Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Soalan 1 Huraian Rukun Negara Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia.

Ia adalah satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Rukun Negara juga adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia.

Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Rukun Negara yang menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia jelas merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Negara ini untuk membentuk warga berintegriti. Rukun Negara diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Doktrin Rukun Negara diperkenalkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ketika itu memikul tanggungjawab menjalankan pemerintahan negara apabila sistem kerajaan berparlimen digantung pada 16 Mei 1969 ekoran rusuhan kaum yang lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. MAGERAN yang diketuai oleh seorang Pengarah, ditubuhkan bagi memulihkan perpaduan yang semakin goyah pada masa itu iaitu perbalahan antara etnik yang pernah berlaku pada 1946, 1956 (di Pulau Pinang), 1960 (di Pangkor), 1966 (di Bukit Mertajam), 1967 (di Pulau Pinang) dan 13 Mei 1969 (diKuala Lumpur).

Rukun Negara adalah hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN). Bagi melicinkan pemerintahan negara di bawah MAGERAN yang dipimpin oleh Y.A.B Tun Abdul Razak, MAGERAN telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara.
1

PRINSIP PERTAMA : KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting dalam kehidupan rakyat di negara kita.Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahamana komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita.Prinsip kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangunkan pemikiran luhur dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu. Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Pegangan agama yang kukuh akan menjadikan Malaysia satu bangsa yang berdaulat. Individu yang percaya kepada Tuhan tidak akan melakukan perkara yang tidak baik, melanggar undang-undang dan menjejaskan kedaulatan negara. Agama dijadikan pegangan utama rakyat Malaysia kerana ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, sesuatu bangsa dan juga negara. Pegangan yang kukuh terhadap agama akan dapat menahan seseorang itu daripada melakukan jenayah dan juga kejahatan. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. PRINSIP KEDUA : KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Sistem Beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur, dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpahkan taat setia mereka kepada raja yang memerintah negeri tersebut tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Kesetiaan dari sanubari kepada raja dan tanah air ini mampu menyatukan kita semua dari pelbagai rumpun menjadi satu bangsa yang bersatu padu. Pemerintahan negara bercorak Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem

pemerintahannegara manakala Raja-raja Melayu menjadi lambing taat setia rakyat.Sistem raja Berperlembagaan adalah sistem pemerintahan yang

mengekalkan sebagai pemerintah tertinggi dan dibantu oleh Perdana Menteri.Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara harus ditaati dan dihormati oleh rakyat. Pirnsip ini menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara perlu menumpukan sepenuh taat setia,jujur dan ikhlas kepada

Yang DiPertuan Agongdan negara.Penghayatan terhadap prinsip ini mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu. PRINSIP KETIGA : KELUHURAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan Negara memberi perlindungan kepada setiap anggota masyarakat negara ini dari segi melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Perlembagaan juga meletakkan tanggungjawab-tanggungjawab dan kewajipankewajipan warganegara yang mendukungnya. Sejajar dengan itu, setiap

warganegara harus menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang penggubalannya bagi memastikan Malaysia terus aman, makmur dan maju dalam segenap bidang. Oleh sebab perlembagaan negara digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan pihak di negara ini, maka ia merupakan kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu-gugat oleh mana-mana pihak. Perlembagaan negara juga merupakan sumber rujukan kepada semua perkara yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat Malaysia. Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip yang ketiga dalam Rukun Negara.Perlembagaan adalah sumber undang-undang negara tertinggi yang luhur dan suci. Perlembagaan mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut: Peraturan atau prinsip asas bagi membentuk sesebuah kerajaan/negara. Dokumen rasmi yang mengandungi undang-undang utama. Sumber bagi menggubal undang-undang yang lain. Panduan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan

pelaksanaannya Fungsi Perlembagaan adalah untuk memberi perlindungan kepada rakyat dalam negara akan hak dan keistimewaan sebagai warganegara.Rakyat harus mematuhi, menerima dan mempertahankan kemuliaan dan keluhuran Perlembagaan

negara.Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan,kerjasama antara kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang.

PRINSIP KEEMPAT : KEDAULATAN UNDANG-UNDANG Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dalam negara Malaysia. Ketaatan kepada undang-undang negara banyak dibantu oleh pihak yang berkuasa seperti polis, penjara dan institusi kehakiman (mahkamah) yang bebas dan berwibawa. Kepatuhan kepada undang-undang mampu menjamin keharmonian masyarakat dan keselamatan negara juga lebih terjamin. Oleh itu, setiap anggota masyarakat hendaklah patuh kepada undang-undang yang telah digubal supaya keamanan negara tercapai seterusnya usaha-usaha pembangunan dapat dijalankan dengan lebih lancar. Kebebasan rakyat untuk menyuarakan buah fikiran masih tertakluk kepada beberapa perundangan tertentu bagi menjamin keamanan. Undang-undang dapat menjamin keamanan, kestabilan, kemakmuran dan

kedaulatannegara. Adanya undang-undang, sistem pemerintahan dapat berjalan dengan licin dan teratur. Perlaksanaan undang-undang penting bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman dalam negara serta menjamin hak-hak rakyat dalam negara.Tanpa undang-undang, kehidupan dalam masyarakat dan negara akan kucar-kacir, tidak aman dan tidak selamat.

Setiap negara mempunyai undang-undanguntuk mengawal dan dan mewujudkan masyarakat yang aman,tenteram,stabil dan makmur. PRINSIP KELIMA : KESOPANAN DAN KESUSILAAN Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Prinsip ini memberi penekanan kepada peri pentingnya personaliti dan tingkah laku seseorang dalam menggambarkan kebudayaan rakyat negara ini. Sifat sopan-santun dan tatasusila adalah penting dalam konteks perhubungan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Bahasa yang lembut dan tingkah laku yang sopan dapat menjamin hubungan yang harmoni dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Pembentukan individu yang berdisiplin dan bermoral tinggi hasil didikan yang berhemah dapat menjamin kewujudan sebuah masyarakat yang saling berinteraksi dalam suasana yang bersatu padu dan aman. Prinsip ini memberi penekanan kepada pembentukan personaliti, tingkah laku dan perlakuan seseorang

warganegara yang bersopan, bersusila dan berbudi pekerti mulia. Prinsip ini berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat. Ia seharusnya menjadi panduan kepada seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilainilai murni.
6

Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum perlu mengamalkan prinsip yang kelima ini bagi menjamin perpaduan dan persefahaman antara kaum.Masyarakat yang bersopan dan berperibadi mulia ini dapat membentuk sebuah masyarakat yang aman dan harmoni.

You might also like