangkannya esok b. Mereka sedang menyiapkan kerta kerja itu c. Cikgu Murni masih belum berunya lagi d. Pengganti guru Bahasa Melayu belum sampai lagi

3. Berikan definisi kata bantu ragam dan berikan contoh ayatnya.

a. Kata bantu yang menyatakan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan. Contoh : a. b. c. d. Emak hendak memasak nasi Adik mahu belajar bahasa Arab Guru besar boleh membatalkan jadual itu Mereka harus berusaha bersungguh-sungguh

4. Berikan contoh binaan ayat predikat frasa adjektif selapis.( ayat tunggal ) a. b. c. d. Bajunya biru Masakan kakak lazat Adiknya bijak Perbelanjaannya berhemah

5. Berikan contoh binaan ayat predikat frasa adjektif gandaan. ( ayat tunggal ) a. b. c. d. Bangunan di bandaraya tinggi-tinggi Murid sekolah itu bijak-bijak Cikgu sekolahnya cekap-cekap belaka Pakaiannya mahal-mahal belaka

6. Berikan Dua susuanan konstituen ayat tunggal. a. Susunan biasa kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan predikat Contoh : 1. Ali tidak dapat menjawab soalan tersebut 2. Pasukan ragbi ke pertandingan akhir esok 3. Cikgu Abu guru besar Sekolah Kebangsaan Nanga wak 4. Gunung Kinabalu paling tinggi di Asia Tenggara b. Susunan songsang wujud melalui proses pendepanan atau penjudulan. Predikat yang biasanya berada selepas subjek dikedepankan sebelum subjek. Contoh : 1. Baik sungguh perangainya

2. Berjaya juga akhirnya pendaki itu 3. Sangat rajin orang itu 4. Manis sekali teh susu itu

7. Berikan Lima unsur- unsur utama frasa dalam pembinaan predikat ayat tunggal. a. Frasa nama b. Frasa kerja c. Frasa adjektif d. Frasa sendi nama

TOPIK 9 AYAT MAJMUK

1. Berikan definisi ayat majmuk. a. Nik safiah Karim ( 1988 ) ayat yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih iaitu mempunyai dua subjek atau lebih dua predikat b. Abullah Hassan ( 1993 ) ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat

2. Berikan contoh ayat majmuk. a. b. c. d. Abang membaca akhbar tetapi kakak mengemas bilik tidur Encik suka anggur atau encik suka oren ? Ayah minum kopi manakala ibu makan karipap Ali makan roti sambil menonton televisyen

3. Berikan kata hubung pancangan relatif dan contoh ayat. a. Kata yang digunakan untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Contoh ayat : Ibu bapalah yang seharusnya dihormati oleh anak-anak

4. Berikan definisi kata hubung pancangan komplemen berserta dengan contoh ayat. a. Digunakan untuk menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contoh ayat : Agar sukar untuk memujuk penagih tegar kembali kepada kehidupan biasa

5. Berikan definisi kata hubung pancangan keterangan brserta dengan contoh ayat. a. Digunakan untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Contoh ayat : Ali melihat alat mainan sementara menunggu kakaknya membeli baju.

6. Berikan konsep ayat majmuk gabungan berserta dengan contoh ayat. a. Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih ayat tunggal yang setara sifatnya yang digabungkan dengan menggunakan kata penghubung. Contoh ayat : a. Guru berucap di dewan besar, memerhatikan tingkah laku pelajar b. Perserta senam robik melompat-lompat, girang, berpeluh-peluh

7. Berikan Empat jenis ayat majmuk. a. Ayat majmuk gabungan ayat yang terdiri dripada dua atau lebih ayat tunggal yang setara sifatnya yang digabungkan dengan menggunakan kata penghubung b. Ayat majmuk pancangan satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil yang lain yang dipancangkan di dalam ayat

c. Ayat majmuk campuran ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk

d. Ayat majmuk pasif terdiri daripada keseluruhan gabungan ayat majmuk

TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT

1. Berikan tiga bentuk penyusunan semula dalam proses penerbitan ayat. a. Penyusunan semula frasa sebagai subjek b. Penyusunan semula frasa nama sebagai objek c. Penyusunan semula frasa nama melalui ayat songsang

2. Berikan tiga bentuk pengguguran dalam proses penerbitan ayat. a. Pengguguran frasa nama sebagai subjek b. Pengguguran frasa kerja c. Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa elektif

3. Berikan maksud proses gramatis. a. Melibatkan perlaksanaan rumus tranformasi yang berfungsi mengubah struktur memperluas sesuatu unsur dalam ayat dan frasa.

4. Berikan maksud proses transformasi. a. Proses ini berperanan untuk mengubah aturan dan struktur ayat serta memperluas unsur dalam ayat melalui pengguguran, penyusunan semula dan perluasan.

CONTOH CONTOH SOALAN

BAHAGIAN A

1. Nyatakan maksud imbuhan sisipan dalam bahasa melayu. Berikan Dua contoh yang sesuai. Imbuhan yang hadir di celah kata dasar. Dua contoh yang sesuai ialah telunjuk dan gerigi.

2. Senaraikan Dua bahagian kata nama khas dan Dua bahagian kata nama khs hidup dalam bahasa melayu. Dua bahagian dalam kata nama khas ialah a. Kata nama khas hidup b. Kata nama khas tidak hidup Dua bahagian kata nama khas hidup ialah a. Kata nama khas hidup manusia b. Kata nama khas hidup bukan manusia

3. Berikan pengertian dan tugas kata praklausa dalam bahasa melayu. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan iaitu yang terdiri daripada kata Tanya, kata seru, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat.

4. Tunjukkan maksud subjek dan predikat dalam bahasa melayu. Subjek bermaksud bahagian yang diceritakan oleh predikat yang terdiri daripada frasa nama. Manakala predikat bermaksud bahagian yang menerangkan subjek

5. Senaraikan Dua ayat yang menunjukkan objek boleh dikembangkan dengan keterangan. a. Pegawai kanan itu mempengerusikan mesyuarat mingguan b. Gembala itu menghalau binatang ternaknya ke padang rumput

6. Huraikan Dua tentang morfologi dengan berdasarkan pendapat marzuki ( 1993 ) dan berikan Satu contoh bagi setiap huraian berkenaan. a. Kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk kata. Contohnya jalan berjalan b. Bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok-belok struktur kata serta pengaruh perubahan struktur kata. Contohnya lari pelarian

7. Senaaraikan Lapan nama khas tidak hidup a. b. c. d. e. f. g. h. Proton wira Proton waja Toyota Perodua kancil Open university Malaysia Melayu Pndok Kencana Proton saga

8. Berikan Tiga petunjuk untuk mengenal kata adjektif. a. Kata adjektif diserti dengan kata penguat b. Digunakan selepas nama benda atau sesuatu perkara c. Disertai dengan imbuhan ter

9. Senaraikan Dua jenis kata kerja tak transitif. a. Kata kerja tak trasitif tanpa pelengkap b. Kata kerja tak transitif dengan pelengkap

10. Senaraikan Empat contoh predikat dalam ayat. Subjek Ali Adik Banjir Novel itu predikat guru sementara di sekolah itu sedang tidur di serambi rumah melanda kampung saya mendapat sambutan hangat

BAHAGIAN B

1. Jelaskan pengertian kata tunggal dan kedua-dua jenisnya, termasuk contoh-contoh yang sesuai. Bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Dua jenis kata tunggal ialah : a. Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri Contoh : kamu, Sudah ?, ini ?

b. Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan nahunya Contoh : di mana ?, ke Kuala Lumpur, dari Terengganu.

2. Terangkan kata kerja tak transitif aktif tanpa pelengkap dan berikan Empat contoh ayat. Menurut Abullah Hassan ( 2003 ), menyatakan bahawa kata kerja tak transitif ialah perbuatan itu dilakukan untuk diri sendiri sahaja. Empat contoh ayat iaitu : a. Adik sedang melukis b. Zainal mencuci pakaian c. Amir sedang berdiri d. Kakak sedang belajar

3. Binakan Lima ayat yang menunjukkan penggunaan kata adjektif cara dan Lima ayat yang menunjukkan kata adjektif perasaan. a. Lima ayat yang menunjukkan penggunaan kata adjektif cara ialah : 1. Amir berlari dengan laju sekali. 2. Kamala mat lincah dalam bermain bola. 3. Ani lambat ke sekolah setiap pagi. 4. Kakak selalu bertengkar dengan abang. 5. Air sungai itu sungguh deras. b. Lima ayat yang menunjukkan penggunaan kata adjektif perasaan ialah : 1. 2. 3. 4. 5. Ana amat rindu akan emaknya. Gadis itu terlalu segan untuk bertanya. Anak kecil itu gembira sekali dengan permainan itu. Azman berasa sedih apabila mendengar kematian kucing peliharaanya. Kakak suka makan buah epal.

4. Berikan pengertian ayat pasif dan nyatakan tiga bahagian yang terdapat dalam sesuatu ayat pasif. Ayat pasif ialah terbentuk daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul. Tiga bahagian yang terdapat dalam ayat pasif ialah : a. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif b. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua c. Ayat pasif dengan perkataan kena hadir sebelum kata kerja.

5. Terangkan pengertian ayat penyata dan binakan empat ayat berkenaan. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat penyataan. Ia juga mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Empat ayat penyata ialah : a. Nadia doktor. b. Dia wartawan c. Ali seorang guru.

d. Penjual ikan itu sentiasa senyum. e. Cempaka itu wangi.

6. Nyatakan pengertian susunan biasa dan susunan songsang dalam ayat tunggal. Berikan tiga contoh ayat, masing-masing untuk menunjukkan susunan biasa dan susunan songsang. Susunan biasa ialah di mana ia menyamai binaan ayat dasar iaitu subjek mendahului predikat sementar susunan songsang ialah predikat mendahului subjek. Tiga contoh ayat susunan biasa ialah: a. Emak ke pasar. b. Dia seorang guru. c. Ali pemurah orangnya. Tiga contoh ayat songsang ialah : a. Mengajar di Seremban guru itu. b. Bola itu ditendang oleh Ali. c. Sampah dibakar oleh ayah pagi tadi.

7. Jelaskan maksud imbuhan jenis awalan, akhiran, apitan dan sisipan dan berikan Dua contoh bagi setiap satu jenis imbuhan. a. Awalan bermaksud imbuhan yang di tambah pada bahagian hadapan kata dasar Contoh : berlari, membaca b. Akhiran bermaksud imbuhan yang hadir selepas kata dasar Contoh : jahitan, seniman c. Apitan bermaksud imbuhan yang hadir serentak Contoh : pelajaran, melalui d. Sisipan bermaksud imbuhan yang hadir di celah kata dasar Contoh : telunjuk, gerigi

8. Nyatakan definisi kata ganti nama menurut Nik Safiah et. Al ( 1996 ) dan Asraf ( 2007 ), dan senaraikan Lima pembahagian kata ganti menurut Asraf. Menurut Nik Safiah et. Al ( 1996 ) menyatakan bahawa kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Manakala menurut Asraf ( 2007 ) menyatakan kata ganti nama sebagai kata yang mengambil tempat kata nama sebagai pengganti. Terdapat lima pembahagian kata ganti menurut Asraf ialah : a. Kata ganti diri b. Kata ganti tanya c. Kata ganti tempat d. Kata ganti tunjuk e. Kata ganti tak tentu

9. Tunjukkan Lima contoh bagi kata adjektif perasaan dan pancaindera. a. Lima contoh kata adjektif perasaan ialah : 1. Benci 2. Sayang 3. Rindu 4. Gembira 5. Sedih b. Lima contoh kata adjektif pancaindera ialah : 1. Pandang 2. Hidu 3. Dengar 4. Sentuh 5. Rasa

10. Binakan Lima ayat aktif transitif. a. b. c. d. e. Guru besar memanggil saya Dia membeli buah durian Banjir melanda Kuala Lumpur Ali membaca buku cerita Lina mengarang novel itu

11. Huraikan kata kerja terbitan dan berikan Lima contoh. Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat dan menerima imbuhan sama ada awalan, akhiran, apitan atau sisipan. Lima contoh kata kerja terbitan ialah : a. Berjalan b. Berlari c. Menyanyi d. Membaca e. menjahit

You might also like