Pengetua Sekolah Islah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pengetua Sekolah Islah: Nik Mohd Mohyiddeen memulakan kerjayanya dalam bidang pendidikan ketika berusia 23 tahun.

Pada tahun 1946 iaitu selepas tamatnya perang dunia kedua beliau telah menubuhkan sebuah sekolah swasta iaitu Sekolah Islah ataupun dikenali dengan nama Madrasah Islah. Beliau menjadi pengetua pertama Sekolah Islah. Pada peringkat awal penubuhan sekolah ini dimulakan secara sederhana baik dari segi bangunan mahu pun dari segi gurunya, seterusnya telah mendapat sambutan yang ramai daripada anakanak negeri Kelantan (Nik Abdul Aziz bin Nik Hassan, 1982). Bilangan pelajar yang ramai ini kerana masyarakat Islam di Kota Bharu mula menyedari kepentingan mempelajari mata pelajaran sekular di samping mata pelajaran agama. Dengan ini mereka menjadikan Sekolah Islah sebagai pilihan untuk anak-anak mereka belajar. Di sekolah inilah Nik Mohd Mohyiddeen menimba pengalaman pertama dalam kerjayanya sebagai seorang guru dan juga seorang pentadbir. Pensyarah dan Pengetua Kolej Islam Malaya: Sekembalinya daripada Universiti Al-Azhar, beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Islam Malaya, Kelang, Selangor selama empat tahun dan kemudiannya diberi amanah untuk memangku jawatan Pengetua Kolej Islam Malaya selama 5 tahun iaitu bermula tahun 1959 hingga 1964 (Kolej Islam Mutiara Ilmu1955-2005, 2005). Pada tahun 1967 setelah Kolej Islam Malaya diambilalih oleh Kementerian Pelajaran dan ditukar taraf kepada sekolah menengah, Nik Mohd Mohyiddeen telah dilantik sebagai Pengetua Kolej Islam. Kemudiannya kolej ini dikenali dengan nama Kolej Islam Kelang. Beliau memegang jawatan tersebut selama lapan tahun iaitu bermula tahun 1967 hingga 1975. Sepanjang penglibatan Nik Mohd Mohyiddeen dalam dunia pendidikan, khususnya di Kolej Islam beliau telah berjaya melahirkan ramai anak murid yang dapat berbakti dan berjasa kepada kepada agama, bangsa dan negara. Beliau telah berjaya membina barisan pewaris dan pemimpin yang hebat-hebat. Merekalah benteng kukuh yang menjadi penggerak utama dakwah Islamiah di Malaysia.

You might also like